Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Thursday, July 31, 2003

Busy

Minggu yg sibuk. Memacam nak buat utk group ni. Dia org masuk esok sampai Isnin. Paling susah nak buat kursus motivasi macam ni. Segala macam charts dan papers nak kena sediakan.

Fasi yg duty minggu ni pun ramai. Dari MMU : Zack, Fathi & Lenny. Univ Teknikal : Ruddy, Fendi, Adi, Madas, Lempeng & Asri. UiTM nyer practical students : Shasha & Mamat. Pastu Jurulatih Kanan Kem : Man, Zul dan Jamsari. Cicadinho dan Bob. Jepun.

Hari ni Abang bawak Mak gi check-up di IJN. Bertolak lepas Suboh. Pergi bertiga. Abang bawak Cica. Bawak jugak durian dan makanan-makanan untuk Nan, adik lelaki saya. Nan janji tunggu Mak di IJN, dia rindu Mak. Podah, balik kampung malas. Busy manjang. Sekejap je di KL. Sudah Mak jumpa doc dan Nan dah ambik barang-barang tu, Abang terus drive balik. Kol 1.30 dah sampai Jasin balik. Dia memang tak suka KL. Kami kan orang kampung, migraine maaa ... tengok KL yg sibuk, berhabuk dan bising tu. Kali ni tak tahu la berapa surat saman dia dapat, Abang drive laju dan jeep tu kalau takat 160 tu tak de apa-apa. Lagi laju, lagi smooth dia gi. Sebenarnya kami lebih suka kalau Mak gi check di Pantai, Melaka. tapi sebab sepupu saya doc kat IJN tu, dia nak Mak gi sana juga. Ikut je la.

Bermula hari yg sibuk. Heheh. Lepas hantar Hafidz dan Nadzrin ke sekolah, saya cepat-cepat sidai baju (M cuti arini). Sapu rumah dan mop lantai. Terus masak. Menu hari ni : daging masak lemak cili padi dengan sayur tangki, kacang panjang ngan ayam goreng kicap, telur masak kicap for the kids dan foo yong hai utk org tua. Sambil masak, sambil jawap tepon. Hangin gak dibuatnya. Kejap Abang tepon, kejap opis tepon. Sudah gak masak. Kol 12:30 ambik Nadzrin kat sekolah, Hafidz tak balik, ada tuition (45 days to UPSR, honey!). Sebelum ambik Nadzrin dah siap pack lauk & nasi utk bebudak Kem. Kat Kem tak de makanan. Aji Usop tutup kedai sampai ari Ahad, berniaga kat Karnival Jasin keapatah. Hantar makanan dia orang. Abang tepon opis, dah sampai rumah. Balik hantar Nadzrin dan Nana. Sampai rumah, hidang nasi utk Abang, Mak dan Cica. Suap Nana dan Nadzrin makan. Siapkan segalanya kewajipan. Ke opis semula. Ajar Sha guna laminator utk buat tag nama peserta. Kerja-kerja. Kol 3:45 ambik Hafidz. Hantar Hafidz balik rumah. Ke Kem semula. Tengok Shasha siapkan bilik utk fasi pompuan. Kerja-kerja. Update jurnal. Kejar Alex sebab dia terbalikkan tong sampah.

Tak kenal Alex ? Ni cerita Alex, dari Log lama ...
Baby Baru
Abang pasang radio kuat-kuat kat Dewan Makan, tetiba Jepun pegi lowkan volume radio tuh. "Bisinglah Pak Let, baby nak tidur" Oh, rupanya burung layang-layang yang buat sarang dekat tiang dalam dewan makan tu, telurnya dah menetas. Rasanya ada 3 ekor ekor. Cute, dan bila radio dah perlahan dia org dok bebunyi ... cute sesangat. Bertambah lagi ahli keluarga kami Lom bagi nama lagi.
Dulu kami ada 3 ekor monyet: Awang, Aman dan Alex. Pastu Awang ngan Aman kena curik. Sedih giler bebudak fasi. Tinggal Alex sekor. Lama dia sekor. Lepas setahun, satu hari tu Alex bawak balik awek baru. Cute gak awek dia, kami bagi nama Maya. Lama-lama Alex-Maya ada baby. Lom ada nama. Saya nak bagi nama, tapi bebudak tu kata tunggu dulu, kena check jantina. Sebab dulu saya ada buat salah, ada kucing jantan saya bagi nama Manja. Dia org geli dgn kucing tuh, sebab tak macho. Lama-lama Manja lari. Pastu ada kucing dtg lagi. Check-check kucing betina. Ruddy bagi nama Margarita, sebab masa tuh tengah citer Mis3 hermanas. Margarita dalam citer tu kan sexy dan bebudak nih gilerkan Margarita. Kucing tu pun jadiklah Margarita. Margarita manja, kalau pegi nite walk sure dia ikut, dok atas bahu Ruddy. Alex lak suka ikut pi jungle-tracking. Tapi paling dia suka masa ice breaking, berjoget-joget dia atas pokok dengar Man nyanyi.Campers yg penah dtg mesti suka tengok Alex ... menyebuk kesana kemari dia.
Ni pun rasanya tak lama lagi akan bertambah besar lagi family Lambaian Danau ni sebab burung tiung atas tiang dekat Dataran Insan tu dah bertelur Tu lom kira ikan-ikan, udang-udang, lintah-lintah dalam tasik. Semut-semut, scorpion-scorpion, ulat-ulat semua kena kira gak. Uih, ramai nya kami !!!
p.s. Dah siap dah, nak gi lepak kedai akak sajen. Nak makan goreng cempedak :)

