Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Wednesday, December 27, 2006

SCHOOL HOLIDAY CAMP Pt 2

Malam tu, hujan berterusan yang tidak kami ketahui akan bakal mengakibatkan banjir bermula. Hujan lebat tidak berhenti-henti. Penceramah kami, Encik Kamal tidak dapat hadir. PakLet mengambilalih tetapi tetap dengan Topik yang sama. Melainkan dengan PakLet, dia lebih suka buat yang praktikal.

Berhempas pulas masing-masing nak keluar dari tali - fikir, fikir, dik ! Kena belajar berfikir berbagai cara ! Raja Botol, cissss budak-budak nih tak hafal sifir ! Dah janji hari tu, so parents, make sure mereka hafal sifir. Kalau hafal sifir, senang nak buat matematik. Susun paku. Teruja kami, tapi mereka dapat mengeluarkan pendapat bagaimana nak buat.

Hujan berhenti. Abang Toyak (special appearance this week, dia off-duty sebab adiknya kahwin) dah bersedia untuk NiteWalk dengan adik-adik. Berjalan ramai-ramai ke hujung Tasik Biru dengan Abang Toyak dan Abang Cicha. Abang-abang lain berjalan antara peserta.

Tak dapat juga nak belajar apa-apa sebab langit gelap, yang nampak tuh, satelit. ( Ni kepakaran Iha, mana bintang, mana satelit - maklumlah budak Telecomunications Engineering)

HaziqKL yang bising mulutnya dah diam. Dia takut gelap rupanya ! Lepas tu setelah dikajiselidik oleh abang-abang Facis barulah, tahu yang ramai takut gelap - kat rumah nak pergi bilik air sorang pun mintak Mak teman ! Lepas ni tak payah takut lagi yg, adik ! Berjalan dalam gelap, dalam hutan pun, okay jer, kan ?

Langit semakin gelap dan Cicha dah 'bau' hujan. Arahan untuk pulang. Cepat-cepat kami berjalan semula ke Kem.

Sampai Kem, peserta perempuan diarahkan tidur dalam Rimbun 1 dan Rimbun 2. Hujan mula turun dengan lebatnya.

Yang lelaki dengan abang-abang Facis, tidur dalam Anjung Kasih. Sebelum tu, paling penting, kami check semua orang dah pergi buang air atau tidak. Mustahak nih, kalau Abang Facis tak nak basuh Anjung pagi esok :) Kami susun mereka tidur dan selimutkan anak-anak nih. KLD memang banyak stok kain selimut. Untuk grup macam ni jer kami bagi pakai, kalau yg dah besar tuh, kami tak bagi :)


Mama, Abang Wan dan Uncle Sham selimutkan peserta. Sian anak Mama, sejuk !

Hujan lagi. Selamat Malam !!!!

+++++++

Hari Kedua

Berjemaah Suboh dengan Abang Wan. Hujan berhenti.



Senampagi. Macam biasa, HaziqKL kena naik pentas dengan Abang-abang Facis. Selesai sessi panaskan badan dan bersenam, Abang Wan ajar main game. Kami main Bom dan Iklan. Seronok main. Iklan yang paling disukai tentulah, "Saya menang motor !". Sorry eh, Pakcik Ali Cafe :) Mama dah bising dah kat Abang Facis, bila nak bagi peserta makan.

Naik Anjung. Sebelum tu kasut dan selipar kena susun. Kalau tak, Uncle Sham suruh turun dan susun semula. Kat rumah pun kena buat macam ni. Pagi ni Mama, Abang Syafiq dan Bibik Maya masak Nasi Goreng Ikan Sardin versi pedas dan tak pedas. Telur seorang, sebiji. Air pilihlah teh O atau teh susu. Makan time ! Sebelum makan, macam biasa, baca Doa dan Jemput-Menjemput.


Sarapan Kami !

++++++++

Berkumpul di Dataran Gemilang, hadapan pejabat KLD. Semua diberikan air mineral dan PakLet memberi penerangan tentang aktiviti selanjutnya - Amazing Race. Kami akan berjalan 8 km. Route biasa ialah 12 km, tapi PakLet pendekkan sebab tidak mahu jalan di kawasan air yang dalam. Abang-abang Facis dan Uncle Sham telah bersiap sedia pakai BA. Kalau air dalam nanti, jika perlu menyelamat, senanglah kerja menyelamat.

