Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Tuesday, September 25, 2007

I wrote this, 3 years ago

Monday, January 19, 2004

Kutangisi pemergianmu, sayang !

Ucapan takziah saya kepada keluarga Nurul Huda Abdul Ghani. Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raajiuun. Tidak dapat saya nak membayangkan perasaan dan keadaan ibubapa yang ditinggalkannya. Pedih dan sedih bila melihat gambar si-comel manja yang ditatang dengan penuh kasih sayang oleh keluarganya. Saya seorang ibu, saya tahu macam mana perasaan kasih seorang ibu kepada anaknya.

Membaca suratkhabar pada pagi Ahad tu tanpa sedar airmata mengalir. Adakah manusia sezalim tu ? Tidak ada perasaan ke dia ? Pekak ke telinga yang mendengar jeritan siksa anak kecil tu ? Berbaloi ke dengan keseronokan nafsu binatangnya itu sehingga satu jiwa terkorban ? Memang ajal maut telah ditentukanNya tetapi dapatkah kita menerima kejadian tu berlaku di negara kita. Yang kita banggakan kemajuannya. Aduh apa saje yang tidak kita buat utk buktikan betapa majunya kita - tengok ajelah rekod Malaysia tu - segalanya terpanjang, terbesar, ter apa sajalah dah kita lakukan. Tetapi itukah yang kita nak ? Itukah pengukur kemajuan ? Betapa 100 meter dari rumah sendiri bukan tempat selamat untuk anak-anak kita.

Saya teringat kembali peristiwa yang berlaku 3 tahun dulu. Kisah Allahyarham Nurul Hanis Kamil yang dirogol dan dibunuh dengan kejam sewaktu pulang sekolah. Nurul yang telah saya jumpa semasa datang camping di Kem. Anak gadis yang manis, yang sopan, yang innocent. Dia jadi mangsa kebuasan nafsu binatang.

To the people up there. Tolonglah lakukan sesuatu. Jangan biarkan ini berlaku lagi. Cukuplah dengan Audrey Melissa, Nurul Hanis, Hardiati dan gadis-gadis kecil yang lain yang menjadi mangsa binatang-binatang ni. Pls, pls do your job. Cukuplah dengan pembangunan yang ada ni. Buatlah pembangunan insan pula. Kejadian ini menunjukkan jiwa masyarakat kita rosak. Tolonglah, tolonglah. Biarlah anak-anak hidup dengan perasaan selamat. Saya takut dengan kejadian ni. Janganlah berlaku lagi.

Nurul Huda, Nurul sayang, pergilah dengan aman ... Al-Fatihah

xxxx

Innalillahi wa inna ilahi roji'un.

Semoga Allahyarham Nurin Jazlin Jazimin aman dan tenang di JannahNya. Al-Fatihah.

Hari ini saya merayu lagi kepada 'to the people up there', please, please, please put a stop to all this. Please, please, please, do your job. And your job is to protect us, protect all Malaysians. Kaya dan Miskin.

Sebak, marah, sakit hati teramat atas apa yang terjadi pada Allahyarham Nurin. Ya, Allah binatang apa yang tiada hati begitu. Tersedu-sedu saya menangis. Tahulah saya perasaan ibu Nurin sebab saya juga seorang ibu. Nyamuk seekor mengigit pun tak beri, ini senang-senang jer kau seksa anak orang begitu.

Jazimin dan Norazian begitu terseksa perasaan mereka kehilangan anak dan bila akhirnya Nurin kembali kepada mereka, hanya jasadnya sahaja. Senang-senang juga ada yang menuduh macam-macam pada mereka. Kalau ibubapa tu tuh 'bad parents' takkan ada gambar-gambar Nurin tersenyum manis manja begitu. Tak de nampak Kak Long Nurin dan adik-adiknya bergayut manja pada Ibu Ayah.

Apa dah jadi dengan masyarakat yang dah merdeka 50 tahun nih ? Tiada hati dan perasaan kah ? Dahlah binatang tu tiada perasaan. Yang 'orang besar-besar' ni pun sama. Jazimin dan Norazian sedang sedih, sedang keliru dan tuan-tuan kata nak ambil tindakan keatas mereka. Tuan-tuan pun tiada perasaan ?

Wednesday, September 05, 2007

KMNS - Latihan Pusat Untuk KAKOM

Sila Klik pada gambar untuk lihat saiz besar

Keputusannya !

Dup dap dup
Dup dap dup
Jantung Berbunyi
Dup dap dup
Dup dap dup
Jantung Berbunyi
Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si-kucing belang
Tengok kami korang dah lari
Macam mana korang nak menang ...

Tahun lepas, kami handle Latihan Pusat KAKOM untuk Melaka, tahun ni pulak untuk Negeri Sembilan. KAKOM adalah Kejohanan Sukan antara Kolej-Kolej Matrikulasi.

