Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Tuesday, October 18, 2011

Rindu

Rindu sungguh nak berblog.

Dulu-dulu, hari-hari saya setia dengan blog ni. Sebelum group masuk, blog bagi tahu. Balik sahaja mereka, blog lagi bagitahu cerita mereka di Kem. Alahai ! Sekarang tak mampu lagi. Saya sibuk sangat. Dulu orang masuk, ramai pun 200 orang sahaja, dah rasa macam nak mati bekerja :) Sekarang, kalau 200 tu dah tak rasa ramai lagi. Alhamdulillah, rezeki dariNya.

Dulu weekend sahaja, sekarang weekday pun ada group. Allah s.w.t bagi rezeki pada kami untuk share dengan anak-anak (fasi-fasi) yang semakin ramai. Dapatlah anak-anak saya duit poket untuk belanja di Universiti.

Hari ni nak lepas rindu, sikit :)

+++++

Minggu ni minggu sibuk, minggu gembira syukur teramat dan minggu sedih juga.

Minggu ni kami ada Infineon Melaka untuk Program Teambuilding. Tu sibuk tu. Baru balik tadi. Saya suka program yang melibatkan peserta dewasa sebab dapat masak macam-macam .. hehehe. Boleh masak nasi goreng kampung pedas-sampai-menangis dan tadi, saya masak ikan sepat masin masak lemak cili api nenas. Berapi ! Ada juga lauk kurma' ayam. Yang tak tahan pedas, makanlah kurma'. Paling bagus, yg semua pun boleh telan :)

Berita gembira pula minggu ni Fadhli, Harryanto, Ayob dan Cikgu Syafiq konvo ! Tahniah ! Ada berita gembira lagi, saya dapat cucu ! Ex-Fasi Iha yang kawen dengan ex-fasi Lie Penang dianugerah anakanda pertama pada 17 Oktober, lelaki :)




+++++++

Yang saya sedih, minggu ni Toyak sakit. Tangan dia kena selumbar buloh semasa aktiviti Rafting. Terus bengkak. Toyak ada kencing manis dan TAK MAKAN UBAT. Hah, tak cukup kitab dia, saya berleter. Muka sedih, nak nangis dah. Gasaklah, menangislah. Along dan Cebean nak bawa pergi Hospital minggu lepas, dia lari pergi JB. Muka ganas, lasak. Tapi takut gi doktor.

Semalam, kami berdua bawa dia. Budak-budak Fasi siap pesan, "Mama kena tunggu dia, nanti dia lari gi Bas Stand tunggu bas balik Chinchin semula" Punyalah payah nak jumpa doktor. Saya masuk bersama jumpa doktor dengan dia. Ambil ubat dan doktor cuci luka dia. Lepas ni tak makan ubat lagi, siaplah saya berleter. Budak-budak fasi memang suka bila saya marah-marah Toyak dan Cicha, sebab saya jer yg boleh marah mereka ... hehehe. Kena marah, siap buat muka comel :)








Friday, April 15, 2011

Thursday, February 24, 2011

Diari Seorang Tukang Masak

Sekolah Dato Abdul Razak, Seremban.

Saya tidak akan bercerita pasal aktiviti, sebab saya langsung tidak ambil tahu tentangnya. Tak sempat nak ambil tahu. Yang saya perlu buat, isi perut anak-anak saya (3 hari jer) ini.

Saya cerita tentang Dapur KLD sahajalah :)

Officially, ada 600 ke 650 peserta, guru-guru 50 orang dan facilitator Kem ada lagi 50 orang. 750 la, kan ?

Kerja bermula seminggu awal. Weekend sebelum mereka masuk, kami dah bersiap sedia. Basuh ayam dan freeze. Prepare rempah dan freeze. Semua rempah dan cili-cili, dah di tumis masak. Saya tak mahu, kalau ramai nanti rasa dan kualiti lari. Takut nanti kalau kelam kabut, rempah tak sempat tumis hingga naik minyak. Oh, kualiti mesti maintain tip-top.

Saya prepare rempah untuk 6 kuali x 150 orang makan. Jadi ada 6 tupperware rempah untuk kari ayam, 6 tupperware rempah untuk kurma pedas ayam, 6 tupperware rempah untuk dalca, 6 tupperware rempah untuk kurma telur dan 6 tupperware untuk daging masak cili padi. Juga prepare cili yang ditumis dengan bawang putih, bawang merah dan udang kering untuk aktiviti goreng-mengoreng nasi, mee, meehoon dan kuetiaw untuk sarapan. Penuh satu freezer khas untuk rempah-rempah frozen. Dan bila dah di bahagi-bahagikan begitu taklah lari rasanya, masaklah berapa kuali pun, sama sahaja rasa.

