Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Friday, July 28, 2006

Apa-apa sahaja lah

Apsere Adventure 2006. Taman Negara Pahang.


Part One




Part Two


+++++++++++

Ya Allah, i'm so lazy !

Busy pun iyer, what with quotations, programmes and tentatives to sent to, busy mintak payment kat orang - dah seronok poya-poya, lambat lak nak bayar upah kami. ishhhh. i'm so broke nih.

++++++++++

Losing a Father.

Al-Fatihah. Hani Mohsin passed away 2 days ago. Aduhai, tak tertahan hati tengok si-comel Hani Karmila tercebek-cebek menahan tangis. Sedihnya. Semoga dia akan membesar dengan semua kenangan manis bersama Ayahnya.

Saya yang dah tua, dah berumur 27 tahun semasa Ayah meninggal, sehingga kini, masih rindukan Ayah. Setiap kali ada peristiwa manis/sedih yang dialami, dialah yang saya ingat dulu. Miss u, Ayah. I Love you, Ayah. Al-Fatihah.

+++++++++

SMK Teknik Segamat.

Alamak, dah lama dah lupa lah apa cerita ! hehe. Thanks ye Cikgu-cikgu memilih tempat kami untuk menjalankan program.

+++++++++

Minggu ni, kami ada Persatuan Anak-anak Negeri Sembilan (Permanis), UKM. Ni baru balik dari Kem ni. Warga Kem dah cakap Nogori dah. Sekejap jer Toyak, Tompel dah pindah negeri. Ishhhh asal boleh jer !

+++++++++

Oh Bulan, Oh Bintang !

Saya, seorang pendengar yang baik. Ada mamat Kem yang putus cinta, dah habiskan sehari suntuk meluahkan perasaan kat saya. Aduhailah ! Kalaulah dia tuh okay-okay cam orang lain, mau saya lepukkan saja. Tapi dia, 'pala bukan betul sangat' orangnya. Sabar jer lah.

Mamat Hati Terluka : Sedih tau Kak G
Saya : Sabar lah, nak buat macam mana
Mamat Hati Terluka : Dia bukan tak tahu saya sayang dia
Saya : Nak buat macam mana, jodoh tak de
Mamat Hati Terluka : Sampai hati dia, buat saya macam ni. Menduakan saya.
Saya : Ada hikmahnya tuh, sabarlah


Wah, kalau nak tulis tak tertulis luahan rasa, bicara hati dia. Saya pun menjawab dengan memakai perkataan-perkataan motivasi, kaunseling yang sesuai. Ishhhhh sejibik cam Malam Luahan Rasa. Tapi heran, dia tak pulak perasan dengan 'perkataan-perkataan' yang KLD dah copyrighted tuh. Tapi lama, lama beb, layan dia.

Mujurlah datang Cicha, menolong saya. Saya terlupa, kan Kem ada lagu rasmi untuk insan-insan yang 'direject'. (Fasi sahaja, bukan peserta, ye). Cicha tolong nyanyikan lagu rasmi tu. Sebetulnya, lagu ni%2

Sunday, July 23, 2006

Saya Menyampaikan ...

KES MURTAD AZLINA JELANI (LINA JOY) & KELEMAHAN SISTEM PERUNDANGAN: IMPLIKASI TERHADAP ISLAM & MELAYU DI MALAYSIA

MUQADDIMAH

Maksud hadith;

Daripada Ibn Mas`ud dan `Aisyah, Nabi s.a.w. bersabda: Tidak halal darah seseorang muslim selain daripada tiga sebab: berzina selepas menjadi muhsan, membunuh orang lain tanpa hak dan mengasingkan diri dari jemaah serta meninggalkan agama (murtad).

(Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud dll)

"Sesiapa yang menukar agamanya (murtad), maka hendaklah ianya dibunuh"

(Riwayat al-Bukhari dan Abu Dawud)

Dalam sejarah lampau, kes Natrah, seorang wanita Belanda yang memeluk Islam dan berkahwin dengan Mansor Adabi telah dipaksa oleh ibu bapanya keluar dari Islam (Murtad) dan menggunakan mahkamah British di Singapura untuk dibawa balik ke Belanda.

Keprihatinan seluruh umat Islam & masyarakat dari seluruh pelusuk Tanah Melayu untuk berjalan kaki dan berbasikal untuk berkumpul & berdemonstrasi di Sinagpura untuk membantah & mempertahankan aqidah hanya SEORANG muslimah dari dimurtadkan tanpa sedikitpun memikirkan perasaan takut untuk berhadapan dengan bedila pelurun serta cota tentera British dan sebagainya yang menghalang mereka…

Hakikat yang berlaku selepas itu hingga sekarang, umat Islam sekarang terlalu lemah dan dayus untuk hanya mampu melihat sahaja tanpa memperdulikan langsung sejumlah 100,000 (Mufti Perak), dan 250,000 kes yang telahpun murtad “tanpa paksaan” dan hanya menanti untuk didaftarkan di Pejabat Pendaftaran Negara…

Apa pendirian kita…?

