Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Saturday, July 31, 2004

Bone Shaker

Jumaat, masuk 2 grup - SMK Seksyen 11, Shah Alam dan SMK Bukit Baru, Melaka. Berjanji dengan Iha dan Bamz, akan menjemput mereka di MMU pukul 12.30 hari.

Balik dari Kem dan selepas keluarkan makanan tengahari untuk Mak, anak-anak, Pak Omar, Auntie Mariah dan Wafa terus sahaja nak ke Bukit Beruang.

Nak keluar dari rumah ke jalan besar yang sibuk perlu hati-hati. Jalan depan rumah, jalan utama yang sibuk. Tambah pula di hari Jumaat bila anak-anak sekolah dan orang bekerja balik serentak.

Semalam, semasa nak drive keluar, bapa saudara saya, Pak Omar nak masuk. Saya ketepi dulu (Rumah kampung halamannya luas) dan beri laluan pada kereta Pak Omar. Saya menunggu hingga ada ruang barulah keluarkan kereta. Sambil menunggu sambil hati berkata, budak-budak sekolah ni bawak motor laju-laju nya. Habis sahaja hati berkata, tiba-tiba depan mata ada sebuah motorsikal RXZ dengan lajunya melanggar kereta saya yang statik. Habis bumper bone shaker tua saya. Lampu sebelah kiri pun hancur. Nampak budak tu bergolek-golek dan motornya terpelanting dalam 15 meter macam tu. Dia dah rebah dan berdarah. Saya cepat-cepat keluar dan jerit pada Pak Omar minta bantu budak tu. Kami angkat dia dan bawa ke porch. Auntie Mariah bacakan sedikit jampi dan beri minum air. Pak Omar ambil motor dan saya pungut beg dia. Kaki dia berdarah sehingga seluarnya habis basah. Helmet pun habis kemek (?).

Telefon Abang yang dalam perjalanan balik ambil Nadrin dan Hafidz. Abang sampai dan kami bawa dia ke Hospital Jasin. Telefon Mak dan Ayahnya.

Doktor kata perlu di'x-ray'. Dari pukul 12 lebih sedikit saya menunggu ibubapanya sehingga pukul 1.15 belum sampai. Abang nak solat Jumaat.

Tanya-tanya lebih lanjut, rupa-rupanya kami kenal Ayah budak yang langgar saya tu. Dia pernah bekerja di Kem semasa Kem dalam pembinaan dulu. Misran namanya. Ibu dia pulak bekerja sebagai tukang kebun di SK Chinchin.

Telefon lagi. Ayahnya heboh nak bertanya pasal siapa salah, siapa betul. pasal berapa gantirugi. Alahai, anak awak ni patut dijenguk dulu. Kami suruh dia datang ke Hospital dulu. Sebab kami tak boleh menunggu. Dua-dua grup dalam perjalanan. Rasa nak menangis saya. Mana risaukan Salihin (nama hero cerita ini) yang kesakitan, mana menunggu ibubapanya yang tak sampai, mana sedih bone shaker kesayangan saya dah dented gitu, mana sedih rekod dari umur 18 tahun memandu tak pernah accident dah pecah ....

Akhirnya terpaksa Salihin kami tinggalkan keseorangan di Hospital. Tinggalkan juga nombor telefon kami kalau apa-apa.

Sepanjang malam semalam menunggu berita dari keluarga Misran. Ida dah telefon banyak kali suruh buat repot polis. Hero tu gagah bawa motor, tapi lesennya tak ada. Kesian pulak. Lagipun bone shaker dah dihantar ke bengkel. Kata Ah Tuck tak sampai RM 400. Tukar bumper local dan lampu local. Bukan ori.

Nanti sambung ... SMK Bukit Baru nak pergi jungle tracking sekarang. Saya kena jaga check point 11 dekat sungai. Air dalam, kena bawa BA.

Thursday, July 29, 2004



Bukan demam Akademi Fantasia. Demam betul-betul. Teruk jugak demamnya - the whole package lak tu, dengan sakit kepala, badan sejuk bila malam, batuk teruk, runny nose dan segala.

Makan ubat dan tidur sahaja. Tak produktif langsung.

Mungkin demam ni akibat dari berhujan masa grup UKM dulu kemudian berhujan lagi masa grup Dang Anum. Tak cukup tidur, tak cukup rehat pun iyer. Tambah lagi terlebih-lebih makan rambutan, durian, manggis dan langsat. Mak pulak ada buat manisan favourite - wajik durian. Makan sampai tak ingat dunia. Sekarang, tanggunglah akibatnya.

+++++++++++++++++++++++++

Syarikat kami dapat berita baik - Alhamdulillah. Nantilah bila semua dah confirm betul-betul, akan dikongsi berita baik tu :) Apapun sangat bersyukur pada rezeki yang Allah swt berikan kepada kami.

+++++++++++++++++++++++++

Anak-anak. Dah sampai musim exam lagi. Semua sedang bertungkus lumus belajar untuk dapat keputusan terbaik.

Hal mengaji dan fardhu ain juga bagus. Ustaz baru ni rajin dan tegas. Tak boleh nak main-main. Dengan Ustazah Wani dulu mereka main-main lebih. Ustaz Murad, satu salah pun tidak boleh beralih. Mak dan Mak Lang pun mengaji sama. Pun tidak dapat beralih kalau salah.

Mak suruh saya mengaji sama sebab Mak cakap kalau salah tajwidnya, makna jadi lain. Rasa macam nak cari Ustaz lain jer dan mengaji di Kem. Lecehlah, kalau anak-anak gelakkan :)

+++++++++++++++++++++++++

A very busy weekend ahead

Hujung minggu ni akan melayan 2 grup - SMK Bukit Baru, Melaka dan SMK Seksyen 11, Shah Alam. Adalah dekat 300 orang di Kem minggu ni.

Pak Man akan jadi Kem Komandan untuk SMK Seksyen 11 dan Pak Let untuk SMK Bukit Baru. Ramai fasi minggu ni - Bob, Abob, Kucai, Azlee, Asri, PakDi, Fendi, Iha, Bamz, Raup, Ruddy, Toyak, Muafa, Adi, Azim, Cikgu Nazri, Cicarudin dan Khalid.

Pak Haji seperti biasa dengan gengnya - Jepun, Sham dan Ekor Putus (sapa nama sebenarnya mamat ni ?).

Hari Ahad lagi ramai sebab Saiful dan geng KUTKM ada Klinik Kayak.

Selamat Bekerja !

++++++++++++++++++++++++++









 Posted by Hello

Monday, July 26, 2004

Dang Anum di Hujung Minggu

SMK Dang Anum masuk pada Sabtu pagi. Tak ramai pun, 40 orang pengawas sekolah dan 5 guru sahaja. Yang pasti, cikgu saya semasa sekolah menengah dulu, Cikgu Normi pun ada. Masih muda, masih cun melecun macam dulu walaupun anak-anak dah dua orang ke universiti.

Programnya ringkas. Pagi obstacles-run dan petang war game. Malam pula buat malam persembahan. Fasi pun tak ramai - Geng Chinchin sahaja. Ahad pula sessi ceramah-ceramah. Lepas makan tengahari, pulang ke sekolah.

+++++++++++++++++++++++++

Rafiqeen yang kiut !
Hari Sabtu. Wak Din dan keluarga - isteri Noor, anak-anak Aidi, Nadira dan si-comel Iqi datang ke Kem. Sorrylah Wak, tak dapat nak ajak makan tengahari. Kami makan mee sahaja di Kedai Akak Sajen.

Puas juga kami suami isteri 'mengerjakan' si Iqi yang comel. Kiuts sangat ! Mulut pulak bising, macam-macam cerita sembang dengan kami :) Last-last lelap, kena angin tasik. Kesian kat Aidi tak dapat swimming, kena mandi air paip sahaja ! Lain kali :)

Tak dapat nak sembang sangat dengan Wak Din. Sama-sama penat. Dia cam letih sahaja dan saya, memang letih !

Thanks Wak, sudi ke Kem. Orang lain dah tak ingat jalan ke Kem :)

+++++++++++++++++++++++++

Hari ni, bak kata si-Raup 'busy giler'. Esok ada lawatan 'BM'. Kalau ada rezeki, alhamdulillah :)

Di luar tu, semua tengah kerja keras. Jepun potong rumput dan yang lain menyapu dan berkemas. Tak cuti kami semua hari ni.

+++++++++++++++++++++++++

Beberapa malam lalu, classmates semasa sekolah di Shah Alam dulu datang melawat kami. Datang kol 12, balik pukul 2 pagi. Heheh. Cam zaman muda-muda dulu jer. Kalau tak kol 2 pagi, tak balik bilik lagi. Lama, lama sangat tidak berjumpa. Kali terakhir 10 tahun lalu semasa kami bawa anak-anak pi Genting Highland. Alhamdulillah kawan kami, Wak Jay sekarang Vice President kat divison yang penting kat syarikat dia. Zack pun 'orang paling besar' di syarikat dia.

