Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Tuesday, September 30, 2003

Sebelum Balik Rumah

Alahai ... nak balik ni. Tapi tak boleh sebab peserta Maktab tengah buat flying-fox. Bone-shaker pulak saya parked depan Anjung Kelana. Tak baik la kacau dia orang pulak. Kenalah tunggu sampai dia orang habis.

Masa saya management trainee di satu resort kepunyaan kerajaan negeri dulu (sekarang dah jual kat orang politik !) , bila cuti sekolah Singapore selalu ada church camp. Masa church camp ni mereka buat macam-macam aktiviti keagamaan. Percaya tak, ada orang Melayu ? Selamba je ! Saya pernah jumpa seorang. Nama dia Sarah. Ada seorang lagi tu kawan Mak saya sesama kerja nurse. (Mak dah pencen tapi). Berkahwin dengan lelaki Kristian di gereja. Tapi dia pakai juga nama Melayu. Bila jumpa Auntie ni saya pasti terdiam. Tak boleh nak beramah mesra ngan dia. Rasa semacam je. Kesian tengok. Apalah yang ada dengan cinta sesama manusia sehingga sanggup menduakan Dia.

Saya jumpa link ni, tapi lupa kat mana ... Click here to read orang murtad

Em, masih belum habis flying-fox. Masih terjerit-jerit sebut nama dan i/c memasing. Cepatlah habis ... Nak balik la !

Tak Jadi Exam

Nadzrin kata hari ni tak jadik exam. Dia kata Cikgu tangguh exam ke next week. Asalkan boleh je mamat tu. Punya la kami prepare. Adoi, another week of revision. Kami dah cover habis semua dah sepatutnya. Kena study lagi la nampaknya. Favourite subject dia Sains. Kami belajar pasal colours (bukan color, Mama), things in your bedroom, furnitures, animals, wild animals dan macam-macam. Sekarang dah tukar cara belajar. Dia ajar Mama sebab nak tunjuk yang dia dah faham :). Nana jadik model untuk subject anatomy dan senses. Mamat yang di sekolah menengah dan dok hostel tu exam dia start 13/10. Tu saya selamat la, takyah nak study sesama. Seminggu lagi kena study subject Tahun Satu. Macam mana Cikgu leh tahan jadik Cikgu, ? Saya respect Cikgu.
Maktab Perguruan Raja Melewar
Peserta perkhemahan dari Maktab tu ada di Kem sekarang. Masuk hari Isnin dan akan keluar hari Jumaat pagi. Jumaat petang pula UPG dari MMU Melaka masuk. Mereka sewa Kem dan bayar profesional fee kat Jurulatih Kanan saje. Lainnya buat sendiri. Pagi ni pergi jungle tracking dengan PakLet dan Cica. Sampai pukul 2.15 petang ni masih belum balik. Risau juga ni. Kalau pukul 3.00 tak sampai kena lah saya dan Jepun pergi tengok. Kalau program buat sendiri memang leceh skets. Tapi dah modulenya macam tu. Lunch pun belum ada lagi. Aherq dah hantar ikan, sayur dan buah tembikai. Balik dari tracking baru masak. Tak pe, belajar-belajar hidup susah. Nanti dah keje, balik dari sekolah dan dapat makan tengahari lambat, tak de masaalah sebab dah biasa, kan adik ? Em, mereka dah selamat sampai. Senang hati :)
Lenny Mengodek
Saya suka sangat sebab Lenny dah buat link saya keluar kat page baru. Boleh bukak 2-3 link sekaligus. Thanks Lenny :) Lenny dah pindah site baru. Click here to visit her : Kuchik Font pun dah besar, dak amd suka sebab tak payah pakai cermin mata. Akak tak suka, suka kecik sikit. Kejap lagi karang nak kecikkan balik.
Selamat Datang ke Kem Lambaian Danau
Kalau ada jodoh nak berjumpa weekend ni Kuchik,Budak Tembam dan Cill akan datang ke Kem. Harap-harap dapatlah berjumpa. Memang ingin sangat nak berjumpa Cill. Kat Lenny dan dak-tembams pula memang la rindu nih. So guys, kita jumpa Friday ni. Yang lain-lain nak datang pun boleh. Tapi beritahu la dulu. Nanti senang nak menjemput / tunjuk arah. Bukan senang nak masuk hutan :)

Monday, September 29, 2003

Sunday, September 28, 2003

Jalan-jalan

Sabtu pagi Abang pi Kem seorang. Saya tak pergi. Tak de group weekend ni. Group 'guru-guru agama' Negeri Johor cancel, last minute. Upsere Nebete dia je :) Tapi ok la, dapat la jugak relax skets. Kesian anak-anak, lama tak dapat berjalan-jalan. Lepas Zohor kami ke hostel Amir. Hari ni dia boleh outing, tapi kena balik sebelum pukul 6.00 petang. Dari sekolah Amir ke Mahkota Parade, stop kejap nak beli donuts utk buat bekal. Er, lupa .. kami sebenarnya nak ke Melaka Tropical Farm di Sungai Udang, Masjid Tanah. Tapau donuts dan air yang dibeli dari Dunkin's. Dari Mahkota Parade ke Sungai Udang ikut jalan tepi laut. Lalu pulak Tengkera ke Klebang. Pantai Klebang sibuk hujung minggu macam ni. Nampak ada 'pony ride'. Ada expo jugak di Pantai Klebang. Teruskan perjalanan. Lepas Riveria Resort, masuk simpang ikut jalan melalui Pantai Puteri. Cantik pantai di sini. Pokok-pokok Rhu dah besar dah. Bila lalu sini teringat kezaliman TS Rahi* TambyC***. Dulu penduduk T** M*** diambil (rampas?) tanah mereka tanpa pampasan yang sepatutnya. Paling sedih peristiwa mereka nak menunaikan solat Jumaat. Bekalan air dan letrik dipotong. Orang semua dah di masjid masa tu. Nak berwudhu' tak de air. Suka hati je tindas rakyat atas nama pembangunan.

Kami terus je ke Sungai Udang. Rupanya tak sampai pun Masjid Tanah. Lepas sikit je dari Kem Terendak. Farm ni di'operate' oleh Risda, JPS, Jabatan Haiwan, Jabatan Hutan dan agensi kerajaan yang lain. Kami minta brochure tapi tak de. Pergi ke tempat tiket. Tapi kata pegawai tu, masuk percuma. Belum ada tiket. Bagus juga :) . Boleh bawa kete masuk. Kami pun berkereta sekitar kawasan. Tengok tempat ternakan haiwan. Ada pelanduk, ayam kampung, selembu ( 2 ekor je, kat Kem lagi banyak !), kambing, itik, angsa dan lembu. Ke kebun buah-buahan, tak de buah yang masak. Ada pokok durian, rambutan, belimbing buluh warna kuning, dokong dan macam-macam lagi. Kami pusing-pusing juga kat taman herba dan tengok pokok turi, pandan, kunyit dan macam-macam herba lagi. Tak sure keluasan Farm ni. Tapi luas jugaklah. Ada chalet-chalet dan tapak perkhemahan. Ni yang kami nak tengok sangat. Camping site nya atas padang je. Tapi banyak akitiviti boleh buat.

Sebelum balik singgah di nursery nak tengok pokok. Abang nak beli anak pokok 'dragon fruit'. Tapi tak de. Singgah di tempat jual sayur dan buah-buahan. Buah-buah dah layu. Tolong la buang ! Malu kalau orang datang dan tengok belimbing busuk dan papaya busuk dalam plastik gitu. Tempat sayur dia best. Banyak sayur. Semuanya RM 1.00. Saya beli sayur turi, sayur kacang buncis, cili merah, cili padi, kacang botol dan rebung. Beli juga kerepek pisang biasa dan sira, rempeyek, kerepek ubi, belacan dan air soya bean. Tempat sayur bersih dan kemas. Sayur-sayur pun fresh. Geram tengok. Dah nak balik baru teringat sayur turi kalau masak lemak letak keledek kan sedap. Abang stop kejap dan turun beli keledek. 3 ketul harganya 50 sen. Jadi orang Melaka dan pelancung yang nak ke Melaka ... pergilah Melaka Tropical Farm di Sungai Udang.

Dari Sungai Udang terus hantar balik Amir ke sekolah. Pesan-pesan pasal exam 2 minggu lagi, bagi duit dan sayang-sayang anak dulu :)

Terus ke Sukan Antarabangsa, nak cari bola petanque. Tak de jual. Singgah pulak Jusco, Abang nak beli cargo pants. Saya dan anak-anak pergi beli makanan favourite dia orang - pizza. Janji jumpa kat Times. Layan anak-anak beli buku. Nana macam biasa beli buku mewarna. Hafidz beli buku-buku 'Charmed'. Nadzrin tengah mengumpul siri Lat. Dulu kat rumah memang complete siri Lat saya. Lepas kawin, pindah pulak duduk rumah sendiri, lepas tu pindah pula duduk dengan Mak lepas Ayah meninggal. Entah mana la perginya buku-buku tu. Hilang masa berpindah-pindah tu agaknya. Tak kisah la asalkan Nadzrin rajin membaca. Kami nak dia membaca dalam Bahasa Inggeris. Biar balance pengetahuan dalam dua-dua bahasa. Tak beli banyak buku pun sebab buku di Times mahal walaupun saya ada member card dan diberi diskaun 10%. Buku Enid Blyton yg saya selalu beli RM 7.90 di Popular Book, harganya RM 12.90 di Times. Novel-novel Inggeris seperti tulisan John Grisham, Sidney Sheldon, Mary Higgins Clarks dijual dengan harga RM 33.90. Baik saya beli di kedai buku second hand favourite saya tu :) Bukan tak nak yang baru tapi tak mampu. Anak je la beli buku baru, Mama dan Abah baca buku 'second hand'.

