Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Wednesday, April 26, 2006

Astrik ?


PakLet : " Pakcik, hari ni tolong kemas tapak baru dengan Matger, ye. Buka semua gadget yang Seg Hwa buat tu "
Pakcik Bujang : " Tak boleh, ada kerja ni"
PakLet : "Hah ? Nak buat apa ? "
Pakcik Bujang : " Nak cari gelang emas "
PakLet : " Apa ? " (pening ... tak faham)
Pakcik Bujang : " Astrik suruh cari, ada orang punya gelang emas hilang kat pentas. "
PakLet : " Asri suruh cari ye ? "
Pakcik Bujang : " Bukan Asri, dak Astrik "

Weh, Astrik mana pulak nih ? Seorang lagi 'warga Kem versi mata kasar tak nampak' ker ? Berbahas pula dengan dia.

PakLet : " Zack ker Pakcik ? "
Pakcik Bujang : " Bukannnnnnnnnnn " ( dah buat muka macam kata, apeker bodoh dia nih, tak kenal Astrik )

Macam-macam tanya, tak juga kami kenal si-Astrik ni. Puas sebut Fendi, PG, Asri, Toyak dan semuanya lah. Bukan juga. Cuak dah. Ni mesti 'warga Kem versi mata tak nampak' ni. Yang kami kenal sekarang, Haji Abdul Rahman dan anaknya Syarifah. Bukan teman tapi mesra ye. Cuma tahu namanya sahaja. Dari Pak Imam. Tak pernah sembang, tak pernah bertentang mata, tak pernah YM dah tidak pernah pun mereka tinggalkan 'tag' atau apa.

Alahai lah Pakcik nih. Sapa Astrik nih ?

PakLet dapat idea. Tanya rupa Astrik.

Pakcik Bujang : "Alah, yang comel-comel tuh, naik motor merah. "
PakLet : "Nombor motor dia, W******* ker ? "
Pakcik Bujang : " Ha ah "

Pakcik ni, pasal nombor bagus. Semua nombor plat motor / kereta orang dia hafal. Ada sebabnya tu.

Akhirnya kami tahu juga siapa Astrik. Bukanlah mata kasar tak nampak. Nampak. Tapi kalau jauh, tak berapa nampak juga, kot.

Punyalah mangkuk kan. Penat orang sakit jantung ! Kem Komandan Literasi Melayu tuh rupanya. Fasi yang malas update blog tuh !

++++++++

Pakcik nih, bagi nama sesuka hati sahaja kat orang. Dia panggil saya, 'dak Ani'. Tah mana lah dia dapat nama tu pun tak tahu. Abang, dia panggil 'dak Salem'. Lagi musykil. Rosli jadi Salem. Tak relevan sungguh, kan ?

Pakcik Bujang : " Wah, pandai betul Razali bawa bot, kan ? " (sambil melambai Bot Bayu Tasik, yang baru diservis enjin, yang di'drive' bagaikan harga minyak cuma 50 sen seliter)
Toyak dalam hati : ( Razali mana pula ni ? )
Toyak : " Haah "

Bila Cicha dah naik, barulah Toyak tahu. Rupanya Cicha tuh Razali. Lagi tak relevan. Dalam ramai-ramai kami, cuma Matger sahaja yang dia panggil betul. Panggil pun lembut jer, 'Dak Ger' Bak kata Syafiq, macam anak dengan bapa.

+++++++++

Hujung minggu lepas, Pakcik merajuk. Terlambat ambil dia. Sibuk dengan SMK Seg Hwa dan Literasi Melayu serta cikgu-cikginya, pegawai-pegawainya. Lambatlah sikit.

Sekali pergi, dia tak ada kat tempat dia biasanya menunggu kami.

Pukul 10 pagi, saya dan Adi pergi lagi mencari dia. Jumpa dia sedang mengangkat seberkas kayu dan parang panjang.

Merajuk, beb ! Puas juga saya memujuk. Adi pun tolong pujuk.

