Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Monday, November 29, 2004

Fasis Training and Gathering 2004

Bermula dari hari Jumaat hingga Ahad, 26-28 November 2004.

Fasi yang hadir : Cikgu Nazri, Bamz, Iha, Asri, Abob, Kucai, PG, Sham, Jepun, Geger, Pak Haji, Madas, Azim, Asyraf, Pakdi, Fendi, Rini, Ruddy, Lin, Toyak, Azlee, Dino dan Raup.

Jurulatih Kanan yang hadir : Pak Man, Cikgu Jamsari dan Ustaz Zul
Pengarah BT : Sam dan Li

++++++++++++++++++++++++++++

Jumaat
Pagi Jumaat, awal pagi telah bersiap sedia. Geger dan Jepun dah sampai pagi-pagi lagi. Lepas tu, Azim dan Asyraf pula sampai. Abang Alias, abang ipar saya tolong kami buat court takraw.

Kami menyiapkan kerja-kerja akhir sebelum balik utk solat Jumaat.

++++++++++++++++++++++++++++

Leman, Addie, Faruq dan Siti dari MMU sampai dulu. Walaupun mereka dtg utk training, mereka bukanlah asing pada kami. Leman dah banyak kali organise program di sini.
Lepas tu seorang demi seorang sampai sehinggalah jumlah semuanya jadi 60 orang. Ramai :)

++++++++++++++++++++++++++++

Tugasan pertama, pasang khemah. Hujan lebat pula petang Jumaat tu, jadi kami sedikit lambat dari schedule. Siap semua, bersihkan diri. Solat Maghrib, kuliyah Maghrib, tahlil dan solat Isya'diimamkan oleh Imam Harris.

Makan malam.

Ice Breaking. Pembahagian kumpulan. Setiap kumpulan bercampur-campur, fasi lama dan pelatih-pelatih dari universiti berlainan.

Cipta hakka, bendera, moto kumpulan dll. Kenalkan dengan pelatih-pelatih cara bagaimana kami menguruskan program.

Acara berkenalan dengan pengurusan KEM LAMBAIAN DANAU. Lepas tu pula penyampaian penghargaan Kem kepada Jurulatih Kanan dan fasi-fasi. Orang paling lama - Pak Man, Kucai dan Abob dapat jam tiga calit tu. Yang lain dapat beg, backpack dan towel. Hadiah ikut jumlah jam bertugas. Mengenali mereka, saya belikan jenama-jenama lasak kesukaan.

Pukul 3 pagi baru tidur :)

Saya kerisauan sebab Kucai tak sampai-sampai lagi.

+++++++++++++++++++++++++++++

Sabtu
Selepas senampagi dan sarapan, aktiviti lasak bermula. Rakit Adventure. Semua kumpulan diberi masa kurang sejam untuk bina rakit. Setiap kumpulan kena buat 2 rakit.

Masa untuk water confidence. Semua terjun ke dalam air. Nana dan Ayin terjun sama.
Habis water confidence, baru Kucai sampai. Senang hati :)

Adventure bermula. Ikut lalaun Safari 3 dan 4. Dekat dengan port bird watching. Sam dan Pak Man dah tanda laluan sebelum aktiviti bermula.

Kumpulan Hijau yang teruk sebab berkayuh dulu, kena buka laluan. Yang dibelakang dah senang, laluan dah ada. Aktiviti ini sangat mencabar sebab ada tempat yg kena terjun dan tolak rakit. Tapi semua suka sebab inilah salah satu tempat tercantik di tasik kami.

Keluar dari laluan Safari ke jeti semula. Rakit masuk ke pit-stop dulu, repair apa yang patut. Mengepam dan mengikat :)

Rakit Race bermula. Persaingan sangat sengit. Walaupun lebih separuh dari pelatih berkebolehan mendayung, tetapi mereka cuma biasa mendayung kayak. Rakit tak biasa. Seksa, kan dik ? Ada juga rakit yang perlu ditunda ke jeti :) Fail lah tu, kan ?

Pemenang, kumpulan RedHead yang ada canoeist Kem - Asri, Toyak dan Cikgu Nazri.
Tempat kedua Flowerhone yang ada Iha, Sham dan Fendi.