Keluar dari Times kami pergi ke bahagian stationery pulak. Macam-macam anak-anak nak. Abang ke kedai casette nak beli cassette lagu patriotik, tak jumpa pulak. Dia tepon mobile saya, ada orang nak jumpa. Ingatkan siapa lah :) Rupanya tuan puteri berdua dari MMU :syaz dan maz. Shopping jugak la tu ! Lama gak bersembang-sembang. Selalu jumpa online jek. Dia orang promote citer 'Cinta Kolestrol' kat saya. (Fasi, akak tak cakap nak pergi aaaaa .. lagipun KUTKM nak exam, MMU baru start sem - korang semua kena la study hard untuk merealisasikan impian korang. Jangan tengok WAYANG !)

Saturday, September 27, 2003

Important Note to GangLasak @ Lambaian

3-5/10 ada group masuk. Group Fathi. Mustahaknya kerana Fathi tak cukup budget. Dan kita semua, jom tolong dia. Fathi pandai, soh Eiha pujuk kita orang (akak & paklet). He knew that we can never say 'no' to Eiha. So kita semua tolong, okay ? Yang keje minggu ni tak dapat gaji cam biasa. Ada ler sikit elaun tuh. PakLet tak ambil gaji, akak tak ambik gaji maybe PakMan pun akan volunteer jugak. So Madas, beritahu Gang kat KUTKM kalau boleh, datanglah kita semua support group Fathi. Ni masa dia, esok-esok mana la tahu korang pulak buat program. Fathi, Eiha, Zack ngan Lenny pulak tolong.

Kita buat program paling best utk group Fathi, okay ? InsyaAllah Fathi, ramai akan datang :) Group Fathi akan buat Lasak Level Two. Rakit, Lake Explorations dan aktiviti air semua la tu. "Fathi, buat lah 'war game'." Lama giler tak main perang-perang koboi ni !
Kerja
:: ->Lenny ajak budak-tembams ngan lastmortal dtg Kem
:: ->budak-tembams, pujuk cill datang date nih
:: ->guys, akak dah ada semua memory card le, cable-cable tu semua tuh, tapi still tak reti nak masukkan gambar ke PC. Korang bagi akak lesson on that subject eh, nanti ! Akak blur giler nih pasal digi camera tu :)

Sett eh, 3-5 Oktober 2003.

Thursday, September 25, 2003

SRK Air Baruk, Gambar Alam dan Hujan

SRK Air Baruk
Pelajar-pelajar Tahun 6 seramai 100 orang sampai pukul 8 pagi. Bagi mereka breakfast dulu. Ada 3 orang guru pengiring. Pengerusi PIBG sekolah pun datang sama dan peserta diserah kepada Kem oleh Pengerusi PIBG. Selepas sarapan, semua diminta tukar kepada pakaian sukan. Lepas tu buat streching dulu. Berkumpul di Dataran Insan dan PakLet yang handle aktiviti ni. Hari ni GangDapur kena masak cecepat dan tolong GangLasak. Lepas dah semua otot-otot lembut dan sendi-sendi dah diexercise kan, mereka bergerak utk aktiviti 'jungle-tracking'. Route 2 jam je. Melalui Hutan Lalang ke tapak 'war game' dan ke Hutan Gelam. Lepas Hutan Gelam jalan lagi ke Hutan Acasia. Semak dah di Hutan Acasia sebab ada orang tebang pokok Acasia dan tidak kemaskan semula dahan-dahan yang tidak dikehendaki tu. (Batang pokok Acasia diguna buat kompang). Terus lagi dan panjat Bukit Pasir (check-point 6). PakLet telefon saya di Kem. Ada budak lelaki seluar koyak pastu tak pakai seluar dalam. India pulak tu. Budak-budak perempuan dah terkekeh-kekeh ketawa. Kelam kabut Jepun pergi cari seluar track di Pangkin Fasi. Ada yang kecik sehelai. Tak tahu la Zack atau Kucai yang punya. Terus drive ke 'grand canyon'. Muafa dah turun bukit dan tunggu kami dah. Selamba je 'bone shaker' didrive atas pasir dan semak-semak tu. Kalau spectra tentu Jepun kena naik basikal je, kan ? Paskan seluar dan kami balik.

Mereka teruskan perjalanan ke Palung tempat cuci bijih timah tu. PakLet learnt his lesson well - kali ni tak nak citer yang batu-batu yg tinggal atas palung tu ada mengandungi bijih timah - Tak nak citer sebab karang dia orang akan tunjukkan batu kat PakLet seperti peserta SRK Tengkera dulu. Pening nak layan !

Dari palung ke tempat menyeberang antara 2 tasik. Satu air tawar dan satu air berasid. Satu dalamnya 20 kaki dan satu dalamnya 200 kaki. Maha Besar Allah ! Air berasid tidak masuk ke dalam air tawar walaupun level airnya sama. Mereka jalan terus ke Tasik Hijau. Tak lalu Paya Kerbau sebab masa 'jungle-tracking' minggu lepas peserta di kejar selembu. Selembu 'taiko' yang dah patah tanduk sebelah dan yang kejar Ruddy dulu tu pun ada. Tahu la betapa garangnya dia !

Dari Tasik Hijau masuk ke 'Grand Canyon'. Suka dia orang tenguk 'tunnel' sarang tiung pasir. Dah pesan dah, boleh tenguk je dan jangan sentuh apa-apa. Dari Grand Canyon ke 'Lake Crossing'. Mengharung air ramai-ramai. Lepas tu naik kat batu merah dan terus ke 'splash'. Semua kena gelongsor turun. Anak saya Hafidz kena turun dulu. Demo kat kawan-kawan. Cica dan Muafa dah tunggu di bawah. 'Splash' ni mengelongsor 12 meter ke dalam air. Ramai juga yg takut. Tapi dah tengok kawan-kawan ok je semua jadi berani semula. Seorang budak perempuan je tak turun. Sebab dah menangis ketakutan. Yang dah sudah kena panjat batu diperhatikan oleh Bob dan Toyak.

Balik ke Kem dan mandi, bersiap-siap untuk solat Zohor berjemaah. Solat beramai-ramai dengan diimamkan oleh Ustaz. Makan tengahari pula lepas tu. Alhamdulillah semua makanan cukup dan ada lebih pulak utk dibungkus utk Cikgu Badrul (jurulatih kanan Kem) yang berpuasa sunat Rejab.

Lepas lunch PakMan sampai dan handle dia orang pula. Man ajar dia orang nyanyi lagu Senyum dan lagu Monyet. Suka semuanya.

SRK Air Baruk pulang jam 4.30 petang. Walaupun kami amat letih menjaga adik-adik yang hyperactive semuanya ni, tapi seronok bersama. Terima kasih banyak-banyak SRK Air Baruk sebab bagi kami cenderamata yang best tu. Jepun dah gantung dah jam baru tu di Anjung Kasih :)


Gambar Alam
Dah diuploadkan ke Webshots. Gambar-gambar aktiviti berakit. Click here : -->Gambar Rakit Akademi Laut Malaysia di Kem Lambaian Danau

Hujan
Malam semalam hujan lebat tak henti-henti. Masa saya sampai tadi tengok jetty kecil yang Mamat buat kat depan dah tenggelam. Banyak betul air tasik. Kayak dah sama tinggi dah dengan jeti depan rumah kayak tu.

Bila hujan tak nampak langsung Gunung Ledang. Berkabus di tasik. Nanti la bila dah pandai guna digital camera dan dah reti macam mana nak 'masukkan' dalam computer, saya akan ambil banyak-banyak gambar pemandangan di Kem saya ni.

Mesti tempat 'war game' dah banyak air ni. Em, tak de ke program santai dan rekreasi nak masuk ni. Best kalau ada program macam ni :)

Semalam masa drive pergi hantar seluar, jumpa ular hijau kat jalan tanah merah tu. Kita tunggu dia, dia selamba je selow-selow gliding gitu :) Tunggu jugaklah. Balik pulak ada seekor anak kucing. Warna putih seluruh badan dan cantik. Dia pun sama, punyalah lama nak menyeberang jalan. Dah hon pun dia selamba jer santai-santai jalan ! Hari ni burung ayam-ayam conquer jalan. Hujan ni, lopak-lopak jalan penuh ngan air. Jadi mereka anggap tu semua swimming pool mereka la. Orang hon pun relax jek swimming-swimming lagi. Ishhhhh ! Nak kena pasang traffic light dalam hutan ni :)

Wednesday, September 24, 2003

Gambar Rakit Program Alam

Hari ni sibuk. Tidak sempat nak update pasal program SRK Air Baruk. Esok saje.