Semasa mereka sampai dan sepanjang malam tu, agak risau sebab peserta-peserta macam tak bersemangat. Kami semua sekali ke Canyon, buat 'bonfire' kat sana dan ramai-ramai, 'brainstroming' untuk cari idea nak buat 'cheers' dan lagu tema. Berembun hingga pukul 3 pagi, barulah dapat idea dan semangat. Malam tu, beberapa Fasi dan Don tak tidur sehingga Suboh, untuk cantikkan 'cheers dan lagu'.

By morning, semua dah siap dan lepas morning exercise, practise sampai smeuanya perfect. Bukan senang nak perfect, tapi sebab semua orang cooperate, semuanya tak jadi masalah.


Morning Exercise. Nyanyi lagu Kolej

Ni cheers untuk indoor game

Lead by these guys

The Girls

Main Rakit gak !

Yang main rakit, main rakit, Yang main kayak, main kayak.

Sampai juga ke daratan akhirnya !


Kenalah 'cool down' lepas all the hard work. Dahlah tak tidur malam sebelumnya.

Geng Dapur bakar ikan

Dan bakar ayam juga !

Ni hari last. Ramai-ramai buat cheers

Comel jer, kan ?

All the lecturers joined in

Pengarah, Tuan Haji dan Ketua Jabatan pun joined sama. Camnilah, one team, one spirit !

Lecturer sudah naik shiekh atas buat cheers. hehe

Last kopek punya makan before balik Pilah

Bukak khemah

Posing di Tapak Puteri selepas bukak khemah

Selamat Berjaya, guys !

Yang abang-abang ni kalau boleh, nak ikut sama gi KAKOM tuh !

Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan

Program Ko Kurikulum Matrikulasi Negeri Sembilan


Baru sampai. 1,2 .. up !

Malam Ice Breaking

Standing in the eyes of the world .. lagu wajib !

Group Cheers - Hakka !

Morning Exercise selepas Solat Suboh.


Ni masa Danau Race. Kena denda sebab bising kejutkan satu Kampung Chinchin. Kena 'time off' kat tepi jalan kampung.

Berlari dari Melaka ke Johor ! Menuju Abta Ternak

Masuk hutan. Belum pun seperuh perjalanan. Jauh lagi, bebs !

Lepas kena ambushed di 'War Zone' Abang Kudin sedang kira berapa orang 'mati'

Lepas kena 'ambushed'. Lepak sekejap :)

Askar kotor bolor dengan abang-abangnya. Boss dan Syafiq Ayob.

Majlis Penutup. Nyanyi lagu Matrik "... dan score ... "

Pak Let sedang berucap. Pak Let mengamalkan konsep '5 minit'. Ucapannya cuma 5 minit, tapi padat. Suka.

Muka penat yang happy ! Balik basuh baju, solat, makan, tidur !

Cheers buat kali akhir !

Cheers kami pulak !

Kumpulan Maori dengan Abang Toyak

Bergambar dengan Warga KLD

Next !

Bas dah tunggu dah !


Bye sayang, jumpa lagi masa di Universiti nanti !

Kolej Tuanku Kurshiah, Universiti Malaya

anak kushiah sejati pantang kalah !

Kolej Kediaman Ke-3, Universiti Malaya datang untuk Program 'Pilihanraya Kampus'. Belajar mengundi, kot :). Program ni, mereka buat sendiri, cuma ambil 2 aktiviti sahaja - Rafting dan Danau Race.

Walaupun mereka tak bersama kami sepenuhnya, seronok tengok mereka ni. Macam ni lah, pelajar Universiti. Mereka sendiri-sendiri buat program. Senior dan Juniors. Berbangsa Malaysia. Cuma malam akhir, ada Pengetua Kolej datang. Yang lain, buat sendiri. Mereka juga berbudi bahasa dan baik-baik.

Dan, kami suka 'cheers' mereka. Anak-anak kecl SK Perempuan Bandar Tangkak pun pandai ikut 'cheers' mereka. Bukan main suka budak-budak tu dengan 'Open Banana'.

Macam mana pun, bila ada pelajar Universiti datang, mesti ada ex-campers KLD. Datang Kem masa sekolah lah, masa Matrik lah. Thanks, sebab promote Kem, yer !

Balik dari Danau Race. Kotor Bolor semuanya !

Undilah saya ! Kempen dik, jangan tak kempen !

Parti Rakit. Tengok apa jadi kat paddle !

Kata anak-anak teruna saya, "Undilah Nur Diana sebab dia cantik dan lawa. Hal-hal lain tak penting." hehehe

Tak tahu Izat menang ker tidak

Cheers !

Undi adalah rahsia !

Makan Time !

Aweks Kurshiah yang comel !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...