Jadual kerja saya yang bermula seminggu awal itu, kami bahagi-bahagikan, hari Isnin terima khemah baru, hari Selasa - Buoyancy Aid baru, hari Rabu rest day untuk kami berdua. Hari Khamis - stok barang kering dari Family Store sampai dan Jumaat pagi, air mineral dari Atlas. Ais dah bagitau supplier untuk hantar icebox extra.

Kami juga order 6 lori air dari Perbadanan Air Melaka. Setiap kali lepas peserta mandi, satu tanker akan sampai untuk penuhkan semula kolah mandi. Takdelah masalah kekurangan air.
Eh, tercerita pasal operasi pulak :)

Back to Makan-Makan.

Saya pecahkan crew dapur saya kepada beberapa team.

Team Masak Nasi. Erin dan Wan. Mereka berdua, setiap kali masak, kena masak 9 periuk nasi, Periuk paling besar yang boleh muat 2 1/2 gantang beras, untuk 100 orang seperiuk. Budak lelaki, sekolah asrama, tahulah ajalah macam mana dia orang makan. Itupun setiap kali, mesti fasi panik dan cakap nasi tak cukup, bergegas Wan dan Erin masak lagi, tapi tak usik pun dan esoknya jadi nasi goreng. Berdua sahaja mereka, umur baru 20 dan 21 tahun ! Hebat, anak-anak saya :)

Team Air. Farhan, Alya dan Anis. Ingat senang prepare air non-stop ? Kami buat dua stations. Dengan 2 periuk besar yang saya pun boleh masuk :) Filtered water, 10 bekas. Sirap pandan, Farhan dan team masak, bukan main guna pewarna dan perasa tiruan. Dimasak dengan penuh kasih-sayang dengan ucapan zikir dibibir. Cuma itulah, habis botak daun pandan Pak Let sampai dia bebel-bebel gak. Sya lupa bah, mo bawak daun pandan dari rumah, bah !

Team Memasak. Nazrey dan Izyan. My extra shoulder. Bila semua dah siap, cepat jer kami memasak. Masukkan rempah, masukkan ayam, biar kecut ayam sekejap, masukkan santan. Biasanya sejam sebelum masa makan semua dah siap hidang. Dan jumlah hidangan, 12 hidang. Kami siapkan 18 hidangan, ada 5 extra untuk top up, bila berkurangan. Setiap kali masa makan, 20 minit siap ambil makanan dan makan !

Untuk melayan cikgu-cikgu dan menguruskan Anjung Tembusu, Linda ditugaskan. Dialah yang kemas, letak makanan, buat air dan melayan semua benda kat situ. Semuanya lancar, saya langsung tak jengah Anjung Tembusu. Linda juga tukang siapkan sambal belacan, ikan masin dan telur asin.

All rounder - Nadia dan Haslam. Mana ada kerja, adalah mereka menolong. Kepantasan mereka buat kami semua lebih pantas.

Ada seorang lagi, tapi dia tak tahan dan lari balik. Hehe. Sian dia, tak pernah buat kerja penat kot. Pagi-pagi dah hilang :)

Mana taknya, kerja banyak. Kupas ubi kayu sahaja, 2 bukit. Kami rebus 3 kuali besar dan satu periuk besar. Tak cukup ! Kena bagi biskut. Sorry ye sayang. Next time datang, Mama sediakan satu lori :) Sedih tengok ada yang merajuk nak ubi rebus. Yang ambil ration awal-awal, ambil banyak sangat. Agaknya jarang dalam makan ubi rebus. Itu yg jadi rebutan. Next time, next time, anak-anakku sayang - ada lagi lebih 2000 batang pohon ubi di Kebun tu.

Sekarang untuk minum petang, kami bagi ubi rebus, lawan gula atau sambal serai. Untuk SDAR bagi gula jer, tak larat nak tunggu sambal serai kering. Izyan buat sikit sahaja, untuk cikgu-cikgu rasa.

Basuh-membasuh memang non-stop. Ada jer yang nak dibasuh. Tapi gotong-royong, ramai-ramai membasuh. Ada yang menyabun, ada membilas dan ada yang menyusun. Sambil kerja sambil bergurau-senda, usik mengusik. Habis selesai juga kerja.

Umur anak-anak saya yang bekerja ini, antara 20-22 tahun. Tak pernah pegang senduk pun ada. But I'm a good manager ... hahahaha semuanya boleh jadi pandai dibawah arahan Makcik ni :) Kalau tak baik urus, malu sahajalah buat program 'teambuliding' untuk orang, team sendiri pun tak terbina.

Itulah ceritanya. Pasal aktiviti tak dapat nak cerita langsung sebab tak sempat nak tengok.

Tapi program SDAR ni masuk TV1, rancangan Anjung *** (lupa namanya).






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...