Encik Lokman dari Alam datang dan hantar gambar-gambar aktiviti rakit hari tu. Belum sempat nak diuploadkan ke webshots. Baru sempat simpan 6 je di villagephotos. Kalau tak busy esok akan saya uploadkan semua.

p.s. Masih belum reti pakai digi camera tu. Masih belajar-belajar lagi :)


Berakit di kawasan belakang Kem.


Tempat paling dalam kat sini.


Rakit tak boleh gerak, kena terjun tolak rakit.

~kuchik lagi

Nampaknya kak g bz arinih. So, better kuchik setaraf dengan penyibuk kat jenel kak g nih sambung balik cite arituh.

So, kuchik dan L-nie satu group. Semuanya perempuan. Mestilah best sebab kalo dah semuanya kaum hawa, apa lagi bergosiplaa. Heh...

Borak punye borak, semua mmg dah penat. Ngantuk semua,


Tuesday, September 23, 2003

Tidur Kem

Malam ni tidur di Kem. Baru sekejap tadi sampai. Esok kami ada tetamu. Kawan-kawan anak saya, Hafidz dari SRK Air Baruk. Semua pelajar-pelajar Tahun 6. Dengan cikgu-cikgunya sekali.

Agak sibuk bekerja hari ni. Awal pagi Abang ke Melaka, jumpa kaunselor satu sekolah ni. Lepas tu dia kena ke satu sekolah lagi ambil cheque. Dan ke bank pula utk bank-in kan cheque tu. Saya seorang di opis. Jepun di Tapak Perkhemahan, menyapu daun-daun kering. Hari ni saya mengemas opis dan mop seluruh pelantar depan opis. Lepas tu mengemas jeti kayak. Baru habis mengemas dan baru siap buat nescafe utk Jepun dan saya, Encik Sya*** dari MMU Melaka datang. Masa tu tengah baca jurnal Detik Jantung Waktu. Sempat la jugak promote kat dia :). Encik Sya*** bawakan asam jawa dari Kedah. Memandangkan MMU Melaka ni regular guest di Kem, kami dah macam kawan dah. Dia mintak a few quotations dan juga booked 2 dates. InsyaAllah Oktober ni, ada 2 group dari MMU Melaka dan satu dari MMU Cyberjaya. Bulan puasa kami tak terima booking. Cuma nak buat kerja-kerja maintenance dan construction jetty tambahan, tempat landing flying-fox dan landscaping. Datang kerja pukul 7.30 pagi hingga 12.00 tengahari. Pastu boleh balik. Masa utk ibadah. Seronoknya !

Petang pula ada tetamu dari Pejabat Belia ****. Nak book date jugak tapi tak de lagi date yang kosong buat masa ni. Jadi mereka book lepas Raya. Bulan 12 dah ada 2 group confirmed dan 2 group tentative. Alhamdulillah kepada rezeki yang diberiNya kepada kami.

Weekend ni ada group cancel, tapi tak pe la sebab kami dah penat sangat dah ni. Sepupu Jepun pun kawin, susah juga kalau Jepun bercuti. Rehat weekend jer sebab hari Isnin, Maktab Perguruan Raja Melewar pulak masuk. Jumaat pagi baru keluar. Dan Jumaat petang ada satu group lagi masuk. Masih tentative. Programnya Bina Insan. Budak-budak result teruk lagi :) Letih sungguh kalau mengendalikan program macam ni. Tapi agaknya ni la yang sebabnya saya jadik manusia sabar. Nak, nak, nak sesangat agar mereka berubah. Kesian la kat parents tu. Lagipun dah berada di universiti. Kan penat belajar masa SPM dulu. Takkan org masuk U grad, kita tidak. Sebenarnya malas. Malas gi kelas, malas buat tugasan, malas ulangkaji. Rasa diri best sangat. Yang perempuannya banyak case bercinta. Bercinta tu ok. Dah lumrah manusia nak sayang menyayangi. Tapi biarlah ianya jadi motivasi untuk berjaya. Cepat grad, cepat dapat kerja, boleh cepat-cepat kawin. Pastu boleh sentiasa bersama.

Nadzrin mula exam hari Selasa, habis hari Khamis. Saya dapat cuti lagi :) Tak payah kerja masa Maktab Raja Melewar masuk. Saya dtg lepak2 je la petang-petang tengok aktiviti ! Thanks Abah dearest :)

Hari ni dok teringat Lenny dan Enny. Kesian Niza ilang keter. Hari ni akak gi kedai 'aherq' dak tembams. Beli setem dan beli top up card. Setem tiga posen. Kad aherq bagi discount RM 47.00. Beli pisang skets. Dpt extra satu sisih. Pastu order ais untuk besok. Best shopping kat kedai aherq. Ni la 7 Eleven orang Chinchin. Tengah malam pun leh kejutkan dia.

Pok El, Burn, Kaliong !!!
Smile, u r on candid camera :) :) :) Wah korang rajin baca blog ni eh ? Toyak dah bagi full repot ... hahahaha. Banjer aaa nanti Kedai Akak Sajen. Sett, Burn ?

Iklan Lagi

Saya suka blog gadis ni. Sherrina's 'Somewhere I Belong'. Clik here --> sherrina

Monday, September 22, 2003

My favourite photo of Mak & Ayah. Ambik masa Raya. Saya belum lahir ke dunia :)




Ulangtahun

Kalau Ayah masih di sisi saya hari ini, Ayah dah menyambut ulangtahun yang ke 69. Ayah dah pergi menghadap pemiliknya. Hanya doa yang dapat saya kirimkan Ayah. Al-Fatihah.

Classifieds

Iklan jurnal baru. Diarist nih orang Sawarak. Lawa, sopan santun, paling comel di Kem Lambaian Danau. Klik sini : ---> kuchik's jurnal

Untuk yang suka baca puisi, klik sini : --->ureh's poem collection, sahabat jurnal saya di Indonesia

~bila kuchik dah start menaip

isk... Enny (ikut ape yg kak g panggil die), ckp mmg best pegi kem. Berbaloi gak pujuk die pegi kem arituh. Penat woo nak susun ayt... :P

Meh cite lak pasal kisah yg kak g suruh cite tuh. Mmg dah nasib si kuchik, jd tukang cite tak bergaji kat sini. :) Kak g jgn mare, kalo sy tambah lbh2 kang... :P

Petang Sabtu, lepas flying fox, peserta semua pegi ke jeti Putera. Water confidence Masa tue, pak Man dah kasi buli puas-puas dah. Kuchik pula sibuk berkayak, tengok je bebudak tue kena buli. :P

Lepas puas berkayak,semua dah mandi, kuchik pegi ke dapur pula. Makan time! Mmg fave kuchik tuh. Tgh syok-syok berborak dgn pakMan, pakLet dtg. Soh pegi ke office, briefing ttg program malam tue.

Isk, malas nak menaip, kang sambung blk. Atau gie ke jenel daktembam ... Die dah update dah cite nie. Kang memane yg tak cukup, karang cite...

Sunday, September 21, 2003

Hujan Lewat Pagi

tengah hujan kat luar tu

..... sambung

Em, dak tembams tak nak terjun. Lenny je yang terjun. Untuk aktiviti petang cuma buat 'water confidence'. PakMan tak puas hati lagi dengan beberapa orang 'loyar' ni. Kena la upacara rendam-rendaman. Fasi-fasi semua dalam air kecuali saya dan dak tembams. Kami berdua cuma main-main air dari atas jeti Putera. Menikmati pemandangan Gunung Ledang, Bukit Batu Lebah dari kawasan belakang Kem. Lewat petang kami dapat tengok 'sunset'. Kemain suka dak-tembams sebab matahari cantik sekali, warna merah dan bayangnya jelas di air tasik yang beralun perlahan. Cantikkan, dak tembams. Saya yang selalu berpeluang tengok pun masih tak jemu-jemu. Betapa indahnya kejadian ciptaan Allah ! Saya balik sebelum Maghrib. Ada tanggungjawab di rumah pula. Untuk ulasan aktiviti malam nanti Lenny akan laporkan.

Saya tiba ke Kem pukul 7.30 pagi. Seperti biasa Jepun dan Toyak dah di dapur, menyiapkan sarapan. Saya tukang masak kan jer. Berdua ni memang rajin. Kerja sentiasa bagus. Hari ni makan meehoon goreng dan nasi goreng. Pagi ni pula peserta pergi 'nature walk' dengan Kucai. Morning exercise pun dengan Kucai juga. Lepas balik dari jalan pagi tu mereka bersarapan. Dan lepas sarapan aktiviti berkayak. Hari ni masuk 'safari 4'. Route payah la ni. Dak tembams ikut juga, naik dengan Lenny. Semalam ada seorang hamba Allah tue kena benam dengan Kucai sebab laporan 'Jejak Kasih Kucai-Cikgu Jamsari'. Dun giv up ! Kutuk gak mamat tu ! Heheheh

Untuk lunch hari ni kami masak paceri terung dan ayam masak kurma'. Masa saya sedang menaip ni peserta sedang bukak khemah dengan diawasi oleh bapak tiri mereka, 'Encik Cica'. Cica ni 'quarter master camp'. Kerjanya menjaga harta benda Kem. Dan dia melaksanakan kerjanya dengan baik. Kami tak perlu risau sebab Cica memang sayang kat khemah, kayak, barang-barang flying-fox dan benda-benda yang sewaktu dengannya. So peserta, jagalah barang-barang yang anda guna.

