Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Friday, July 29, 2005

HUJAN


Image hosted by TinyPic.com
Hujan di danauku !

Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau, bumi terbentang
..... dan bayu berpuput lembut

Cinta yang bersemi sewaktu hujan turun
Menyinari ketandusan hati
Dan hujan turut mengiringi
..... engkau pergi

selembut hujan bercurahan
begitulah cinta ini
Semesra bumi, yg disirami
Begitulah hati ini

Hujan yang turun bersama airmata
bersama pedih bersama rindu
Kau datang dan kau pergi jua
..... rinduuu lagi.


+++++++++++++++++

Ah, hujan lagi :)

Syukurlah, air tasik dah naik.

Bila hujan, masa paling damai tentulah lepas hujan. Sejuk. Tenang.


Image hosted by TinyPic.com
Tapak War Game, selepas hujan


Damai sungguh rasa hati. Pagi ni walaupun ada matahari, tapi langit masih gelap. Hujan lagi agaknya lepas ni.

Banyak dahan jatuh. Kena kumpulkan dan esok-esok bila kering, boleh dibakar.

Image hosted by TinyPic.com
Depan pejabat saya



Tadi saya berdiri tepi surau, tengok tapak perkhemahan. Dekat jalan ke tepi jeti no.2, MatGer ada semai kacang botol. Dah bercambah dah.

MatGer tengah mengumpul dahan jatuh.

Syam tengah menyauk sampah. Botol-botol bekas air mineral, polysterin box, plastik-plastik dan sampah-sampah lain yang dibuang oleh oleh orang yang pengotor. Sukahati sahaja mana nak buang.

Sana sini dengar bunyi burung. Bising mereka mencari rezeki pagi-pagi ni. Di air, ikan-ikan muncul dipermukaan, cari serangga yang jatuh bersama air hujan.

Tenang saya, menyedut udara segar hutan. Thanks Allah, pemberian ni. Amai damai dunia kecilku !

Image hosted by TinyPic.com
Tadi Bob dan Along Bunga datang. Hilang rindu !
Dari kiri cepat jalaaaannnn Kucai, Bob dan Azlie
+++++++++++++++++

Mailbox saya, setiap hari penuh dengan email hingga beratus-ratus. Akibat kegatalan mendaftar dengan YahooGroups itu dan ini. Saya cuma baca yang tajuknya nampak best. Yang lain selalunya saya delete sahaja. Cuma simpan a few yang saya rasa penting sebagai bahan rujukan.

Yang hairannya, ada orang yang suka sebarkan email dengan tajuk 'Anak Lydiawati',Kisah host Malaysian Idol, itu inilah yang rasa tak penting sungguh. Jadi kerja dia pulak nak menghebohkan itu ini tuh. Entah betul entahkan tidak semua tu.

Tak de kerja sungguh.

Tapi kalau anda tak de kerja nak ada kerja, bolehlah buat ini. Baca Blog Ayah Pin. Dia pun ada blog ? hehe. Saya dapat dari Bamz.

+++++++++++++++++++++

Image hosted by TinyPic.com


Esok konvokesyen pertama KUTKM. Dua orang gadis yang sentiasa dekat di hati akan menerima scroll mereka.

Untuk Lynn dan Rini - TAHNIAH DARI KAMI DI KEM LAMBAIAN DANAU !!!

Tuesday, July 26, 2005

Kolej-Kolej Universiti

Hujung minggu bersama dengan dua buah Kolej Universiti. Kolej Universiti Tun Hussein Onn, Batu Pahat dan Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan, Melaka.

KUITHO ada 90 peserta dan KUTKM pula datang dengan 120 peserta. Programnya ada kami buat, ada mereka buat sendiri. Program training the trainers. Seniors trained juniors. (eh, iyer ker ?)



Image hosted by TinyPic.com
:: Basri, mountain biking di Canyon ::


Aktiviti-aktiviti biasa sahaja - night walk, water confidence, rafting dan war game.

Oleh sebab senior-senior yang handle program untuk maka senang lah sikit kerja fasi-fasi. Aktiviti pun yang senang-senang. Kalau obtacles run atau amazing race tuh, letih jugaklah fasi berlari. Ini rakit, memantau dari kayak sahaja.