Pakcik Bujang :" Semalam lambat aku dapat minum Ni "
Saya : " Kita orang sibuk, Pakcik "
Pakcik Bujang : " Aku cakap dengan Mak kau Ni, kau tak nak aku kerja dengan kau lagi. Ni aku nak pergi rumah kau lepas aku potong kayu"

Wah, main Mak pula orang tua nih ! Pujuk lah juga. Orang tua, kan. Akhirnya dia hilang rajuknya. Saya suruh dia datang kerja esok.

Pakcik Bujang : " Habis, aku nak makan apa hari ni ? "
Saya : " Iye, iye. Karang pukul 2, saya suruh Matger ambik."
Pakcik Bujang : " Datang pukul 1"
Saya : " Iye, Pakcik "

+++++++++++

Nasib baik saya dah biasa bekerja dengan pekerja yang umurnya 'tua' banyak dari saya. Juga pekerja yang berpendidikan rendah.

Masa mula-mula kerja dulu, jadi 'management trainee'. Saya bertugas di bahagian 'Housekeeping'. Ada seorang Makcik dan seorang Ah Sor yang langsung tidak tahu membaca. Menulis nombor 1-10, reti. Duit pun pandai kira, tak pernah silap.

Di bahagian ni, setiap hari perlu buat inventori. Berapa 'hanger', berapa tuala mandi, berapa gelas dan sebagainya. Perlu juga tahu benda-benda ni berada di mana. Bilik, setor atau di launderi.

Mereka berdua tak tahu membaca. Kena lah letak seorang Supervisor, tukang tuliskan. Buang masa sahaja dan saya rugi satu tenaga kerja. Puas saya fikir macam mana nak buat. Akhirnya, dapat idea. Saya lukis sahaja. Gelas, lukis gambar gelas. Bakul sampah lukis gambar bakul sampah. Mereka senang, saya pun senang. Dan Supervisor pun boleh buat kerja dia.

Pengalaman kehidupan saya.

++++++++++++

Untuk Fasi

Tadi kami dah ke Zamzam Travel, mintak info pasal Taman Negara. Ni tengah try nak contact ex-boss kami. Ada rezeki, we will get to stay kat Mutiara Taman Negara :) Guide dah dapat dah.

Asri, Fendi sila bagi latest nyer confirmation list. Pg, takleh confirm ker ?

++++++++++++

Rindu Pada Mu

Tiada sehari yang berlalu
Tanpa ku mengingati Mu
Rindu pada Mu
Sentiasa mendambakan
Kasih dan sayang Mu
Semalam aku bermimpi
Dalam hujan ku berlari
Berlari mencari
Memangil-manggil nama Mu
Nama Mu yang sempurna
Kuharap dan kuberdoa
Semoga dapat bersua denganmu
Tiada kata yang dapat ku gambarkan
Perasaan yang ku alami
Cinta ku ini tiada berbelah bagi
Cinta yang suci dan abadi
Apakah aku diterima
Atau kau kan membiarkan saja
Kerana ku berdosa
Jangan biarkan ku terhina
Ku merayu pada mu
Rindu Pada Mu

Monday, April 17, 2006

Memorandum


FROM : PAK LET

TO : ALL STAFFS

SUBJECT : Apsere Adventure 2006 - KLD to Taman Negara

DATE : 31st May to 4th June 2006

Project Manager : Asri
Asst Project Manager : Fendie
Logistics : Cicha and Toyak
Itinerary and Activity : Zack and Kucai
Treasurer : Iha


++++++++++++++++++++

Straddling the borders of Pahang, Terenggganu and Kelantan, Taman Negara is a totally protected area of 4,343 sq. km., and is home to one of the richest and most complex ecosystems in the world.

A must-try attraction here is the canopy walkway, 30m high and stretching a distance of 500 m. It gives visitors a rare opportunity to view the jungle from above. Throughout the park, there are wildlife observation hides near saltlicks, where animals come to supplement their mineral intake. The best way to see the animals is to stay overnight at the hides.

