Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Friday, April 30, 2004

Salam Jumaat Saudara !

Di Kem, ada peserta dari SMJK Cina Seghwa, Batu Pahat. Mereka masuk dari hari Rabu. Ramai juga, 180 orang pelajar dan 6 orang guru. Ambil program 'Remaja Lasak Level One'. Program ni, lebih kepada bersantai-santai dengan melakukan aktiviti 'outdoor' seperti 'jungle tracking, obstacles run, water confidence, berkayak dan war game'. Tiada ceramah :)

Satu yang kami pelajari dari mereka yang hampir semuanya pelajar bangsa Cina (ada seorang sahaja Melayu). Kerjasama mereka sangat baik. Sikap tolong menolong yang terpuji.

Selepas makan di Kem, peserta dikehendaki mencuci pinggan mangkuk sendiri. Mereka membahagi-bahagikan sesama mereka. Ada yang membasuh, ada yang membilas dan ada yang menyusun. Tidaklah bersesak-sesak, berebut-rebut ditempat membasuh yang terhad tu. Kalau kumpulan lain, kadang kala sanggup tolak kawan, hanya untuk merebut tempat nak mencuci pinggan. Apa yang kami pelajari ni, kami akan tegurkan kumpulan-kumpulan lain yang akan datang.

Ramai fasi bertugas minggu ini. Fendi, Agus, Iha, Madas, Dino, Muafa, Khalid, Cica, Adi, Bob dan Fikry.

Didapur PakHaji dengan gangnya : Toyak dan Jepun. Sham dan Julie akan datang sekejap lagi.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Minggu yang sibuk. Selepas High School keluar hari Ahad, kami tidak bercuti. Mengemas Tapak Survivor sebelah Tapak Putera. Buat tapak-tapak baru untuk kumpulan JIM. Segwa yang rasmikan Tapak Baru ni.

Banyak kerja yang perlu disiapkan sebelum JIM masuk. Tapak sudah sedia, lampu-lampu dan wiring sudah siap, canopies ada 2 buah yang telah dipasang untuk jamuan makan. Bilik berkepung atas tasik untuk wanita mandi juga sudah siap. Yang ni kami upah tukang buat.

Dan hari Rabu hari tu kelam kabut ke Makro Seremban untuk beli khemah. RM 129.00 x 25 buah khemah. 6-men tent. 5 kg. Kalau beli khemah, lebih berat, lebih baik. Tapi kalau pergi hiking, lupakan sahaja. Tak larat nak mengangkat nanti. Bawa sahaja sleeping bag dan hammock. Hammock ringan, kalau ada tempat nak digantung, boleh tidur dengan selesa. Sleeping bag boleh dibuat selimut. Sleeping bad murah sahaja, RM 30.00 sudah boleh dapat. Tidak perlu sleeping bag yang mahal sebab ianya berat.

PakHaji juga sudah siap dengan menu dan senarai barang yang handak diorder. Saya bersyukur PakHaji bekerja dengan saya. Bayangkan dengan 300 orang perlu diberi makan minum 6 kali sehari, PakHaji hanya ada 5 pembantu sahaja. Tidak pernah makanan lambat atau tidak cukup. Tidaklah masak makanan istimewa, cuma lauk-lauk biasa sesuai dengan cara camping. Syukur.

Hanya menunggu JIM datang. Sampai sekarang masih tidak tentu berapa orang lagi !

++++++++++++++++++++++++++++++++++

Jutaan terima kasih !

Terima kasih semua, sahabat tersayang :) Terima kasih, kerana ucapan tahniah atas lantikan sebagai wakil selatan (apa kerja kita nih ?) dan juga ucapan selamat sempena ulangtahun kelahiran. Terima kasih, terima kasih dan terima kasih !

++++++++++++++++++++++++++++++++++

Salam selamat menyambut Maulidur Rasul dan selamat bercuti ! Doakan program hujung minggu ini berjalan dengan lancar, insyaAllah.

+++++++++++++++++++++++++++++++++

Catatan Sahaja : Tahun ni, dapat hadiah bantal 2 biji dari suami sempena harijadi. Kesian dia, tak ada duit. Tak apalah honey, sayang saya sahaja pun dah cukup. Kita share bantal tu seorang satu, okay ! I Love You !

+++++++++++++++++++++++++++++++




Tuesday, April 27, 2004

Terima Kasih Mak, membawa saya ke dunia !

Thanks, dear Dino :)

Sebenarnya kadang-kadang agak bosan juga menulis tentang perkhemahan. Apa nak buat, ianya salah satu dari tugaskerja saya :) Merekod

Sesekali ingin juga menulis pasal perasaan dan pasal hati. Hey, orang lasak macam saya ada juga perasaan !

Hari ni ulangtahun kelahiran. Saya sudah tua ! Anak sulong berumur 15 tahun dan saya melahirkan dia sewaktu saya berumur 24 tahun. Kira sendiri la berapa umur saya :)

Tidak gembira sangat pun menyambut ulangtahun. Agak sentimental tahun ini :) Mungkin masih bersedih dan paling penting, masih sangat kesal. Saya kesal, kerana sepanjang hayatnya saya tidak berpeluang mengenal Allahyarham Kak Hasiah, isteri Dr. Sahrum Hasshim (ep). Saya macam kebiasaan buruk saya, mengambil segala masaalah dengan alasan 'ringan' saya - tiada masa. Memang pun saya seorang yang sangat sibuk. Tapi jika tidak diluangkan sampai bila pun saya akan 'tiada masa'.

Bertelefon dengan Zareda dan membaca coretan HanyaSayang dan Sri Diah membuatkan airmata mengalir tanpa henti. Alangkan bertuahnya Allahyarham ! Dikasihi, disayangi dan dicintai oleh suami hingga detik terakhir hidupnya ! Bertuah sungguh, menghembuskan nafas terakhir ditemani oleh teman hidup yang amat mencintai dan dicintai. Al-Fatihah buat Kak Hasiah.

Saya insaf, adakah saya juga berhak mendapat nasib yang sebegitu baik ? Layakkah saya ? Cukupkah kasih-sayang dan perhatian yang saya berikan kepada suami dan anak-anak ? Adakah saya isteri dan ibu yang baik ? Adakah suami akan redhakan segalanya yang dia buat untuk saya ?

Will you always love me, honey ? Sayangkan saya hingga akhir hayat saya ?

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Perjalanan perkahwinan bukanlah mudah. Banyak suka dan ada juga dukanya.

Detik pernikahan, bersanding dan berkenal-kenal dengan keluarga baru. Bukan keluarga sahaja, suami baru juga betul-betul dikenali. Hem, dia pakai spender terbalik ! Issyyy ... bisingnya tidur ! Lah, tak makan sayur kacang !

Bahagia menikmati malam pertama dan manisnya waktu berbulan madu. Sekian lama bercuti kahwin, suami bawa pulang ke rumah. Bukan rumah Mak lagi, tapi rumah sendiri. Tiba-tiba kena masak, kena basuh baju, kena kemas rumah ! Alahai, baru tahu tanggungjawab sebenar isteri !

Dah kahwin, dianugerahkan cahayamata. Pengalaman pertama. Dari hujung rambut sehingga hujung kaki, rasa bagai semuanya berubah. Makan dan semuanya keluar semula, tidur tak lena. Menangis dan merajuk tanpa sebab. Kesian suami. Segalanya tak tentu arah. Tapi Allah SWT maha berkuasa. DiberiNya rasa kasih yang tiada batasannya kepada sikecil yang baru berusia sebulan dalam kandungan tu. Apa saja, malah nyawa sekalipun rela diberi pada sikecil yang belum dikenal paras rupa.

Kelahiran anak pertama. Saya push, dia push, baby tak jugak keluar ! Akhir sekali, kena guna forceps.

Betapa bahagianya kami, kasih kami diikat bertambah kuat dengan kasih terhadap putera sulong kesayangan. Dan seterusnya bertambah bahagia dengan kelahiran anak-anak semua.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Bersuami-isteri ini perkara yang tidak boleh dibaca dalam buku atau dibelajar. Sebab tiada insan yang serupa. Anak-anak yang kita lahirkan, didik dan besarkan sama sahaja itu pun lain-lain perangai. Inikan pula lain-lain orang.

Bagi saya, paling-paling penting dalam hubungan adalah sifat berlebih kurang. Jangan berkira. Duit dia, duit kita. Duit kita, duit kitalah ! Hahahah ... kan kita perempuan, kan. Mana boleh lelaki ambil duit orang perempuan, sangat tidak macho begini, bebs ! Wah, suka anak dara tu. Takleh camtu, sayang ! Kena share. Tak caya, tanya kat UngkuNor. (Ungku, jaga diri baik-baik, dik ! Semoga sihat macam biasa)

Ada orang suka bergaduh, merajuk. Merajuk adalah sifat negatif yang sangat buruk. Apa yang dirajuk ? Orang tu takkan tahu, kalau anda tak beritahu. Tiada siapa yang boleh baca isi hati anda kalau anda tak beritahu. Pandang muka cik Abang tu, suruh dia dengar luahan perasaan anda. Bagi dia tahu apa yang anda rasa. Dalam bahasa yang dia faham. Kalau anda sok-sek sok-sek (melalak la ni) sambil bercakap, tentulah mamat tu tak faham. Cakap habis-habis dan tanya dia apa tindakan dia atas luahan anda. InsyaAllah, lebih senang menghadapi masaalah dengan cara begini dari anda muncung-muncung tu. Letih, dik !