Lagipun menjaga pelajar universiti, tentulah lebih mudah dari menjaga pelajar sekolah menengah dan tentulah sahaja 'kacang' kalau dibanding dengan menjaga adik-adik sekolah rendah.

++++++++++++++

Fasi bertugas minggu ni : Asyraf, Cica, Toyak, Azlie, Madas, Tompel, MatGer, Acoi, Adi dan Dida.

Lama Tompel tak bertugas. Cuti semester dulu, dia bekerja di Batu Caves, kerja dengan kontraktor eletrik. Dia macam biasa lah, perlu dingatkan dari masa ke se masa bahawa dia adalah pelajar Sain Pengajian Islam. Dia selalu terlupa, ingatkan dirinya itu pelajar Sains Sosial. Statement ni fasi-fasi Kem sahaja yang faham :)

Madas macam biasa, dengan muka garang dia tu. Azlie rambut dah jadi rambut Mawi :)

Acoi budak Sains Sukan, Uitm. Tp dia kerja dapur dulu :) Biasalah tu :)

Dida si-Ayang Dapur berkejar dari Uitm, Arau ke Kem. Syam dan Toyak jemput dia di Plaza Tol Tangkak, pukul 5.30 pagi. Nasib dia kenal mana Exit Tangkak. Kalau tersilap, tah kat manalah nak mencari dia. Dida dah grad dah, Diploma in Civil Engineering. Tengah buat preparation nak convo. Huh, budak dean's list ! Tengah tunggu nak sambung ke degree program.



Image hosted by TinyPic.com
:: Memel dan Sarah, lumba terjun di Jeti ::


Minggu ni Mak Toyak buat kenduri arwah. Lepas Maghrib, hari Sabtu (grup handle program sendiri) pergi makan kenduri. Tengah musim kenduri arwah kat kampung. Minggu lepas rumah MatSah, rumah Mak Cica.

++++++++++++++

Hari ni kena buat balik semua kerja-kerja yang hilang minggu lepas. Geramnya !



Image hosted by TinyPic.com
:: Arif Spyz, mat cool yang baru berani floating seorang diri. ::


Image hosted by TinyPic.com
:: Bina dan Memel, comel ! ::

:: Semua imej dalam entri ini oleh TokRimau. Thanks, Tok !!!

Friday, July 22, 2005


Image hosted by TinyPic.com

imej oleh Ayares Snaplink

MATAHARI by Amuk

Kudatang mencarimu
Yang berselindung dalam bayangan
Ternyatalah kealpaan
Menjadi duri dalam jiwaku

Semakin jauh menyusur matahari
Semakin aku hilang arah tujuku
Tidak kusangka yang terang akan suram
Meskipun intan bayangnya
Jua tak berwajah

Biarpun gelap malam
Mata terpejam hatiku tenang
Kekusutan ansur pulang
Bersama bayang siang semalam

Baru kutahu ertinya
Sakit yang mencengkam dada
Malam yang sesepi itu
Terbuka jalan selebar dunia

Friday, July 15, 2005

Report on SMK Bukit Gambir please read at Blog Abang pG dan Blog Kak Aini . Okay ye adik-adik dan cikgu-cikgu. Terima kasih kerana sudi datang berkhemah di KLD. Jumpa Lagi !!!

++++++++++++++++++
Semua gambar-gambar oleh Ayares.

Image hosted by TinyPic.com
Azlie dan Ros. Kena ikat kuat-kuat, takut akak tenggelam karang ...

Image hosted by TinyPic.com
Raft yang baik ialah yang stabil begini. Kalau berlari pun tak jatuh. Mar Chempakasari tengah berdiri, posing mauts gitu.

Image hosted by TinyPic.com
Kayak Safari. Lama dah tak de grup request aktiviti mencabar ni. Depan : Salina, belakang : Mushroomcute.

Image hosted by TinyPic.com
Geng Saya. Yeay !

+++++++++++

Minggu tanpa Syafiq

Rindu pulak kat Yob Macha yang kelam kabut nih ! Mana idaknya, tiada lagi sesapa untuk dikejut .. tiada lagi mamat yang manja minta tolong picit palanya yang migrain .. tiada lagi budak kecik yang muntah lepas breakfast.

Tapikan Syafiq, tolonglah pergi check kat doktor. Tanya sebab-sebab migraine teruk dan muntah-muntah tu.