Tuesday, July 29, 2003

Kak Ram

Ni pun paste dari Log lama gak.Mula saya kenal dia masa saya form 4, dia kerja kat kantin sekolah. Dia juga supplier kuih-kuih kat kantin tu. Dia ramai adik-adik dan Kak Ram lah yg tanggung mereka semua. Habis sekolah, saya sambung belajar lagi dan bila balik Jasin, naik bas Aziz dari Bus Stand Melaka, saya selalu jumpa Kak Ram. Dia dah jadik kondakter bas lak. Habis belajar, saya kawin walau pun Mak & Ayah marah sebab nak saya sambung belajar lagi. Saya tak kira, nak kawin gak. Gaji lulusan diploma tak banyak mana, dah kawin lak tu, ayah tak nak bagi saya duit lagi walaupun sebelum ni dia bagi sebab tahu gaji saya kecik. Kira kes balas dendam la tu,(kehkeh) so saya hanya mampu pegi salon 'Nyonya Becok' kat Pekan Jasin. Dan Kak Ram kerja kat salon tu, cuci rambut. Lepas tu saya semakin dewasa, ada anak-anak dan Ayah pergi menemuiNya.
Hari ni, saya temankan Abang ke dentist, pastu pegi breakfast depan Hospital Jasin. Saya jumpa Kak Ram, Kak Ram buat air. Saya tegur dia, tanya "Dah kerja warung lak ker?" Kak Ram jawab,"'Tak, akak tak keja G, boleh tolong carikan kerja? akak puas dah carik kerja" Potpetpotpet .. Kak Ram ikut kami balik rumah. Jumpa ma'am. Sebab benda2 camni ma'am yg decide. Saya tinggalkan ma'am interview Kak Ram dan terus ke Kem. Bila saya jumpa Kak Ram hari Ahad ni kat rumah saya, dia dah ada jawatan baru ke ?

Sakat Menyakat

Ni pun dari log lama.
Hari ni gi ambik pokok sakat. Dekat kebun kelapa sawit Jalan Sialang, betul-betul sebelah sungai kat sempadan Melaka-Johor. Banyak kami ambil, lebih 50 pokok. Dua kali la jeep kena berulang alik dari kebun tuh ke Kem. Pergi dengan Abang, Jepun dan Cica. Jepun tukang 'petik' (betul ke perkataan nih? uummpphh 'he pull off the plant'). Senang jer, main tarik-tarik je, tercabut. Lepas Jepun 'petik', Cica tukang pungut dan hantar ke tepi jalan, Abang tukang pungut sakat dan masukkan dalam jeep. Saya lak, tukang drive jeep sambil jadi tukang control volume radio. Kerja lebih kurang satu jam, semua siap. Balik singgah kat warung sup gear box, minum air.
"Makcik saya ambil sakat ni la, kat kebun ni la, malam-malam tetiba dia dengar orang menangis kat depan rumah. Cari-cari, tak de sesapa lak. Esoknya dia alihkan sakat tu belakang rumah lak sebab senang nak siram air. Malamnya, dengar orang menangis belakang rumah." "Suara pompuan?" Abang tanya . "Ha'ah" tokeh warung jawab. "Esok malamnya, kami dengar lagi. Lepas panggil **** , **** kata sakat kat belakang tu yang nangis." "Elok le, takyah siram, hari-hari basah" abang tambah. " Jangan main-main bang , makcik saya kena gi hantarkan balik" Abang gelak giler. Saya dan Cica diam. Jepun dah nak nangis. Fikir mana senang, nak hantar balik 50 sakat nih ke atau nak dengar 50 tangisan malam ni. Abang tetap gelak. Cis !!!
found this at Xyad's Log http://xyad.diaryland.com/
Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
Menangis kerana rasa takut.
Menangis kerana cinta.
Menangis kerana gembira.
Menangis kerana menghadapi penderitaan.
Menangis kerana terlalu sedih.
Menangis kerana terasa hina dan lemah.
Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
Menangis orang munafik - pura-pura menangis.
"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (An Najm : 43)
While i was writing this log they were outside under the tree behind my office replanting the sakats. Saja nak hijaukan Kem.

Log Lama

Paste dari Log lama yg dah takleh bukak tu, as usual reason nya sebab lupa username/pwd. heheh.

