Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Wednesday, December 31, 2003

SELAMAT TAHUN BARU 2004



Dah tua begini saya tidak tunggu tahun baru, baru nak berazam. Tiap-tiap hari berazam semoga menjadi hamba yang taat, insan yang baik terhadap semua ciptaan Allah Ta'ala, isteri dan anak yang taat, ibu yang sempurna kepada anak-anak dan sahabat yang setia kepada kawan-kawan saya.

Banyak berlaku pada tahun 2003. Kem diupgrade. Saya mula menulis di blog ini. Hafidz exam. Nadzrin mula masuk sekolah. Ida dan Fadhli pindah ke Sabah. Saya sakit dan dibedah. Masa suka, masa duka semua ada.

Melalui blog juga saya mula kenal dak-tembams, cillc, wkdin, e-ketupat (mana ilang aaa Raup ?), Ungku Nor, ep, HanyaSayang, salina, mushroomcute dan mal. Hari tu hampir-hampir nak kenal ngan Fajar masa group KUTKM masuk, dia lak mintak skip aktvt luar. Juga kenal Baiti walaupun kami kenal dulu sebelum diperkenalkan oleh Jongkang-Jongket Matjan.

Akan menulis lagi ... selamat tahun baru semua !

Tetamu-tetamu

Yongiza & Sal
Weekend lepas menerima tetamu dari KL - Yongiza, pembaca DARI HUTAN INI. Nasib Yong, datang semasa GangLasak yang jahat-jahat sedang on duty. (Kat sini, kalau sedang bekerja kami pakai uniform yang bertulis 'ON DUTY'). Kesian Yong, dicempak ke dalam air oleh Kucai. Juga teruk diusik Fendie. Yong datang dengan sahabatnya Sal, orang Bukit Pasir, Muar. Dari hari Sabtu hingga Ahad, Yong bersama kami. Berkenalan melalui YM, sembang-sembang terus berkawan :) Terima Kasih Yong dan Sal kerana sudi berkunjung. Dan kalau sudi, datanglah lagi.

Geng Jurnal
Bila Wkdin beritahu nak datang ke Kem bersama dengan Mal, saya dah excited dah. Sebab dah kenal Wkdin dan Mal antara pembaca awal blog saya. Pada masa-masa saya ingat hanya saya dan adik-adik fasi saje yang membaca dan meninggal msg di chatterbox, sesekali ada msg dari Mal. Wah, dia baca juga blog saya :)

Bertambah excited bila tahu ada juga beberapa penulis jurnal yang akan datang bersama Mal. Tak sabar menunggu :) Yang datang :
ep
Wak Din, Noor (wife), Aidi dan Nadira
Ungku, Amir, Arif, Anis dan Azib (Azib best campers semalam !)
HanyaSayang
Mal
Salina
MushroomCute( staff akak kata anak dara lawa ni :) )

Saya berbincang dengan Ida dan Toyak apa yang nak dihidang untuk makan tengahari. Toyak kata ikan dari tasik la. Jadi menunya : ikan tilapia bakar dari tasik kami, ayam bakar kicap madu dan kerang bakar. Nasi lemak, sambal ikan bilis dan kicap power Jepun bersama salad, kacang botor, tomato dan timun. Kenapa bakar-bakar ? Mereka sayangkan saya, sebab saya tidak boleh lagi makan benda berminyak. Pukul 8 pagi Ida & Toyak dah sampai menyiapkan hidangan. Alhamdulillah orang-orang bandar ni boleh makan masakan kampung. Kecuali mushroom dan ep, tak makan ikan tilapia. Rugi ! Ikan yang dibela tidak berbau hanyir sebab dibela dalam fresh water. Sedapkan Ungku :)

Lepas makan, solat dan aktiviti bermula. Owh, kami takkan nak benarkan orang datang gitu saja kan ? Kenalah dicempak masuk tasik. Heheh. Ada orang cakap datang nak ambik-ambik gambar je. Macam la akak nak benarkan camtu jer :) Ada juga orang yang berpegang erat pada camera-camera mahal sebab takut kena cempak. Akhirnya dia tidur dalam bot :)

Water Confidence
Sebelum berkayak kena buat water confidence. Dan sebelum water confidence kena buat streching dulu. Azib dengan taatnya mengikut apa yang Kem Komadan buat :) Dah ok semua, upacara terjun dalam air. Fasi-fasi : Jepun, Khalid dan Toyak bertugas menjaga anak-anak kecil. Mushroom paling best sebab dia dah biasa dengan water sports. Yang lain pun ok gak, kan ? Heheh. Dalam 15 minit semua dah confident. Anak-anak juga kecuali Aidi takut sikit tapi akhirnya dapat juga mengapung diri. Bila dah boleh mengapung dah boleh lah berkayak.

Mal bawak Amir, HS dengan Ungku, Mushroom bawak Anis, Wkdin bawak Aidi. Toyak bawak Azib, Jepun berdua dengan Salina, Khalid bawak Arif dan suami saya naik kayak single. Saya, Noor, Nadira dan ep lepak di pelantar opis, sembang-sembang :) Yang berkayak, pergi ke safari 2 - route paling senang.

Lepak dan sembang-sembang dengan ep, nampak burung layang-layang keluar. Saya beritahu ep, kalau burung layang-layang dah mula keluar, maknanya hujan nak turun. Noor dan Nadira masuk opis sebab Noor nak tidurkan Nadira. Saya pun masuk juga sebab ambilkan sleeping bag untuk Nadira. Keluar semua ke pelantar tengok ep dah hilang. Saya beritahu Noor, ep hilang. "Jalan-jalan kat belakang kot", kata Noor. "Iye kot". Saya ke pelantar semula nak jenguk gang yang berkayak. Aik, nampak ep tidur dalam Bayu Tasik (bot). Amboi ! Pastu Cica datang dan bawak ep gi Lake Cruise.

Hujan turun dan mereka kembali ke 'dock kayak'. Pastu tengok mereka turun dari kayak. Macam-macam style. Heheh. Semua mandi sebab dah kesejukan. Siap semua kami ke Kedai Sarjen untuk minum petang. Makan goreng pisang, goreng keledek dan minum-minum. Warung kampung, cara kampung lah. Murah tapi tak de service dahsyat-dahsyat :) Siap semua, kami ambil gambar ramai-ramai depan signboard depan. Lepas gi jalan-jalan kat belakang Kem.

Semalam ada rainbow. Semua mula posing dengan berbackgroundkan tasik, Gunung Ledang dan rainbow. Cantik kan ?

Rasa tak nak berpisah. Seperti kata Ungku, seperti ada chemistry antara kami. Bukan setakat bergurau senda jer, sempat juga berbincang secara intelek. Kan Wkdin dan ep ? Kami di sini - akak, Paklet, Jepun, Ida, Toyak, Khalid dan Cica pun seronok sangat menerima kedatangan tetamu istimewa kami ni. Nak la jemput datang lagi ke sini :)

++ Saya terperanjat tengok ep. Heheh. I was expecting someone younger :) Peh, ada doctorate, bebs ! Tapi dia best sangat dan sporting. Pandai bergaul dan kuat kutuk jugak :) Dia panjat 'tangga dalam hutan' semalam. Siap buat aksi Alex lagi ! Thanks ep, bagi saya pen holder. Dah pakai dah pun ni.

++Ungku, kami geramkan Azib. Pandai sungguh. Siap sett-sett lagi. Lepas water confidence bila diarahkan ke Setor Kayak, Azib orang pertama sekali jalan ikut Kem Komandan. Toyak kata dia siap tido dalam kayak. Thanks ye Ungku bawakkan kek lapis yang sedap tu. Sedap ? Akak tahulah sebab Akak curik makan sikit :)

++Wkdin, terima kasih, terima kasih banyak-banyak sebab bawak kawan-kawan kat sini. Kesian Nadira, teruk kena cium ngan akak. Nadira dah kamceng dengan akak dah. Boleh bawak dia jalan-jalan, pimpin tangan dia dah. Dak-tembams, jgn la jeles ye :) . Dan SELAMAT HARI JADI WKDIN. Sayang lambat tahu, kalau tak, boleh gak beli kek semalam :)

++Salina, kaki dah ok ? Kesian Salina, jari kakinya cramp masa 'water confidence'. Jepun kem salam kat Salina.

++HanyaSayang. Asyik la kena usik dia ni. Tapi dia best, sporting jer. Best tengok dia masa water confidence. Dah pandai halau jaws eh, HS ?

++Bila dia jadik jurugambar, kemain posing lagi. Bila dia lak yang jadik model, keras kaku. Orang bujang sorang, asyik la kena usik :) Cadangan dia, nak datang ambik pic jer. Heheh. Banyak la. Akhirnya, dia masuk air. Dan dia juga berkayak. Bawak Amir lagi tu. (Walaupun sesat). Hehehe. Nice having u here, Mal. And thanks so much for the ikan masin, mug (ada cop MMU) and serbuk kari lemak :)

++Mushroom cute memang comel. Dia pandai berkayak. Pandai posing bila ambik gambar. Kiut jer bila pala dia tuh ada pusing 10 degree camtu. Anak dara favourite ngan fasi-fasi kat sini. Lawa, dia orang cakap :)

++Masa dia orang berkayak saya sempat berYM dengan zhoulsz. Nanti datanglah ye.

Bila korangs nak datang lagi ? Dah mula rindu la ...

Kepada yang tak dapat datang sebab sekolah aka dak tembamsdan cillc: Rugi aaaaa korangs. Best tau semalam. Dia orang best sesangat. Tapi pi lecture dan buat discussion lagi la best, kan ? Jot down apa lecturer bebel, picit-picit dahi skets, terkenangkan kami yang sedang berpoya-poya ni ... Heh ! Jangan hack blog ni lak !

Friday, December 26, 2003

Gathering Geng Jurnal

Banner Gathering tuh tak muat nak letak sini. Saya tak reti nak kecikkan. Bukan tak support ye. InsyaAllah Cikdaun, kalau tak de group dan kalau akak sihat, memang nak sangat kecoh-kecoh dengan Cikdaun.

Selamat Datang Yong
Esok, seorang pembaca DARI HUTAN INI nak ke Kem. Terima kasih Yong sebab sudi nak mencari akak dalam hutan ni. Teringat masa Raup (e-ketupat) datang firstime dulu. Dia membisu jer sampai saya pun tak reti nak buat apa. Nasib Wkdin sampai :) Sekarang dah biasa dan dia pun dah jatuh cinta kat Kem :) Ingat juga kunjungan Cillc (maleh wat link aaa Din). Sekarang dia juga seperti raup dan jadik sebahagian dari kami. Alhamdulillah - dah jadik adik-adik Kem dah mereka.

Back to Yongiza. Ni tunjuk arahnya sekali lagi. Yong lukis peta ye !

1. Exit di Tol Tangkak
2. Belok kanan dan drive terus ke bandar Tangkak sehingga jumpa traffic light
3. Belok kiri dan drive terus hingga ke sempadan Johor-Melaka. Landmark yang Yong akan jumpa - Tangkak Driving Centre, jambatan dan Taman ditepi Sungai. Sungai yang mengalir bawah jambatan tu tanda sempadan la.
4. Lepas jambatan tu drive lagi hingga ke simpang. Belok kiri dan drive terus
5. Akan jumpa jalan yang sedang direpair (nak pilihanraya, kan) sejauh lebih kurang 300m
6. Lepas tu akan jumpa Balai Polis Chinchin. Lepas Balai Polis Chinchin ada signboard Kem (warna kuning). Drive ikut jalan yang naik bukit tu
7. Drive lebih kurang 1.3 km ke Kem. Jalan satu arah so jangan bawak lelaju ye, Yong. Stop kat tempat yang ada bangunan hijau-putih tuh (Heheh)
8. Datang opis, akak tunggu kat opis

Yong ni memang minat outdoor. Pernah solo camping :) Leh la berkenalan dengan GangLasak kat sini ye ! Have a safe journey, dear :)


Mustahak : Jangan lak sampai Tangkak nanti, Yong stop shopping kain ela lak ... Kalau datang Kem tak sah kalau tak singgah Tangkak ...

Dah Update :)

Dah Leh Drive !!!
Telah dapat kebenaran Abang. Dah boleh drive dah :) Bosan bila nak kemana-mana kena tunggu driver. Dan bosan sungguh bila Muafa drive punyalah slow dan punyalah berhati-hati. Bosan jugak bila pintu keter pun orang tutupkan. As i always said, saya ni biasa jadik kuli - tak reti sungguh bila didatinkan. Ni, dah leh drive, seronok ! Rindu kat kete buruk 'bone shaker' saya tu :) Dah hilang rindu dah :) :) Happynya, happyyyyyyyynya ...

Back to School
Aduhai, tahun depan kesemua anak bersekolah. Dengan uniform sekolahnya, stationeriesnya, kasut, bag dan segala macam benda yang nak dibeli. Belum lagi yuran sekolah, yuran asrama, buku-buku ... Pokai Abah. Saya ikut juga masa shopping ni. Kesian pulak kalau Abang jer dengan anak-anak. Nadzrin dengan Nana taklah kena belanja banyak. Abang-abang yang peningkan kepala kami. Kemeja sekolah bukan nak baju canggih, mereka pakai Alain Delon. Sehelai dah berapa, kalau 3 helai x 2 orang ?. Kalau PMR tak straight A's siaplah. Kami berdua kerjakan korang berdua. Abah kata takperlah, Abah buat kerja Abah - carik duit dan anak-anak buat kerja mereka - berjaya dalam pelajaran. Tidak saja lulus, yang terbaik sekali. Mama nak straight A's, Along !

Makan
Letih shopping, dari pagi hingga ke Zohor. Makan pizza di Shakey's. Saya, tengok jer la :) Tidak boleh makan makanan berminyak dan berlemak.

Nana goes to school :)
Nana masuk preschool tahun depan di sekolah Ayin. Senang nak hantar sekali jalan saja. Abang-abang dulu kami hantar ke Tadika MRSM Jasin sebab dekat dengan rumah. Pergi dan balik ikut saja cikgu Yati yang juga jiran kami. Bagus juga Nana sekolah bersama Ayin, boleh Ayin belajar tanggungjawab sebagai Abang dengan menjaga adiknya. Kawan-kawan beritahu kami yang kalau anak masuk sekolah, kena tunggu. Abang-abang tidak perlu ditunggu dulu. Budak lelaki, okay jer jumpa kawan. Nana nanti entahlah, manja sangat sibongsu anak perempuan sorang tu. Kalau nak kena tunggu, Abah la yang tunggu !

Lapuran Perkhemahan
Lama tidak menulis pasal camping. Saya dah miss report McLead UIA, perkhemahan Pandu Puteri Melaka dan Maktab Perguruan Raja Melawar. Hari ni Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan pulak masuk. Program untuk confirmation pensyarah-pensyarah. Ada 80 lecturers untuk dibuli, heheh ! Program mereka - ice breaking, nite walk, nature walk, flying fox, water confidence dan berakit.