LATAR BELAKANG

Bangsa Melayu khususnya di Malaysia, adalah satu-satunya bangsa di dunia yang mengguna pakai definisi yang jelas di dalam perlembagaan untuk mentakrifkan definisi perkataan Melayu serta skop yang merangkuminya.

Istilah Melayu di Malaysia dijelaskan sebagai seorang yang penganut agama Islam, dan Islam & Melayu pada dasarnya mengikut definisi perlembagaan sama sekali tidak boleh dipisahkan.
Perkara ini diletakkan dengan jelas di dalam perlembagaan dan menjadi suatu undang-undang di Malaysia untuk Melayu tidak dibenarkan meninggalkan Islam, (rujuk Artikel 160 Perlembagaan Persekutuan), dan Melayu dan bangsa lain yang menganut agama Islam adalah tertakluk di bawah syariat Islam & perundangan Mahkamah Syariah di Malaysia.

AZLINA JAILANI @ LINA JOY?

Nama asal: Azlina Jailani, pernah memohon pada tahun 1997 untuk ditukar kepada Azlina Lelani tetapi ditolak sebab beralasan telah tukar agama Kristian.

Permohonan kedua untuk tukar kepada Lina Joy pada 1999 tanpa menyatakan sebab pertukaran kepada agama Kristian telah diluluskan, dengan Kad Pengenalan Baru tertera perkataan Agama Islam.

Ayah bernama Jailani bin Shariff dan ibu bernama Kalthum binti Omar, keduanya beragama Islam dan mengamalkan hidup sebagai Muslim.

Berwajah typical Malay, berbangsa Melayu keturunan Jawa, berumur 42 tahun.
Mengisytiharkan tidak pernah mempraktikkan Islam sejak lahir, beragama Kristian sepenuhnya sejak tahun 1990, mempunyai sijil Baptis yang dikeluarkan pada 11-May-1998, dan pada tahun 2000 menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan seorang India Kristian, dan meminta untuk didaftarkan perkahwinan tersebut untuk mengesahkan perkahwinan beliau.

Telah beberapa kali dipanggil dan dinasihatkan oleh Majlis Agama berkenaan kemurtadan beliau, tetapi beliau mempertahankan yang pilihan keluar dari Islam adalah kehendak sendiri dan telah dimaklumkan pada kedua ibu bapa.

Bekerja di ProQuest di Taipan, Subang Jaya.menetap di Taman Dato’ Tan Yeiw Lai, Kuala Lumpur.

FAKTA KES

Selepas berkahwin dengan seorang Kristian, beliau memohon untuk pendaftaran perkahwinan, tetapi tidak dibenarkan sebab di dalam Kad Pengenalan masih tertulis beragama Islam walaupun beliau berjaya menukar nama dalam Kad Pengenalan kepada Lina Joy.

Berusaha untuk menghilangkan perkataan agama Islam tersebut dengan permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada tahun 2000.

Permohonan tidak dibenarkan oleh JPN disebabkan tidak ada kebenaran dari Mahkamah Syariah yang membenarkan memperakui beliau keluar Islam.

Mahkamah Syariah mengguna pakai undang-undang Islam yang tidak mengbenarkan (MENGHARAMKAN) seseorang Muslim keluar dari Islam (Murtad), dan Sijil Tukar Agama (Murtad) seperti yang dikehendaki oleh JPN tidak dapat dikeluarkan.

Permohonan bermula di Mahkamah Tinggi tahun 2000, seterusnya ke Mahkamah Rayuan pada 19-Septemebr-2005, dan keduanya mengiktiraf bahawa kes adalah dalam kuasa Mahkamah Syariah untuk membenarkan beliau keluar dari Islam dan membolehkan dibuang perkataan Islam di dalam Kad Pengenalan.

Setelah semuanya tidak berjaya, peguambela, Dato’ Dr Cyrus Das, juga bekas Presiden Majlis Peguam, berjaya mendapat kebenaran untuk kes dibawa kepada Mahkamah Persekutuan.
Kes didengar oleh 3 Hakim (2 Muslim & 1 non-mullim ~ Ketua Hakim Tun Fairiz, Dato’ Alauddin, & Dato’ Richard) pada dasarnya berpendirian yang sama menyokong tindakan Mahkamah Rayuan… HINGGALAH Majlis Peguam yang di ketuai oleh Peguam Malik Imtiaz Sarwar dan beberapa yang lain, yang hanya menjadi barisan peguam pemerhati beserta banyak lagi NGO yang menyokong Lina Joy meminta untuk memberi hujah & bersuara, dan DIBENARKAN oleh mahkamah yang terlibat.

Itu adalah permulaan isu ini dibesarkan yang mana tidak pernah dalam sejarah perundangan negara peguam pemerhati dibenarkan berhujah di dalam Mahkamah.

