Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Thursday, March 27, 2008

Kem Cuti Sekolah 2

Hari Kedua

Suboh dengan Abang Kudin.

Senampagi. Berzapin Ayam. Entahlah kenapa, tapi di Kem ni asyiklah senampaginya berkonsep 'Ayam'. Zapin Ayam dan sekarang nih, tambah pula 'Chicken Dance'. Zapin Ayam kena nyanyi sendiri, 'Chicken Dance' senang sikit, kepak-kepak, gelek-gelek, tepuk-tepuk, pusing-pusing - settle ! Tapi berpeluh dengan hebat jugak :) Lagu 'Chicken Dance' ada kat Imeem tepi tuh.

Okay, back to SHC. Hujan lagi. Sekejap, sekejap jer berhenti. Kami buat 'Water Confidence' Sekolah rendah buat dulu dan sekolah menengah reka dan bina rakit. Ramai Abang Fasi menjaga adik-adik semasa Water Confidence, termasuk Uncle Sham dan Auntie Zu. Pak Let dengan Rescue Boat. Barulah abang-abang Fasi tahu macam mana 'senang' nya nak 'meyakinkan' adik-adik seperti Aiman, Amirul dan Alya. Ucop memang power, dia steady jer masuk air walaupun Mama dia nih yang resah gelisah. Hadui, terjun selamba badak jer Mamat tuh ! Last-last semua masuk air. Cuma Daniel jer takut-takut. Kejap jer dia takut, pastu macam Ucop, semua budak-budak kenits nih tak ingat dunia. Sabar jer lah kita orang !

Belajar pakai BA

Peserta Sekolah Rendah, sebelum Water Confidence

Masuk air. Seorang, seorang dulu.

Dah tak sabar !

Belajar float

Yang sekolah menengah jangan ceritalah. Walaupun takut, tak berapa berani, mana nak tunjuk kat kawan-kawan. Semua control macho, control power, gitu ! Takut peers pressure. Normal lah tu, anak remaja. Yang positif jer tau, sayang.

Lepas semua dah confident dan dah pandai mengapungkan diri, kami berakit. Yang kecil-kecil dibawa oleh abang-abang Fasi, naik kayak.

Dah boleh float

Sekolah Menengah pula posing

Belajar float

Rakit !

Berakit sekeliling tasik. Lepas tuh, berenang lagi. Dan, hujan lagi ! Sepatutnya ada Khidmat Masyarakat, mengemas rumah Warga Emas, tapi tak boleh nak pergi sebab hujan.

Letih tak ?

Dayung, jangan tak dayung !

Pusingan kedua

Si-kembar tak reti dayung :)

Buka Rakit pula. Gotong-royong.

Makan Tengahari, solat Zohor berjemaah dan rehat sebentar.

Petangnya, sekolah rendah buat Obstacles-Run dan sekolah menengah buat OTOS. Semuanya berjalan dengan lancar.

OTOS - one team, one spirit !

Paddle serentak, kata Abang Blue :)

Budak kenits, buat Obstacles Run

War Game

Malam, makan malam BBQ dan doa selamat Ulangtahun Perkawinan Pak Let - Mama G. Lepas bergembira, ada sessi kaunseling untuk peserta-peserta sekolah menengah. Yang budak kenits, tidur :)

Hari Ketiga

Apalah maknanya kalau ke KLD tidak dapat main 'War Game'. Aktiviti paling best :) Sekolah Rendah lawan Sekolah Menengah. Sekolah Menengah kalah .. hehe. Budak-budak kenits nih tak perlu merangkak, dia lari jer ambil botol air rebutan tuh. Tapi alasan sekolah menengah, kami sayang adik-adik kami dan biarkan mereka menang. Iyerlah, tu !

Kami berpisah petang itu. Jumpa lagi bulan Jun 2008.

Monday, March 24, 2008

Lama tak Update dan Lapuran School Holiday Camp

Aduhai, lama sungguh saya tak update blog !

Tak sihat agak lama juga. Lung infection, hingga batuk tak henti-henti. Puncanya, construction di Kem (bina dewan baru dan kompleks tandas - beb, sekarang sudah ada 47 buah tandas baru dan kolah air besar !) Tak tahan dengan debu-debu simen agaknya.

Saya bercuti sakit yang panjang. Jadi, sepanjang musim pilihanraya, saya cuma duduk depan TV dan mempraktikkan NLP (Neuro-linguistic programming). Heh, seronok tengok people lying ! haha. Kepada anak-anak saya yang telah belajar pasal NLP dengan Encik Kamal tentu ingat, kan sayang ? Mata kebawah - visual construct - mamat tuh tengah mereka-reka menipu membohong tuh ! hehe interesting sungguh !

Saya masih berhutang few reports. Sabar ye anak-anak. Will update asap :)

++++

Hari Jumaat lepas saya dah siapkan VCD School Holiday Camp. Yang dapat dulu, (edited by Kucai) tanpa audio. Takleh nak buat apa, saya kena edit semula. InsyaAllah, minggu ni siap burn semua dan boleh mula poskan pada anak-anak Mama, ok ?

Bercerita mengenai School Holiday Camp ni, semasa saya mengedit VCD ni, airmata asyik tumpah. How I miss my kids ! Ok, citer sikit pasal SHC.