Sekejap lagi nak lunch dah. Pastu ada yang kena hantar Lenny dan Enny ke bus stand Tangkak. Selamat Balik ke JB. Harap-harap dak-tembams tak serik nak datang lagi. Sorry Enni, kalau layanan kami kurang memuaskan. Maklum je la kami orang kasar, orang brutal gitu. As u said, " 'no mercy' tol korangs ni ". Kalau sudi datang la lagi. Luv having u here :) Datang lagi tau ! Bagi pihak PakLet, PakMan, Kucai, Bob, Muafa, Toyak, Jepun, Cica, Lenny (Lenny di Kem bukanlah Lenny di MMU/JB) kami minta maaf kalau ada gurauan dan usikan kami yang menyentuh hati Enni. Errr ... bagi pihak Abang Zali tokeh ayam sekali. Penat ko ajar dia pasal computer :)

Balik karang kena hantar Amir balik hostel. Esok cuti !

Selamat Menyambut Isra' Mikraj
Peristiwa yang memahamkan kita pasal syurga dan neraka. Keagungan kuasa Allah. Mempercayainya tanpa sebarang syak dan ragu-ragu.

Israk bererti perjalanan Nabi SAW dari Masjidilharam di Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis di Palestin. Peristiwa ini terakam di dalam Al-Quran, sepertimana firman Allah yang bermaksud :
“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil-Haraam (di Mekah) ke Masjidil-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” ( Al-Israa’: 1).

Sementara itu, Mikraj pula merujuk kepada perjalanan baginda SAW dari Masjidil Aqsa ke Sidratulmuntaha di langit ketujuh, dekat singgahsana Allah SWT sepertimana yang digambarkan oleh Al-Quran yang bermaksud:
“Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi di sisi “Sidratul-Muntaha”; yang di sisinya terletak syurga “Jannatul-Makwa”. (Nabi Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa “Sidratul-Muntaha” itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga. Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas. Demi sesungguhnya ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhan-Nya." ( An-Najm: 13-18).

Saturday, September 20, 2003

The Camp welcomes 'dak-tembam'

Dah jumpa dah dia ! Tak tembam pun :) Real name dia pun sweet jer dan saya panggil dia 'enni' (enni .... pi angkat baju ... ari nak ujan : ni jepun usik dia nih!)
Click here and visit her jurnal -->budaktembam

Lenny dan dak tembams sampai dari JB (Lenny buat practical training di JB) ke Melaka pukul 11.30 malam. Dia nak ke rumah sewa dia di BB dulu. Esok je baru ke Kem.

Minggu ni saya tak tidur di Kem. Mak demam. Jumaat petang, lepas masak bersama dengan Toyak dan Jepun, saya balik rumah. Esok kena ke Kem lepas Suboh.

Hari ni lepas Suboh, pukul 6.45 terus ke Kem. Toyak dan Jepun dah pun di dapur. Sedang siap-siap untuk breakfast. Makan mee goreng dan nasi goreng. Kalau group macam ni ada 'slow' skets la :) Dan saya tak boleh nak komen. Sebab 'program istimewa'. Takleh jugak nak bagitau group dr organisasi mana.

Pukul 10 pagi lebih kurang, Lenny telefon dah ada dah kat bus stand Jasin. Macam biasa kalau nak ambik sesapa saya suruh tunggu kat Family Store, depan cina jual jagung kukus tuh. Sure senang jumpa sebab tokeh tuh punya kukus gedabak besarnya dan berkilat-kilat pulak. Satu dunia nampak. Nampak dak tembams. Senyum-senyum skets kat akak dia. Dapat gak kau rasa naik 'bone-shaker' akak :) Malu-malu jer dia ... hehehe ! Disebabkan ko takleh nak update blog ko, leh la akak kutuk sepuas rasa ! Takleh pinjam pc kita, takleh pinjam notebook kita. Kita kedekut ! Hahahaha ! Sekarang ni dak tembams ada kat bawah pokok kat tempat landing 'flying-fox'. Kiut jer tuh ha duduk. Maintain ayu dengan Muafa dan Jepun. Pasni kita orang nak cempak dia turun dari scalfolding tuh :) Dia suka kot sebab boleh la dia posing-posing ala superman gitu. Dan leh jugak practice panggil 'Mak'.

Kesian dak tembams, teruk dia kena usik. Budak-budak Kem ni memang cam tu enni, noti semua sekali. Akak sorang je BAIK :)

to be continued ... nak pi makan bubur kacang, Toyak dah panggil test bubur :)

Thursday, September 18, 2003

Alhamdulilah

yeay! dah habis exam ! hehehe.

Sejak dari hari Isnin lagi keluarga-keluarga pelajar SRK Air Baruk, Jasin, Melaka sibuk menghadapi peperiksaan UPSR. Setiap pagi bapa-bapa datang menghantar anak-anak dengan membawa makanan. Macam-macam makanan yang dibekalkan ibu-ibu. Ada meehoon goreng, sandwiches, kuih-kuih Melayu, doughnuts, ayam goreng, cakes dan macam-macam. Nampaknya ramai ibu-ibu yang ambil cuti ni :) Saya je yang tak hantar makanan sebab sumbangan saya selepas exam nanti. Dan sementara menunggu anak-anak menjawab bapa-bapa berkumpul di surau, membaca Yaasin beramai-ramai.

Hari Selasa tiada paper tetapi anak-anak pergi juga ke sekolah. Cikgu-cikgu masih mahu mengulangkaji dengan mereka. Baiknya mereka ni semua, cikgu dan anak-anak murid semua rajin dan bersungguh-sungguh untuk berjaya. Tak heranlah sekolah ni hampir setiap tahun mendapat anugerah sekolah cemerlang. Tahun lepas, 28 orang dapat 5A. Harap-harap tahun ni lagi ramai. Kami yang ibu bapa ni kagum dengan semangat mereka dan kami pun sama-sama menyokong usaha ni. Lagipun ni kan anak-anak kami tentulah nak mereka berjaya dengan cemerlang.

Pagi sebelum mula peperiksaan anak-anak ke kantin, dah sedia dah makanan untuk mereka. Untuk ibubapa yang menunggu pun ada makanan juga. 'Pot luck' selama 3 hari.

Hari ni hari akhir. Amboi tepat je 9.30 pagi dah terdengar suara menjerit-jerit kesukaan. Dah budak, walaupun dah dipesan supaya mengucap syukur. Mereka menjerit-jerit juga. Biar je la :) Anak-anak datang memeluk ibu dan ayah. Saya peluk dan kucup Hafidz. Kesian anak saya, penatnya dia berusaha. Semoga Hafidz dan semua sekali kawan-kawan dapat 5A.

Kerja kami bermula minggu depan, hari Rabu akan menerima anak-anak ni semua, guru-guru dan keluarga mereka datang bercamping sehari di Kem. Kalau ada ibu bapa yang nak datang, sudikan lah. Sepupu saya (Pengerusi PIBG sekolah) minta kami beri sumbangan untuk mereka. Boleh jugak mereka lepas tension. Em, sempat pesan Auntie nak makan nasik beriyani. No problemo, sure la boleh :) See u guys on Wednesday !

Selamat Bekerja Semula !
Sunyinya opis. Dah mula rindukan Sha dan Mamat. Pelik rasa tak de mereka :) Aduhai, banyaknya kerja yang saya kena habiskan hari ni. Minggu ni kami akan menerima pelajar-pelajar bermasaalah dari sebuah IPT ni. Ponteng kelas, masaalah disiplin dan tentunya masaalah result teruk. Banyaklah soal selidik, carta-carta, kertas-kertas yang sewaktu dengannya yang saya kena siapkan. Group macam ni amat meletihkan.

Lagi geram kalau mereka tak nak menerima kenyataan. Dan paling geram dengan 'yang kurang ajar'. Rasa nak jek cempak dalam tasik. Hehehe.

Awak tak sayang Mak awak ke ?
Mak saya tak sayang saya.
So awak tak sayang Mak awak ?
Tak
Em, ni nak kena 'flying-fox' special kita la, kan PakMan ? Percayalah adik, bila dah tergantung 50 kaki di udara adik tak sebut lain. Pakwe tak ingat, makwe tak ingat. Kadang-kadang Tuhan pun lupa. Akan jerit Mak je la sampai lah tak de suara ! Lepas tu kita leh tanya semula, kan Man ?

Happy Belated Birthday Norbaiti Ismail
Adik saya sorang ni dah besar, dah 21 tahun. Sorry aaa lambat wish :) Semoga Betty bertambah cantik, cerdik dan celik ! Nak hadiah, datang Kem :)

Lama rasanya tak baca-baca jurnal. Login dari rumah, dapat sekejap-kejap je. Lagipun nak bagi perhatian kat anak-anak. Kerja rumah lagi.

GengAlam
Jangan tanya #mobile Fatin. Nak kena belasah ngan Kucai ? Heheh. Belajar dulu, jadi engineer dulu. Pastu hantar borang kat Abg Kucai :) Nanti auntie balas email. Arini sibuk :)

Sunday, September 14, 2003

Sambung ....