Kalau anda 'hurt' dia, kan ke rugi. Elok-elok boleh bermanja-manja, nak kena bergaduh-gaduh pula. Kena juga terima suami, seadanya. Sebagaimana dia menerima kita. Selamat Berbahagia untuk semua suami isteri :)

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Habis dah. Kembali semula ke Hutan Ini. heh !

Esok kami akan menerima amoi-amoi cun dari SMK Cina Seg Hwa, Segamat. Mereka akan berada di Kem sehingga hari Jumaat. Jumaat hingga Isnin pula Jemaah Islah Malaysia - seramai 350 orang, iyer Dino, dah bertambah. Bukan masak lagi sayang, hangus kita bebs !

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Monday, April 26, 2004

Laporan Sekolah Tinggi Melaka..

Laporan ini ditulis oleh Dino

Aku sebenar-benarnya taklah rajin tangan untuk menaip panjang-panjang untuk dua blog. Tapi, alangkah kerana aku ini fasi kem, maka wajiblah aku merajinkan diri supaya tak dipotong gaji :)

Sekolah Tinggi Melaka adalah salah satu daripada pelanggan tetap kem. Mereka banyak habis duit di kem ini . Sekolah Tinggi Melaka, adalah sebuah sekolah yang hanya mempunyai pelajar lelaki sahaja. Sebab itulah aku datang :)

Amende la aku mengarut ni..

Ok, peserta kali ini terdiri daripada pelajar Tingkatan Satu dan Dua. Kebanyakan daripada mereka adalah daripada pelajar-pelajar projek khas. Pelajar cemerlang lah ni. Aku sukakan pelajar sekolah tinggi kerana mereka kebiasaannya adalah amat berdisiplin. Dan nampaknya pelajar-pelajar yang datang ini begitu juga.

Kak G dah melaporkan sehingga aktiviti water confident dan kayak. Aku sambung lagi kepada aktiviti waktu petang. Petangnya, kumpulan-kumpulan ditukar aktiviti. Mana-mana yang dah berkayak, perlu pergi ber'jungle tracking' pula. Mana-mana yang dah 'berjungle tracking',perlu pergi berkayak pula. Fasi yang sama bertugas. Aku dan Rauf serta Pak Man jaga water confident, Cikgu Bad dan Cica jaga kayak. Ruddy, Agus, Muafa, Khalid dan Pak Let jaga jungle tracking. Pak Aji, Jepun dan Toyak, geng dapur siapkan masakan. Aku jaga kejap je petang itu, pasal aku tidur

Solat mereka waktu Zohor dan Asar diimamkan oleh imam-imam mereka sendiri. Bukan apa, mau melatih anak-anak muda ini suapaya mampu menjadi ketua. Bukankah melalui solat jamaah itu dapat melatih menguruskan sebuah organisasi? Aku sementelahan, tengah sembang kat pangkin :)

Lebih kurang jam 5.30 petang, Pak Let datang pangkin. Minta Khalid dan aku supaya ambil Kak G di rumah. "Ada kawan korang datang, Dino.." kata Pak Let pada aku. Khalid gegas naik kereta Toyotanya, berteman aku, terus ke Jasin. Kitorang ambil akak dan bawa ke kem. Rupanya Ir-awok yang datang. Bertemankan seorang rakan yang lain.

Tetamu dijemput ke Dewan Makan. Di dewan makan serba sederhana inilah kami menyambut tetamu yang datang. Maaf, kami tak punya set meja makan mewah daripada Itali. Tapi bangku buatan Malaysia yang dibuat sendiri. Waktu kami keluar mengambil Kak G, kami sempat singgah membeli biskut untuk peserta. Dan juga aiskrim potong untuk kami sendiri.. :) Ais krim potong itulah yang kami hidangkan untu Ir-awok dan rakan. Eh, kami tak gila. Itulah mesra namanya. Bukankah seorang sahabat yang baik itu melayan saudaranya sebagaimana melayan dirinya sendiri? Ais krim kami makan, ais krim jua kami hidangkan :)

Kak G cakap aku pemalu depan perempuan. Ir-awok ugut aku, dia taknak baca lagi blog aku pasal aku tak tegur dia. Wah, mentang-mentangla aku ini sopan orangnya, korang sedap-sedap saja mengutuk aku,ya? Tak adalah, aku bukan pemalu, bukan juga penyegan. Aku cuma jaga adat sopan. Depan perempuan, kita kena lebih sopan daripada cipan. Betul Mat Jan, kan?

Perempuan memang banyak cakap. Tak cukup mengutuk bersembang kat dapur, dipanjangkan lagi topik ke pejabat. Aku mana bisa layan perkara-perkara tak berfaedah seperti itu. Aku lelaki. Lelaki kena buat kerja berfaedah. Aku buat-buat sibuk. Khemah yang aku jemur dipijak orang. Aku ambil khemah itu dan basuh di jeti pejabat. Aku tolong ruddy dan Cica basuh kayak. Sedar-sedar Ir-awok dan rakan dah pulang. Wah, sungguh berkarisma aku. Langsung tak layan perempuan.

Maghrib dah nak masuk. Mandi dan siap untuk jadi imam. Sebab Cikgu Zul tiada, aku naik pangkat jadi imam satu. Peserta seramai 160 tak mampu diimamkan disurau, jadi kami solat di dewan makan. Dewan makan dah dibersihkan dan dihampar tikar dan sejadah. Mereka azan, igamah dan aku jadi imam. Selesai solat, tiada kuliah panjang, sekdar tazkirah. Peringatan tentang pentingnya menghormati solat. Diam waktu berada di tempat solat, mengapa perlu mengaminkan surah Al-fatihah bersama imam.

Selesai solat, makan. Pabila jadi fasi untuk peserta bawah 15 tahun, kami kena jadi serba-serbi. Bab makan, kami perlu sendukkan nasi dan kuah. Perlu tuangkan air. Suruh mereka tunggu rakan sehingga semua selesai ambil makanan. seorang daripada baca doa dan barulah semua boleh makan. Kerana mecontohi sunnah dan berdisiplin itu bukan sahaja waktu rasmi, malahan ketika semua waktu termasuk waktu makan.

Selesai makan, mereka bersihkan dewan makan , dan bersedia untuk solat Isyak. Kebanyakan fasi sewaktu peserta makan, akan pulang ke pejabat. Kami baca akhbar dan juga tengok tv sementara tunggu isyak. Isyak masuk, dan kami solat.

Selepas solat isyak, peserta-peserta pulang kehmah dan tukar pakaian. Encik Nordin tiba dan beri ceramah. Kami biasala, depan tv, tengok bola

Usai ceramah, aktiviti night walk bermula. Ini adalah aktiviti yang aku suka. Pasal aku suka jadi hantu. Tapi malam itu, aku ditegah jadi hantu dengan khalid. Aku perlu kejutkan mereka subuh besok. Jam 5.30 pagi. Jadi, aku diminta tidur awal. Ok, ok. Aku tak pergi, tapi aku tetap tak tidur juga.

Untuk kali yang pertama dalam sejarah kem, berlaku satu kemalangan. Seorang peserta cedera di muka dipijak rakan-rakan yang ketakutan. Rakan-rakan mereka juga yang menakutkan mereka. Kami tidur lewat malam itu. Semua runsing-runsing dan gelisah. Hendak marahkan yang membuat hal, kasihan juga kerana mereka masih di perangkat awal remaja, masih butakan makna tanggungjawab. Masih fikir mahu main-main. Alhamdulillah, Muafa, Toyak dan Pak Man pulang, dan pelajar tersebut lihatnya tidaklah begitu teruk. Cedera sedikit di dahi,pipi. Cuma yang jelas, bekas tapak kaki di muka. Apa ertinya rakan, bilamana payah, sanggup dijahati rakan sendiri semata-mata kepentingan diri..

Dan kami belajar erti berhati-hati.. malang datangnya tak berbau..




Sabtu

Aku bangun agak lewat. Sepatutnya jam 5.30 , tapi bangunnya jam 5.55 pagi. Budak-budak itu semuanya nampak lena. Terkejut juga pabila aku melihat ada makhluk yang terbongkok-bongkok. Apakah itu? Oh, penghulu. Bagus penghulu ini. Cuma lembut sangat cara mengejutkan 'orang-orang yang tengah letih'.

"Bangun! Bangun! Abang pagi kamu masa sepuluh minit bersedia untuk solat! " Aku berjerit dua tiga kali. Barulah dengar budak-budak ini bergegas. Lewat lima belas minit, masih ada yang lewa. Aku jadi geram. "Abang bilang sampai tiga puluh. Kalau tak keluar juga khemah, pumping 100 kali!" Makin ramai yang keluar. Inikah anak harapan negara? Melayu yang layu jika tak digertak, disergah?

