Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Wednesday, June 30, 2004

Salam Rabu :)

Hari ni macam semalam juga, berangin kuat.

Nampak macam nak hujan, tapi tiba-tiba matahari keluar semula. Angin memang bertiup kuat hinggakan terpaksa pergi 'tambat' kedua-dua bot dengan rantai besi. Kalau biasa, selitkan sahaja pun okay, bot tidak hanyut.

Kami ada kerja bodoh yang nak dibuat bermula petang ni. Nak pam air ke Tapak 'War Game'. Air situ dah kering, berlumpur sahaja dan UKM nak juga 'berperang'. Terpaksalah pam air, kesian pulak berperang atas lumpur sahaja.

Lain-lain kerja sudah selesai, barang-barang makan dah order, staff dan panggil dah. Esok persiapan terakhir.

Gambar bawah ni, si-manja kesayangan mama-babah, adik kesayangan abang-abang dan cucu paling nenek sayang. Maklumlah, dia seorang perempuan. Sekarang sedang sibuk dengan doll yang Ida beli di Holland. Siang, malam, pagi petang berulit dengan doll yang satu tu. Hangin juga kat Ida dan Fadhli, elok-elok dia dah over dolls dah, mula balik !

 Posted by Hello

Tuesday, June 29, 2004

Panas tetapi Berangin

Panas Berangin

Hari ni cuaca di Kem panas, tetapi tetap berangin macam biasa.

Kami sekeluarga tidur di Kem semalam. Sudah lebih seminggu Kem tiada orang. Sunyi sahaja. Ajak anak-anak buat bising di Kem. Pagi tadi bangun pukul 5.45 ketika azan Suboh terdengar sayup-sayup dari Masjid Chinchin.

Pukul 7.00 bergerak dari Kem. Di simpang depan, nampak Gunung Ledang. Dah berapa hari tak nampak jelas, hari ni tersergam indah dia ! Senang hati bila nampak gunung saya, tasik saya, hutan saya ...

++++++++++++++++++

Usai hantar anak-anak ke sekolah, kami pergi sarapan di Kedai Abang Bidin. Hari ni makan donut sekeping dan minum teh. Abang makan meehoon berkuah kicap cili api dan kari kaki ayam. Tak senonohkah, taste dia ? Minum kopi O.

Sampai office, Mamat Bengkel Besi dah sampai. Bayar duit besi dia. Dulu ada beli bangku besi, masih belum habis bayar. Bayar ansur-ansur. Member, biasa le ! Juga minta Mamat ambil beberapa bangku yang tercabut untuk dibaiki.

Kolej Dato' Onn telefon dan minta hantarkan tentative program. Mereka masuk hujung minggu ni seramai 200 orang. Kolej Tun Hussein Onn pula telefon dan minta sebutharga untuk program SRM. Dua-dua dah buat. Siap.

++++++++++++++++++++

Hari ini Raup (e-ketupat) mula bekerja di Kem. Oleh kerana dia ada kuliah sebelah petang, Raup mula kerja dari pukul 7 pagi hingga 1 petang.

Semoga Raup rajin dan sabar bekerja di Kem.

Untuk semua, jika kita rajin dan berusaha, InsyaAllah majikan akan suka. Kadang-kadang saya terdengar juga ada suara-suara yang kata, Kak G dan PakLet sayang Ruddy, sayang Iha ... bla, bla .. bla .. Kalau rajin, kalau tidak menyakitkan hati sapalah tak sayang, kan ? Bukan kami sahaja, di mana juga bila sampai alam bekerja nanti, tidak pandai bawa diri akan juga tidak disukai orang.

+++++++++++++++++++++

Salam Selasa untuk semua :)

Semoga anda sihat sejahtera dan berbahagia hari ini !

++++++++++++++++++++++

Oppsss lupa ... Layan List ada lah, tidak dibuang. Dia duduk bawah entry ni :)

Monday, June 28, 2004

Happy Birthday, dear Blog !

War Game semasa Fasis' Training Posted by Hello


DARI HUTAN INI ```ogy's diary``` sudah setahun !

Pada malam kelahirannya pada 26 Jun 2003, saya dan Zack (fasi Kem - President SRM, MMU) sedang boring dan tak dapat tidur. Kami ada kerja, menyiapkan bahan untuk kumpulan President's Programme MMU Melaka-Cyberjaya. Malas buat kerja, kami surf. Zack ajar saya ber'Friendster'.

Tak best lah Zack .. tak suka chatting

Meh lah kita buat apa-apa Kak G .. takmo tido la ..


Bila Zack ada, akan selalu jadi benda-benda yang tak terfikirkan oleh orang lain.

Tak tahu bagaimana, tapi malam tu kami mulakan blog ni. Daftar dengan Blogspot dan pilih template. Dan malam itu juga saya belajar 'cara mudah' untuk 'godek template'. view source dan cilok jer apa nak . Itulah yang Cikgu Zack ajar saya !

Bukan Zack seorang sahaja cikgu saya. Ramai Cikgu saya - Lenny (bila Kuchik menulis), dak-tembamz (budak tembam sez) dan Betty (Digital Life).

Cikgu-cikgu saya suruh saya belajar html. Kenalkan saya dengan w3 school, mandarin designs dan lain-lain. Banyak sungguh online school saya !

Seronok belajar dan eksperimen macam-macam. Bukan senang, cabaran paling hebat adalah line telefon yang amatlah lembab ! Tapi saya suka :)

Saya dapat ramai kawan setelah berblog. Dapat juga business contact dan pelanggan. Hey, tadi ada tetamu datang booking untuk tarikh 13-15 Ogos. Dia tahu Kem dari blog saya dan dia suka baca blog saya. Saya juga ada peminat setia yang kini staff Kem. Berkenalan dari blog juga :)

Sahabat blog saya, Kak Zaharah dari Telekom Melaka menolong saya dapatkan line tetap harga murah untuk Kem. Kalau dulu kami bayar RM 78.00 untuk 2 lines sekarang RM 76.00 untuk 4 lines ! Saya tak pernah jumpa Kak Zaharah lagi. Kak Zaharah kenal saya dengan membaca blog saya ! Kuasa Blog !

(Kak Zaharah, nanti bila sudah habis sibuk saya, kita keluar, ye. Saya bawa sekali dak-tembamz dan Iha nanti.)

Kepada semua yang menyokong Dari Hutan Ini selama ini, terima kasih banyak-banyak !

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Skin baru sempena melangkah ke umur yang baru.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Weekend lepas tiada group sebab SMK Bukit Baru tangguhkan program mereka ke hujung bulan. Minta tangguh sebab 'jerebu'. Jenuh menyakinkan yang Kem tidak 'berjerebu' tapi tidak percaya juga.

Zack sahaja yang ada di Kem hujung minggu lepas. Datang baca buku. Dia rimas dengan keadaan cuaca di Bukit Beruang.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Malam ni pelajar Akademi Fantasia dapat lagu baru, kan ? Hari tu terpesona dengan Linda. Aduhai, bestnya dia nyanyi ! Semua pun saya suka. Lebih berbakat dibandingkan dengan pelajar AF 1 dulu.

Tapi saya Afundi Linda :)

Yang saya tak tahan, pengkritik yang maha bijaksana seorang ni, bukan sahaja pelajar dikritik, pengkritik lain pun dia kritik sama !

Friday, June 25, 2004

Ikhlas Tapi Jauh

Pemandangan tasik dari jeti belakang Posted by Hello



Thanks for coming :)

Maafkan saya, tidak dapat menulis panjang. Saya kesempitan waktu.

Tetapi pembaca tersayang, sebelum anda pergi mari nyanyi dulu !

Ikhlas Tapi Jauh


Bila bila kiranya diriku perlu
Hari yang murung
Terdengar nada yang riang ria

Sekali suara meyakinkan jiwa
Kaku langkah mengaguminya
Kaku menerimanya

Selagi bahuku
Memikul bebannya
Selagi hayatku
Merasa siksamu

Selama senyuman
Menjadi senyumku
Ku bawa wajahmu
Walau diriku jauh ..

Jauh ..

Bila bila kiranya diriku perlu
Hari yang murung
Terdengar nada yang riang

We are so young and free
Full of desire, flying higher and higher
Oooh .. feel so strong ..

Selagi bahuku
Memikul bebannya
Selagi hayatku
Merasa siksamu

Selama senyuman
Menjadi senyumku
Ku bawa wajahmu
Walau diriku jauh ..

Jauh ..

Selagi bahuku
Memikul bebannya
Selagi hayatku
Merasa siksamu

Selama senyuman
Menjadi senyumku
Ku bawa wajahmu
Walau diriku jauh ..

Jauh ..


*** Rindukan Fathi, lama sungguh dia tak menegur di sini .....

Thursday, June 24, 2004

Happy Birthday, Honey !!!



Hari ni harijadi kawan baik saya,
boyfriend saya,
teman hidup saya,
business partner saya,
boss saya,
ketua rumah saya,
Babah anak-anak saya,
suami saya yang sangat saya sayang !
Semoga
hidup kita direstuiNya,
bertambah murah rezekiNya untuk kita nikmati
dan semoga
kasih sayang kita sejak remaja
akan kekal hingga keakhir hayat ..
I Love You, Abang !