Hujah yang dibawa oleh barisan peguam pemerhati yang diketuai oleh Majlis Peguam tersebut melarikan isu utama kes berkenaan daripada hak & kuasa Mahkamah Syariah TETAPI memberi hujah bahawa Lina Joy adalah berhak untuk mempraktikkan kepercayaannya dan dilindungi oleh perlembagaan sebagai hak individu seperti yang terkandung di dalam Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan.

Isu Mahkamah Syariah seperti yang diputuskan oleh mahkamah terdahulu sudah tidak releven lagi pada hujah Majlis Peguam, dan isu yang diperjuangkan oleh Kumpulan Artikel 11 & IFC dijadikan isu utama kes ini di Mahkamah Persekutuan.

Isu yang diperjuangkan oleh kesebelas NGO non-Mulsim atas nama kumpulan Artikel 11 & Inter-Faith Council (IFC) adalah untuk mendefinisikan perkataan "person" (individu) yang terkandung di dalam Artikel 11 tersebut untuk merujuk kepada individu as per say, bukan lagi kumpulan atau agama secara umumnya.

Ini adalah kali pertama dalam sejarah Malaysia attempt yang sebegitu berani & bersikap kurang ajar yang dilakukan untuk menghuraikan definisi tersebut untuk menguraikan ikatan Islam mengikut kepahaman peribadi seseorang penganut itu sendiri, dan menafikan hak Islam sebagai agama untuk mewajibkan umatnya mempraktikkan amalan & syariat Islam seperti yang terkandung dalam undang-undang Islam.

IMPLIKASI DARI DEFINISI "INDIVIDU"

Nampak & dengar terlalu kecil, tetapi implikasinya melampau batas pemikiran kita…!

Orang Islam dibenarkan meninggalkan Islam pada bila-bila masa sahaja, walaupun mengakui mereka adalah Melayu pada bangsanya. Ini bermakna Melayu di Malaysia bukan lagi terikat dengan agama Islam seperti yang telah digazetkan dalam perlembagaan.

Apabila definisi "person" didefinisikan sebagai hak individu, maka agama Islam boleh ditafsirkan mengikut kefahaman individu sendiri tanpa ada undang-undang Islam yang boleh mengongkongnya;
:: Orang Islam boleh keluar-masuk Islam pada bila-bila masa.

:: Islam boleh diamalkan mengikut kefahaman sendiri sepenuhnya.

:: Kesalahan syarie oleh seorang Muslim tidak boleh diambil tindakan disebabkan perundangan Syariah sudah tidak relevent.

:: Sebagai contoh, solah boleh dilakukan mengikut sedap hati mengikut rakaat solah yang difahami sendiri, puasa dalam Ramadhan boleh ditinggalkan apabila membuat deklarasi “bukan Islam” pada bulan itu tanpa boleh diambil tindakan.

:: Semua badan-badan Islam tidak relevent lagi dalam perundangan semasa, sebab hak mempraktikkan secara individu diperjuangkan.

:: Raja-raja Melayu hilang kuasa sebagai benteng & simbol agama.

:: Kanak-kanak apabila masuk umur 18 tahun, ibu bapa akan terus hilang kuasa untuk menetapkan agama dan fahaman mereka, dan tindakan boleh diambil ke atas ibu bapa yang memaksa anak mereka mengamalkan Islam.

:: Perukunan Islam pada dasar sudah tidak valid disebabkan tiada satu pun akta-akta berkaitan Islam contohnya Akta Solah, Akta Puasa, Akta Haji, Akta Zakat yang mengikat seseorang Muslim di dalam perlembagaan.

MENGAPA KES LINA JOY?

Kes Lina Joy adalah kes yang sudah lama didiamkan, tetapai ianya telah dimarketingkan diperingkat antarabangsa secara bersungguh-sungguh, adan ia adalah satu daripada ratusan ribu kes yang menanti untuk diketengahkan.

Kes Lina Joy adalah kes yang mengambil kesempatan dalam kekalutan semasa umat Islam di dunia, dan di Malaysia khususnya yang amat lemah dan tidak ada keupayaan untuk digembleng untuk mempertahankan Islam di mana-mana sahaja, hatta mempertahan aqidah seorang muslim yang lain.

Kes ini pada dasarnya adalah rentetan daripada tuntutan kumpulan “Artikel 11” yang pernah berkumpul di Petaling Jaya & Melaka, dan pernah cuba berkumpul di Pulau Pinang pada 14-Mei-2006 yang menuntut kepada pemerintah untuk membenarkan sepenuhnya kebebasan Murtad di bawah Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan, setelah kekalahan untuk kes Mohamed Abdullah @ Moorthy, S. Sharmala dan Nyonya Tahir.

Amat mendukacitakan sekali apabila kumpulan Artikel 11 yang juga dikenali Inter-Faith Council (IFC) disertai oleh beberapa individu Melayu & Islam termasuklah Sister-in-Islam, yang digerakkan oleh pemimpin-pemimpin & sekutu pemimpin-pemimpin negara yang beragama Islam.

