Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Thursday, October 19, 2006

Selamat Hari Raya Aidil Fitri






Pengurusan BT Sdn. Bhd
Pengurusan Lambaian Danau Sdn. Bhd
Pak Let, Kak G dan anak-anak
Semua Fasi-fasi KLD

ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI kepada :

semua pelanggan kami
ex-campers
anda semua yang mengenali Kem Lambaian Danau
rakan-rakan bloggers
dan
pembaca-pembaca DARI HUTAN INI.

Minal Aidil Wal Faizin




Thursday, October 12, 2006

Puasa di KLD

Salam Ramadhan !

Photobucket - Video and Image Hosting


Semakin hampir menghabiskan episod Puasa tahun ini. Entahkan ada umur entahkan tidak untuk bertemu lagi Ramadhan pada tahun depan. Wallah hualam.

Photobucket - Video and Image Hosting
Pejabat Kolam Pancing Matsah yang baru. Bahagian belakang tu, kolam bela Patin kepunyaan Zul Lajis. Saya beli Patin untuk BBQ dari dia, dpt harga member, murah skets :) Siap leh hutang lagi !!


Kerja-kerja di Kem dah banyak selesainya. Tapak Puteri dah siap dah, tak sangka bila dah siap, lebih besar dari jangkaan kami. Bestlah anak-anak dara bila bercamping nanti, boleh pasang tents ala-ala bercamping di tepian pantai gitu.

Kerja-kerja mengecat pun, tinggal yang rumit-rumit dan yang mencabar kesabaran :) Menyesal pasang batu angin, yang berlubang kecil banyak - seksa sungguh nak mengecat dalam lubang-lubang tu. Sian, Syafiq.

Sunyi kat Kem, tanpa bising-bising peserta. Haiwan-haiwan yang ada jer, sesuka hati keluar. Kesian dia orang tiada makanan, kami campak-campakkan lebihan biskut-biskut. Untuk burung-burung, campakkan kacang hijau dan beras. Ikan dalam kolam belakang Dewan Makan kami campakkan biskut juga. Kalau tak, dia dapat makanan dari benda-benda yang datang dari parit Dewan Makan.

Photobucket - Video and Image Hosting
Burung sedang makan kacang hijau. Atas burung ada buaian dari tayar lari, lupa nak masukkan dalam gambar sekali.


Photobucket - Video and Image Hosting
Kumbang ni landing atas pokok depan Anjung Kelana.


Photobucket - Video and Image Hosting
Gambar pepatung (dragonfly) ni saya ambil di Jeti Belakang. Best jer dia relax, tak terbang bila saya ambil gambar. Oh yer, gambar ni diambil style PG, meniarap gitu ! Kelas eh, ambil gambar camni, gaya jurugambar ! Cuma gambarnya saja, amatur lagi :) Gaya pun penting gak, kan ?


Photobucket - Video and Image Hosting
Baru balik dari War Game gamaknya nih. Ayam serama betina tuh, asal warnanya putih, dah jadi kelabu. Tak lama lagi, bak kata Toyak, jadilah warna Tompel. Jangan marah Pel, kurang pahala posa kang :)


Photobucket - Video and Image Hosting
Ni kucing Kem. Nama dia Datukkay. Muka putih, tapi atas muka ada tompok hitam ala-ala misai 'orang tu'. Sukahati jer kan, bagi nama !


Gambar Alex, Maya dan family tak de. Tah mana tah dia orang pi lepak. Dah kenyang makan biskut kots.

Monday, October 02, 2006

Biru, Hijau dan Putih

Salam Ramadhan !

Photobucket - Video and Image Hosting
KLD - biru, putih dan hijau, tenang dan damai di bawah langit Ramadhan !


Hari ni, dah lapan hari kita berpuasa, kan ?

Bulan puasa, kami bercuti sebulan. Tidak mengambil sebarang tempahan. Bercuti pun, bukannya tak buat kerja langsung. Malah, lagi banyak kerja yang perlu dibuat. Inilah masa untuk membuat kerja-kerja maintenance - repair apa yang patut, mengecat, menaiktaraf kemudahan yang ada dan lain-lain.

