Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Tuesday, April 27, 2004

Terima Kasih Mak, membawa saya ke dunia !

Thanks, dear Dino :)

Sebenarnya kadang-kadang agak bosan juga menulis tentang perkhemahan. Apa nak buat, ianya salah satu dari tugaskerja saya :) Merekod

Sesekali ingin juga menulis pasal perasaan dan pasal hati. Hey, orang lasak macam saya ada juga perasaan !

Hari ni ulangtahun kelahiran. Saya sudah tua ! Anak sulong berumur 15 tahun dan saya melahirkan dia sewaktu saya berumur 24 tahun. Kira sendiri la berapa umur saya :)

Tidak gembira sangat pun menyambut ulangtahun. Agak sentimental tahun ini :) Mungkin masih bersedih dan paling penting, masih sangat kesal. Saya kesal, kerana sepanjang hayatnya saya tidak berpeluang mengenal Allahyarham Kak Hasiah, isteri Dr. Sahrum Hasshim (ep). Saya macam kebiasaan buruk saya, mengambil segala masaalah dengan alasan 'ringan' saya - tiada masa. Memang pun saya seorang yang sangat sibuk. Tapi jika tidak diluangkan sampai bila pun saya akan 'tiada masa'.

Bertelefon dengan Zareda dan membaca coretan HanyaSayang dan Sri Diah membuatkan airmata mengalir tanpa henti. Alangkan bertuahnya Allahyarham ! Dikasihi, disayangi dan dicintai oleh suami hingga detik terakhir hidupnya ! Bertuah sungguh, menghembuskan nafas terakhir ditemani oleh teman hidup yang amat mencintai dan dicintai. Al-Fatihah buat Kak Hasiah.

Saya insaf, adakah saya juga berhak mendapat nasib yang sebegitu baik ? Layakkah saya ? Cukupkah kasih-sayang dan perhatian yang saya berikan kepada suami dan anak-anak ? Adakah saya isteri dan ibu yang baik ? Adakah suami akan redhakan segalanya yang dia buat untuk saya ?

Will you always love me, honey ? Sayangkan saya hingga akhir hayat saya ?

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Perjalanan perkahwinan bukanlah mudah. Banyak suka dan ada juga dukanya.

Detik pernikahan, bersanding dan berkenal-kenal dengan keluarga baru. Bukan keluarga sahaja, suami baru juga betul-betul dikenali. Hem, dia pakai spender terbalik ! Issyyy ... bisingnya tidur ! Lah, tak makan sayur kacang !

Bahagia menikmati malam pertama dan manisnya waktu berbulan madu. Sekian lama bercuti kahwin, suami bawa pulang ke rumah. Bukan rumah Mak lagi, tapi rumah sendiri. Tiba-tiba kena masak, kena basuh baju, kena kemas rumah ! Alahai, baru tahu tanggungjawab sebenar isteri !

Dah kahwin, dianugerahkan cahayamata. Pengalaman pertama. Dari hujung rambut sehingga hujung kaki, rasa bagai semuanya berubah. Makan dan semuanya keluar semula, tidur tak lena. Menangis dan merajuk tanpa sebab. Kesian suami. Segalanya tak tentu arah. Tapi Allah SWT maha berkuasa. DiberiNya rasa kasih yang tiada batasannya kepada sikecil yang baru berusia sebulan dalam kandungan tu. Apa saja, malah nyawa sekalipun rela diberi pada sikecil yang belum dikenal paras rupa.

Kelahiran anak pertama. Saya push, dia push, baby tak jugak keluar ! Akhir sekali, kena guna forceps.

Betapa bahagianya kami, kasih kami diikat bertambah kuat dengan kasih terhadap putera sulong kesayangan. Dan seterusnya bertambah bahagia dengan kelahiran anak-anak semua.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Bersuami-isteri ini perkara yang tidak boleh dibaca dalam buku atau dibelajar. Sebab tiada insan yang serupa. Anak-anak yang kita lahirkan, didik dan besarkan sama sahaja itu pun lain-lain perangai. Inikan pula lain-lain orang.

Bagi saya, paling-paling penting dalam hubungan adalah sifat berlebih kurang. Jangan berkira. Duit dia, duit kita. Duit kita, duit kitalah ! Hahahah ... kan kita perempuan, kan. Mana boleh lelaki ambil duit orang perempuan, sangat tidak macho begini, bebs ! Wah, suka anak dara tu. Takleh camtu, sayang ! Kena share. Tak caya, tanya kat UngkuNor. (Ungku, jaga diri baik-baik, dik ! Semoga sihat macam biasa)

Ada orang suka bergaduh, merajuk. Merajuk adalah sifat negatif yang sangat buruk. Apa yang dirajuk ? Orang tu takkan tahu, kalau anda tak beritahu. Tiada siapa yang boleh baca isi hati anda kalau anda tak beritahu. Pandang muka cik Abang tu, suruh dia dengar luahan perasaan anda. Bagi dia tahu apa yang anda rasa. Dalam bahasa yang dia faham. Kalau anda sok-sek sok-sek (melalak la ni) sambil bercakap, tentulah mamat tu tak faham. Cakap habis-habis dan tanya dia apa tindakan dia atas luahan anda. InsyaAllah, lebih senang menghadapi masaalah dengan cara begini dari anda muncung-muncung tu. Letih, dik !

Kalau anda 'hurt' dia, kan ke rugi. Elok-elok boleh bermanja-manja, nak kena bergaduh-gaduh pula. Kena juga terima suami, seadanya. Sebagaimana dia menerima kita. Selamat Berbahagia untuk semua suami isteri :)

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Habis dah. Kembali semula ke Hutan Ini. heh !

Esok kami akan menerima amoi-amoi cun dari SMK Cina Seg Hwa, Segamat. Mereka akan berada di Kem sehingga hari Jumaat. Jumaat hingga Isnin pula Jemaah Islah Malaysia - seramai 350 orang, iyer Dino, dah bertambah. Bukan masak lagi sayang, hangus kita bebs !

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...