Minggu Ini
Minggu ni yang bertugas - Rudy, Kaliong, Muafa, Cica, Lenny, Agus dan Asri. Jurulatih kanan - PakMan & Cikgu Zul. Didapur - Haji Berahim, Toyak, Ida dan dak-tembams. Heheh. Dak-tembams kena duty kat dapur sebab Jepun emergency leave. Masak bebagus aaaaa tembams .. nanti leh jadik menantu Haji. Saya suka gak dak-tembams 'didedahkan' kepada arena masak-memasak sebab perempuan ni fail sungguh bila ke dapur. Apa guna pointer 3.7 kalau masak nasik pun tengok nota ? 2 cawan beras, basuh bersih-bersih. Masukkan air 3 cawan. Heheh. Akak dah baik sangat ni kot, tembams. Aura sudah kembali seperti biasa ! Hahahahah

Tetamu 30/12
Terimakasih Wkdin sebab nak bawak penulis-penulis jurnal ke KEM LAMBAIAN DANAU. Wkdin kata HanyaSayang, ep, mushroom, Ungku & family, Mal, salina nak datang. Kalau ada yang lain yang nak datang, sudikan lah ye ! Tapi masuk hutan la. Bawak baju lama ye ! Leh la berkayak nanti. Kalau nak bermalas-malas lepak atas hammock boleh juga :) Akak perluaskan jemputan ni sekali lagi - siapa saja yang nak datang, dengan rendah dirinya akak mempersilakan. Tapi semuanya serba kekurangan kat sini. Kita makan nasik dengan sambal belacan, boleh kan ?

Friday, December 19, 2003

Bertambah Sihat

Pagi tadi, pukul 9.00 pergi ke Hospital Pantai Air Keroh. Check-up dengan Dr. Ravikumar. Menunggu lama tapi check kejap jer. Dan Dr. Ravi kata semua luka-luka pembedahan dah ok. Alhamdulillah. Dak-tembams ada juga menunggu saya. Dia nak ke Kem. Hari ni program Maktab Perguruan Raja Melewar - 150 peserta. Di Kem sekarang ada budak-budak pandu puteri. Tak ramai. Dan program pun senang-senang. Program tali-temali. Jangan tak tahu, kalau pengakap atau pandu puteri dia orang memang ada program macam ni. Sepanjang hari dia orang kerjakan tali. Heheh ... dan kalau benda-benda macam ni PakMan la yang handle - dia memang pakar dalam hal tali-tali ni. Kami yang lain, setakat tahu nak putuskan tali rafia dengan tangan tu le kepakaran paling tinggi ! Tapi kira oraits jugak la sebab kalau tak de pisau/gunting selamba jer putuskan tali. Riaks skets, bebs ! Buat kata Zack, sejak baik ni kurangkan skets keinsafan tu. Leh la jahat-jahat balik ..

Kesian kat Abang yang kena handle semuanya sendiri. Selalunya saya yang handle bahagian management macam bayar gaji, order barang, buat duty dak-dak fasi, siapkan invoice dan macam-macam lagi. Sekarang semuanya dia sendiri :) InsyaAllah tahun depan saya start kerja balik, ye bang !

GangDapur sekarang dah ada boss baru, Haji Ibrahim. Dulu Haji bekerja di resort tempat Abang kerja. Sekarang dia bekerja dengan kami pulak. Dia dah biasa masak untuk kumpulan besar, tiada masaalah nak menyediakan makanan untuk peserta Kem. Pembantu yang lain macam biasa Jepun, Toyak dan Ida.

Lama berehat pun tak best gak. Dah mula boring ! Letih aaa bila disuruh duduk je. Dah biasa jadi kuli, mana le reti bila tak kerja. Dah buat jugak kerja-kerja rumah.

Terima kasih pada yang mengambil berat keadaan saya. Hanya Allah sahaja yang membalas budi anda. Basri, Muring - thanks ingatkan akak pasal ikan haruan tu. Memang akak banyak makan ikan haruan tu. Ikan-ikan ni memang dah lama kami bela dalam kolam. Bila memancing dan dapat haruan, letak dalam kolam. Kalau ada orang yang baru lepas operation, selalu kami bagi ikan-ikan tu. Sekali tuan punya kolam la yang kena ! Alhamdulillah, dapat makan ikan tu :) Thanks juga pada Rauf(e-ketupat) sebab belikan akak gel gamat dan roselle tu. Dah habis dah pun akak makan. Memang rasa dah sihat ni. Berat badan dah turun 4 kg, tadi nurse timbang. 3 minggu hilang 4 kg, ok la kot ?

Minggu lepas masa program UIA, Cill ada datang. Saya pun datang jugak ke Kem sekejap-sekejap. Seronok dapat tengok program. Mereka buat jungle-tracking, rafting, obstacles-run dan water confidence. Cill dah best sekarang, dia dah jadi pembantu aktiviti ! Hari tu dia dengan Lenny lepaskan peserta. Haji pun sukakan dia, dia bodek habis orang tua tu. Tolong Haji Ibrahim siapkan sayur. Cam tau jer, anak dara Haji Ibrahim tu lawa. Heheh .. Leh la bersedara dengan Iha nanti. Iha pun Haji Ibrahim nak buat menantu. Apapun thanks Din sebab sudi datang lagi. Kami kat sini sentiasa je menerima kedatangan Din. Balik dari Kem, suruh Fathi hantar Cill ke bus station Melaka. dah pesan kat dia, sampai KL, msg akak. Tunggu-tunggu rupanya tiket bas habis dan Cill tidur rumah Zack. Malamnya Fathi dan Zack bawak Cill pergi Mahkota Parade, main bowling. Balik lambat. "Orang bujang, Kak G", kata Zack. Amboi !

Kat luar tu, kat jalan merah tu tengah sibuk orang bekerja. Mereka dah tarkan jalan tu. Taklah lagi saya risau nak menerima tetamu. Hari tu, malunya saya bila tengok keter WkDin habis bertanah merah. Lain kali datang, dah tak kotor keter lagi, Wkdin !

Peserta Maktab dah sampai dah tu. Habis bas kena tar. Minggu ni fasi yang bertugas gang KUTKM, gang Chinchin. MMU - Zack, dak tembams dan Lenny. Jurulatih Kanan PakMan dan Cikgu Zul.

Selamat Berhari Minggu :)

Thursday, December 11, 2003

Ulangtahun Perkahwinan 10/12/2003

Alhamdulillah dah 16 tahun Allah berikan saya nikmat ni - kebahagiaan bersuamikan orang yang dikasihi. Hidup bahagia dan ada pula anak-anak pengikat kasih kami - sesungguhnya saya amat bersyukur dengan pemberianNya.

Kisah Sakit Saya
Em, Lenny dah sebarkan serata dunia kisah sakit kakak dia. Hehehe.

Sebenarnya, sakit ni sudah lama. Tapi saya fikir saya sakit gastrik. Sepanjang bulan puasa ni hampir setiap hari saya gastrik (saya fikir). Tapi saya adalah saya bak kata suami - semangat kuat saya dan fikiran positif saya. Saya lawan je la sakit tu walaupun sakit tu teramat sakit. Untung bersepupukan pakar gastro, saya mendapat ubatan terbaik. Dan sebab ingatkan ianya hanyalah sakit gastrik saya makanlah ubat gastrik bila sakit menyerang. Minggu terakhir gastrik makin teruk. Lepas berbuka dan sahur, makan ubat. Saya tidak rela nak membuang puasa sebab nak melayan sakit.

2 hari sebelum Raya, Abang balik kampung. Rumah Pancur tak ramai orang balik sebab tahun ni Long Zul sakit, Abg Razak retak tulang, Kak Limah pergi umrah sekeluarga dan beraya di Mekah, Abg Jalil kerja pulak. Jadi, Mak minta Abang balik sebab tak de orang nak ke pasar. Selalunya beraya di Jasin dulu sebelum ke Pancur. Makanya Raya ni kami terpaksa berpisah. Tak kan nak ditinggal Mak seorang bersama Lenny. Dan kalau dibandingkan kesihatan Mak Pancur lebih baik dari Mak Jasin. Memang tak boleh nak ditinggalkan Mak. Nan pulak Mak dan Ayah mertuanya beraya di rumah dia di Bandar Sri Damansara. Raya pertama baru balik. Ida pulak Mak dan Ayah Fadhli sakit. Dan memang giliran mereka beraya di Gemenceh. Lagi la dah duduk di Sabah ni bukan boleh selalu balik macam duduk KL.

Last-last Abang bawa all the boys balik dan Nana tinggal dengan saya. Sebelum balik ke Pancur, Abang dah beli dah lauk-lauk untuk dimasak nanti. Terpaksa berpisah pada hari Raya walaupun sekejap saya rasa sayu sangat. Menangis semasa ditinggalkan Abang dan anak-anak lelaki.

Saya teruskan kerja-kerja yang melambak-lambak tu. Jepun datang dan tolong kemas apa yang patut. Masa ni dah sakit. Sangat sakit. Rasa sakit ni macam sakit gastrik. Tahan je. Dan buat kerja. Dan gelak-gelak juga macam biasa.

Ida dan Fadhli balik pukul 3 pagi. Saya dah bangun dah. Kejutkan Mak dan Lenny sahur. Mula buat cake. 2 biji cake kukus dan 2 biji cake chocolate chips. Selalu Raya buat sampai 10 biji cake. Tapi kali ni serasa tidak berdaya lagi. Lepas Suboh, relax kejap. Lepas tu tengok Mak dah ambil rakers nak menyapu laman. Amboi, macam la sihat sangat. Saya paksa dia naik ke rumah dan habiskan kerja-kerja tu semua. Dalam kesakitan saya menyapu seluruh laman rumah. Tahu je la laman rumah kampung. Semalam pulak adik Toyak dah tebang banyak jugak dahan-dahan pokok keliling rumah. Rumah saya ni laksana dalam hutan jugak. Jadi banyak daun-daun yang kena disapu. Masa menyapu rasa tak terdaya tapi saya gagahkan diri dan buat juga.

Masa saya menyapu ni saya tinggal seorang. Mak dan Ida ke pasar beli lauk lagi. Nana pulak ikut Uncle Li nya pergi beli songkok dan shopping apa-apa tah di Jasin Shopping Centre. Lenny gi rumah saudaranya di bandar Melaka.

Siap semua saya ke dapur. Menyiapkan bahan-bahan untuk masak rendang campur, kuah kacang, kurma ayam dan kuah lodeh. Adoi, dia orang balik pasar bawak lagi ayam dan daging. Kena masak banyak. Rumah kampung, ramai sedara mara datang. Kenalah hidang makanan yang berat. Ida dan Fadhli pulak kena balik Gemenceh dah. Rasanya kalau saya beritahu saya tak sihat Ida akan tunggu dan tolong masak. Tapi tak sampai hati nak kacau plan orang. Dan sebab saya tak pernah sakit kecuali gastrik semua orang fikir saya akan selalu ada untuk mereka :) Masa ni saya dah sejuk seluruh kaki tangan dah. Sejuk sangat.

Masa Maghrib rendang dah siap masak, kuah kacang pun dah siap (my version of kuah kacang kena masak lama - paling kurang 5 jam atas api kecik), ketupat jer masih direbus. Ketupat nasi dalam plastik je. Lenny telefon lambat balik dan kami berbuka dulu. Dah siap makan baru Lenny sampai.

Lepas tunaikan kewajipan semua saya teruskan kerja. Basuh simen luar dan kemas dapur. Mop dapur. Sidai semua baju. Saya nak pastikan semua tanggungjawab dah selesai. Dalam menanggung kesakitan tu hati sampai berkata, "Mati nanti rehatlah puas-puas, tidur puas-puas". Tak beritahu Mak sakit saya. Saya sayang Mak. Kalau saya dah terbaring dah entah apa la akan jadi kat Mak. Dia bukannya boleh terperanjat dan risau.

Ajak Nana masuk bilik dan cuba tidur. Alahai, kenapalah gastrik pill ni tak bagi relief pada sakit saya. Nana dah tidur dan saya keluar bilik. Habiskan baca buku 'sup ayam' untuk teenagers. Menahan sakit lagi. Saya rasa sejuk sangat. Tak bermaya rasanya. Pergi bilik Mak dan nak kejutkan Mak. Dengar Mak berdengkur tak sampai hati pulak. Begitu lah saya sepanjang malam bila rasa terlalu sakit saya kebilik Mak. Bila dengar Mak berdengkur saya pusing balik. 3-4 kali saya nak mengejutkan Mak tapi tak sampai hati. Terfikir kalau Mak panik nanti macam mana. Selama ni saya lah tempat bergantung, tempat mengadu Mak.

Bila masuk waktu Suboh dan Mak bangun saya beritahu juga Mak yang saya sakit dan tak tidur sepanjang malam. Saya mandi dan bersiap-siap nak ke klinik. Telefon Abang dan kakak ipar saya beritahu Abang dan anak-anak ke masjid, belum balik. Saya cuba tidur sekejap. Perut saya lumur dengan minyak Yu Yee banyak-banyak. Abang telefon balik pukul 7.30 pagi. Mak panggil saya dan saya beritahu Abang nak ke Dr. Naha. Abang suruh pergi klinik Dr. J yang beroperasi 24 jam. Dengan kesakitan yang teramat sangat, saya drive ke Dr. J. Saya diberi injection. Suntik terus ke saluran darah di tangan. Sakit bebs, tapi nak cepat baik. Ok je la. Balik stop kedai David beli ais.

Sampai rumah terus tidur. Lupa salam dan mohon kemaafan dari Mak. Dan dalam tidur saya bermimpi. Rasanya seperti Ayah beritahu saya yang saya tak salam Mak lagi. Saya tak nampak wajah Ayah dan juga tak dengar suaranya tapi saya tahu yang Ayah suruh saya mohon kemaafan dari Mak. Maha Besar Allah - Dia sahaja yang maha mengetahui segalanya ni.

Saya bangun dan pergi cari Mak. Salam dan peluk Mak. Mohon keampunan dari Mak. Berpelukan la kami 2 beranak. Kami berdua memang amat kasih-mengasihi antara kami. I have the best mother in the world ! Mak kat dapur tengah try masak kurma ayam dan kuah lodeh. Kesian Mak saya, setelah berbelas tahun tidak memasak dia blur. Suruh dia duduk dan manusia yang perasan dia ni superwoman nih, pulaklah yang masak ...

Sekejap lepas tu Nan sampai dengan wife dan anak-anak dari KL. Bawak parents mertua dia sekali. Abang pulak sampai dari Pancur dengan anak-anak. Ida & Fadhli pulak sampai. Serentak semua sampai. Semua yang saya sayang dah ada ! Happynya ! Berpeluk-peluk suka kami semua ! Dan Lenny ajak saya tukar baju kurung. Lupa lak ni Raya. Saya dan Lenny beruniform Kem sebab kami ada kerja. Saya masak dan Lenny vacuum rumah ! Seronok dan ada dah mood Raya, saya makan dengan dia orang. Sudah makan, muntah. Badan jadik bertambah lemah. Dan malam tu sekali lagi saya diberi painkiller injection dan kali ni it's not working. Saya bertambah sejuk dan sakit.

Esoknya pagi-pagi Abang bawak saya ke Hospital Pantai Air Keroh. Ke klinik Dr. Chuah, pakar gastro. Lama kena menunggu sebab ramai patients. Pakar gastro seorang lagi, Dr. Azian Musa bercuti Raya. Masa ni sudah rasa tak terdaya sangat. Terlalu sakit dan rasa terlalu lemah. Tak menunggu giliran lagi saya dibawa masuk jumpa Dr. Chuah. Urine saya ada kuman. Dan bila scan nampak batu-batu dalam pundi hempedu saya. Dah bernanah dan rosak dah pundi hempedu saya. Racun toksin pun dah berada dalam badan saya. Dr. Chuah terus telefon sepupu saya, Dr. Rosaida. Pastu saya dihantar ke consultant surgeon, Dr. Ravikumar memandangkan dia yang on-call hari tu. Tidak boleh pilih surgeon. Emergency operation. Kena buat masa tu jugak.