MAK
Mak. Dari kecil sampai besar saya sentiasa bersama Mak. Cuma belajar 3 tahun di itm je, berpisah dengan Mak. Itupun tiap-tiap minggu balik, kecuali pada tahun akhir. Tahun tu saya teruk. Saya jatuh cinta dan bercinta dan tak balik kampung (Parents tak suka saya bercinta dan tak suka bf saya tulah pasal tak balik tu) Tapi tak malu, duit dia orang saya ambik pulak. (Ampun Ayah, ampun Mak) Lama-lama Ayah & Mak give up, kawinkan juga kami. Dan bila ada cucu, semuanya ok kembali. Ayah dan Mak minta kami duduk dengan dia orang, tak nak bagi cucu mereka dijaga orang. Dari hari tu hingga sekarang, saya dok dengan Mak, tak berpisah-pisah lagi.
Dugaan demi dugaan Allah berikan kepada hambaNya ... Ayah pergi. Dan saya tetap setia bersama Mak. Mak teruk selepas Ayah pergi sehingga akhirnya saya berhenti kerja. Banyak yang dilalui selepas itu. Hafidz lahir. Nan kawin. Ida kawin. Diyana lahir. Nabil lahir. Ida mengandung luar rahim dan keguguran. Nadzrin lahir. Ida keguguran lagi. Rina lahir. Mak mula dikesan sakit jantung. Satu demi satu peristiwa berlaku dan saya bersyukur yang saya bersama Mak. Menjaga Mak dan menyayangi Mak sentiasa. Hari-hari kiss Mak dan Mak kiss saya. Hari-hari dapat peluk Mak. Raya-raya, Mak still belikan ogy baju raya, kan Mak ?

Mak baik sangat. Hobi dia tolong orang. Kalau ada org nak pergi mana-mana, dia akan kata "nanti suruh ogy hantar" dan saya akan kena hantar. Kalau org nak makan apa-apa, dia kata, "nanti aku masak, soh ogy hantarkan" dan si-ogy ni kenalah gi pasar, masak dan hantar. Fasi-fasi Kem sayang dia, panggil dia Nenek. Bila balik dari U untuk duty Kem, singgah rumah Nenek dulu, makan dulu, so kalau lambat sampai senang je la bagi excuse, Nenek soh makan !

Bab dia baik ni la yg paling saya risau. Sebab senang ditipu orang. Apa je orang datang jual, dia akan beli, alasan kesian org yg jual tu, berpeluh-peluh dia jalan, apa le salah nya kita beli. Kena tipu gores-gores ni, dah 2 kali. Sekali rm 1800 dan baru ni rm 1600. Balik dari PD, dia beritahu ada org dtg survey, cakap dia menang hadiah. Tapi kena bayar rm 1600 tuh untuk hadiah. Mengigil badan saya. Nasib lah cuma tipu gores-gores tu, kalaulah orang jahat. Diikat dan disuruh beri segala duit dan barang kemas yg ada. Nau'zubillah. Bukan dia tinggal sorang terus-terusan pun. Bob dah diminta meneman dia dan tidur malam Cik Milah pulak teman. Bob keluar kejap je, leh jadik camni. Nak bawak dia gi PD, dia tak nak. Tak suka tinggalkan rumah. '2 malam je tidur PD',saya dah pujuk. Bila fikir-fikir. kena ada orang meneman sentiasa. Boleh gak buat kerja rumah sekali. Takyah la saya nak sidai baju, sapu rumah dan masak sebelum ke office. Bermula la episod Kak Ram bekerja di rumah. Suka hati sebab dah ada org teman Mak dan takyah buat kerja rumah semua sekali. But Mak, my dearest mother yang baik sesangat ni, jadik orang gaji Kak Ram lak ... masak apa yang Kak Ram nak makan. Dia menyapu, Kak Ram dok baca paper. Saya lak, kena marah sebab tak buat kerja rumah. 'Apa kata Kak Ram nanti, rumah ni semak ni' dia marah saya. Lom kerja seminggu, dia dah bagi Kak Ram cuti, siap bagi advance gaji lagi. Dah decide, esok kena meeting ngan Kak Ram tanpa Mak!

p.s. Hari ni dengar ucapan 'Tuan Presiden Yang Nak Pencen' tu. Ucapan terakhir, best gak layan lawak antarabangsa. blajor sejarah orang putih. alangkah bestnya kalau buat apa yg dikata, kan ?

Thanks lenny, sebab bagi akak doa-doa tu, thanks sebab ingat-ingatkan akak selalu

Saya Sayang Mak !!!

Sunday, July 27, 2003

Jay

Met Jay kat MP. Jay dulu housemate Abang masa Abang dok di Taman Perk***. Saya baik ngan dia, dulu selalu lepak sesama main bowling. Dia rapat dengan saya. Kami saling mengadu jika ada masaalah dulu. Memang berkawan baik. Dia selalu gak datang rumah Mak. Pernah pergi holiday bersama kami. Masa tu Amir baru berumur 6 bulan, dialah tukang jaga Amir. Pastu dia resigned dari kerja lama dan lama ilang berita dia. Tetiba dengar sekarang dah jadik businessman yang berjaya. Kaya dah. Tapi yang terperanjatnya sekarang dia berkongsi hidup dengan D***. Lelaki ngan lelaki ? Jay gay ker ? Aduhz .. siap ada anak angkat. Dan D*** Kristian. Masya Allah. Macam mana pegangan dia sekarang. Masa saya jumpa dia tu, dia seolah tidak mahu bercerita panjang. Takut saya menyoal dan membebel kat dia. Saya tak perlu cakap pasal hukum hakam dan dosa pahala. Jay lebih arif. Kan dia orang yang banyak juga membimbing saya ? "Jay, binatang pun tak have sex ngan jantina yang sama, Jay .."

Gilmore Girls Theme Song

Saya suka tengok Gilmore Girls. Kalau Amir tu girl, agaknya kami cam Lorelai dan Rory ... leh share-share baju. heheh.Tapi kita selalu beli tshirt same design, lain kaler je, kan Along ? Pastu lepas Mama pakai sekali, tetiba je jadik harta Along ngan Angah, kan ? Pandai eh, korang.