Gambar ni diambil di Pine Resort, Frasers Hill semasa menyambut harijadi Abang yang ke 25 .. dengan anak sulong kami :) Dua-dua baru bangun tidur dan sedang pakai baju tidur lagi ! Posted by Hello



My Best Frens ! Masa ni kami sedang menyiapkan projek tahun akhir. Dari kiri :Kak Jee Fazilah Hasyim, saya dan Rosli. Dua-dua classmate saya ni adalah kawan baik saya :) Posted by Hello



Nostalgia tahun 1985, honey !


Nilai Cinta Mu

Pernah dulu ku fikirkan
clear=left>Tanpa cinta tak mengapa
Bila kau pergi ku rasakan
sunyinya di hati
Baru kini ku tahu nilai cinta mu

Ku renungi gambar mu ku baca surat-surat mu
Namun pedihnya ku
terasa tanpa kau bersama
Ku harap dikau pun begitu jua

Kini aku mengerti hanya engkau pelita hati
Semua yang kau
korbankan hanyalah untuk ku
Akan tetap ku kenang kasihmu terhadap
diri ku
Janji untuk bersama sehidup semati

Andainya ku kembali kan ku curahkan rasa hati
Agar dikau
mengerti cinta ku yang suci
Berikan ku harapan untuk bersama mu
semula
Akan aku buktikan nilai cinta mu

Tuesday, June 22, 2004

Leaving On The Jet Plane

Malam semalam tengok Diari Akademi Fantasia sambil lipat baju.

Saya dah mula ikut kegilaan anak-anak. Kalau dulu info Akademi dari anak-anak sekarang Mamanya pulak yang lebih berinformasi, beritahu anak-anak itu ini.

Bukan semua anak yang suka. Hafidz, Nadzrin dan Nana sahaja yang yang suka. Si-bujang sulong memang tak gemar rancangan hiburan kecuali hiphop yang entah apa-apa tu. Dia sukakan sukan dan sekarang sedikit merajuk sebab saya tidak benarkan tengok EURO.

Semalam hari mendapat lagu baru untuk consert minggu ketiga.

Pelajar pujaan saya, Linda dapat lagu yang saya sukaaaaaaa sangat.

Lagu "Leaving on a Jet Plane" oleh John Denver. Denver yang tulis lagu ni beserta dengan liriknya sekali. Minggu ni Linda nyanyi dengan memetik guitar sekali. Wow ! Bestnya ! Very the western gitu ..heheh !

Orang muda, kenalkah anda dengan mamat John Denver ni ? Dia terkenal dengan lagu Take me home country road Tak sabar nak tunggu Linda Sabtu ni.

Here's the lyric.

All my bags are packed, I'm ready to go,
I'm standing here outside your door,
I hate to wake you up to say good-bye.
But the dawn is breakin',
It's early morn,
The taxi's waitin'
He's blowin' his horn,
Already I'm so lonesome I could die.

So kiss me and smile for me,
Tell me that you'll wait for me,
Hold me like you'll never let me go.
'Cause I'm leavin' on a jet plane,
Don't know when I'll be back again,
Oh, babe, I hate to go.

There's so many times I've let you down
So many times I've played around,
I tell you now they don't mean a thing.
Ev'ry place I go I'll think of you,
Ev'ry song I sing I'll sing for you,
When I come back I'll bring your wedding ring.

So kiss me and smile for me,
Tell me that you'll wait for me,
Hold me like you'll never let me go.
'Cause I'm leavin' on a jet plane,
Don't know when I'll be back again,
Oh, babe, I hate to go.

Now the time has come to leave you,
One more time let me kiss you,
Then close your eyes I'll be on my way.
Dream about the days to come
When I won't have to leave alone,
About the times I won't have to say:

Kiss me and smile for me.
Tell me that you'll wait for me,
Hold me like you'll never let me go.
'Cause I'm leavin' on a jet plane,
Don't know when I'll be back again,
Oh, babe, I hate to go.
I'm leavin' on a jet plane,
Don't know when I'll be back again,
Oh, babe, I hate to go.

Monday, June 21, 2004

University Peer Group, MMU Melaka

Program 2 hari sahaja, Sabtu dan Ahad.

UPG sampai awal, pukul 9 pagi. Minum pagi dulu sebelum memulakan aktiviti. Pasang khemah.

Fasi minggu ni tak ramai sebab peserta pun tak ramai. Mereka dibahagikan kepada 4 kumpulan. Bob Iqram, Bob Azrin, Toyak dan Muafa. Tapi akhirnya jadi ramai bila Agus, Zack dan Asri datang.

Aktiviti pertama ialah obstacles-run. Masa tak bagus sangat :) Ape la korangs, 4 orang 26 minit ! Macam budak sekolah rendah jer !

Bersihkan diri dan makan tengahari.

Lepas solat Zohor, bina rakit. Petang ni, selepas solat Asar akan bermula Rakit Race. Peserta 4 kupulan, fasi MMU satu kumpulan dan fasi KLD satu kumpulan. Semuanya 6 rakit.

Siap rakit, minum petang dan berjemaah ramai-ramai di surau.

Rakit Race bermula. Sudah pasti perlawanan sengit antara fasi KLD dan fasi MMU. Fasi MMU ramainya adalah 'budak-budak outrec'. Sudah banyak pengalaman berakit di Sungai Nenggiri.

Sebelum boleh beraktiviti di air tentunya acara wajib, 'water confidence'. Sekejap sahaja sudah pandai mengapungkan diri.

Race bermula. Semua akan berakit serentak kecuali rakit fasi KLD. Rakit fasi KLD akan turun lambat 5 minit dari rakit lain.

Rakit akan berpusing ikut bendera kuning, bendera merah belakang ke bendera merah depan dan ke jeti belakang sebanyak 2 pusingan. Satu pusingan 4 orang pengemudi.

Pusingan pertama rakit KLD dikemudikan oleh Jepun, Bob Iqram, Bob Azrin dan Sulaiman. Pusingan kedua pula Toyak, Muafa, Eddy dan Zack.

Paling handal berakit tentulah Jepun. Jepun pandai menolak dengan buluh. Pusingan kedua, Toyak jatuh dari rakit. Bertukar pengemudi buluh. Zack pula menolak dan Toyak mendayung.

Keputusan akhir rakit KLD menang. Rakit fasi MMU walaupun telah pecah satu boya, mendapat tempat kedua. 2 pasukan tidak dapat habiskan pertandingan sebab rakit dah pecah.

Habis berakit semua mandi-manda di tasik.

Malam Presiden UPG baru, Sulaiman dan Vice President Eddy ambilalih mengendalikan program.

Saya pulang ke rumah tengok Akademi Fantasia dan fasi-fasi lain layan bola.

Pukul 12 malam kami buat acara 'night walk'. Bila Zack ada terjadilah peristiwa yang biasa terjadi bila dia ada :)

Pukul 2 pagi lights out. Tetapi fasi MMU tidak tidur lagi. Mengawal Kem sehingga pagi. Fasi kami yang tidak tidur malam ni, Muafa. Juga mengawal Kem.

+++++++++++++++++++++++++++++++

Ahad

Saya bangun pukul 6 pagi. Hujan lebat, kena drive untuk ke dapur. Jepun dah bangun dan sudah siapkan bahan-bahan untuk masak meehoon goreng dan nasi goreng.

Hujan, senam pagi dibatalkan. Sarapan dan lepas sarapan 'war game'. Air di tapak perang kurang, jadinya ber'war game' dalam lumpur.

Hebat, peserta UPG ! Bila balik ke Kem seluruh badan penuh lumpur ! Tapi seronok :)

Bersihkan badan (baca: mandi tasik lagi) dan buka khemah. Bersiap-siap untuk pulang.

Lunch dan majlis penutup.

Mereka pulang pada pukul 3 petang.

Group UPG adalah antara kumpulan yang selalu ke Kem. Dari zaman Tajul, Cik We, ke zaman Fathi, Jimon, Leman semuanya memang buat program di sini.

Seronok sungguh weekend ni.

3 years ago, dengan program induksi beginilah kami mula berkenalan dengan Zack dan Lenny. Tidak mungkin dapat lupa kumpulan peserta 8 orang datang bercamping dengan fasi 10 orang menunggu :) Oh, lupa Raffique dari kumpulan ni juga ada datang. 3 tahun lepas, kaki Raffique sakit semasa program. Kesian dia, terincut-incut buat aktiviti.

Untuk fasi-fasi MMU yang telah lama kami kenal : Tajul, Cik We, Firdaus, Leman, Eddy, Naufal, Siti dan semua (sorry kalau ada lupa type) thanks atas sokongan yang anda berikan pada KLD.

++++++++++++++++++++++++++++++++++

Ida dan Fadhli selamat sampai. Ahad mereka datang ke Kem. Seronok kami sekeluarga dengan souvenir dari Eropah.

Thanks ! I really love that gold and diamond set :)

Abang Let happy sesangat dengan swiss army knife tuh. Huh.. tak faham lelaki ! Giler apa beli pisau sampai 300 ringgit. Cam pisau blade lak tu.

++++++++++++++++++++++++++++++++++

Friday, June 18, 2004

My Secret Island :)

Hari ni membeli pelan tanah dari Pejabat Tanah Jasin. (iyelah, takkan beli dari Balai Bomba pulak.)

Ada lah projeknya, tapi itu hal lain. Pentingnya projek hari ini nak tengok mana sempadan tanah milik Lambaian Danau Sdn. Bhd.

Berbekalkan compass, air mineral, pelan baru beli dan geran tanah. Kami berempat, Abang, Ruddy, Jepun dan saya memulakan ekspedisi mencari batu sempadan.