Dan masa tu jugaklah pegawai-pegawai dari Khidmat Negara telefon. Dah sampai Kem dan nak berjumpa tuan punya Kem. Adik ipar saya, Fadhli ada di Kem sebenarnya untuk melayan mereka. Tapi dia tak tahu sangat pasal Kem. Abang terpaksa balik. Dengan muka selamba dan gelak-gelak saya berjaya buat Abang tinggalkan saya. Saya seorang, er tipu berdua. Dengan Shanti, nurse Dr. Ravi ke makmal untuk ujian darah dan ujian apa-apatah.

Siap semua, saya 'check-in' ke wad. Surgical ward. Sunyi giler kat level ni. Biasa kat level bawah masa bersalin, bising :) Nurse siapkan saya untuk pembedahan. Masa ni saya dah terlalu lemah. Apa orang nak buat, buatlah. Redha je. Kena pakai gaun OT yang tak lawa tu pun saya tak complain :)

Siap semua saya ditolak ke OT. Sampai sana, mereka tanya mana keluarga. Er, saya datang sorang. Saya je yang nak dibedahkan ? Sempat buat lawak lak tu .. Saya diletak bawah warmer.Selesa sungguh bawak warmer ni sebab masa tu saya rasa sejuk amat. Entah pukul berapa saya dibawa masuk OT. Jam ada tapi tak nampak sebab glasses saya telah dibuka. Masuk-masuk je, mereka prepare saya lagi. Letak tah apa-apa kat badan saya. Sempat tanya, untuk apa ? Monitor jantung, aliran darah dan apa-apatah lagi. Tak faham sebab mereka pakai medical term. Pakar bius nak letakkan serkup ke hidung saya. Er, kejap la. Let me say my prayer. Saya mengucap, berdoa agar semuanya selamat tetapi redha jua atas apa ketentuanNya hari ni. Bersyukur atas pemberianNya selama hidup saya.

"Okay, i'm ready". Tarik nafas, sekali, 2 kali. Tiba-tiba ada Mamat ni menangis pegang tangan saya. Dr. Ravi ke ? Er, Abang. Kenapa nangis ? Gelak. Adoi, sakitnya perut. Pastu satu badan sakit. "Dah sudah ke, Abang ?" "Dah". Saya tanya anak-anak, Mak, adik-adik semua mana. Dia orang dah balik. Dah pukul 10.30 malam. Terasa nak buang air kecil. Tapi tak boleh bangun. Kena guna bedpan. Thanks Abang, jaga saya dan cuci saya. Malam tu Nurse bagi saya painkiller dan saya tidur tak sedarkan diri. Abang yang tak tidur menjaga saya.

Esoknya saya bangun dan cuba duduk. Pastu bila nak buang air pergi buang air di tandas. Kami exercise supaya saya boleh buang angin. Dipimpin suami, saya berjalan selangkah demi selangkah. Dapat pun buang angin. Dah buang angin, boleh ambik liquid diet. Saya di beri air milo. Kena minum sikit-sikit. Segelas, 2 jam baru habis. Sepanjang hari cuma diberi air milo. Dan malamnya bila nurse nak bagi saya painkiller dan ubat tidur, saya menolak. Terlalu banyak chemical dah ada dalam badan. Lagipun letih dan dah berapa hari kurang tidur, saya rasa tentu saya senang tidur.

Hari kedua sudah diberi bubur kosong dengan kicap masin. Ok la. Makan je. Nak cepat baik sebab kesian kat anak-anak. Kesian kat semua famili yang asyik beraya di hospital.

Antibiotic diberi dengan cara drip. Bila masuk je ke salur darah terasa panas menjalar seluruh badan. Sangat tidak selesa.

Hari ketiga sudah boleh makan bubur ikan. Breakfast dan lunch makan bubur ikan. Lepas lunch, Dr. Ravi datang check dan confirmkan boleh balik. Alhamdulillah :) Seronoknya bila dapat balik rumah. Rumah ada undang-undang baru dibuat Abah. Tak boleh kacau Mama, tak boleh bising. Semua orang kena tolong buat kerja rumah dan layan Mama macam Queen. Alahai, kesian anak-anak. Semuanya takut Mama apa-apa.

Masih diizin Allah Taala bersama-sama keluarga semua. Juga dapat meraikan hari ulangtahun. Allah sayangkan saya, saya diberi peringatan supaya tidak lupa yang segalanya ini pinjaman belaka. Dosa banyak dan diberi peluang supaya insaf dan sedar selalu.

++ Masa tengah operation tuh, suami dan adik dipanggil. Panik dua-dua, ingatkan ada complications rupa-rupanya nak tunjuk pundi hempedu yang dibuang dan batu-batu nya sekali

++ Hasil yang keluar dari badan saya : 18 biji batu hitam sebesar garam kasar yang kasar dan sebiji batu putih yang besarnya sedikit besar dari guli yang guna main chinese checker

++Paling tak best kena makan ubat sinseh. Serbuk yang pahit giler, harganya sepeket RM 100, sikit sangat. Kena makan 7 peket. Kucai kata
saya makan sumbu badak, tulang harimau dan macam-macam lagi kutukan. Mentang-mentang sakit sukahati dia je. Tunggulah akak baik nanti, Kucai

++Kesian Lenny, ikut kami semua tak beraya

++Terimakasih kepada kawan-kawan dan saudara-mara yang melawat di rumah dan di hopsital. Thanks jugak pada yang telefon. Maaf kalau tak balas panggilan sebab saya belum sihat sepenuhnya

++ Untuk catitan saja. Weekend ni UIA masuk untuk program McLead. Semua jurulatih kanan dan fasi MMU bertugas.

++Team dapur diketuai oleh Haji Ibrahim. Yang lain macam biasa.

++ Lepas ni entah bila lagi lah boleh update.

++ Gathering jadik tak HS dan ep ? Call hubby akak kalau ada apa-apa ye.

++ Thanks pada yang menegur di chatterbox dan guestbook

++ Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Tuesday, December 02, 2003

Untuk kakakku

Kak G masih lagi cuti berehat. Nak tahu kisah yang sebenar? Ini diceritakan dengan kebenaran Kak G, dan melalui pengalaman sendiri.

Sampai di rumah kak G pada Nov 22. Sebab tahun ini akan beraya bersama kak G sekeluarga. Alhamdulillah, sempat juga menikmati hari raya untuk tahun ini. Mungkin tidaklah selancar yang dirancang. Petang Ahad, Pak Let balik ke rumahnya di Pancur (sorry, tak tahu ejaan yang betul. agaknya itulah yang betul jika diikut sebutannya) bersama anak-anak. Yang tinggal di rumah ketika itu ialah nenek, kak G, Rina dan aku.

Kak G yang siapkan semua rendang, ketupat dibantu oleh nenek. Aku ini tetamu di rumahnya, asyik kena halau dari dapur. Jadi kawasan dapur adalah kawasan larangan bagi aku. Aku tolong tengok tv. :P Ketika Jepun datang, aku masih lagi tiada apa yang dibuat. Kak G minta Jepun kemaskan bilik di belakang. Kerana di situ agak kotor akibat pembaikan atap. Atap zink yang lama diganti yang baru. Debu-debu dan habuk dari kerja penggantian itu habis mengotori bilik itu.

Aku cuma temankan Jepun mengemas tetapi kebanyakan kerja dibuat oleh Jepun. Aku ini lebih banyak memerhati daripada membuat kerja. :P Apabila kak G selesaikan kerjanya di dapur (for that moment), dia pun ikut serta mengemas. Aku terus dihalau dari bilik itu, katanya takut aku ini sakit nanti kerana habuk. Macam-macam alasan, janji aku tidak berada di situ. Seakan aku ini tuan puteri, tak boleh inilah, tak boleh itulah.

Ketika itu kak G sudah menampakkan tanda-tanda dia sakit. Malamnya dia sepatutnya menyambung semula kerja-kerja untuk menambah bilangan kek raya, tetapi dia tidak larat hendak bangun kerana terlalu sakit. Aku tidak tahu bagaimana rasa sakit itu, tetapi aku pasti ia sangat sakit. Tengok keadaan kak G itupun, memang tidak boleh dibayangkan akan sakitnya.

Biarpun kak G pergi klinik untuk buat pemeriksaan, katanya dia diberi suntikan painkiller sahaja. Dan dia masih lagi membuat kerja-kerja rumah seperti biasa. Kak Ida dan abang Fadhli, yang sampai ketika waktu sahur pagi Isnin turut membantu untuk menyediakan barangan, terutama bab membeli dan membelah. Aku pula pergi ke rumah saudaraku di Melaka, lewat petang baru aku balik semula ke Jasin.

Kak Ida dan abang Fadhli balik ke rumah abang Fadhli petang yang sama. Tinggal kami berempat sahaja di rumah.

Pagi raya, keadaan kak G semakin teruk. Bila mengenangkan perbualan Rina dengan Abahnya pagi itu, perasaanku tersentuh.

"Babah, baliklah. Mama sakit. Mama tak boleh nak bangun."

Sedangkan Rina tidak tahu pun nombor telefon abahnya. Dia cuma menekan redial di telefon itu. Kebetulan sahaja telefon itu baru digunakan untuk menghubungi abahnya sebelum itu.

Terus abahnya balik, bersama anak-anak yang lain.

Dan abahnya yang menjaga mamanya yang sedang dalam kesakitan. Setiap waktu diperhatikan, dibawa ke klinik semula. Masih diberi suntikan painkiller.

Esoknya, raya kedua. Pak Let membawa kak G ke Hospital Pantai Ayer Keroh. Untuk buat pemeriksaan yang lebih lanjut. Dan petang itu juga kak G kena operate. Katanya ada gallstone.

Bila aku check apa sebenarnya yang kakakku seorang ini alami di internet, inilah yang aku dapat.

Cholelithiasis atau batu karang dalam pundi hempedu kerap terjadi kepada wanita yang gemuk dan berumur lebih dari 40 tahun. Faktor diabetes, masalah thyroid (hypothyroidism), jangkitan parasit juga memainkan peranan. Tanda nya ialah sakit pada bahagian kanan perut bersebelahan dengan ulu hati disertai dengan rasa kembong, loya dan muntah.

Perut jika ditekan akan berasa amat sakit di bahagian yang tersebut dan kadangkala sakit akan terasa juga di bahagian kanan bahu. Tanda ini selalu berlaku beberapa jam selepas memakan makanan yang berlemak.

Anda dinasihat mendapat rawatan doktor kerana jika ianya dibiarkan, dapat menyebabkan kerosakan pada hati dan pankreas, disertai dengan demam kuning.

Pembedahan membuang pundi hempedu adalah disyorkan untuk mengelakkan komplikasi di atas.


Panjang sungguh cerita ini, jika hendak tahu lebih detail, tunggulah kak G sendiri yang menceritakan pengalamannya. Aku ini hanya menyampaikan apa yang aku nampak, apa yang aku rasa. Mungkin ada lagi kekurangan yang aku tidak sedari.

Seperti yang aku selalu ucapkan,
Sorry the morning glory

Semoga kakakku cepat sembuh, dan bolehlah kita main kejar-kejar lagi seperti dulu. :P

Monday, December 01, 2003

Saja nak promote diri sendiri~~

Kak G tgh cuti berehat, so dia tidak dapat online buat sementara waktu. Sampai bila, tidak dapat dijangkakan. Namun jika ada yang rajin sila lawat kuchik. Promote diri sendiri. :P

Friday, November 21, 2003

Selamat Hari Raya

Buat semua :
Suami tercinta
Ibu dan anak-anak tersayang
Adik-adik saya : Nan & Ina, Ida & Fadhli
Adik-adik Lambaian Danau yang saya sayang : Jepun, Cica, Toyak, Asri, Eiha, Pakdi, Fendi, Lenny, Fathi, Zack, Bob, Kucai, Shasha, Mamat, Madas, Ruddy, Nazri & isteri, Zul & isteri, Jamsari & isteri, Muafa, Lempeng, Ujie, Fakhrin dan Fitri
Jurulatih Kanan Kem : PakMan dan Cikgu Badrul & isteri-isteri
Adik jurnal yang telah melawat ke Kem : Wkdin, Raup, Cill dan dak-tembams
Rakan-rakan jurnal yang lain
Ex-campers of Kem Lambaian Danau
Pembaca-pembaca Dari Hutan Ini
kawan-kawan yang saya tidak sebut di sini.

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin dari saya.

++ Minggu lepas baru sahaja kehilangan bapa saudara yang bagaikan ayah sendiri. I called him Abah. Sedih bila ingatkan Kak Ogy (my cousin - Rozita .. nama kami sepupu-sepupu semua memang dekat-dekat jer) peluk dan sebut kini kami sama-sama tidak berayah. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya allahyarham Haji Abdul Razak,
abah saya.

++ Lenny beraya di Jasin tahun ni. Ada lah assistant kacau rendang nanti, ye Len

++Result Hafidz tidak seperti yang dia harapkan. 4A 1B. B untuk penulisan Bahasa Melayu. Menangis-nangis dia. Sampai tak terpujuk kami. Qada dan qadar DIA, wahai anak. Adalah hikmah yang kita manusia yang lemah ni tak tahu. You did ypur best. Mama dan Abah tak marah pun. Tapi kesian sungguh tengok dia. Dah rezki dia camtu.

++ Untuk cill. Still waiting for your call. Miss u.

++ Aini, ko bila nak beraya Jasin ?

++ Untuk Zarinah : Tengok dulu photos kat photopages akak tu ye. Sebab nak ambik gambar, 3-5/12 baru ada group.

++ Untuk yang wish akak kat gesbuk dan akak tak sempat balas tu, juta-juta maaf. Akak betul-betul kemiskinan masa.

++ HanyaSayang. Thanks so much. Nanti kita gayut-gayut lagi ye

:)
:)
:)

This is my favourite lagu Raya. Jom share.

Sepasang Kurung Biru oleh Khairil Johari Johar

Tiada salam atau ucapan
Tiada pesan tanda ingatan
Suasana penuh keriangan
Ku teringat pada seseorang
oh...

Di hari yang berbahgia ini
Hatiku kosong dan sepi sekali
Betapa manis kenangi lalu
Menyambut raya bersama denganku
oh...

( korus )
Tiada bisikan lembut yang ku dengar
Hanya suara azan sayup bergema
Masih kurasakan hangat tanganmu
Di pagi raya bersalam dengan ku

Tetamu datang tetamu pergi
Namun tak tiba orang ku nanti
Hanya sepasang kurung nan biru
Menjadi teman mengubat rindu ku
oh...

( ulang korus )

Sunday, November 16, 2003

Rindu yang tiada ubatnya

8 November 2003 . Dah 12 tahun Ayah meninggalkan kami. Saya rindukan Ayah saya. Saya rindu nak dengar suaranya. Dah 12 tahun saya tak dapat memanggil perkataan 'Ayah'. Lain kali sahaja lah menulis pasal ni.
Al-Fathihah.

Salam Ramadhan ... menunggu malam yang baik dari seribu bulan ...

Lamanya, lamanya tidak online. Dan lama jugaklah tidak mengupdate blog. PC di rumah yang jarang sangat diguna tu dah diberikan pada Jepun. Adik dia nak guna computer dan Jepun tak mampu nak beli. PC tuh pun digunakan anak-anak utk main game saja. Baiklah diberi kepada adik Jepun yang lebih memerlukan. Anak-anak boleh guna saja notebook Abah. Tu la yang tak online sebab tidak ke Kem.