Anak-anak mereka pun dah besar-besar. Anak WJ dah darjah 4 dan anak Zack dah darjah 2. Tapi dia orang jeles juga sebab anak kami dah Tingkatan 3 :)

Bila ek, kita nak buat reunion besar-besaran, berkumpul dengan anak-anak sekali.

++++++++++++++++++++++++

Busy ah, chow dulu !

Sunday, July 25, 2004

Thursday, July 22, 2004

Matahari Tersenyum

Sedari hari Isnin hingga semalam, hujan turun lebat. Langsung tak nampak Gunung Ledang. Pagi Jumaat yang mulia ni, bila sampai dan lihat matahari menerangi tasik, terasa indahnya dunia ! Seakan matahari tersenyum riang, rindu nak menyinari alam lagi :)

Hutan masih basah dihujani malam tadi. Burung ayam-ayam berlari keluar bermain di lopak-lopak air, burung murai beranak kecil 3 ekor yang bersarang di tiang pentas Dataran Insan juga keluar dan berbunyi riang. Suasana jadi seperti biasa. Saya gembira dengar burung-burung berkicauan. Jalan ke jeti belakang, air tasik naik dan sedikit sahaja lagi, jeti akan tenggelam.

Di tengah-tengah tasik nampak Tok Alip dengan perahunya sedang memeriksa jaring. Hujan-hujan begini, ikan banyak tersangkut di jaring. Semalam dia dapat banyak dan dia jual sekampit ikan RM 5.00. Ada bujuk, haruan ketutu, tapah (kecil), merah mata dan patung.

Jaring Din yang dipasang dekat tempat air tasik mengalir ke sungai lagi banyak ikan tersangkut. Semalam Din dapat 17 kilo. Puas satu kampung makan, beli dari Din.

Jepun memancing juga semalam, dan dapat ikan bujuk yang besar.

+++++++++++++++++++++

Pagi ni saya mencuci cadar-cadar chalet. Jepun dah sudah repair jeti depan rumah kayak. Raup baru hari ni bekerja, bercuti 2 hari sebab demam.

Minggu ni Jepun dan Raup diberi cuti 2 hari. Sebab penat sangat pada hujung minggu lepas. Ahad lepas, habis kerja pukul 10.30 malam. Tak per la, Kolej Dato Onn punya pasal.

++++++++++++++++++++++

Hujan-hujan pun, tidaklah kami duduk diam sahaja. Dalam hujan, berwindbreaker dan baju hujan kami selesai memindahkan semua khemah ke setor belakang Anjung Kelana. Kini setor tersebut jadi tempat menyimpan barang-barang 'camping'. Setor sebelah pejabat jadi tempat simpan mesin rumput, blower nak pam boya dan segala benda yang sewaktu dengannya. Misteri almari hilang di pondok Fasi tu pG, bukanlah hilang tapi dah diekspot ke Setor Anjung.

+++++++++++++++++++++++

Akademi Fantasia. Minggu ni bolehlah tengok. Minggu lepas saya, Iha dan Bamz beria-ia nak mencuri tengok, tapi tak berpeluang. Budak-budak lelaki Kem tak suka tengok dan gelakkan kami sebab pada mereka tengok benda bodoh-bodoh. Sukahati kita oranglah !. Kami bertiga satu kepala dan mahu 5 orang ni ke Final : Zahid, Linda, Bob, Farah dan Adam. Adam ganti Zarina. Kalau dulu nak Zarina. Tapi dia dah terkeluar.

Eh, apa ? Kenapa bukan Kaer ? Oh, mamat tu nyanyi tak best. Mendatar jer. Semua lagu buat style RnB. Dan paling penting, dia baik. Muka dia, muka budak baik teramats. Kita tak sker mamats yang baik, kan Bamz? kan Iha ? Hehe.

Jangan marah ye peminat Kaer :) Gi Adundi Kaer bebanyak :)

++++++++++++++++++++++

Hujung minggu ni hari konvokesyen Bamz dan Lenny. Bamz tak nak pergi, dia boikot konvo dia. Tak dapatlah kami nak menyibuk sama kat MITC tu. Tapi ini ada pesanan untuk kawan baik Bamz, Mr. Terry B : JANGAN LUPA BELI BUNGA DAN COKELAT !!!

kuchai oh kuchai... [+] budak-tembam yg tulis [+]

[+] budak-tembam yg tulih.. [+]

maafkan kiranya post aku kali ini mengganggu kalian. tapi berita ini terlalu sukar untuk aku simpan seorang diri. aku bukannya mengikut langkah sesiapa untuk 'post' benda ini di sini, tapi, aku memang nak, nak sangat² berkongsi dengan kalian semua, terutama sekali, warga kld.

hasilnya, aku print screen dari nedstat aku dan tampalkannya pada blog ini untuk tatapan dan gelakkan kita semua. =)  

...klik gambar utk view yg lebih clear...
 

kuchai, oh kuchai. ade ker orang search nama ko kat yahoo?!
huh~ klako sungguh! 

wakakakakakkakakakak =D~ *gelak golek golek* 

Promosi Kucai Lagi (berbaju gantung dengan tee kaler oren, dikelilingi oleh aweks ukm)

Posted by Hello

Leftenan Muda, pelajar architecture UiTM, Shah Alam. Masih bujang dan sangat hensem. Kepada yang ingin berkenaln silalah datang ke KEM LAMBAIAN DANAU. Terima Kasih

Wednesday, July 21, 2004

Kolej Dato Onn 3

Ahad


Caterpillar Walk


Pagi ni ada senam pagi.

Selesai semua, baru menghadap hidangan Pak Haji. Pak Haji masak meehoon pedas, meehoon tak pedas dan nasi goreng. Peserta baik, Pak Haji rajinlah masak macam-macam. Minggu ni sambal belacan dia pun berjenis-jenis, letak binjai, letak bacang, letak mangga .. macam-macam ada ! Lawan dengan ikan masin bulu ayam (ker bulu burung ? kita tak reti lah bab ikan masin nih !)

Aktiviti pagi ni buat rakit dan kemudian berakit.

8 rakit dan sebuah rakit fasi+fellow. Ada masa satu jam lebih untuk bina rakit. Bahan-bahan binaannya - buluh panjang, buluh pendek, boya dari tiub tayar dan tali rafia. Peserta juga diberi 5 helai BA, 4 pendayung dan sebatang buluh.

Berbagai jenis rakit yang dibina. Saya pusing-pusing tengok kat semua kumpulan. Sambil tu mengajar apa yang patut.

Rakit fasi dibina dalam Anjung Kelana. Arkiteknya - Kucai (pelajar architecture UiTM), Muafa (bekas pelajar architecture UTM) dan Khalid (bekas pelajar architecture Univ of Arizona). Yang lain-lain (bakal-bakal engineer - Asri, Azli, pG, Bob, Iha dan orang IT - Bamz dan Raup) sebagai pembantu. Fellow-fellow juga membantu. Tapi rasanya, universiti dalam Malaysia punya sukatan lebih baik. Budak yang sekolah kat sekolah mat salleh tu hancurs, mengikat pun tak reti ! Er, lupa pulak Ketuanya Pak Man. Dia ajar semua orang mengikat dengan cara betul. Maklumlah, Pak Man kan Pandu Puteri Pengakap.

Pukul 9.30 pembinaan tamat.

Semua rakit dipikul ke jeti belakang. Kesian Kucai, dia nak mengangkat sama. Fasi yang lain angkat tinggi-tinggi, manalah mamat ni sampai. Terjerit-jerit dia Oi, tangan aku tak sampailah ! Last-last dia jadi tukang angkat paddles dan BA sahaja dengan Bamz dan Iha.

Tapi semua orang sayangkan Kucai. Siap buat paddle khas untuk Kucai. Kalau orang lain punya 3 kaki setengah, Kucai punya tak sampai pun 3 kaki. Muafa tulis kat pendayung tu Untuk Kucai, Zack dan Jepun sahaja. Comey sangat pendayung kecik tu !

Pertandingan rakit 3 pusingan.

Cica dah ikatkan bendera merah baru di sekeliling 800 meter tu. Dari jauh senang nampak.

Dahlah air tasik naik melimpah-limpah, angin pula bertiup agak kuat. Berombak-ombak tasik. Untuk fasi, keadaan ni lah paling mereka suka. Mencabar. Kesian dekat peserta, banyak rakit yang tersasar hingga ke Kebun Pokok Pisang. Onn Jay sempat gi menoreh kejap, kots ! Jangan marah ye Arash :)

Semua rakit turun serentak kecuali rakit Fasi+Fellow. Biarkan semua berlepas, 5 minit lepas tu barulah rakit fasi turun.

Pusingan pertama rakit - Asri, Khalid, Along Yusof, Na Fellow dan Toyak (tolak buluh).

Pusingan kedua - Raup, Azli, Saiful Fellow, Is Fellow dan Bob (tolak buluh).

Pusingan ketiga - Kucai(kayuh pakai paddle comey dia), Pak Let, pG, Sally Fellow dan Muafa (tolak buluh).