Hari Pertama

Sebelum hari pertama yang official. ada peserta sampai dulu :) Pagi tu, kami berdua, Maya dan Wak Ripin sedang sibuk bersiap-siap kemas Kem. Macam biasa, cuci tandas, sapu sampah, kemas mengemas semua gitu. Tiba-tiba ada kereta masuk. Seorang Ayah datang ke pejabat, dan cakap, "wah, kami yang pertama sampai yer ? orang lain tak sampai lagi ?". Memanglah yang pertama, sebab Kem mula hari Ahad, mereka sampai Hari Sabtu. hehe. Akhirnya si-kembar, Angah dan Achik beserta abang mereka, Along, camping dulu :)

Pagi Ahad, saya dan Maya sibuk siapkan sarapan untuk peserta dan keluarga mereka. Dah ada pengalaman, selalu peserta excited dan tidak sarapan kat rumah. Sebelum sakit perut, elok suruh makan dulu :)

Peserta mula sampai. Yang dekat dan jauh. Pendaftaran bermula.

Faiq dan Fikry ditugaskan ke KL. Ambil peserta di Stadium Bukit Jalil. Iwan bertugas di sana dengan senarai nama peserta. Peserta dibawa dari KL dengan tiga kenderaan - yang besar-besar naik Van dengan abang-abang Fasi, yang kecil-kecil dengan BMW Auntie Zu dan kereta Uncle Sham.

Kami di Kem, pasang khemah sebab Pak Let tidak mahu buang masa. Nanti, sebaik sudah mendaftar, sudah boleh mulakan aktiviti.

Semasa pendaftaran, seorang Ibu muda mendaftarkan anaknya. Dia beritahu kami, anaknya ada kes jantung, serahkan kepada kami surat doktor untuk kami bagikan hospital jika ada kecemasan, ubat-ubat untuk anaknya dan juga pesanan-pesanan lain. Masa tu, saya terasa mahu menolak sahaja pendaftaran anaknya. Tapi bila lihat Yusof yang sakit tu begitu ceria dan teruja untuk join SHC, saya tak sampai hati. Dia bukan main suka lagi ! Saya terima sahajalah tanggungjawab tu. Dan akhirnya, dia jadi buah hati semua orang dengan sikap ceria dia. Semua jatuh cinta dan sayangkan dia !

Selain Yusof, ada tiga lagi 'budak-budak kecik' yang kami perlu bagi perhatian 200 % - Aiman, Amirul dan Alya. Memang kesabaran kena tahap paling tinggi :)

Siap mendaftar, petang tu kami mulai dengan 'Ice Breaking'. Wah, bukan main lagi yang sekolah rendah dengan cheers mereka - lebih kreatif dari sekolah menengah.

Kraftangan Perkhemahan. Diajar buat 'tempat kasut'. Macam-macam 'pesen' ! Juga belajar buat 'roti pintal, masak nasi dalam kelapa dan masak nasi dalam buluh'. Ni, Mama letak resepi bagi yang mintak dulu.

Roti Pintal

Untuk Roti
1 kg tepung gandum
1 packet Mauripan (campur dengan 2 sudu besar gula pasir dan 1 gelas air)
2 sudu besar marjerin
5 sudu besar susu tepung dibancuh dengan 1/2 gelas air
beberapa batang buluh untuk memintal roti

Untuk Sapuan
Marjerin/Mentega
Gula Pasir

Cara:
Roti. Campurkan semua bahan dan uli. Jika lembik, tambah tepung. Jika keras, tambah air. Siap uli, simpan sehingga doh naik sekali ganda. Ambik sedikit, uli panjang-panjang dan lilit pada buluh. Bakar kat api. Masak, sapu marjerin dan gula.

Hari tu, berebut-rebut semua orang makan, lebih sedap dari donut JCO, kan adik ? hehe ... Yang nasi dalam kelapa pun sedap, sebab Along masak dengan air kelapa. Wangi air kelapa tu yang tak tahan tu :) Sedap !

Abang Kudin sedang ajar adik-adik cara mengikat.

Ni nak buat apa ni?

Sedang buang kulit kayu gelam.

Adik-adik dengan Abang Faiq

Dah siap, dah boleh susun selipar dah

Satu lagi tempat letak kasut

Siap semua, masa untuk mandi. Yang perempuan di bilik air, yang lelaki diberi peluang mandi di Jeti. Bukan main suka semua :) Tapi abang-abang Fasi jaga, takut terjun tasik. Yang kecik-kecik pula, perlu dimandikan. Oklah tuh, biar abang-abang belajar, esok senang nak mandikan anak :)

Yang paling suka tentulah Geng Dan, Din, Don dan Tok Batin. Hm, Encik-Encik dan Puan-Puan Prof dan Encik Pakar Bedah, jangan pengsan masa tengok VCD nanti. Anak Tuan-Tuan dan Puan-Puan tak ingat dunia punya mandi :)

Faiq tengah mandikan adik-adik :)

Iwan jaga adik-adik mandi

Baca doa sebelum makan

Solat dengan Abang Kudin

Anak-anak gadis saya

Malam, Program bersama Encik Kamal - Study Skill dan Meningkatkan Keyakinan Diri.

Ni cara nak mengingatkan semula apa yang telah dipelajari. 'Mata pandang atas !"

Malam tu hujan, tak dapat tidur dalam khemah. Perempuan, tidur dalam chalet-chalet, lelaki kecil tidur dalam Dorm Fasi dan lelaki sekolah menengah tidur dalam Anjung Kasih.

Selamat Malam !

to be continued in Day Two
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...