Saya jadi fulltime housewife dengan erti kata sebenarnya :) Masak untuk berbuka dan sahur. Pergi shopping makanan dengan suami dan anak-anak di pasar Ramadhan. Kadang-kadang pergi Jasin, Tangkak atau ke Air Molek. Sahur saya masak. Siap masak siap buat air dan hidangkan makanan kena pergi dari bilik ke bilik mengejutkan suami, mak dan anak-anak. Buat biskut Raya. Beribadah bersama suami dan anak-anak. Had a really good time. Manja-manja dengan Mak. Tetiap petang teman Mak tengok citer bersiri Hindustan ( i hate hindi series/movies, sebenarnya) di Astro Channel prima tuh, yang citer pukul 6 petang. Tak tahu apa nama dia tapi ada org jahat nama Anu dan Akash. Heheh ! Memang enjoy sungguh .. 11 bulan saya bekerja teruk. Menyapu kawasan Kem, jadik tukang kebun Kem, tukang masak Kem, tukang cuci toilet jugak kekadang. Ni la masa bersama keluarga.

Jepun dan Cica diberi masa kerja yang relax sikit. Jepun datang pukul 8 pagi dan balik pukul 12. Cica pulak datang pukul 2 petang dan balik pukul 6 petang. Sunyi jer Kem. Dan banyak daun-daun kering yang tidak bersapu. Hutan sungguh ! Toyak dan Muafa pulak datang rumah, mengecat rumah kami. Minggu lepas mereka ramai-ramai bergotong royong di rumah. Tolong mem dia orang yang rajin ni kemas rumah. Heheh. "Asal jangan suruh buat kuih dah la, Kak G." Jadi banyak jugak la kerja-kerja dah siap.

Kami juga dah bershopping Raya (kerja no. 2 Abah paling benci). Macam biasa taste kami tak sama. Abang, untuk anak-anak lelaki suka beli baju yang active wear (baju sukan/baju untuk aktitivit lasak) dan untuk princess dia yang sorang tu dia nak dress. party dress lak tu, yang kembang-kembang, beropol-ropol. Uh, bencinya ! Malas gaduh, dia orang dapat banyak baju - ikut taste Mama dan Abah. The boys Mama belikan casual wear. Cotton pants and shirts. Abah belikan cargo pants ngan jersey rugby/bola. Kasut cam orang nak gi jungle-tracking. Benci ! Nana pulak dapat 7 dresses. 3 helai yang 'rugged' dan sexy - Mama pilih. Dan baju macam tuan puteri - beropol, berenda, berlapis-lapis - pilihan Abah. Baju first raya dia, baju Kedah kain sari yang beli kat Parkson. Menyampahnya tengok. Berkilat-kilat. Pastu kain siap ada belah-belah. Warna purple ! Mama bought her an orange with green lining traditonal baju kurung. Lawa baju saya pilih :) My sis pun belikan dia orang baju jugak. Tu dia orang kena pakai ikut taste Busu dan Uncle pulak. Kami beli apa ? Heheh .. Abah beli satu cargoes pants ngan shirt jer. Mama beli baju kurung (banyak .. eheheh ), kasut warna merah, handbag warna merah ..heheh .. Tudung Raya dan telekung Raya lom beli. Read this, Abah :)

Saya seronok dengan suami. Sebab apa-apa dia bayar. Lagipun gaji saya yang dia bagi ciput sangat. Tapi semuanya untuk saya. Apa nak, cakap, tanggungjawab suami. Taklah mintak bukan-bukan. Dok dalam hutan ni, standard of living cam dalam hutan la. Setahun cuma beli 2-3 jer kasut lawa. Masa lain pakai selipar Jepun dan sports shoes. kalau pergi aktiviti yang lasak sesangat pakai jer kasut dari Bank Kasut.

Bank Kasut
Bank Kasut kami terletak di Pangkin Fasi. Semua kasut yang peserta buang tapi masih baik/masih boleh kami baiki letak kat sini. Jepun akan bersihkan. Inilah kasut yang kami pakai :) Tanyalah kat budak-budak Fasi ni. Anak-anak orang kaya selalunya buang jer kasut sebab malas basuh. Branded shoes lak tuh. Yang elok-elok sangat pun ada. Pergi camping beli kasut baru pastu bila kasut dah kotor malas nak basuh. Buang je. Kami pungut la. Bukan kami jer yang pakai. Untuk peserta yang tidak kaya tu, ada yang pakai kasut sekolah jer datang Kem. Kami berikan kasut-kasut yang mereka boleh guna di Bank Kasut kami. Taklah nanti kasut sekolah tu rosak. Sama jugak macam baju. Jepun pungut baju dan seluar track yang elok yang dibuang orang kaya. Sumbat dalam washing machine, kejap jer dah bersih. Kami berikan pada yang tak mampu. Taklah baju elok dia orang rosak. Sekolah ni V**** Institution punyalah ramai anak orang kaya ! Mereka buang Nike Air yang harga lebih RM 300 tuh,kasut Adidas mahal-mahal dan baru-baru. Adui selamba jer .. kayanya mak-bapak dia orang. Baju dan tracks mahal-mahal dibuang gitu jer. Maklumlah anak dato' ada, anak tan sri ada. Apa bendanya citer melarat gini. Heheh. Lama tak menulis rasa cam tak retilah pulak.

Naik bas Transnasional Melaka-Kuala Lumpur
My sis Ida ada balik. Ida dok di KK. Hubby dia keje sana, dia pulak cuti tanpa gaji. Hari Jumaat (2 days ago ker?) saya naik bas ke KL. Lama giler tak naik bas. Last masa sekolah di ITM dulu kot. Pastu bila dah keje dah ada kete. Naik di Melaka dan turun di Hentian Serdang. Ida tunggu saya di Serdang. Dalam bas dok sebelah pelancung dari Jepun - Ryoko Mari-san. System Engineer dari Tokyo. Depan kami 2 orang awek pelancung dari Vietnam dan belakang kami students MMU dari Yaman. Jadi tourist guide japs ! Saya kan budak tourism .. heheh

Girls Day Out
Tujuan ke KL sebab dengan Ida nak carik peluang nak bukak 'counter' jual accessories. Kami ke Sogo, Isetan dan Parkson Grand. Sogo tidak guna system 'merchandising'. Floor menager yang source for merchandise. Isetan nyer system macam majikan saya dulu, Jusco. (Heheh .. akak korang dulu manager tau kat Jusco ..). Paling best di Parkson Grand KLCC. Store Manager dia melayu. Best sangat, baik sangat. Harap-harap impian kami tercapai. Jumaat tu berbuka di Dome. Makanan nya alhamdulillah, saya kenyang. Duduk di luar, buffet counter kat dalam. Payah sikit nak ambik makanan. Mana dengan bag dengan shopping bag dan segala. Shopping jugak ! Dah terlanjur sampai KLCC :) Saya juga pi beli mexican bun favourite tuh. Panjang giler kena q bebs ! Tapi berbaloi sungguh bila makan bun panas-panas tu. Sambil pilih baju untuk Nana sambil menyumpat. Ida tukang pilih baju dan yours truly tukang sumpat. Sekali sumbat mulut dia, tiga kali mulut saya .. By the time kami habis shopping habis 2 bijik buns. Lepas makan tuh ! Kur semangat .. heheh

kiReyna Pearl
Ini brand name kami. Adik saya, sebab tidak bekerja dan punya banyak masa mulakan business ni. Dia beli plate (kalau brooch tu yang metal dia tu dipanggil 'plate' la). Adik saya order plate tu dari HongKong, China dan Korea. Pastu mutiara-mutiara tu di 'lekatkan'. Mutiara kami bukan syntetic pearl. Cultured fresh water pearl. Kami juga gunakan crystal yang diimport dari Austria 'Sw***i'. Jadi kualiti kami terjamin. Ida dah ada small factory dah untuk buat accessories ni semua. Tu la yang nak kembangkan business ni. Selama ni dia cuma jual secara outright saja. Dia jugak ada stock tudung dari Dubai. Harga very, very reasonable. Set pin dan brooch tudung misalnya cuma dari RM 25-75. Batu-batu asli tu. Sesiapa yang nak jadi agen ke nak beli ke, u can call me at my office 06-5297303 atau handphone 019-3682498.

Majlis Berbuka Puasa Kem
Sebab tu saya ada di opis hari ni. Ada majlis iftar di Kem. Semua fasi hadir kecuali Lenny yang di JB. Maaf Lenny sebab buat hari ni. I just came back from KL yesterday. Penat kalau nak terus ke Kem. Sorry juga dak-tembams, cill dan Raup sebab akak tak jemput.
Menu hari ni :

Kurma
Kuih-muih ordered from Abang Bidin
xxx
Nasi Putih
Gulai Lemak Cili padi Daging Salai campur tulang campur kobis asin
Ikan Kerutup
Ayam Masak Black Pepper
Kailan dengan Sotong Oyster
Meehoon Goreng
xxx
Buah-buahan
xxx
Air Sirap Bandung
Teh Panas
xxx


Selamat Exam
MMU tengah exam ni. Selamat berjaya dengan cemerlang untuk Fathi, Zack dan Iha. Juga untuk Betty dan Raup di MMU Cyber.

Maaf ye !
Kepada yang menegur saya di chatterbox/gesbuk/YM dah saya tak jawab tu, maaf banyak-banyak ye ! Saya tak online. Ni pun mungkin yang akhir sebelum Raya. Tapi saya sure 'adik-adik' saya dah jawabkan. Thanks sebab sudi menegur :)

Friday, November 07, 2003

[ehem]

Tak peduli, nak jawab sini juga. Saje nak menyemak kat sini. Ahakz! Kak g, sy dah jwb dah. Silalah melawat cepat... kuchik

Thursday, November 06, 2003

Musim Berangin di Kem

Seminggu ni asyik la datang kerja lambat dan balik awal. Tiada kerja yang nak dibuat. Takde ? Ade kot. Tapi malas nak buat. Nak online pun malas. Tengah musim berangin. Daun-daun banyaknya gugur. Suruh Jepun biarkan je. Orang nak masuk nanti baru sapu bersih. Bila berangin kuat, air tasik pun bergelombang. Seronok duduk depan opis di pelantar, tengok air tasik. Hujan juga sesekali di sini. Bila burung layang-layang dah keluar tandanya hari akan hujan. Ni cara kami nak tahu hujan jadi ke tidak. Kalau gelap tapi burung tak keluar maknanya hujan tak jadi.

Akak Sajen berniaga di pasar Ramadhan. Dia masak di kedai dia. Hari-hari dari opis boleh bau masakan dia. Macam sekarang ni. Tah apalah dia masak tu, sedap je bau !

Jepun dan Cica tengah sibuk mengecat Kem. Dah banyak jugak siapnya. Anjung dan dapur dan siap. Sekarang tengah mengecat tandas. Kena siapkan cepat kalau nak cuti Raya awal. Plannya kami mula bercuti seminggu sebelum Raya hinggalah seminggu selepas Raya. 2 minggu cuti tu, bebs! Raya sakanlah si-Jepun. Bolehlah dia beraya di rumah aweknya. Fasi, korang taukan sapa awek si-Jepun. Dia masih lagi bertelefon berbisik-bisik tu ! Harap-harap awek Jepun punya result ok kali ni. Jepun puasa ke tak sama je. Masih terjerit-jerit 'bersih, bersih !' Tandas bersih, dewan bersih ... segalanya bersih. Opis dah kembali seperti asal. Dah kemas dan bersih. Tidak lagi berselerak macam masa gathering hari tu. Hari tu, macam kapal pecah jer. Bayu dan Rimbun pun dah dicat dan dikemas semula.

Saya memasak bulan puasa ni. Macam-macam masakan dah buat. Hari-hari masak lauk-pauk untuk berbuka dan sahur. Masak juga bubur, pengat, agar-agar, puding dan kuih-kuih. Bukan masak banyak, 2 lauk dan satu sayur je. Dan tambahan satu jenis kuih,manisan atau bubur. Sahur masuk sayur je. Abang suka sayur yang dimasak tumis air letak sohoon, fuchuk dan telur. Anak-anak paling siksa nak suruh makan sahur kecuali Hafidz. Nadzrin kekadang saya suapkan. Kalau makan sendiri sikit sangat. Kalau lauk beli lagi dia tak nak. Kena Mama masakkan, masak ikut selera dia. Dia orang minum air je banyak. Paling suka air tebu. Hari-hari nak air tebu. Masa sahur je, paksa minum air milo panas.

Minggu depan, gang KUTKM dah balik ke kampus semula. Bolehlah gathering lagi untuk berbuka dan berterawih. Yang jauh di mata tu, sabar je la. Heheh ! Sapa soh praktikal jejauh, kan ? Jangan kacau blog ni, sila jawab di blog anda sendiri !

Minggu depan anak-anak mula bercuti. Minggu depan juga program buat kuih raya seisi keluarga. Program yang paling Abah benci. Tapi dia kena gak buat. Kalau dia tak nak tolong, wife dia tuntut janji-janji manis masa bercinta. Heheh... "I sayang U, mati pun sangup untuk U". "Tak yah mati, Ling .. tolong I buat kuih je.." Pasangan yang sedang bercinta, berhati-hati menabur janji. Karang kena tolong bini buat kuih Raya !

Dah nak Zohor, got to go now ...

Selamat Berbuka !

Tuesday, November 04, 2003

Seminggu Berpuasa

Cuti
Lama sungguh tidak ke Kem. Sejak dari hari pertama berpuasa. Hari Ahad tu, setelah semua 'anak-anak' Kem kami balik, kami pun balik jugak ke rumah. Drive kete masing-masing sebab saya tidak mahu tinggalkan kete saya di Kem. Abang stop rumah Cica untuk hantar dia dan Hisyam. Hisyam anak kawan saya, Emy dan anak buah Cica jugak. Eiha dan Din dah dihantar oleh Bob dan Asri ke bus station Tangkak untuk ke KL. Fendi dan Renee hantar dak-tembams ke bus station Melaka. Dak-tembams balik ke JB. Lenny balik ke rumah Mak Usunya di Bukit Kangkar dan tunggu bas depan kedai A'herq ditemani Jepun. Muafa balik dengan Toyak. Ruddy balik ke Serom, Muar. PakMan balik ke Taman Maju, Jasin. Bob balik rumah dengan Syafiq. Rauf balik ke Sempang Bekoh dulu, nak bersahur dengan keluarga sebelum pulang belajar semula di MMU Cyberjaya. Yang last sekali balik, Asri. Dia solat dulu dan dia akan kunci pintu pagar sebelum balik. Asri tidur di Air Keroh dulu sebelum bertolak balik ke Sungai Petani lepas Suboh hari pertama puasa nanti. Alhamdulillah, terkini semuanya telah selamat sampai ke destinasi masing-masing.


Happy Birthday to my darlings Ridzwan Amir Rosli and Rina Syahirah Rosli ~27 Oktober 2003~
Hari pertama puasa adalah harijadi anak-anak saya. Anak sulong dan anak bongsu. Amir dah berusia 14 tahun dan Rina 5 tahun. Tak de celebration sebab Amir dan Hafidz tengah kena chicken pox. Yang kecik berdua tu, Nadzrin dan Rina dah kena dulu. Er, bukan tak de celebration. Tak de cake jer. Nenek tak bagi beli cake sebab pantang makan. Benda-benda yang biasa buat macam hadiah dan kad tu semua dah bagi. Dah ok baru Mama belikan cake. Hari pertama puasa saya masak. Masak macam-macam. Tapi dah lupa masak apa. Yang ingat buat ikan steam untuk anak-anak.