Rakit Fasi+Fellow menang. Mereka sampai pada masa rakit-rakit lain baru nak bertukar giliran.

Tapi memanglah kena menang, kan ? Manalah nak letak muka kalau fasi kalah. Aktiviti berakit memang antara aktiviti kesukaan fasi. Kesian Iha dan Bamz, tak dapat nak berkayuh bersama sebab dah cukup orang. Iha, terror berakit, dia pernah memudik Sungai Nenggiri 4 hari 3 malam berakit.

Ada rakit yang boya pecah, ada yang jatuh tasik dan macam-macam lagi. Semoga semua jadi kenangan manis selamanya.

Encik Helmi (Pengetua Kolej Dato' Onn) dan isteri sampai untuk lihat semua rakit sedang dibuka.

Makan-makan lagi !


Durians lagi !



Solat Zohor dan Jama's Asar.

Pukul 2.00 petang - aktiviti 'War Game'. Tak tahan tengok air banyak, fasi-fasi minta kebenaran Pak Let untuk bermain sama. Team mereka di panggil Team Talib Ban (sengaja salah eja).

Pak Man, Iha, Cicadinho dan Sham jadi pengadil bersama. Dengan muka berconteng lumpur dan lagu Barisan Jalan, semua berkawad ke Medan Perang.

Undang-undang berperang - Jenderal kena bukak baju, peluru ialah telur sahaja dan cara balingannya tidak boleh angkat tangan. Tidak boleh nampak dada. Bila Jenderal mati, semua anak buahnya akan mati sama. Orang mati dimestikan duduk di tanah perkuburan.

Harta yang jadi rebutan ialah sebotol air bewarna merah.

Team Talib Ban, jenderalnya Pak Let. saje je bebudak ni nak orang tengok perut boroi laki aku. Team ni tak boleh ambil air, cuma boleh membunuh sahaja. Mereka bunuh lepas seorang, seorang Jenderal sehingga habis semua orang mati.

Bila dah pusingan ketiga, team-team lain pakat untuk bunuh Jenderal Talib Ban. Masa ni, Jenderal Talib Ban ialah Kucai (Pak Let dah tak tahan kena attack). Bayangkan Kucai dikejar oleh semua Jenderal. Dengan lajunya dia merangkak sampai dia 'hilang'. Risau juga kami bila tengok Iha dah panjat pokok cari Kucai. Cica pun terjerit-jerit panggil Kucai. Tiba-tiba jer dia dah ada. Huh !

Selesai berperang, berkawad balik ke Kem.

Main reflextion pulak.

Mandi-manda dan minum petang. Bubur durian lagi !

Berkemas untuk pulang.

Makan malam lepas Maghrib dan Upacara Penutup.


Bergambar di Jeti Belakang Semasa Sunset



Pukul 10 malam semua sekali pulang ke destinasi masing-masing. Insan terakhir yang meninggalkan Kem pada malam tu ialah Asri dan Azli.

Minggu yang sangat penat tetapi seronok. Masa sampai kat rumah rasa macam nak tidur sahaja dan hari Selasa baru bangun !

Thanks for ur hardwork guys - Pak Man, Asri, Kucai, Bob, Muafa, Cicadinho, Iha, Jepun, Sham, Pak Haji, Bamz, Toyak, pG, Raup, Azli, Along Yusof dan ma best fren, Khalid :)

Penat, tak cukup tidur (akak tahu malam hari Sabtu tu korang semua tak tidur sebab kerja-kerja rescue peserta), banyak kerja kena buat tapi bila semua orang sama-sama buat, buat dalam keadaan ceria dan bergurau senda - seronok juga akhirnya ! Thanks Kucai, Toyak dan Bob sebab buatkan suasana ceria sentiasa. Tahniah juga pada Raup sebab .. dia sudah jinak .. !.

Terima kasih sekali lagi guys !

Jutaan terima kasih juga untuk Kolej Dato' Onn dan Pengetua Encik Helmy kerana sudi jadikan aktiviti ke Kem Lambaian Danau sebagai program tahunan. Kumpulan ini adalah kumpulan keempat ke KLD. Thanks Saiful, Is, Sally, Na, Arash, Fadzir dan lain-lain.

Kita jumpa lagi tahun depan !

+++++++++++++++++++++++++++

Semua gambar-gambar lapuran perkhemahan Kolej Dato Onn Satu, Dua dan Tiga dari
Kolej Dato' Onn Fotopages yang diambil oleh Saiful. Thanks, Saiful.

Anda juga boleh baca lapuran dari fasi-fasi Kem Bamz dan pG

Monday, July 19, 2004

Kolej Dato Onn Dua

Sabtu

Tiada senam pagi. Masih hujan. Pagi ni sarapan nasi goreng dan mee goreng. Sedapnya makanan dan minuman semua tengah panas-panas.

Fasi beri lapuran malam tadi. Rupanya Asri, Kucai dan Bob tidak tidur sampai ke pagi. Mengejutkan peserta dan mengatur tempat tidur mereka. Mengawal keadaan Kem. Dalam hutan, manalah tahu ada pokok rebah atau dahan patah.

Alhamdulillah, pukul 8 pagi sewaktu kami mulakan aktiviti, hujan telah berhenti. Confirmed, mesti tak de seorang pun di Kem yang mandi pagi ni :) Kecuali Pak Haji (heheh). Sejuk, bebs !

Pagi ini ada 3 aktiviti - water confidence, obstacles-run dan berkayak. Pak Man, Muafa dan Bamz mengendalikan aktiviti water confidence. Memang team Pak Man ni.


Air tasik naik, jeti hampir tenggelam !




Berkayak di safari dikendalikan oleh canoeist kami, Asri dan pG.

Saya mengendalikan pertukaran aktiviti, melepaskan peserta obstacles-run dan menjaga masa. Saya tidak boleh silap di sini. Kalau tidak teruklah kena marah dengan ketua-ketua aktiviti.

Selepas saya melepaskan peserta obstacles-run, Cica akan menjaga mereka berjalan tepin tasik, masuk ke lopak air, monkey-rack, balancing dan menyerahkan mereka kepada Iha yang menjaga 'tangga dalam hutan'.

Iha akan bawa mereka berlari tepi gaung kemudian merangkak bawah dawai, lari atas batu-batu dan terus ke pilot splash.

Di pilot splash, Pak Let menolak peserta turun (gelongsor sepanjang 30 kaki) dan di bawah Khalid dan Toyak menjaga keselamatan peserta. Minggu ni aair terlalu dalam dan kami sediakan float untuk menyelamat. Toyak dan Khalid pakai BA. Selalu lumpur sahaja, tidak bahaya. Fasi-fasi Kem panggil kawasan ni 'Mudway Lagoon' :)


'Rock Climbing'



Selepas turun 30 kaki ke bwah tentulah kena naik semula. Tak de tangga, perlu panjat batu. Rock climbing, natural .. bebs ! Cuma berbekalkan satu (alahai .. apalah penjodoh bilangan untuk tali ?) tali dan sokongan rakan-rakan, peserta kena panjat ke atas. Raup menunggu di sini untuk tugas selanjutnya.

Berlari pula menyusuri tayar-tayar dan ke tebing tasik. Raup serahkan peserta kepada Kucai. Kucai bertugas di kawasan Lake Crossing tempat kami bela lintah. Di sini, peserta kena menyelam dan membersihkan diri dari lumpur-lumpur 'Mudway Lagoon'. Jangan bising-bising dan komplen banyak sebab Kucai akan denda hisap batu, periuk kera atau apa sahaja yang terlintas di fikirannya ketika itu.

Naik semula dan Bob menunggu di 'Lubang Gelap'. Dekat sini lagilah takleh bising, sebab kawan-kawan kami sedang tidur. Ini adalah kawasan hutan Kem Lambaian Danau. Keluar hutan, perlu pula merangkak dalam tayar. Lari lagi dan saya menunggu di Dataran Insan untuk peserta terakhir meletakkan tangannya atas tangga untuk mencatit masa. Onn Jay menang pertandingan ini. Tahniah, Onn Jay !


Ni bukan Onn Jay, ni kumpulan Zaaba. Yang pakai tee tulis Psych tuh ketua mereka, Joe aka Hero Tamil :)




Seronok semua orang dan aktiviti habis tepat pada masanya. Bersih-bersih badan, tukar baju kering dan semua menghadap hidangan Pak Haji. Pak Haji suka grup minggu ni - semua licin !

Selesai solat Zohor dan jama' Asar, peserta bersiap untuk aktiviti 'Triathlon' - kayak, berbasikal, caterpillar walk dan kayak lagi.

Sebelum pergi bertanding perlu selesaikan banyak masalah. Main dam ular, leraikan tali, habiskan puzzles dan juga bina bangunan.
Soalan yang Bamz buat agak mencabar.

Berakit sekumpulan ke Pulau Kapas
Berkayuh bersama jangan culas
Jadikan kertas sebagai asas
Bata utuh dijunjungi kertas


Banyak kumpulan tak dapat jawab sehingga lah kami tolong. Ni Iha, Muafa dan Ruddy belajar sewaktu dihantar kursus Permata Kasih hari tu.