Musykil tapi betul. Bayangkan tanah seberang jalan dan jalan depan Kem termasuk dalam tanah kami. Huh, perlukah kami memungut tol dari orang yang menggunakan 'jalan kami'?

Kenapa pula Pejabat Tanah masukkan jalan tersebut dalam tanah kami ?

Belum ada jawapan.

Dah dapat juga sempadan sebelah belakang. Keseluruhan pulau (tempat laluan kayak/bot Safari 2 & 3) juga milik kami. Dulu ingatkan separuh kami, separuh lagi milik Punca* Bina Sdn. Bhd. Wah, pulau itu milikku ! My own secret island ! Ooppss itu cerita lain juga ...

Dan paling terperanjat bila dapat tahu, luas tasik sebenarnya bukan 54 ekar tetapi 105 ekar ! Luasnya !

Banyak kami belajar hari ni. Itupun dah terlambat sebenarnya. Patutnya beli tanah, kenalah tahu sempadan tanah mana dan mana.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Projek manggis

Minggu lepas Iha dan Bamz nak sangat makan manggis. Nak ke Pagoh tak sempat sebab nak pergi menyokong team takraw. Manggis di rumah baru nak mencelah.

Minggu ni banyak dah masak dah Iha dan Bamz.

Lepas solat Jumaat tadi Jepun, Ruddy, Bob Sports Science, Bob Auto Engine dan Agus datang rumah. Lunch dan tea di rumah. Hari saya buat baked macaroni. Lepas makan nasi sambung makan macaroni pula sambil minum kopi.

Ni resepi macaroni saya reka sendiri. Senang jer buat.

1 peket macaroni (500 gm)
1 peket daging kisar Ramli
15 biji telur
1 cawan pasta sauce
1 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar cili kisar
5 biji bawang putih cincang
2 bawang besar, potong dadu
1 cawan mix cheeses (parmesan, mozarella apa-apa ikut suka)
5 sudu besar olive oil (atau apa minyak pun boleh)
sedikit butter
sedikit oregano
sedikit garam
sedikit gula

Cara :

A
1. Rebus macaroni sampai 'al dente', toskan dan letak sedikit butter.

B
1. Panaskan kuali, masukkan minyak. Bila minyak panas masukkan bawang putih dan cili blend. Kacau hingga masak.
2. Masukkan daging kisar dan kacau lagi hingga daging masak.
3. Masukkan rempah kari dan kacau
4. Masukkan pasta sauce (anda boleh guna apa sauce pun, tadi saya guna Dolmino's mushroom. Kalau tiada pasta sauce, tomato puree atau sauce pun okay. Cuma sesuaikan rasa)
5. Masukkan oregano, garam dan gula.
6. Rasa dan kecilkan api.
7. Masukkan bawang besar, kacau sekejap dan matikan api.

C.
1. Pukul telur sebentar.
2. Masukkan macaroni dan bahan dalam kuali tadi
3. Ratakan dalam mangkuk pie (kalau resepi ni dpt 2 pie) atau loyang kek.
4. Taburkan cheese tadi
5. Bakar dalam oven dengan kepanasan 180 darjah selama 45 hingga 1 jam.

*** Anda juga boleh gantikan macaroni dengan spirali, riboni, fusili dan apa-apalah .. Juga boleh tambah peperoni, sausage, tomato dan apa-apa juga :) Ikut suka apa yang nak letak. Resepi ni termasuk dalam kategori 'sure jadi' punya resepi ! Selamat Mencuba !

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Thursday, June 17, 2004

Nombor Baru


Nombor Baru KEM LAMBAIAN DANAU

Pejabat : 06-5246066 / 06-5246067

Fax : 06-5246068 / 06-5246069 (juga digunakan untuk internet)


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Hari ni dari pagi, kami meng'sms' nombor-nombor baru kepada pelanggan-pelanggan Kem. Juga faxkan nombor-nombor baru ni kepada pejabat-pejabat pelanggan. Rasanya semua dah dapat nombor baru. Mungkin juga ada yang tertinggal. Nanti saya periksa semula dan hantar semula. Untuk rakan blog yang nak contact nombornya di atas tu :)

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Terima Kasih sekali lagi, Puan Zaharah

Semuanya begitu cepat sekali prosesnya. Malah kami tidak perlu pun pergi ke Kedai Telekom. Semua jadi mudah atas pertolongan Kak Zaharah, ibu kepada Zaid yang menjadi tetamu GeJu semasa Projek Basah di KLD. Dia juga berjaya dapatkan kami nombor-nombor yang cantik.

Hari ni Kak, line internet saya sangat laju 56600 bps berbanding biasa 14400 bps. Belum lagi berstreamyx tu, Kak ! Terperanjat bila page yang diclick terus terbuka. Kalau tidak untuk membuka 3 blog saya boleh habis sapu luar pejabat !

Terima Kasih Kak Zaharah .. budimu kukenang !

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Bamz dear, kerja dah tunggu kita. I'll start on the Camp website soon. Penat jer beli dot.com tapi tiada page lagi. Nanti kau tolong-tolonglah, ye !

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Minggu ni tetamu yang masuk - UPG, MMU Melaka. Program induksi untuk pelajar baru. Fasi on-duty : Bob Iqram, Bob Azrin, Muafa, Agus dan Toyak.

Iha dan Bamz : Tolong balik awal. Minggu depan perlukan fasi perempuan untuk SMK Bukit Baru. 25,26 dan 27 Jun. High School postpone ke Ogos. (pssttttt .. minggu tuh, Sham G ada kerja. Bestlah kita kacau dia !)

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Wednesday, June 16, 2004

Saya rindu

Mood hari ni tak best sungguh. Sejak semalam pun. Puncanya satu - rindu pada Ayah. Dah 2 hari dah di ERA bercakap pasal Hari Bapa. Pasal Bapa ialah Hero anda, macam mana anda meraikan Hari Bapa dan lain-lain.

Pagi-pagi pulak tu. Halim main-mainkan pemanggil pulak tu.

Last Sunday Hari Bapa. Bagi orang yang ada Ayah bolehlah celebrate, tapi yang sudah tiada ?

Ishhh .. sungguh-sungguh saya rindukan Ayah. Dan saya juga tahu Ida di Dubai juga mesti sedang rindukan Ayah. Kalau saya rapat dengan Ayah, Ida manja dengan Ayah. Manja tahap terlampau ! Yang tak terkenangkan Ayah mestilah Mamat sorang tu. Mak yang ada depan mata pun dia teringat kadang-kadang sahaja, inikan pula Ayah yang dah tak ada.

Kenapa ye, selepas 13 tahun Ayah pergi saya masih tak terlupakan dia walaupun sehari. Gembira ke, duka ke setiap peristiwa mesti dikaitkan dengan dia.

Kalau Ayah ada mesti dia suka dapat seorang cucu perempuan
Kalau Ayah ada tahulah dia .. sesuka hati jer buat saya ...


Paling terkenang tentulah bila orang kecikkan hati. Bukan tiada suami untuk memujuk, tapi kalau orang tu orang paling rapat dengan suami, tentulah dia tidak dapat nak menyebelah sesiapa. Dua-dua paling disayangi dan saya pun tak mahulah suami tidak mencium bau syurga.

Kesitu pulak perginya !

Saya teringat semasa majlis pernikahan. Ayah sendiri yang menikahkan kami. Sebelum nikah, dia temuduga dulu bakal menantunya. Sebenarnya dia kurang suka pada pilihan saya. Tidak mahu saya berkahwin awal pun. Mahu saya belajar lagi. Macam-macam soalan. Dan akhir sekali dia beritahu suami, dia menyerahkan tanggungjawab dia kepada suami. Dia nak suami menjaga saya lebih baik dari dia menjaga saya. Jika sudah tidak mahu lagi kembalikan saya semula sebagimana dia serahkan saya pada suami. Hanya saya seorang.

Well, Ayah .. dia okay. Dia juga jaga Mak dan adik-adik.

Dengan wasiat Ayah itu kami sentiasa bersama Mak. Lepas Ayah meninggal dunia kami tinggalkan rumah kami dan pindah balik kampung untuk bersama Mak. Mak tiada siapa. Mak saya anak yatim. Tak pernah pun kenal ibunya. Cuma berIbu tiri. Faham sahajalah, ibu tiri zaman dulu.

Nantilah sambung lagi. Bukan gerimis lagi ni, sudah hujan lebat !

Tuesday, June 15, 2004

Watashi wa namaewa Rina Karamorita desne

Semasa di ITM, saya belajar bahasa Jepun selama 3 tahun. Sensei saya, orang Jepun tapi sudah lupa namanya.

Semasa bekerja di Store Jaya Jusco, selalu juga guna bahasa ni. Pengurus-pengurus di Jusco, majoritinya orang Jepun. Maklumlah 49% dari Jaya Jusco milik mereka. Jusco juga selain dari Isetan merupakan antara retail stores terbesar di negara matahari terbit tu.

Jusco yang bermakna Japan United Stores Company dimiliki oleh AEON Group. AEON Group juga memilik Jusco Siam, Jusco Hong Kong, Laura Ashley, Body Shop Japan dan lain-lain.

Saya seronok bekerja di Jusco. Dapat berkhidmat di dua buah store - Taman Maluri dan Melaka. Bonus pun best. Pernah dapat 6 bulan bonus, bebs ! Entah mana perginya duitnya ? Kat kasut, baju, mekap dan berpoya-poya kots ?

