Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Friday, May 25, 2012

Nostalgia KLD

Tahun ini genap usia KLD 12 tahun . Sungguh banyak kenangan disepanjang tempoh tersebut. Kenangan manis , pahit , senang , susah , gembira , menangis semuanya dah kami tempohi. Inilah sepak terajang yang kami hadapi semasa hendak memulakan membina KLD ni.

Macam-macam halangan yang kami hadapi. Tentangan dari pihak berkuasa , kawan- kawan,orang kampung apatah lagi musuh yang sentiasa mendoakan kegagalan. Tapi alhamdullillah berkat usaha kami suami isteri serta anak-anak dan keluarga yang tak jemu-jemu membantu dari segi wang ringgit, tenaga dan semangat maka KLD masih berdiri megah di tanah tumpah Melaka ni.

Pak Let nak menulis semua ni kerana berlaku satu peristiwa yang diluar dugaan pada bulan April lepas.
Ada seorang Cikgu dari STHAM ( Sek Men Tun Hj Abd Malik )Melaka datang dan berjumpa Pak Let untuk membuat tempahan perkhemahan. Tiba-tiba dia tanya ' Ini Pak Let ker!! '. Saya kata 'ya ! '. Dia kata Pak Let .. saya ni salah seorang peserta yang pertama datang ke KLD pada tahun 2000 dari SMK Dol Said. Saya betul-betul tak ingat beliau. Maklumlah dah jadi Cikgu. Dulu pelajar aja. Dia kata KLD betul-betul dah berubah. Dah tak kenal lagi. Dia kata dulu KLD tak macam ni.

Petang tu Pak Let balik rumah dan terus on komputer. Diam tak diam dah dekat 80000 orang yang dah datang KLD. Mana nak kenal kan..Termenung sekejap dan bersyukur kepada Allah rupa-rupanya dah 12 tahun usia KLD ni. Dah banyak keringat, wang ringgit dilaburkan disini.

Dikesempatan ini Pak Let nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta yang pernah datang keKLD . Kenangan bersama anda takkan kami lupai. Kepada Organiser diucapkan ampun dan maaf serta terima kasih yang tak terhingga dari KLD.

Inilah sebahagian gambar-gambar tentang keadaan KLD yang terbaru untuk tatapan anda semua. Mungkin ada yang terkejut atas perubahan wajah KLD.

Mungkin dilain masa Pak Let akan tunjukkan gambar-gambar lama KLD untuk mengembalikan Nostalgia anda semasa di KLD dulu..Insyaallah....




Pejabat baru KLD. Open air concept. Bina sendiri ni..



Anjung Tuah..dewan baru yang boleh memuatkan 700 orang dalam satu masa.


Anjung Tembusu. Dulu tapak tandas peserta. Dah berubah sungguh..


Kayak di tepi tasik. Dulu ada jeti disini untuk peserta lelaki mandi di tasik..


Tapak khemah. Berpasir. Memang selesa. Boleh muat 600 orang..

Padang serbaguna. Bercadang untuk buat 'archery' disini..

Bilik Fasi. Inilah tapak bangunan pertama dibina. Dulu gunakan kayu gelam sahaja berlantaikan tanah dan pasir..banyak kenangan disini..


Pemandangan Dataran Insan dari lorong 'bunga raya'

Dataran Insan . Dulu duduk atas tunggul kayu aja..


Tapak khemah perempuan.


Surau dan Anjung Tuah


Tandas dalam taman. Ada 45 buah tandas didalam ni..serta kolah air untuk mandi beramai-ramai..

Wednesday, May 23, 2012

Kasih Kehujung Nyawa

Emm, jeles :)

Bila Pak Let update blog, wah teringin jugak nak update sama.

Nak share berita gembira saya. Anak saya, konvo ! Suka !

Si-bujang yang pernah menghancur-luluhkan hati saya bila dapat result teruk di Sarawak dulu. 2 sem di sana, keputusan periksa cukup makan sahaja. Kami perintahkan berhenti dan tukar course, tukar campus. Balik Melaka. Dah kami boss, tentulah dia kena menurut perintah :) Balik sini, buat permintaan, nak duduk rumah. Tak mahu duduk di kolej. Okay, tapi janji result kena okay supaya boleh sambung degree.

Berulang alik dia setiap hari memandu dari Jasin-Lendu, Alor Gajah. Biarpun kelas malam. Kalau hujan, bawa jeep sebab ada laluan yg akan banjir. Dan si-ibu ini dirumah juga banjir dimata risaukan si-anak yg pergi sekolah bagaikan memandu dilaluan offroad masuk hutan. Alahamdulillah selamat dia pergi-balik selama 3 tahun ikut laluan itu.