Lepak sungguh lepas tu :)

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Selepas solat Zohor dan makan tengahari, aktiviti obstacles-run.Redhead menang lagi. Bamz injured, melecet. Masa agak baik walaupun tak pecah rekod. Rekod yang dipegang Akademi Laut Malaysia tu memang payah sungguh nak dipecah.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Malas pulak nak tulis in detail. Tak sempat maaaaaaaa.. i have many things to finish ni, kalau tak kang kena lak belasah ngan my brother, the juruletih jurulatih kanan - pakman.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++

We had fun. Ada karaoke, sessi sembang-sembang, war game dan aktiviti-aktiviti lain. Kesian pelatih-pelatih semua menahan mata :)

Memang lasak, memang penat dik. Tapi itulah cara untuk kami mengenali anda. Bila penat, bila tertekan baru nampak 'your true colors'.

Ada pelatih yang bagus, ada yang tak mencapai tahap yang kami mahukan.

Seperti yang PakLet beritahu, kami nak mencari fasilitator, bukan peserta aktiviti outdoor. Bukan senang nak menjadi fasi - anda perlu jadi seorang yang 'all-rounder'. Budak sekolah rendah, pelajar universiti, pakcik-pakcik dari organisasi dan berbagai kumpulan yang datang ke sini. Lain kumpulan, lain cara melayannya.

Nak kena tahu repair paip air bocor, cuci tandas, pasang pintu toilet tercabut, rescue gayung jatuh di jeti ! Sampai-sampai sahaja nak kena mengadap Pak Haji. Kalau ada john labu dan john keledek, nak kena kupas pulak. Siti bawang merah memanglah confirm kena kupas :)

Paling-paling penting, kami mencari yang penyabar, yang humble, yang pandai bergaul gitu. Lain-lain semua akan diajar. Kami punya jurulatih-jurulatih terbaik dalam bidang masing-masing. Cikgu-cikgu tu bukanlah cikgu-cikgu biasa - ada yang berijazah sarjana dalam Sains Sukan. Dan mereka berkayak hingga ke sungai-sungai air deras di US dan Canada.

Tapi alhamdulillah ada beberapa orang yang bagus, yang kami yakin boleh kami bentuk untuk menjadi fasi.

++++++++++++++++++++++++++++++

Lama sungguh tak berkumpul ramai-ramai sehingga hampir semua ada di Kem. Last sekali, semasa Kem JIM dulu.

Terharu dan gembira, bercampur-campur. Melihat 'budak-budak' ni dah semakin dewasa. Masa mula jadi 'fasi' dulu Abob baru tingkatan 3 dan Kucai, tingkatan 4. Gang-gang Kutus tahun satu - bercakap tak reti, kelam kabut, setiap minggu jatuh cinta - berbagai ragam. Gang MMU pun macam tu jugak - tahun satu.

Sekarang mereka sudah jadi orang dewasa. Yang perempuan dah jadi anak dara yang lawa dan bijak. Yang lelaki, kacak-kacak dan pandai. Masing-masing dah pegang jawatan pengarah-pengarah, pengerusi-pengerusi dan presiden. Bangga sungguh dengan mereka.

+++++++++++++++++++++++++++++

Bila berkumpul ramai-ramai, macam-macam boleh jadi. Pakdi sempat menubuhkan Persatuan Labu Sayong seKem Lambaian Danau. Dijemputnya saya jadi ahli kehormat ! Bisa beb ! Penaungnya PakMan. Presiden, Fendi. Pakdi, instructor. Ahli-ahli - Cikgu Nazri, PG, Raup, Ayap dan Toyak. Instructor dah bagi jadual masa untuk labu-labu sayong berubah jadi 'hour glass'.

Tak nak ketinggalan ada juga yang bukak persatuan lain. Persatuan Ayam Serama Kem. Ahlinya Kucai, Jepun, Zack dan Bamz.

Macam-macam.

++++++++++++++++++++++++++++

Selesai semua, mereka ke rumah saya. Ramai yang belum beraya dengan Nenek. Ada juga yang second round, hantam sahajalah labu. Sessi usik Iha Wah, geng Iha dah pandai cakap utara ! heheh Kalau boleh memanglah nak sampai ke malam, tapi Dino perlu pulang ke KL. Kami berpisah pukul 6.00 petang. baliklah weh, orang nak tido nih! Kira-kira cam sampai suruh balik, baru nak balik budak-budak ni.

+++++++++++++++++++++++++++

Bercuti seminggu. Kami akan ke KK hari Rabu. Jumat, UKM masuk. Pak Man dan Ustaz Zul handle.

Pastinya sewaktu bersnorkelling dan mendaki gunung saya akan teringat-ingatkan semua di Kem :)Kerja rajin-rajin aaa !