Kes Lina Joy adalah attempt yang akan memberikan impact yang amat besar, dan diistilah kan sebagai “beyond our imgination” yang mana ia secara langsung mencabar undang-undang Syariah oleh Mahkamah Syariah di bawah Perkara 121(A) Perlembagaan Persekutuan, samaada ianya akan dipinda atau dihapuskan sepenuhnya, dan seterusnya mancabar hukam yang Allah SWT telah tetapkan di dalam Al Quran & As Sunnah.

Berikutan kes Lina Joy, maka terlalu banyak kes-kes permohonan Murtad dan sebagainya yang telah lama menunggu & sedang menunggu, dan kejayaan dari kes ini akan membenarkan permohonan lebih 250,000 untuk keluar Islam akan dibenarkan oleh perlembagaan.
Kes ini menjadi PERHATIAN PENUH organisasi & individu bukan Islam seluruh dunia, dan seluruh negara-negara besar didunia menghantar wakil untuk memberikan pressure yang besar ke atas hakim & sistem perundangan negara yang AMAT LEMAH untuk membela aqidah seorang rakyat Islam.

www.becketfund.com, www.malaysianbar.org.my, www.bernama.com.my menyenaraikan dengan jelas fakta kes dan bagaimana organisasi besar satu dunia ini menjadi tembok & dalang yang begitu kuat yang membela Lina Joy. Ianya dianggotai oleh pelbagai pertubuhan hak asasi manusia sedunia.

Di Malaysia pula 11 NGO dan organisasi menghantar wakil ke Mahkamah Persekutuun untuk memberi pressure kepada Hakim yang terlibat setelah mereka dibenarkan bersuara untuk membela Lina Joy, antaranya;

Malaysian Bar Council
All Women’s Action Society (AWAM)
Sisters in Islam (SIS)
Catholic Lawyers Society
Interfaith Spiritual Fellowship
Malaysian Civil Liberties Society (MCLS)
Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism and Sikhism (MCCBCHS)
National Human Rights Society (HAKAM)
Pure Life Society
Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
Vivekananda Youth Movement, Seremban
Women’s Aid Organization (WAO)
Women’s Development Collective (WDC)

Wakil dari pertubuhan antarabangsa khususnya juga bercakap menyatakan pendirian & tekanan mereka ke atas mengkehendaki agama adalah pilihan 100% pada diri individu tanpa paksaan, dan membentngkan paper & kes study yang begitu panjang lebar kepada hakim-hakim yang terlibat untuk meletakkan mereka pada tahap kekeliruan yang amat tinggi.
Dalang utama pihak yang membela Lina Joy adalah wakil Bar Council yang beragama Islam (Malik Imtiyaz Sarwar) telah mengambil partisan stand untuk memberi hujjah yang menyokong tindakan Lina Joy tersebut tanpa mendapat restu dari Bar Council member. Malik sendiri berpendirian agar seorang Muslim dibenarkan untuk menukar agama mereka kepada apa jua pilihan mereka…

Suatu yang amat menyedihkan kerana tidak ada wakil daripada pertubuhan Islam yang begitu banyak di Malaysia, kecuali wakil peguam dari ABIM dan Persatuan Peguam Muslim Malaysia sahaja yang bercakap mempertahankan hujah.

Suatu fakta yang dinyatakan oleh Peguambela pihak Lina Joy di dalam mengakhiri kes itu menyebut;
“…it is time that we must knock into the heads of Malay that our country Malaysia is never been an Islamic country. Strong message must be thrown to Muslim to tell them that in Malaysia Islam is just a subservient to constitution…”

TINDAKAN SEGERA

Memandangkan kes ini hanya mempunyai tempoh 6 minggu sebelum diputuskan di Mahkamah Persekutuan Putrajaya pada 28-Julai-2006, maka tindakan segera telah diputuskan untuk diambil oleh segenap lapisan masyarakat Islam, antara keputusan jangka masa pendek yang telah dicadang dan dipersetujui akan diusahakan secepat mungkin adalah;

Penubuhan segera kumpulan Peguam Pembela Islam (PPI) yang diketuai oleh Peguam Zainur Zakaria, bekas Presiden majlis Peguam untuk melakukan protes kepada Majlis Peguam di atas keputusan beberapa Eksekutif Committee untuk menyokong kes Lina Joy;

Isu secara langsung seolahnya menunjukkan seolahnya Majlis Peguam adalah dalang utama kes ini setelah mereka menyatakan sokongan penuh kepada kes Lina Joy di Mahkamah Persekutuan baru-baru ini, sedangkan tidak pernah mendapat mandate tersebut daripada badan dan ahli Majlis Peguam yang dilantik.

Majlis Peguam juga telah menjadi pemangkin kepada tindakan berani & kurang ajar pelbagai pertubuhan NGO bukan Islam dalam & luar negara untuk mengajar orang-orang Islam untuk bagaimana mengamalkan Islam di Malaysia.