Where You Lead

Wanting you the way I do
I only want to be with you
And I would go to the ends of the earth
Cause, darling, to me that's you're worth

Where you lead, I will follow
Anywhere that you tell me to
If you need, you need me to be with you
I will follow where you lead

If you're out on the road
Feeling lonely, and so cold
All you have to do is call my name
And I'll be there on the next train

Where you lead, I will follow
Anywhere that you tell me to
If you need, you need me to be with you
I will follow where you lead

I always wanted a real home with flowers on the window sill
But if you want to live in New York City, honey, you know I will
I never thought I could get satisfaction from just one man
But if anyone can keep me happy, you're the one who can

And where you lead, I will follow
Anywhere that you tell me to
If you need, you need me to be with you
I will follow where you lead


Saturday, July 26, 2003

Aduhai Betty ...

Betty called. Dia ada kat MMU,Melaka. Tapi tidur hotel. Dah checked-in pun kat Sri Costa. Saya dah hilangkan phone# dia, dia tinggalkan # kat YM lak, tah siapa lak terdelete. Betty ke Melaka untuk Pesta Pantun. Harap-harap menang, eh Betty ! Rindu betul kat minah sorang ni ! Tah bila nak dapat bagi dia t-shirt yg dijanji tu.

Penatnya Menunggu

Alahai mana le mamat-mamat felda ni tak sampai lagi ... Penat giler dah menunggu nih ... Gantung hammock dan tido je la kot pasni ... best layan tido bawah pokok ditiup angin tasik ... leh gak relax jap sebelum Asar.

Saya nak mulakan sesuatu hari ni. Nak letak resepi hari-hari. Being the eldest in my family, saya memang 'tukang masak' rasmi. Dan juga tempat sepupu-sepupu dan adik mintak resepi. Memang suka masak la jugak.


Resepi Hari Ini : Ikan Bawal Masak Tumis Asam (Johor kata Asam Pedas)
Bahan
1 ekor ikan bawal hitam sederhana besar (anggaran 500 gm)
1 paket sawi asin jeruk
Minyak untuk menumis
2 cawan air asam jawa. (Campurkan asam sebesar bola pingpong dgn 2 cawan air)
sedikit garam
sedikit gula
(A)
1/2 cawan cili kering yang telah diblend
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
sedikit halia, sedikit kunyit hidup
1/2 sudu teh lada hitam
1/2 sudu teh jintan manis
Cara :
1. Siang, potong ikan kepada 2-3 bahagian. Bersihkan.
2. Potong sawi asin.
3. Blend bahan A
4. Panaskan minyak. Tumis bahan A sampai naik minyak. Masukkan ikan. Kecikkan api dan biar sekejap. Masukkan air asam jawa.
5. Biar hingga mendidih lalu masukkan sawi asin
6. Masukkan garam dan gula. Rasa dan adjust rasa.
7. Siap untuk dihidangkan.

Friday, July 25, 2003

Relax

Minggu ni relax. Tak de group. Cuma esok je ada Camp Visit (Felda Agriculture). Program-program yang orang mintak dah siap dan dah difax/email. Akaun dah update :) Satu je lom buat, contact Zamzam Alkazam untuk book bas.

Esok Amir leh outing la hendaknya. Hafidz, Nadzrin dan Nana rindu Along. Nak gi jalan-jalan dan makan-makan ngan anak-anak :)

Dah Mula

Petang tadi semasa saya sibuk mengupdate list-list organisasi yang utang kat kami, tetiba Jepun datang. Nak minta cuti esok. "Saya nak gi Langkawi, Kak G". Tambang free, rombongan JKKKKKKKKKKKK. Lebih kurang gitu la cakap dia. Dapat lagi duit poket lak tu. Tapi mintak gak advance kat saya. Bagi advance yang dia nak. Dari sini je 4 bas. Biasa la tu, menghabiskan duit rakyat. Sekarang ni kalau tengok rumah-rumah kat kampung ni, kelakar. Rumah orang-orang yang berjenama Merah Putih diberi jalan tar, sampai la ke pintu dapur. Jenama Hijau ngan Biru Putih, jangan haraplah. Tapi yang menariknya, orang yang berjenama Merah Putih tu kebanyakannya otai, orang muda dah kurang dah nak memerahputihkan diri.

Rasanya angin-angin pangkah dah bermula la ni. Pasni, tah berjalan kemana lak lagi. Apa lagi lak orang kampung dapat.

Saya, tetap hijau selamanya !!!

Makan

Masa Shasha dengan Mamat mula buat practical kat sini, hari pertama dulu, dia orang paling risau pasal makan. Nak makan kat mana, eh ? Dalam hutan ni. Bukan ada kedai. Kami gelak je. Makan daun-daun, rumput-rumput ni je la. Cicadinho usik usik dia orang, " Karang abg tangkap monyet, kita masak lemak cili api" Uh, takut dedua, tengok lak wajah kebrutalan Cica. Heheh.