+++++++++++++++++++++++++++

Checkout PG's blog and fotopages utk lapuran lain dan tengok gambar. Bamz tak update sebab dia akan balik ke KL.

+++++++++++++++++++++++++++

Thursday, November 25, 2004

JUTAAN TERIMA KASIH

Buat semua yang telefon, email dan textkan pertanyaan/permintaan untuk menjadi wargakerja KLD.

Permohonan telah ditutup.

InsyaAllah anda boleh menyertai kami di Training yang akan datang.

Jutaan Terima Kasih atas minat anda.

Pengurusan Bayu Tasik Sdn. Bhd


Tuesday, November 23, 2004

Fasis Training and Gathering 2004

Image Hosted by The Image Hosting
Menuju Puncak ! Di pucak scalfolding, bersedia utk terjun. Photo credit to Rudy Bluehikari. Thanks so much, Rudy !


Untuk perhatian fasi-fasi KEM LAMBAIAN DANAU

Bermula 4 pm 26 - 28 November 2004

Senarai dah confirm akan menghadirkan diri :

Pengarah-pengarah BT

Jurulatih Kanan
Pak Man, Cikgu Jamsari, Cikgu Bad, Ustaz Zul, Cikgu Yahya

KUTKM
Ruddy, Asri, Azlee, Fendi, Lin, Pakdi, Rini, Madas, pG, Saiful dan beberapa students baru yg apply kerja

MMU
Iha, Raup, Bamz, Leman, Addy, Anas, Fathi

Jasin
Abob, Kucai, Along Yusof, Cikgu Nazri, Pak Haji, Iwan, Hafidz

Chinchin
Toyak, Muafa, Geger, Jepun, Faizal, Sham G, Cicadinho, Khalid

Univ KL
budak-budak baru

Muar
Bob, Azim, Asyraf, Apai

Acara tahunan bermula lagi ! Dan kali ni banyak kezutans ! Hehehe
Ramai orang baru, jadi fasi-fasi lama kenalah membantu mereka berkenalan dengan Kem dan mengajar mereka aktiviti-aktiviti dan modul-modul Kem.

Disebabkan ramai orang baru, aktiviti-aktiviti yang disediakan tidaklah selasak mana. Rakit Adventure, Trialthlon, War Game dan lain-lain.

Malam ada ice breaking, BBQ dinner dan majlis beraya - jangan upa bawa baju Raya. Kita akan ambil gambar ramai-ramai dan gambar baju Raya ni boleh jadi gambar utk kad Raya tahun depan. Bawa juga baju yang sesuai utk tidur malam. Sekarang ni winter di Kem - sejuk giler ! Bawa juga extra socks utk tidur malam. Kalau ada sleeping bag, lagi bagus, lebih selesa tidur.

Jumpa hari Jumaat nanti :)

Image Hosted by ImageShack.us
Tasik seluas 104 ekar yang mengelilingi KEM LAMBAIAN DANAU. Photo credit to Amyz. Gambar yg Amyz ambil semasa Projek Basah. Thanks Amyz !


++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Friday, November 19, 2004

Basuh Khemah

Ada ker kerja yang lebih boring dari ni ?

Membasuh beratus-ratus khemah. Dah 3 hari bermula, bilalah nak habis ?

Masih membuat kerja-kerja membersih Kem. Mengecat dah habis, cuci tandas dengan chemical pun sudah. Tinggal khemah sahaja. Kena siapkan cepat sebab hujung minggu depan 26-28 November ada Fasi Gathering and Training 04.

Fasi lama diwajibkan menghadirkan diri. Fasi baru, masih boleh apply, email saya di lambaiandanaukem@yahoo.com atau telefon 06-5246066/67.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Beraya Lagi

Malam semalam, Zack bersama 2 kawan dari MMU dan Jepun datang beraya.


Masa kami berkumpul hari tu, mereka tak datang. Rugi tak datang masa beramai-ramai. Cikgu Bad pun ada selain dari PakMan & anak-anak, Abob, Pak Haji, Cica, Khalid, pg & kawan, Toyak, Muafa, Ruddy, Geger dan Zairul(adik Jepun). Sempat jugak kena marah. Manakan tidak, kalau Raya, ucaplah Selamat Hari Raya. Ini disebut mankoq mana, mankoq mana macam di Kem. Tak senonoh. Abob bawak pula mercun dan bunga api. Macam budak-budak keciklah semua bermain.