Anglers can check out Sungai Kenyam and Sungai Sepia. The park is also a premier birdwatching site with over 300 species of birds recorded. The long trek to the top of 2,187m Gunung Tahan, the highest mountain in Peninsular Malaysia, may not be for everyone, but can be a rewarding experience. A less strenuous trail is the one to Bukit Teresek (334m), just a few hours' walk from park headquarters.

Along the riverbanks just half an hour's walk from park headquarters, visitors may come across the huts of the indigenous Orang Asli of the Batek tribe. The Batek used to live a nomadic life, but today, many of them have joined the cash economy. Some have become jungle guides while others work as porters, labourers or boatmen (a few have their own motorised sampans).

How To Get To Taman Negara
By Rail
Kuala Tembeling is also accessible from Kuala Lumpur, Singapore or Kota Bharu (via Tumpat) by rail. Trains from these stations stop at Tembeling Halt, about half an hour's drive to the jetty at Kuala Tembeling. Please contact Keretapi Tanah Melayu Bhd for details on train schedules and fares. The contact number are 03-2267 1200.

Thursday, April 13, 2006

Tapak Baru, Aktiviti Baru !

Sexcited Teruja sungguh nih !

Tak sabar menunggu Seg Hwa masuk. SM Cina Seg Hwa, pelanggan tetap Kem. Setiap tahun sekolah ini menghantar beratus-ratus peserta berkhemah.

Buat program untuk SMCSH memang mencabar. Dah selalu datang, kan. Kenalah buat program berlainan setiap kali.

Tema kali ni ' Survivor Camp'.

++++++++++

Tapak Baru. Kali ni SMCSH akan berkhemah di Camping Site 3. Lokasinya di depan pintu besar Kem. Walaupun luar pagar, tanah tu adalah tanah Lambaian Danau Sdn. Bhd. Ada lebih dua ekar kat situ. Tempat pun cantik, redup sahaja di bawah pokok-pokok besar.

Sejak seminggu lepas, Pakcik Bujang dan Matger telah mula membersih. Tebas anak-anak pokok. Pokok besar, kami biarkan kecuali pokok Jolok Hantu. Jolok Hantu kami tebang. Pokok ni tak tahan, mudah patah bila besar.

Dalam Tapak ni, ada 15 tapak perkhemahan yang boleh memuatkan 4 buah '6 men tent', satu dataran dengan pentas dan tapak khemah fasi. Ada rezeki nanti, bila tabung buluh dah penuh. Bolehlah pecahkan dan buat tandas, dapur dan dewan kecil. Tapi entah bilalah. Orang masuk setiap minggu, tapi duitnya entah bila-bila nak bayar ! Pentas tuh dibuat guna kayu-kayu 'recycle' dari jeti bot tepi Pondok Fasi. Masam muka Cicha, tempat 'parking' bot sudah tak de.

Sudah siap 70% (dari 'checklist' Pak Let). Tapak khemah dah siap, pagar kayu gelam yang macho (serius, pagar tuh macho ! i said cantek, tp hero-hero Kem nih kan melampau kan - sangat ego. Barang lasak mana leh cantek, dia orang kata. Ni pagar nih, bukan bunga ! ), pentas dah siap, tangga dah siap ... Yang belum : batu campfire, tempat gantung hammock, wiring lampu (Muafa buat, Selasa nih) dan tempat Fasi (ni fasi buat sendiri lah) dan parit. Pakcik pun kena sapu dan kemas sikit-sikit lagi.

Puas hati tengok Tapak 3. Macho, hensem, gagah perkasa gitu ! Belum bagi nama lagi. Nantilah kita fikir sama-sama.

