Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Monday, July 23, 2007

SBP Integrasi Selandar, Melaka

Sorry ek, lambat update. Banyak sangat benda yang perlu diurus.

Hari tu, bila anak saya Hafidz dihospitalised sebab demam panas, jumpa geng SBPIS penuh satu wad, sakit mata. Nasib baik lah bila the two guys yang sakit mata di Kem hari tu minta nak stay lagi, permintaannya direject. Kalau tak haruslah kita ramai-ramai kena sakit mata.

Girls bergambar sebab the boys dah balik dulu

Bergambar dengan girls lagi sebelum mereka pulang

With the guys.

Bye, dik ! Till we meet again !

Last day activities. War Game. Fati and Firdaus with campers.

" .. andai kata kami gugur semua, taburlah bungan di atas pusara ..."

Group photo at the War Zone
Let's get clean ! Terjun ! Bathing time at the Camp Jetty

Roll and roll and roll. We rawks ! hehe

Kiri, kiri, kanan, kiri .. Marching to Barisan Jalan tune !

Abang Fik and us

Cantik, cantik menarik ! Kacak, kacak, bergaya ! That's us, all covered with mud. Best giler !

Danau Race started with tubing race to get 'message in the bottle'.

Choosing our Group's Message.

Taman Sri Chinchin, Jasin.

On of the task

Facis ambushed us in Hutan Gelam. Habis kotor bolor !

Hari Keluarga Hajah Habsah

Paling best dalam dunia !

Bila Reni, Erma, Boy, Epol dan sepupu-sepupunya datang bertandang ke Kem pada tahun 2006 dulu untuk recce Kem, kami dah tahu - kumpulan ni pasti seronok untuk dikendalikan. Mereka sangat rapat, bergurau senda, kutuk mengutuk - sungguh sangatlah apsere ! Leh masuk pala kita nih, Kucai komen masa tu. Kucai yang bawa mereka tengok site aktiviti dan kemudahan Kem.

Memang tak sabar nak buat Program untuk mereka.Masa bulan 5 & 6 tuh, kumpulan yang buat Program masuk tak henti-henti. Tengahari ada orang keluar, petang masuk lagi kumpulan lain. Sibuk betul kami bekerja. Bak kata Kudin, "kita ni bekerja bagaikan ada anak 11 nak diberi makan". Serius, membanting tulang siang dan malam. Er, malam taklah membanting tulang sangat. Setakat kibas-kibas tangan jadi hantu sahaja.

Bila Keluarga Hajah Habsah masuk, kami seronok sangat. Pengendalian untuk kumpulan ni pun lain dari biasa. Selalu, kalau peserta masuk, mereka jadi anak Pak Let dan Mama G dan jadi adik-adik pada Abang-abang Fasi. Ertikata lain, mereka jadi keluarga kami. Tapi kali ni, kami pulak yang jadi keluarga Hajah Habsah.

Kami panggil Hajah Habsah, 'Nenek'. Kami ada Pak Long, Mak Long, Pak Ngah, Mak Ngah, Pak Teh, Mak Teh, Pak Itam, Auntie dan ramai lagilah. Mereka anggap kami macam keluarga mereka. Baiknya mereka ! Sehingga hari ni, masih terkenang-kenang Nenek. Nenek, bila nak datang lagi jumpa kami ?

Tak sedar, sekejap sangat masa berlalu. Terimakasih, Keluarga Hajah Habsah kerana sudi bersama kami dan menganggap kami macam keluarga sendiri. Terima kasih banyak-banyak juga sebab belikan kami Towel baru tuh. Dah bawak pergi Taman Negara, dan sekarang pakai kat Kolej pulak.

Jumpa lagi ye, Nek !

Pak Itam, Erma dan Nenek. Nenek dapat hadiah !

Aweks, cucu Nenek. hehe

Jadi Tugu kat Canyon. Sporing habis dia orang ni, tua-muda semua best !