So petang Jumaat aktivitinya kayak. Stop kejap untuk solat Asar dan minum petang. Asri, Madas dan Adi sampai pukul 6.30 petang. Baru lepas habis test pukul 6.00 tadi.

Maghrib dan Isya' bersolat jemaah di surau. Ada kuliyah lepas Maghrib. Kuliyah Ustaz Zul. Iye, Zul jurulatih kayak kebangsaan merangkap jurulatih kanan aktiviti air Kem tu, Ustaz. Saya dan GangDapur bersiap-siap untuk untuk makan malam.

Selesai makan malam, sessi 'ice breaking' dengan PakMan. Seperti biasa main game dadu dan ikatan tali. Budak pandai, sekejap je dah lepas dari ikatan. Selesai tu, supper pulak sebelum pergi nite walk. Kucai dan Rosli sampai dari Uitm, Shah Alam. Alhamdulillah semua fasi dah selamat sampai. Mereka semua pergi 'nite walk'. Saya je yang tinggal di opis, baca jurnal dan pastu stay up tak tidur sampai pagi. Selepas solat Suboh terus ke dapur. Prepare breakfast dengan Jepun dan Toyak. Hari ni breakfast makan mee goreng, nasi goreng dan maggi mee. Maggi tuh utk second serving.

Hari ni aktiviti flying-fox, lake exploration dan obstacle-run. Cam biasa team flying-fox : PakMan atas scalfolding, Cica pakaikan harness, Kucai breaker dan Rosli tukang bukak pulley. Yang pergi Lake exploration pergi dengan Asri dan Zul. Mereka masuk 'safari 3' : pergi ke pulau , ikut lovers lane dan terus ke tempat bird watching. Shasha, Mamat, Madas handle obstacle-run. Adi jaga kat tempat 'pilot splash' dan rock climbing. Peserta semua berstamina jadik tiada masaalah langsung. Semua nya berjalan dengan baik. Respect korang ! Macam tu la, lelaki sejati, kan ? Heheh.

Lepas Zohor dan lunch aktiviti rafting. Buat rakit. Setiap kumpulan diberi tiub tayar, buluh dan tali. Ada masa selama 2 jam untuk buat rakit. Macam-macam style rakit. Semuanya ikut kreativiti masing-masing. Em, kalau kapal korangs boleh handle takkan rakit tak boleh, kan ? Rakit siap dan masa untuk minum petang dan solat Asar. Selesai Solat Asar, semua bersiap untuk berakit. Ada juga peserta dah ada pengalaman berakit. Mereka pernah ke Sg Nenggiri. Nenggiri memang terkenal dengan 'white water rafting' Jeram-jeramnya ganas, kan Eiha ? Tapi lake rafting tak sama. Air tasik tenang tetapi pressurenya kuat. Setiap kumpulan diberi 2 paddles dan dua batang buluh panjang utk menggerakkan rakit. Setiap lap, 6 orang lepas tu ganti lagi dengan 6 orang. So setiap orang kena berakit. Macam-macam style mereka berakit. Ada kumpulan siap ada propreller. Human propeller :) (Em, bahse melayu nya kipas, kot. Sorry tak reti nak explain). Yang menang, kumpulan Red Shark dan tempat terakhir Purple Tsunami. Sharks menang sebab rakit mereka stabil jadi smooth je la pergi nya. Tsunamis nyer rakit pecah.

Malam ada funtime. Malas join sebab saya sorang je perempuan tinggal kat Kem :)

Hi Hi Bye Bye Mamat dan Shasha
Hari ni hari last Shasha dan Mamat nyer practical training di Kem. Lepas dinner, Sha dan Mamat nak balik dah. Esok kena ke KL sebelum pergi hantar report ke Uitm hari Isnin. Aduh, sedihnya kita orang. Saya, Sha dan Madas nangis. Heheh. Sessi peluk-cium. Sessi pesan-pesan. Sessi usik-mengusik. Kucai pesan kat Sha jaga Mamat. Madas nama saje brutal. Semua orang : GangLasak dan GangDapur hantar Sha dan Mamat naik kete dan seperti biasa tunggu depan pintu depan untuk 'bye-bye' mereka. Sure la mereka sedih sebab selalunya mereka bersama kami menghantar peserta balik tetapi hari ni giliran mereka pula pergi dari Kem. Take care guys, selamat belajar semula. Semoga Sha dan Mamat dapat pendidikan dan pengalaman yang baik selama di sini. Thanks for all the hard work u did. Untuk semua sekali di Kem, kami sayang korangs berdua. Dan anda berdua dah kami confirmkan sebagai GangLasak@Lambaian juga. Pakai-pakai la uniform Kem tuh bila gi kelas dan promote la Kem. Heheh. Akak pulak, kita ada kenangan paling best, kan ? Bila akak tengok jeti comel tuh pasti akan ingat Mamat dan Sha. Thanks. Sayang Sha, sayang Mamat :)

Lepas bersedih-sedih nasib baik la ada Kucai mengusik-usik semua orang. Gelak jugak la akhirnya. Madas paling teruk kena usik sebab Madas nangis. Sayang Madas jugak :)

Happy Besday Darlin' Kucai
Cikgu K dan Cikgu M datang dengan Fatin, Farhan, Wafique dan Syakir. Ni family Kucai. Keluarga Kucai keluarga hoki. Syafiq, Fatin, Fawwaz dan Syakir state players. Jgn la heran sebab Cikgu K jurulatih hoki. Lama juga di Kem, dinner dengan kami semua. Owh rupanya hari ni birthday Kucai yang ke-21. Semalam pulak birthday Fatin. So masa funtime tuh semua nyanyi lagu 'happy birthday' kat Kucai dan Fatin. Dah besar dah Kucai. Heheh saiz sama jer, umur je bertambah. Tension la dia sebab ramai sungguh yg mengusik Fatin. Fatin dah bertambah cantik. Dah 18 tahun. Sekarang Fatin belajar kat Uniten sama ngan Syafiq. Syafiq kena jaga adik lawa dia tuh.

Hari ni peserta buat triathlon, relay kayak single dan relay kayak double. Dah habis agaknya sebab masa saya menaip ni mereka sedang basuh basikal dan basuh kayak. BA pun dibasuh juga. Cica seperti biasa di rumah kayak menjaga supaya 'bini-bini' dia diurus dengan sempurna. Jangan la berani nak hentak-hentak kayak. Kena belasah karang !

Peserta akan balik pukul 3.00 petang ni. Seronok sungguh having u guys here. Banyak rekod pecah. Rekod obstacles 15 mins 22 secs. Rekod kayak 44 mins (2 laps). Rekod kayak tak pecah. Kami ada canoeist yang bagus. Ada 2 org bakal wakil negara. Respect Asri & Adi :)

++ Mamat dan Sha kemsalam pada Eiha, Lenny, Zack dan Fathi di MMU. Juga pada Fakhrin,Sham dan Bob.

++ Hari ni kena hantar Amir balik hostel. Lepas tu nak bawak Hafidz, Nadzrin dan Nana jalan-jalan. Bagi Hafidz release tension :) Bermula esok, saya akan bercuti. Kami akan menghadapi UPSR. Yang tukang tulis jawapan peperiksaan, Hafidz sorang la. This is the biggest family event of the year. Selamat Berjaya, Sayang !

Lapuran Perkhemahan Peserta Akademi Laut Malaysia

Hari Jumaat peserta-peserta (semua lelaki) sampai pukul 12.10 tengahari. Berkumpul dulu di Anjung Kasih untuk mendengar undang-undang Kem dan taklimat program. Penyerahan barang-barang larangan di Kem seperti rokok, mancis, lighter dan semua barang-barang tajam. Selesai semua makan tengahari sebelum bersiap untuk ke masjid Chinchin, bersolat Jumaat. Nasik tak cukup, 4 orang tak dapat nasik. Toyak cepat-cepat masak. Fasi semua pun belum makan lagi. Nasiblah sekejap je nasik dah masak. Hari ni lauk ayam lemak cili padi dan sayur taugeh + carrot.
--> Nota : lelaki kuat makan, kena masak lebih.

Balik dari Masjid dan baru lah buat penyerahan dari Akademi ke Kem. Semua tanggungjawab ke atas peserta ditanggung Kem sehinggalah hari Ahad, pukul 3:30 petang nanti. Selesai semua, peserta tukar pakaian untuk aktiviti air. Fasi yang dah start duty : PakMan, Cica, Mamat dan Sha je. Gang di UnivTeknikal ada test, lewat petang baru akan sampai. Sebelum aktiviti mula, Zul jurulatih kanan Kem untuk aktiviti air sampai. Kali ni buat 'water confidence' di Jeti Fasi. Last week hujan selalu, air tasik dah banyak dah. PakMan nak suruh dia orang buat kat tempat dalam. Kawasan paling dalam memang depan Pangkin Fasi. Lagipun semua lelaki, jadi berani-berani la kots :) Mereka dibahagikan kepada 2 kumpulan : satu kumpulan buat 'water confidence' dan satu lagi buat 'basic kayak'.
:: excuse me, ada keje. nanti akan sambung :)

Saturday, September 13, 2003

Entry Awal Pagi

Entah apa sebabnya dulu-dulu bila 'tersinggah' ke jurnalnya saya membaca sepintas lalu jer. Tidak kisah mahu memaham dan mendalam isi tulisan. Hari ni ditegur dengan kiut sekali dan teguran tu buat saya senyum lama. Klik kat link tu dan akhirnya habis tulisannya saya baca hingga sampai lepas pukul 2:00 pagi ! Hilang terus rasa mengantuk !