Meh cuba, nama Jepun ni. Di copypaste dari cikgu yang best ni Thank you, teacher !

Tengok nama saya dulu, baru test nama korangs ..

My Japanese name is Rina Karamorita.
Take The Kawaii Japanese Name Generator by Shuichigami today!
Created with Rum and Monkey's Name Generator Generator.




Jumpa gambar-gambar ni dalam laci PakMan :)



Bergambar belakang dapur. Dari kanan : G, Kaliong, Cicadinho, Toyak, PakMan Posted by Hello




Lagi posing belakang dapur .. dari kanan ; Toyak, Agus, Lenny, Iha, Muafa, G, PakLet, Liza. Posted by Hello


Monday, June 14, 2004

Kali Pertama


Tidak pernah seumur hidup, tengok orang main sepaktakraw.

Tak minat, tak faham dan tak pernah terlintas langsung nak tengok. Lagipun bukan ada orang hensem yang main takraw, kots ? Lainlah bolasepak, ramai orang hensem - berbaloi tengok :)

Setiap perkara ada pertama kalinya. Semalam, saya dan 2 anak dara, Iha dan dak-tembams ikut GangLasak semuanya tengok takraw. Ramai pergi - Zack drive kete saya bawa Azim dan Ashraf. Rudy dengan kete dia bawa Toyak. Yang perempuan, Iha, dak-tembams dan saya ikut PakLet. Kesian Jepun tak boleh pergi sebab Mak dia demam. Dia kena masak :)

Kem hantar satu team - Muafa, Bob dan Wan. Dia orang nak bagi nama Team Kodok Ngorok, tapi saya tak setuju. Saya nak namakan Team Toman Tebat. Nantilah bila ada ramai-ramai boleh sambung bergaduh, nak pilih nama apa. Buat masa sekarang panggil sahaja Team Kem Lambaian Danau.

Semasa kami sampai di Pusat Rakan Muda DUN Merlimau, team kami sedang berjuang untuk ke quarterfinal. Kami menang :)

Main takraw ni pointnya 21. Main 2 game dan kalau seri ke rubber set pulak. Cara kira cam main badminton. Pemainnya tiga orang. Tekong duduk tengah dan tukang serve. Serve sekali jer, bukan tiga kali ye. Tak de first server, 2nd server, 3rd server ke. Mula-mula ingat camtu. sekali main leh la dpt banyak point.

Seorang feeder, kerjanya tukang baling bola pada tekong dan seorang killer, tukang 'matikan' bola.

Court untuk takraw sama besar dengan court badminton. Tinggi net adalah sejengkal dari ketinggian Zack. Harap-harap betul info ni. Yang part tinggi net tu memang confirm betul.

Kami bertiga perempuan ambil kelas teori takraw semalam. Kelas diajar oleh Cikgu Agus, Cikgu Zack dan Cikgu Azim.

Sangat bersemangat kami bertiga bersorak. Bob gelar kami pompom girls :)

Masa quarterfinal, team kami lawan team Lembah Kesang B yang berjersey hijau. Huh, ada seorang mamat ni jeling mauts kat kitorang. Kalau lah menampar orang tak salah surelah semua kena tampar ngan dia. Mana tak semua menjerit-jerit beri sokongan. Toyak dengan Ruddy tukang 'saiko'. Jahat sungguh ! Tapi kami menang lagi. Jangan marah, abang baju hijau :)

Lepas quarterfinal tentulah melangkah ke semifinal. Lawan Lembah Kesang A pula. wah, dia orang main tipu. ref tak adil. semua penonton dengki kat kita orang. cuaca panas. bob haus. main bomoh, jampi net. Err .. kami tak menang. Tapi team kami main best. Korang tak tengok Muafa nyer handstand .. power gitu ! Muafa dengan Bob tendang sampai terbang-terbang ! Hebat ! Tapi ada sekali tu, Muafa jatuh dan cramp. Nasib baik Manager reti urut. PakLet urut dan Muafa okay semula.

Keputusan akhir kami dapat tempat ketiga dan berjaya mewakili DUN Merlimau ke peringkat negeri.

Hmm, seronok :) Percubaan pertama pun. Baru sahaja buat team ni. 3 hari jer sempat berlatih. InsyaAllah lain kali boleh bagi persembahan lebih baik. Tukang sorak, jangan risau. Memang hebat !

Tak sangka pun mereka boleh pergi sejauh ni. Dan semua ini adalah usaha Fasi-fasi sendiri untuk menaikkan nama Kem. Thanks so much guys ! Dalam ada yang menghiris hati ada juga yang sayangkan Kem dan kami macam kami sayangkan mereka. Juta-juta love kat korang :)

Lain kali kita pergi lagi eh Iha .. eh bamz !

++++++++++++++++++++++++++++++++++

Terima kasih Kak Zaharah.

Kak Zaharah dari Telekom Alor Gajah telah bersusah payah menolong saya untuk mendapatkan line telefon tetap yang lebih murah sewanya dari line sekarang. Terima kasih banyak, Kak :)

Beliau adalah Ibu kepada Zaid yang telah bersama-sama kita menjayakan Projek Basah di KLD tempohari. Tahniah ye Zaid berjaya melanjutkan pelajaran ke Poli Melaka.

++++++++++++++++++++++++++++++++

Hari ni juga anak-anak saudara telah mendaftar ke Universiti.

Faris Syafiq Dr. Razak yang berjaya ke UIA dan Ajmal Affif Jamal ke UiTM, Shah Alam.

+++++++++++++++++++++++++++++++

Thanks again, bamz .. tolong akak update ! Nanti kita pi makan ice cream ngan jelly kat Tai Chong. Iha dah mengidam tu :)

+++++++++++++++++++++++++++++++

motivasi SPM mrsm Terendak - posted by budak-temBAM equipment =P~

telah diberi mandat oleh kak g utk updet laporan kem kali ini, sebab nya line tenet dia setiap 8 minit, putus. =) tiang tefon dah ade.
tapi, tefon nya bile ntah nak pasang. (tefon yg normal yea)

jumaat

hari nih aku,agus dan iha naik bas ke kem. kami meulakan perjalanan lepas smayang jumaat, lbh kurang kol 2.30 gitu.
perjalanan yg mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah iaitu lebih cepat dari biasa agak mengejutkn bagi *ehem* sorang tuh, sebab dia seblom nih tak pnah naik bas gi kem.
tatau lah sape yea... =P~

sampai jerk kem, tengok peserta lom lagik pasang khemah.
jadi kami pon tukar unifom kem dan bersiap untuk mendegar introduction briefing oleh paklet.

lepas habis briefing dan penyerahan bebdak tuh di bawah jagaan kem, kami pon mula operasi cam bese.
spot check! beg budak laki, bese lah, carik rokok/lighter/mathces.
dengan beg yg agak tidak menyenangkan idung untuk bernafas, kami gagahi jua demi kebaikan bersama.

rampasan berbeg-beg banyaknya.
henfon, most of them are walkmans and cassetes. dan jugak makanan. =)
dan juga satu headphone DJ yg besar. perghh..

petang - pengurusan diri, pasang khemah dan lain lain urusan.

malam

semua fasi in charge untuk grup memasing.
oleh kerana mereka nih memang pelajar-pelajar yg cerdik cerdak belaka, kami berikan soalan yg sedikit menguji IQ mereka.
biasa saja, bukan lah tahap dewa-dewa nyer soklan.
cuma, soalan ini agak berpusing dan akan membuatkan kepala anda berpusing ligat untuk mencari jawapan.
di sini, mereka di 'observe' how well they can work in a group and come to the final decision.

sabtu

bangun seawal 530 pagi.

peserta-peserta digabungkan sekali 2 kumpulan satu grup untuk jungle trekking 12km. aku, ashraf dan ruddy ditugaskan menjaga kumpulan memasing iaitu kump 5&6. penat juga trekking kali ni.
challenging betul dengan cuaca yg agak panas pada pagi itu.

lepas pengurusan diri, peserta dipecahkan kepada 2 kumpulan besar untuk water confidence dan diselang selikan kumpulan itu untuk buat obstacle run.. aku, jepun, zack bersama pakman, ditugaskan untuk menjaga peserta water confidence.
(heheh..hobi aku tuh..).
iha dan agus join lepas semua kumpulan habis buat obstacle run. kali ini, ada sedikit kelainan dari water confidence yg biasa2. sebabnya, kali ini peserta disuruh berlari dari hujung jeti dan terus terjun ke tasik.
satu cara yg aku rasa cepat, tepat dan sungguh berkesan untuk membina confidence mereka di dalam air. tahniah pada pakman sebab invent teknik nih. *ombak..ombak to pakman*

oh ya, lupa plak nak mention. kami tak pakai dapo kali ini. tukang masak mrsm yg memasak menyediakan semua makanan.

malam

malam sebelumnya, paklet telah memberikan satu peribahsa pada setiap kumpulan untuk dilakonkan oleh kumpulan masing-masing.
kumpulan aku dapat 'ikut hati mati, ikut rasa binasa'.
aku juga turut sedikit sebanyak membantu mereka dari penghasilan skrip dan gaya lakonan. (haha.. ade hati nak jadik director plak ker..) lakonan 7 minit yg mereka persembahkan juga kreatif.
maklumlah, bebudak pandai kan...