Lunch hari pertama tu kat kedai Aji Usop. Senang hati bebudak tu, nampak ada lauk-lauk biasa. Kedai Aji Usop walaupun dekat pekan kecil camni, maju sangat. Dia masak lebih dari 10 lauk sehari. Banyak betul pilihan. Makan berlima, cuma RM 15.00 jer termasuk air. Kita orang ambik lauk banyak. Dapat lagi leher, tongkeng dan kaki ayam free. Tapi kalau breakfast takleh lawan Kedai Kelapa Sawit. Kedai ni misteri skets. Dari jalanraya, sure tak nampak. Orang-orang biasa jer tahu. Tapi punyalah ramai orang, selalu kena tunggu meja. Menunya, soto ayam (pilihan nasi impit, kuetiaw, mee atau meehoon), nasi lemak (memacam sambal & lauk), roti canai dan lontong. Murah giler. Dengan air, sure tak habis RM 2.00 walaupun makan nasi lemak ayam. Petang, minum Kedai Akak Sajen. Goreng pisang, goreng cempedak, kuih-kuih baru 20 sen seketul. Teh O 60 sen. Goreng-goreng tadi leh cicah ngan kicap cili api yang power tu. (Org Johor, segalanya cicah ngan kicap ni).

Adik saya memang suka sesangat kalau balik sini. KL semua mahal. Tapi taklah makan cam kat hotel. Standard warunglah. Meja pun tak de alas. Nak basuh tangan pun kena gi dapur. Semua layandiri. Kadang-kadang siap kena tolong basuh gelas. (Ni kedai akak sajen, asyik le gelas habis). Leh layan carrom lak tu seround dua. Ada gak hiburan. Tapi tak tahan la, dia main lagu dangdut Indon tahun berapa tah. Yang lagu bunyi camni tu, " ku suka singkong, kau suka keju ... bla bla bla ... aku memang anak kingkong ...." Part ni tak tahan giler sebab dia main hari-hari. Saya lak allergic dengar lagu camni, terus migraine tahap cipan.

Suka

Suka, suka, suka, suka sungguh kat lagu ni ! Lagu baru Siti Nurhaliza. Ciptaan Dewiq dan Siti Nurhaliza


Bukan Cinta Biasa

Begitu banyak cerita
Ada suka ada duka
Cinta yang inginku tulis
Bukanlah cinta biasa

Dua keyakinan beza
Masalah pun tak sama
Ku tak ingin dia ragu
Mengapa mereka selalu bertanya

( korus )
Cintaku bukan diatas kertas
Cintaku getaran yang sama
Tak perlu dipaksa
Tak perlu dicari
Kerna kuyakin ada jawabnya oh...
Andai ku bisa merubah semua
Hingga tiada orang terluka
Tapi tak mungkin
Ku tak berdaya
Hanya yakin menunggu jawapnya

Janji terikat setia
Masa merubah segala
Mungkin dia kan berlalu
Ku tak mahu mereka tertawa

Diriku hanya insan biasa
Miliki naluri yang sama
Tak ingin berpaling
Tak ingin berganti
Jiwa ku sering saja berkata

Andai ku mampu ulang semula
Ku pasti tiada yang curiga
Kasih kan hadir tiada terduga
Hanya yakin menunggu jawapan

Thursday, July 24, 2003

Jalan-jalan, baca-baca

Luv this sites, em going to link them to My Layan List.


Keluarga

Dalam adik beradik Mak, cuma Mak yang dapat anak. Abang dan Kakak Mak tiada anak. Hanya anak angkat. Kami tiga beradik, saya ada 4 anak. Adik lelaki ada 2 anak dan adik perempuan saya belum lagi ada rezeki. Macam mana pun kami rapat. Antara sepupu seperti adik-beradik jugak. Nama-nama kami pun Mak Long yang bagi. Ingat lagi masa Abang masuk 'Who wants to be a millionaire' dulu. Abang kena bagi 4 nama. Jadi dia bagi nama adik saya Rozieda, saya, Roziena, sepupu saya Dr. Rozaina dan Dr. Rosaida. Pesan kat Abang, nama saya Abang jgn telefon untuk talian hayat, sebab sure saya tak dapat jawab. Tepon je dia orang tu. Masa satu soalan yang Abang 'sangkut' tu Abang cakap kat orang ntV tu soh tepon Dr. Rozaina. Dah sebab nama dekat2 je, orang tu tertepon saya. Aduhz, mana la reti. Nasib baik anak saya, Amir (masa tu 12 tahun) dapat jawab. Bagi saya, mak saudara dan bapa saudara macam parents sendiri. Masa Mak Long sakit angin ahmar dulu, saya bawak dia balik dan jaga di rumah. Rumah tu pun rumah pusaka dari Moyang saya. Jadi saya fikir, tentu rasa seronok dan selesa dapat balik duduk di rumah tempat dia membesar. Ada pula cucu-cucu (anak-anak saya) tempat bermanja. Allahamdullillah dia kembali sihat seperti biasa.

Family Tree

Ahad lepas dua pupu saya, Eton datang. Eton kawin dengan orang Jepun, Azman Ando. Jumpa dan kawin di Jepun masa tengah ambik Master. Dia dah ada 3 anak dah. Marissa, Serena dan Boy. Eton tengah menyiapkan salasilah keluarga kami. Interesting. Dia dtg nak interview Mak. Mak Eton sepupu Mak saya. Nenek Eton pulak kakak kepada Nenek saya. Nenek saya meninggal semasa umur Mak 3 tahun, so Mak dibela oleh Nenek dia, moyang saya. (aduhz, dah konpius nih) Banyak juga facts yang Eton dah jumpa. Misalnya, Moyang kami (our grandmothers father) Allahyarham Haji Aminudin ialah Guru Besar Sekolah Melayu sebelum tahun 1900 lagi. He was an educated man. Salah seorang anaknya Allahyarham Dato' Abdul Jalil Aminudin ialah Ketua Polis Negeri Sembilan yang pertama berbangsa Melayu.