++++++++++

Minggu ni juga sibuk menanda laluan untuk aktiviti. Saya ikut hari pertama sahaja. Abang Yusof dan Toyak menunjukkan tempat buluh rakit. Punyalah jauh, seberang dunia ! Sabtu pulak, mereka menanda dengan lebih 'detail'. Saya, kerjanya menyiapkan soalan-soalan. Setiap 'task', ada ganjaran dan 'imuniti'. Tak boleh tulis sinilah, sebab Cikgu Mokhtar peminat setia Dari Hutan Ini, kang dia dah tahu tak 'best' pulak.

Programnya memang lain dari biasa. Cuma 'War Game' sahaja aktiviti biasa. Makan pun tak macam biasa, tau ! Makan ikut hidung.

Saya tengah pening nak menamakan Kem apakah ini. Fasi, nanti tolong fikirkan ye !

"Lasak Tak Ingat"
"KLD Survivor Camp"
"Cabaran Perkasa"
"Program : Jatuh Banyak Kali, Bangun Banyak Kali".


hehe. merepek pulak.

Penat nih. Otak pun kurenglah sikit. Tu jerlah, saya nak ke Seremban nih. Pergi Makro. Beli tents lagi.

+++++++++++

Minggu ni :
( Jumaat - Ahad ) SM Sains Muar. Fendie, Zack, Toyak, Cicha, Fizi, Iha, Azim dan Trainee Baru (dari Rembau, alah lupa nama pulak !)

( Khamis - Sabtu ) SM Seg Hwa. Kepada Fasi yang dipanggil 'on-duty', pls confirm cecepat. Senang Akak nak prepare gaji.
( Jumaat - Ahad ) Literasi Melayu, MMU Cyberjaya. -sama macam kat atas-

+++++++++++

Selamat Exam untuk johnie-johnie semua. Score, jangan tak score !

Tahniah Azlie - PSM dah siap !

+++++++++++

"Ya Allah, selamatkanlah saudaraku, Dr. Rosaida. Kembalikan kesihatannya seperti biasa. Hanya kepadaMu, hambaMu bermohon, Ya Allah ....."

Sepupu saya, yang menjalani pembedahan di kepala (dalam kepala) di France masih tidak sedarkan diri di ICU. Yang, cepat sihat ! Apapun terjadi, kami tetap sayangkan Yang !

Wednesday, April 12, 2006

Kolej Komuniti Bukit Beruang

208 orang. 3 hari 2 malam. Program Pembangunan Insan. Fasi bertugas : Asri ( Asst Camp Com 1 ), Zack (Asst. Camp Com 2), Toyak, Cicha, Azlie, Azim dan trainees : Wau, Mustapha, Didi dan dak Usop.

++++++++

Peserta perlu menghadiri dan menamatkan Program ini untuk tamat pengajian Kolej mereka. Dan Kem diberi tanggungjawab untuk melulus/mengagalkan mereka. Nak lulus, senang sahaja, ikut peraturan dan undang-undang Kem juga ambil bahagian dalam aktiviti yang dijalankan.

Mereka sampai dengan 5 buah bas. Kalau pelajar Kolej Komuniti, selalunya lelaki lebih ramai dari perempuan. Kalau pelajar Universiti, perempuan pula yang lebih ramai dari lelaki. Normal lah tu. Kan kaum perempuan lebih bijak dan pandai dari lelaki. :)

Sampai sahaja, sudah mula bikin problem. Ramai-ramai pergi tandas. Amboi, macam kami tak tahu pulak kenapa nak bawak beg besar pergi ke tandas.

Upacara merampas barang-barang larangan. Dapatlah rokok dalam 30 kotak. Takkan lebih seratus lelaki, dapat 30 sahaja ? Body check, beg check .. dapat lagi. Dan, Toyak pun jumpa banyak juga - dalam tandas. Tuh yang sampai, terus bawa beg besar ke tandas. Puasa asaplah dik, 3 hari nih !

Rokok-rokok rampasan diserahkan kepada Pegawai-pegawai pengiring dari Kolej. Kem tak usik walaupun sebatang. Kita orang mana ada layan rokok, kita orang layan shisha. Baru kelas, dik ! Bukan setakat sedut, kita orang main tiup sekali !