oh ya, lupa plak nak mention. masa water confidence petang tuh, jeti ade fowl sket. bese lah, bila dah ramai2 atas jeti tuh dqan tambahan pula tekanan masa nak melompat dari jeti, ada papan jeti yg terjatuh sedikit dari landasan.
semua fasi lelaki a.k.a geng lasak pula menolong paklet and da gang membaiki jeti tersebut.

ahad.
acara yg paling diminati: barakit.
sekali lagi, teamwerk, perkara terpenting atas rakit. acara berakit ada 3 pusingan, tapi, ada team yg tak dapat habiskan 3 pusingan itu. dan penat kot. huhuhuh... jauh tuh.
bagi yg kurang biasa, agak sengal jugak untuk mendayung menjadi paddler dan tukang pegang buluh kat belakang.
tekan+tolak+tarik=petua untuk tukang pegang buluh kat belakang. bersemangat betul aku tengok bebdak nih berakit.

lepas pengurusan diri, paklet pon menyerahkan kembali peserta kepada jagaan sekolah. dan tradisi kami, nama pon ade lambaian, memang akan memngiringi peserta dengan lambaian harapan agar mereka menjadi seorang insan yg berguna pada bangsa, agama dan negara di masa hadapan.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++

lepas peserta semua bersurai, kami: paklet, kak g, iha, aku, agus, ashrap, ajim, toyak, zack dan ruddy, pergi tengok mafa, bob ngan abg mafa main takraw.
alhamdulillah, mereka menang sampai semifinal takraw lawan antara daerah dan insyAllah akan dipilih mewakili melaka dalam pertandingan antara negeri pula. =) tahniah, guys! u have done a great job!

further details, kak g bole huraikan pulak.
penat tak abes lagi nih sebenarnya. maaf lah kalau tulisan saya langung tak menyengat. penat masih bersisa.
kantuk masih terasa. sengal masih tak hilang.
nih macam nak kene berurut ngan paklet pulak lepas nih. =P~

Saturday, June 12, 2004

Thanks ... dear !

Thanks to dak-tembamz :) Dia dah susah payah downlodkan Hello untuk saya dan dah install untuk saya juga.

Bolehlah blog ni bergambar-gambar :)

Gambar-gambar ni dari Projek Basah KLD.


Anak dara manis ceria berkayak ...  Posted by Hello





Geng Jurnal berkayak di Kem Lambaian Danau Posted by Hello

The Greatest Love Of All

I believe that children are our future
Teach them well and let them lead the way
Show them all the beauty they possess inside
Give them a sense of pride to make it easier
Let the children's laughter remind us how we used to be

Everybody searching for a hero
People need someone to look up to
I never found anyone to fulfill my needs
A lonely place to be
So I learned to depend on me

I decided long ago
Never to walk in anyone's shadows
If I fail, if I succeed
At least I will live as I believe
No matter what they take from me
They can't take away my dignity

Chorus:
Because the greatest love of all
Is happening to me
I found the greatest love of all
Inside of me
The greatest love of all
Is easy to achieve
Learning to love yourself
It is the greatest love of all

I believe the children are our future
Teach them well and let them lead the way
Show them all the beauty they possess inside
Give them a sense of pride to make it easier
Let the children's laughter remind us how we used to be

And I decided long ago
Never to walk in anyone's shadows
If I fail, if I succeed
At least I will live as I believe
No matter what they take from me
They can't take away my dignity

Chorus:
Because the greatest love of all
Is happening to me
I found the greatest love of all
Inside of me
The greatest love of all
Is easy to achieve
Learning to love yourself
It is the greatest love of all

And if by chance, that special place
That you've been dreaming of
Leads you to a lonely place
Find your strength in love

Friday, June 11, 2004

Motivasi SPM, MRSM Kem Terendak

Minggu ni sekali lagi MRSM Kem Terendak. Jumlah peserta tak ramai - 117 orang sahaja.

Sudah sampai pun pukul 4.30 petang tadi dengan 5 buah army trucks. Nampaknya perempuan lebih ramai dari lelaki.

Sudah selesai taklimat program. Sekarang ni peserta sedang solat Maghrib dan kuliyah Maghrib. Imamnya, Abang Ruddy.

Sekejap lagi baru boleh makan malam. Encik Tukang Masak masak lambat sikit, kalau Pak Haji kami, dinner pukul 7 malam :) Takpelah bang, tempat tak biasa !

Malam ni buat Ice Breaking.

Fasi yang bertugas minggu ni : Ruddy, Agus, Toyak, Jepun, Iha, dak tembamz, Zack, Ashraf dan Azim. PakMan pun ada.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Wah ! Ida dan Fadhli dah jauh berjalan.

Tadi baru telefon dan 2 hari dah di London. Berjalan sakan. Semasa saya tengah tengok wayang hari tu telefon dari Paris sedang nak naik Euro Star ke London.

Dah ke Switzerland, Jerman, Paris dan kini di UK pula. Dari kecil adik saya selalu berangan nak ke Switzerland. Nak ke Gunung Alm. Nak tengok cottage Uncle Alm. Hm, tahu kan cerita kelasik tulisan Johanna Spyri - Heidi. Ida memang sukakan cerita tuh.

Thanks to Ayah, dari kecil lagi Ayah dah kenalkan kami dengan Enid Blyton, Mark Twain, (favourite saya: The Prince and the Pauper),the Bronte sisters dan lain-lain. Kami juga baca Black Beauty, Tom Sawyer, Huckleberry Finn, Malory Towers, St. Claire, Secret Seven, Famous Five dan macam-macam lagi.

Tapi bukan semua buku kami suka. Ada seorang ni kami tak suka - Katy. Tulisan Susan Coolidge. Buku-buku dia What Katy Did, What Katy Did at School . Huh, minah ni baik sangat ! Oleh sebab dia baik maka dia 'boring' :) Lagi best si-Elizabeth Allen - Naughtiest Girl in School tulisan Enid Blyton. Punyalah teringin nak gi sekolah dia. Kat sekolah dia pelajar hukum pelajar ! Dan masih ingat juga si-Georgina yang nak jadi lelaki dalam Famous Five. Tapi buku favourite saya yang Blyton tulis tentulah Secret Island ! Huh, dapat juga hidup ala-ala mereka begitu .. kekadang masa camping-camping terasa cam Jack, Mike, Peggy dan Nora lak ! Hehehe ....

Sekarang anak-anak saya pula baca buku-buku tersebut. Tapi dia orang punya koleksi buku tahapahapa juga. Banyak sangat yang mengarut. Wiccan la, demons la, magic la ... Takleh lawan seronoknya zaman Mama yang penuh dengan cerita-cerita adventure ! Hey, masa Mama sekolah, Mama ada Geng Secret Seven kami sendiri ! Hari ni seorang ahli manager bank, seorang doktor, 2 orang cikgu, seorang bekas minah glamour baca berita kat TV, seorang kerja pegawai PTD dan seorang maam Kem !

Setiap kali harijadi memang dapat buku cerita pun. Masa tu takder playstation, takder game segala apanya ni. Kat rumah juga ada Grolier's Book of Knowledge versi tahun 1965. Maknanya Ayah beli sewaktu saya lahir ke dunia. Ayah memang seorang yang menghargai ilmu. Best Ayah saya ! Saya sayang Ayah saya ... al-Fatihah .....

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++

International Webloggers Day

Ada gathering GeJu sempena meraikan Webloggers Day di Wetland, Putrajya. Untuk tahu lebih lanjut, Klik sini

Tengok gathering-gathering ni rasa rindu pulak dengan kawan-kawan GeJu ! Harap-harap Len di MMU Cyber dapat pergi - wakil Kem !

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Thursday, June 10, 2004

Ahad, Isnin dan Selasa

Ahad

Cuti sekolah. Tiga majlis perkahwinan dan gathering dengan saudara mara. Menjejak kasih, mengumpat dan mengutuk ramai-ramai. Habis hal kawin-kawin.

Group UPG, MMU keluar petang hari Ahad. Mengemas Kem. Kami bercadang untuk bercuti di PD Isnin dan Selasa. Tinggalkan arahan untuk Jepun dan Ruddy. Ruddy akan 'off' pada hari Isnin dan Jepun pada hari Selasa. Keduanya mesti berada tidak jauh dari pejabat semasa bekerja.

Abang dan anak-anak lelaki tidur di Kem sebab ada khemah basah yang belum boleh disimpan. Takut pulak hilang. Saya tidur di rumah dengan tuan puteri :)

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Isnin

Bangun awal pagi dan siapkan 'heavy breakfast'. Meehoon goreng, kari ayam, ayam tomato dan nasi goreng. Telefon Abang di Kem. Semua dah bangun dan dah bersiap nak balik rumah rupanya !

Pukul 7.30 pagi semua orang dah bersiap. Semua tak nak sarapan. Malam tadi 'supper' kat kedai Akak Sajen. Masih kenyang lagi.

Niat sebenarnya nak ke pantai-pantai negeri Selangor - Bagan Lalang atau Morib. Banyak info yang dah diberi oleh Rasanubari. Thanks Su !

Malangnya kami cuma boleh bercuti 2 hari sahaja. Weekend ni akan masuk pula MRSM Kem Terendak. Banyak kerja lagi yang belum kami selesaikan di Kem.

Saya 'packed' semua makanan. Boleh makan di PD karang.