Saya juga dapat tahu, Allahyarham Nenek saya, Hajah Aishah Haji Aminudin berkahwin 3 kali. Suami pertama, Haji Abdul Majid dapat Mak Long saya : Hajah Rogayah. Dengan suami kedua, Haji Abdul Wahab dapat Datuk Major Abdul Aziz dan Mak saya, Hajah Hadijah anak dengan suami ketiga Haji Saat. Allahyarham Hajah Aishah meninggal dalam usia yang muda. Baru 30 tahun. (Rasa nak komen something kat sini. 30 yrs and 3 husbands. Takut lak, karang sure Mak cili mulut, mulut jahat. But in this case, otak dan jari-jemari yang jahat !) Balik semula ke citer salasilah tadi. Weekend ni kami akan ke kubur. Mencari facts di batu-batu nesan lama tu. Keluarga kami mempunyai kawasan perkuburan sendiri(kubur nenek-moyang kami, dah penuh pun), jadi agaknya mudah untuk mencari nama mereka dan tarikh-tarikh penting tu. Bila dah siap semua, sikembar Fazlina akan mulakan website salasilah keluarga Haji Aminudin dan Hajah Aminah. Sure menarik, dengan kedatangan mereka dari Pulau Rawa hingga ke keturunan mereka sekarang yang dah jadi berbagai bangsa. Cicit mereka ada yang berbangsa Inggeris, Jepun, Turki dan Cina !

Monday, July 21, 2003

Terima Kasih

Jumaat sepatutnya ada 2 group masuk, Kolej Yayasan M*** ngan Kolej **, Universiti P*** Malaysia. Kolej**, Universiti P*** Malaysia cancelled. Last minute, ari Khamis. Kami dah siapkan segalanya. Barang-barang makan dah dibeli, fasi-fasi dah ditepon untuk duty Kem. Senang je, alasannya, bas U tak de. Dan kumpulan dia tak boleh pergi, kalau pergi dan sewa bas luar, mahal pulak. Nanti rugi. Begitu senangnya dia menyelesaikan masaalah. Tak langsung fikirkan kami. Kami bagi dia harga termurah sekali : RM 50.00 untuk 3 hari 2 malam.Makan, khemah dan program. Minta pada kami, tak payah bayar deposit sebab loan belum keluar. Okay, tak pe la. Mereka cuma perlu bawa baju. Dan ini bukan kali pertama mereka cancel, tapi kali kedua. Sebenarnya dia memang tak tulus pun rasanya. Harga yang diberi itu janjinya untuk 120 peserta. Hari Isnin dia telefon kata HEM cuma boleh bagi satu bas je dan cuma ada 45 peserta je. Boleh bagi harga yang sama ? Tentulah boleh. Kami bukan berkira sangat. Sebab tahu pelajar yang bayar duit tu, bukan duit U. Last-last tidak jadi. Itupun pihak Kem yang telefon dia. Dia tak kisah langsung agaknya :) Alahai adik ! Macam mana pun kami akan sentiasa ingat hari yang satu tu, makan tengahari nasi tomato berlauk ayam merah yang sedap di kafe kolej adik. Thanks !

Demam Ada hikmahnya dia orang cancel pun, sebab saya demam pada hari Jumaat. Rasanya sebab sejuk sangat dalam panggung hari tu. Pagi Jumaat ke Dr. Naha. Dr. Naha bukan leh jumpa Abang, banyak ceritanya. potpetpotpet dia. Saya nak ubat cecepat supaya boleh balik sambung tidur balik.

Luv ya, darlings ! Amir balik wajib hari Jumaat. Seronok jugak demam, boleh duduk dengan anak-anak kat rumah. Jarang sekali dapat bersama on weekends. Kami tengok Amazing Race dan Charmed beramai-ramai. Abang je kena ke Kem, sebab ada Kolej Yayasan M***. Anak-anak lepak dengan Mama. Hafidz je tengok sikit-sikit. Dia study sebab nak UPSR tak lama lagi. Anak-anak suka Amazing Race, tapi Amir complain tak mencabar sangat aktiviti dia orang minggu ni. Kami tak de Astro di rumah. Kami kurang masa di rumah, takut nanti anak-anak lalai. Dengan nenek, mana la takut. Manja bukan main. Tapi alhamdullillah anak-anak tak kisah sangat tv. Cuma suka Dragon Ball dan Amazing Race. Dia orang lebih suka aktiviti luar. Berkayak atau berbasikal lasak. Kalau ada group kekadang ikut jungle trekking. Nadzrin biasa je kalau trek 12 km tu. Siap bawa BA dia. Karang kalau nak seberang parit dia tak payah nak suruh orang pegang dia. Kalau 'water confidence' pun jurulatih suka kalau Nadzrin ada. Tengok budak kecik pun selamba je, jadi kakak-abang malu la jugak nak menjerit-jerit takut. Memang anak-anak gilakan 'outdoor' macam Abah mereka. Kalau bercuti, jangan haraplah nak pergi tempat-tempat pelancung. Kalau dapatpun, puas la Mama merajuk dulu. Dia orang suka bercuti ke Lanjut Golf. Abang suka sini sebab leh main golf dan wood ball (errr Pak Let main golf gak tau .. heheh). Anak-anak suka sebab boleh pasang tent depan chalet tu. Susah-susah sewa bilik, akhirnya bilik kosong sebab tidur dalam khemah. Mama dengan Nana je tidur atas katil. Dia orang suka sini sebab banyak aktiviti. Leh carik kupang, ikan. Pagi-pagi leh ikut tarik pukat. The last time we were here ada ramai pelancung Taiwan. Kesian Nana, letih dia kena cuit pipi dengan nyonya-nyonya tu. Apsal citer ni semua kuar ni ? must be the medicine dr.naha gave me. emmm ... lom baik lagi nih ...