Fikir aku main-main, cukup 30, masih ada yang berlenggang. Aku suruh mereka berhenti berjalan dan berkumpul di Dataran Insan. Aku minta yang dah di Dewan, azan dan iqamah. Aku tenung muka-muka yang lambat dan suruh mereka naik ke atas. Aku juga naik dan mengimami mereka. Selesai solat, ada tazkirah pendek. Suara dikuatkan sedikit. Menyedarkan mereka yang masih 'tertidur'. Zahir dan batin. Teguran lembut sahaja sebenarnya. Pentingnya solat. betapa main-main di awal pagi akan bawa main-main ke seluruh hari. Aku tegur mereka yang berlengah-lengah dalam bersembahyang. Jika bersembahyang pun berlengah-lengah, belajar apatah lagi. Dan bayangkan andai tuhan lengah-lengah nikmat pancaindera kita setiap awal pagi. Bangun jam lima, cuma boleh melihat jam tujuh pagi.. Kun fayakun..

Ada dua belas orang semuanya. Yang dalam hati aku sebenarnya penuh kekaguman. Aku percaya " Andai salah, berani dihukum". Dan dua belas orang anak muda di depanku sedar kesilapan dan berani dihukum pumping 100 kali. 20 kali, dan semua dah putus-putus nafas. Aku minta henti dan mereka berterima kasih.

Malangnya, mereka didenda lagi Ruddy. Diberi masa dua puluh minit sekdar untuk menukar pakaian, ada yang pulang tidur! Ruddy menambah lagi 10 minit, itupun masih main-main. Akibatnya, pumping 50 kali. Tekanan itu perlu. Kerana pahat tak bergerak andai tak ditukul.

Selesai senaman, makan pagi.

Selepas itu, ada war games. Kami main di kawasan laluan obstacles, kerana kawasan asal kering. MENARIK, kerana situ banyak lintah. Ada yang batal kerana bangun takutkan lintah :) Tapi main dengan pelajar-pelajar awal remaja, ramai yang mati kerana tak mengikut peraturan. Nak lempar, dilemparnya kuat-kuat terus. Bangun bila nak melempar atau nak mengelak. Tak tahannya, ada juga sanggup mati mengambut telur yang dilempar lawan.

Tengah hari, dalam jam 1100, siap kemas khemah dan kawasan kem. Mereka makan tengah hari dan ada majlis penutup. Jam satu, pelajar-pelajar ini pulang..

______________________________________________________

Minggu ni minggu sibuk. Rabu, akan ada 160 orang pelajar masuk. Mereka berada di kem hingga Jumaat. Jumaat, masuk pula 280 orang peserta daripada Jemaah Islah Malaysia (JIM). Berada di kem sampai Isnin.

Wah, masaklah kami!

:)

Saturday, April 24, 2004

Hhmmmmmmmmmm

Warning Entry ini panjang. Sila jangan baca jika anda bukan fasi Kem Lambaian Danau. Anda akan termuntah-muntah akibat bosan :)

Entry ini sengaja ditulis panjang kerana sudah terdapat komplen yang saya malas menulis. Tidak menulis banyak perkara penting yang terjadi semasa program perkhemahan. Satu perkataan mewakili satu perenggan, kata si-tukang komplen. Malas tahap dewa-dewa, kakaknya ini.

Malacca High School

Day One
Malacca High sampai pukul 4.05 petang. Pelajar-pelajar Tingkatan Satu dan Dua seramai 170 orang untuk Program Motivasi dan Kenegaraan. Malacca High School ada sekolah yang kedua tertua di negara, selepas Sekolah Penang Free. Sudah berusia lebih 178 tahun, sekolah ini merupakan all boys school. Cuma akhir-akhir ini mereka telah membuka pintu kepada pelajar-pelajar perempuan untuk kelas tingkatan enamnya.

Semasa sampai, Maktab Perguruan Batu Pahat belum check-out lagi. Malacca High berkumpul di Dataran, ustazah-ustazah MPBP pula di Anjung Kasih. Mereka solat Asar berjemaah di surau dulu. Saya seperti biasa, menghantar senarai nama peserta ke Balai Polis Chinchin dan melapurkan sekali berkenaan program minggu ini. Pegawai polis dari Balai akan datang meronda kawasan Kem tiga kali sehari bila ada peserta di Kem.

Fasi-fasi yang dah sampai : Agus, Adi, Fikri, Muafa, Cica, Khalid, Ruddy, PakMan, Cikgu Badrul dan Rauf. Selepas mendengar taklimat program dan undang-undang Kem, sampailah masa untuk mendirikan khemah.

Selepas siap pasang khemah, minum petang. PakHaji jamu kami dengan bubur kacang, biskut dan air teh O. Sedap, Haji !

Pukul 6 petang, majlis penutup untuk MPBP. Terima kasih, untuk flask hijau yang cantik tu ! Lambaian untuk bakal-bakal ustazah di pintu depan Kem. Semoga kita berjumpa lagi.

Peserta MHS mandi. Agus dan Raup menjaga. Memang jaga peserta mandi menjadi tugas, kalau tidak dijaga ada pulak yang akan terjun tasik nanti. Dan menjaga 170 orang budak lelaki berumur 13 dan 14 tahun bukanlah kerja senang !

Makan malam pada pukul 7. Menunya : nasi putih, ayam masak tomato, tumis air kobis panjang dengan tahu, telur dan sohoon, ikan masin dan sambal belacan. Licin !

Selepas makan, berwudhu sambil menunggu kedatangan Pak Imam masjid Chinchin. Imam satu kami, Ustaz Zul tidak bertugas minggu ini. Gantinya Imam Haris. Kami bersolat berjemaah, kemudian dengar kuliyah Maghrib hingga sampai waktu Isya'.

Dino dan Fathi sampai pukul 8:30 dari KL. PakMan dan Agus jemput di Tangkak. Sampai-sampai kena kutuk sesedap rasa terus makan. Alhamdulillah semua telah sampai. Kucai tidak dapat bertugas sebab tak dapat cuti. Pegawai PALAPES kena kerahan tenaga, menjaga wira dan wirawati PLKN. Jadi Kucai dan Asri kena bertugas dengan PLKN semasa cuti semester ni.

Pukul 9 aktiviti Kenegaraan bermula. Ceramah-ceramah. (Maaf, tidak boleh melapurkan isi ceramah kerana tidak pergi mendengar). Selesai ceramah, aktiviti berkenal-kenal rapat dan membahagikan mereka kepada kumpulan. Kumpulan Mat Kilau, Jebat, Jaafar Onn, Onn Jaafar, Yap Ah Loy, Tuah, Kasturi, Bahaman dan Lekir. Setiap kumpulan kena ada moto, falsafah dan cheers. Paling best tentulah cheers Kumpulan Onn Jaafar. Tak boleh ceritalah, takut nanti nama Kem masuk Melodi pulak !

Saya bersama mereka semasa aktiviti 'berpoya-poya'. Nak jugak bagi mereka seronok ! Kami nyanyi lagu patriotik. Habis lagu-lagu patriotik, Kem Komandan sporting semalam. Dapat nyanyi lagu-lagu lain juga. Nyanyi lagu 'Desa Tercinta'. Kekirilah ahai
Kekananlah ahai
Oh.. Inilah desa yang tercinta
Menarilah ahai
Menyanyilah ahai
Riangnya suara mereka
Desa tercinta
.... memang seronok ! Ada lagi .. nyanyi lagu kodok ngorok. Best ! Selesai aktiviti, minum malam dan kemudian tidur pada pukul 12 malam.

Day Two
Bangun pukul 6.00 pagi. Pagi ini bersolat Suboh dengan diimamkan Abang Dino. Saya suka bila Dino berzikir dengan peserta. Beramai-ramai menyebut nama Pencipta, sungguh tenang dan damai mendengarnya.

Ruddy ambil alih daripada Dino. Dino cam bese gi dapur, bodek Haji. Bersama-sama Fathi, Adi, Fikri dan Azim. Mereka kendalikan senam pagi. Yang lain kena sarapan dulu sebab nanti akan sibuk menghidang makanan untuk adik-adik.

Mereka sarapan pada tepat pukul 7:30. Makan mee goreng dan nasi goreng. Selesai sarapan, tukar baju untuk aktiviti outdoor. Cuaca pagi ni amat selesa. Ada matahari tetapi tidak panas, mungkin sebab semalam hujan.

Peserta dibahagi-bahagikan kepada 4 sub-camp. Agus, Adi, Azim, Fikri dan Ruddy pergi jungle tracking sebelah pagi. PakMan dan Dino bersama peserta buat water confidence. Fathi, Khalid dan Muafa bawa peserta ke track obstacle run. Yang lain berkayak dengan Cikgu Badrul dan Cica. Buat berbagai formasi tadi. Mereka bertuah minggu ni, sebab Cikgu Badrul bertugas. Sebagai Jurulatih Kebangsaan, banyak ilmunya. Kadang-kadang diajarnya peserta berdiri atas kayak. Memang seronok !