Air Panas Gadek
Lepas Hafidz dan Amir nyer chicken pox dah pulih kami pergi mandi air panas di Gadek, Alor Gajah. Konon nak bunuh semua kuman-kuman chicken pox tuh. Lupa idea sapa. You or me, Abang ? Selalu kalau idea tak best ni, idea Abang kots ? Heheh. Kami pergi lambat. Pukul 10 baru bertolak dari rumah. Ikut jalan Jasin-Selandar-Alor Gajah-Gadek. Jalan dari Alor Gajah-Gadek teruk sungguh. Tak pe la orang Gadek, pilihanraya tak lama lagi. Dapatlah jalan baru nanti. Sampai di Kompleks Air Panas tu tiada orang. Hanya seorang gadis menunggu pondok tiket. Apalah punya pengurusan, dibiarnya anak gadis orang seorang diri menjaga tempat tu. Sebelum masuk kena beli tiket. Dewasa RM 4.00, budak sekolah RM 2.00. Bawah 6 tahun, percuma. Anak-anak terus terjun ke pool. Menjerit terperanjat. Air panas ! Kami tak pernah bawak mereka mandi air panas. Ni pertama kali. Selalu mereka mandi di tasik Kem jer. Dan percuma :) Last-last pergi berendam di kolam-kolam kecil yang banyak disediakan. Airnya tidaklah sepanas air di pool besar tadi. Tak lama sangat berendam sebab mereka tak suka. Lagipun hari ni hari Jumaat. Kena balik bersiap untuk solat Jumaat. Abang yang beria-ia berendam. Air panas dan matahari juga tengah panas. Abang bawak anak-anak tengok kolam depan yang airnya mendidih-didih. Explain kat anak-anak macam mana air boleh panas, pasal sulphur dan macam-macam lagi. Mama dia, lepak jer. Lagipun dia dulu score paper tourism geography. Saya, jangan kena refer paper, dah. Dia je la explain. Saya bukan reti :) . Kompleks ni bukak 24 jam sehari. Rupa-rupanya selalu orang datang mandi waktu pagi-pagi atau malam. Jarang benar yang datang mandi masa panas-panas macam ni, Kak. Best jer awek tuh cakap. Patutlah senyum-senyum jer tengok kami anak beranak berangkut kain baju dan towel. Tadi tak nak cakap. Kita orang dah macam udang disteamboat baru nak cakap :(


Abang Demam
Lepas mandi air panas, cuaca pulak panas dan dalam keadaan berpuasa. Dapat duduk dalam aircon kan selesa. So dengan aircon full blast, kami bertolak balik ke rumah. Malamnya Abang mengigil. Demam panas. Pergi ke Dr. Naha dan dia bagi injection untuk turunkan temperature. Kesudahannya Abang demam dan melepek 3 hari berturut-turut. Wife dia jadi nurse. Lapkan badan, buatkan bubur dan layan suami tercinta. Biasa la lelaki kalau sakit. Manja kemain !


Lain-lain

Sebelum lupa, Selamat Berpencen Dr. M :) Better late than never, kan ?

Dah beli birthday cake untuk anak-anak dah. Chocolate Banana Cake dari Secret Recipe.

Saya nak resepi Kuih/Biskut Makmur yang pakai ghee. Kalau ada sesapa nak share resepi tu, pls send to kemlambaiandanau@hotmail.com. Terima Kasih ye!

Malam tadi Raup msg .. takut akak dia hilang. Tak hilanglah .. ada ni :) Eiha, tunggu gang KUTKM baliklah baru kita berbuka reramai. And pls check for me, payment utk Educare. Soh dia orang wat cheque cecepat la !

Have to go now .. Jepun dah menjerit-jerit panggil tu :)

Selamat Berpuasa Semua !

Tuesday, October 28, 2003

... dan sambungannya

Hari Sabtu
Pagi ni giliran kumpulan 'Sang Kelembai' sediakan breakfast. Dia orang masak nasi goreng dan masak sausage. Ada telur dadar goreng jugak. Untuk lunch, saya volunteer masak. Menu saya : nasi tomato, ayam kurma dan acar.

Lepas breakfast, ada aktiviti lake exploration dengan berkayak. Mereka ikut track Safari 4 & Safari 5. Seorang satu kayak. Kayak PakMan jer ada penumpang. PakMan bawak 'pang shu fei' yang hendak merakamkan gambar aktiviti. Mencabar kalau ikut track ni. Banyak tempat yang tak nampak air langsung. Sambil berkayak kena tolak rumput-rumput. Kadang-kadang kena berdiri. Bila tersangkut, kena dapatkan bantuan kawan-kawan lain. Sedang mereka beradventure di tasik, saya di dapur, memasak. Masakan saya kali ni kena complain dengan PakMan. Nasi tomato tak jadik, heheh ! Baru tersedar selama ni, Jepun dan Toyak yang pandai masak kot.. saya menyibuk jer !
Sebelah petang aktiviti berakit pulak. Din cakap, dia orang semua tu nampak macam penat selepas lake exploration. Saya beritahu dia, dia orang okay je tuh. Tu pun tak cukup mencabar bagi mereka. Untuk aktiviti berakit, Syafiq (my nephew) ikut sama dengan kumpulan 'Sang Kelembai'. Buat rakit dari pukul 3 petang hingga sampai waktu Asar. Lepas solat, baru mula berakit. Tugas kali ni, berakit 2 pusingan. Dari Jeti Putera ke pulau kecil di Safari 2 hingga ke pulau kecil di Safari 5 pusing ikut bendera hujung tasik dan kembali ke Jeti. Nak uji speed dan endurance. Perlumbaan macam minardi dengan ferrari. Kumpulan Saro Baro, smooth jer rakit mereka pergi dengan dayungan Asri, Bob dan Cica. Jepun menolak rakit dari belakang dengan buluh panjang. Laju macam ferrari, heheh ! Kumpulan Sang Kelembai .. macam Minardi. Em, faham je la .. kutuk lelebih karang, Lenny & Iha (ahli pasukan Sang Kelembai) hack pulak blog ni ... Keputusannya Sang Kelembai tinggal jauh di belakang. Dan la kalah, kena denda pulak tu .. siapkan dinner. Kena siang ikan, pastu bbq benda2 tu semua. Tapi yang lain tak duduk diam. Saro Baro cuci kayak dengan dibantu oleh Syafiq dan Raup.

Dinner makan nasi tomato yang tak habis siang tadi (dengan berbagai kutukan bisa untuk yours truly .. tengkiu hey, Man), ayam bakar, sausage, burger dan ikan tilapia dari tasik kami. Cicah dengan 'kicap power Jepun'. Memang takleh lawan kicap Jepun. Si Din sampai meleleh airmata tahan pedas. Semua makan kecuali Lenny yang jaga badan. Malam ni tiada aktiviti. Dari petang tadi tiada bekalan air ke Kem. Ada paip besar bocor di Pekan Chinchin. Kami mandi dan mencuci gunakan air tasik. Siap makan, beramai-ramai berombongan Cik Kiah membasuh pinggan-mangkuk di Jeti.

Kami berkumpul di opis untuk sessi sembang-sembang dan sakat menyakat. Seorang lepas seorang masuk tidur. Yang akhir sekali tidur : saya, Fendi dan Din.

Ahad ada aktiviti 'war game'. Sarapan pagi Ahad ni disediakan oleh kumpulan Saro Baro. Mereka masak nasi lemak, sambal udang/ikan bilis, timun dan telur separuh masak. Sedap. Pagi ni Din dan Raup lambat sikit bangun. Tidur semula lepas Suboh. Kami siap breakfast dan ramai-ramai pergi kacau Din di Rimbun. Iha baik, pergi ke dapur dan buatkan Din susu panas. Tak tahan kena kacau dengan Fendi, Din terpaksa bangun. Din breakfast atas counter depan dapur je. Sambil tu ada hiburan dari Toyak dan PakMan yang tengah melayan lagu Buble. Tiba-tiba wisel dah berbunyi. Kami cepat-cepat berkumpul depan opis dan kemudian terus ke tapak 'war game'. Air banyak hari ni. Ada tiga kumpulan berperang. Selain dari 2 kumpulan tu ada askar gerilya. PakMan, Raup, Syafiq dan Hisyam kumpulan askar gerilya. Perang-perang. Saya dan Din jadi pemerhati. Din siap panjat pokok.

Lepas perang mereka semua pergi mandi di Jeti sementara saya dan Abang ke Tangkak beli hamper dan tiket-tiket bas. Bas Tangkak-KL yang ada cuma pukul 2.30 untuk 2 orang. So, tiket utk Din dan Iha dah ada. Tiket ke JB ada satu jer, pukul 5.30. Tak beli sebab Lenny dan dak-tembams berdua. Fendi akan hantar Len dan dak-tembams ke bus staion Melaka jer nanti. Kami balik ke Kem dan ada yang beritahu mulut Din keluar darah. Ramai-ramai dia orang panik. Dan Din beritahu secara automatik semuanya behave, jadi baik ! Sorry ye Din, dia orang ni kekadang nakal !

Begitu la weekend lepas ni .. separuh dari fasi datang untuk gathering dan training sebelum berpuasa. Dapat juga menerima tetamu kami : Din (Jurnal Ini Aku Punya), Shuhadah Aini (budak-tembam sez) dan e-ketupat. Norbaiti (Updates on Me) telefon tak dapat datang sebab Nazimnya tidak dapat cuti. Have to go now .. Selamat Berpuasa !

Monday, October 27, 2003

Dari Khamis hingga Jumaat di Kem Lambaian Danau

Khamis malam pukul 10.00 pergi ke Tangkak, ambik dak-tembams. Sebelum tu dia dah telefon suruh ambil dia. Masa telefon pukul 9.30 malam. Takkan dari JB ke Tangkak cuma 2 jam. Rupanya dak-tembams tersilap. Plaza Tol Pagoh rupanya. Nasib baik dia tak turun. Kalau tak satu hal pulak nak mencari dia di Pagoh. 10.15 dak-tembams sampai dan kami bawa dia pergi makan malam di kedai pakcik dangdut eng siong. Tak de dangdut kat sini. Dan saya pun tak tahu apa relevannya kedai makan ni dengan dangdut. Tiada langsung unsur dangdut kat sini.

Jumaat
Ada majlis kenduri dan tahlil di rumah Bob. Kami ramai-ramai pergi. Bawak Mak, dak-tembams dan Iha. Abang pergi lepas solat Jumaat dengan anak-anak dan Asri. Fendi datang dengan gfnya Renee. Kami lawa-lawa belaka hari ni. Yang perempuan semua berbaju kurung. Yang lelaki berkupiah. Rasa cam tengah handle khemah ibadah pulak ! Habis kenduri ke Kem. Di Kem hampir semua dah berkumpul. PakMan, Cica, Muafa, Toyak dan Jepun dah sampai. Bila semua dah berkumpul, briefing tentang program dan pengundian kumpulan. Kali ni fasi datang sebagai peserta. Kami bertiga : saya, PakLet dan PakMan sebagai fasilitator pulak. Dua kumpulan : satu 'dok sedark saro baro' dan satu lagi kumpulan 'sang kemlembai'. Saje je budak-budak ni nak nama camni. Tah apa la muslihat mereka. Ketua saro-baro ialah Cica dan Toyak jadi ketua kumpulan sang kelambai. Pangkat mereka 'sajen'. Program petang ni kayak. Nak test speed masing-masing. Baru nak mula program ada phone call. "Kak G, ni cill, saya ada kat Jasin". Allah, dah sampai dah Mamat ni. Janji jumpa dekat depan Courts Mammoths. Saya nak pergi dengan Ruddy tapi dak-tembams dan e-Ketupat nak ikut jugak. Dalam keter, dak-tembams mula lah buat plan jahat dia. Dia soh Ruddy letak keter jauh-jauh biar cill panik susah nak carik kami. Kalau cill nangis lagi la best, Heheh ! Cill lagi pandai. Bagus tol instinct dia, keter slow je, dia dah datang. Confident sungguh dia tu kami. Eleh, dah kete kotor-bolor camtu sure la keluar dari Kem. Pandai Mamat ni !

Kami bawak Cill or pada masa ni dah panggil dia nama betul dia 'DIN' ke belakang Kem. Ke tempat yang kami panggil 'antara dua tasik'. Alhamdulillah, cuaca petang tu baik, dapat lah tunjukkan kat Din pemandangan Gunung Ledang dari 2 tasik tersebut. Din keluarkan digi cam dia dan ambil gambar. Rauf (ketupat) dan dak-tembams pun baru kali pertama ke sini. Biarkan mereka lihat pemandangan yang kami sendiri pun tak pernah jemu walaupun dah beribu kali tengok. Hampir Maghrib baru balik ke Kem. GangLasak semua pun baru sampai dari berkayak. Kenalkan mereka dengan 'Din'. Saya tak beritahu mereka keadaan Din. Yang tahu cuma suami. Lepas Maghrib semua bersiap untuk keluar dinner. Again, makan kat kedai pakcik dangdut engsiong. Pergi tiga kereta. Kami bawa Iha, dak-tembams dan Din. Keter saya Ruddy drive bawak Muafa, Asri dan Cica. Keter Fendi bawak PakMan, Renee dan Jepun.

Lepas dinner yang lain semua balik terus ke Kem. Keter kami stop kat bandar Tangkak sebab nak beli kain ela untuk dibuat headband. Saya dan Iha turun shopping. Sempat la jugak kami berdua survey kain nak buat baju. Rupa-rupanya di keter, mulut Din tengah keluar darah. Dak-tembams dan Abang panik jugaklah. Cepat-cepat kami ke Kem. Saya tanya nak bawak dia jumpa doctor, tapi dia menolak. Biasa je macam ni. Dalam hati panik dan sedih sangat melihat keadaan dia. Sampai opis, Din rehat sambil dengar penerangan program bersama-sama kawan baru dia yang lain. Malam ni buat 'Amazing Senses'. Sambil PakMan dan PakLet pergi siapkan ikatan dan tapi semua, kami ramai-ramai tengok citer 'Speed'. Masa ni budak-budak tu tak tahu lagi keadaan Din. Mereka semua pergi dan saya tinggal berdua dengan Din. Buatkan dia susu panas dan dia rehat. nampak ok dah. Di Anjung suami bagi penerangan kepada budak-budak lain pasal Din. Dia takut kalau dia orang terlebih pulak membuli Din. Itupun kesian Din, teruk dia diusik. Macam-macam nama dia orang gelar dia. Di Kem Lambaian Danau Cill ialah DINO. Dia jugak dapat nama Red Indian dia. Takleh nak mention kat sini, nanti Din marah ! Lagipun nanti takut orang takmo datang Kem pulak ! Bila Din ambil gambar pulak, dia orang panggil Din 'pang chu fei'. Terpaksa PakLet beritahu kawan-kawan Din tu sebab mana lah tahu dia orang cempak Din masuk tasik ke apa.

Kami semua tidur pukul 3 pagi rasanya. Sebelum tidur sempat berdebat pasal poligami. Tau je la lelaki, semua nak kawin lebih dari sorang. Din nak kawin 4. Fendi terpaksa cakap seorang sebab Renee ada. Yang teruk dak-tembams la, Fendi usik dia lebih-lebih.
..to be continued

Thursday, October 23, 2003

Minggu ni sibuk lah !

Minggu ni langsung tidak ada off day. Sejak dari minggu lepas. Minggu lepas, lepas IKM keluar, Kolej Yayasan Melaka masuk untuk program berkayak. KYM balik jer, consultant dari Orbit Management pulak masuk. Pagi Isnin hingga Rabu, program Kolej Universiti Teknikal. Punya la penat. Kesian Jepun, Cica dan Toyak. Tapi tak pe, bulan puasa cuma kerja-kerja opis je, boleh la rehat-rehat. Err .. ada jugak site work. Tapi taklah sekerap sekarang. Kami bercuti sampai puasa keempat, hari Jumaat baru semua kerja semula. Tak sabar menunggu Ramadhan. Seronoknya berbuka sekeluarga, berterawih, shopping makan-makan kat pasar Ramadhan dan berkumpul ramai-ramai.