Miss u, Syafiq :) Rindu kat bau kelawar jantan tuh :) Syafiq nih kalau lepas kerja aduhai punyalah bau. PakLet ambik air freshner kereta dan sembur kat dia. hehehe. comey sungguh !

Syafiq seorang yang bijak, a dean's list student. Tapi bila tengok jack kereta mesti takkan lupa kes Syafiq. Memang student mechi sungguh ! Tak tulis panjang lebar kat sini, rahsia di Kem tak boleh bawak keluar, kan ? Ingat tuh, Dida ?

Dan last week, sepupu dia, Dida pun ada bekerja. Kami panggil dia 'Ayang Dapur'. Sweet dan rajin. Tapi pendiam sungguh. Mati kutu makcik ni dok dapur dengan pembantu-pembantu yang pendiam semua. Adi tak reti bercakap, MatGer bercakap bahasa isyarat belaka dan Dida pulak main-main senyum jer. Bukan mati kutu lagi, mati cipan dibuatnya ! Letih bercakap seorang, makcik tu. Kesian makcik.

Friday, July 08, 2005

Minggu ini di Kem

Sekarang ni pagi-pagi hujan. Lebat. Tapi sekejap sahaja. Lepas itu, panas. Panas sangat. Kerja-kerja mengemas jadi terganggu.

Semalam, saya menolong Geger dan Syafiq sapu camping site. Abang, bakar daun-daun yang telah disapu. Habis berasap-asap seluruh camping site. Asap ni elok, menghalau nyamuk, ulat-ulat dan ulat bulu kalau ada.

Belum habis kami mengemas, hujan turun.

Bagi duit pada Syafiq dan Geger. Suruh pergi Kedai Aherq, beli sardin, beli telur. Masak lunch dulu. Dia orang berdua yang masak. Sayur, ada kobis lagi dalam fridge. Mereka sahaja yang makan. Eh, campur Dino dan Adi.

Dino biasalah, bangun pukul 2 petang. Adi pulak sampai pukul 1 petang.

Kami berdua balik dulu.

Tinggalkan arahan untuk semua. Cuci tandas, cuci dewan makan, surau dan dataran. Buat ramai-ramai. Ramai pun dah ada di Kem. Pakdi, Bamz, Azlie, Adi dan pG. Jadi, semua bergotong-royong mengemas.

Habis kemas, kupas bawang pulak. Adi blend cili dan masak air untuk buat air suam. Bamz kata, pukul 1 pagi baru semua kerja siap. Nasib Pakdi buat cucur bawang untuk makan-makan sambil kerja. Lagipun, kata Bamz lagi, seronok bergossip. Patut ler sampai pagi tadi tak lelap tidur, asyik tersedak jer :)

Untuk bawang dan cili tuh : --> Thanks guys, sayang korangs !!!

+++++++++++++

Pagi ni, saya masak nasi lemak, sambal udang dan telur goreng. Makan-makan sambil 'terima perintah' masing-masing. Oleh sebab semua kerja dah siap, relax sampai waktu Jumaat.


Image hosted by TinyPic.com
Ni jeti yang baru. Masih ingat kami membuatnya dulu - saya, suami, Geger, Raup dan Jepun. Potong batang gelam, ketuk masuk batang-batang tu - memaku dalam air .. punyalah penat ! Akhirnya siap juga :) [raup, miss u]


Ada fasi baru, Hidayah yang sedang kena induction. Kejap muka nak menangis, kejap muka blur. Sabar, Dida :)

Rindu pulak kat Iwan. Senior ko ada minggu ini. Iwan - mat bunga junior, Azlie mat bunga senior. Fendi - mat bunga pencen.

+++++++++++++

SMKBG dah masuk dah. Macam biasa, perempuan ramai, lelaki kurang :) Sekarang ni, mereka sedang dinner.

Minggu ni saya kena masak sebab PakHaji cuti. King datang untuk rasmi Masjid Simpang Kerayong. PakHaji orang besar Masjid, jadi dia kena sambut King. *Ko kena masak G, aku tak boleh tak ada .. kang tak rasmi lak Masjid tu kang ...*

+++++++++++++

Minggu ni kami plan untuk 'saiko' si-Kemang. Budak degil tu. Dia beritahu, doktor suruh pergi HKL 18 Julai ni. Kami warning dia, kata kalau dia tak pergi, kami akan belasah dia sampai pengsan, ikat dan hantar kat hospital. Dia tahu kat sini, tak de main-main punya. Sure buat punya.