Kami baca Doa dulu di Pintu Besar KLD. Kemudian berjalan masuk hutan di Tapak SegHwa-Lambaian. Menuju ke Hutan Gelam. Dari Hutan Gelam, lalu Tapak War Game ke Check Point 4. Jalan lagi ke Check Point 5. Kemudian panjat Bukit Tuah. Dari Bukit Tuah nampak Gunung Ledang (tak clear), Tasik Biru dan Tasik Hijau.



Merentas Tapak War Game



Kat Canyon.


Bergambar ramai ! Dengan tagline biasa kami, lah !



Yang belakang dan berlubang-lubang tu ialah sarang burung tiung pasir. Mereka buat tunnel dalam pasir-pasir ni.

Best sangat hirup udara segar di puncak Bukit. Kami turun kebawah,


Kena hati-hati !







Tinggi juga Bukit Tuah ni.

berjalan lagi menyelusuri Canyon dan pergi Ke Palung lama. Di sini, Abang Cicakman Cicha ajarkan tentang bijih timah. Suatu masa dahulu, Kampung Chinchin terkenal dengan aktiviti perlombongan emas dan bijih timah.


Dekat Palung, mendengar penerangan Abang Cicha.

to be continued ...

Thursday, December 21, 2006

SCHOOL HOLIDAY CAMP 2006 . Hari Pertama

Klik sini untuk tengok CD SCHOOL HOLIDAY CAMP 2006

Klik sini untuk tengok CD PROMO KEM LAMBAIAN DANAU

++++++++++++

Bermula dari 17 hingga 19 Disember 2006. Ahad hingga Selasa. Kami buat bermula hari Ahad, supaya senang ibubapa nak menghantar anak.

Hari Sabtu, saya dan suami, anak-anak - Along dan Nadzrin dah berada di Kem. Fasi - Syafiq, Fikry, Wan dan Faiq pun ada. Kami menyiapkan semua yang berkenaan dengan Program. Kupas bawang

Hari Pertama - Ahad, 17 Disember 2006

Saya dan Syafiq di dapur menyiapkan Mihun Goreng. Walaupun dalam pakej tiada sebut sarapan pagi, tapi takkan nak biarkan anak-anak tunggu makan tengahari baru nak makan. Toyak hantar Kuih Bakar. Fasi-fasi lain menyapu dan mengemas Anjung-Anjung.

9.30 pagi. Kumpulan dari KL sampai. Penuh satu van peserta. Mereka ditemani oleh Abang Fasi, Abang Iwan. Aunie Zu dan Uncle Sham pun sampai serentak. Juga penuh kereta dengan peserta. Auntie Zu dah siapkan air mineral dan buns untuk bekalan makan dalam van dan kereta. Thanks, Zu !


Photobucket - Video and Image Hosting
Depan, dari Kiri : Aqeel, AngahSyafiq, Amir, Eaimman, Daniel, Qistina.
Baris 2 : Ain, HaziqKL, Amirul, Hafiz, Lan.
Baris 3 : Abang Iwan, Hurairah Rambut Maintain, Firdaus, Aunty Zu


Sebelum mendaftar, bagi makan dulu !

Mereka mendaftar dan Abang WanUPM dan Abang Iwan bawa semua ke Anjung. 'Main-main' dulu sementara menunggu kawan-kawan lain sampai. Abang-abang bersusah-payah nak bagi semua seronok dan suka. Sebabnya, masa ni kebanyakkan nya - 'muka seposen'. Muka nak nangis ! Haziq Selekom pun masa ni baik sahaja, diam sahaja :)


Photobucket - Video and Image Hosting
Eaimman sedang mendaftar


Seorang demi seorang sampai - dari Batu Pahat, dari KL, dari Muar dan orang-orang Melaka.

+++++++++

Urusan mendaftar berjalan lancar. Kami pastikan peserta sendiri yang mendaftar. Beritahu ibubapa, 'peserta' yang mendaftar, ibubapa boleh jalan-jalan tengok Kem. Faiq dan Fikry jadi guide, tunjuk Kem kat Ibubapa.

Peserta mendaftar sendiri. Biar mereka berpengalaman mendaftar. Macam-macam hal, terjadi. Gelak jer kitorang. Asal boleh jer, budak-budak ni tau ! Walaupun program ni untuk yang berumur 10 tahun hingga 17 tahun. Kami mendapat juga peserta 'bawah umur'. Qistina Balqis berumur 6 tahun. Ingatkan nak temankan abang sahaja, tapi dia juga jadi peserta. Dia hebat, semua aktiviti dia buat ! Dia adalah antara peserta yang terbaik. Ada yang menangis, mengigil takut nak nak buat 'Water Confidence'. Qis selamba jer, terjun !