Selesai pertandingan. ( Onn Jay menang lagi :) ) Semua ke Anjung Kasih untuk minum petang. Pak Haji bagi kami makan bubur kacang dengan durian. Sedap, Pak Haji.

Peserta diberi masa untuk berlatih. Lupa lak, malam ni malam persembahan. Tajuk persembahan telah diundi malam semalam lagi. Semua orang kena tunjuk bakat ! Tu yang berlatih tu.

Malam Persembahan

1. Dato' Bahaman. Berlakon/menyanyi lagu atau filem P. Ramlee. Mereka campuraduk kan semuanya. Tapi kami faham juga. Huh, tak tahan tengok 'gadis' yang kena culik tu. Comey mu, Safiyyah !

2. Za'aba. Pemenang. Tajuk yang mereka dapat
'Seni dari India -Hindustan, Tamil dan Bangra'. Persembahan yang paling kami enjoy. Joe nyanyi lagu Hindustan tapi tariannya hip hop ada, bersenam ada .. best sangat ! Backing dancers dan pelakon-pelakon semua bagus. Very the hindustan gitu !

3. Mat Kilau. Lakonan iklan. Pengacaranya seronok sangat sampai masa dah terlebih-lebih. Tapi kelakar !

4. Onn Jay. Drama bisu. Patutnya buat drama tanpa suara. Tapi mereka buat drama yang dilakonkan oleh 'orang bisu'. Hadui, cam nak pengsan kami gelak. Tak tahu lah sengaja atau memang tak faham soalan.

5. Yap Ah Loy. Budaya Sabah dan Sarawak. Yang ni saya suka. Mereka mencuba dengan baik. Berlatih menari dengan buluh.

6. Burhanuddin Helmy. Malaysia Idol. Amboi kamu, mengutuk tak hengat !

7. Mad Salleh. Citrawana Malaysia. Yang ni nak komplen sikit - Encik Helmi, students Encik Helmi tak dengar radio ker ? Tak reti nak nyanyi.

8. Tun Sri Lanang. Opera Cina. Sangat kreatif. Sangat menghiburkan.

Peserta-peserta kreatif dan rajin. Pandai pula tu, ke dapur pujuk Jepun dan Sham bagi pinjam alat muzik periuk, pinggan dan segala macam alatan. Pelakon opera Cina pinjam mekap juga dari orang dapur juga. Pakai sirap untuk merahkan pipi. Hasilnya, pipi merah sampai balik !

Fasi juga buat persembahan.

Fasi-fasi juga dilatih untuk 'public speaking'. Minggu ni giliran Bamz. Dia kena ajar peserta nyanyi lagu 'Babes KRU'. Kucai mengajar peserta 'tepuk'. Tepuk sahabat, tepuk Pak Let hensem, tepuk agak-agak dan tepuk terima kasih.

Kami dalam peringkat mengajar fasi-fasi. Suka bila tengok mereka telah berani bercakap dan pandai mengendalikan aktiviti. Nak pandai kena rajin. Bukan kata nak belajar tapi tidur bila kawan-kawan semua bekerja, makan bila kawan-kawan bekerja. Belajar curi tulanglah tu, kots ?

Untuk lapuran lain, baca sini --> Bamz, pG dan Saiful (fellow). Boleh juga tengok gambar di Kolej Dato'Onn Fotopages

Esok sambung tulis aktiviti Ahad ..







Kolej Dato Onn Satu

Kumpulan kedua pelajar baru yang menjadi warga Dato' Onn, UKM, pula datang untuk Program Perpaduan Pelajar.

Jumaat

Ambil Amir dari sekolah, lepas tu ke MMU untuk ambil Iha dan Bamz. Payahnya nak hubungi Bamz sebab minah tu, mobilenya rosak ! Kami pula tidak simpan no. telefon apartment dia. Iha cerdik, telefon Lenny di Cyberjaya dan dapatlah jua akhirnya nombor telefon Bamz.

Ambil Iha di rumahnya dan terus ke apartment Bamz, ambil Bamz.

Kami lunch di rumah. Mak masak banyak sebab tahu Iha dan Bamz nak makan di rumah :)

Ke Kem. Ada kerja-kerja akhir yang perlu disiapkan. Minggu ni kami soalan dengan pantun. Maka berpantun-pantunlah kami. Tengah sedap mengumpat, Jepun datang pejabat. Beritahu Sham dah sampai Tangkak. Janji nak ambil Sham di Kedai Mamak. La, lupa pulak nak tanya Jepun Kedai Mamak yang mana. Berpusing-pusinglah kami mencari 'Sham kami'. Huh, hensem pulak hari ni ! Tu yang tak perasan tuh :)

Budak lelaki Kem, bila mereka ramai. Mereka akan buli kami orang perempuan teruk-teruk. Jadi bila cuma ada Sham seorang, kami bertiga pula buli dia teruk-teruk ! Takut dia :) Lenkali Sham, kalau dengki kami lagi - bawak ko masuk kelapa sawit !

Sementara menunggu UKM sampai, lepak di dapur. Makan durian :)

Lepas menyibuk di dapur, hajat hati nak pergi mengacau Akak Sajen. Belum tertunai hasrat, UKM dah sampai. Kali ni mereka naik bas kilang biskut universiti yang bewarna biru. Selamat Datang Lagi, Warga Kolej Onn !

+++++++++++++++++++++++++++++

Taklimat dan undang-undang Kem. Memungut barang-barang larangan dan barangan berharga. Ada juga yang degil, yang tak nak serah. Kami pungut barang berharga untuk kami simpan di tempat selamat. Habis camping, ambillah semula. Tak siapa pun ingin pada gelang, rantai dan cincin emas anda. Ini tidak mahu serah, bila aktiviti karang, barulah nak suruh orang itu, orang ini tolong jagakan.

Malam. 'Ice Breaking'.

Pembahagian kumpulan. Dibahagikan kepada kumpulan Dato'Bahaman, Mat Kilau, Yap Ah Loy, Mad Salleh,Tun Sri Lanang, Burhanuddin Helmy, Onn Jaafar dan Zaaba. Seperti kumpulan-kumpulan terdahulu, mesti tak suka dapat nama kumpulan Onn Jaafar. Kawan-kawan akan panggil Kumpulan 'Jaa**f Onn'. Fasi-fasi baik, kami panggil kumpulan 'Onn Jay'. Baru ganas sikit bunyinya, kan ?

Perlantikan 'Penghulu Program'. Ramai yang bertanding untuk jawatan ini. Calon-calon dibenarkan berkempen selama 30 saat :) Kami ramai-ramai mengundi. Akhirnya jawatan itu milik Benny. Tahniah Benny, bangun pukul 5.30 pagi, kejutkan kawan-kawan solat Suboh dan juga menjadi pembantu Kem Komandan.

Ada juga sessi nyanyi-nyanyi. Tak nyanyi lagu-lagu patriotik sangat. Layan pop, bebs !

Jepun bagi semua orang makan biskut pingpong bercicah nescafe panas.

Aktiviti sebelum tidur, 'night walk'. 'Night walk' malam ni sungguh mencabar. Kami ikut track hutan, ke tapak 'war game', ke 'mini canyon' dan ke tokong Cina. Berkumpul depan tokong Cina sebelum balik ke Kem berdua-dua.

Balik ke Kem dan 'head count' dulu. Manalah tahu kalau ada yang sesat ker.

Tiba-tiba hujan turun. Lebat ! Ada peserta yang tak tidur dalam khemah, tidur di Anjung Kasih dan surau.

Esoknya bila bangun, air tasik naik banyak. Jeti belakang hampir tenggelam dan jeti depan cuma tinggi lebih kurang 3 inci dari paras air.

esok .. lapuran hari Sabtu :)

Friday, July 16, 2004

Kabus Lagi !

Pagi ni Kem dikelibuti kabus pagi. Kabus agak tebal, setebal kabus di hatiku. Semalam sedih,  menangisi pemergian Atiqah yang comel. Tahu tentang ketentuan Allah swt. Tapi dok terkenang kedua ibubapa yang sangat mengharap. Juga terkilan dengan kerenah birokrasi bodoh milik 'orang gaji kerajaan'. Tidak perlu menulis panjang pasal tu. Semua sudah sedia maklum tentang keadaan yang menimpa keluarga Atiqah. Sudah termaktub begitu nasibmu, sayang ! Al-Fatihah ..

++++++++++++++++++++++++++++++++++

Dalam sejuk pagi, ke pasar Tangkak bersama Raup dan Jepun, ambil barang-barang yang di'order' semalam. Selesai semua pada pukul 7.45 kami pergi bersarapan kat warung depan surau. Pukul 8.30 kami telah sampai semula di Kem. Muafa, Toyak dan Cica sedang menghabiskan buat 'paddles' untuk rakit tu. Kerjanya rumit, masih ada dalam 12 batang lagi belum siap. Kami ada beli kuih untuk mereka, Jepun masak air untuk buat air. Dah siap karang, bolehlah mereka minum. Kerja-kerja akhir sebelum group masuk dah selesai, kecuali kupas bawang . Tu bahagian Pak Haji :) Oh, ada lagi sikit - soalan jungle trekking. Itu bahagian budak-tembamz. Biarkan dia yang siapkan :)  Selepas solat Jumaat nanti, semua akan mula berkumpul. Kucai sahaja yang lambat sedikit sebab dia dari UiTM, Shah Alam. Tapi pun, dia menumpang bas UKM. Sampai sama-sama peserta lah nanti.