Lepas tu saya membaca-baca bacaan kesukaan saya, jenguk site ureh di indonesia dan juga melayan Bro. HarunYahya sebentar. Sampai kini belum mengantuk dan asyik teringat kan 'dia'. Em, tak tido saya malam ni :) Tapi saya tahu dia kuat, dia tabah dan dia beruntung kerana ibu ayahnya mendidik dia dengan sempurna. Anak yang baik adalah hasil dari didikan ibu ayah yang baik juga, kan ?

Saya harus berhenti sekarang sebab saya dah mengajak dia membentang sejadah. Jom adik !

Friday, September 12, 2003

Nak Cepat

Saya tak leh nak tulis panjang-panjang sebab they may need me anytime. Kalau membaca tu tak pe la, panggil jer dah leh pergi. Tapi kalau menulis dan orang panggil, hilang idea lak karang :)

++ Akademi Laut dah sampai, 72 orang semuanya dan semua lelaki. Peh, ensem-ensem, macho dan dak outdoor la jugak - ramai ambik marine engineering. Ada 3 orang ex-campers dari Mozac (SM Sains Muzafar Syah). Pernah datang Kem masa sekolah dulu. Dapat 8A masa SPM dulu, nih sekarang buat engineering. Ramai tak tahu berenang ! Heheh. Petang ni 'water confidence dulu'. Kesian Sha, dia sorang jer girl minggu ni, nak layan 72 lelaki. Noti giler dia orang nih ! Dan kuat makan, lunch tadi nasik tak cukup, cuak giler Jepun ngan Toyak. Malam ni kena masak lebih-lebih !

++ My favourite blogs banyak tak update, so pergi mencari-cari bahan bacaan lagi. Check out My Layan List, ada links baru to butet, dasima, dr.lydia,fifi, merry,sayang, sham, sherrina,suzieana dan ureh. Pi la layan !

Thursday, September 11, 2003

~tukang ganggu

Oleh kerana tak sure lagi nak dtg ke tak, maka kuchik pun mengacaulah kat blog kak G nih. Dahlah kena kerja hari Sabtu nih (last week, 1st Saturday cuti memang dok tdo jek kat rumah), memang tak puas hati. Nak jumpa Sha. Hi Sha~~ , Mamat takyahlah. Maklumlah orang Comel. Heh... Sha puaslah nak cuci mata nih~~ Heh... Kalau org tak sampai, ke apa, kem salam jelah kat semua. Miss u guyz so much~~

Akademi Laut Malaysia

Hujung minggu ni kami akan menerima tetamu dari Alam (Akademi Laut Malaysia). Group semua lelaki. Lelaki macho, tiada yang lembut. Heheh. Mereka akan sampai pagi Jumaat dan pulang petang Ahad. Akan bersolat Jumaat di Masjid Chinchin. Fasi yang bertugas minggu ni : PakMan, Man JPA3, Cicadinho, Asri, Adi, Zul,Madas, Shasha, Mamat dan Kucai. Pakar-pakar kayak nih. Kena prepare la sebab yang dtg ni semua dah biasa dengan aktiviti lasak di air.

Program mereka termasuk rafting, flying-fox, lake explorations dan mini triathlon. Kena lah fasi semua berendam je sepanjang minggu ni :)

Minggu ni juga minggu terakhir Shasha dan Mamat buat practical di Kem. Sedihnya. Dah sayang dah kat mereka berdua. Mereka pun dah dashyat sekarang. Mantap, eh Sha !Takder minah mantap nih lagi :) Sure rindu juga kat 'Yang Paling Comel'. Mamat, Sha .. jgn lupakan kita orang. Harap-harap Sha dan Mamat akan datang lagi as fasi nanti. Penat dah train korangs. Sapa nak buat aerobic nanti, kan ? Surelah sedih tengok bilik Sha tu. Lenny, Eiha dah kurang teman tido ... Mat, sure eh, tak lupa kita orang ... Januari akan datang lagi practical students dari UITM lagi. Tapi sure tak sama dengan Mamat dan Sha :) Guys, Sunday nite kita 'open table' kat jln eng siong, tangkak tau ! lama dah tak berpoya-poya ! yg tengah buat practical kat jb tuh (lenny), yg tengah tolong mak masak tuh (zack & fathi), yg tengah (apalah minah ni buat, tido jer kots : eiha), yg tengah cedera parah (fendi) kalau nak dtg tu, dtg la. Kalau tidak leh jugak sign attendance ngan sms kami je. InsyaAllah makanan anda akan disms kepada anda. Heheh. Ada orang ada mobile baru yg leh wat macam-macam. Riaks, bebs !

Yours truthly akan bercuti dari Isnin hingga Khamis. Cuti sebab anak dia exam. Jumaat baru keje balik dengan menyambut satu sekolah ni 'Program Bina Insan'. Marilah kita beramai-ramai pening kepala layan pelajar-pelajar bermasaalah.

Cepatlah Hafidz habis exam. Mama dia nyer pala dah 'weng' dah nih!

Wednesday, September 10, 2003

GangLasak@Lambaian : Sila Baca Ni :)

From :
nur izdihar
To : kemlambaiandanau@hotmail.com
Subject : windu tahap maximum!!

Date : Tue, 9 Sep 2003 11:24:24 -0700 (PDT)

assalammualaikum....
aunti n pak let pekaba?hopefully sihat n berbahagia selalu...windu tul ngan all memories kat sane! apesal didi call dah tak dapat?! tak dapat nak sembang ngan auntie! hmm... dengar citer mrsm terendak dtg lagi kan? alangkah best nyer kalo i pun join skali! tapi apekan daye...spm tuh dah ade depan pintu...selangkah jer lagi...seram sejuk dibuatnye....pliz pray 4 my success k! org nak ucap bebanyak thanx q to semue2 sbb i never felt happy like the moment in k.l.d! thanx 4 gave the happiness... fasi2 lain ape kabar? kem salam bebanyak kat pak man yer dan...abg kucai skali! jeti baru nih mesti lg best kot...ahaks! sian tul...kontijen mrsm tdk mmg kejam!heehheh.... ok lah auntie... cam dah tak der pape lg nak distorikan...maybe next time i'll write 2 you again... miss u so much...hope auntie dapat reply dis email k!sayang auntie!!!!!!!

Tuesday, September 09, 2003

Gambar Untuk Lenny

Lenny nak tengok gambar masa jungle tracking. Rindu eh, Lenny ??? Pi la buat practical jauh-jauh lagi !




Ni gambar Pak Man dengan peserta masa tengah junlge tracking. Cun kan ?



Ni pun masa jungle tracking. Melalui jalan pasir yang kami panggil 'grand canyon'. Berjalan celah-celah sarang tiung pasir. Lawa sungguh tunnel-tunnel nih.

Selamat Berjaya, Ridzwan Hafidz Rosli

Hari Isnin depan Hafidz akan mula menempuh peperiksaan UPSR. Isnin dan Selasa ada paper, Rabu cuti sehari dan Khamis ada satu lagi. Ni pun, cuti-cuti dia ada tuition sepanjang minggu. Hari Sabtu dan Ahad baru bercuti.

Khamis malam Jumaat lepas ada Solat Hajat di sekolah. Abah pergi sebab Mama bercuti solat. Ada kenduri lepas tu. Semua calon UPSR datang. Ibu bapa pun macam tu jugak. Cuma beberapa orang je yang tidak hadir, mungkin bekerja dan tidak dapat pelepasan. Anak-anak bersalam dan memohon restu dari ibu/bapa dan kemudian dari cikgu-cikgu pula.

Saya sungguh terhutang budi dengan cikgu-cikgu semua. Dari awal lagi dah buat kelas tambahan. Awal pagi sebelum masuk waktu belajar, lepas sekolah waktu petang dan malam juga. Bersungguh-sungguh mereka mendidik anak-anak. Alhamdulillah hampir setiap tahun sekolah ni menang anugerah sekolah cemerlang. Sekolah ni sekolah lama. Mak saya, saya dan sekarang anak pula bersekolah di sini. Dan kelas darjah 6 Hafidz tuh dulu kelas saya masa saya darjah 6 jugak.

Terima kasih PIBG, terima kasih cikgu-cikgu. Halalkan segala ilmu yang cikgu berikan pada anak saya !

Untuk Hafidz yang kami sayang : ingat pesan Abah-Mama. Doa kami untuk Hafidz. Semoga berjaya dengan cemerlang ! Luv u so much, honey ! 5A tau !