Hari ni ada group SMK Durian Tunggal. Peserta datang untuk Program Lasak Sehari. Tak ramai, 80 orang jer. Fasi yang ada PakMan, Cica, Bob, Muafa, Jepun, Toyak dan Asri yang baru sampai dari Kem Shah Alam. Tak tengok pun dia orang buat program apa. Penat ni, baru lepas keluar dari dapur.

Esok ada Fasis' Training & Gathering. Selain dari fasi-fasi kami, ada jugak beberapa tetamu yang akan datang, insyaAllah. Ramai juga 'jurnal owner' yang akan datang. Siapa ?

Nur Shuhadah Aini
Pemilik budak-tembams sez. Ramai yang ingat dia fasi Kem. Bukan. Kami kenal melalui penulisan jurnal. Tegur-tegur di gesbuk, pastu berYM terus je jadik kawan. Dia datang ke Kem. Dia jatuh cinta. Terus-terus jadik sebahagian dari kami. Syukur berkenal dengan dia. Dia penghibur saya. Dengan dia, saya gelak je selalu. Nice girl dan 'tak tembams'. :)
Lennymoriza
Owner 'bila kuchik menulis'. Minah ni memang iyer, fasi Kem. Dah 3 tahun bersama kami. Dari dia berhingus dulu, hingga sekarang dah cantik jelita. Ni dia tengah buat practical training di Pasir Gudang.
Norbaiti
Saya panggil dia 'Betty'. Owner 'Updates on Me'. Macam mana kenal ye? Dia peserta di Kem dulu. Datang buat program di sini. Saya tak tahu pun dia ada jurnal. Kalau tak silap dia nampak saya kehulu kehilir bawak Buku Free Matjan Jongkang Jongket 2002. Tengok saya gelak, dia tegur. Rupanya sesama gilerkan Matjan. Heheh. Citer-citer. Pastu bila dia balik ke kampus, kami berYM-YM. Terus la sampai macam ni. Macam dah kenal berkurun lamanya ! Matjan, thanks sebab kenalkan kami :)
Cillcrusader
Tuan punya 'Junal Ini Aku Punya'. Kenal dekat jurnal jugak. Satu hari tu dia tegur saya di Gesbuk saya. Macam mana ye, boleh tertinggal tak layan site dia. Semalaman hingga ke Suboh, saya menghabiskan masa membaca jurnal dia. As a mother hati saya macam mak-mak lain jugak. Walaupun saya tinggal di hutan dan saya orang lasak, orang kasar macam ni. Tersentuh juga hati membaca tulisan budak degil sorang ni. In this case, saya yang jatuh cinta. Heheh ! Mana tidak .. hanya dia yang berjaya buat saya yang cool dan maintain nih jadik tension tahap cipan !
E-ketupat
Dia pembaca blog. Tegur saya di chatterbox, lepas tu kami berYM-YM. Pastu satu hari tu dia datang ke Kem. kebetulan pada hari yang sama Wkdin dan keluarga sudi mencemar duli singgah bertamu di rimba ini ( See Raup, i can write ala jiwang too ! Adoi, dun make me write like this again ... letih aaa ! ) Ketupat datang nak singgah sebentar saje. Sudahnya dia balik lepas Maghrib. Dan dia dipaksa membuat aktiviti sesama kami. Ingatkan sure dia taubat tak nak datang lagi. Rupanya dia datang lagi hari Ahad. Siap pi main 'war game' pulak tu !

Yang lainnya fasi-fasi Kem. Yang dah confirm datang = Asri, Madas, Fendi, Renee, Ruddy, Bob, Muafa, Toyak, Eiha, Jepun, Cikgu Zul, PakMan dan Cica. Fathi dengan Zack je tak confirm lagi. Kata PakMan program santai-santai je. Selain dari buat aktiviti nak ambik gambar untuk kad raya Kem.

I have to go. Peserta nak lunch dah. Tak tahan nak minum air special Jepun. Dia buat sirap pandan selasih. Macam dah puasa je. See u guys !

p.s.
Cill : Betty & Nazim nak ambik Cill kat KL. Kat mana boleh ambik ye?
Aini : Boleh tak sampai Melaka karang kau beli dulu tiket to JB hari Ahad punya. Takut tak de tiket. Ramai orang balik cuti Deepavali ni. Beli untuk Aini & Lenny. Kat Kem karang, akak bagi duit.



ehem~~ ehem~~

kak g oooo kak g~~
nie bile nak update nih??? kami dah berjanggut dah nak tunggu...

Sunday, October 19, 2003

Ahad

Tidak tolong langsung berkemas selepas BBQ dinner IKM. Masa tuh dah terasa perut nih gastrik. Terus ke opis dan bukak first aid box, cari anticid. Ada Actal. Ambik 2 bijik dan hisap. Layan Nana dan tidurkan Nana. Kami sekeluarga kecuali Amir yg di hostel, tidur di Kem malam ni. Rasa sakit tak hilang. Anak-anak semua dah tidur dan saya pergi mandi. Ingat nak segarkan badan. Menahan rasa sakit sehingga pukul 1.30 pagi. Tak tahan lagi, kejutkan abang dan beritahu abang, saya nak balik rumah. Ubat gastrik saya ada di rumah. Memang pun 2 -3 hari ni agak sibuk, makan tak menentu dan lupa makan madu. Madu dah habis sebenarnya. Tunggu Cikgu Bad bawa. Cikgu Bad tolong belikan dari orang asli Asahan. Madu diambil dari hutan di kaki Gunung Ledang. Madu asli, manis dan kemasaman sedikit.

Abang nak hantar saya balik, kesian pulak nak kejutkan anak-anak yang tengah sedap nyenyak tidur. Saya balik sendiri lah. Lagipun bukan jauh sangat, 10 minit dah sampai. Saya telefon Mak beritahu nak balik. Karang terperanjat pulak dia tengok orang bukak pintu rumah. Mak pun baru jer bangun nak solat tahajud. Sampai rumah terus makan ubat dan tukar baju untuk tidur. Mak dah tolong onkan aircon bilik. Bestnya tidur dalam bilik sendiri, atas katil sendiri. Abang telefon , sembang kejap dan terus tidur.

Pagi ni ke Kem pukul 10 pagi. Abang dah balik pukul 9 tadi, hantar Hafidz, Nadzrin dan Nana. Terus je dia ke Melaka untuk jemput Amir. Hari ni Amir outing, esok ada ortho appoitment. Petang besok baru hantar Amir balik.

Di Kem hari ni ada peserta dari Kolej Yayasan Melaka. Pakej berkayak. Sampai-sampai tengok Toyak dan Jepun dah ada di dapur. Dah start masak dah. Lenny dan Cica pun ada juga. Tapi belum bangun lagi kots .. atau still berehat dalam bilik sebab KYM belum sampai lagi. KYM sampai pukul 11.00 pagi. Sebelum tu Madas dan Kizwan sampai. Bob pun ada juga hari ni. Tak berapa sihat, relax-relax kat belakang kantin mengusik Jepun yang baru belajar bercinta. Heheh ! Topik terpanas kat Kem sekarang ni, pasal si-Jepun bercinta.

Masa saya menulis ni Lenny, Jepun dan Bob ke Tangkak beli tiket untuk Lenny balik JB pukul 6.30 petang karang. Hari ni kena tidur Kem lagi sebab esok hingga hari Rabu ada group Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan. Team building dan motivasi untuk pegawai-pegawai. Petang karang consultant masuk dulu. Peserta hanya akan sampai pagi esok. Hari Khamis pula SMK Durian Tunggal akan masuk untuk program lasak sehari.

Jumaat pulak Fasis' Gathering and Training. Harap-harap semua fasi dan jurulatih kanan dapat datang. Yang dah confirm : Madas, Lenny, Aini, Eiha, PakMan, Cikgu Bad, Fendi, Renee, Bob, Jepun, Toyak, Muafa dan Cicadinho. Tetamu yang dah confirm Raup dan Cill. Yang lain belum dapat contact. Thanks Lenny, susah payah telefon gang semua.
Untuk Cill
Fendi nak bawak Cill ke Kem. Tolong beritahu akak kat mana dia boleh fetch Cill. Fendi bawak kereta ke Kem sebab Reneee pun tumpang Fendi. Rumah Fendi dekat Selayang.

Merajuk ...

Hari tu merajuk ... ada orang bagi lagu ni kat saya. Thank you, honey ! Mengada sungguh saya, dah tua-tua lagi nak menunjuk perasaan ! Nasib la boleh kerja di hutan ini. Patut sungguh tak layak jadik wanita profesional yang matang dan pandai menghadapi cabaran. This is the song. Double Take and written by Asmin Mudin

Mengapa kasih
Engkau membisu
Bermuram wajah tiada menentu


Mengapa kasih
Engkau begini
Sepuas hati ku cuba memujuk


Mungkinkah aku mesti berlalu
Membiarkan dan tak mengganggu
Mungkinkah aku mesti mengaku
Berlaku yang tak kau restu
Mengapa kasih


Mengapa kasih
Terus begini
Ku gerak bahumu oh berkali


Mengapa kasih
Enggan mengadu
Ku perlukan senyuman
bibirmu

Saturday, October 18, 2003

Sedih, Kecewa, Hampa ....

Bukan, bukan sebab putus cinta. Cinta saya masih berkembang subur ... harum mewangi, insyaAllah sehingga akhir hayat dan hayat selepas itu jika diizinkanNya.

Persatuan Literasi dan Kebudayaan Melayu, MMU Cyber postpone kan program mereka ke 2,3 dan 4 Januari 2004. Sekaligus menjadi tetamu pertama Kem untuk tahun 2004.

Postpone bermakna tiada group untuk weekend ni. Juga bermakna saya tidak dapat berjumpa adik-adik fasi saya : dari uitm dan kutkm yang nak lepas tension lepas exam, gang fasi mmu melaka, lenny, budak-tembams, raup dan my special fren, adik saya, cill. Hey korangs ! kita wat gathering kita jek nak ? Tapi biarlah ramai-ramai datang. Kita wat program kita sendiri. Nak tak ? Pls let me know. Iha tolong discuss dengan Fathi dan Zack. Yang lain nanti akak tepon. Kalau takleh 3 days, kita start on Saturday je ke. Ok tak ? Pujuk PakMan buat fasis' training pun bagus gak. Kita wat rakit lagi, Zack eh ? Jom, plan !

Lenny dah sampai dah. Er, Len balik Sarawak. Ni dia dalam perjalanan balik ke Jasin. Bob ambik kat tempat biasa di Plaza Tol Air Keroh.

Malam ni IKM tengah berbarbeque. PakLet ada ambik gambar encik kambing. Nanti saya tunjuk gambar tu kat sini. Nak gi tengok dak-dak IKM tuh. Bye dulu !

mama loves Rina Syahirah

Friday, October 17, 2003

Salam Jumaat
Hari ni seperti minggu-minggu lepas bersiap-siap untuk group Pertahanan Awam, IKM, Jasin, Melaka. Mereka ada BBQ Dinner. Menunya :

Salads
Timun dan Tomato
Sos Chili
Sos Tomato
Sos BBQ
Kicap Cili Api
+++
Nasi Lemak
Sambal Tumis Udang
Whole Lamb marinated with black pepper sauce
Ikan Tilapia Bakar (bela di tasik kami)
Ayam Madu
Sausage Ayam dan Lembu
Baked Potato
+++
Buah-buahan (mangga, honeydew, cantaloupe, tembikai)
Agar-agar
+++
Fruit Punch

Deepavali
Tak lama lagi Deepavali, dah buat kuih raya ? Heheh. Di Family Store, Jasin kuih-muih untuk Deepavali tengah melambak-lambak. Segala macam jenis muruku - tebal, nipis, halus, straight, curly, manis, savoury semua ada. Wah, meriah gitu. Dengan semangat muhibbahnya, tokeh FS juga memainkan lagu-lagi Hindustan pagi, petang, siang dan malam. Happy Deepavali !

Bagaimana ke Kem Lambaian Danau
Ni untuk yang tanya saya di email dan YM. Jawab kat sini je la, ye.


Kalau naik bas :
Jika nak turun di perhentian bas Melaka. Dari Puduraya boleh naik bas KL-Melaka, bas Jebat dan Transnasional. Bila sampai, give us a call (06-5297303) dan kalau ada staff/jeep/keter free, kami boleh ambil anda di Melaka. Kalau tidak, kena jalan sikit dan pergi ambil bas ke Jasin. Boleh naik bas Syrkt. Kenderaan Aziz atau M.O.S ke Jasin. Di Jasin, call lagi sekali sebab susah nak ke Kem. Kami akan ambil.
Jika nak turun di perhentian bas Tangkak.
Ni cara paling baik sebab Kem cuma 8km dari Tangkak. Naik bas Cepat di Puduraya. Tapi beritahu yang anda hendak turun di Tangkak. Ingat, remind driver/konduktor bas tu yang anda hendak turun di Tangkak. (Kalau tidak, anda akan dibawa terus ke Segamat.) Sampai Tangkak, telefon lagi (06-5297303) dan kami akan ambil anda di Tangkak.

Jika memandu (macam wkdin aritu)
Dari Lebuhraya PLUS, exit di Tol Tangkak. Belok kanan dan drive terus ke bandar Tangkak. Sampai di traffic light yang pertama, belok ke kiri lagi. Teruskan perjalanan anda hingga sampai ke sempadan Johor-Melaka. Disepanjang perjalanan anda akan berjumpa tempat belajar driving (Tangkak Driving Centre), bengkel besi Sialang Maju, jembatan kecil, Recreation Park di tepi sungai Kesang dan akhirnya jambatan besar. Lepas dari Jambatan ni, belok kiri. Drive terus hingga sampai ke Balai Polis Chinchin. Ada signboard (warna kuning) menunjuk arah ke Kem. Ikut jalan naik bukit, bukan jalan lurus. Ada lagi signbaord kecil yang menunjuk arah ke Kem. Ikut signboard tuh dan anda akan sampai Ke Kem. Pandu berhati-hati sebab jalan tidak elok dan jalan selorong. Hon bila perlu :) Telefon 012/013/016/019 boleh guna kat sini. 017 takleh, tapi sekarang 017 dah gabung dengan 012. So i'm not sure of the status. Takde gang yang pakai 017. Dari Tol Tangkak ke Kem ialah 9km.

Kepada yang nak datang, minggu terakhir kami terima tetamu ialah pada 24/10/2003. Lepas tu kami tidak menerima tetamu kerana kerja-kerja maintenance dan kami juga akan bercuti. Tetamu pertama yang masuk lepas Raya ialah Alam pada 12-14, Disember 2003. Selamat Datang ke Kem Lambaian Danau.


Convocation di UPM
Tahniah untuk Ujie Hartinie. Salah seorang fasi Kem. Dia akan menerima ijazah Sains Sukan pada hari Ahad. Tahniah Ujie ! Dari semua sekali di Kem dan nenek juga .. from the bottom of our heart kami sangat berbangga dengan kejayaan Ujie. Sayang selamanya untuk Ujie ... and Ujie .. tolong wakilkan Kem ke majlis perkahwinan anak Tuan Haji Mastor. Kucai pun dah 'diarah' untuk 'on duty' di Kolej 11 pada malam tu .. korangs pergi berdua ye ! Haji tahu yang kami tak dapat datang tapi dia mintak juga wakil dari Kem. So Ujie dengan Kucai, tolong la pergi ! Ujie ... tolong check baju Kucai :) Takut dia pergi pakai BA hitam dia tu ! Sayang Ujie ... sayang Kucai !