+++++++++++++++++++++++++++++++++

My sis, Ida telefon. Encik Azhar, yang bertanya pasal pearl tu (dalam guestbook saya). Adik saya akan balik ke Sabah mungkin pada minggu kedua bulan Ogos. Sekarang masih bersibuk dengan 'renovation' rumah dia. Habis sibuk nanti, dia akan hubungi Encik Azhar :)  Juga pasal pearl. ZZ pun telefon minta Ida datang jumpa dia. Tahulah ZZ kalau telefon. Dengan suara kuat dia menjerit-jerit, dengan lembut dia. Tambah lagi dengan 'side stories' yang saya tak tahu hujung dan pangkal. Lepas sibuk nanti, tolonglah Ida .. balik jumpa Mamat ni!
Pasal business juga ni. Sesiapa yang nak jual tudung dari Indonesia. boleh hubungi saya dengan meninggalkan email add atau no. telefon anda di Guestbook saya. Harga dari RM 15.00 hingga RM 80.00. Style terbaru. Siap dengan batu-batu, renda-renda dan segala mak-neneknya. Kami import terus dari Indonesia. Jom, cari duit raya :)

+++++++++++++++++++++++++++++++++ 
 

Thursday, July 15, 2004

Lepas Hujan

Saya suka suasana lepas hujan.

Malam tadi hujan lebat. Pagi ni bila sampai ke Kem, tengok Kem seolah dicuci bersih. Angin pun bertiup lembut. Sejuk :)

Sana sini basah dicurahi hujan malam. Pelantar basah, jeti basah, dataran-dataran basah, bendera-bendera basah hinggakan kawasan yang baru ditar depan pejabat pun masih basah.

Semasa saya menaip ni matahari telah keluar. Menyinari seluruh tasik dengan cahayanya. Pemandangan yang paling saya suka ! Seronok berdiri di luar pejabat, atas pelantar dan lihat dari jauh Gunung Ledang dan hutan-hutan yang berdekatan. Kalaulah tak sibuk, mau sahaja ke 'antara dua tasik'. Pemandangan kat sana, Subhanallah ... teramatlah cantik, bagaikan lukisan, bagaikan tidak percaya di negara ini. Sangat cantik, sangat hijau dan sangat biru :)

Hari ni hari sibuk lagi.

Menyediakan persiapan terakhir sebelum Kolej Dato' Onn masuk esok. Telah ramai di Kem. Cica, Muafa, Toyak dan Khalid dalam proses membuat 'paddles' untuk aktiviti berakit. Sekarang ni, setiap minggu Kem telah dijadikan tempat Klinik Kayak oleh KUTKM. Jadi, kalau ada aktiviti rakit, sudah kurang 'paddles'. Tu yang kena buat 'panddles' tu. Nak beli, harga sebuah sudah lebih seratus ringgit. Kami perlukan 60 paddles (untuk 15 rakit). Dah berapa tu. Jalan murah, buat sendiri sahaja :)

Gambar peserta sedang bersenam di waktu pagi.



Wednesday, July 14, 2004

Sibuk di hari Rabu

Hari ni cuaca panas dan berangin. Duduk di hutan, panas macam mana pun, angin tasik tetap bertiup menyejukkan menyamankan. Alhamdullilah.

Macam sibuk sahaja di Kem hari ni. Dari pejabat terdengar bunyi Raup memesin rumput. Rajin pelajar tahun akhir degree IT tuh, belajar memesin rumput hari ini. Tadi dah habis potong sepanjang pagar, sekarang sedang potong di tepi tasik pula.

Jepun mengemas rumah kayak - menyusun BA-BA, boya-boya tiub tayar, buluh-buluh untuk rakit dan membasuh lantai rumah kayak. Sebelum tu dia vacuum pejabat dan cuci bilik mandi dalam pejabat.

Pak Haji Berahim pun singgah juga, datang ambil radio kesayangan yang tertinggal. Pak Haji seorang ni tak boleh kurang radio. Nak dengar nyanyian Siti Nurhaliza lah tu :) Siti penyanyi kesayangan Pak Haji. Jangan berani kutuk Siti depan dia, alamat tak makanlah nanti !

Abang sedang menandatangani sijil. Setiap minggu perlu bagi peserta sijil penyertaan. Jenuh juga nak tandatangan :)

Saya tengah pening lalat ni :) Buat menu untuk minggu ni. Kena tukar menu lain sebab Kolej Dato Onn (masuk minggu ni) masuk 2 minggu lepas. Takkan nak bagi menu yang sama.

Cakap pasal Kolej Dato' Onn sila ke Footpages mereka untuk lihat gambar-gambar semasa mereka di KEM LAMBAIANA DANAU tempohari. Klik sini . Paling tak tahan tengok gambar terakhir sekali tu. Gambar jejaka idaman dengan empat orang gadis lawa depan pejabat saya. Amboi, Encik Leftenan Muda Kucai jual minyak !

Fasi bertugas untuk minggu ni : Ruddy, Kucai, Abob, Asri, Bamz, Adi, Azim, Iha, Muafa, Toyak, Raup, Cica, Sham, Jepun, Pak Haji dan Pak Man.

Have a nice day !

Gambar ni saya cilok dari Fotopages Kolej Dato' Onn, UKM .



Dara Perwira sedang berjuang !





Dara-dara di tepian tasik :)






Tuesday, July 13, 2004

Selamat Selasa

Semalam masa balik, langit gelap. Burung layang-layang berterbangan keluar. Pasti, akan hujan waktu malam.

Pagi tadi sampai, cuaca sejuk. Bumi bersih, baru dicuci hujan lebat malam tadi. Dalam suasana sejuk, tentulah bersarapan soto ayam panas Bidin akan menyelerakan. Terus sahaja kami berdua ke Warung Bidin.

Alahai, hajat tak kesampaian. Bidin bercuti pula. Kami ke Kedai Mak Jander. Makan nasi lemak. Sedap juga nasi lemak resepi Minah Eleng ni.

Selesai bersarapan, terus ke Kem.

Ida pula telefon, minta Abang ke KL. Rumah dia sedang di'renovate'. Ada barang nak dihantar balik kampung. Kena pula sewa lori. Nasib Muafa ada, maka mereka terus ke KL.

Tinggallah saya seorang di Kem.

Hari ni hari membasuh di Kem. Jepun dah buka semua cadar-cadar dalam chalet-chalet. Saya membasuhnya.

Cuaca panas berangin, sekejap sahaja cadar-cadar dah kering.

Pukul 11:30 tadi, datang pula pegawai-pegawai dari PPD Muar, Johor seramai 3 orang. Alhamdulillah, dah confirm pakej yang saya jualkan pada mereka.

Gambar peserta sedang buat aktiviti 'water confidence'




++++++++++++++++++++++++++++++

Letak lagu favourite suami oleh Daniel Bedingfield - You Are Not The One :)

+++++++++++++++++++++++++++++

Salam Ceria :))))

Monday, July 12, 2004

Ombak Kuat di Danauku

Hujan ke tak hujan ?

Langit sekejap gelap, sekejap terang. Angin bertiup kuat. Memerhatikan kalau-kalau burung layang-layang keluar. Tidak ada. Kebiasaannya, jika burung layang-layang dah mula keluar, tanda hari nak hujan.

Hujan tak jadi :) Tapi angin tasik bertiup kuat. Melambung-lambung bot di tepi pelantar. Bendera didepan bagaikan hendak terbang. 'Wind chime' di luar pejabat begitu bising berbunyi ditiup angin.

Raup dah balik dah. Ada kuliah pukul 2 petang. Rajin dia, mencari duit untuk menampung sekolahnya di MMU. Dah tinggal 2 semester sahaja lagi.

+++++++++++++++++++++++++++

Hari ni menghantar sebutharga ke SMK Tinggi Keluang. Juga kemaskini tarikh booking.

+++++++++++++++++++++++++++

Minggu ni Kolej Dato' Onn, UKM masuk lagi. Seramai 200 orang. Esok kena mula menyiapkan bahan-bahan ceramah, order makanan, siapkan 'job-order' fasi dan esok Jepun kena repair satu paip bocor.

Kena panggil ramai fasi minggu ni.

Kalau peserta ramai, kami kena sendukkan makanan untuk mereka. Kalau tidak lambat. Masa untuk makan cuma 20 minit.

Cica kalau sendukkan makanan kadang-kadang 'angin' juga dengan peserta. Macam-macam minta - nak kepak, nak dada, nak peha .. selalu dia jawab, kau ingat kedai ker nih ? Bila dah ramai, memang tak terlayan setiap permintaan.