Thursday, July 17, 2003

Dari Orang Seni

Baca ulasan Nizam Zakaria tentang Paloh kat sini :
http://nizamzakaria.blogspot.com/2003_07_13_nizamzakaria_archive.html#105823423650413920

Peh ! Confirm aaaaa kami buta seni. Sebab tak faham :)

Tengok Wayang

Kenapalah saya tulis kat sini pasal dating plan tuh. Punyalah ramai 'lamp post' yang nak ikut. Bila tahu je kami nyer plan mulalah Cica, Mamat dan Shasha lak buat plan. Tak cukup dengan yg kat Kem, gang yg kat KUTKM pun nak join sama. Pastu dengar-dengar gang kat MMU pun tahu, kami nak dating, nak tengok wayang. Cis ! Tengok ramai nak gi sama-sama, saya pujuk Abang, nak tengok T3 (saya dah baca tOKSIK nyer review, cam best je. anyway sure la akan lebih best dari Paloh). Abang nak tengok Paloh sebab dia suka Janet Khoo. Lagipun sure banyak utan, dia kata. Dia memang giler utan :) Pujuk jugak, lama-lama dia setuju tengok T3. Ala, raya nanti, sure Paloh main kat tv.

So, Fendi kena gi beli tiket. Last minute, Fendi call kata tak dpt gi, ada kelas ganti. Shasha tepon GC, nak book tiket. Kerani tu kata, tiket banyak sebab weekday. Tak payah book. Malam semalam kami pun pergi. Bawak Nana sebab dia dah tidur siang. Kalau kami balik lambat taklah menyusahkan Mak nak tidurkan dia. Gang MMU tak jadik gi, ada exam hari Jumaat (eiha kata ni tau). Gang KUTKM je ada. Masa beratur beli tiket, rupanya tiket T3 dah habis. Aduhz. Penat je gi. Yang ada tiket Charlie's Angels ngan Paloh. Pakat-pakat, kami decide nak tengok CA je la. Dah beli tiket, masa beratur nak masuk panggung, Abang kena tahan. "Bang, budak bawah 18 takleh masuk. Ni PGL show nih". Alahai, mana lak nak bawak Nana. Abang ajak tengok Paloh. Terpaksa la. Masa masuk panggung tengok ada 5 orang dalam panggung. Heheh. Pastu masuk la lagi Pakcik dan Makcik ni dok dekat kami. Akhir sekali ada aweks 4 orang masuk. Tu jer la. Depan kami semua seats kosong. Penuh la belakang je. Couple-couple yang nak buat wayang dia orang sendiri lak tu. Punyalah sejuk sebab orang tak ramai.

Paloh
Saya blur. Tak faham. Kejap tahun 1945, kejap tahun 1947. Letih nyer nak ikut jalan citer. Lagi tension ngan komen Abang. Dia tak de kerja, kira berapa helai baju Pagoda yang ada dalam film tu. Ramai tol org pakai baju Pagoda selain dari baju kemeja kotak-kotak tuh. Pastu dia gelak tengok mamat iklan Kembara DVVT tu berlakon jadik komunis (bapak Swee Lan). Rambut pesen dlm iklan tu la jugak. Masa tengok film ni tak tahu apa nak 'feel'. Sedih pun tak, patriotik pun tak. Entahlah. Buta seni kot kami ? Iyer la tu. Raya ni nak tengok lagi la. Nak cuba faham. Paling tak faham yg last tuh, kenapa main lagu Arab dalam utan tuh ?

Orang yang tengok CA lak, kuar sakit tengkuk. Heheh. Dah dok depan. Sampai juling-juling mata. Tapi citer best. Demi Moore sexy giler, dia orang kata. Balik makan kat depan simpang SM Teknik MT. Alhamdullillah. Kenyang. Walaupun citer dan keadaan tak best, kami enjoy juga. Sesekali keluar ramai-ramai. Best, kan ? Kita asyiklah dok dlm utan. Kalau buat program pun semua melibatkan outdoor. Thanks Abang. Dah kita ramai anak, nak buat macam mana ? Err malam ni pun leh gak kalau nak dating, kan ?


Penat Type

Ilang lagi. ishhhhh

Tuesday, July 15, 2003

Lagu Abang

Abang suka lagu ni.