Saya seorang sahaja di pejabat. Menunggu pejabat kalau-kalau ada peserta cedera, manjawab panggilan telefon dan lain-lain.

Sekian sahaja lapuran untuk Day Two. Esok akan melapur lagi.

Apa wek-wek ? Kan dah cakap tadi, jangan baca. Boring !

Friday, April 23, 2004

Maktab Perguruan Batu Pahat

Perkhemahan Persatuan Puteri Islam. Bakal-bakal ustazah. Anak-anak gadis yang comel-comel. Seronok tengok mereka. Bersopan, rajin dan bijak-bijak.

Mereka telah berada di Kem sejak hari Rabu. Akan pulang petang ini. Tidak banyak aktiviti outdoor untuk mereka. Cuma jungle tracking dan berkayak sahaja.

Mereka belajar baca peta, compass-marching dan melakar kawasan kembara. Cuma belajar teori sahaja. Sayang, tidak mahu buat praktikalnya.

Program tidak dikendalikan sepenuhnya oleh Kem sebab mereka ada Jurulatih dari Maktab. Aktiviti pun aktiviti biasa semasa berkhemah seperti kawad kaki, permainan tradisional dan senaman.

Tetapi hari ini mereka ada satu pertandingan yang agak menarik, 'Pertandingan Masak Tanpa Api'. Lepas saya tengok nanti, saya akan ceritakan.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Selamat Datang Malacca High !

Petang ini sekali lagi kami akan mengendalikan program motivasi untuk pelajar-pelajar SMK Tinggi Melaka. 167 orang peserta. Dan semua lelaki.

Fasi-fasi juga semua lelaki minggu ni.

Senarai fasi yang akan berada di Kem untuk program minggu ini : Fathi, Agus, Ruddy, Muafa, Cica, Leftenan (M) Kucai, Bob, Rauf, Dino dan Khalid. Anak saudara saya, Adli (pelajar sains sukan, UiTM) juga datang untuk training sebagai fasi. Dia bersama kawannya, pelajar jurusan Agama, Fikri. Fikri akan membantu Dino untuk aktiviti surau. Jurulatih Kanan ialah Cikgu Badrul dan PakMan.

GangDapur macam biasa Pak Haji Berahim, Sham, Toyak dan Jepun.

Ceramah oleh Encik Nordin dari Insan Resources.

Kami semua sedang bersiap-siap untuk menerima kedatangan tetamu ni. Barang-barang makan dah sampai, ais dah sampai, khemah dah dikeluarkan, belerang sudah ditabur, tong-tong sampah dah dibubuh plastik hitam, tandas dah basuh ....

Apa lagi ? Semua dah siap, rasanya. Kertas ceramah, kertas lagu patriotik dan head band dah siap. Oh, memo untuk fasi belum siap lagi !

Budak-budak fasi ni nak kena warning. Topik biasa la, pasal kebersihan ! Kemas pangkin fasi ! Dah berjuta kali cakap dah, masih tidak tahu berkemas. Kalau tak nak kemas, potong gaji and we get a servant, okay tak ? Korang bayarlah gaji dia ramai-ramai. Nak ?

Tuesday, April 20, 2004

Wira dan Wirawati Melawat ke Kem

Hari ini menghabiskan kerja-kerja mengemas dan mempersiapkan Kem sebelum Maktab Perguruan Batu Pahat masuk, esok. Akan berada di Kem hingga tengahari hari Jumaat. Jumaat petang pula, Malacca High School pulak masuk. Tiada rehat minggu ini.

Ahad, High School keluar. Cuti sehari. Rabu hingga Jumaat, SMK Cina Seg Hwa, Segamat pulak masuk hingga Jumaat. Jumaat petang, Jemaah Islah Malaysia masuk. Sibuklah kami !

Ni pun dah terasa dengan segala persiapan. Saya sedang menyiapkan kertas lagu-lagu patriotik untuk High School, PakLet dengan soalan jungle tracking. PakMan dekat luar, repaint signboard Kem yang lama tu. Dah ramai orang komplen, salah masuk jalan ke Kem. Sesat ke Loji Air.

Penat! Tapi tak apa, minggu depannya sudah boleh berpoya-poya. Projek Basah Geng Jurnal ! Saya, Dino, Ketupat dan dak-tembamz akan join sebagai peserta. Tak habis-habis senyum Cica membayangkan kami jadi peserta !

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Tadi kami menerima wira dan wirawati dari Program Latihan Khidmat Negara. Mereka melawat Kampung Chinchin untuk module kejiranan mereka. Selalunya kalau kampung ada pelawat, Kem menjadi antara tempat wajib dilawati. Walaupun kami sedang sibuk, tetamu tetap diraikan.

PakMan bawa mereka berjalan-jalan sekeliling Kem. Alhamdulillah, hari ini cuaca cantik di Kem. Berangin kuat. Seronok mereka. Saya ada ambil gambar. Esok atau malam ini kalau tidak penat akan diuploadkan. Tok Penghulu dan Pengerusi JKKK kampung pun ada sama.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Lepas Asar nak pergi berenang di belakang. Bukan kat tempat open tu. Kat dalam tempat berkepung tu la !

Monday, April 19, 2004

Rakan Blog Ku :)

Rakan Blogku :)

Saya dah jumpa mereka.

Spyz, Shila, Memel dan Arif. Senang hati dapat bagi Shila buah idamannya :) Tahu dah asal usul nama Memel. Kena kutuk dengan Arif cartoon kat tv auntie tak best, cartoon kat tv kat rumah kita, best Rupanya si-Nett dah meracuni dia dengan Shinchan ! Versi Indon lagi, bebs !

Purbe dan Salji. Blur. Mush suruh teka-teka, mana lah kenal :) Lama-lama seronok pulak, kutuk pun dia orang diam jer, baik jer. Best.

Anak-anak dara lawa. Syidah, Amyz dan Nett. Nett saya tahu, sebab selalu tengok muka dia kat blog orang. Saya belajar sesuatu hari ni : selain baca blog, mesti tengok fotopages. Barulah boleh kenal tuan punya blog.

Ungku, Kamarul dan anak-anak. Macam jumpa adik sendiri. Kami memang dah rapat. Amir, Arif, Anis dan Azib macam balik kampung sendiri - dah tahu apa nak buat kat sini.

Mushroom Cute. Bukan saya sahaja dia kenal, malah yang lain juga di Kem. Maaf ye Mal, pokok-pokok dah kecut kena panas. Mal kena datang ambil sendiri. Rasanya pokok yang mereka ambil tu takleh nak hidup.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Kami mulakan 'site visit' dengan melawat kawasan belakang Kem. Pergi ambil anak-anak pokok. Ada orkid, periuk kera dan macam-macam la. PakMan tolong melayan. Harapkan saya, tak payah la :) Sesat lak karang.

Jalan-jalan tepi tasik. Masuk hutan sikit. Mush 'fail', tak jumpa pokok tongkat ali. Tongkat ali banyak dalam hutan Kem.

Makan time. Pak Haji dah siap masak. Saya mengambil peluang untuk curi makan banyak sikits. Best pulak makan sayur pucuk paku goreng dengan pucuk meranti campur tempe. Entah sedap entahkan tidak orang KL makan lauk kampung.

Lepas solat mereka main kayak. Buat 'water confidence' dulu dalam tasik. Tengah panas-panas tu. Cuma Kamarul, Shila dan Arif sahaja tak masuk air. Entahlah pass ke tidak ... Tapi PakMan dah bagi 'greenlight' untuk naik kayak.

Macam-macam style mereka berkayak. Azib dan Memel pun pergi. E-ketupat pun join sekali. Mamat ni, peminat setia GeJu, student MMU. Tapi tak de blog. Malas nak menulis katanya !

Kami yang tinggal di Kem, tengok orang repair jetty.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Balik dari berkayak, mereka mandi dan bersiap-siap. Lambatnya ! Saya nak makan dan minum kat Kedai Sarjen.

Dapat juga ke Kedai Sarjen. Makan mee basah. Baru tahu ahli GeJu ramai tak makan pedas. Purbe dan Salji pun tak makan pedas. Ishhhhh, tak machonya ! Nett, Spyz, Kamarul dan saya sahaja yang makan mee pedas.

Lepas tu berkejar pula ke 'antara dua tasik'. Nak kejar 'sunset'. Nett ambik gambar. Dah upload tak Nett, gambar 'punggung-punggung kecewa' ? Salji berbakat jadi model. Nanti bila Nett dah upload bolehlah kita tengok.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Sekejap sahaja dah nak berpisah. Rasa macam dah kenal lama. Nasiblah saya dah tahu 'magic' ni. Taklah seperti pertemuan pertama dahulu. Nak panggil apa pun tak tahu. Panggil nama betul ke panggil 'nick'. Suami saya pun dah okay dah sekarang. Taklah dia terperanjat bila tahu ada orang bernama 'Purbe'. Dia tak tanya samada mamats tu, Nik Purbe ke Abdul Purbe ke ! Wei, Purbe hensem la. Muka baik jer !