Thursday, October 16, 2003

Hujung Minggu Ini
Hujung minggu ini ada group dari Pertahanan Awam, IKM seramai 110 orang. Majlis Perpisahan untuk mereka. Ada BBQ dan persembahan pentas.


Kenduri dan Tahlil di Surau
Hari ni giliran keluarga kami menghantar makanan untuk kenduri tahlil di surau dekat rumah. Tiap-tiap malam Jumaat memang ada belajar agama di surau. Hari ni saya kena masak dan sebelum Maghrib kena la semua makanan tu dah ada di surau. Prepare untuk 60 orang je. Kat kampung sekarang tak ramai lagi orang muda. Dan yang pergi belajar pun ramai yang tua saja. Menu untuk malam ni : nasi minyak, ayam kurma, acar tumis dan karipap. Untuk minuman hantar je serbuk teh dan susu manis. Nanti MakLang boleh buat air di surau. Di surau kami, memang kelengkapan untuk masak dan kenduri semua siap. Tapi saya lebih suka siapkan segalanya di rumah. Tak payah nak buang masa nanti.

Untuk Adik Saya
Kenapa jadi macam ni ? Bercinta bukan bermakna adik kena kecikkan dunia adik. Sepatutnya dunia menjadi lebih besar. 2 insan saling menyayangi berkongsi dunia masing-masing. Berkasih bermakna berkongsi. Minat, kawan, keluarga, masa depan dan segalanya. I hate to see what happened to you. Takkan kerana cinta semuanya dibuang begitu saja. Menurut saja bagaikan tidak ada lagi pendirian. Dia kena terima adik sebagaimana adik. Memang lah yang tak elok itu jika gelfren tegur, cuba ubah. Dia juga kena faham diri dan minat adik. Setahun dua, boleh la bertahan. Takkan nak berlakon jadi orang lain semumur hidup ? Be a man, FIKIR !!!

Wednesday, October 15, 2003

Happy Birthday Bob

14 Oktober 2003. Selamat Ulangtahun ke 19, Nor Iqram Hasnuddin Daud. Budak kecik Kem. Yang lain semuanya dah lebih 20 tahun. Walaupun umur kecik, orangnya besar dan tinggi. 10 Oktober lalu pulak besday dak-tembams. Juga berusia 19 tahun :) Happy Birthday, happy birthday ....

Malas nak menulis ... jom tengok gambar ..


Punyalah susah nak balance ... camner la kami leh terfikir nak buat rakit macam ni .. rakit 'ala moto GP' ..


Suasana senja di Kem Lambaian Danau


Senja lagi ..


Sedang letih bergaduh dan berdayung ..


Kesian Fathi menolak dan mengimbang rakit. Fathi berenang lebih 900 metres petang tu.

Monday, October 13, 2003

Hari Menanam Pokok Bunga

Hari Ahad malam, kami satu keluarga tidur di Kem lagi. Abah memang dah ada di Kem sejak pagi. Kami je yang sampai lepas pukul 6 petang. Ahad hujan sepanjang hari. Sejuk. Hafidz dan Nadzrin tak sekolah hari Isnin. Cuti peristiwa besday TYT, Melaka. Adik ipar dapat pingat :) Entah la apa nama pingat dia. Tahniah, Lan ! Adik ipar orang besar sebuah Jabatan ni. Boss no. satu.

Malam kami dinner kat kedai Akak Sajen. Dia berniaga sampai pukul 9 malam jer kalau hari Ahad. Hari lain sampai pukul 2-3 pagi. Terutama bila Kem ada peserta masuk. Kita orang dok jer kedai dia macam orang tak reti bahse yang dia juga nak balik, nak tidur. Tu la pasal dia kekadang tinggalkan jer kita orang. Kunci dapur, balik. Suka hati korangs la, orang Kem. Muka tak malu kita orang stay la sampai bila kita orang nak. Tapi kita orang kemaskan kedai dia sebelum balik ke Kem. Pastu balik Kem, lepak lak kat port biasa, belakang kantin. Toyak ngan Jepun bukan suka. Tapi cam biasa, tak reti bahse. Kadang-kadang heran pulak, kami boleh tak tidur sampai pagi. Weekend je, hari biasa ok jer. Nak tunggu Rauf tidur sini nanti. Dia pun cam dah sayang jer kat Kem. Sama cam dak-tembams :)

Hari ni bangun awal, lepas Suboh terus merayau-rayau keliling Kem. Tunggu Jepun datang, lambat pulak dia hari ni. Jadi kami semua pergi breakfast dulu, kat kedai Aji Usop. Nasik lemak habis, ada roti canai/telur je. Kedai Aji Usop kena pergi pagi skets. Kat sini, pagi-pagi orang menoreh getah dan lepak sarapan dulu. Lepas Suboh, kedai dah penuh. Country hours. Pukul 6.30 kedai penuh. Macam ni la duduk kampung. Breakfast pun tak de waffles, juices, cereals, scrambled eggs, sunny side up eggs semua. Makan la lontong, nasi lemak, soto, kuih-muih melayu gitu.

Lepas breakfast balik ke Kem. Jepun dah sampai. Hari ni kami kena kerja keras. Tanam semua pokok yang diberi orang dan dibeli hari Sabtu lalu. Plannya dah buat awal-awal. 'Where to plant what ?'
Pokok ati-ati kat flower bed depan signboard kat pagar besar tu kami alihkan ke depan tandas. Tandas sini kan konsep tandas dalam taman :) Gantinya pokok keladi, lidah jin dan pokok yang putih-hijau (apatah nama). Nampak hijau-putih je dah kat depan. Lepas tu sepanjang luar pagar Kem hingga ke Kedai Akak Sajen kami tanam heliconias kuning.

Depan Dataran Gemilang tanam pisang derhaka. Dipanggil pisang derhaka menurut Mak Lang sebab pisang ni tak berbuah. Dia derhaka. Macam-macam. Sebelah pisang derhaka tanam pulak heliconias lagi. Kaler merah pulak. Yang ni yang bunganya memanjang ke bawah tu. Pastu buat flower bed lagi dan semaikan pokok keembung yang benihnya diambil dari rumah Mak (Mertua).

Depan tandas dah meriah dengan berbagai bunga. Ada ati-ati dan keladi. Bunga cempaka putih depan tandas puteri tengah berbunga. Wangi sungguh terutama lepas hujan. Banyak bunganya.

Hari ni sambil kami menanam bunga, Alex, Maya dan baby mereka pun menyibuk sama. Dah besar dah baby tu. Masih belum bernama. GangLasak, bila korang nak namakan dia. Bagilah nama yang unisex. Akak nak panggil pun tak tahu nak panggil apa. Maya pergi-balik kat line flying-fox dengan baby dia. Alex menyibuk la. Goyang-goyang dahan pokok nak ajak si Jepun bergaduh :)

Hari yang amat meletihkan. Alhamdulillah kerja habis gak.

Saturday, October 11, 2003

... lagi Tanam Bunga

Lepas makan kami pergi ke beberapa nursery (Jalan Muar). Nak cari anak-anak pokok bunga. Saya nak pokok-pokok keladi yang berwarna-warni. Sebab di Kem dah hijau kalau ada kaler-kaler skets, sedap jugak mata memandang. Kami akhirnya stop kat nursery ni 'Highland Landscape Nursery Trading' di Batu 9 1/2, Bukit Kangkar, Muar. Dekat rumah Mak Usu Lenny. Mamat yang layan kami ni rockers habis. Dengan cutoff jeansnya, subang penuh kedua telinga. Kiut ! Heheh ... dia bagi disakun banyak sebab tu la dia kiut :) Banyak jugak kami beli. Daun lidah jin, keladi bunga putih dan kuning, ferns, canna dan ada lagi yang dah lupa namanya. Habis membeli kami balik ke Jasin. Mak Yah (tukang masak Kem) nak bagi kami heliconias kuning dan pisang derhaka. Terus je ke rumah dia dan Jepun terus menggali anak-anak pokok tu bersama Hanim.

Mak telefon dan suruh kami balik makan. Hari ni Mak masak. Sebab dia tahu saya takkan masak benda satu ni - siput sedut. Abang beli siput sedut kat pasar malam Air Molek. Saya memang tak sampai hati nak kerat muncung siput tu. Lagi tak sampai hati nak masak dia. Hati risau jek takut-takut siput tuh belum mati, kesian kena rebus dengan cili api. Saya tak makan pun siput ni :) Aritu bersembang dengan cill, beritahu dia saya takut siang ikan hidup. Kalau dah mati tu ok, boleh siang. Kat sini pun, dah terbiasa, kami tak bunuh binatang. Last weekend masa program Educare MMU tu, balik dari 'war game' ada lipan besar. Merah warnanya. Budak-budak perempuan dah terjerit-jerit. Ada lah hero-hero yang nak pijak lipan tu. Nasib lipan tu baik, Zack dan Fathi sempat halang. Siap mereka jaga traffic lagi supaya lipan tu tak dipijak. Kadang-kadang ada anak ular. Kerja Asri, tangkap dan hantar mereka balik masuk hutan depan Kem. PakMan pesan, bukan hak kita. Jangan sesuka hati nak bunuh. Unless keadaan memaksa. Jika tak bunuh, kita pulak diserang. Setakat ni, memanglah GangLasak tak bunuh. Kucai dulu, ular tidur bawah motor dia. Dia tidur sekali tunggu ular tu blah ke tempat lain. Sekarang ni dah bina banyak bangunan semakin kurang la binatang-binatang hutan.

Alex jer noti. Dia dah pecahkan lampu depan Tapak Putera. Saje je nak habiskan duit mak-bapak la tu. Alex ni monyet kami. Kat Kem sekarang ada 2 ekor anak kucing yang dibuang orang. Comel. Nana namakan Podo dan Kodo. Senang nama unisex. Sebab tak reti nak check jantan ke betina. Puas Jepun check, dia tak sure juga. Ok la tu, sempena nama ferrets Beastmaster :)

Album Gambar
Saya dah buat album untuk program Educare, University Peer Group, MMU Melaka. Semua complain, malas nak register. Dah ada di link My Photo Pages. Tapi kalau malas nak point your mouse kat situ, sini link nya :--> klik jer

Tanam Bunga

Malam tadi kami sekeluarga tidur di Kem. Kecuali Amir, dia di asrama. Minggu ni tiada outing sebab dah nak periksa semester akhir. Hujan dan sejuk sangat malam tadi. Tidur berhimpit-himpit anak beranak.

Bangun dan selepas Suboh terus merayau-rayau sekeliling Kem. Tengok pokok-pokok herba yang Jepun tanam. Dia tanam bunga kantan, cekur, kunyit, serai dan lengkuas. Semuanya dah hidup. Aloe vera pun ada tanam juga, tapi cuma sebatang. Tak dapat anak agaknya.

Saya mencabut rumput di celah-celah pokok bunga. Habis jugak la saya kemaskan di depan Anjung. Jepun dah datang kerja dan kami berdua kemaskan pulak depan Dataran Gemilang. Nak tanam pokok bunga dekat situ. Nanti 'line flying-fox' tak lagi turun di situ. Jadik pokok-pokok bunga tidak akan mengganggu 'line breaker'. Cadangnya nak tanam heliconias (bunga sepit udang). Kami pungut batu-batu dan letak tepi tangga. Rumput semua dicabut. Habis juga kerja kami berdua.

Abang ajak pergi breakfast di Tangkak. Makan kat kedai depan Pejabat Pos. Kedai ni terkenal dengan nasik lemaknya. Taklah sedap sangat, tapi murah. Nasik 50 sen sepinggan. Sambal ambil sendiri, timun dan kacang. Lauk sambal ayam (1.50), sambal sotong secucuk 50 sen, telur puyuh secucuk 50 sen, telur goreng sebiji 50 sen. Ada jugak kaunter roti canai, roti telur dll, mee kari/sup dan sate. Harga ikut harga kampung. Peniaga dan staffnya semua staff penjabat Pos tu sendiri. Siang mereka kerja pejabat Pos, malam mereka berniaga. Kami sekeluarga dan Jepun makan tadi bilnya cuma RM 13.80 saja.

Friday, October 10, 2003

Minggu Sibuk

Minggu ni sibuk walaupun weekend ni tak ada orang masuk. Ada budget 2004 meeting. Kami berdua je la meeting. Puas gak la bergaduh ! Abang tu degil, tak nak dengar cakap saya. Heheh ! Luv ya, honey :) Semuanya kena siap sebelum akhir bulan. Lepas tu kena pulak buat program-program baru. Banyak la kerja yang melibatkan pengurusan Kem ni. Nasib baik la kami berpuasa. Sabar berpuasa jadik pemangkin supaya supaya control temper ! Tak tahan tengok Abang ni. Patutnya bila bekerja, kami rakan sekerja la. Mana la dia boleh guna kuasa veto sebagai suami. Tak aci sungguh ! Saya suka bila kami 'i dan u' jek. Best la bila gaduh. Takyah nak respect dia sangat. Dia pakai trick called me, 'honey, darling, sayang ...' Ala, wrong time and wrong place la, Abang ! Saya tak suka la, saya nak gaduh puas-puas nya. Geram tengok Abang tak nak terima proposal saya. Apapun, siap gak la kerja. Hati ni je, still rasa tak berapa best :(

Dah bulan Syaaban dah. Cepatnya masa berlalu. Hujung bulan ni, 27 Oktober ulangtahun anak sulong dan anak bongsu saya. Amir dan Nana lahir pada hari yang sama. 21 Amir ada dinner yang dibelanja oleh 'old boys' asramanya. Pagi tu jugak dia ada 'dental appointment'. Anak saya gigi berterabur, kenalah pakai 'braces'. Nadzrin dah habis exam, tinggal tunggu keputusan je. Hafidz pun tunggu keputusan UPSR keluar. Mak pulak alhamdulillah sihat-sihat saje. Dapat la dia buat puasa-puasa sunat Rejab dan Syaaban. Sihat dan dapat bangun malam berqiamullalil. Alhamdulillah. Senang hati tengok Mak sihat. Mak mertua juga masih belum sihat sepenuhnya. Dia masih risaukan abang ipar saya, Long Zul. Tapi nampak macam Long ok je, selepas beberapa treatment dan chemo, dia dah mula boleh bernafas dengan hidung. Dulu, bernafas ikut mulut. Alhamdulillah dengan dugaan ni semua. Semoga kami sekeluarga tabah menghadapi ujianNya.

Wednesday, October 08, 2003

Hasnah

BUZZ!!!
G: rauf ada tak tu?
e_ketupat: ada
e_ketupat: baru balik dr kelas
G: heheh
G: leh, tolong tak?
e_ketupat: oh apa dia
G: nak soh tolong tengok blog akak
G: akak takleh bukak langsung
e_ketupat: oo
e_ketupat: sat
G: ada new post tuh
G: thanks
e_ketupat: sat ek
G: ok
G: take ur tiem
G: time
e_ketupat: http://www.gnwidegroup.com/hasnah/hasnah.htm <-murtad
G: ada kat blog akak ?
e_ketupat's status is now "network ku syang nak kena babab ek, jgn nakal2 " (10/8/2003 4:16 PM)
e_ketupat: lom kaur2 lagi
G: takleh loading kan?
G: tak pe
e_ketupat: byk sgt gambo akak letak ke
G: akak dengar sisenah cakap dulu
G: tak de gambar
G: ada link gambar baru jek
e_ketupat: haah
e_ketupat: lambat bebenor dr biasa
G: ngada2 blogger ni kenkadang
e_ketupat: pail jer teilinga dia
G: hehehe
e_ketupat: eh pial jer telinga dia
G: kesian kan dia
G: kat dunia confuse
G: kat akhirat tau je la nanti
e_ketupat: hehehe tu la

Hujan, hujan dan hujan ....