Babah drive santai-santai sahaja. Kami ikut Highway. Masuk di Tol Plaza Air Keroh. Selalunya ikut Jalan Kesang dan ke Tol Simpang Ampat yang lebih dekat. Tapi Babah nak tengok lot yang nak dibeli Fadhli di resort golf yang satu ni, jadi kami menyimpang dulu ke Air Keroh.

Hujan pula. Kami sampai PD awal. Mula mencari apt untuk disewa. Teringat Cape Rachardo. Resort ni walaupun di PD tetapi dalam negeri Melaka. Kami nak tengok Kem Khidmat Negara sebelah Cape Rachardo. Lama juga merayau-rayau. Dalam hujan :) Cape Rachardo resort dah jadi MAA Training Centre. Tak dibuka kepada awam lagi.

Ke Tanjung Tuan Apartment pula. Saya suka di sini sebab senang nak makan. Coconut Groove bawah pokok-pokok kelapa tu ada banyak pilihan. Western dish ker, siam, melayu dan china.

Anak-anak tak suka. Pantai tak best.

Sebenarnya 'tempat rasmi' kami di Bayu Beach. Dia orang suka pantai Bayu Beach. Tapi saya tak suka apartmentnya. Dan tak suka juga tempatnya. Ramai sangat orang. Saya malu nak mandi. Kami vote. Terpaksa ikut suara ramai :) Ke Bayu Beach. Hahaha ... Bayu Beach full house ! kena cari tempat lain :)

Kami ke sebuah lagi apartment - Seri Bulan di Batu Empat. Hmm, okaylah ni. Makan dulu ! Dia ada canteen yang kecil sahaja sebelah swimming pool. Kami makan burger, meehoon goreng dan nasi goreng. Terperanjat, bebs ! Murah :) Burger = RM 1.80 dan nasi/meehoon goreng = RM 3.00

Check-in dan tunggu hujan berhenti. Pukul 2 baru berhenti. Anak-anak tukar pakaian dan terus ke pantai dengan Babah. Saya panaskan makanan yang kami bawa tadi. Apartment ni ada fridge, electric stove, periuk, kuali, rice cooker, toaster, pinggan-mangkuk .. pendek kata kitchenette yang lengkaplah. Nak memasak pun boleh. Tapi kalau bercuti, rajin ke nak mengadap periuk ?

Siap kemas semua saya ikut ke pantai. Air surut. Anak-anak dah bising tak best mandi. Ke swimming pool pulak. Tiga-tiga anak lelaki memang perenang yang baik. (Dah berumah tepi tasik !). Si-tuan puteri sahaja berenang dengan Babah. Tapi kalau dibiarkan pun rasanya dia dah boleh bersendiri, tapi Babah manjakan, jadilah mengada-ngada begitu.

Mandi manda puas-puas. Balik bilik dan makan lagi. Habis semua makanan :)

Tiba-tiba Hafidz suggest nak tengok wayang. Ada ke panggung kat PD ? Babah kata jom gi Seremban. Siap-siap dan ke Seremban. Jalan baru PD-Seremban dah siap. 32 km sahaja dan jalan elok, lurus.
Kami ke Seremban Parade. Rupanya panggung kat situ dah tutup. Panggung ada di Terminal One. Wah, nostalgia Terminal One. Teringat zaman belajar. Kami berdua naik bas ke KL-Seremban bila balik kampung berdua :) Kami senyum-senyum berdua teringat kisah zaman muda-muda. Kat belakang kedai tu , u ada cakap i love u kat i, kan ?

Okay, back to 2004 :) Anak-anak nak tengok Harry Potter. Hafidz seorang sahaja dah habis baca buku ni - Harry Potter and the prisoner of Azkaban. Kami berdua - apa sajalah.

Kami sekeluarga enjoy sangat cerita tu, walaupun Hafidz asyik komen buku lagi best. Tak payah komenlah, sebab semua orang sure dah tengok, kan ?

Balik ke PD hampir pukul 12 malam sebab 'supper' dulu. Sampai, lepak-lepak dulu baru tidur.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Selasa

Anak-anak bangun awal. Hish, memekak jer luar pintu kejutkan kami berdua. Semua lapar dan mahu sarapan. Kami bersiap-siap dan ke canteen. Makan sarapan yang murah tu ! Murah dan sedap :)

Sessi mandi laut. Air sedang pasang. Mandi hingga puas dan kemudian sessi mandi di pool pulak. Pelik budak-budak ni, kat Kem pun berenang, jalan-jalan pun berenang, tak reti buat benda lain ker ?

Checkout pukul 12.30. Plan nak makan kat Che'Man, Masjid Tanah. Hari ni boleh tengok planet Zuhrah, kan ? Mereka bergaduh adik-beradik. Lupa bawak x-ray nenek yang tak guna lagi untuk tengok Zuhrah. Terus sahaja ke Che'Man untuk lunch.

Babah pulak nak tengok Pontianak Harum Sundal Malam. Kami berhenti di Mahkota Parade. Tea kat Dunkin Donuts sambil tunggu wayang mula.

Okaylah PHSM tu. Best jugak. Tak takut sangat pun. Suka tengok Ida Nerina dan Rosyam Nor berlakon. Kelas ! Babah kata kenalah support filem Melayu jugak. Bukan tak nak tengok cerita Melayu tapi kalau tak realistik bosan jugak. Lagilah kalau ada datuk-datuk, anak orang kaya jatuh cinta kat penyanyi ... tak larat nak tengok !

Kami sampai Jasin pukul 9 malam. Nenek dah telefon dah jangan makan mana-mana, dia dah masak. Bestnya balik rumah ! Bestnya makan Mak masak !

Walaupun sekejap sahaja bercuti tapi seronok sangat dapat berhibur dan berlibur sekeluarga.

++++++++++++++++++++++++++++++++

Sudah bekerja semula pada hari Rabu :) SMK Seri Tanjong datang booked program untuk bulan Ogos.

+++++++++++++++++++++++++++++++

Thanks untuk semua komen dan coretan di tagBoard. Maaf, saya tak boleh nak reply. Internet connection saya teruk sangat ni. Nak baca blog kawan-kawan pun, kena buka banyak-banyak, lepas tu line putus. Baca-baca, kemudian buka yang lain lagi.

Maaf ye !

+++++++++++++++++++++++++++++++

Monday, June 07, 2004

Kisah Isteri-Isteri

Musim kenduri kahwin saudara mara merupakan tempat pertemuan kami sepupu-sepupu, ipar-ipar dan mak-mak saudara. Inilah masa nak berjumpa, nak bergathering ramai-ramai. Selain dari tu kalau ada saudara meninggal, baru berjumpa lagi. Kalau Hari Raya pulak, taklah dapat jumpa ramai-ramai sekaligus. Ada yang ke rumah mertua dulu, baru balik ke kampung.

Musim ni saya jadi tempat mengadu hal saudara saya.

Kisah Satu.

Dia rapat dengan saya. Jarak umur kami 10 tahun. Anak sulong dia dah 22 tahun, bulan Julai ni akan grad dengan ijazah dari UK. Anak kedua di Germany ambil engineering. Kalau kita lihat dari luar, mereka merupakan keluarga bahagia, tiada cacat cela. Anak-anak pandai. Suami isteri berjawatan tinggi. Besar pangkatnya, kakak saya ni drive Merc E series.

Tiga tahun dulu kakak ni pergi ke UK, melanjutkan pelajaran. Tuntutan kerjaya membuatkan dia terpaksa 'sekolah' lagi. Dibawanya 3 anak terkecil bersama. Dua anak lagi ditinggalkan sebab sudah bersekolah menengah di SBP.

Abang (suami dia) ikut sekali selama sebulan. Selepas tu kena pulang. Kerjayanya tidak membenarkan dia bersama isteri.

Sebelum tu, nak sebut dulu. Abang ni baik. Solat tak tinggal. Dah pergi menunaikan fadhu Haji. Rajin menjaga anak. Pendek kata, memang suami mithali. Saya selalu menjadikan dia contoh bila sesekali tu nak 'bebel'kan suami :)

Ribut tidak, apa pun tidak. Kami dapat berita dia kahwin lagi. Dengan setiausaha dia. Perempuan tu bukannya anak dara. Masa bercinta, perempuan tu masih isteri orang. Minta cerai pada suami untuk berkahwin dengan Abang.

Pedihnya hati kakak. Dapat tahu semasa usia perkahwinan sudah setahun. Tahulah saja bila ada mobile. Telefon di mobile, bukan dirumah. Alasannya bil mobile, company bayar. Ijazah dapat, madu pun dapat. Balik-balik ke Malaysia, tiba-tiba kena berkongsi suami.

Yang si-isteri tak mahu menyusahkan suami, bawa anak-anak. Mana nak belajar, mana nak bela anak. Si-suami sunyi kat rumah, terpaksa bermanja pula dengan setiausaha tersayang.

Mereka tidak bercerai. Kakak rela terpaksa menerima madunya. Yang dia kenal. Yang selalu datang rumah dia dengan suami dan anak-anak sekali.

Walaupun saya tahu hal mereka, selama ni tak pernah pun tanya. Tak sampai hati.

Hari ni dia bercerita. Tentang kasih, tentang sayang. Beritahu perasaan dia terhadap saya. Katanya walaupun dia senyum dan melayan suami macam biasa, hatinya tidak punya cinta lagi. Cuma ada perasaan tanggungjawab dan paling penting mahu anak-anak tidak kehilangan Ayah.