Hari ni pun, waktu dia mengada-ngada nak bermanja-manja dengan saya, saya bo layan. Marah-marah dia. Kalau tak marah, kalau cakap lembut-lembut, kang dia nangis, saya nangis. Kang tercakap .. "tak pe la Kemang .. takyah pergi .. ajal maut bukan hak kita nak menentukan ... " Itulah yang dia nak tunggu.

Ni Bamz tengah 'saiko' dia. Atau dia 'saiko' Bamz. Tah lah. Kena check mata Bamz, kalau merah. Sah, Bamz yang kena 'saiko'.

+++++++++++++

Tukar banner. Saya suka sangat gambar ni. Ini gambar jeti belakang yang diambil Ayares. Gambar ni ada dalam artikel yang Basri tulis dalam majalah Libur dan Remaja.

Kalau tiada peserta dan tidak sibuk, kami berdua suka duduk di sini. Tengok sunset. Cantik sangat pemandangannya.

Matahari yang mula terbenam menyinar dengan cahaya emasnya menutupi pulau dan pokok-pokok sekeliling Kem. Menyinari seluruh permukaan tasik. Air tasik yang bergelombang dan burung-burung yang berterbangan ke sarang, itulah pemandangan yang paling membahagiakan buat saya !

Saya beritahu suami, kalau nanti saya sudah tiada. Kalau Abang ingat saya, abang datang sini. Ini tempat favourite saya. Tempat paling cantik bagi saya di dunia saya yang kecil ini. Dalam hutan ini, hutan saya.



++++++++++++++++

Nak resepi ? Resepi-resepi senang buat. Resepi dari Mak saya, Nenek saya, kawan-kawan saya, PakHaji Kem dan reka-reka sendiri.

Klik kat banner bawah ni :)


Image hosted by TinyPic.com

Tuesday, July 05, 2005

Banyak Kerja

Lately nih, malas sangat nak mengupdate. Update style saya, mestilah panjang lebar, merapu merabannya :) So kalau tak de masa, memang lah tak boleh.

++++++++++

Cuaca panas sekarang, walaupun di sini kami dikelilingi oleh tasik air tawar seluas 104 ekar. Tak berangin. Air tasik pun agak surut. Hari tu, meng'jack' lantai bilik mandi perempuan. Pelantar tuh dah ke bawah. Kerja ramai-ramai, anak-anak saya pun dikerah menolong.

Upahnya, mandi tasik puas-puas selepas tuh.

++++++++++

Nak cerita pasal si Kemang, si Dino.

Kadang, bila difikir, gamaknya kami yang sehat nih lebih sakit dibuat mereka berdua.

Dino ada di Kem, tetiap hari tidur pukul 3-4 pagi, bangun entah pukul berapa. Jadi satu kerja pula, kejap-kejap nak tengok bernafas ke tidak. Syafiq lah tukang check. Kejap-kejap saya suruh Syafiq pergi check.

Tak bagi datang, dia datang juga. Marah ke apa ke, dia tetap datang. Bukan tidak suka dia ke sini. Tapi, kalaulah jadi apa-apa. Entah macam mana nak tangani masalah.

Setiap kali mulut dia berdarah, semua jadi sebak. Bukan sikit, banyak darah keluar. Lepas tu, kesian dia. Lepak. Makan pun tidak.

Kemang.

Kemang pula tak mahu ke hospital. Dah leter, dah marah, semua dah. Semua orang pujuk dia. Gamaknya, belasah dia sampai pengsan dan ikat, hantar hospital. Baru berjaya ke hospital, kots.

Dia berlagak bagaikan sihat. Pergi sekolah. Pergi main bola belakang sekolah Cina macam biasa. Jadi hantu bila 'night walk'. Eh, macam orang sehat sejahtera lah.

Bila saya marah, dia cakap.

Biarlah saya Kak G, sementara saya boleh, saya nak hidup macam biasa. Kalau bedah dan saya tak boleh lagi berjalan atau tak dapat lagi sedar, lagi lah. Saya nak enjoy hidup saya yang mungkin tak lama lagi ni

Apalah, apalah nak dikata kalau begini katanya. Puas saya pujuk dia agar berfikiran positif. Dia macam tu jugak.