Kami tak bagi dia duit banyak, cukup belanja dan minyak sahaja. Kalau nak makan mewah-mewah di campus, pakailah duit elaun kerja hujung minggu di Kem. Kalau kerja, ada duit dia makan di campus. Kalau ada module di campus, tak kerja, hanya dapat elaun mingguan dari Babah, maka duit tak banyak - dia beli roti dan makan roti sahaja. Balik rumah, baru makan - dan makan macam tak makan setahun gamaknya. Dengan cabaran berbagai, dengan tiada rehat hujung minggu macam orang lain (Isnin-Jumaat, sekolah. Jumaat-Ahad, kerja di Kem) syukur pada limpahan rezeki yang Allah kurniakan, anak saya berjaya juga habiskan program diploma dan sekarang sedang sambung kursus Bachelor Science in Tourism Management. Haha, sama course dengan kami berdua dulu :)

Sampai Shah Alam hari Ahad. Checked-in dan jalan-jalan dalam campus. Tengok Kolej (zaman saya panggil asrama) Jati dan Kolej Seroja. Kedua tempat ni pernah jadi tempat tinggal kami berdua, suatu masa yang sungguh lama dahulu. huh ! Tengok School kami (sekarang fakulti), tengok court badmintan, court tennis, padang hoki, lorong jogging kami berdua. Lagi banyak tempat berpoya-poya dari tempat belajar. huh lagi ! heheh

Tunjuk kat anak-anak Dewan Konvo kami (Dewan Sri Budiman). Sekarang mereka konvo di Dewan Agung Tuanku Canselor. Cari-cari, rupanya di Stadium dan padang kawad hujung Uitm ! Memang dah tak kenal dah. Maju !

Hari Konvo. Saya panjat Batu Caves, awak ! heheh taklah, cuma punyalah tinggi tangga. Tapi sampai gak. Ada siapkan bas, tapi tak nampak pun bas tu kat mana. Jadi memanjatlah kita.

Sampai di dewan, semasa mahu ambil tempat, saya ditahan dan dijemput duduk di kedudukan VIP. wah ! suka ! duduk depan sekali tu :) Memang clear sungguh saya nampak anak-anak saya.

Anak-anak ? Iyer. Mula-mula nampak dan dengar, "Haireen Kosni". Saya dah tersuka-suka, "Erin, Erin". Lepas tu, "Izyan Ainaa Izani". "Yan, Yan ! " Lama sikit barulah, "Ridzwan Amir Rosli". Yang anak dara berdua tu, Fasi-fasi Kem.

Dan menariknya, Yang Berbahagia Tan Sri Sallehudin, Pro Canselor Uitm yang bagi diploma kepada anak saya, 26 tahun lalu adalah orang yang menyampaikan diploma kami berdua. Macam kejap jer :) Dan anak classmate kami, Taufik juga konvo hari ini. 26 tahun lepas kami konvo bertiga. Hari ni kami saksikan anak-anak kami pula konvo. Taufik pun dapat duduk depan :)

Masih suka. Masih senyum sampai telinga. Hingga hari ini.

Kasih hati saya - Nana, Hafidz, Iwan dan Nadzrin.

Kami sekeluarga.

Kesayangan Nenek. Belum tentu apa, dia dah nak ke Kajang. Nak Nenek, nak Nenek !

Busu's family. Kesayangan jugak ni :)

Tuesday, May 22, 2012

INFINEON MELAKA TEAM BUILDING

Salam hormat dari...KLD.

Dah lama betul tak update blog. Tahun 2011 memang busy kat KLD. Tak putus-putus group masuk. Dapat kontrak mengendalikan Program Team Building Infineon Melaka seramai 1700 org. Jadi tiap-tiap minggu kena handle mereka. Setiap Isnin datangg kem. Bukan senang nak jaga org dewasa ni. Melayu , Cina , India semua ada. Malah ada yang dah jadi Warga Emas pun datang. Ada yang dah bekerja sampai lebih 30 tahun.

Tapi Paklet bangga bila mereka bersemangat buat aktiviti bersama-sama . Terutamanya bila aktiviti berakit. Yang muda,tua sama-sama bantu membantu. Yg sakit ( maklumlah dah berumur ) tetap memainkan peranan. Paling tidak pun duduk atas rakit beri sokongan.

Setiap minggu aktiviti bertukar. Yang dibawah ni Group sesi ke3 kena Dragon Raft beramai-ramai selepas rakit race. Bayangkan sampai 80 orang naik 1 rakit bersama-sama . Gelak ketawa,marah, geram, maki hamun semua ada... Yg penting sekali persahabatan dieratkan.


Semasa nak menurunkan rakit kedalam tasik.. Panjang rakit 150 kaki.


Bersemangat !

Selepas berakit kena dengar komen dari Paklet..


Tahniah Kak ! Akhirnya berjaya juga berakit. Seronok kan!!

Kepada Staf Infineon , KLD mengucapkan Tahniah kerana berjaya menamatkan Program dengan jayanya.
Jika ada silap dan salah Paklet memohon ampun dan maaf . Insyaallah jika ada kesempatan kita akan bertemu kembali .

Thank you Infineon !!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...