Pak Ngah tunjuk bakat. Nyanyi lagu apa ek, Pak Ngah ?
P Ramlee ker 60an ? hehe

Nenek dengan Ghazali. Lie, nak usha saper nih, Lie ? hehe

Pak Let dengan Along Gemas. Bila nak ajak kita orang gi Gemas nih ?

Aweks cuns lagi ... hehe

Zulhusni sedang buat exercise dengan mereka.

Kecik, besar, tua, muda - semua join semua aktiviti

Jogging ke Canyon

Standing in Eyes Of the World

Masa Danau Race

Balik dari Danau Race. Semua kotor-bolor dan penat lelah kena 'ambushed' dalam Hutan Gelam.

War Game ! Yang kecik-kecik tu lagi hebat tau. Nyesal bagi dia orang immuniti :)

Penjaga Kubur yang tetap dan berpencen, Abang Blue (pakai spec) sedang menjaga 'musuh-musuh' yang gugur dimedan perjuangan.

Reni, sedang mencari 'senjata extra' yang dipercayai ditinggalkan oleh askar-askar terdahulu.

Budak-budak ni jugaklah yang dapat bahan rampasan tuh. Leftenan Muda Kucai, belah kiri. Dia ref.

SM Tengku Mahmood Iskandar

SMTMI, berjiran dengan Pei Hwa. Seperti kami terperanjat Pei Hwa ramai pelajar Melayu, Mahmood Iskanda pula, ramai pelajar Cina :) Dah kita bangsa Malaysia, kan ? Mana-mana pun boleh sekolah.



Tugasan di 'Kemang Hensem' - kupas bawang putih !

Dengan Abang Kucai di Paya Selut

Dari Taman Seri Chinchin ke Jalan Loji Air

Tototoi ! Tumbuk tikus dalam lumpur !

Sempat posing depan Kem tuh !

During Ice Breaking

" ... standing in eyes the of the world .." nyanyi ramai-ramai di Anjung

Jom, ikat rakit. Ni aerodynamic nyer design eh ?

Dengar taklimat aktiviti dari Pak Let

Tubing Race !

Friday, July 20, 2007

SMJK Cina Pei Hwa

Mereka dari Muar. Program ni berjalan serentak dengan SMK Aminudin Baki. Jadi, ada 2 group di Kem. Yang kumpulan ni, buat aktiviti itu, yang kumpulan itu pula buat aktiviti ini. Fasi-fasi pun terbagi ikut kumpulan.

Sibuk sungguh keadaan di Kem. Selalunya bila satu kumpulan sahaja, bila mereka keluar untuk buat aktiviti di hutan atau kampung atau di Canyon. Kem jadi sunyi.

Baru sampai, sedang mendengar taklimat Program

Dara-dara comel Pei Hwa sedang mengambil makanan. Walaupun Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, 50 % dari pelajarnya berbangsa Melayu.

Tubing Race, tugasan pertama dalam aktiviti Danau Race. Semua beradu untuk mengambil 'message in the bottle'. Untuk aktiviti ni, semua tugasan/checkpoint dalam bahasa Inggeris. Kadang tuh, kalau ada peserta tak faham, macam-macam jadinya. Setakat ni, paling teruk, kami dah dapat, 'tahi lembu sebotol'. Suruh car 'cowshed', dia bawa balik, 'cow shit'. Jenuh nak mengajar pulak - 'cowshed' tuh kandang lembu. Tahi lembu lak, panggil 'cow dung' Sukahati jer budak-budak ni.

Cicha dalam bot, jaga keselamatan. Kadang, kena tarik gak bila tah mana-mana dia pergi.

Yang menunggu di tepi danau

Ni buat Rakit. Macam-macam jenis rakit ada. Abang Blue (baju oren) sedang dibuli peserta mengikat rakit mengajar adik-adik peserta ikat rakit.

Rakit Cicha dengan adik-adiknya


Toyak dan adik-adiknya pulak.

Makan Time !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...