Siap semua, pasang khemah. Malam, Ice Breaking.

+++++++

Night Walk.

Sejarah terburuk Night Walk terjadi.

Toyak dan Zack jalan mendahului peserta. Tengah-tengah ada Wau, Usop, Azlie, Mustapha, Didi dan Azim. Asri belakang sekali, sebagai 'sweeper'. Cicha, Adi, Syafiq dan Matger ikut jalan satu lagi. Check semua yang perlu macam biasa.

Last sekali, kami berdua. Offkan lampu-lampu macam biasa. Check Kem dan kami berdua naik jeep. Terus ke Tasik Biru. Sampai, nampak lampu signal dari Toyak, memberitahu dia di mana. Pak Let, balas balik. Terus ke Tokong.

Pak Let beritahu, hati dia rasa tak seronok. Sebabnya, pegawai-pegawai pengiring KK err, 'sedikit mengganggu' program. Mereka, telah bersiap dengan pakaian-pakaian hantu. Nak cakap tak boleh, dah bersiap segala. Diam sahajalah. Sempat juga kami berpesan, jangan melampau mengusik.

12.30 malam. Toyak dan Zack sampai.

Pak Let : "Zack, Toyak, mana yang lain ?"
Toyak : "Hah ? "
Zack : " Hah ? "

Zack dan Toyak tak perasan mereka cuma bawa sebahagian sahaja peserta. Perempuan semua sampai dan sebahagian lelaki. Fasi yang sampai - Mustapha, Didi, Usop dan Wau.

Toyak dan PakLet mula bertindak. Pasang lampu besar dan bagi signal. Akhirnya mereka sampai juga.

Menurut Azim, tiba-tiba dia tidak nampak lagi orang di depan. Walaupun puas dia dan Azli menyuluh. Mereka tidak nampak jalan. Semuanya pasir di Canyon.

" Tak tengok tapak kaki ker ? "
" Tak ada tapak kaki pun " Padahal, Toyak berhenti di setiap Check Point. Peserta yang tiba bersama Toyak yang kami tanya pun kata, rasa macam ada orang yang berjalan belakang mereka.


Azim, Azli dan Asri berusaha mencari jalan semula. Syukur, semuanya sampai dengan selamat.

Baru separuh perjalanan. Berkumpul depan Tokong. Pak Let bagi briefing. Selesai, fasi-fasi bergerak ke Check Point. Tinggal Zack yang bermunajat dengan peserta dan Toyak yang melepaskan peserta. Toyak lepaskan peserta balik, bertiga satu kumpulan.

Kami berdua di 'Port' biasa kami. Usik peserta sikit-sikit. Terdengar peserta menjerit-jerit macam histeria diusik pegawai KK. PakLet ajak pindah ke depan, tempat Cicha . Zack hantar pesanan, ada peserta pengsan. Asri dan Cicha pergi rescue. Peserta-peserta masih terjerit terlolong. Alahai, jalan bertiga pun takut ke ? Kami geram jugak. Minggu lepas, adik-adik comel SK Duyong tuh relax jer. Sambil jalan, sambil mengaji. Ini, sambil jalan menjerit-jerit bagaikan tak ingat Tuhan.

Kesian Asri, makin lama, makin ramai yang dia kena rescue sebab pengsan.

Tiba-tiba Syafiq sampai.

" Pak Let, Kak G, balik Kem - ramai budak kena tak ingat - semua tengah terjerit terlolong tu ".


Asri sampai, penuh satu jeep dengan budak pengsan. Kami menumpang di belakang, bergayut tepi pintu. Usop, Didi, Mustapha dan Wau tengah bergelut dengan budak-budak yang tak sedar diri. (Kucai, Asri - dia orang bagus nih, leh tak confirm jadik fasi ? )

3 orang tengah teruk. Dan kalau dibiarkan, benda ni berjangkit. S tengah terjerit-jerit tak ingat. Kami gunalah petua yang biasa kami guna.