Photobucket - Video and Image Hosting
Pak Let dan Qistina, Qis sedang mendaftar. File pink, lagi !


+++++++++

Bila dah dapat fail, pen, brochure dan jadual aktiviti, semua mula membaca. Mula berkawan-kawan. Dah mula dengar suara Haziq Selekom :)

Siap urusan pendaftaran, Program dimulakan dengan Bacaan Doa oleh Abang Fikry.


Photobucket - Video and Image Hosting
Bacaan Doa oleh Abang Fikry. Semoga perjalanan Program kali ini dipermudahkanNYA dan semoga anak-anak beroleh ilmu yang berguna.



Photobucket - Video and Image Hosting
Amin !


Lepas tu, pasang khemah. Satu khemah untuk 3 orang peserta. Siap khemah, mula nak bergolek-golek dalam khemah.

Photobucket - Video and Image Hosting
Kerja keras. HaziqMuar (baju biru), Nazreen (baju merah) dan Fawzi (pakai topi)


Photobucket - Video and Image Hosting
Dah siap, leh posing dulu ! Dari kanan : Firaz, Nadzrin dan Haikal


Tiupan wisel untuk Makan Tengahari. Sebelum makan, abang-abang ajar adik-adik cara makan. Baca Doa dan Menjemput Makan. Kat rumah nanti, buat macam ni tau.

Lepas makan, solat Zohor berjemaah. Lepas Solat, Abang WanUPM bagi sedikit Tazkirah kat adik-adik.


Photobucket - Video and Image Hosting
Solat Zohor berjemaah


+++++++++

Ice Breaking.

PakLet : Apa dia Ice Breaking ?
Eaimman : Pecahkan ais. Kita kena pakai hammer, yer ?

Ish, dia orang ingat, main pecah-pecah ais. Dah umur macam ni, ingat nak maaaaiiiinnnnnnn jer !

Ada pilihanraya memilih Tok Batin dan Mak Dara. Bakal-bakal pemimpin ni berkempen meminta pengundi-pengundi memilih mereka. Akhirnya Tok Batin ialah Firdaus dan Mak Dara pula, Mardhiah.

Mereka memilih nama kumpulan dan ketua kumpulan. Tema minggu ini - Ubat-ubatan. Antibiotik, Gamat, Koyok dan Minyak Cap Kapak.

Sudah berkawan-kawan semuanya. 'Ais, sudah pecah !'

Photobucket - Video and Image Hosting
'Ais sudah pecah! ' Dah leh gelak, sampai tadi semua muka 'sedih' hehe


+++++++++

Minum petang, solat Asar. Hujan turun !

Nak buat senaman sebelum aktiviti kat Dataran tak boleh. Last-last buat senamrobik di Anjung. Semua suka sebab Abang Faiq ajar ikut Lagu Pop-Yeh-Yeh. Korang joget ker, korang aerobic ?

Obstacles Run Around The Camp. Ni aktiviti lasak pertama untuk Kumpulan ni. Risau juga mula-mula. Tapi Qis yang kecil pun selamba jer 'slide down' turun tasik. Facis menjaga rapi adik-adik. Perlu hulur tangan, hulur tangan. Perlu dukung, dukung :)


Photobucket - Video and Image Hosting
Crawling. Ni Azroy. Kumpulan Gamat


Tapi dia orang enjoy. Semua orang buat semua halangan. Uncle Sham demo untuk Pilot Splash. Ingatkan budak-budak ni takut, tapi dia orang suka ! Air kat Pilot Splash naik hingga lebih 3 kaki. Uncle Sham, Along, Abang Cicha dan Abang Syafiq menyambut kat bawah.


Photobucket - Video and Image Hosting
AngahSyafiq, Kumpulan Koyok. Mudway Lagoon KLD. Yang Abang-abang tu, tukang sambut.


Photobucket - Video and Image Hosting
Lake Crossing. Dari Kiri : Along, Wani, Haikal, HaziqMuar, Abang Fikry, Hafiz, AngahSyafiq, Hurairah dan Firdaus


Photobucket - Video and Image Hosting
Yeayyyyyyyyyy ..... we did it ! Peace to PakLet :)



Photobucket - Video and Image Hosting
Tahu apa dia orang ramai-ramai ni cakap ? "Saya menang motor ... " hehehe. Sabar jerlah budak-budak nih !




to be continued ...