A nice weekend dengan adik-adik semua. Amyz, Syida, Nett, Mush, Salji dan Purbe. Terimakasih banyak-banyak sebab sudi meluangkan masa ke Kem akak. Juga Ungku Nor dan Kamarul dan anak-anak sedara akak tu.

Spyz dan Shila singgah la lagi kalau ke selatan. Sementara Shila belum sarat tu. Dah makan buah koko Shila ? Ada harapan anak sedara GeJu baru ni bakal manager kilang coklat !

Dari kami semua di sini : Akak, PakLet, PakMan, Pak Haji Berahim, Cica, Ruddy dan Jepun - terima kasih banyak-banyak kerana sudi melawat kami. Bila-bila nak hitamkan kulit, nak terjun-terjun dalam tasik sudikan lah datang ke Kem kami.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Kita jumpa masa Projek Basah.

Ada 5 sebutharga dan 5 program nak ditaip ni. Kena stop berblog dulu :)

Saturday, April 17, 2004

Sunyi, Tenang dan Aman

Hari ini tiada group. Rabu baru ada.

Saya sedang menunggu AJK Projek Basah - Geng Jurnal - yang akan sampai, menurut Encik Spyz, pukul 11: 00 pagi karang.

Semua orang dengan kerja masing-masing. Jepun, Cica dan PakLet sedang repair jetty belakang.

Pak Haji di dapur, sedang masak. Hari ini dia masak lauk kampung. Gulai pucuk paku, sayur meranti, ayam masak tomato, ikan kerapu (tak tahu masak apa), tempe dan sambal sotong. Dia yang plan menu. Sukahati la nak masak apa. Entah reti entahkan tidak orang KL nak makan lauk kampung !

Sekejap lagi PakMan dan Ruddy pula sampai. Nak tolong repair jetty.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

PC rosak. Words takleh nak bukak. Sedangkan saya perlu hantar sebutharga kepada Pusat Pembangunan Mahasiswa, UKM dan SMK Pasir Panjang, Port Dickson. Sekejap lagi Eddy dari KUTKM akan datang, tolong repair. Terima Kasih, Eddy ! Eddy bekas peserta Kem. Sekarang, kawan kami :)

Kami dapat kawan ramai dari Kem. Kadang-kadang bila jalan-jalan, ada orang panggil kami dengan nama panggilan di Kem. Bekas peserta selalunya. Dah ramai sangat, kadang-kadang tak ingat lagi nama ataupun muka. Kalau yang nakal tu ingatlah, sebab mereka kena denda selalu. Balik-balik muka tu yang fasi hantar untuk didenda !

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Okay, Eddy dah datang !

Wednesday, April 14, 2004

TETAMU KEM

1.Tipah
2.Kak Cass
3.Ismail
4.Rusila bt Yusof (Nile)
5. Mohd Zulhelmi (Zhoulsz)
6. Rudy (Bluehikari)
7.Nor Hidayah Razali
8.Norsalina Harun
9.Mohd Farizshah Ismail Kamil
10.Kartini Ali @ Daud
11.Siti Norzila bt Khairi
12.Mely Erna Sulasteri Wirman
13.Azlin Syazura bt Alias
14.Hazzatul Ana bt Hamdan
15.ct cute
16.mushroom+1
17.hanya sayang
18.salina
19.mawar
20.liza
21.susan
22.nett
23.cipong
24.amyz
25.mie
26.spyz
27.mat jan
28. purbe
29.tok rimau
30.atokz
31.kak ungku
32. ep (bergantung keadaan)
33.aida
34.emma
35.basrie
36.seri
37.counselar(sebahagian)
38.addeen
39.zai_anis
40.idham
41.lin + 4 orang
42.melor + 2
43.seriadriani +4
44.syazfina + 1 (Sarawak)
45.kawan syazfina (sarawak)
46.yadziz
47.farihah + 1
48.yaz (johor)
49wkdin +1
50. nor (kawan mush)
51. nic
52. banjonz + 1
53. ummie

macam nak pi
ilham
sesaper
ria

dan kroni2 kak g yg memang sudah menjadi hantu di sana nanti

## senarai nama hantu tu : cillcrusader, budak-tembam, e-ketupat dan kuchik.

wah, tak sabar menunggu kedatangan korangs ! sapa-sapa lagi yg nak daftar boleh pergi ke page projek. Klik sahaja kat box warna oren bawah gambar Kem tu.

pG : ko leh join kita orang la. pi daftar kat GengJurnal dulu, okay !

Harijadi Hafidz


HAPPY BIRTHDAY
RIDZWAN HAFIDZ ROSLI


Selamat Berumur 13 tahun, Sayang !

Babah dan Mama sangat-sangat sayangkan Hafidz. Semoga Hafidz menjadi anak yang soleh, semoga berjaya dalam hidup dan semoga tercapai semua cita-cita Hafidz.

Dari kami semua - Babah, Mama, Nenek, Along, Ayin dan Nana. We love you so much, darling !

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Minggu Baru !

Sekejap sahaja sudah hari Rabu. Minggu lepas memang minggu letih kami. Letih tapi seronok. Seronok sebab dapat berkumpul ramai-ramai. Asri, Pakdi, Fendi dan Madas sahaja yang tidak bertugas. Yang lain semua ada.

Minggu lepas angin boss tak baik. Ada beberapa fasi kena. Heheh ! Tu kira okay tu, kalau degil lagi - kenalah angkat beg balik ! Senang sahaja nak mengambil hati dia. Buat kerja dengan baik. Dan jaga tingkah laku. Dia paling tidak suka kalau ada fasi yang tidak pandai jaga diri. Tidak suka kalau ada fasi perempuan berdua-duaan dengan fasi lelaki atau fasi perempuan menyibuk dengan fasi lelaki semasa aktiviti peserta lelaki. Kalau kita tahu menjaga diri, insyaAllah orang juga akan tahu menghormati kita.

Ni pesanan tanda kasih - semoga adik tersayang akan pandai-pandai membawa diri !

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Untuk Encik Spyz : GENGJURNAL BERAKIT !

Heheh. Larat ker ? Cabaran untuk rakan-rakan blogku :)

Di Kem, untuk acara ini, selalunya peserta diberi masa kurang satu jam untuk membuat rakit. Tali, buluh dan boya (betul ke boya ? Ni Jepun translate makna float untuk saya) akan diberikan. Sebelum mula, kami akan mengajar anda cara-cara ikatan dan keselamatan bila berakit.

Satu kumpulan, satu rakit. Satu kumpulan antara 8 hingga 10 orang peserta. Boleh buat apa sahaja bentuk rakit. Sejarah di Kem - kami dah tengok peserta buat rakit bentuk 3 segi, aerodymanic, rakit panjang, rakit bentuk keranda pun ada (ni Zack buat !) dan macam-macam. Sukahati andalah ! Yang penting ketahanan rakit dan boleh atau tidak ianya laju bila anda mendayung nanti. Ingat, bentuk rakit menyumbang 60% dari keputusan akhir nanti. Jika rakit yang 'stable' senang didayung, anda tidak penat dan tentulah boleh menang.

Ketahanan dan kerjasama kumpulan amat penting. Anda akan berdayung sejauh hampir 2 km (2 pusingan). Dan dalam air, ianya bukan kerja senang. Canoeist dari KUTKM yang telah biasa berdayung dan masa program ini dibuat, sedang berlatih untuk ekspedisi ke Pulau Kapas. Pun tidak terdaya ! Memang aktiviti yang lasak.

Juga aktiviti yang baik untuk 'team-building'. Tidak seorang pun boleh relax. Semua kena berdayung dan kalau tidak berdayung pun kena 'balance'kan rakit. Rakit mudah terbalik jika tidak pandai nak 'balance'. Juga kena ada seorang yang menolak rakit dengan buluh sepanjang 12 kaki. Rekod kami ada seorang Prof (Doc Shahrin, we salute u !) yang pakar dalam bidang IT juga pakar menolak rakit. Cantik dan bergaya dia menolak dan rakitnya juga boleh pergi jauh. Mana tak pandai, dia anak murid si-Jepun, pakar rakit kami !

Untuk aktiviti Kem, rakit mengikut route senang, dari jeti Putera mengelilingi 4 bendera dan pusingan akhir berdayung ke jeti pejabat.

Dan sebagaimana aktiviti air yang lain, anda dimestikan buat 'water confidence' dulu. Manalah tahu, rakit terbalik. Jadi anda tidak panik dan bolehlah relax-relax dulu sementara kami datang menyelamat. Dan semasa anda dalam air, 'rescue boat' ada 'standby'. Jika anda tidak terbalik pun, boat akan buat ombak besar biar rakit anda terbalik. Ombak jahat ! Heheh ! Jangan takut aah, mengusik sahaja ni !

Berakit kita ye gang ? Sett ?

Tengok gambar berakit di Fotopages. Click at the end of this entry.

Sunday, April 11, 2004

Hari Ahad bersama SK Paya Rumput dan SAM Tengku Ampuan Jemaah

Aktiviti Malam Sabtu.