1. Garu tapak kaki. Kalau geli, masih diri dia sendiri. Cuma perasaan takut saja yang mungkin ada.
2. Pujuk. Peluk. Cakap baik-baik. Pujuk, pujuk, pujuk.
3. Ajak ambik wudhu'
4. Pada masa ni, sepatutnya dia sudah okay semula.

tetapi kalau dia mula semula,

5. Lempangkan, sekuat-kuat hati.


InsyaAllah dia akan okay. Bukan dia sahaja, orang lain yang mahu histeria pun akan tiba-tiba baik.

Kejam, kan kami ? Nak dia baik, tu jer.

Didi (bakal doktor) punya petua lagi best. Di tutupnya hidung. Nah kau, puas dia pujuk. Peserta terjerit-jerit juga. Ngapppppppppp .. dia tutup. Dah hidung kena tutup, tentulah kena bernafas ikut mulut, kan ? Kalau dah bernafas ikut mulut, macam mana nak menjerit lagi. Terus baik.

Selepas tu semua peserta balik ramai-ramai.

Berkumpul dan kira kepala dulu. Alhamdulillah, semua cukup. Tak lebih, tak kurang.

Peserta dah tidur. Kami belum lagi. Azli dan Azim meronda. Tangkap 2 mamat yang sedang hidap rokok. Amboi ! Macam tak nak pass jer nih. Bukan mainlah mereka berjanji, bersumpah depan kami. Kami terima janji mereka dan alhamdulillah, janji terlaksana pada hari terakhir. Nasib baik lah.

4.30 pagi - baru dapat tidur.

+++++++++

6.00 pagi bangun dan mandi. Solat Suboh dan ke dapur. Usop jadi Imam dan bagi Kuliyah Suboh bersama Wau.

Aktiviti hari ni Amazing Race, Obstacles Run dan Water Confidence.

Malam, BBQ dinner dan Ceramah oleh Encik Kamal.

Lepas tu bina rakit.

2.30 pagi - baru tidur

+++++++++

Morning Exercise. Rakit Race.

Majlis Penutup. Semoga berjumpa lagi !

+++++++++

Minggu ni - SM Sains Muar
Minggu depan SM Cina Seg Hwa dan MMU Cyberjaya

Tak sabar nak buat Seg Hwa. Camping site baru, aktiviti baru !

Friday, April 07, 2006

SK Sri Duyong. Lapuran Ke-2

Mana lah pulak hilang nya ? Saya dah tulis dah SK Sri Duyong, tapi mana pula hilangnya ? Hari tu ada, dan dah dikomen oleh Wynn. Alahai Bloggers mo main cak-cak ker ? Sudah lama kita tak bergurau senda kots, Incik Andrew !

Biarlah, budak comel punya pasal, sangguplah Mama G tulis lagi !

SK Sri Duyong dibawa oleh Kaunselor mereka Cikgu Dahlela. Dahlela beserta Cikgu Fitri, Cikgu Ujie Hartini dan Encik Fakhrin merupakan bekas fasi KLD. Satu batch semua tu. Dahlela dulu student UM, Fitri dan Ujie budak Sains Sukan, UPM dan Fakhrin, budak Computer Science, UiTM. Eh, semua dah kawen dah, kecuali Fitri. Bilalah Mamat hensem, muka sweet nih nak kawen ? Fakhrin ada sejarahnya di sini. Dia merupakan Mat Bunga pertama KLD sebelum takhta tuh dipegang Fendi dan sekarang, the present Mat Bunga tentulah Abang Piling :)

hah, blogger sapa soh padam-padam report orang, kan ker aku dah merapu nih

Okay, back to budak-budak comel SK Sri Duyong. 80 orang Pengawas dan Ketua Kelas yang berumur 9 hingga 12 tahun. Mereka masuk Sabtu 25 Mac dan pulang pada Ahad 26 Mac. 2 hari 1 malam yang mencabar sahaja. Fasi yang bertugas : Asri (Camp Comandant), Toyak, Cicha, Azlie, Azim, MatGer, Adi, Syafiq dan new trainees : Wau, Donny Osmond, Didi dan Mustapha.