Btw, kepada yang tidak kenal pada Kemang dan Dino. Mereka berdua ni ada tumour dalam kepala. Dino di dalam otak kirinya dan Kemang kat tengah-tengah.

Kalau ikut kata doktor, em, tak sampai hati nak type.

Kita doakanlah sahaja.

+++++++++++

Esok mungkin ke KL, pi tengok pelan.

Friday, July 01, 2005

Ukur Tanah

Kami mengupah orang ( panggil apa ye orang kerja ukur tanah nih ? land surveyor ? ) mengukur dan mencari batu sempadan untuk tanah LDSB.

Semalam, saya dan suami trek tanah kami untuk melihat batang-batang kayu yang Pakcik tu tandakan. Pakcik ni orang kampung sini juga. (Icam kenal kot, Pakcik Ali yang rambut putih sekepala tuh, pakcik si Cica)

Luas rupanya kawasan yang belum kami ketahui/terokai. Dari jamban Sajen ke batu sempadan pertama sahaja sudah 150 kaki, kemudian kebelakang lagi, lagi 480 kaki. Kami jalan ke depan lagi. Kawasan orkid hutan, lake crossing, pulau, hutan resam dan hutan periuk kera semuanya adalah tanah LDSB.

Masih tak siap lagi Pakcik tu bekerja. Hari ni dia nak mengukur dalam tasik pulak.

+++++++++++

Hari ni geng dan PakLetnya ambik half-day off. Lepas solat Jumaat karang, nak pergi memancing. Perut ayam, telur kerengga dan cengkerik semua dah siap. Entah dapat ikan apalah nanti. CEO Tangki Jaya pun join sama. Dah lama dia orang tak off pun.

Semalam dia orang ramai-ramai kemas depan Bayu. Banyak pokok-pokok dan dahan-dahan mati yang perlu di bakar. Kesian Syafiq, town boy yang belajar jadi budak kampung. Kerengga masuk dalam suar dia. heheh. Takpe la, lepas sebulan nanti sure lah bertambah macho ye Syafiq. Jangan risau Wan, ok jer abang kau nih ! Dia excited nak gi mancing petang ni karang.

+++++++++++

Minggu ni tak de group. Minggu depan, dua group - MMU Melaka dan SMK Bukit Gambir.

+++++++++++

Kemang. Risau sungguh dengan budak tu. Patutnya 2 minggu lepas perlu ke HKL untuk treatment. Tapi, dia tak pergi. Pergi sekolah pulak tu. Jenuh sudah nak memujuk dia, dia buat tak kisah sahaja. Dia tak nak pembedahan dibuat ke atas nya. Sebab dia tak mahu menanggung risiko. Lumpuh seumur hidup, koma seumur hidup atau okay macam biasa. Itulah, okay macam biasa tuh, peratusannya kecil sahaja.

Dia lebih rela, bila dia dah teruk nanti baru ke doktor. Sementara ni, biarlah hidup macam biasa.

Muka Kemang dah kembang sangat. Sehari dia kena makan 30 biji ubat. Ubat tuh untuk menahan tumour tuh membesar.

Bila dia datang Kem, dia nangis, saya nangis.

Serius, mati akal saya dibuatnya. Tak reti nak memujuk dan tak tahu apa nak buat dengan hal ni. Mak dia pun, asyik-asyik berserah, asyik-asyik berserah.

Saya pun sama sahajalah, berdoa, berserah.

++++++++++++

SMK Paduka Tuan Segamat

Ketibaan yang tidak diduga. Awalnya mereka tiba. Fasi masih mandi di jeti.. Masih menolong peserta UPM mengemaskan khemah dan sebagainya.. Para fasi-fasi masih kepenatan dan letih melihat perangai-perangai mereka nih.. Dalam kepala aku :
anak siapa la nih!
pagi 11.00am

Peserta seramai 167 orang yang rata-ratanya adalah peserta cina tiba. Disambut oleh Asst Kem Komandan Pakdi. Mereka telah dikerahkan untuk berkumpul di dewan makan untuk majlis penyerahan. Ketika ini, suasana macam lalat yang tidak dapat dikawal lagi pembiakannya..bunyi yang sungguh dahsyat! Majlis penyerahan dari pihak sekolah tidak dapat dihadiri oleh Paklet.. Tugas sepenuhnya telah diberi kepada Pakdi secara langsung menjadi Kem Kom bg sekolah ini.. buat pertama kalinya.. Pakdi dibantu oleh akak kita nih hiedi..

