Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Sunday, June 06, 2004

Hujan Lebat Di Danauku

Malam semalam hujan turun lebat. Air tasik naik hingga lantai pelantar tempat mengikat bot Bayu Tasik dan bot Pok El tenggelam.

Kesian adik-adik fasi yang tidur di Pangkin. Angin kuat, semuanya basah. Cepat-cepat semua pergi ke bilik fasi perempuan. Minggu ni anak-anak dara takde, bilik tu kosong.

Dan pagi ni .. MasyaAllah .. cantiknya bumi Allah. Danau berkabus tebal !

Sejuknya. Peserta bersolat Suboh dalam dingin pagi. Berwudhu' di jeti belakang, tak nampak tasik, tasik berkabus tebal hari ni.

Peserta minggu ni UPG, MMU Melaka. Tak ramai datang. 35 orang sahaja, masa booking hari tu, booked untuk 43 orang. Biasa sahaja UPG ni, pernah dulu booked untuk 40 orang, datangnya 8 orang :) Fasi yang menunggu 8 orang jugak. Tapi itulah kumpulan bertuah, dari group tulah kami mula berkenalan dengan Zack, Lenny, Iha dan Fathi. Dah 3 tahun berlalu !

Seronok juga buat aktiviti dengan mereka berlapan. Hehehe .. kami lebih ramai dari mereka. Seronoklah membuli :)

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Back to year 2004 :) Hari ni sarapan dengan nasi goreng, meehoon goreng dan ikan bakar yang Zack belanja. Semalam ada pertandingan memancing, ramai orang lelong ikan. Tiga ekor ikan besar-besar baru RM 25.00.

Saya masak berdua dengan Jepun :) Pak Haji cuti, masak untuk majlis orang kahwin. Sedara dia. Kalau tak tolong tak patut pula, kata Pak Haji.

Tapi dia orang macam sedap jer. Apa dihidang semua habis :)

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Al-Fatihah buat Allahyarham Melan

Hari Jumaat semasa sedang sibuk-sibuk bersiap untuk MMU, kami terima panggilan telefon dari Idris, abang polis di Balai Polis Chinchin. Melan (supplier kuih untuk Kem) dan Kate (tokeh car wash tempat kami hantar kereta) kemalangan. Teruk dan tenat. Mereka dalam perjalanan ke Jasin dari Melaka. Melan dan Kate beli rumah kat perumahan awam Kampung Chinchin. Baru balik dari membayar dan menandatangani segalanya lah.

Entah macam mana, Volvo Melan berlanggar dengan ambulan yang bawa pesakit dari Hospital Jasin. Ambulan tu dalam perjalanan ke Hospital Melaka.

Dua-dua kenderaan teruk. Habis hancur bahagian depan.

Melan pergi lebih kurang pukul 5 petang. Kate selamat tetapi cedera teruk pada muka. Semasa saya menaip ni, Kate dah sedar dah.

Sedih sungguh kami. Melan yang periang, yang kuat mengusik. Ada sahaja lawaknya. Dia kawan baik Jepun. Juga kawan baik Toyak. Macam Toyak, dia juga ada beratus-ratus lembu.

Tiada lagi Melan yang kuat bergurau. Sekampung begitu merasai kehilangannya. Siapalah kat kampung ni yang tidak sukakan Melan. Dari orang tua sehinggalah budak-budak. Semua jadi kawannya.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Minggu ni Zack, Asri, Fendi dan Azli datang. Semuanya dah rindukan Kem. Ada Fendi untuk dikutuk dan Zack untuk mengutuk, Kem jadi huru-hara. Nasib Kucai tak de. Harus hancur lebur Kem jika 'geng-geng jahat' ni 'on-duty'.

Tapi seronok dengan mereka. Kerja tak berkira. Walaupun kena kejut bangun tidur 'ala-ala anak tiri' begitu. Tukang kejut tentulah PakLet. Kalau orang lain tak jalan.

Walau bergurau, walaupun perangai tak senonoh. Kerja tetap buat. Tak boleh tengok kawan lain penat, rajin menolong.

Minggu ni memang 'jejak kasih'. Ujie Hartini pun datang rumah Rabu lalu. Ujie bekas fasi kami, bekas student UPM. Sekarang dah bekerja, dah jadi cikgu. Tak boleh lagi nak ber'outdoor' sangat. Karang hitam legam pulak. Kenalah control ayu. Dah nak kawen, pun !

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...