Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Monday, October 03, 2005

MP Ipoh, SK Chinchin dan Kolej-Ke6, UPM.

MP Ipoh
Menurut peserta, dari Ipoh ke Kem Lambaian Danau, perjalanannya mengambil masa 6 jam.

Perjalanan yang panjang dan lama. Terima kasih kerana sudi datang. Ini adalah kali ke-3, MP Ipoh sampai ke sini. Program Pengakap.

Mereka buat program sendiri tapi jungle trekking ambil Toyak sebagai Guide. Toyak memang pakar segala pelusuk dunia bahagian sini. Maklumlah, petang hari selalu bawa adik-adik (read:lembu-lembu) dia jalan-jalan cari makan :)

Peserta semua bakal guru, tiada masalah langsung. Tapak perkhemahan bersih sentiasa walaupun mereka memasak di Tapak.

MP Ipoh checkout pukul 10 pagi, hari Ahad. Semoga berjumpa lagi !

+++++++++

SK Chinchin dan K6, UPM

Bila dah ramai-ramai di Kem, saya jadi blur. Yang adik-adik pun sebesar kakak-kakak dan abang-abang. Tak kenal yang mana budak sekolah rendah, yang mana siswa. Tapi Shafiq kata senang nak kenal. Yang lawa kakaklah, yang comot-comot tuh adik. Belum pandai melawa.


Adik-adik SK Chinchin, Kem Komandan mereka Leman MMU. Dibantu oleh Fakiha dan Dino. Bila ada aktiviti, pG dan Shafiq membantu. Atau siapa-siapalah sahajalah. Kejap kesana, kejap kesini.



Image hosted by TinyPic.com
Adik-adik dari UIA Abang Dino dari UIA dengan adik-adik SK Chinchin. Kontrol perut, Dino !

Kolej Ke-6 sampai pukul 6 petang kalau tak silap. Mereka diiringi oleh Pegawai mereka (tak tulis pangkat awak) Ruddy, adik bloggers saya :) Iye adik-adik Kolej 6, Encik Ruddy awak ada blog ! Femes sangat dia nih, di alam blog :)



Image hosted by TinyPic.com
Di Anjung Kelana. Mendengar Taklimat Aktiviti

Jumpa Am (Presiden MPM Kolej 6), Feza dan Fiza dan Aiman. Maziah pun datang dengan tah sapa lagi yang saya lupa nama mereka, adik-adik Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej 6.

Macam biasa, kalau siswa Universiti, pesertanya ramai perempuan dari lelaki. Lelaki cuma 15 % dari perempuan sahaja kots ?

Aktiviti. Hari pertama - ice breaking, night walk. Hari kedua - morning exercise, triathlon, water confidence, rakit race, blind walk dan ldk. Hari ketiga ada war game.



Image hosted by TinyPic.com
Berakit. Belum jauh lagi. Belum penat lagi. Masih boleh senyum :)


Paling mencabar ialah Triathlon. Dari Jeti berenang ke Dusun Durian (500 meter). Passkan amanah, ahli yang berbasikal pula akan mengayuh 4.3 km ke Kem. Berbasikal sekeliling hutan. Saddam kata, kat Putrajaya pun tak seteruk nih.


Image hosted by TinyPic.com
Berbasikal. Ni bukan Saddam. Siapakah nama anda ? Lupa lah .. yang ...

Sampai ke Kem, passkan amanah dan ahli yang berkayak pula akan mengangkat kayak ke jeti. Berkayak sejauh 1000 meter dan pass lagi amanah kepada kumpulan terakhir yang akan berlari sejauh 2 km mengelilingi Kampung Cina.



Image hosted by TinyPic.com
Toyak check basikal sebelum aktiviti bermula.


Image hosted by TinyPic.com
Kami bergambar ramai sambil menyakitkan hati aweks lawa yang sedang buang ekor taugeh.

Sebelum berlari, ada tugasan, buang ekor taugeh. ^ ^ Habis bertaugeh, berlari pula. Anjing tak kejar, kan ? hehe ^ ^


Image hosted by TinyPic.com
Aweks lawa sedang buang ekor taugeh dengan tabahnya. Mereka kena penalti dan kena buang ekor 2 kilo taugeh. Tabahnya anda ! hehe. Ni kumpulan Aisyah ni. 'Aisyah Meeting'.
Kumpulan Pisau.


Pemenangnya Kumpulan Mangkuk. Er, Trialthlon ke nih ? Berapa acara dah nih ?

Tengok gambar, okay !



Image hosted by TinyPic.com
Andai kata kami jalan semua, taburlah bunga di atas jalan .... adik, abang dan kakak
bersemangat mahu pergi perang.


Image hosted by TinyPic.com
Mendengar taklimat 'perang' dari Pak Let.
Depan kiri sekali, anak 'Mat Susu', Ariff. Peserta favourite fasi semua.


Image hosted by TinyPic.com
Medan Perang
+++++++++++++


Image hosted by TinyPic.com
Fasi-fasi KLD. Minggu ni, masak ! Busy dan penat giler !
Ikut pusingan jam : Leman, Shafiq, Sham, Toyak, Aiman, Pak Let, BObo dan Fakiha.
Tiada dalam gambar : Matger, Dino, Chica, Syafiq Dapo dan saya.


++++++++++++++++

Salam Ramadhan buat semua pembaca Dari Hutan Ini. Saya bercuti blogging bulan puasa ni, InsyaAllah.

Asalamualaikum.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...