Musim hujan lagi ! Tapi sekejap hujan, sekejap panas. Hari-hari saya dapat lihat pelangi. Semalam dengan Kaliong atas pelantar depan opis. Ingat nak capture gambar pelangi yang cantik ... berlatarbelakang Gunung Ledang tapi camera tak jumpa. Lupa, bawak balik rumah. Kalau ada rainbow lagi hari ni, InsyaAllah .. akan ambil gambarnya.

Hari ni saya mengupload gambar-gambar aktiviti rakit MMU Educare Group yang masuk last weekend. Tengok gambar mereka kat sini. Ada masa nanti nak buat link tetap. Tapi line arini, teramat la lembab. Berpuluh kali saya terdc.

Tengok gambar kat sini.

Semoga Mendapat Keputusan Terbaik

Dah mula musim peperiksaan. Selamat menjawab soalan kepada adik-adik saya di KUTKM --> Asri, Fendi, Madas, Ruddy, Adi dan Lempeng. Juga untuk adik-adik di UiTM, Shah Alam --> Kucai, Pacat dan Rosli.

Untuk anak Rasa Sanubari, Safura selamat menghadapi peperiksaan PMR dari Auntie G :) Selamat Berjaya dan doa Auntie semoga Safura dapat straight As !

Ridzwan Amir Rosli - doa Mama semoga Along dapat menjawab dengan baik dan dapat good result. I Love You !

Tuesday, October 07, 2003

Dua Anak Dara



Nadira dan Dak-tembams di Kem Lambaian Danau. Kiut Nadira !

Sunday, October 05, 2003

Malam Sabtu, Awal Pagi Ahad dan Aktiviti Ahad

Malam Sabtu
Lepas dinner lepak di office. Ada perlawanan bola antara Sabah dan MPPJ. Suka-suka, bet goreng pisang. Sapa kalah, kena belanja goreng pisang kat Kedai Akak Sajen. Keputusan nya dah tahu, kan ? Saya sokong Sabah sebab seorang Mamat pujaan ni main utk Sabah. Kena la sokong dia. Tak semua dapat tengok bola sebab kena handle aktiviti. PakLet, Fathi, Jepun dan saya je di opis. Yang lain bersama PakMan di Dataran Insan.

Tak pay attention sangat pun sebab saya tengah risau ! Sakit jantung pun ada ! Menunggu cill :) Saya lupa Cill tak guna mobile. Susah takleh nak contact. Telefon saya pulak, pakai line macam atur tuh. Tak sure apa nama dia, tapi tak de line telefon. Cuma ada 'aerial'. 2 batang aerial atas bumbung opis. Kalau hujan dan angin kuat tak de line. Jadi line sini tak bagus. Nak login ke internet pun memakan masa. Punya la slow pulak tu. Tiada jodoh dia nak berjumpa saya dan gang di Kem. Kasihan adik saya, bersusah payah pergi dan balik ke kampus nak menyelesaikan masaalah. Akhirnya dia tidur di Puduraya. Entah la tidur ke tidak. Tapi masa chat dengan dia, pukul 3 pagi dia masih di Puduraya. Nasik pun tak makan seharian :(

Masa Isya' saya berdoa agar dia selamat dan dapat beritahu saya apa jadi pada dia. Memang saya risau, teramat risau. Alhamdulillah lepas tuh, telefon berbunyi. Nurul, kawan Cill tepon. Cill minta Nurul beritahu saya dia di Puduraya, nak ke Jasin. Alahai, mana la ada bas memalam buta ni. Nak je gi KL ambik dia. Tapi tak de fasi yang senang. Semua ada duty masing-masing. Saya pulak pening kepala. Dah tua, kena hujan terus sakit kepala. Bercampur pulak dengan risau. Terus migrain. Kena hujan masa main rakit.

Awal pagi Ahad
Cill anak yang baik. Ayahnya berpesan supaya memenuhi janji yang dibuat. Dia sebolehnye nak tunaikan janji dia kepada saya. Ni dia beritahu dak-tembams yang chat dengan dia. Saya baring dan dak tembams bacakan apa yang cill dan dak tembams chatkan. Pening jugak dengan lawak dak tembams. Heheh ! Tapi dialah Aini yang sweet, yang amat menghiburkan. Bestkan cill, kita sesama penings dia buat. Dapat gak gelak-gelak. Camtu la kan, adik-kakak !

Rasa ok skets, saya pulak chat ngan Cill. Lega bila sama-sama dah memahami. Saya percaya, insyaAllah kami akan berjumpa juga nanti. Kuchik pun chat gak dengan Cill lepas tu. Saya berhenti sebab ada urusan :)

Nanti kita jumpa eh, Cill. Makan nasik, tau ! Saya tidur pukul 4 pagi. Adik saya yang di Puduraya tu, entah tidur entahkan tidak. Dah la tak makan :(

Hari ni pulak kat mana la dia. Campus ke Kedah. Semoga Cill selamat di mana juga Cill berada.

Aktiviti Ahad
Pagi ni ada aktiviti 'war game'. Biasa la, bangl* lawan indo*. Ada juga gerilya. Fasi la tu. Saya tak join. Cuma tengok dari 'kawasan perkuburan'. Ooppss lupa lak, e-Ketupat datang lagi hari ni. Seronok pulak Mamat tu kena buli ngan kami :) Dia join main 'war game'. Cam biasa, dak-dak fasi ngelat ngan memacam trick. Kesian jugak peserta. Lama-lama peserta dah pandai. bangl* join indo* dan attack fasi. Heheh. Habis 'war game' kami balik dulu. Askar-askar kena kawad dulu. Saya, Zack, Fathi, Iha, dak-tembams, Shazwan, Jek, Baizura, Cica dan Encik Shah balik Kem dulu. Stop kat kolam pancing, tengok ada orang dapat ikan besar. Ikan apatah nama dia. Lupa lak. Besar sungguh, dalam 5 kg kots. Beli ikan tu, RM 10.00 sekor. Plannya nak bakar for lunch. Tugas Zack la ni :) Dah bakar dan dah makan pun. Sedap makan degan kicap cecah power yang Jepun buat.

Pukul 1.45 Lenny dan dak-tembams bertolak balik ke JB dari Tangkak. Tiket pukul 2.00. Semoga selamat sampai.

MMU balik pukul 2.30 petang. Bas tak nak masuk dalam. Nasib la ada van MMU. Jadik dengan jeep Abang dan van la peserta keluar ke Jalan Besar. Bas tunggu di Jalan Besar. Bye Zack, bye Fathi, bye Iha ! Online conference on Wednesday. Esok jangan kacau. So, kalau ada post yang tak senonoh tu, it's not me. Dak-dak ni la. Too busy updating mine sampai sendrey punya blog biarkan gitu jek :P

Nak balik, nak tido ..... dung-dung-chey !!!!

Gelak gelak dulu

Hari ini nak balik ke Johor balik dah. Semalam? Semalam kitorg fasi2 semua bet ngan game Sabah ngan MPPJ. Kak G, Jepun ngan Cica sokong Sabah, yg lain (Fathi, Zack, Pak Let, Bob, Toyak, Eiha, Aini & Kuchik) semua sokong MPPJ. Yang paling best ialah Sabah kalah, 3-0... Kak G & the gang kena belanja kitorg yg menang bet nie pisang goreng. Heh :P, padan muka, tue lah riak sangat. :P Silap nak tukar bet bila tengok Sabah nak kalah... Isk, isk, isk... Tau tak bet tue salah??? :P

Inilah kisah nak mengenakan Kak G depan korang... Bangganya nak beritahu cerita depan korang.

Amaran
Jangan berjudi, haram... Tak reti-reti ke??? Thanks doposen... Lain kali kalah lagi, untung saya... :P

Saturday, October 04, 2003

Cerita hari Jumaat dan Sabtu

Jumaat dulu.
University Peer Group, MMU Melaka sampai hampir pukul 10.00 malam. Kami dah siap semuanya. Lambat sampai pulak. Nasib baik jugak bas baru MMU nak masuk dalam hutan malam ni. Selalunya tinggalkan pelajar di Jalan Besar. Fathi (President UPG) datang bawa peserta. Fathi juga adalah Fasi Kem kami. Sampai-sampai Fathi cerita pasal program yang baru dia ikut di satu Kem ni. Macam-macam yang dia beritahu. Apa yang dia baru belajar dan pengalaman dia di Kem tersebut.

Petang tadi Asri dan Fendi datang. Fasi kami di KUTKM tengah exam sekarang. Dia orang datang nak rehatkan minda sebentar. Asri macam biasa, pergi cari kayak slalom kesayangan dia. Puas jugak dia exercise dengan berkayak sejam dua. Fendi di opis bersama saya, meluahkan perasaan dan mengadu. Heheh !

Malam ni kami tak payah nak handle group MMU. Dia orang ada slot sendiri. Sedang menunggu lenny dan dak tembams sampai sebenarnya ni. Mereka berdua dari JB pukul 8.30 malam. Nak turun di Jambatan Tol Tangkak, tapi kami tak benarkan. Cantik muka nak turun bas dalam gelap kat situ. Dua-dua anak dara, kami bertanggungjawab atas keselamatan mereka. Suruh turun di Plaza Tol Air Keroh. Pukul 11.30 terus bersama Bob menjemput anak dara berdua ni. Fendi ikut kami sebab nak jumpa Lenny juga. Len sekarang di JB, payah nak jumpa dia. Asri ikut belakang kami dengan TZMnya. Sampai-sampai tengok Len ngan dak tembams tengah duduk kat tepi jalan. Cam kat Kem lak. Sukahati jer dok camtu ! Fendi pindah pi motor Asri dan kami semua terus ke Kem. Sampai Kem, budak-budak tu solat dan rehat-rehat sebentar.

Saya terus je soal siasat Len dan dak tembams. Lately ni, mereka asyik upset je. Nak la tahu kenapa. So unlike them. Citer-citer and gave them my advice (free je, sebab adik-adik !) :: Len & dak-tembams , ingat apa yang akak cakap tu. Please be yourself. Jangan malukan mak-bapak. Orang nak jadi tak baik, biarkan je. Kita tak perlu jadi macam mereka. Kita jadi kita, anak yang baik yang dididik sempurna oleh mak dan ayah. I'll always be here for you. Lama gak kami sembang. They were excited nak jumpa cill. Eiha pun nak jumpa juga. Eiha rajin baca jurnal tapi malas nak menulis. Tengah bersembang Zack datang. Lagilah banyak citer.

Sembang lama jadik lapar pulak. Kami ke kedai akak Sajen. Alahai dia dah tutup kedai pulak ! Perut lapar. Abang soh kitaorang gi Tangkak jek carik makan. Dia tengah layan carrom ngan gang otais kat kedai Akak Sajen tu. Taknak kami kacau la tu. Malas nak jalan pi pondok Fasi, tepon jek Bob. Ajak Bob. PakMan ngan Cica tengah layan guitar. Zack, Bob, dak tembams, Lenny dan saya terus ke Tangkak. Nasib baik ada kedai bukak dekat jalan ke Highway. Saya, Bob, dak tembams makan roti canai. Lenny makan mee bandung. Zack takmo makan sebab dah kenyang sangat makan kat Kem. Masa kami makan ni dah pukul 2 pagi. Tengah-tengah makan tengok mee bandung Len cam sedap jek. Kita orang pakat order meehoon bandung. Semangkuk share seramai. Sedap! Alhamdulillah :) Waitress kedai makan cam nak halau jek sebab dah dekat kol 3 pagi. Kita orang dah biasa kalau Jumaat malam ada nite walk, peserta balik kol 3-4 pagi camtu. So mata ok jek tak ngantuk. Last-last orang tutup lampu. Heheh ! Reti bahasa la kita orang. Bayar dan balik. Sebelum tu sempat tapaukan Abang ngan gang otais roti canai dan air minuman.

Drive balik ke Kem, bersih-bersih kan diri dan tidur :)

Pagi Sabtu, bangun tidur, solat dan terus ke dapur. Toyak dan Jepun dah di dapur menyiapkan breakfast. Pagi ni Zack handle morning exercise. Dia orang gi jogging. Lepas jogging terus ke Anjung untuk breakfast.

Hari ni saya menunggu kedatangan e-ketupat, wkdin dan cill. Semua dah berjanji nak datang. Len ke Bukit Kangkar menziarah Mak Ucu dia. Pagi ni UPG ada slot sendiri, so kami relax lagi. Saya lepak kat opis je dengan Zack dan dak tembams. Cam biasa, hobi budak-budak ni mengodek template blogger saya, so mengodek la mereka sepuas hati.

E-ketupat tepon, beritahu nak datang ! Kami menunggu la. Sekejap je lepas tu Wkdin pulak tepon, tanya direction. Heheh ! Dah nak sampai. E-ketupat sampai dulu. Dia pelajar MMU jugak, tapi MMU Cyber. Pemalu :) Sekejap je dia duduk, Wkdin pulak sampai. Alahai muda nya Mamat nih ! girl dia comelnya, kita orang geramnya tengok ! kiut nyer nadira tu ! sempat saya gomol-gomol .... hehehe. Tak panggil dia Wak sebab muda sangat. Panggil apatah tadi ? Din kot ? Upsere Nenete jek akak !Berkenalan dengan Nadira, Aidi dan wife dia yang kecil molek dan cantik. Sembang-sembang. Bawak Wkdin jalan sekeliling Kem. Kesian dia, habis kasut kulit mahal tu :)

Lepas solat Zohor di pelantar opis, Wkdin dah mula nak minta diri. Nasib baik suami dan anak-anak sampai. Sempat jumpa sekejap je sebab suami nak handle program rakit. Terima Kasih Wkdin, isteri dan anak-anak. Maaf kalau ada layanan kami kurang memuaskan. Maklum lah dalam hutan ni serba kekurangan. Kalau sudi, jemputlah singgah lagi ye ! Nanti bila senang nak uploadkan gambar Nadira atas riba dak-tembams ! Gambar Wkdin pun akak ada ! Heheh ! Leh update tak ? :)

E-ketupat pulak 'dipaksa' ikut kami main rakit. Kesian dia. Kena buli habis-habisan. Heheh. Iha dan Zack buat 'water confidence' untuk e-Ketupat dan dak-tembams. Risau gak kalau jatuh rakit dari nanti, dia orang tak tahu apa nak buat. So bagi confident dulu la.

Saya menyokong pasukan Zack & Fathi. Kali ni kami buat rakit yang lain dari yang lain. Kami susun tube tayar 2 lapis. Tube sebagai buoyancy dan batang-batang buluh untuk stability. Invention kami tak berapa berjaya ! Adoi, siksa nak naik. Lapi siksa nak balance kan diri. Bertambah-tambah siksa bila nak paddle. Kami kalah ! Tempat terakhir. Jadik mangsa kutukan je dari tadi sampai la sekarang ni :(

E-ketupat balik pukul 7 malam. Thanks ye Rauf, sudi datang melawat akak kat sini. Jika terdapat apa-apa kekurangan, jika adik-adik akak kat sini usik Rauf lebey-lebey tu harap maafkan. Kami orang kasar, orang brutal. Kekadang tu terkurang budi bahasa. Nanti datang la lagi.

Sakit Jantung Ku !
Cill, oh cill ! Cill kat mana sekarang ni ? Tepon la. Akak dah sakit jantung dah ni tunggu cill.
~~Menunggu Cill~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...