Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Saturday, August 02, 2003

Memulau Kejap

Orang busy-busy, saya memulau japs. Heheh. Penat maaaaa. Tadi layan VCD Kucai nyer tauliah Leftenan Muda ngan Lenny. Hensem lak mamat tu.

Citer semalam dulu. Pagi lepak kat rumah, uruskan rumahtangga like the good wife i am, heheh. Kol 12, Shasha tepon dah ada kat bus stand Jasin. Kami nak ke bandar Melaka berdua. Budak2 sekolah dah balik, so kalau ikut Jalan Melaka sure jam nya. Saya drive ikut Jalan Kesang. Ke Air Keroh. Perut kami lapar lak. Stop kat Air Keroh Heights, makan kat Warung Anda. Best, Abang Yunus, tokeh ada. Dapat discount. Heheh. Saya makan nasik lauk ayam cili padi, sambal goreng jawa dan sayur. Minum nescafe ais. Shasha makan ikan, sambal tempoyak, ulam segala jenis, sayur segala jenis dan minum milo ais. Minah ni dak Sports Science. Makan segalanya nak kira kalori, jaga badan giler. Nyampah ! Heheh. Thanks Abang Yunus, makan memacam bilnya cuma RM 7.00 :) Kawan zaman muda ni. Dulu baru kawin tak tahu masak, ari-ari makan kedai dia. Abang kata sayang sangat kat saya so jgn penat-penat nak masak, Abang bawak kuar makan. Pinggan pun takyah basuh. Masa tu kami muda sangat. Umur 22-23 camtu. Memang blur sungguh dengan kehidupan berumahtangga. Sekarang baru pecah rahsia, dia tak larat makan masak kicap ari-ari. Dah tu jer menu yg saya tahu, kira ok la kan. Makan je, alhamdullillah pada rezeki yg diberiNya.Sudah makan, nak ke Jalan Bendahara. Nak gi finance bayar duit keter saya. Alahai takleh buat u-turn lak depan Air Keroh Heights. Ikut Jalan Bukit Beruang, terlanjur tu ingat nak fetch Lenny dulu karang takyah nak pusing-pusing ke MMU masa balik. Sampai MMU, parking dan tepon Fathi. Lenny cam biasa, tak de mobile. Pening tengok minah ni. Seksa nak contact dia. Dia sorang je tak bermobile. Fathi dah ada di masjid MMU. Dia kuar jap ikut kami gi rumah Lenny sebab saya tak sure sangat mana rumah Lenny. Selalu kalau jemput Lenny, tunggu dia kat bistro tu jer. Alhamdullillah Lenny dah siap. Ambik Lenny dan hantar semula Fathi ke masjid. Fathi dan Zack dtg malam karang lepas test.

Ke Jalan Bendahara ke finance. Lenny lapar. Shasha dan Lenny gi beli nasi bungkus sementara saya beratur bayar duit keter. Pastu kami ke Jualan Borong. Nak beli tikar dan gayung. Beli 4 tikar dan 12 biji gayung. Terus ke hostel Amir. Dia balik wajib minggu ni. Stop jap kat Kampung Pantai, beli kain ela kosong 12 warna. Untuk buat headband nih. Ambik Amir dan balik Jasin. Sampai Jasin gi ambik forms dan segala nya yg diphotostat kat kedai Speakie. Hantar Amir balik rumah. Stop japs utk kiss anak-anak dan Mak. Terus ke Kem.

Sampai Kem. Kerja-kerja.

Kol 3:30 group sampai, satu bas dan 5 bijik 6 tan (weh Kucai, pesal aaa takleh sebut trak, benda tuh kan trak tuh ...) Kem Komandan ambik alih. Semua dah on duty kecuali Fathi, Zack dan Kucai. Buat cam biasa. Penerangan pasal Camp Rules. Rampas-merampas. Cam biasa jumpa benda-benda yg dilarang keras di Kem : ROKOK. Taklimat program dan segalanya la. Sessi pasang khemah, mandi dan solat Maghrib berjemaah. Pastu mereka berkuliyah dan baca Yassin. Shasha ngan saya je relax sebab kami cuti. Yang lain di surau.

Dinner. Askar masak. Heheh. Kenyang. Alhamdullilah. Fathi dan Zack sampai. Makan sekali. Pastu ice breaking. Bahagi kumpulan dan mereka buat kerja kumpulan. Group name, goal and cheers. Buat head band jugak. Dapat Abang/Kakak angkat. Main a few games.

Kol 11:45 supper dan bersedia utk nite walk. Malas nak ikut, tapi Abang dah pujuk. Pergi jugaklah. Lagipun dia dah janji nak belikan casette Daniel Beddingfield (suka lagu 'If U Are Not The One') kenalah setuju dating dalam hutan tuh :) Tapi nasib baik pergi. Semalam nampak 8 shooting stars. Dalam hutan, langit nampak terang. Man ajar peserta cara tengok kiblat berpandukan bintang. Tunjuk juga buruj-buruj yg biasa.Pastu masa 'tiada bunyi'. Semua diam. Belajar guna deria bunyi. Gelap dan sepi. Aman.

Kol 2:30 pagi semuanya selesai. Pukul 3 pagi Kucai sampai dari UiTM, Shah Alam. Semua anak-anak Kem kami dah selamat sampai. Alhamdulillah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...