Sebaik selesai upacara penyerahan dari pihak sekolah ke Kem. Kami mulakan aktiviti pasang khemah. Abang-abang fasi yang pasang sebenarnya. Dah tinggi pun tak sampai had pintu khemah, macam mana nak pasang pole dan letak flysheet.

Selesai semuanya, acara Ice Breaking. Berkumpul di Anjung Kasih. Bahagi-bahagikan kumpulan. Lantik Tok Batin dan Mak Dara. Bila Pak Let cakap boleh mecalonkan diri - hampir separuh berdiri, ingin bertanding. Puas juga Abang Toyak, Pengarah Suruhanjaya Pilihanraya Kem memilih calon-calon yang sesuai bertanding. Untuk Pilihanraya kecil kali ni, syaratnya calon perlu berumur 12 tahun pada tahun ini. Ramai juga cukup syarat. Pengundian dijalankan dan Ketua Pengawas dan Penolong Ketua Pengawas terpilih. kuat bodek ketua, budak kenits nih.

Sudah ada kumpulan, kerja kumpulan diberikan. Buat ikat kepala bertulis nama masing-masing. Setiap kumpulan dapat kain berlainan warna. Lepas tu kena fikirkan Moto Kumpulan. Pak Let bagi 15 minit untuk buat kerja.

Selepas 15 minit, presentation. Ketua Kumpulan kenalkan diri. Check ikat kepala, semua bagus dan molek.

Pak Let : " Moto kumpulan adik ? "
Ketua Kumpulan : " Motobot "
Pak Let : " hah ? "
Pak Let : " Kumpulan lain ? "

Dan terdengarlah kami moto-moto mereka. Moto Polis, Moto Keris, Moto Honda, Moto Rola ... Adoi, macam nak mati kami gelak. Tak faham rupanya. Pak Let bagi contoh kat mereka, sebut Moto Polis dan lain-lain. Mereka akhirnya dapat juga mencipta moto masing-masing. Sangat original. Antaranya,

" Berkawan Mengeratkan Silaturahim"
" Berilmu, Beragama, Berjihad"
" Jatuh Sekali, Bangkit Berulang-ulang Kali "

Yang last tuh, kami tak faham. " Kenapa bangkit berulang-ulang kali. Tak boleh jatuh sekali, bangkit sekali ker ? " Pak Let cuba berdebat dengan Ketua Kumpulan. Nasib baik akhirnya Pak Let insaf. Tiada gunanya berdebat berhabis-habisan kerana akhirnya akan terpaksa setuju dengan pendapat mereka. Mereka akan gunakan berbagai alasan. Berbagai contoh - dari Mawi, dari Aznil, dari ShinChan, dari Atok kita, Mak kita, Abah kita ...

Selesai, Pak Let serah semula kepada Asri. Awek-awek sekelian, Asri ialah calon suami mithali. Cukup sabar dia dengan keletah peserta. Semua fasi pun sabar juga walaupun banyak cabarannya :) Ni dari abang Azlie, Pening sume fasi nak kena jaga diog nie.. Bukan nya dengar kata..Al maklumlah kan budak2 sekolah..dari darjah 3 sampai darjah 6..tp xrmai sgt cuma 80 org je kalau x silap aku..tp penat macam jaga 300 org..fuhhhh

Masa untuk makan tengahari. Didi, Cicha, Wau, Donny, Mustapha dan Raup, ex-fasi kami yang dah kerja, yang gaji besar lebih 3K ( bila mo belanja kami ? ) sendukkan makanan. Bila semua dah dapat makanan, Asri suruh baca Doa makan dan ajarkan menjemput makan. Dengan comel, lemah lembut dan bersopan santun, mereka menjemput. " Jemput makan Pak Let, Mama, abang-abang fasi, kakak-kakak fasi, cikgu-cikgu ..... " Bila selesai dan Asri kata, " Silakan makan". "Yeayyyyyyyyyyyy .... ", dah mula bising semula.