Back to malam semalam pula cerita. Lepas rumah kami, mereka nak beraya ke rumah Pak Haji pula. Kami berdua ikut sama sebab belum ke rumah Pak Haji lagi. Lama pulak di rumah Pak Haji, layan Hindustan version of citer ET tuh. Apa ye nama citer tuh ?


++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Biskut Dam

Nanti ye dik, resepi tuh ada, dalam Buku Resepi Mak. Tapi lupa nak bawa ke Kem.

Ni ada resepi yang saya baru cuma buat tahun ni. Ida dapat dari kawan dia. Sedap, tak manis dan senang dibuat.

Biskut Badam

1 kg tepung gandum
500 gm badam hiris (bakar sampai kuning dalam oven)
400 gm gula ising
sedikit garam
500 gm minyak jagung

Cara:
1. Ayak tepung gandum, gula ising dan garam 2 kali
2. Campurkan badam hiris. Gaul hingga rata
3. Basahkan adunan dengan minyak mazola
4. 'Roll'kan sedikit-sedikit adunan hingga menjadi macam 'sausage' yang panjang. Potong-potong. (Buat macam rupa biskut kacang yang jual di kedai tu)
5. Bakar hingga kuning.
6. Biskut ni sedap, tapi rupa dia tak cantik. Cubalah. Serius sedap - 'melt in ur mouth gitu!

Tuesday, November 16, 2004

3 Syawal

Sekejap sahaja sudah tiga hari beraya.

Hari Raya, anak-anak sahaja yang bergembira. Suka dapat pakai baju baru, pungut 'angpow' dan makan minum sepuas-puasnya.

Kami beraya di Jasin. Lepas solat sunnat Aidil Fitri baru ke pusara Ayah. Tahun ni kami bawa Mak bersama sebab dia nak ikut. Nasib baik boleh bawak kereta sehingga ke pintu besar Perkuburan. Taklah jauh sangat Mak berjalan. Tahun lepas saya tak ziarah Ayah semasa Aidil Fitri sebab sakit.

Lepas ziarah Ayah, kami ke pusara nenek, datuk dan moyang-moyang.

Balik dari kubur terus sahaja ke rumah-rumah Mak Saudara. Seronok jumpa mereka, sepupu-sepupu dan anak-anak saudara. Kelakar tengok mak-mak budak yang dah bertukar ke 'uniform'. Baju kurung, kebaya entah ke mana. Pakai uniform kerja semula - kain batik, t-shirt, baju Kedah, capri pants semua ada. Jadi Ibu, macam tulah - kerja dapur tak habis-habis untuk pastikan sanak-saudara, sahabat handai dan tetamu seronok berkunjung ke rumah.

Petang, keluarga saya ke Muar, rumah Mak Mertua.

++++++++++++++++++++++++++

Bagi saya paling seronok sekali ialah berjaya menghabiskan ibadah puasa tanpa apa-apa aral tahun ini. Akhir minggu pertama hingga ke minggu kedua saya sakit - batuk berdarah, hingus pun berdarah. Alhamdulillah telah sembuh dan sihat macam biasa.

Berjaya mendidik anak bongsu saya, Rina berpuasa. Alhamdulillah, dia setabah abang-abangnya juga. Saya mendidik anak-anak mula berpuasa ketika umur 6 tahun. Anak saya berpuasa terus, tidak diajar separuh-separuh hari.

Ketika bersahur, saya suapkan nasi. Minum Milo. Siang hari, Abahnya beri motivasi, kuatkan semangat anak. Rina tinggal puasa 4 hari sahaja sebab demam. Abang-abang komen, kami masa umur 6 tahun puasa penuh sebulan !

Bila umur 7, 8, 9 senang sahaja. Mereka dah faham dan seronok beribadah.

+++++++++++++++++++++++++++

Malam ni fasi-fasi Jasin pakat-pakat nak datang beraya. Nak masak apa ye ? Semua orang jemu dengan ayam dan daging. Nasi Lemak, okay kots ?Meriahlah rumah dengan Kucai, Cica, Jepun, Geger, Raup, Sham, Khalid, Toyak, Abob, Along Yusof, Muafa, Ruddy, Pak Man dan Pak Haji.

Yang lain, balik kampus nanti, kita second round ye ?

Cica dan Toyak ada di Kem ni. Tengah merepair Bayu Tasik. Propellernya tercabut ke apa tah ?