Selamat Datang Felda Tanam Semula

Pagi Jumaat ke Tesco. Beli lamb chops. Nak beli juga steaks, tapi sirloins ada skets jer. Macam mana pulak nak bagi-bagi karang. Lamb tuh saya beli 70 pcs, cukup la kots. Bukan semua orang suka kambing. Lagipun ayam ada banyak. Saya beli cocktail franks 4 pkt. Ada ikan jenahak (bungkus dlm foil, portugese style), ikan tilapia dan ikan kembung. Semua ni makan dengan nasi lemak dan sambal udang.

Group Felda sampai kol 5 petang. GangDapur tengah sibuk nyalakan api masa ni. PakMan yang handle. Suka sungguh PakMan dengan group nih, maklum la ramai peserta baya-baya dia ! Heheh .. Ramai juga anak-anak dara cun ! Ada sorang tuh, lawa sey ... tinggi la pulak cam model. Bob tah berapa kali tah ukur tinggi ngan dia.

Malam lepas qasar solat dan baca Yaasin, mula dinner. Makan-makan la. Lepas dinner, showtime. Saya dan Abang jadi hakim untuk pertandingan persembahan. Seronok ! We had a great time ! Gelak je ! Man jadik DJ la, JC kami tuh ! Kemain lagi PakMan ... hehehe. Main game gak. Best giler gelak masa main dadu. Ada satu group tuh (Kumpulan Yessir), ke belakang je. Tah cam mana tah dia baling dadu. Musykil sungguh ! Tak tahan gelak tengok Papa Rock (househubby) tuh berlakon. Big Boss dia orang pun sporting sungguh. Wow kemain lagi dengan 'Judy, Judy nya'. Bleh tahan aaa boss ! Tak tahan wooooo !

Paling tak tahan dia orang tak tidur malam tu. Pi nite stroll pukul 2.00 pagi, balik 3.30. Ingatkan dah letih semua tido la, dia orang tak tido sampai pagi. Enjoy habis-habisan ye cik abangs ! Sesekali lepas .... amboi, korangs pakat offkan mobile, kunun aaaaa kat sini tak de line ! Hahahaha ...

The next day, pagi-pagi lagi dah mula dengan morning exercise. Man la handle. Mamat ngan Madas takut nak handle. Hehehe. Lepas tu breakfast. Lepas breakfast, water confidence. Part ni paling best. Ramai takut. Tapi kena la gak cempak dalam air. Takmo terjun dengan relahati maka kena cempaklah. Last-last semua ok. Tapi tension giler la gak kita orang nak 'meng'confident kan. Lepas dah confidence semua, kami buat acara 'mini trialthlon'. Cross-country, berbasikal dan akhir sekali berkayak. Ok la. Heheh. Ada group yg kena kejar dengan anjing. Anjing yang bising tuh sebenarnya kecik je, spesis anjing ketot gitu. Lempeng kata, "anjing serama". Tapi sebab bunyi dia bising, takut juga la kots.

Kiranya group ni best la. Rapat semuanya. Tiada jurang antara pengurus-pengurus, pegawai dan pekerja sokongan. Jarang jumpa group macam ni. Seronok sungguh bersama mereka sepanjang weekend. Semoga berjumpa lagi !

Bagi pihak semua di Kem : PakLet, PakMan, Madas, Cicadinho, Mamat, Shasha,Toyak, Jepun, Muafa, Bob dan Kak G terima kasih untuk cenderahati tu. Kami amat menghargai. Terima kasih sekali lagi Encik Raja Norazli, Encik Shariman, Encik Saleh, Encik Syaaban dan semua di Felda Agricultures Services :)

Thursday, September 04, 2003

~utk kak G

I know u'll miss me. This is my number, 019-******* but currently I don't have the mobile. Sms jek bleh... Kak G, sedeh je bace sal anjung lame tuh. I miss it so much... Isk isk isk, sedeh gak... tp jgn ler sampai ulang je citer makan kol 3 tuh. Malula kawan....

*** Lenny, image tuh yg dtg dulu kat pala bila ingat Anjung tu ! Lenny ok tak ? Kalau ada problem bagitau tau. PakLet, Sha, Mamat, Jepun kem salam. We miss u, Lenny. Jepun cakap : kemsalam kat sepupu Lenny tuh, WN ! hehe ..

Bank Tak Tolong Orang Miskin

Masa kami beli tanah ni kami beli 'cash'. Tidak tahu dan tidak pandai nak berurusan dengan bank. Guna semua cash yang ada. Kami berangan-angan nak buat 'resort'. Dah ada tanah, pergi la ke Bank P****. Kami buat semua kertas kerja yang diminta. Ada je la salah. Tak kisah la. Berulang-alik ke bank. Finally kami realise, kami tidak akan dapat loan tu. Loan bank untuk orang kaya, yang dah ada duit. Seorang sahabat yang kaya beritahu yang dia dapat loan dengan beri sedikit 'percentage'kepada pegawai yang meluluskan. Entah betul entahkan tidak. Pergi lagi ke bank lain pula. Aduhai, pegawainya punyalah sombong ! Kita beria-ia menerangkan pasal kertas kerja, dia boleh minum (tak ajak kami), baca surat-surat dan bergayut. Kami tinggalkan je dia masa dia tengah bergayut. At least pura-pura je la dengar walaupun taknak bagi kami loan. Kesian la kat orang miskin ni ! Sampai ni je la kami cuba nak pinjam duit bank.

Kami cuba pulak cari partner. Ramai nak JV tapi nak guna tanah kami sebagai cagaran bank. Kami beritahu, kami dah cuba buat tapi bank tak nak approve. Kami ada kabel, future partners beritahu. Mana boleh nak bagi-bagi je. Kami nak pinjam dulu cuma 1.5m takleh approve ni u boleh pinjam 5m boleh pulak ? Kami miskin tapi kami tak bodoh. Lupakan semua Joint Ventures, esok tanah tergadai dan kami pulak kena bayar hutang bank.

Lahirnya KEM LAMBAIAN DANAU
Man ajak kami pergi tengok dia camping di Kem Puan Tan Chay Yan. Ni camping site utk pengakap. Masa tu Kem tu baru buat, pokok-pokok kecik lagi. Ditengah-tengah kebun getah pulak tu, punyalah banyak nyamuk. Kat sinilah idea utk bukak kem bermula. Kami fikir, kami ada tempat yang lagi baik, tak de nyamuk (memang sini tak de nyamuk!), banyak pokok besar dan tidak panas. Angin tasik pun best je. Tahun 1999 kami mula bersihkan Kem. Mula-mula JCB tolak batu-batu besar tepi tasik. Sekarang batu tu masih ada, jadik landscape sebelah Dataran Gemilang. Tolak semak-semak tu. Nak buat banyak benda tapi kami tak de duit. Begging from everyone. Mak Long bagi duit utk buat surau. Long Zul (abg ipar saya) bagi duit utk buat tandas yg 5 buah tu. Mak jangan cakaplah, banyak duit dia habis bagi kat kami.

Group pertama masuk dari sekolah Dol Said, Cikgu Zaidi bawak (thanks so much Cikgu!). Masa tu ada kemudahan air paip je, letrik tak de. Kami pakai lampu pelita likur dan lampu gasoline. Bila angin tiup dan hujan, bergelap. Lampu gasoline lak kejap-kejap meletup, padam. Man dan Wazer la tukang pam. Pastu bila makan heran pasal nasi bau minyak tanah. Heheh. I can still remember your face, Man. Kiut je berceloreng hitam ! Nak buat bangunan pulak tak de duit banyak. So beli benda yang kena beli je seperti zink. Tiang bangunan ambik kayu gelam dari Hutan Gelam dekat Kem. Punyalah berat. Saya ingat lagi masa saya dan Abang dirikan batang gelam tu, peluh keluar dari kelopak mata. Tak boleh cerita betapa teruknya masa tu. Peluh dan air mata keluar sama banyak ! Tapi saya buat ni semua dengan orang yang saya sayang, tak pe la sebab saya bahagia. Hari-hari dia minta maaf dekat saya tak dapat bagi saya kehidupan yang senang lenang. Saya redha' Abang. Kalau Abang senang saya kongsi senang Abang takkan bila Abang susah saya tak nak kongsi susah Abang. Lagi la masa tu kami berdua dah berhenti kerja. Kami hidup menyusahkan orang je ketika tu!

Tapi kawan-kawan banyak menolong. Tak lupa budi Samah (buatkan kami bangunan free je, tak ambil upah), Man (menguatkan semangat kami !), Kucai dan Bob yang tersayang (jadik fasi dari mula lagi), Wazer dan sedara-mara semua.

Anjung
Anjung kesayangan kami. Anjung yang dibuat dari kayu gelam tu. Walaupun binaan nya ringkas, di situ kami telah 'melahirkan' ramai insan. Anak-anak bermasaalah yang dihantar oleh pihak sekolah yang separuh darinya berjaya ke universiti. Di bawah bumbung ni juga telah ramai professor, bijak-bijak pandai malahan pak menteri juga dah makan, dengar ceramah dan tidur.

Masa cuma ada satu 'Anjung' ni dulu, sedih sungguh bila hujan. Peserta semua duduk tengah-tengah, kami dan fasi-fasi semua di tepi dalam hujan. We still miss our dear Anjung. Teringat rak tempat Lenny menyorok makan nasi pukul 3 pagi dengan Ruddy. Sekarang Anjung ni dah jadi bangunan baru. Dah ada kedai dan bilik fasi perempuan belakangnya. Saya scan gambar Anjung lama ni dan saya tampal di Notice Board dalam opis ni. Supaya jangan lupa masa lalu.