Suatu EGM akan diadakan segera untuk membantah dengan mendapat tandatangan lebih 200 peguam Islam yang hadir dalam perjumpaan 12-Julai-2006 untuk menghalang Majlis Peguam daripada menyebelahi Lina Joy dalam kes beliau.

Zainur Zakaria dan dianggotai 15 peguam lain sebagai committee termasuk Kamar Ainiah, Zainul Rijal Abu Bakar, Haji Mohamad Buruk dan Dato' Zaiton Othman mewakili Persatuan Peguam Muslim Malaysia, merangkumi pelbagai bidang kepakaran dan fahaman politik yang pelbagai. Antara yang lain adalah; Dato Abu Zahar, Dato Ainuddin, Zulkifli Nordin, PaaWan Chik Marican (Peguambela utama kes), Baharuddin, Subki Yusuf, Radhi (Setiausaha NGO Melayu), Zainddin Ismail, Zainur Ridaun, Shamsuriya, Azril, Raja Mustafa…

Suatu website diwujudkan segera untuk menjadi rujukan kepada fakta kepada kes ini, www.peguampembelaislam.com atau www.peguampembelaislam.org, yang akan diputuskan segera mengikut kesesuaian.

Suatu Press Statement dikeluarkan oleh Peguam Pembela Islam untuk mendesak semua pihak yang terlibat untuk menghormati undang-undang dan menafikan penglibatan Majlis Peguam di dalam membela kes Lina Joy.
Perjumpaan oleh semua gabungan NGO Islam & Melayu untuk menyatakan sokongan terhadap tindakan Peguam Pembela Islam serta menyebarkan kesedaran kepada seluruh masyarakat tentang isu ini;

Kes ini ada kes yang menjadi perhatian dunia, sedangkan di Malaysia kes ini disorokkan oleh pihak media tempatan atas alasan faktor keselamatan dan sebagainya, kecuali kenyataan yang terkandung di dalam Bernama.com.my

Umat Islam di Malaysia dari apa jua kefahaman politik dan bangsa perlu sedar dan disedarkan tenatang apa yang sedang berlaku dan implikasinya terhadap Islam, Muslim dan perjuangan Islam di Malaysia pada masa hadapan.

Majlis tersebut akan diselia oleh ABIM yang akan diadakan di Ibu Pejabat ABIM, Anjung Rahmat, Jalan Gombak pada 16-July-2006, Jam 2.30pm. Semua dijemput hadir
Press Statement telah dikeluarkan oleh Persatuan Peguam Syarie, Dato’ Zaiton Osman pada Jumaat 07-July-2006 tetapi langusng tidak dikeluarkan oleh mana-mana media di Malaysia.
Mesej akan disampaikan melalui mimbar khutbah Jumaat pada minggu hadapan atas kebenaran daripada pihak yang terlibat.

Paling kurang 100,000 artikel akan dicetak dan diedarkan dengan tujuan untuk menyedarkan umat Islam tentang perkara ini dalam bentuk bertulis, dalam bentuk yang mudah dipahami kepada seluruh masyarakat Malaysia.

Solah Hajat diminta dilaksanakan di segenap peringkat untuk memberi kesedaran dan memohon pertolongan Allah untuk menyelamatkan aqidah Umat Islam di Malaysia, khususnya.
Usaha juga akan diteruskan untuk menyedarkan pemimpin-pemimpin negara serta Majlis Raja-Raja tentang implikasi dari sikap ambil tidak endah dari kes ini, serta meminta dengan kuasa yang ada pada tangan mereka untuk berusaha menyelamatkan aqidah umat Islam dari terus dimusnahkan.

Seluruh badan serta oraganisasi & individu mesti menggunakan setiap kekuatan yang ada untuk mempengaruhi serta menyedarkan masyarakat tentang isu ini, serta meminta masyrakat untuk mencuba sedaya mungkin mempengaruhi pihak yang terlibat untuk memastikan pekutusan berpihak kepada menjaga Aqidah Islam.

Pengumpulan dana kewangan segera susulan daripada dana yang telah dukumpul ketika perjumpaan peguam Muslim pada 12-Julai-2006, yang akan digunakan untuk menggerakkan bantuan kepada individu yang terlibat di dalam kes ini, termasukalah untuk mendapatkan beberapa unit notebook serta printer dan peralatan lain sekretariat Peguam Pembela Islam.
Mengumpul tandatangan seluruh Muslim di Malaysia untuk diserahkan kepada pemerintah dan Raja & Hakim sebagaimana yang telah dilakukan oleh NGO tersebut dengan mengumpul 20,000 tandatangan dan diserahkan kepada Perdana Menteri baru-baru ini. Amat malang tiada sebarang tindakan atau statement dikeluarkan oleh beliau, malah seorang Menteri yang terlibat dengan perundangan Malaysia juga telah melabelkan “bodoh” kepada individu yang menghalang dari usaha ini diteruskan.