First round sahajalah kami layan. Lepas tu, kalau nak 'top up', senduklah sendiri :) Jangan senyum, memang budak-budak fasi ni cakap 'tambah' nasi tu 'top up' nasi. Macam-macam bahasa budak-budak ni :)

++++++++++++++++++++++++++

Sekolah Sikit :)

Dah jadi hobi saya, membuang banner google. Menyampah tengok :)

Macam mana nak buang ? Dulu senang. Sekarang mereka pandai, letak celah-celah tag lain lak.

Paling senang buat. Pastekan template blogger anda ke Frontpage. Pastu, buang sahaja banner tu. Save. Paste balik ke template blogger.

Ada 2 buah sekolah tempat saya belajar di alam maya ni. 'Macam-macam ada' :) Untuk belajar berkenaan boxes, texts dan designs anda boleh ke Mandarin Design dan sebuah lagi untuk tahu code warna-warna. Saya suka sekolah yang satu ni sebab dah tua, mana boleh ingat color code dengan nombor-nombor. Saya pakai html colornames. Lebih senang. Klik sini untuk ke w3school

Selamat Belajar !

++++++++++++++++++++++++++

Mamat ni training fasi minggu lepas. Awal-awal dah terkantoi ! Heheh .. tapi dia okay, rajin. Dan paling penting, bangun awal :)

Boleh baca blog dia tapi dia main senang jer Mamat ni .. main copy paste jer lapuran saya.

+++++++++++++++++++++++++++++++++

Kalau roboh Kota Melaka
Papan di Jawa saya dirikan
Kalau sungguh bagai dikata
Badan dan nyawa saya serahkan

Ehem !

+++++++++++++++++++++++++++++++++

Sunday, July 11, 2004

SDARY Balik dan KUTKM Berkayak

Selepas 3 hari berkhemah, hari ni SDARY akan pulang ke sekolah.

Pukul 4 pagi tadi, PakLet mengejutkan semua peserta untuk Qiamulail. Dengan ustaz-ustaznya pun tidak terjaga lagi. Akhirnya semua bangun dan beribadah sehingga Suboh.

Pagi ni 'war game' yang dikendalikan oleh Bob. Kami dalam usaha melatih fasi-fasi menjadi Jurulatih. Bagus juga Bob. Mereka balik dalam keadaan kotor-bolor teramat ! Air tak banyak, lebih bermain dalam lumpur.

Siap semua, bermula majlis penutup yang dirasmikan oleh Yang Dipertua PIBG. Terima Kasih, SDARY kerana menghadiahkan Kem sebuah kitab 'Fadhail Amal'. Bolehlah mula membaca esok :)

Banyak sungguh kenangan kami bersama peserta SDARY. Walaupun agak nakal dan banyak cakap :) Terlalu banyak cakap, mereka ni ! Cakap benda yang tidak perlu pulak tu. Sehingga semasa aktiviti 'obstacles-run' kena sumbat mulut dengan batu dari 'lake-crossing' sehingga ke garisan penamat. Rupanya banyak soal - ada buaya tak, ada ular tak, ada orang pernah mati tak ... akhirnya, Bob perintahkan setiap orang ambil batu dan letak di muncung. Baru diam :)

Penghulu ialah Najib yang ditangkap 'atas kesalahan memiliki barangan larangan di Kem'. Dari didenda yang tidak boleh membina, dia dilantik menjadi 'penghulu'. Dia tidak pernah diberi tanggungjawab selama ni. 3 hari ni, dia jadi orang penting. Banyak tugasnya termasuk memastikan semua orang mengikut waktu dan juga menjaga disiplin peserta. Waah, baik dah Najib :) Menjalankan tugasnya dengan sempurna. Sehinggalah pada waktu majlis penutup, hairan guru-guru lihat Najib 'yang nakal' memberi ucapan ! Syabas Najib, semoga anda berusaha merubah sikap yang negatif kepada yang positif :)

SDARY pulang pada pukul 1.45 petang. Ini adalah kali kedua SDARY berkhemah di KLD. Terimakasih kepada tenaga pengajar SDARY khasnya Cikgu Zurina ( Kak Juna to us :) ) kerana sudi lagi ke sini.

Jumpa lagi !

++++++++++++++++++++++++++++++

Di Kem masih ada lagi peserta lain. Ada Klinik Kayak Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia. Seramai 40 orang. Baru sahaja turun dari dari Gunung Datok datang pula berkayak di KLD.

++++++++++++++++++++++++++++++

Minggu ni minggu yang penat dan sibuk.

Terima kasih kepada semua fasi yang bertugas minggu ni : PakMan, Cicadinho, Toyak, Bob, Muafa, Pakdi, Raup, Azli, pG, Azim, Adi dan Along Yusof, Jepun, Sham dan Pak Haji.

Hendak gugur, gugurlah nangka
Jangan ditimpa si-dahan pauh
Hendak tidur, tidurlah mata
Jangan dikenang si-dia yang jauh ..

Ehem !

Friday, July 09, 2004

Sdary, Label dan Ureh

SMK SDARY, Merlimau, Melaka

Tiba pukul 4:30 petang. Ramai juga, pelajar-pelajar tajaan (biasiswa) dari Tingkatan Satu hingga Enam. Datang dengan 4 buah bas.

Bila sampai seperti biasa, taklimat program, undang-undang Kem dan sessi serah-menyerah barang-barang larangan. Ada yang serah, ada yang buat tak tahu. Memanglah nak nahas siapa yang melanggar peraturan.

Barang larangan di Kem - rokok, lighter, mancis, pisau, segala benda tajam, dadah, arak, daun terup dan mainan elektronik. Kami juga minta peserta letakkan makanan yang dibawa ke dalam bakul-bakul yang nanti akan diletakkan dalam Anjung Kasih. Bila waktu makan, bolehlah makan makanan yang dibawa tu.

Peserta kumpulan ni, ramai yang degil. Kami terpaksa periksa beg-beg mereka satu persatu. Apa lagi, jumpalah benda larangan ! Terpaksa diserah pada Cikgu.

Ada 4 orang yang tidak serahkan makanan atas alasan nanti takut kawan makan. Dah kedekut, PakLet suruh habiskan semua makanan pada masa tu juga. Kesian juga tengok, makan kek sampai 2 bungkus. Pastilah, nanti tidak mahu tengok pun kek tu lagi. Muak :)

+++++++++++++++++++++++

Minggu ni fasi yang bertugas : Adi, Cica, Muafa, Toyak, Azim, Bob, pG, Raup dan Pakdi. Di dapur ada Pak Haji, Sham dan Jepun.

Pesanan untuk Bamz : Sham rindukan Bamz. Dia kata kalau Bamz ada, meja fasi makan mesti bersih, Bamz kemaskan. Ni semua lelaki, tak best :)

Tadi kami semua makan bubur kacang durian Pak Haji masak. Sedap :)

++++++++++++++++++++++++

Jom main label !

Ada 'label maker' untuk anda yang nak buat label. Boleh juga buat 'hearts' dan lain-lain.

Saya dah buat dah dan sekarang link saya, anda kena click buttons di bawah tu :)

Jom try kat LABEL MAKER

Tapi jangan linkkan tau, save dan guna image hosting.

Selamat mencuba :)

+++++++++++++++++++++++++

What do u think about my new skin ? Cam tak friendly kan ? Sebab dah buang TagBoard. Tegur saya kat comments dan guestbook, ye !

Hi Wakdin :))))) Ni jawab dah ni, Wak !

+++++++++++++++++++++++++
Promosi Blog

Anda suka sajak dan puisi ? Lawat sahabat saya di Indonesia --> UREH

Selamat Berhujung Minggu anda semua :) Seronok aah, takyah kerja ! Saya saja yang kena kerja :)

+++++++++++++++++++++++++

Tuesday, July 06, 2004

Khamis yang tenang

Entry semalam dah hilang. Entah manalah agaknya blogger hantarkan ?

Pagi ni saya sampai ke pejabat 8.30 pagi. Lambat :)

Selepas hantar anak-anak ke sekolah, saya ke Pasar Tangkak. Hantar senarai barang makanan untuk 3 hari nanti.

Mula-mula ke Apek Sayur. Apek Sayur ni supplier terbesar di kawasan Selatan. Dia ada beratus-ratus ekar ladang sayur dibawah kawalannya. Beli dari dia agak murah sebab saya dapat harga borong. Kalau sayur untuk 150 makan - 3 hari, kurang dari RM 150.00

Lepas tu ke Din Mee, supplier mee, kuetiaw, tahu, taugeh dan benda-benda yang sewaktu dengannya. Pun dapat beli mee murah. Sekilo RM 1.00 sahaja.

Siap dengan Din, jumpa Wak Tempe - order tempe untuk esok. Hari ni Wak demam, dia suruh beli tempe hari ni, takut esok dia MC. Apa-apalah Wak. Banyak juga masa buang kat tempat Wak sebab banyak hal dia nak sembang.