Wednesday, December 20, 2006

School Holiday Camp 2006

Klik <--- untuk lihat CD SCHOOL HOLIDAY CAMP . Reports, later !

Winter Summer Camp yang best, sangat !!!!

Tuesday, December 12, 2006

Promo CD 2007

Promo CD untuk 2007

Bila saya test tadi di Blogger, tak boleh buka. Kalau di PC anda juga begitu, anda click
http://video.google.com/videoplay?docid=-7177252155706679682&hl=en sahaja link tu, okay ?




Photobucket - Video and Image Hosting

Bila tengok CD tu, tentulah kawan-kawan KLD tak kenal ramai fasi-fasi baru. Mereka ni menggantikan fasi-fasi yang telah grad. Alhamdulillah semua dah grad dan dah kerja pun.


Duduk depan sekali, dari kiri : Cicha (camtu gak, single n available), Asyraf (dah kerja kat NAZA Hotel, Melaka) , Dino (masih belajar, UIA).


Baris ke-2 : Zack (Penolong Pengurus di MMU) (belakang Dino), Asri (Engineer kat Panasonic), Toyak (pun cam Cicha gak), Boss (fasi baru - budak Art n Design) dan Matger (dah kerja kilang).


Baris ke-3 dari kiri : Fikry aka Keeper Terbaik Dunia (fasi paling senior sekarang - student Sains Pengajian Islam UTM ), Faiq (fasi baru, Electrical Engineering, Kuitho), saya, PakLet, Hafriz aka Blue ( fasi baru - student Kaunseling, UPM ), Kudin (hmm budak pandai ni - every sem dean's list, umur 19 tahun sudah Tahun 2 - Kaunseling, UPM), Zul ( Sains Sukan UPM, gold medalist, swimming utk apakenama sukan inter -U. Pakar air kami - siap dengan sijil menyelamat yg world recognised) , Adi (budak Sains Sukan yang suka kerja dapur) .


Belakang sekali dari kiri ; Pakdi (Engineer kat kilang lupa lak masa type nih) , PG (final year student, KUTKM), Syafiq (pekerja tetap Kem), Wan (student Kaunseling - pun pandai giler !) dan Raup baru beli kereta baru yang besar gedabak (IT Specialist kat American Firm di Cyberjaya)


Tu dia, warga KLD !

Wednesday, December 06, 2006

Last day 1st June 2006. Boat Trip to Lata Berkoh, Trekking (Again !), Swimming, Campsite@Lata Berkoh, Bye bye Taman Negara, Jerantut, Tampin, Jasin.

Klik sini untuk ke

http://holidaycamp.blogspot.com/

+++++++++++++

Links to
Baru Balik ,
Apsere Adventure Day One ,
Apsere Adventure Day Two and
Apsere Adventure Day Three

APSERE ADVENTURE 2006


Kalau Aliff Bachan tak menegur dan minta gambar-gambar Apsere Adventure 2006, May lalu, haruslah lapuran AA itu tak saya postkan. Tak perasan, rupanya lapuran hari terakhir di Taman Negara Pahang tu, belum saya publish. Ishhh , tak senonoh sungguh orang tua nih !

Hari terakhir di Taman Negara, kami pergi naik Bot ke Lata Berkoh. Seronok naik bot ni. Walaupun Abang Bot taklah merempit tak sedar diri macam Cichadinho di tasik kami, tapi trillnya lain macam. Telah diwarning oleh PakLet dan juga Projek Manager, Asri - kali ni tidak boleh main air dan bergurau melampau batas - pendek kata, Boss cakap - BEHAVE !!! Dan kami pun behavelah, duduk diam-diam, menikmati pemandangan dan udara bersih sepanjang cruising Sungai Tahan. MasyaAllah, pemandangannya sungguh cantik - hijau, hijau, hijau ... dan udaranya - bersih dan segar. Bot panjang ni boleh dinaiki oleh 4 orang penumpang. Ada seorang pengemudi bot dan seorang helper. Di tempat yang cetek, helper ni akan 'tolak' bot dengan sebatang kayu. Mereka tahu mana laluan yang perlu dikut.