Saya sayang Kem ni. Saya belajar banyak di sini. Walaupun sekarang dah develop (luas tanah ni 10 ekar, kami dah develop 4 ekar) masih ada hutan-hutan lagi. Tapi taklah sesemak dulu. Dulu pernah ada ular besar tumpang tidur bawah motor Kucai. Nak tunggu ular tu pergi, Kucai pun tertidur sama. Sekarang ada juga anak-anak ular, lipan dan kala jengking. Tapi kami angkat dan pindahkan ke dalam hutan. Ni tempat mereka. Em, kenapa ni ? Air mata saya keluar pulak !

Tiada Lagi 'Campfire Site'

Semalam JCB Amy (Amy = Mat Rock yang bawak JCB tu) dah ratakan tanah sebelah belakang bangunan tandas. Dekat kawasan ni ada bangku-bangku simen yang dibuat dalam satu bulatan besar yang boleh memuatkan 200 orang. Di tengah-tengah ada tempat utk unggun api. Satu hari tu, Alhamdulillah seorang ulama datang ke Kem. Memberi ceramah kekeluargaan untuk program 'Summer Camp' (cam la kat mesia ada summer!). Selesai berceramah, kami bawa dia jalan-jalan sekeliling Kem. Bawa juga ke tempat 'campfire' nih. Dia terangkan kepada kami yang kami menggalakkan aktiviti yang menyerupai penyembahan agama Majusi. Dah tahu dan dah faham, aktiviti terus dihentikan serta merta. Tiada lagi 'campfire nite' walaupun ada permintaan dari organiser.

Hari ni 'campfire' site tuh dah jadi sejarah je. Senang je JCB Amy tolak dan hancurkan. Kawasan tuh dah jadi tanah lapang semula. Tanah di kawasan ni bercampur 'amang'. Amang ialah tanah hitam yang dihasilkan dari aktiviti perlombongan. Kawasan belakang Kem ada banyak lombong tinggal. Natural lake cuma yang mengelilingi tanah kami ni je. Disebabkan amang tadi, tanah kat kawasan yang ditolak ni tidak subur, tiada pokok besar cuma ada pokok-pokok senduduk dan pokok-pokok periuk kera yang kecik-kecik. Warna periuk kera ni pun merah-hijau dan bukan hijau seperti yg di nursery.

Tanah ni diratakan untuk dibuat :
1. Tempat Memanah
2. Padang Kawad
3. Tempat Parking Bas
Banyak juga benda yang kami nak buat utk upgrade Kem tapi sekarang duitnya belum ada. Pinjam bank ? Thanks la. Jap lagi akan cerita macam mana bank treat kami.


Jom terjun !



Wednesday, September 03, 2003

Program Rekreasi

Minggu ni Felda Agriculture masuk. Untuk program rekreasi. Relax jer la. Jumaat malam ada BBQ dinner. Menu : lamb cuts & steaks marinate dgn black pepper, ayam madu, ikan tilapia bakar, baked siakap portugese style, sausages, nasi lemak, sambal dan salads. Pastu aktiviti dia orang semua aktiviti rekreasi jer la. Nak buat, buat, tak nak buat, gi la tido dlm hammock ke, reading ke, lepak la sesuka hati :)

Hari ni busy skets. Hantar tentative program ke Akademi Laut dan hantar confirmation letter ke Maktab Perguruan Raja Melewar. Dua-dua group dah confirm dah.

Pastu layan satu organisasi ni, mereka nak hantar 'lelaki-lelaki' lembut. Kami pernah buat gak dulu tapi utk organisasi lain. Nak manage 60 orang lelaki-lelaki lembut bukan senang. Sebelum program berkali-kali ada briefing. Susah maaa ! Kena sabar. Layan dulu mula-mula, lepas tu baru la dia orang kena. Tapi susah juga nak sabar. Dah la mamat-mamat fasi kat sini semua lasak. Mana dia orang tahan dengan lelaki-lelaki cam tu. Tapi, my opinion la tapi ni. Dia orang tuh semua mengada-ngada je. Fizikal dia orang tu okay. Kuat. Kalau dah kena benam tuh reti nak selamatkan nyawa. Saja je ngada-ngada. Ceramah agama pun penting. Mereka akan solat berjemaah. Pandai azan, reti qamat. Tapi sesaja je nak jadi perempuan. Mula-mula lagi mereka kena pegang errr 'their sex organ' (perempuan tak de masa ni - fasi lelaki je yg on-duty - yours truly dok dlm opis dia jek, dia tak tengok pun apa berlaku) pastu kena tanyalah dia orang lelaki atau perempuan. Pastu macam-macam la dibuat supaya mereka realise mereka tu siapa. Kalau setakat lembut tu jer ok lagi. Ada lelaki lembut tapi nafsu mereka normal - terhadap perempuan. Yang teruknya yang bernafsu kepada lelaki juga. Yang macam ni yang susah. Lagilah jika mereka ni berkumpulan. Ada kawan-kawan tukang menggalakkan. Apapun adik, di depanNya di sana nanti, kita akan menjawab sebagai mana kita sewaktu dilahirkan dulu. Jika mati pun, akan diurus sebagai mana anda ketika dilahirkan.

Tapi kalau mereka lembut boleh la kita kenal tapi macam mana dengan lelaki yang fizikal nya Allah subhanawataala berikan normal sebagai mana sifat seorang lelaki. Kejam sungguh anda pada diri anda ! Allah jadikan kita sebaik-baik kejadian tapi kita tak hargai. Saya rasa binatang pun tak nak berhubung dengan yang sejenis dengan nya. Babi jantan pun reti cari babi betina, kan ? Jangan la kejam pada diri sendiri.

Baca ni
1. http://www.harunyahya.com/indo/buku/kaumkaum005.htm
2.http://www.ummah.com.my/islamicPortal/m_Lut.htm

To my 'fren':
Saja je tu, u can change. Apapun u will always be a man. Jangan la nak salahkan mak bapak dan kawan-kawan. Awak bukan budak kecik lagi yang tak boleh berfikir, dah keje dan ada ijazah lagi. Saja nak bertuhankan nafsu !

Tuesday, September 02, 2003

::Lenny::

**Where are you ?
**Dah start practical tak?
**Dah beli mobile tak?
**** Pls call :)

Dataran Tangkak

Pukul 11 malam 30 Ogos arituh kami sekeluarga keluar. Ingat nak pergi supper kemudian ke Kem. Nak tengok bungapi dari Palung dekat Tasik Hijau belakang Kem. Sampai Kem, hujan so kami tengok tv dulu. Amir online kejap. Amir sempat ajar Mama dia buat 'option apatah'. Takla page Mama panjang sangat, nak bukak pun lambat. So My Layan List tuh dah jadik cam tOKSIK punya and i can tambah the link as many as i want ! Dulu-dulu wonder, camnerla dia orang buat. Hari ni dah buat dah, dear Along ! Anak-anak sekarang lebih pandai dari parents. Letih jugak nak catch up ngan dia orang.

Pukul 11.45 still hujan dan Abah ajak kami semua gi tengok bungapi kat Dataran Tangkak je. Nasiblah kami semua dressed in tracks, windbreaker and sneakers sebab ingat nak kena panjat bukit tadi. So senanglah nak redah hujan. Sampai tengah lagu Negaraku. Nadzrin refused to walk sebab tengah lagu 'NegaraKu'. My 7-year-old ni memang patriotik. So semua orang stop jap sampai habis lagu. Habis 'Negaraku' (tak perasan nyanyian tu 'NegaraKu' atau 'MalaysiaKu') lagu Keranamu Malaysia dan Jalur Gemilang. Dua-dua lagu ni memang lagu Kem. Peserta masuk akan nyanyi lagu-lagu ni. Nadzrin dan Nana memang hafal lagu-lagu ni. Menyanyi bersamalah. Sambil tu bunga api dah 'meletup' (meletup ke?), bising dan terang. Tiba-tiba dengar ada suara yang cukup dikenali. Em, Jepun. Jepun dengan patriotiknya menyanyi lagu Jalur Gemilang. Jumpa Toyak, Zam, Mapa dan budak-budak Chinchin. Jumpa gak Abang Nordin Ikan ngan mem dia. Heheh .. ramai tol orang Chinchin. Kenal lak kat kita orang. "Alah, manader orang pakai cam ni anak-beranak, mesti korangs" Hahahaha ...

Habis show bunga api tuh, kami gi cari makan. Tak boleh nak pilih-pilih sangat, orang ramai. Makan kat warung sebelah warung 'Pokok Besar'. Abang makan nasi goreng kampung dan kami semua makan sate. Tengah makan nampak Sham dengan gelfren. Sham GangDapur Kem. Dia student Mechi Engine kat Twintech. Sedap gak sate. Sudah makan dah 1.30 pagi.

Lepas makan, Nana tak nak jalan. Penat. Aduhz, kesian Abang Long dan Abah bergilir dukung dia. Parking kete punyalah jauh. Balik rumah. Sampai rumah dah pukul 2.00 pagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...