+++++++++++++++++++++++++++

Kerja Untuk Bamz dan Raup.
Kem ada beli PC baru cop Dell. Ampehs ah, computer nih. Tunggu korangs berdua datang ke Kem untuk mengodek.

+++++++++++++++++++++++++++

Business Pearl dan Kristal

Apa khabar my suppliers ? Banyak masuk ? hehe

Tahun ni, gelang kristal laku giler. Kristal kami, Swaroszki. Sesiapa berminat, boleh hubungi saya. Harga yang saya jual cuma 1/3 dari harga yang anda beli di KLCC tu. Direct from my sis' factory. Murah giler. Dan ada kristal pesen baru-baru - 4 segilah, bintanglah apakenamalah ... Kalau ada duit Raya lebih tu, bolehlah membeli. Nanti bolehlah melawa semasa open house gitu.

+++++++++++++++++++++++++++

Lagi 2 minggu nak pergi naik gunung. Huh, tak sabarnya !

Friday, November 12, 2004

1425

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN


dari kami semua di KEM LAMBAIAN DANAU


Pak Let, Kak G serta anak-anak :
Ridzwan Amir, Ridzwan Hafidz, Ridzwan Nadzrin, Rina Syahirah
Pak Man, Cikgu Jamsari, Cikgu Badrul, Cikgu Yahya,
Cikgu Nazri, Ustaz Zul
Ruddy, Asri, Pakdi, Madas, Azlee, pG, Fendi
Zack, Iha, Fathi, Aini, Raup
Adi, Ashraf, Azim, Bob, Fitri, Apai
Abob, Kucai, Along Yusof, Pak Haji
Jepun, Geger, Toyak, Cica, Muafa, Sham, Khalid


++++++++++++++++++++++++++++++++
Salam Aidil Fitri semua ! Pembaca DARI HUTAN INI, ex-campers, sahabat alam maya dan sahabat-sahabat Kem, saudara-mara (ada ke saudara yang baca ? kalau ada maybe shari seorang, kots ? shari, kem salam kat semua my aunties, raya balik Jasin eh ?). Semoga Raya anda diberkati. Pergi kunjung-mengunjung, jangan mengadap TV sahaja.

Baru sudah mengacau rendang, masak kuah kacang dan rebus ketupat. Esok sebelum Suboh perlu bangun untuk masak gulai kurma' dan kuah lodeh pulak. Ada orang tak puasa jadi tukang rasa tadi, sedap dia merasa rendang ayam pencen dan rendang campur - daging, paru, hati dan limpa. Masak berdua dengan buah hati. Iye Tok R, kami pasangan mithali - berdua dalam segala hal ! Heheh.

Semalam 'baking day' - baked 8 biji kek - 4 kek kukus, 2 cake chocolate chips dan 2 butter cake. Bukanlah buruk melantak. Tapi kena bagi mak darat dan juga mak mertua Ida. Letih mengadap oven. Malam ni kalau rajin, nak buat sebiji lagi kek chocolate special yang resepinya baru jumpa di net tadi. Nak buat toppingnya sekali.

Beria-ria pulak beraya ! Tahun lepas, sakit. Raya kedua berada dalam bilik pembedahan. Lepas tu terlantar seminggu kesakitan. Rendang tak rasa, apapun tidak. Kesian anak-anak. Tak berjalan mana. Di hospital, menjenguk Mama sahaja.

Tahun ni pula, kami kehilangan Kak Pah. Asyik sahaja fikirkan Syafiq dan Nini. Entah bagaimanalah anak-anak berdua beraya pertama kali tanpa Mama mereka. Abang telefon Man, katanya mereka sekeluarga beraya di rumah keluarga Kak Pah seperti kebiasaan mereka selama ni. Balik dari Muar nanti, nak menjenguk Man dan anak-anak.

Menunggu-nunggu juga ucapan raya dari seseorang tu. Biarlah, manalah nak ingat kami lagi. Lama pun dah peristiwa. Setahun mestilah lupa, kots? Tak kisahlah, sudah biasa pun jadi jambatan. Sampai keseberang, perlu apa lagi jambatan tu, kan ?

Jutaan terima kasih untuk yang mengucapkan Salam Aidil Fitri kepada akak. Thanks ye TokRimau, Basri, Muring, Lan, Abrar, Salina, Seriadriani (tahniah, dik ! i'm happy for you :)), Ady dan Ati, Betty, Zar, Iha, Bamz dan lain-lain kalau akak terlupa atas kad ucapan, text messaging dan panggilan telefon. Salam Raya untuk anda dan keluarga.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...