Seterusnya, atas usaha & idea bersama yang perlu dilakukan segera.
Maklumat seterusnya akan disalurkan melalui group email, boleh mendaftar sebagai ahli secara percuma;
peguampembelaislam@yahoogroups.com

PENUTUP

Saudara sekalain, Allah tidak akan tanya apa hasil dari apa yang kita lakukan, tetapi Allah akan tanya kita apa yang kita lakukan untuk memastikan tanggungjawab fardhu ‘ain untuk menegakkan Islam di muka bumi dilaksanakan…

Fikir & bertindak. Wassalam.

*ini bukan artikel tulisan saya, tapi sahabat-sahabat seperjuangan yang mengharap agar ia disebarkan. moga akan ada minda-minda yang bergerak mendalami di mana kedudukan kita sebagai Muslim ketika ini.

Tuesday, July 18, 2006

Londang Hebat ! Londang Juara !

Minggu lepas, Kolej Matrikulasi Melaka datang lagi. Sebulan lalu, mereka datang atas tiket Program Pemulihan Akademik. Kali ni, Program 'Team Building' dan Persediaan Ke KAKOM. Apa KAKOM ? Puas tanya kat peserta, jawabnya .. er sukan, sukan kot Mama .. hehehe. Puas juga meng'surf', baru jumpa maknanya di Laman Web Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Makna KAKOM = Karnival Kokurikulum. Kejohanan setiap tahun ni, selain dari acara-acara sukan seperti bolasepak, bolatampar, bolajaring, tennis dan lain-lain, juga ada acara pidato dan persembahan kebudayaan.
Tugas Kem, memastikan 'teamwork' antara peserta kontinjen dan juga melatih 'cheers'.
Dah Pak Let yang melatih, tentunya disiplin adalah agenda utama. Disiplin makan, disiplin solat, mandi, aktiviti dan segalanyalah. Tahan sahajalah hati ibu ni, bila anak-anak mengadu lapar kebuluran - bapaknya tetap tak nak bagi makan ! Tetap kena ikut masa makan yang ditetapkan :) Sian korang ..

Photobucket - Video and Image Hosting
'Warm up' sebelum pergi 'jogging'.

Photobucket - Video and Image Hosting
"Se ia, sekata, sehati sejiwa ....." Jalan berpegang tangan sejauh 3 km.

Check Out Blinkyou.com to make your own personal notes + much more!

Photobucket - Video and Image Hosting
Tengah mengkompos 'cheers'

Photobucket - Video and Image Hosting
Dengan Abang Kudin - bikin 'cheers'

Photobucket - Video and Image Hosting
Group session

Photobucket - Video and Image Hosting
Mendengar taklimat dari Orang Besar Kolej.

Photobucket - Video and Image Hosting
Aweks KMM yang cuns ! Cayang dia !

Photobucket - Video and Image Hosting
Joget Shakira ....

Photobucket - Video and Image Hosting
Roll, jangan tak roll ... Moralnya, segala apa yang nak dibuat, mesti kena berlatih dulu. Nak perang, pun berlatih. Ini pula nak ke kejohahanan. Rajin-rajin berlatih tau !

Photobucket - Video and Image Hosting
Ni Indon ker Abangla nih ?

Photobucket - Video and Image Hosting
Salon percuma. Fasi bukan boleh tengok rambut style ni, rajin jer nak tolong 'spike'kan.
Dari kiri : Kudin, Ghazali (Ganu kite nih), Ustaz Fikry, Faiq dan Azlie.
Yang bertugas minggu lepas ramai fasi-fasi baru - Azwan, Kudin, Hafiz dan Ghazali dari UPM, Angah dari Unisel, Faiq dari KUITHO dan Fikry dari UTM Skudai. Senior fasi - Asri, Ayap, Cicha, Azli dan Toyak. Kat dapur ada Wak Ripin, Adi, Syafiq dan Faiz. Johnie-johnie baru dengan idea-idea baru, seronok juga tengok mereka mengendalikan aktiviti dan peserta. Kami mulakan program dengan warmup dan jogging petang ke Canyon. Mengikut laluan Tokong China. Wah, orang sukan - fit-fit belakalah ! Adalah juga yang pancit dan ketinggalan. Bila ditanya, "awak ambil acara apa ? " "Kebudayaan, bang .." "Oh, okay, tak pe, tak pe .." Saya, PakLet dan Encik Azman 'cheating' sikit, kami ikut 'shortcut'. Tu pun, peserta sampai dulu dari kami. Asri dah mulakan 'fitness session' dah dengan peserta. Biasalah, kalau Asri yang buat 'fitness', macam askarlah jadinya peserta :) Okaylah tu, leh bertambah fit.

