Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Wednesday, April 12, 2006

Kolej Komuniti Bukit Beruang

208 orang. 3 hari 2 malam. Program Pembangunan Insan. Fasi bertugas : Asri ( Asst Camp Com 1 ), Zack (Asst. Camp Com 2), Toyak, Cicha, Azlie, Azim dan trainees : Wau, Mustapha, Didi dan dak Usop.

++++++++

Peserta perlu menghadiri dan menamatkan Program ini untuk tamat pengajian Kolej mereka. Dan Kem diberi tanggungjawab untuk melulus/mengagalkan mereka. Nak lulus, senang sahaja, ikut peraturan dan undang-undang Kem juga ambil bahagian dalam aktiviti yang dijalankan.

Mereka sampai dengan 5 buah bas. Kalau pelajar Kolej Komuniti, selalunya lelaki lebih ramai dari perempuan. Kalau pelajar Universiti, perempuan pula yang lebih ramai dari lelaki. Normal lah tu. Kan kaum perempuan lebih bijak dan pandai dari lelaki. :)

Sampai sahaja, sudah mula bikin problem. Ramai-ramai pergi tandas. Amboi, macam kami tak tahu pulak kenapa nak bawak beg besar pergi ke tandas.

Upacara merampas barang-barang larangan. Dapatlah rokok dalam 30 kotak. Takkan lebih seratus lelaki, dapat 30 sahaja ? Body check, beg check .. dapat lagi. Dan, Toyak pun jumpa banyak juga - dalam tandas. Tuh yang sampai, terus bawa beg besar ke tandas. Puasa asaplah dik, 3 hari nih !

Rokok-rokok rampasan diserahkan kepada Pegawai-pegawai pengiring dari Kolej. Kem tak usik walaupun sebatang. Kita orang mana ada layan rokok, kita orang layan shisha. Baru kelas, dik ! Bukan setakat sedut, kita orang main tiup sekali !

Siap semua, pasang khemah. Malam, Ice Breaking.

+++++++

Night Walk.

Sejarah terburuk Night Walk terjadi.

Toyak dan Zack jalan mendahului peserta. Tengah-tengah ada Wau, Usop, Azlie, Mustapha, Didi dan Azim. Asri belakang sekali, sebagai 'sweeper'. Cicha, Adi, Syafiq dan Matger ikut jalan satu lagi. Check semua yang perlu macam biasa.

Last sekali, kami berdua. Offkan lampu-lampu macam biasa. Check Kem dan kami berdua naik jeep. Terus ke Tasik Biru. Sampai, nampak lampu signal dari Toyak, memberitahu dia di mana. Pak Let, balas balik. Terus ke Tokong.

Pak Let beritahu, hati dia rasa tak seronok. Sebabnya, pegawai-pegawai pengiring KK err, 'sedikit mengganggu' program. Mereka, telah bersiap dengan pakaian-pakaian hantu. Nak cakap tak boleh, dah bersiap segala. Diam sahajalah. Sempat juga kami berpesan, jangan melampau mengusik.

12.30 malam. Toyak dan Zack sampai.

Pak Let : "Zack, Toyak, mana yang lain ?"
Toyak : "Hah ? "
Zack : " Hah ? "

Zack dan Toyak tak perasan mereka cuma bawa sebahagian sahaja peserta. Perempuan semua sampai dan sebahagian lelaki. Fasi yang sampai - Mustapha, Didi, Usop dan Wau.

Toyak dan PakLet mula bertindak. Pasang lampu besar dan bagi signal. Akhirnya mereka sampai juga.

Menurut Azim, tiba-tiba dia tidak nampak lagi orang di depan. Walaupun puas dia dan Azli menyuluh. Mereka tidak nampak jalan. Semuanya pasir di Canyon.

" Tak tengok tapak kaki ker ? "
" Tak ada tapak kaki pun " Padahal, Toyak berhenti di setiap Check Point. Peserta yang tiba bersama Toyak yang kami tanya pun kata, rasa macam ada orang yang berjalan belakang mereka.


Azim, Azli dan Asri berusaha mencari jalan semula. Syukur, semuanya sampai dengan selamat.

Baru separuh perjalanan. Berkumpul depan Tokong. Pak Let bagi briefing. Selesai, fasi-fasi bergerak ke Check Point. Tinggal Zack yang bermunajat dengan peserta dan Toyak yang melepaskan peserta. Toyak lepaskan peserta balik, bertiga satu kumpulan.

Kami berdua di 'Port' biasa kami. Usik peserta sikit-sikit. Terdengar peserta menjerit-jerit macam histeria diusik pegawai KK. PakLet ajak pindah ke depan, tempat Cicha . Zack hantar pesanan, ada peserta pengsan. Asri dan Cicha pergi rescue. Peserta-peserta masih terjerit terlolong. Alahai, jalan bertiga pun takut ke ? Kami geram jugak. Minggu lepas, adik-adik comel SK Duyong tuh relax jer. Sambil jalan, sambil mengaji. Ini, sambil jalan menjerit-jerit bagaikan tak ingat Tuhan.