Semasa suami kemalangan baru-baru ni, dia langsung tidak menangis. Tiada cinta lagi, ogy .... Si-madu pulak macam nak pengsan. Maklumlah masih baru lagi, cinta masih hangat.

Dia juga beritahu saya dia tidak berhubungan badan dengan rela dengan suami lagi. Setiap kali mahu bersama teringat apalah yang suami buat dengan isteri muda. Sama ker ? Dan terasa rendah diri, mungkin tidak pandai melayan maka suami cari lain.

Saya tak tahu nak menjawab. Saya cuma pendengar sahaja.

Kisah Dua

Jauh jarak usia kami. Kakak ni tak bekerja. Menjaga anak-anak orang yang dihantar kepadanya. Juga menjahit baju.

Sepanjang usia perkahwinannya dari saya kecil hinggalah telah berkahwin dan ada anak-anak, kisah rumahtangga dia memang menjadi percakapan sanak saudara.

Setiap hari bergaduh. Hendak bercerai tak tahulah nak cakap berapa ribu kali. Si-suami panas baran orangnya. Tidak boleh salah sedikitpun, mesti nak mengamuk dan pukul isteri.

Kakak sabar. Pukul-pukul pun, anak mereka ramai juga - 6 orang. Banyak kali Ibu kakak ni pergi ambil anaknya sebab tak tahan tengok kakak dipukul. Suami jemput, kakak ikut balik semula.

Lama-lama mak-bapak dan adik beradik dah tak peduli lagi. Hobi agaknya. Kalau dilapurkan kepada pejabat kadhi, bila masa kaunseling tak nak cakap benar. Suaminya baik juga, kita saudara mara yang jahat.

Hairannya anak-anak semua menjadi. Dari yang tua hingga yang bongsu, semua masuk universiti. Mungkin kesian kat ibu agaknya maka rajin belajar.

Saudara mara memang tidak peduli lagi. Tiba-tiba Hari Raya lepas kami dapat tahu, mereka bercerai. Huh, senang hati semua. Kami memang menyampah kat Abang ni. Zalim menyiksa isteri.

Tiba-tiba tadi jumpa mereka. Huh ! Dah berbalik semula. Bercerai 5 bulan sahaja. Dan tadi bukan main mesra manja. Naik geli tengok :) Rupanya adik dia beritahu mereka tidak boleh hidup tanpa seorang lagi. Mereka mula bercinta semula. Dah tak bergaduh lagi, cintan-cintun pulak :)

Saya sempat usik dia,

++amboi .. bahagia nampak ..
xxabang xxx dah berubah dah ..
++tak pukul akak lagi ?
xxtaklah .. sekarang kita berdua jer kat rumah. happy jer ! masa dia pukul pun dulu dia sayang akak sorang jer, bukan pernah hatinya dia bagi orang lain

++++++++++++++++++++++++++++++++++

Begitu ker agaknya ? Kalau cinta suami tu untuk kita, kita rela apa dibuatnya ?

Entahlah, saya tiada jawapannya.

++++++++++++++++++++++++++++++++

Sunday, June 06, 2004

Hujan Lebat Di Danauku

Malam semalam hujan turun lebat. Air tasik naik hingga lantai pelantar tempat mengikat bot Bayu Tasik dan bot Pok El tenggelam.

Kesian adik-adik fasi yang tidur di Pangkin. Angin kuat, semuanya basah. Cepat-cepat semua pergi ke bilik fasi perempuan. Minggu ni anak-anak dara takde, bilik tu kosong.

Dan pagi ni .. MasyaAllah .. cantiknya bumi Allah. Danau berkabus tebal !

Sejuknya. Peserta bersolat Suboh dalam dingin pagi. Berwudhu' di jeti belakang, tak nampak tasik, tasik berkabus tebal hari ni.

Peserta minggu ni UPG, MMU Melaka. Tak ramai datang. 35 orang sahaja, masa booking hari tu, booked untuk 43 orang. Biasa sahaja UPG ni, pernah dulu booked untuk 40 orang, datangnya 8 orang :) Fasi yang menunggu 8 orang jugak. Tapi itulah kumpulan bertuah, dari group tulah kami mula berkenalan dengan Zack, Lenny, Iha dan Fathi. Dah 3 tahun berlalu !

Seronok juga buat aktiviti dengan mereka berlapan. Hehehe .. kami lebih ramai dari mereka. Seronoklah membuli :)

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Back to year 2004 :) Hari ni sarapan dengan nasi goreng, meehoon goreng dan ikan bakar yang Zack belanja. Semalam ada pertandingan memancing, ramai orang lelong ikan. Tiga ekor ikan besar-besar baru RM 25.00.

Saya masak berdua dengan Jepun :) Pak Haji cuti, masak untuk majlis orang kahwin. Sedara dia. Kalau tak tolong tak patut pula, kata Pak Haji.

Tapi dia orang macam sedap jer. Apa dihidang semua habis :)

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Al-Fatihah buat Allahyarham Melan

Hari Jumaat semasa sedang sibuk-sibuk bersiap untuk MMU, kami terima panggilan telefon dari Idris, abang polis di Balai Polis Chinchin. Melan (supplier kuih untuk Kem) dan Kate (tokeh car wash tempat kami hantar kereta) kemalangan. Teruk dan tenat. Mereka dalam perjalanan ke Jasin dari Melaka. Melan dan Kate beli rumah kat perumahan awam Kampung Chinchin. Baru balik dari membayar dan menandatangani segalanya lah.

Entah macam mana, Volvo Melan berlanggar dengan ambulan yang bawa pesakit dari Hospital Jasin. Ambulan tu dalam perjalanan ke Hospital Melaka.

Dua-dua kenderaan teruk. Habis hancur bahagian depan.

Melan pergi lebih kurang pukul 5 petang. Kate selamat tetapi cedera teruk pada muka. Semasa saya menaip ni, Kate dah sedar dah.

Sedih sungguh kami. Melan yang periang, yang kuat mengusik. Ada sahaja lawaknya. Dia kawan baik Jepun. Juga kawan baik Toyak. Macam Toyak, dia juga ada beratus-ratus lembu.

Tiada lagi Melan yang kuat bergurau. Sekampung begitu merasai kehilangannya. Siapalah kat kampung ni yang tidak sukakan Melan. Dari orang tua sehinggalah budak-budak. Semua jadi kawannya.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Minggu ni Zack, Asri, Fendi dan Azli datang. Semuanya dah rindukan Kem. Ada Fendi untuk dikutuk dan Zack untuk mengutuk, Kem jadi huru-hara. Nasib Kucai tak de. Harus hancur lebur Kem jika 'geng-geng jahat' ni 'on-duty'.

Tapi seronok dengan mereka. Kerja tak berkira. Walaupun kena kejut bangun tidur 'ala-ala anak tiri' begitu. Tukang kejut tentulah PakLet. Kalau orang lain tak jalan.

Walau bergurau, walaupun perangai tak senonoh. Kerja tetap buat. Tak boleh tengok kawan lain penat, rajin menolong.

Minggu ni memang 'jejak kasih'. Ujie Hartini pun datang rumah Rabu lalu. Ujie bekas fasi kami, bekas student UPM. Sekarang dah bekerja, dah jadi cikgu. Tak boleh lagi nak ber'outdoor' sangat. Karang hitam legam pulak. Kenalah control ayu. Dah nak kawen, pun !

Friday, June 04, 2004

Salam Jumaat

Salam Jumaat

Hari ni saya berseorangan di pejabat. Ruddy dan Jepun sedang berkemas, bersiap-siap untuk group UPG, MMU Melaka yang akan masuk esok. Program untuk 2 hari satu malam sahaja. Tak ramai pun. Fasi yang bertugas : Ruddy, Raup, Toyak, Khalid dan Jepun. Aktivitinya - 'obstacles-run' dan berakit.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Kehilangan lagi. Semalam petang, Abang, Cikgu Zul dan Jepun ke dusun Pagoh, ambil durian. Nak bagi Cikgu Zul dan juga nak bagi budak-budak MMU esok. (bamz, kalau nak makan durian, ko datang le. but u r not on 'on-duty list')

Dapat panggilan telefon dari Mak. MakLong Jaenah, sedara Abang meninggal. Meninggal di Hospital Muar. Terus sahaja ke rumah Mak. Nasib dah sempat petik buah pulasan, manggis dan dokong. Durian 'fasi' Kebun dah pungut.

Jadi Abang stay kat rumah Mak dengan Amir. Saya kena ke Kem dan beli barang-barang untuk esok. Abang baru sahaja telefon tadi, urusan pengkebumian dah selesai dan hujan sedang turun lebat. Saya akan ingat budi baik dan pertolongan yang Mak Long berikan pada saya selama saya menjadi keluarga 'Panchor'. Terimakasih, Mak Long. AL-FATIHAH...

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Anak-anak dan makan :)

Saya ada 3 orang anak lelaki (15 tahun, 13 tahun dan 8 tahun) dan seorang anak perempuan (5 tahun). Tiga orang anak, kecuali si-bujang 13 tahun, cukup susah nak bagi makan. Cerewet macam Babah. Udang tak suka, sotong tak suka, ikan tak suka (kecuali fish n chips). Suka ikan dan telur dan ikan bilis. Yang best, Hafidz - apa saje leh jalan .. macam Mama ! Sebab tu, kita sihat, kan honey ? Orang demam ker apa ker ... dia dan Mama dia sihat sejahtera saje !