Jadual kerja, padat. Sebaik keluarnya SMK Cheras Perdana, pelantar depan office telah direpair. Buka balik semua lantai-lantai dan tukar tiang-tiang yang tak kuat. Sekarang, dah boleh berlari balik atas pelantar tuh.

Habis tu, kerja-kerja meracun. Umbai, menerung dan rumput bukan boleh dibiar. Kalau tidak nanti, tasik jadi cetek. Tak sanggup nak mencabut, Syafiq dan PakLet meracun dari atas bot. Kalau Matger dan Kemang dahulu, mereka cabut.

Photobucket - Video and Image Hosting
Dah mati kena racun


Photobucket - Video and Image Hosting
Umbai dan menerung yang dah mati.

Siap meracun, kerja-kerja mengecat bermula. Hampir 40% siap. Anjung Kelana, Pentas dan separuh Dewan Makan.

Photobucket - Video and Image Hosting
Anjung Kelana. Syafiq sedang mengecat AK semasa saya ambil gambar ini. Warna cat ? Tentulah Putih dan Hijau. Suci dan bersih jer kedua warna ni, warna pilihan Baginda Rasulullah SAW.


Photobucket - Video and Image Hosting
Er, ini Syafiq, bukan Farrah yer. Farrah, thanks eh, tinggal baju. Buat baju kerja, baju Farrah nih :) Mengecat tiang Dewan Makan.


Sambil tu, kerja-kerja membasuh juga giat dijalankan. Selain dari linens chalet-chalet, semua, IYER, SEMUA cadar-cadar, kain selimut dan sleeping bags fasi telah dibasuh. Sekarang dalam proses membasuh baju-baju, tracks bottoms, spender, tights dan segala maknenek fasi yang masam, kepam dan buchuk giler tuh. Sekali masukkan dalam mesin, sekali megren, korang tau tak ? Mendidih jer darah nih, nak lepuk-lepuk pala korangs, tau ?

Photobucket - Video and Image Hosting
Menjemur baju di Pelantar. Mesin Basuh Baju ni adalah pemberian Wak Ripin.


Tapak Puteri. Sudah cantik diisi dengan pasir. Sudah boleh bercanda di tepian pantai gitu. Seluruh Tapak Puteri sudah berpasir. Bestlah, tents sudah boleh pasang atas pasir. Dan siaplah, Boss Khemah - Toyak dan Cicha nak layan khemah berpasir :) Kerja membuat border hampir siap, tinggal nak plaster sahaja.

Photobucket - Video and Image Hosting
Level pertama, paling tinggi. Kami buat tiga level - tinggi, sederhana dan rendah.


Photobucket - Video and Image Hosting
Pasir Gred A untuk Tapak Puteri. 15 lori besar. PakLet anggarkan Tapak Puteri boleh memuatkan 120 orang peserta sekarang.


Setor bawah tanah untuk Bilik Kecil 15 buah juga sedang dibuat. Asalnya 10' x 10' x 10 '. Sekarang ni, luas dan lebar memang 10' x 10' tapi dalamnya dah terlebih sebab JCB terlebih sikit mengaut. Hantam jerlah ! Setor lama tuh tak cukup untuk menampung peserta yang ramai. Takkan setiap minggu nak panggil IWK menyedut pulak.

Photobucket - Video and Image Hosting
Lubang Najis Setor bawah tanah yang baru.


Photobucket - Video and Image Hosting
Dhalan dan Wak Ripin sedang bekerja.


Photobucket - Video and Image Hosting
Wak Ripin. Dia suruh saya ambil gambar dia.


Photobucket - Video and Image Hosting
KLD, kesayanganku !


++++++++++

Malam tadi, Raup datang. Dia belanja kami makan kat Kedai Siam Jasin Hilir. Terima Kasih, ye Raup !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...