Kesian Asri, makin lama, makin ramai yang dia kena rescue sebab pengsan.

Tiba-tiba Syafiq sampai.

" Pak Let, Kak G, balik Kem - ramai budak kena tak ingat - semua tengah terjerit terlolong tu ".


Asri sampai, penuh satu jeep dengan budak pengsan. Kami menumpang di belakang, bergayut tepi pintu. Usop, Didi, Mustapha dan Wau tengah bergelut dengan budak-budak yang tak sedar diri. (Kucai, Asri - dia orang bagus nih, leh tak confirm jadik fasi ? )

3 orang tengah teruk. Dan kalau dibiarkan, benda ni berjangkit. S tengah terjerit-jerit tak ingat. Kami gunalah petua yang biasa kami guna.

1. Garu tapak kaki. Kalau geli, masih diri dia sendiri. Cuma perasaan takut saja yang mungkin ada.
2. Pujuk. Peluk. Cakap baik-baik. Pujuk, pujuk, pujuk.
3. Ajak ambik wudhu'
4. Pada masa ni, sepatutnya dia sudah okay semula.

tetapi kalau dia mula semula,

5. Lempangkan, sekuat-kuat hati.


InsyaAllah dia akan okay. Bukan dia sahaja, orang lain yang mahu histeria pun akan tiba-tiba baik.

Kejam, kan kami ? Nak dia baik, tu jer.

Didi (bakal doktor) punya petua lagi best. Di tutupnya hidung. Nah kau, puas dia pujuk. Peserta terjerit-jerit juga. Ngapppppppppp .. dia tutup. Dah hidung kena tutup, tentulah kena bernafas ikut mulut, kan ? Kalau dah bernafas ikut mulut, macam mana nak menjerit lagi. Terus baik.

Selepas tu semua peserta balik ramai-ramai.

Berkumpul dan kira kepala dulu. Alhamdulillah, semua cukup. Tak lebih, tak kurang.

Peserta dah tidur. Kami belum lagi. Azli dan Azim meronda. Tangkap 2 mamat yang sedang hidap rokok. Amboi ! Macam tak nak pass jer nih. Bukan mainlah mereka berjanji, bersumpah depan kami. Kami terima janji mereka dan alhamdulillah, janji terlaksana pada hari terakhir. Nasib baik lah.

4.30 pagi - baru dapat tidur.

+++++++++

6.00 pagi bangun dan mandi. Solat Suboh dan ke dapur. Usop jadi Imam dan bagi Kuliyah Suboh bersama Wau.

Aktiviti hari ni Amazing Race, Obstacles Run dan Water Confidence.

Malam, BBQ dinner dan Ceramah oleh Encik Kamal.

Lepas tu bina rakit.

2.30 pagi - baru tidur

+++++++++

Morning Exercise. Rakit Race.

Majlis Penutup. Semoga berjumpa lagi !

+++++++++

Minggu ni - SM Sains Muar
Minggu depan SM Cina Seg Hwa dan MMU Cyberjaya

Tak sabar nak buat Seg Hwa. Camping site baru, aktiviti baru !

7 comments:

Anonymous said...

ass'kum mama G....sy ely budak kkbb.tq sgt2.itulah satu2nye kem yg paling besh yg penah sy pegi.mmg happy! sy rindukan suasana kem,n mama....also masakan mama....!!!

wynn said...

horror-nye sampai gitu sekali ter-lolongnye. best betul petua didi... :)

Ogy said...

itulah wynn.

didi kan trainee, so dia kenalah buat macam senior bagitau. pujuk, pujuk, pujuk .. sampai tak terpujuk. baru nak okay, menjerit lagi.

lagilah bila tengok abang-abang fasi. abang fasi bukan dibenarkan pujuk pun. so kenalah si-didi pujuk.

didi fedup kots, ditutupnya hidung (dgn kejamnya) sampai minah tuh takleh nak bernafas.

dah kena pakai mulut tuh utk bernafas, camner nak menjerit lagi.

terus diam, terus baik :)

kak g

Ogy said...

elo ely !

nanti datanglah lagi ye !

sampaikan salam kat kawan-kawan semua !

take care :)

mama g

Anonymous said...

iii semua geng kld. cara korang buat 2 betul tapi kesianlah tengok diorang 2, sampai xleh nak bernafas. klah jumpa lg.......

Mr.BoGuZt said...

salam...aku budakn kkbb yang penah pi tpt hang...cuma nak cadangkan something je...ape kate kalau hang cuba buat aktiviti cam pertandingan memancing ke...memasak ke...tapi hang selitkan unsur berdikari supaya depa yang tak larat ke injured ke dapat join sekali aktiviti nie... aktiviti tak semestinya lasak untuk mengajar...kalau ianya lembut mungkin ianya membawa kesan yang mendalam...sapa tau...

Anonymous said...

Very nice site!
» »

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...