Masuk dalam pasar dan beli ikan dan sayur-sayur untuk rumah. Beli dari Pak Haji Nombor Dua. Saya memang dapat banyak diskaun kalau beli di sini. Dah biasa dan kalau order untuk Kem, order banyak-banyak.

Semua dah siap.

Singgah pula Ke Kedai Zali Ayam untuk order ayam. Encik Zali ni, bekas akauntan. Junior saya setahun semasa sekolah menengah. Bosan hidup di bandar, bosan dengan kerjaya - dia berhenti kerja dan jual ayam. Pagi jual ayam hingga pukul 10 pagi. Petang lepas Asar, turun ke kebun mangga. Dia ada kebun mangga berekar-ekar luasnya. Dia beritahu hidupnya lebih teratur dan lebih bahagia sekarang ! Anak-anak pun seronok. Senang sekolah, senang mengaji.

Terus ke Kem.

Hari ni suasana di Kem aman dan nyaman. Sunyi, cuma terdengar kicauan burung-burung dan bunyi penyapu Raup dan Jepun.

Angin bertiup perlahan, dari meja saya ni nampak bendera berkibar lembut. Terdengar juga bunyi 'wind chime' saya ditiup angin. Damai.

Esok akan masuk 150 orang peserta. Perlu kerja macam minggu-minggu yang lepas :)

Ooopppsssss lupa ! Skin baru ni saya panggil 'my pumpkin skin'. Macam warna labu kesukaan Pak Haji :)

Pertengahan Minggu

Hujung minggu ni Sekolah Menengah Dato' Abdul Rahman Yaakob akan masuk. Ramai juga, 150 orang.

Program Motivasi. Akan ada banyak ceramah :) Penceramahnya, Encik Nordin dari Insan Resources. Kalau Encik Nordin yang bagi ceramah, seronok dan tidak mangantuk. Beliau pandai menarik hati dan dalam ceramahnya ada lagu, lawak dan macam-macam. Bukan peserta sahaja yang seronok, kami yang dah biasa juga tidak lepas peluang untuk ikut serta.

Kalau pertengahan minggu, seperti biasa saya sudah siap dengan menu, senarai barang yang nak diorder, senarai fasi yang akan on-duty dan lain-lain. Juga menyelenggara kerja Jepun dan Raup. Walaupun baru kerja, Raup dah okay dah, tahu semua kerjanya.

++++++++++++++++++++++++++

Pagi ni datang ke Kem awal juga. Pukul 8 pagi dah sampai. Semalam hujan lebat, banyak kelkatu jatuh ke tasik. Ikan berlumba-lumba melompat makan kelkatu. Geram tengok ikan banyak !

Kalau lepas hujan, dengan burungnya, dengan ikannya, dengan ayam hutan .. semua keluar mencari makan.

Cuaca pun best. Berangin dan anginnya sejuk nyaman. Saya suka bila angin bertiup perlahan-lahan. Dari meja saya boleh lihat bendera berkibar-kibar dan juga boleh dengar 'wind-chime' saya berbunyi-bunyi lembut ditiup angin.

Ni gambar pemandangan tasik yang diambil dari jeti belakang Kem.



Sejuk Berkabus

Sejuk Berkabus

Pagi ni saya sampai awal. Anak ke sekolah dan saya terus ke Kem.

Jalan masuk ke Kem sedang diperbaiki, jalannya teruk berlubang-lubang. Tapi sebaik sampai di penghujung jalan di mana tebing tasik bermula, saya dihadiahkan dengan pemandangan cantik - danau berkabus ! Oh, macam Cameron Highland pulak !

Jepun belum sampai lagi. Kalau Raup, pukul 7 pagi dah mula bekerja. Raup off hari ini, kenalah buka pintu pagar sendiri.

Tidak terus ke pejabat. Jalan-jalan keliling Kem, ambil udara segar dulu :)

Encik dan Puan Yam kami ada terkedek-kedek cari makanan belakang dapur. Kalau hari biasa, mereka berani keluar cari makan. Bila hujung minggu, ada peserta, kokoknya sahaja yang terdengar. Tidak berani nak keluar :)

Raup dah habis dah buang semua sampah-sampah. Khemah-khemah Cica dan Muafa datang semalam, lipat dan simpan dalam setor. Ahad hari tu hujan, khemah basah. Tak boleh simpan kalau basah. Khemah rosak.

Duduk sekejap di jeti, bukak selipar dan main air. Lambatnya Abang sampai, kalau tak seronok juga berdua di jeti yang sunyi ni :)

+++++++++++++++++++++++++++

Konvo
Bulan Julai dan Ogos ni bulan konvo untuk 3 orang fasi Kem. Lenny dan Bamz akan terima 'CD' (tak best aa u ko ! ) Diploma Information Technology dari MMU dan Bob Azrin akan terima Diploma Sports Science dari Uitm, Shah Alam. (Uitm best, leh pakai jubah, dapat scroll lagi !)

Ketiga-tiga mereka sedang sambung ke peringkat ijazah pula.

Tahniah ! Luv ya ..

+++++++++++++++++++++++++++

Apa jadi dengan blogku ?

Hehehe .. entahlah ..

+++++++++++++++++++++++++++

Monday, July 05, 2004

Sejuk Berkabus

Pagi ni saya sampai awal. Anak ke sekolah dan saya terus ke Kem.

Jalan masuk ke Kem sedang diperbaiki, jalannya teruk berlubang-lubang. Tapi sebaik sampai di penghujung jalan di mana tebing tasik bermula, saya dihadiahkan dengan pemandangan cantik - danau berkabus ! Oh, macam Cameron Highland pulak !

Jepun belum sampai lagi. Kalau Raup, pukul 7 pagi dah mula bekerja. Raup off hari ini, kenalah buka pintu pagar sendiri.

Tidak terus ke pejabat. Jalan-jalan keliling Kem, ambil udara segar dulu :)

Encik dan Puan Yam kami ada terkedek-kedek cari makanan belakang dapur. Kalau hari biasa, mereka berani keluar cari makan. Bila hujung minggu, ada peserta, kokoknya sahaja yang terdengar. Tidak berani nak keluar :)

Raup dah habis dah buang semua sampah-sampah. Khemah-khemah Cica dan Muafa datang semalam, lipat dan simpan dalam setor. Ahad hari tu hujan, khemah basah. Tak boleh simpan kalau basah. Khemah rosak.

Duduk sekejap di jeti, bukak selipar dan main air. Lambatnya Abang sampai, kalau tak seronok juga berdua di jeti yang sunyi ni :)

+++++++++++++++++++++++++++

Konvo
Bulan Julai dan Ogos ni bulan konvo untuk 3 orang fasi Kem. Lenny dan Bamz akan terima 'CD' (tak best aa u ko ! ) Diploma Information Technology dari MMU dan Bob Azrin akan terima Diploma Sports Science dari Uitm, Shah Alam. (Uitm best, leh pakai jubah, dapat scroll lagi !)

Ketiga-tiga mereka sedang sambung ke peringkat ijazah pula.

Tahniah ! Luv ya ..

+++++++++++++++++++++++++++

Apa jadi dengan blogku ?

Hehehe .. entahlah ..

+++++++++++++++++++++++++++

Sunday, July 04, 2004

Kolej Dato'Onn 2

... sambungan

Saya sampai pada pagi Ahad sewaktu peserta sedang 'berperang'. Aktiviti war game. Bersungguh-sungguh berperang ! Penghulu, Ravin dah tak rupa 'orang' lagi dah :)

Lepas war game, aktiviti 'pangku-pangku'. Ada namanya, tapi masa saya menulis ni, lupa pulak namanya ! Apa ek, bamz ? Ni 'favourite activity' Encik Hilmi, Pengetua Dato'Onn. Tiap-tiap kali warga Dato' Onn ke Kem, mesti main game ni.

Dengan kotor-bolor lepas berperang tu, bermain !

Encik Hilmi dan isteri sampai.

Peserta mandi dan buka khemah. Bersolat Zohor dan jama' Asar.

Makan tengahari. Tengahari ni Pak Haji masak ayam asam pedas, kobis goreng, comando chips, sambal belacan dan ikan masin. Pak Haji sebenarnya baru balik dari Mekah. Mood dia best betul, masak sedap-sedap belaka.

Pak Haji kami ni, setahun 3-4 kali ke Mekah. Dia bekerja dengan syarikat yang menguruskan umrah tours di Singapura. Bulan puasa dan musim haji mesti pergi. Selain dari tu dia ambil 2 kali lagi bulan-bulan biasa. Sebab tulah dia dah mengerjakan Haji berbelas kali. Pergi umrah sahaja dah lebih 30 kali ! Tapi dia cam kami juga, tetap maintain imej 'outdoor'. Dia pergi bawa 'backpack', pakai jeans sahaja - macam orang nak gi bercamping lagaknya :)

Menyimpang pulak ..

Majlis penutup dirasmikan oleh Tuan Pengetua Kolej Dato'Onn.