Akhir sekali, panjat Bukit Tuah. Dan beramai-ramai balik dengan berpegang tangan. Mereka ni, baru sangat berkenal-kenal. Baru lagi mendaftar di KM. Semua masih segan-segan. Tugas kami, kenalah jadikan mereka 'Teman Tapi Mesra'. Bila sampai Kem dah nampaklah rapat sikit, boleh berombak-ombak dah :)

+++++++++

Malam 'Ice Breaking' dan Mencipta 'Cheers'. Oh, Mama tak boleh tulis 'cheers' tuh kat sini, kan ? Karang pecahlah rahsia. So, biarlah rahsia, ye !

+++++++++

Rasanya 3 hari tu, berjoget dan bernyanyi sakan jerlah - Joget Shakiralah, Londang Mantaplah ... Tapi seronok. Kami semua pun hafal sama semua 'cheers'. Termasuklah Wak Ripin, bukan main orang tua tu berjoget kat dapur.

+++++++++

Good Luck yer, semoga menang besar di Pahang nanti ! Kami di KLD tunggu berita baik dari Gambang !

Photobucket - Video and Image Hosting
Ni joget ker, kawad ker ? My anak-anak dara ...

Photobucket - Video and Image Hosting
Cam terracota warriors jer. Sapa dia orang ? Hah, pi search kat online dictionary tuh.

Photobucket - Video and Image Hosting
Ni berjoger nih, kan ?

Photobucket - Video and Image Hosting
Hehehehe .. Dah tak rupa orang dah !

Photobucket - Video and Image Hosting
Heheheheh ... posing, sure rase hensem gak nih !

Photobucket - Video and Image Hosting
Menyelit pun jadik !

Monday, July 17, 2006

Kolej Matrikulasi Johor



Photobucket - Video and Image Hosting
Permit mana ? Permit mana ? Passport ada tak nih ? Dahlah tak der permit, tak de passport, masuk main ikut paya jer ek ?

Photobucket - Video and Image Hosting
Tengah nyanyi lagu KOlej dengan penuh semangat !!! Hari tu, ada someone tulis kat komen. "Macam jatuh dalam tin Milo jek ! "

Photobucket - Video and Image Hosting
Sudah hensem, sudah jelita kembali. Semasa Majlis Penutup.

Dialog Mamat yang kat atas tanah tu, " Sorry bang, saya tak sengaja bang, saya tak tahu tu telor tahun 2000 bang ...." Tengah merana tuh, mintak maaf sebab member nak belasah tuh. (Ciss, asalkan boleh jer, aku buat cerita ..."


"Beb, sori eh beb, gua belasah lu tadi ...." Dah habis perang, masa untuk maaf-maaf lak ..
"Andai kata kami jalan semua, taburlah bunga di atas jalan, kami mohon jalan, Bangla berjalan ..... " Lagu rasmi War Game :)
"Inilah barisan jalan, yang ikhlas berjalan ...." Semangat, dik !


Training dulu, sebelum pergi perang.


Sibuk ! Menyiapkan logo, cheers dll.

Kena hafal lagu - Warisan, Standing In The Eyes of The World, Semangat Yang Hilang, Senyum ... lagi apa yer ?
Dengan Abang Fikry. Group work.


Kem Kepemimpinan, KMJ. 'Ice Breaking' @ Anjung Kasih
Dengan Abang Asri dan Abang Lie. Kerja dah siap ker ?

Wednesday, July 12, 2006

Kolej Matrikulasi Johor

Ini gambar-gambar untuk anda !


Photobucket - Video and Image Hosting
Kem Kepemimpinan, KMJ. 'Ice Breaking' @ Anjung Kasih

Photobucket - Video and Image Hosting
Sibuk ! Menyiapkan logo, cheers dll.

Photobucket - Video and Image Hosting
Dengan Abang Fikry. Group work.

Photobucket - Video and Image Hosting
Kena hafal lagu - Warisan, Standing In The Eyes of The World, Semangat Yang Hilang, Senyum ... lagi apa yer ?

Photobucket - Video and Image Hosting
Dengan Abang Asri dan Abang Lie. Kerja dah siap ker ?

Photobucket - Video and Image Hosting
Training dulu, sebelum pergi perang.

Photobucket - Video and Image Hosting
"Inilah barisan jalan, yang ikhlas berjalan ...." Semangat, dik !

Photobucket - Video and Image Hosting
"Andai kata kami jalan semua, taburlah bunga di atas jalan, kami mohon jalan, Bangla berjalan ..... " Lagu rasmi War Game :)

Photobucket - Video and Image Hosting
"Beb, sori eh beb, gua belasah lu tadi ...." Dah habis perang, masa untuk maaf-maaf lak ..

Photobucket - Video and Image Hosting
Dialog Mamat yang kat atas tanah tu, " Sorry bang, saya tak sengaja bang, saya tak tahu tu telor tahun 2000 bang ...." Tengah merana tuh, mintak maaf sebab member nak belasah tuh. (Ciss, asalkan boleh jer, aku buat cerita ..."

Photobucket - Video and Image Hosting
Permit mana ? Permit mana ? Passport ada tak nih ? Dahlah tak der permit, tak de passport, masuk main ikut paya jer ek ?