Apa saya masak untuk mereka? Yang perlu ada setiap hari - sambal ikan bilis, lebih kepada ikan bilis goreng bercili. Sebab saya letak cili sikit sangat tapi kena letak bawang besar banyak-banyak . Mereka suka ikan bilis Jepun yang halus-halus tu. Supplier ikan bilis, Busu Ida. Nasib my sis dok Sabah. Ikan bilis murah kat sana. Dan dia bawak balik berkilo-kilo. Selamat tak payah nak beli. Lauk lain ayam atau ikan. Selalunya beli ayam 4-5 ekor sekaligus. Basuh bersih dan terus marinate - ayam rempah, ayam kunyit, ayam blackpepper dan ayam madu. Saya 'pack' terus dalam bekas-bekas yang cukup untuk ration sehari. Sehari keluarkan satu bekas untuk masak. Ikan macam tu juga, basuh dan 'pack' terus dalam pelastik. Senang, nak masak ambil saje satu pelastik.

Sayur kena masak juga. Apapun boleh :)

Jadi surirumah tanpa pembantu kena pandai mengatur kerja. Selalunya saya siapkan semua rempah-rempah. Dalam fridge saya ada cili untuk sambal, cili asam pedas, cilipadi kunyit, rempah kurma, rempah kari dan bawang putih kisar. Semua saya siapkan. Tumis-tumis jer. Taklah buang masa.

Ada tips - bila beli bawang putih dan bawang kecil, rendam semua sekali dalam air. Keesokan hari baru buang kulit. Senang nak mengupasnya dan kulit pun tak berterabur ditiup angin. Lepas tu rebus cili kering, boleh siapkan semua rempah. Saya juga simpan santan yang saya bekukan. Satu peket, santan dari 1/2 biji kelapa.

Punya anak-anak yang membesar, di rumah kena ada banyak makanan. Saya memang ada stok 'pau', fench fries, hotdogs, nuggets dan benda-benda yg sewaktu dengannya. Kadang-kadang dah malam, dah waktu nak tidur pun masih lapar lagi. Mereka buat sendiri sahajalah. Kegemaran mereka tentulah pau - inti kaya dan kacang merah. Sampai saya tahu kat mana paling murah pau frozen ni - kat Giant Supermarket, Mahkota Parade. RM 3.99. Jusco mahal sikit - 4.49.

Tak lupa juga makanan minda. Saya belikan mereka kismis. Bukan kismis doa, yang biasa saje. Suruh mereka baca doa sendiri. Makanan minda yang baik ialah kismis, kurma dan badam. Kurma dia orang tak suka makan, tak tahan manis. Tapi kalau nak exam, saya paksa juga makan. Beritahu mereka, masa mengandungkan mereka inilah makanan saya setiap hari.

Badam pun tak berapa suka makan. Mama 'trick' mereka - beli cokelat yang berbadam, ice cream berbadam dan juga buat cookies yang berbadam. London Almond Cookies tu intinya badam :) Dan oleh kerana kami didik mereka tidak boleh buang makanan, kena makan jugalah badam tu.

Selain dari tu kami bagi mereka multivits dan vit C. Untuk cordial drinks kami beli Ribena. Memang tak ajar minum air carbonat dan manis-manis.

Lagilah nenek mereka (Mak saya), 'nurse pencen'. Macam-macam dia tak bagi makan. Jangan haraplah dapat makan 'junk food' ni semua. Tapi bila kami pergi bercuti, nenek takde .. bagi jugaklah !

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Ada orang tanya, bila saya nak belanja durian :)

Hmmmm, datanglah. Tapi kena beritahu awal. Dusunnya jauh di Pagoh, bukan dekat Jasin. Sini ada juga beberapa batang belakang rumah, tapi tak menjadi sangat.

Dusun Pagoh yang banyak pokok. Selain durian yang sedang bermusim, ada pulasan, dokong, manggis, jambu batu dan limau siam kulit hijau.

Kalau sudi, nak makan buah, jemputlah datang. Nak buat gathering pun boleh :)

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Selamat Pengantin Baru Rozaiti Abdul Rahman dan suami.

Seorang anak saudara lagi kejinjang pelamin. Belajar dan jumpa di UiTM, Shah Alam mereka berdua ni. Bekas student Mass Com. Tiap-tiap hari kena ke rumah Mak (Darat) untuk tolong-tolong. Pergi gomol-gomol cucu-cucu sebenarnya. Geram, debab-debab sesekor ! Semua nangis bila tengok Nanna G datang. Panggil kita Nanna dak-dak tuh. Ntahapeape ...

Tuesday, June 01, 2004

Selasa dan Cuti Sekolah

SK Agama Bandar Tangkak dan SMK Pasir Panjang

Ada 2 group masuk Isnin hingga Rabu. Tak ramai. Patutnya plan asal ada 'summer camp' masa cuti sekolah. Tapi ada seorang yang tak bertanggungjawab, gatal 'booked' tarikh masa cuti sekolah tapi 'cancelled' pada saat akhir. Dah hantar 'confirmation letter' dah. Tapi dah dasar seorang yang tak bertanggungjawab, selamba saja dia kata, "maaflah, terpaksa cancel ...."

Huh, kena jaga pelanggan ! Kalau tidak berbakul jugak saya bagikan 'minah' tu. Bagi, baik punya ! Nasib ada kau, wahai blog, dapat juga lepas rasa kat sini. Apapun blog ini adalah 'diary si-ogy ini' dan apa yang saya tulis adalah untuk saya oleh saya. Bukan 'official statement' KEM LAMBAIAN DANAU.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Seronok buat program untuk Sekolah Agama. Comel-comel adik-adik tu. Ruddy, Adi, Azim, Asyraf dan Dino yang diamanahkan untuk mengurus program mereka. Tak tahulah Dino nak tulis tak pasal mereka di blog dia. Tapi kami semua, saaaaaayyyyyaaaaaaannnnggggggggg sangat kat mereka !

SMK Pasir Panjang diurus oleh PakLet, Toyak, Bob dan Fikry. Heheh .. takmo komen :) Tapi PakLet dah demam ... and for the first time in his life minum 'air cap badak' yang direkomen budak-budak fasi ni. Paracetamol yang Doc Atikah bagi tak jalan ! Heheh ...

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Ida dan Fadhli in Europe

Adik saya dan adik ipar cuti-cuti Eropah. Baru sampai SMS dari dia tadi, dah sampai Zurich. Suhu Zurich 14 Celcius. Lama jugak kot mereka bercuti .. lupa pulak bila tarikh pulang.

Li, jaga Ida baik-baik !

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Nana and Khai. Mama and mobile.

Anak perempuan saya yang seorang tu entah kenapa .. minat sangat kat Khai (Akademi Fantasia). Hari ni buat lukisan dua orang 'orang' dan dia tulis KHAI DAN NANA, Huh, anak saya dah jatuh cinta ke ? Risau tengok anak dara buah hati kami yang seorang ni. Dia juga minta Babah belikan 'handphone' Khai. Banyak cantiklah .. Mama tak pakai handphone mahal.

Cakap pasal mobile ni, saya suka mobile saya. Nokia 5sumthing, sumthing la .. lupa lak seriesnya. Mobile ni lasak dan dicipta untuk 'outdoor' Ianya 'waterproof'. Dah jatuh dalam air, berendam dalam lumpur dan jatuh dari atas ke bawah di 'pilot splash' dah, tapi dia steady sahaja. Kalau kotor siap boleh basuh macam basuh pinggan. Di Kem saya dan Kucai gunakan mobile jenis ni.

Tapi Kucai punya dah hilang. Lepas tu dia beli Sagem, tapi kami panggil 'Sangam'. Paling popular di Kem, Nokia 3315. Sesuai lah dengan gaya hidup 'student', mereka tak bolehlah nak bermewah-mewah dengan benda-benda yang menghabiskan duit. Ingat pesan Tuan Tanah Kedaung - Carik duit, bukan habiskan duit ! Penat kerja, kan .. dengan segala macam kerenah yang nak kita layan setiap minggu. Biarlah duit tu untuk benda perlu. Beli benda yang 'what u need, not what u want'.

++++++++++++++++++++++++++++++

Tengok gambar MRSM Kat sini.. Wah semalam hits blog ni jadi paling tinggi sejak dilancarkan. (amboi, bahasa hamba ..) Surelah adik-adik MRSM yang melawat. Ada gambar 'water confidence', berkayak dan 'obstacles-run'. Gambar-gambar semua oleh Abang pG. Thanks pG.

Untuk pG: KUTKM tempah klinik kayak tiga bulan, every sunday utk program Xamudra lagi. Sukalah hati ko, kan ! pG, boleh ambik lesen la. Nanti join fasi KLD bila dia orang test kayak.

Untuk student MRSM Kem Terendak : Dah, dah Auntie dah sampaikan kat Abang-Abang tu semua adik-adik kirim salam :) Lagi 2 minggu MRSM datang lagi - Tingkatan 5 pula.

+++++++++++++++++++++++++++++++

Thanks Bamz !

Thanks sebab dah downloadkan Photoblogging tu. Tp kan Bamz, i have to have the software in my PC to use it, kan ? Ko simpankan dalam floppy jerlah dan install bila ko dtg Kem. Huh, PC ni tak best betul .. YM takde, Front page takde .. Next week Iha dtg kot untuk program Hi Com UPG, kirim kat dia pun ok.

Tengkiu bebanyak !

+++++++++++++++++++++++++++++++++
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...