Kami pergi dengan 5 bot - kalau tak silap, sewa sebuah bot RM 120.00

Gambar ni diambil dari bot yang bergerak. Besarkan, sungai ni. Dasarnya batu dan pasir. Air bersih sangat. Asyiklah ambil air, basuh muka :)

Bot ni dinaiki oleh Syafiq, Azlie, Bob dan Aliff.

Kami dah sampai di Lata Berkoh. Plastik-plastik tu, bekalan untuk berkelah. Dari sini, kami trek lebih kurang 5 km ke atas lagi untuk ke Lata Berkoh. Asyiklah berjalan, kerjanya ! Opps lupa, kalau anda ke Taman Negara - jangan susah-susah pakai Jungle Boots atau trekking shoes segala yer, lebih praktikal jika bersports sandal. Sebab, kejap kering bila trek dalam hutan, kejap basah bila meredah air sungai. Kami pakai sandal dan selipar jer. Sandal beli di Sakan, Jasin - RM 15.90 dan selipar di Tenten - RM 1.90 :) Semua selipar dan sandal selamat pergi dan balik bersama kami, kecuali selipar Aliff yang berkubur di dasar Sungai Tembeling. Bukan rosak, cuma si-Aliff terlepas selipar semasa berperang 'Rapid Shooting'.

Ni dah sampai di Lata Berkoh. Opposite gambar ni, ada papantanda yang MELARANG sesiapa mandi /berenang di sini. Amaran keras lagi.

Seorang demi seorang turun ke bawah untuk 'tengok air'. Yang tinggal kat atas ni sahaja. Last-last semua turun termasuk yang baju biru tu, yang kononnya - nak cari pokok, gantung hammock nak tidur. Katanya malam tadi takleh tidur sebab fikir awek matsalleh sebelah bilik - "kang dia mengendap, kita tidur kang ..." Budak yang pakai cap merah, yg tangan baru baik tuh pun kononnya, "bahaya saya turun ni, tangan tak okey sangat ...." akhirnya meninggalkan saya seorang diri di atas. Hampeh !

Tengok air deras tu !

Gambar ni saya ambil dari Papantanda Lata Berkoh tadi.

Banyak rama-rama kat sini. Yang hairannya, rama-rama ni cuma hinggap dan mengelilingi anak saya, Nadzrin.

Tengah tengok air, nih ! Iyerlah tuh :)


Semua dah mengigil dah tengok air. Geram, teruja !

Last-last dia orang test juga air tuh. Dari kanan - Asri, Bob, Fendi, Syafiq, Matger dan Toyak.

Tu Iha ambil gambarlah kononnya kan, last-last dengan dia pun sekali terjun masuk air. Tapi, jika anda ke sana, jangan tiru aksi ini. Bahaya. Air deras, banyak batu-batu besar dan sungainya pun dalam.

Mula-mula saya membebel juga, tapi Cicha cakap, dia ada tengok brochures Taman Negara, Matsalleh mandi kat sini. Betul-betul tempat nih lah. Beriya-iya dia cakap, matsalleh tu ramai-ramai mandi. Dalam pada berbeta-beta tuh, semua dah terjun dah. Kang lagi membebel, kot kita ditarik sama. Ayin dan Nana pun dah basah mandi kat bawah tuh. Sabar jerlah !

Mereka berenang menyeberang kesebelah sana sungai. Jauh juga.


Dah sudah mandi lapar. Makan pulak ! Bekalan bawa dari Tembeling View. Budak-budak ni beli juga roti, biskut dan chips.

Ni main susun batu, dan mandi lagi sehingga puas. Air dia, best sangat !

Kat bawah dahan tu, ada ikan kelah. Ni dah dekat dengan Kelah Sanctuary. (Kawan PakLet, orang asli tuh, kerja sini)

Kami singgah di Lata Berkoh Campsite, berkenalan dengan Mr. and Mrs. Chew dari Petaling Jaya. Couple umur 50an. Mereka berdua camping kat sini. Entah makhluk mana tah, tak belajar civic, tinggalkan sampah sarap sekitar campingsite. Buat macam Kem sendiri, budak-budak tu, pungut sampah. Bawa balik ke Tembeling View dan buang kat sana.

Tuesday, November 28, 2006

Sekolah Agama Menengah USJ

Klik sini untuk ke http://holidaycamp.blogspot.com

++++++++++


SAM USJ

Sorry eh, adik-adik Sekolah Agama Menengah USJ ! Lambat lak Mama tulis lapuran nih. Dah ingat-ingat lupa dah kat korangs .. heheh

Gurau jer, mana leh lupa budak-budak kuat makans nih !