Kolej Dato'Onn akan masuk lagi pada 16-18 Julai. Minggu depan kami ada Sekolah Dato' Abdul Rahman Yaakob, Melaka.

Kalau datang membawa hujan rahmat, warga Dato'Onn meninggalkan Kem dalam hujan lebat juga ! Terima kasih semua, jumpa 2 minggu lagi :)

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Minggu ni fasi yang bertugas : PakMan, Cicadinho, Toyak, Kucai, Abob, Iha, Bamz, Ruddy, Along Yusof, Muafa, pG dan Cikgu Nazri. Gangdapur : Pak Haji, Raup, Sham dan Jepun.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Bila Toyak, Kucai dan Abob ada huru-hara lah Kem.

Kesian Bamz, asyiklah kena usik. Kejap dikenen dengan Man Januari, kejap dengan Sham. Iha jangan ceritalah, sukahati dia orang jer membuli. Ruddy kena kutuk suruh masuk 'Jawa Idol'. Mamat sorang ni memang takleh buang lidah jawa dia.

Kalau PakLet pun dia orang berani kutuk, yang lain jangan ceritalah :)

Tapi seronok bekerja bila mamat-mamat ni ada. Hilang penat dibuatnya. Bergurau, mengusik tapi kerja siap juga.

Minggu ni walaupun ramai peserta, dengan hujan ribut lagi, kami bekerja dengan teratur. Paling seronok semasa Trialthlon. Lepas-lepas tu dengan bertukar-tukar aktiviti dan masalah yang kena selesai, kadang-kadang kelam kabut juga kami. Tapi kali ni semua berjalan lancar. Kena puji Bamz, Iha, Muafa dan ehem ! saya :)

Saya suka bekerja dengan fasi yang tidak berkira dan rajin. Minggu ni kerja paling seronok :)

Saturday, July 03, 2004

Kolej Dato' Onn, UKM

Jumaat

Selamat Datang Warga Dato' Onn ke Kem Lambaian Danau !

Kali ni merupakan kali ketiga siswa-siswi Kolej datang berkhemah di KLD. Sudah jadi acara tahunan Kolej.

Mereka sampai pukul 6 petang (tahun lepas mereka sampai pukul 3 pagi!)
Sampai-sampai, pasang khemah dan hujan turun lebat ! Siap dengan ributnya sekali. Penuh jugak air di tapak 'war game' :)

Malam selepas solat Maghrib dan jama' Isya' kami dinner. Pak Haji masak kurma' ayam, tumis kacang panjang bercili, ikan masin dan sambal belacan. Lepas tu 'ice breaking'. Mereka dibahagikan kepada 10 kumpulan. Selesaikan masalah, nyanyi-nyanyi dan ramah-mesra. Ravin dan Faz ditugaskan sebagai Penghulu dan Penghuluwati Program.

Malam ni sepatutnya ada 'night walk' tapi terpaksa dibatalkan sebab hujan lebat lagi. Tidur sahajalah. Supper dulu sebelum tidur :)


Sabtu
Hari ini ada banyak aktiviti yang dijalankan. Triathlon - berkayak, cross-country dan berbasikal. Sebelum pertandingan bermula kena menyelesaikan banyak masalah, main dam ular, habiskan jigsaw puzzles dan lain-lain. Huh, ramai yang nak menangis ! Begitulah, jika bekerja dibawah tekanan. Mereka juga perlu bawa amanah bila membuat tugasan masing-masing. Habislah telur pecah, biskut hancur dibuatnya.

Minum pagi. Pak Haji buat bubur kacang hijau.

Obstacles-Run. Acara paling penat ! Hehe..

'Water Confidence' - aktiviti yang semua orang suka. Kalau boleh nak terus duduk dalam air tu :)

Pukul 1 tengahari baru siap semua aktiviti.

Makan. Pak Haji masak Gulai Nangka dengan Daging Lemak Cili Padi, Saugase Goreng Bercili, ulam-ulam, sambal belacan dan ikan masin. Semua orang makan 'tak ingat'. Nasiblah Jepun masak nasi extra. Licin habis semua ! Tapi memang sedap pun masakan Pak Haji tengahari tu.

Sudah solat Zohor dan Jama' Asar, bermula 'Rakit Race'. Macam-macam jenis rakit ada. Ada tu dibagi float 6 biji, guna 4 biji, kan dah capsize. Jenuh PakMan dengan Cica keliling tasik pergi hantar bantuan. Bantuan berupakan tali untuk mengukuhkan rakit. Bayangkan nak mengikat rakit dalam air, tak ke siksa ! Tapi semua orang seronok :)

Penat-penat, terus makan lagi ! Pak Haji bagi makan cucur udang berkuah cili. Sedap tuh !

Selesai bersolat Maghrib dan jama' Isya' makan dan makan lagi :) Pak Haji masak sup ayam dengan macaroni, tumis kobis dengan telur bercili, sambal belacan dan ikan masin. Huh, licin lagi ! Heheh.

Lapuran setakat ni sahaja. Nanti akan disambung. Yours truthly perlu balik rumah untuk Afundi Linda :)

Thursday, July 01, 2004

Penat !

Hari ni semua orang penat. Lupa nak tengok tasik, lupa gunung dan lupa hutan.

Dari pagi seawal 7.30, kami telah berada di Kem. Saya paling awal sampai. Sekejap sahaja, Raup pula sampai. Alhamdulillah, Raup rajin dan perlahan-lahan dah tahu pasal kerjanya. Lepas tu Jepun dan Syam pula sampai.

Akhir sekali PakLet, Toyak dan Muafa sampai pada pukul 8 pagi.

Kami semua ada kerja masing-masing.

Saya minta Syam masak air, kemas dapur, basuh pinggan-mangkuk, mugs dan semua crockeries yang bakal di gunakan. Kami paling relax kots, sebab kami berdua sahaja yang sempat 'bergumbira' sambil kerja. Sham si-nakal tu, sikit kita usik dia, lebih pula dia usik kita. Nasiblah Twintech sedang cuti, dapatlah Sham tolong saya. Hebatkan, Kem ? Kat dapur pun orang 'U' kerja ! Heheh ..

Jepun siapkan bilik-bilik penginapan, dataran, anjung-anjung dan bilik-bilik fasi.

Raup menyapu sehabis-habisnya ! Mau dua ekar hutan Raup sapu hari ni.

Toyak dan Muafa pergi mengangkut buluh-buluh yang telah ditebang semalam. Buluh-buluh untuk 'Rakit Race' hari Ahad nanti.

Siap mengangkut buluh, pergi pula mengepam air masuk ke 'splash'. Mencabar sungguh kerjanya ! Sedut-sedut, air meresap ke tanah. Mau nak menangis dibuatnya. Tapi buat juga dan pada pukul 6.30 petang tadi, air berjaya dinaikkan sehingga 'level' pokok gelam. Kalau malam ni air meresap, esok kami nangis sahaja ramai-ramai. Sure, tempat splash akan penuh dengan air, air mata kami ! Heheh ..

Saya seperti biasa menyiapkan bahan untuk malam persembahan dan aktiviti. Aktiviti hujung minggu ni - 'mini trialthlon', 'war game', 'rakit race' dan 'obstacles run'. Saya pilih lagu-lagu baru untuk 'Funtime'. Malas nak melayan lagu patriotik. Kali ni ada lagu Januari, Seloka Cak Kun Cak dan Babe selain dari lagu-lagu biasa. Belum di'approve' oleh Boss pun. Huh, kalau kena marah nanti, ko tolong backing sket aaa bamz !

Saya juga 'tukang' meng'arrange' kerja-kerja fasi. Semua sudah siap.

Fasi minggu ni - Bob Iqram, Kucai, Bamz, Iha, Toyak, Muafa, Cica, Ruddy dan Raup. Jurulatih Kanan - PakMan dan Cikgu Zul. Team dapur - Pak Haji, Jepun dan Sham. 3 orang akan datang untuk 'training' - Addy dan Leman dr MMu dan pG dari KUTKM.

++++++++++++++++++

Untuk Fasi :

Bob Azrin mita sampaikan 'Asalammualaikum' kepada semua. Bob dah memulakan pengajian peringkat ijazah (Sains Sukan) di Uitm, Shah Alam. Tahniah, Bob !

Surelah kami akan merindukan Bob yang hensem dan cool :)

+++++++++++++++++

MRSM Kem Terendak :)))))))))))

Hey Sayang !

Wah, wah .. 2-3 hari ni asyik bertenet kat sini jer ? Heheh .. Kami pun miss korang juga. Best tau group korang, kami takkan lupakan korang.

Well, u can read my blog, tapi jangan ikut contoh ayat/bahasa kat sini tau. Membaca tu bagus, dan kalau nak baca blog bagus u can read Sri Diah (bahasa melayu) dan cikgu midad (english). Klik kat end of this entry kat 'My Friends Blog' ada link ke blog mereka. Happy reading, sayang !

Auntie dah sampaikan salam adik-adik kat PakLet dan fasi-fasi yang ada kat Kem.

Take care dan doa Auntie semoga semua dapat good result masa PMR nanti. Luv ya !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...