Photobucket - Video and Image Hosting
Tengah nyanyi lagu KOlej dengan penuh semangat !!! Hari tu, ada someone tulis kat komen. "Macam jatuh dalam tin Milo jek ! "

Photobucket - Video and Image Hosting
Sudah hensem, sudah jelita kembali. Majlis Penutup. See you !

Tuesday, July 04, 2006

Ini Blog 'Cari Makan' !!!

Aduhai, malasnya, 'bercinta'nya nak memblog ....

Apa mereka panggil kalau malas nak menulis nih ? "Writers block ?" Amboi, bukannya saya seorang penulis pun. Saya cuma pencatit, mencatit cerita suka duka peserta-peserta yang datang ke KEM LAMBAIAN DANAU. Mungkin keadaan kesihatan yang tidak memuaskan menjadikan saya begini. Untuk orang yang selalu cergas, selalu kena buat kerja melambak-lambak, keadaan diri sekarang amatlah melemaskan. Apapun, saya harus akur kepada pemberianNya. Semua ini kifarah dosa-dosa saya !

Okaylah, tidak boleh malas-malas. Ni blog cari makan - entah sudah berapa ribu orang dan berapa ringgit telah DARI HUTAN INI sumbangkan kepada Kem. Ramai peserta/organisasi tahu pasal KLD dari blog ni. Terima Kasih, DHI :)

Di Kem, macam biasa. Matger sudah berhenti kerja dan kini Syafiq, abangnya pula mengambil tempat Matger. Pakcik Bujang macam biasa, bekerja dan menghafal nombor. Saya sudah ada tukang masak baru. Nama dia Wak Ripin. Tua dah, dalam lingkungan 50an. Gigi dah banyak gugur. Ingatkan dah tua, perangai okay. Tapi macam juga anak-anak teruna saya. Miang. Ada awek. Dia beritahu, kalau awek dia nak ajak dating, saya kena bagi dia cuti. Sabar jer lah.

Er, lupa pulak nak bertanya kat Pakcik Bujang dia ada awek ker tidak. Ada kots.

+++++++++++++

Bola. Bila bola nih nak habis ? Saya tak minat dan tak faham bola. Bosanlah, buah hati saya tengok bola dalam bilik. Bising, bang. Tak suka tau.

Sebelum terlupa, ucapan tahniah untuk Johnie-johnie Kem yang telah berjaya ke Universiti :

Aliff - Management, USM
Adilah - Medicine, UKM
Nadrah - Dentistry, Uitm
Mushi - Agroscience, KUSTEM

Image and video hosting by TinyPic


Selamat menjadi warga kampus, selamat belajar bersungguh-sungguh. Enjoy yourself dan jangan lupa bawak grup ke KLD, okay ? hehe.

+++++++++++++

Saya dah ketinggalan menulis banyak lapuran - Perpaduan, SMK Teknik Segamat, MPRM dan grup apa lagi ? Lupa pulak dan buku 'booking' ada di Kem.

Dan baru-baru ni masuk pula Kolej Matrikulasi Melaka (Program Khas Pemulihan Akademik), UIA (As-Salam Club) dan Kem Kepimpinan, Kolej Matrikulasi Johor.

Saya melapurkan dengan gambar-gambar ye.


Image and video hosting by TinyPic
Ini Kolej Matrikulasi Melaka. Peserta-peserta Program Khas. Mama rindu kamu, guys ! Rajin-rajin belajar yer ! Ni dekat Mini Canyon. Memerhati lubang-lubang tiung pasir dan menikmati pemandangan di sini. Mereka juga panjat Bukit Tuah.

Image and video hosting by TinyPic
Matrikulasi Melaka. Abang Kucai sedang memberi penerangan tentang kawsan sekitar.

Image and video hosting by TinyPic
Matrikulasi Melaka. Ini selepas 'War Game' Hensems dan Cuns semuanya !

Image and video hosting by TinyPic
As-Salam Club, UIA. Mereka terdiri dari pelajar-pelajar Arab yang belajar di UIA. Ada dari Yemen, Saudi Arabia, Iraq, Palestin dan entah mana lagi ..

Image and video hosting by TinyPic
Mencari cerminmata yang hilang. Terpaksa cari sebab mahal - Gucci, you !

Image and video hosting by TinyPic
I took this pic. Ni lepas Obstacles-Run. Saya berkawan dengan Adi, budak Palestin yang sangat hensem, Ummar yang pernah datang Program McLead, Itti budak Yemen yang familynya dok Jeddah, Mohammad dari iraq yg fasih berbahasa Melayu dan Salleh yang sempoi ! Jeles tengok Tompel bercakap bahasa Arab dengan dia orang.

Image and video hosting by TinyPic
KMJ. Kem Kepimpinan.

Image and video hosting by TinyPic
Cicha dan peserta KMJ.

Image and video hosting by TinyPic
Selepas War Game - lawanya korangs !!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...