Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Monday, March 29, 2010

SummerCamp @ KLD. KCS 2009. Hari Pertama

Mengenai Kem Cuti Sekolah 2010.

Sorry ye, baru nak lapor.


Pendaftaran. Balqis dan Syiqah sedang mendaftar.

'Checked-in". hehe, masuk khemah jer :) Mukmin, Syiqah dan Baliqis

'Site-Visit' - melawat Kem Lambaian Danau. Ni di jambatan antara pulau dan tapak 'Obstacles'

Makan tengahari pertama di Kem Lambaian Danau. Nasi minyak dan lauk beriani.

Basuh pinggan sendiri, Abang Yanto kat belakang, ajar sesiapa yg tak tahu nak basuh pinggan dan basuhkan pinggan bagi peserta yang tak cukup tinggi :)


Hujung tahun musim hujan, jadi aktiviti kami ubah-ubahkan masa supaya semua aktiviti dapat buat dan dalam keadaan selamat. Aktiviti pertama kami, 'Water Confidence"

Semua fasi sedang periksa BA semua peserta.

Abang Yanto bagi penerangan tentang aktiviti - keselamatan dia air, cara minta tolong, cara mengapung dan lain-lain.

Selepas bacaan doa oleh Abang Ghaz, baru melangkah perlahan ke air

Along dan Angah sedia menunggu :)

Dah pandai dah !

Gambar ramai selepas 'Water Confidence' Salah seorang peserta ni ni juara MSSM. Hello, Haziq Danish !

Bersihkan diri dan solat Asar. Kami solat setiap waktu, tidak jama' sebab ada yg jauh, ada yang dekat dan Abang Ghaz nak semua sekali solat berjemaah. Dan yang kecil-kecil tu, boleh diperbetulkan bacaan solat mereka.

Selesai semua ada aktiviti buat kuih bakar yg kami hanguskan dan juga buat roti pintal yang juga kami hanguskan :) Tapi ada lah jugak yg boleh dimakan. Tahun ni kita cuba lagi ye :)

Selesai solat Maghrib, Kuliyah dan Solat Isya', makan malam. Selepas makan malam, pelajar menengah ada program motivasi dengan Pak Let. Yang sekolah rendah, dengan abang-abang Fasi dan Kakak Fasi.


"Pindahkan tempat, batu kecil ini, pindahkan ia kesana-kesini, si-betina bertelur, telurnya tinggal satu, telur, telur, telur ..." Abang-abang Fasi ajar kami permainan ini. Permainan ini walaupun dimainkan oleh seribu orang, tetap 'barang'nya akan sampai kepada si-pemain itu. Apa yang dapat dari permainan ini ? Kalau semua ikut peraturan, semua kerja akan berjalan lancar.


Sessi dengan Pak Let. Pak Let ajarkan tentang persekitaran yang sesuai untuk belajar, cara belajar, cara buat peta minda dan lain-lain.


Ini Night Stroll. Jalan ramai-ramai. Tak boleh bercakap, kena senyap jer. Kalau tak karang, hantu keluar Menikmati alam malam. Best ! Tak takut pun :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...