Tghhari 1.00pm

Peserta diberi arahan dan taklimat. Mengumpul barang brang larangan. MasyaAllah. Banyaknya barang larangan tetapi ada yang tidak menyerahkannya. Kami tahu,memang tugas kami untuk mengutip dan membuat body sportcheck suapaya tiada yang membawa rokok atau sebagainya dalam khemah. Bukan untuk tujuan menyeksa atau memaksa,cuma tujuan keselamatan dan mengelakkan kes kecurian.

Petang 3.00-6.00pm

Pembahagian kumpulan. Diuruskan oleh Pakdi dan fasi fasi.. Ohya,lupa memberitahu fasi fasi yang bertugas

Kem Kom : Pakdi
Fasi-fasi : Toyak , Cica , Fendie , pG , Dino , Asyraf , Syafiq dan Hiedi

Pembahgian ini diiktirafkan oleh persatuan-persatuan fasi dikem. Setelah meneliti aspek fizikal dan mental barulah dipecahkan. Mereka dibahagikan kepada 8 kumpulan. Selepas itu,arahan dari pakdi untuk memasang khemah ( yg best part nih,khemah diroang bawak sendrik! yesla.. ) dan seterusnya acara :
Acara Obstacle : kumpulan yang berjaya menghabiskan masa terpantas adalah kumpulan 1 dgn masa 19minit dgn ahli seramai 18 org perserta. Tahniah!
Water Confident : Budak2 nih penakut dan geli lintah rupanya! air oh air!

Malam 8-11pm

Ice Breaking : pecahan kumpulan dan meminta logo dan nama. Nama kumpulan bertemakan watak hero heroin pelakon cina ( idea si cica ) bermacam 2 nama antara yang saya ingat : Jet Li, Andy Law, Jackie Cheung , jackie chan, tony leong, leslie dan memacam lagi. tetapi yang menarik moto satu kumpulan nih, iaitu F.U.C.K bermaksud Friendship U Can Keep menarik bukan..hahahahhaha

11.30-2.30am
Night Walk acara paling ditunggu2 oleh fasi. Nak tgk jauh mana kehebatan 'urusetia' diorang yang berlagak gila dan kata nak handle lagi bagus tuh. Prove kat kitaorang skit.. Aku ditugaskan bersama fendie kat batu yang agak keras!!! shyyyuuuttt keras!!. berdua2 dilepaskan dan ramai yang kantoi kat kami ..hahahhahaha hantu duplicate yang terhebat!!!

Next day : 8-11.30 am
Berakit..kumpulan aku first lagi..yesla..bukan sebab fasi actually, nih sebab aku marah diaorang tak bersatu padu. Lagi pn aku tgk budak2 nih memain,pantang aku jumpa budak2 bermain2 kat tgh2 tasik!. Sound skit bru jadi!! syabas Tony!! jangan frust kumpulan 2 yerk..hahhaa
Kumpulan yang menang : Tony ( kum 4) Jackie ( kum2) dan ( kum1 )

Petang 3-7pm
Amazaing Race. Ya Allah kenapa la budak2 group nih x macam Budak skewl Seng Wha!!!! tension aku...tahap gaban nih!! malas nak cita pasal nih. Disuruh cari bukit, dia pegi cari tasik! alasan sbb jumpa check point! check point jek dia cari! tugasan x buat. Ish!! sakit mata memandang!

Malam 9-12pm
Malam persembahan, aku xdpt tgk secara keseluruhan sbb tertdo..hehehe jgn marah..pendapat kem kom overall adalah memuaskan..memuaskan..

next day : pagi 8.00am
War game..mmg war cam koboi abis aa..riuh abis..xdpt dikawal. Yang perempuan seronok gila bermain 2 lumpur..amboi, xigt balik nampak!! acara nih seri setelah semua terikat 1-1-1- 0

12pm
Acara penutup : ditutupkan oleh paklet dan mereka bersurai pada pukul 3.00pm
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...