SK Paya Rumput ada ceramah 'Minda Kreatif dengan Encik Nordin dari Insan Resources. Study Skills. Lepas ceramah, ada night strolls. Berjalan ramai-ramai menikmati pemandangan malam. Juga aktiviti nak suruh semua diam sekejap. Malam gelap. Mungkin takut, mereka senyap sepanjang aktiviti. Alhamdulillah. Kami dah penat sangat suruh mereka diam ! Fasi yang menjaga mereka : PakMan, Muafa, Bob, dak-tembamz, Kucai, Khalid dan Cica.

Abang-abang dan kakak-kakak Sekolah Agama ada 'Luahan Rasa' dengan abang dan kaki fasi yang lain. Mereka boleh bincang apa sahaja semasa sessi ini. Malam tadi, banyaknya cerita pasal buli.

Mereka dipecah-pecahkan kepada kumpulan-kumpulan kecil. Iha, Lenny, Cikgu Zul, Dino dan Agus. Ada kumpulan selesai meluah rasa pada pukul 4 pagi. Banyaknya masaalah ! Kami dengar, cuba beri pendapat dan kalau boleh cuba menyelesaikan masaalah mereka. Biarlah mereka pulang sebagai insan baru.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Aktiviti Hari Ahad

Adik-adik buat Obstacles-Run-Around-The-Camp. Halangan-halangan mudah yang sesuai untuk mereka. Itupun abang-abang dan kakak-kakak sentiasa ada untuk memerhatikan mereka.

Yang besar-besar tu buat aktiviti berakit.

Makan tengahari. Solat Zohor berjemaah. Kemudian Sekolah Kebangsaan balik dulu. Pukul 2.30 petang baru Sekolah Agama Menengah pula pulang.


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Aktiviti kami pula. Aktiviti paling kami suka selepas peserta balik. Aktiviti ambil gaji. Semoga Allah panjangkan umur PakLet, murahkan rezeki ! Heheh !

Kami juga meraikan ulangtahun kelahiran PakMan dan Lenny. Potong kek sahaja dan Dino bacakan doa.

Dino, dak-tembamz dan Eiha ikut Cikgu Zul ke stesyen bas di Melaka. Agus balik ke Kota Tinggi. Ruddy dan Lenny bergerak ke Muar. Kucai dan Bob balik ke Shah Alam. Orang kampung Chinchin balik ke rumah :)

Tinggal kami berdua, tulis report dan check kawasan sebelum kami juga pulang ke rumah

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Minggu depan akan bertugas semula. Menyambut UNITAR pula.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Checkout my Fotopages. Ada banyak gambar !

Saturday, April 10, 2004

Ada permintaan dari Encik Spyz untuk ceritakan pasal aktiviti berakit. Esok, ada aktiviti berakit. Saya akan tulis pasal rakit dalam lapuran esok sahaja.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++

Pukul 5 petang semalam, alhamdulillah SAM Tengku Ampuan Jemaah sampai. Kami yang bertugas semua dah sampai juga kecuali Dino, Kucai dan Bob.
Eiha dan Agus sampai lepas solat Jumaat dengan Ruddy. Ruddy dah ada kereta sekarang, senanglah dia nak tumpangkan kawan-kawan. Malam semalam pun, bila Dino sampai Tangkak, Ruddy yang pergi ambil dia. Dino macam biasa, tunggu kami depan Balai Polis Tangkak. Tak tahu kenapa mamat ni suka tunggu depan balai tu

Malam selepas Ice Breaking dan Mainan Akal ada 'night walk'. Saya dah balik ke rumah dah.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Pagi ni, SK Paya Rumput sampai dengan peserta berjumlah 140 orang. Murid tahun 4 hingga tahun 6. Seronoknya ! Kami bahagi-bahagikan abang-abang dan kakak-kakak fasi ikut kumpulan.

Zul, Kucai, Agus, Ruddy, Khalid dan PakMan bawa kakak-kakak dan abang-abang sekolah agama pergi jungle tracking. Keluar dari Kem pukul 8 pagi dan pulang pukul 12:30 tengahari.

Bob, Eiha, Muafa, Cica, PakLet bersama dengan adik-adik sekolah rendah. Ada game dan nyanyi-nyanyi sahaja. Ajak mereka bergembira. Pukul 12:00 Pak Haji dah siap-siap minta kami bagi mereka makan dulu. Kalau adik-adik kecil, kami sendukkan makanan dan minuman untuk mereka. Dino baca doa dan makan berjamaah semua.

Waktu saya sedang menulis ni, mereka sedang di surau, berjamaah solat Zohor dengan diimamkan Abang Dino. Kami ada Imam Satu dan Imam Dua di sini. Suboh dan Maghrib, diimamkan oleh Cikgu Zul, kemudian berkuliyah pula. Waktu solat yang lain, Dino jadi imam.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
5:58 pm
Sambung ..
Semua sedang beraktiviti. Sekolah Agama sedang buat Flying Fox dan Obstacles Run. Sekolah Rendah baru sahaja pulang dari jungle tracking. Lepas minum petang dan solat Asar ada telematch.

Sekarang hujan dan semua sedang mandi.

Jungle Tracking

Ramai kena pergi, nak menjaga 140 orang. Kumpulan besar pertama dijaga Cica. Pecah-pecah kepada 4 kumpulan. Saya bawa satu, Iha, dak-tembamz dan Bob juga masing-masing jaga satu kumpulan. Kumpulan besar kedua jalan dengan PakLet, Muafa, Khalid dan Ruddy.

Letih ? Tak boleh nak cakap betapa penatnya. Sakit juga mulut nak suruh mereka diam. Ditunjukkan kepada mereka tinggalan bijih timah. Lepas tu semua orang mencari bijih timah. Boleh runtuh juga palung tu bila semua batu dah beralih !

Jalan-jalan, fikir-fikir .. tema jungle tracking kami minggu ini. Mereka kena cari jarum mas, buah senduduk, pucuk cemperai dan daun pegaga. Kena juga temuramah penduduk kampung. Tanya penduduk kampung sejarah Kampung Chinchin, sejarah lombong emas Chinchin, sejarah loji air dan Imam Kampung Loji Air. Nak ajar mereka berbudi bahasa. Bagaimana nak berbual dengan datuk-datuk dan nenek-nenek. Bukan musim buah. Kalau musim buah, kadang-kadang orang kampung sedekah buah-buahan.

Kumpulan saya, saya bawa ke rumah Pakcik Mat Teleng. Pakcik sedang buat bubu untuk menangkap ikan. Elok juga sebab Pakcik Mat terangkan pada mereka pasal bubu. Lepas tu singgah rumah Tok Said, minta pucuk pegaga dan cari rumput jarum mas.

Bukan jalan-jalan sahaja. Banyak pengetahuan yang kami berikan kepada mereka. Tunjuk mereka hutan Acasia, hutan kayu gelam dan hutan senduduk. Terangkan pada mereka fungsi loji air. Cara air dibersihkan. Tunjuk buah kelapa sawit, terangkan lagi pasal kegunaan kelapa sawit.

+++++++++++++++++++++++++++
7:28 pm
Baru sahaja menerima berita sedih. Al-Fatihah buat ayah kepada Syaiful Ammar, peserta kami dari Sekolah Agama Menengah Tengku Ampuan Jemaah.

Ruddy diberi tugas menghantar Ammar bersama seorang guru dari SAMTAJ untuk pulang ke rumah. Semoga mereka selamat sampai.

Berkumpul di surau untuk membaca Yasin.

Wednesday, April 07, 2004

Wah, penatnya !

Penat sangat hari ni. Menyelesaikan masaalah 'flying-fox'. CY kata line tu sedikit curam. Kena ikat semula. Esok dia akan datang dan periksa terjunan itu berapa darjah. Dan esok juga kena ikat kedua-dua line. Line untuk terjun dan juga safety line. Dua-dua line pakai kabel yang ketahanannya 150 kg. Nasiblah Man, kena buat semula !

Sebenarnya semalam dah hampir siap semuanya. Tiba-tiba pukul 6:30 petang, hujan pula. Lebat, siap dengan guruh dan kilatnya. Berhenti kerja dulu. Patutnya sambung hari ni. Dengan komen-komen dari CY, nampaknya esok sahajalah.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Hari ni siapkan program untuk dua group minggu ni - SMK Agama Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam dan SK Paya Rumput, Melaka. Mereka akan masuk hujung minggu ni. Kena aturkan masa makan, masa aktiviti dan tugasan fasi.

Ramai juga fasi 'on duty' minggu ni. Jumlah peserta, pegawai pengiring dan fasi lebih 200 orang. Selamat memasak, Pak Haji Berahim. Saya dah serahkan menu pada Gangdapur dan dah order segala bekalan makanan. Lega semua dah siap.