Aktiviti-aktiviti yang dibuat untuk mereka, yang senang-senang sahaja. Water Confidence dan Obstacles Run (versi mudah). Kena pentingkan keselamatan. Kalau biasa untuk Pilot Splash, 3 orang sahaja yang jaga tapi hari tu yang menjaganya Toyak, Kucai, Asyraf, Mustapha, Donny, Wau dan Mustapha.

Malam, kami buat juga Night Walk. Tapi jalan dekat. Dan PakLet melarang fasi dari mengganggu peserta. Kami cuma berdiri di tempat-tempat yang ditentukan dan diam sahaja. Berdehem pun dilarang :)

Comel sungguh mereka. Sambil jalan, sambil munajat, sambil mengaji. Harus khatam muqadam malam tu. Penat juga tahan hati, tidak menganggu mereka. hehe.

Malam tuh juga fasi tidur dengan adik-adik. Mustapha dan Didi tidur dengan budak perempuan di Anjung Kasih. Kami selimutkan mereka. Wau, Azim dan Donny tidur di surau dengan budak lelaki. Yang lain, meronda dan berjaga ikut giliran.

Kami memang seronok sangat dengan mereka. Sampai hari ni asyik teringatkan si-kembar Arif dan Alif juga Azrul yang comel giler. Alahai, semua comel-comel !

+++++++++++++++

Didi dan Mustapha nih perempuan dan ini bukan nama sebenar. Nama semasa jadi Trainee. sudah jinak kalu, baru kita tukar nama. Bila dah confirm kerja nanti, barulah senior akan 'menamakan' mereka. Kucai ada semasa minggu pertama training. Kesianlah, semua kena buli !

+++++++++++++++

Jangan lah hilang lagi entri ni weh !!!

Wednesday, April 05, 2006

Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM dan SK Sri Duyung
Image hosting by TinyPic
Image hosting by TinyPic
Image hosting by TinyPic
Image hosting by TinyPic
Image hosting by TinyPic
FPP, UPM
Sorry ye Anis sayang, lambat melapurkan !

FPP datang atas tiket Kem Pemulihan Akademik. Walau bagaimanapun, yang result tak bagus hanya beberapa orang sahaja. 2 hari 1 malam bersama kami.

Semasa sampai hinggalah ke malam aktiviti-aktiviti biasa - pasang khemah, solat berjemaah, kuliyah agama dan 'ice breaking'. Malam, ada night walk tetapi yang result tak bagus tak pergi.

Mereka bersama saya dan Pak Let ada sessi khas. Sessi kena marah dengan 'Mak Bapak'. Dah lah yang datang ni, pernah datang dulu. (FPP - bdk Kolej 6)

Bukan tak pandai penyebab result teruk. Kes nih sama sahaja di mana Universiti pun. Malas, ponteng kelas, tak tidur malam (punca pagi takleh bangun pergi kelas), online game, chatting, SMS, bercinta, clubbing, tiada sikap bertanggungjawab etc etc.

Dan seperti juga peserta-peserta yang sewaktu dengannya akan menyalahkan segalanya kecuali diri sendiri. Lecturer malas, ajar tak faham, computer rosak, pentadbir pilih kasih dan banyaklah. Pendek kata semua sahaja yang tak betul kecuali diri sendiri.

Hairan juga, anda cuma golongan yang minoriti. Kenapa pulak orang lain tidak ditimpa masalah sama. Boleh dapat 4.0 pulak tu !

Tapi biarlah semua itu berlalu. Masih ada masa untuk bangkit semula
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...