++++

SAM USJ masuk sebaik sahaja cuti sekolah bermula Jumaat lalu. Ini adalah kali kedua mereka kesini. Walaupun program ni dibawah kendalian AROS, tapi banyak aktiviti, kami yang buat.

Mengikut tentatif program, SAM USJ sampai pukul 9 pagi, Jumaat. Heran gak, bertolak dari sekolah jam 8 pagi; 9 pagi sampai Kem. Wah naik BasLaju mana lak budak-budak nih ! Satu jam dari USJ ke Kampung Chinchin, Jasin, Melaka.

Tapi, kan fasi-fasi skema yang bertugas semua dah sampai awal-awal pagi lagi. Ada yang malam Khamis dah sampai. Kecuali Faiq sorang, sampai lepas Jumaat. Hari Jumaat tuh, last paper, Mamat nih,satu-satunya budak Engine yang jadi Fasi sekarang. Dan satu-satunya Fasi Grup GengJahat yang ada. Fikry toksah citerlah, dia anak murid Kucai. Macam mana Cikgu, gitulah anak muridnya. Tak kurang, tak lebih. Sama jer tak semenggahnya :)

Lepas solat Jumaat baru sampai.

Baik sahaja. Comel sahaja. Makan tengahari pun tak habis. Masih kontrol ayu-macho gitu.

++++

Program dimulakan dengan bacaan Doa oleh Fikry. (Iyer, Fasi KLD nampak nakal, tp bab agama - semua paras, okay !)

Acara pertama petang tu, selepas kenyang minum petang - ialah Obstacles-Run dan Water Confidence. Water Confidence ialah aktiviti wajib untuk peserta. Bukan sahaja ianya perlu untuk melakukan aktiviti di Kem, tetapi manalah tahu satu hari nanti anda perlukannya - sudah tentulah anda tidak panik jika berada dalam air, kan ?

++++

Malam, Fasi KLD relax sahaja, sebab AROS handle peserta. Cuma on-guard sahajalah, menjaga keselamatan.

Photobucket - Video and Image Hosting
Toyak dengan adik-adik peserta. Sedap, kek ...


++++

Hari Sabtu buat Country Trekking, Kayak dan Rakit. Hmm.. kan dah lupa sapa menang ...

Photobucket - Video and Image Hosting
Belajar Kayak. Cicha dalam Bot Bayu Tasik, menjaga keselamatan peserta.


Malam ada BBQ dinner. Nasi Lemak, sambal udang, sambal ikan bilis, baked fish (baked Ptin Portugese-style - walla !), ayam madu dan sosej. Timun dan sos-sos. Err .. licin ! Ayam jer tinggal sikit.

Ada malam kebudayaan. Peserta buat persembahan.

Lepas tu, aktiviti bebas. Budak lelaki dengan fasi-fasi main futsal di Dataran. Goal main tanda dengan selipar jer. Pun, jadik :)

Photobucket - Video and Image Hosting
Futsal. Baju putih tu, Wan - hero futsal KLD.

Photobucket - Video and Image Hosting
Main style futsal kampung - tak pakai kasut, ada fasi main pakai kain pelekat jer :)


Main kalah-mati. Sapa score gol, menang. Pasukan kalah, keluar. Tu yang 2 saat dah menang tuh. Fasi yang menang. Menang sampai 8 game, Keeper terbaik Dunia lak nak main - jadi goalkeeper. Terus fasi kalah. Sabar jer tau, Keeper terbaik dunia nih.
Photobucket - Video and Image Hosting
Gambar menang. Dari kiri : Adi, Keeper terbaik dunia, Boss, Aliff (yg tinggi belakang tuh), Syafiq, Ghazali, Faiq. Depan : Wan


Entah pukul berapa dia orang tidur. Maklumlah Kem Release Tension. Suka-suka jerlah :)

+++++++

Last day, tentulah War Game. There's 20 thousands words to describe it. Click kat Recents Post tuh.

Photobucket - Video and Image Hosting
Ni Cikgu Rauf yang best sangat. Dah 2 tahun datang ke KLD, dah jadik member kami. Dia tinggalkan towel dan toiltries bersepah, tuh kena gantung tuh.


+++++++

Bye SAM USJ !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...