Esok tinggal check tempat aktiviti dan tapak perkhemahan sahaja. Kabin-kabin, dewan-dewan semua dah sedia untuk diguna. Encik Nordin, Insan Resources juga telah di'booked'. Apa lagi tak siap, ye ? Oh, ada benda yang perlu dihantar photostat. Kertas lagu dan soalan untuk 'jungle tracking'.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Apa lagi yang saya buat hari ni ye ? Melayan tetamu dari Politeknik Merlimau, Melaka. Hantar sebutharga kepada Unitar dan UKM. Saya suka nama pegawai di UKM ni. Namanya Encik Danny xxxx. Bila tiba bulan 6 keatas tiba giliran peserta dari Universiti dan Kolej pula. Last sekolah yang akan masuk ialah MRSM KT yang akan masuk hujung Mei.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Melayan peserta dari sekolah rendah memang sedikit memenatkan. Umur macam ni belum tahu jaga diri lagi. Kena menjaga mereka dengan sepenuh perhatian. Kena 'kira kepala' selalu. Kalau tak, entah kemana hilangnya. Paling takut kalau mereka masuk dalam tasik !

Dan paling penting, malam sebelum tidur, kena buat rombongan ke tandas. Kena pastikan semua 'buang air'. Takut ada yang buat hal dalam khemah. Jenuhlah malam-malam karang nak selesaikan masaalah.

So, my dear adik-adik fasi - kesabaran peringat paling tinggi, weekend ni ye ! Control tau ! Tak nak tulis sini siapa handle group mana :)

Ada juga Bicara Hati untuk fasi yang handle group SMK Agama. Salah satu topik ialah 'buli'. Baca-baca apa yang patut. Tapi Encik Nordin akan brief korangs dulu nanti.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Malam hari Sabtu, kita celebrate besday PakMan !

Monday, April 05, 2004

Jom Berkayak !

KEM LAMBAIAN DANAU dikelilingi oleh tasik air tawar seluas 54 ekar. Banyak aktiviti di sini terlibat dengan air. Paling disukai peserta ialah berakit dan berkayak.

Hari ni nak tulis pasal berkayak.

Apa itu kayak ? Apa itu canoe ? Cakap orang putih canoe, cakap melayu kayak. Salah tu, encik !

Canoe (sebut kenu) asalnya dari Kepulauan Caribbean. Orang asli Caribbean yang mencipta canoe. Mereka memotong pokok besar. Kemudian mereka mengorek keluar isi pokok dan tinggallah seperti perahu kecil. Ini mereka panggil canoe.

Kayak pula ciptaan orang Eskimo. Tulang ikan paus atau batang-batang pokok yang kukuh dibentuk macam perahu. Kemudian mereka salut dengan kulit binatang yang kalis air. Cuma disana sejuk, jadi mereka tutup keseluruhan 'perahu' mereka tadi. Cuma ada lubang untuk pendayung masuk sahaja.

Hari ni ada macam-macam jenis kayak. Dibuat dari kayu, plastic, fiber dan juga kulit binatang. Harganya ada yang semahal sebuah kereta import ! Kegunaannya juga pelbagai. Dari untuk tujuan bersukan, beriadhah juga ada yang masih menggunakannya sebagai alat pengangkutan.

Ada kayak slalom, kayak untuk white water, kayak rodeo, kayak sprint, kayak marathon, sea kayak, kayak polo dan kayak tongkang.

Di Kem terdapat kayak tongkang (training kayak), kayak slalom dan canoe sahaja. Kayak tongkang terdapat single seater dan double seater. Kayak double ni juga dipanggil 'touring kayak'.

Paddle. Dayung dalam bahasa kita. Untuk kayak, dayungnya ialah dua daun. Maknanya ada daun di kiri dan kanan batang dayung tersebut. Paddle untuk canoe cuma sebelah sahaja daunnya. Paddle tidak ringan. Tidaklah terlalu berat tapi bagi yang tidak biasa, lenguh juga nak memegangnya.

Untuk yang mengambil pakej 'Basic Kayak,' ada training sepenuhnya. Cara capsize, cara naik semula ke kayak, cara buang air dari dalam kayak dan banyak lagi yang perlu diketahui oleh seorang canoeist. (Juga cara buang air (melepas!) ketika berkayak. Ini kepakaran Fathi!)

Sebelum Masuk Air

Kenalah buat 'water confidence' dulu. Agar anda tidak panik jika kayak terbalik. Heheh ! Boleh terbalik, kawan. Tapi, kayak Kem adalah training kayak, jadi agak susah juga nak terbalik. Kecuali partner tak sama size (seorang berat dan seorang ringan) atau tak reti duduk diam, memang senang juga nak terbalik.

Water confidence amat penting sebelum aktiviti di air. Bila anda telah boleh mengapungkan diri dan tidak panik lagi berada di dalam air, bolehlah berkayak.

Pakaian. Jika boleh pakai pakaian yang tidak memberatkan anda bila terkena air. Spandex ker. Pakai tights pun okay juga. Jangan pakai kasut sukan. Berat, bebs. Ada kasut yang khas untuk kegunaan aktiviti sukan air. Kalau ada duit, boleh beli. Jika tiada, sports sandal pun okay. Kalau tak ada juga, pakai kaki ayam sahajalah.

Anda akan diajar mendayung didarat dulu. Selalunya PakLet mesti cakap, pegang kedepan, jangan pegang macam MasIdayu.. Tak tahu macam mana minah ni pegang benda? Takpe, nanti kami ajarkan.

Kalau pegang dayung terbalik, memang susah nak berdayung nanti. Belajar juga, mana kanan, mana kiri. Entah kenapa, bila masuk air ramai orang boleh lupa mana kiri dan kanan. Jangan susah, kami ajar dari basic. Tangan kanan, tangan pakai makan nasi tu. Yang kiri, yang korang buat benda-benda lain tu la.

Anda akan belajar cara mendayung ke depan, cara nak reverse dan juga cara nak brake. Macam drive kereta juga :)

Dah pandai dari segi teori, jom masuk air ! Kayak akan diturunkan ke'dock'. Naik hati-hati. Orang duduk belakang dulu naik dan kawan pegangkan kayak. Lepas tu orang depan pula. Reverse dulu dan mula berdayung. Dah pandai, seronok. Boleh berkayuh keseluruh tasik.

Bila sudah sangat-sangat pandai, anda boleh berekspedisi di safari 1-7. Safari 1 mudah hinggalah paling susah Safari 7. Ada route yang anda perlu terjun dari kayak, angkat kayak dan kena masuk keluar kayak banyak kali. Setakat ini route tu cuma untuk fasi training. Belum ada lagi peserta yang larat nak buat safari 5-7.

Jangan pula takut nak berkayak. Kami ada ramai Jurulatih Kanan di Kem. Chiefnya tentulah Encik Badrul Idris. Pakar kayak kami. Dia telah ke banyak tempat hanya untuk berkayak. Pernah menyertai 'wildwater kayaking' di US, berkayak di Canada dan lain-lain tempat. Di Malaysia, memang dah pergi banyak tempat. Ada Zul dan Jamsari juga. Mereka juga telah berkayak di banyak tempat. Sungai Nenggiri, Kuala Selangor, Sungai Rejang, Tasik Banding, Tasik Kenyir hinggalah ke Selat Teberau. Jam dan Zul pernah diiringi oleh Marin Singapura kerana berkayak sampai termasuk ke republik tu.

Pembantu-pembantu aktiviti yang ada bintang kayak (ni macam lesen kayaklah ni - bintang satu, dua dan tiga) - Zack, Lenny, Iha, Fathi, Kucai, Madas, Pakdi, Fendi, PakMan dan Pacat. Manakala canoeist kami (wakil negara) ialah Asri. Selain dari jurulatih kanan hanya mamat ni yang boleh handle kayak slalom tu.

Canoe pulak. Kami ada sebuah canoe. Beratnya cuma 6 kg. Ringan. Di Malaysia cuma ada 3 buah canoe seperti ini. Susah juga nak dayung. Paddlenya dari kayu. Pun sangat ringan. Saya tak pernah cuba. Tetapi selalu tengok canoe terbalik dan pendayung tercampak masuk air. Pemandangan yang hebat.

Jom datang Kem, kita kayak. Jom ?

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Ni Untuk Fasi Kem

Hujung minggu ni ada 2 group. Bukan High School sebab mereka tukar tarikh ke 23-25 Apr. Minggu ni group SMK Agama (bukan sekolah kaki pukul tu) dan SK Paya Rumput.

Yeah, the second group tu, budak kecik ! Tahun 3 hingga tahun 6. Korang datanglah ye gang MMU yang nak lepas tension. Zack kena datang ni. See u guys at the camp !

Saturday, April 03, 2004

Selamat Berhujung Minggu !

Hari yang ditunggu-tunggu ! Boleh rehat-rehat, bangun lambat dan tidak perlu bersesak-sesak pergi kerja. Wah, seronok :)

Tidak semua boleh begitu. Yang nak exam, bangunlah. Mandi-mandi, siap-siap, makan. Lepas tu boleh mengulit buku lagi. Tak lama lagi, hujung minggu habis dah exam. Kan Eiha, kan Raup, kan bamz, kan Zack ?

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Harijadi Nadzrin

Macam biasa, anak-anak sekarang nak raikan harijadi dengan kawan-kawan di sekolah. Jadi, saya tempahkan kek untuk dia bawa ke sekolah. Moist Choc Cake yang beratnya 3 kg. Cukuplah untuk semua kawan-kawan dan guru-guru yang mengajar dia.

Kami belum raikan lagi di rumah. Tunggu sekali dengan harijadi Hafidz. Tapi dah peluk, cium dan wish dia banyak-banyak ! Kiss Ayin juta-juta, Mama ! Alahai, surelah, sayang. Memang sayang sangat kat anak. That cute face that I love ! Rasa macam baru lagi mengandungkan dan melahirkan. Dan sebagai surirumah, saya yang membela dan membesarkan dia. Anaklah kebahagian dan tanda kasih-sayang kami berdua suami isteri.

Birthday Hafidz 14/4. Biasa kami celebrate harijadi mereka berdua pada hari cuti 15/4 - Hari Melaka Bandaraya Bersejarah.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Fasi

Semalam Asri datang. Menghilangkan rindu pada Kem sebelum mula latihan tenteranya. Ada latihan bersama tentera Australia di lokasi masih dirahsiakan. Baru baik dari ceret-beret. Muka pucat dan badan kurus. Nampak masih tidak sihat. Memang tidak sihat lagi agaknya sebab semalam dia tak turun bermain kayak. Motor pulak rosak di Tapah. Ditinggalkannya motor disitu. Dia datang ke Kem dengan motor kawan. Jaga diri, Asri. Semoga sembuh macam biasa.

Lenny dan Agus nak datang Kem hujung minggu. Tapi tidak boleh. Seluruh Kem disewa, Len. Tiada tempat untuk kita.

Fathi di Melaka, main futsal. Fathi, balik KL tolong pi tengok Dino. Dia sakit tu.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Lapuran Perkhemahan Jururawat Pelatih Hospital Melaka

Mereka sewa tapak sahaja. Aktiviti semuanya diuruskan oleh SAC Consultancy. Begitulah awalnya. Tapi pagi ni, kami diminta untuk buatkan aktiviti kayak. Nasib baik PakMan dan Toyak ada. Dapatlah membantu PakLet, Jepun dan Cica.

Bukan cik jururawat pelatih sahaja. Encik pun ada. Ramai juga. Tapi semua memang comel-comel belaka :)

Tapi ada juga yang garang. Bila Cica marah mereka salah paddle, mereka ugut Cica, abang sakit masuk hospital karang, saya hantar abang masuk wad gila Amboi, kemain bergurau ! Tapi mereka nampak seronok berada di sini.

Cuaca di Kem pun elok. Ada matahari tetapi tidak begitu panas.
Berangin. Cuaca yang sesuai untuk aktiviti berkayak. Sebelum berkayak kena buat 'water confidence' dulu. PakMan, Toyak dan Jepun buat aktiviti ini.

PakLet ajar berkayak dan Cica pula standby dengan rescue boat.

Saya di pejabat. Menunggu kedatangan consultant, Insan Resources dengan tetamu dari KL. Sebuah organsasi yang besar, yang nak booking untuk program team building. Semoga rezeki kami dimurahkanNya, dapatlah berurusniaga dengan group ni !

p.s. Tengok gambar, ada gambar cik-cik dan encik-encik bakal jururawat !

Friday, April 02, 2004

Lagu-lagu untuk High School

Warisan

Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan
( korus )
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini
Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki
Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini
( ulang korus )
Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan

++++++++++++++++++++++++++++

Warna Kehidupan

Merah menyala oh jantungku berdegup pantas keranamu
Haru biru fikiranku bila kau pergi jauh
Kehadiranmu mewarna kehidupanku

Putih sucinya perasaan jiwa untuk dikongsikan
Sejingga api membara...sehangat itulah cinta
Kehadiranmu mewarna kehidupanku

Sesaat berjauhan rasa tidak keruan
Hilang arah gundah...tanpa khabar ku resah
Hitam gelita pandangan...rindu makin dirasakan
Hanya satu ku mahu
Berdamping denganmu disisi selalu

Secerah kilau kuning suria...sinar menyelinap kalbu
Sesegar hijau dedaun...senyummu menawar pilu
Kehadiranmu mewarna kehidupanku

Walau seikhlas lafazku kasih
Luahan hati masih tak setanding bahasa
Demi cinta pastiku sedaya mencurah yang termampu
Tahtamu mampan dijiwaku

Sesaat berjauhan rasa tidak keruan
Hilang arah ku gundah....tanpa khabar ku resah
Hitam gelita pandangan....rindu makin dirasakan
Hanya satu ku mahu
Berdamping denganmu disisi selalu
Happy Birthday
RIDZWAN NADZRIN ROSLI


Anak saya dah berumur 8 tahun ! My big boy ! Mama dan Babah berdoa agar Ayin menjadi anak yang soleh. Berjaya dalam hidup Ayin. Jadi umat yang berguna dan semoga semua cita-cita Ayin tercapai.

Mama dan Babah sangat sangat sangat sayangkan Ayin. Millions hugs & kisses for you, darling :)

Thursday, April 01, 2004

Surat Untuk Saiful Ridzuan

Saiful Ridzuan 17 tahun, dari Puchong. Bulan lepas, dia digantung sekolah selama 3 minggu dan saya menjaganya. Dia digantung persekolahan sebab memukul Cikgu dengan kasut bolanya.

Asalamualaikum Wan

Apa khabar ? Doa Auntie semoga Wan sihat sejahtera. How's studies ? Belajar tak ni ? Abang-abang dan kakak-kakak dekat sini selalu bertanyakan Wan. Semua harap Wan dah berubah.

Macam Auntie selalu beritahu Wan, seronok jadi orang baik. Tak perlu susah hati, badan pun tak sakit kena belasah dan semua orang akan suka dan sayangkan kita.

Auntie faham keadaan Wan. Ayah selalu pukul Wan. Dan untuk mengelak Ayah marahkan Ibu, Wan sanggup mempertahankan Ibu dengan melawan Ayah. Akibatnya, Wan dipukul. Pukul teruk-teruk.

Belasah-membelasah dah jadi permainan kepada Wan. Ayah belasah Wan dan Wan pula belasah siapa saja yang Wan nak. Apa akhirnya kepada permainan ni, Wan ? Nanti esok-esok Wan pula pukul isteri dan anak-anak Wan.

Stop it. Hanya Wan yang mampu berhentikan semua ini. Dengan membetulkan kehidupan Wan. Pak Let dah ajarkan Wan cara belajar yang betul, kan ? Buat jadual, buat latihan dan pergi perpustakaan. Dekat rumah tak boleh belajar, tak apa. Belajar kat library. Pencen sahajalah jadi Ketua Samseng tu. Tak ada glamernya. Dan jangan lupa sembahyang. Dan gosok gigi.

Wan nak sangat keluar dari rumah, kan ? Okay, macam ni. Wan kena dapat result yang baik. Nanti boleh mintak masuk universiti atau kolej atau politeknik. Tak payah duduk di rumah lagi. Wan kata nak gelfren lawa macam Maya Karin, kan ? Kat universiti ada ramai girl lawa-lawa. Tengok Kak Lenny, Kak Eiha dan Kak Liza. Kan lawa-lawa tu ? Lebih lawa dari budak perempuan Subang Jaya yang PakLet tak bagi Wan mengorat hari tu.

Tapi yang dulu, dulu lah. Macam nak drive kereta jugak. Kena ada lesen. Dan paling penting kena ada kereta. Tak mengancamlah kalau drive kereta orang, kan ? Hidup macam tu juga. Kena belajar dulu, lulus DENGAN BAIK dulu, masuk universiti, kerja dan lepas tu ramai girl akan nak dekat Wan. Kerja best mamat ni, hensem pulak tu !

Kita cerita balik pasal pukul orang. Wan ada baca cerita pasal seorang pelajar meninggal dipukul senior. Pastinya mereka akan cakap, tak sengaja, tidak berniat pukul teruk hingga meninggal. Sama saja macam Wan, kan. Tak sengaja, Auntie. Angin saya tetiba naik . Tak boleh buat silap begini Wan. Silap yang akan menghancurkan seluruh kehidupan Wan. Kena masuk penjara. Uncle Lid dah cerita dekat Wan kan, apa kisah berlaku disebalik tembok penjara. Tak best, Wan. Sungguh tak best jadi orang jahat.

Cuti sekolah akan datang, Wan datang sini. Boleh mengulangkaji dengan Amir.

Auntie nak stop dah. Ada kerja ! Nanti Auntie tulis surat dekat Wan. Lupa pulak, dah stop smoking tak ? Ish, perempuan tak suka lelaki merokok tau. Tak best. Busuk !

Bye, Wan :)

Salam Sayang dari Auntie dan PakLet.

Hadui ! Motivate dia dengan perempuan ! Teruk saya. Memangpun dia kisah sangat dengan perempuan. "Saya nak gelfren lawa, Auntie. Saya nak sayang dia. Tak nak marah dia. Tak nak macam Ayah, marah Ibu." Dia sangat sayangkan Ibunya. Tiap-tiap hari risau, kalau-kalau Ayah marahkan Ibunya. Entahlah dunia !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...