Nak Dara Rindu

Di Waktu Malam Bulan Mengambang
Sunyi Damai Damai Sekeliling Ku
Terdengar Nan Sayu Bintang Seribu
Membujuk Rayu Kerna Merindu
Lagu Yang Dulu

Di Waktu Malam Bulan Purnama
Angin Laut Meniup Niup Tenang
Mengatakan Sayang Berlagu Merdu
Bermadah Ayu Lemah Mendayu
Nak Dara Rindu

Tanjung Katung Airnya Biru
Tempat Mandi Nak Dara Jelita
Sama Sekampung Sedangkan Dirindu
Ini Kan Lagi Hai Jauh Di Mata

Tanjung Katung Airnya Biru
Tempat Mandi Nak Dara Jelita
Sama Sekampung Hai Sedang Dirindu
Ini Kan Lagi Hai Jauh Di Mata


Kenapa ? Tak percaya ? Dia romantik jugak. Heheh. Bukan brutal lasak sentiasa :) Luv ya, Abang ! p.s. esok kami dating, nak tengok Paloh kat TGV, MP.

Amir

Hari Jumaat dan Sabtu kami ada Group. Amir nak balik, telefon Abah. Abang cakap kat dia, janganlah balik, esok je Abah dan Mama bawak adik-adik jumpa Along kat hostel. Dia balik jugak, naik bas. Hari ni outing jer, pukul 6 petang kena masuk ke hostel balik. Lagipun next weekend, balik wajib. Dah boleh balik rumah. Bukan apa, Abang takut kami tak sempat nak hantar dia balik ke hostel. Betul juga, group keluar lambat. Akhirnya, Fendi dengan Shasha yang diarah hantar Amir balik ke hostel. Kami tak jumpa pun dia.

Ahad, Sham dan Zu dtg ke Kem bawak anak-anak Aiman dan Qistina. We had an early lunch kat kedai Akak Sajen. Lepas Sham anak beranak balik, kami balik, ambik Mak, Hafidz, Nadzrin dan Nana. Ke Melaka. Berhenti dulu kat Patissfrance, beli bun-bun dan jam roll kegemaran Amir. Kena beli lebih sebab roomate dia 12 orang. Tengok dia dengan kawan-kawan dia. Dia paling tinggi. Nak kiss dia sekarang, dia kena bongkokkan badan hulur pipi kat saya. Bila tengok dia besar macam tu rindu pulak masa kecik dia. Cepat sangat dia membesar. Dapat jumpa pun 2 minggu sekali. Dah la weekend kami ada group, jumpa pun sekejap-sekejap saja. Jadi, kami mencuri masa jumpa dia pada hari-hari lain. Kadang siang, kadang malam. Warden pun dah malas nak marah kot. Kalau tak tengok muka dia, saya rindu. Luv ya, honey !

Lambat

Hari ni lambat ke office. Mencari kotak lenses yg tah ke mana. Saya lupa bila tukar contact lens aritu, rasa macam dah lama. Benda tuh dah la utk monthly use jer. Karang rosak lak mata. Kat kotak tu ada tulis bila saya tukar lenses nih. Masa mula-mula pakai contact dulu, umur baru 20 tahun. Pakai yang 'semi-hard' lenses. Harganya lebih RM 500. Punyala leceh, kena pakai protein remover la, saline solution la, memacam benda kena beli. Dah tu, senang jatuh. Sekarang ni senang, satu kotak baru RM 50. Beli 2 kotak, pakai utk 6 bulan.

Jalan-Jalan
Semalam kami jalan-jalan. Abang, Mamat, Shasha, Cica dan saya. Kami ke Gemas. On the way ke Gemas, berhenti brunch di Simpang Bekoh. Kami makan kat Kedai Kari Kambing. Warung ni popular. Dia org jual kari kambing, kari ayam, telur dadar, sambal sotong kembang dan sayur kobis. Ni jer menu dia hari-hari. Pelanggannya ramai, berbilang bangsa. Periuk kari ayam dia punyalah besar, saya pun boleh masuk. Meja penuh jer. Tokeh kedai pun best, ramah layan pelanggan.

Abang nak beli jaring ikan untuk aktiviti Kem. Kat Gemas murah segala benda yang berkaitan dengan tangkap-tangkap ikan ni. Abang beli joran 3 batang, benda-benda yang berkaitan (sorry, saya tak reti langsung pasal benda2 camni !) dan jaring ikan. Shasha dan saya ke kedai 2 ringgit. Beli mug, dia orang letak 1/2 harga, so jadik RM 1.00, saya beli 100 biji. Beli utk Kem.

Selepas Gemas kami ke Tampin. Nak ke Batu Maloi. Tak jumpa jalan. Telefon Zack di MMU, direction dia tak clear. Telefon Fathi pulak, Fathi beritahu Kem Batu Maloi tu dah tutup. Tak jadi ke Batu Maloi. Kami ke RSG Camp di empangan Durian Tunggal. Jumpa Nik dengan gang Kem RSG. Kami suka usik dia orang ! Kem smart, kami kata. Semua pakai kemeja dan slack. Kemeja putih dan slack hitam. Heheh. Ensem la, korang :) Nik beritahu nak pinjam tent kami weekend ni. Datang je la, ambik sendiri.

Friday, July 11, 2003

Japanese Pronounciation

Cilok from Tawfiq ( http://fenzique.blogspot.com/ ) Tawfiq is Betty's fren. Rupa cam Asri Zainol.

Cuba tengok camner nak sebut nama awak dalam Japanese, kat sini :
http://sallini.com/games/japanesepronounciation.html

Asrama Seroja, ITM, Shah Alam
Nostalgia. Hari ni bila test-test sebutan nama Jepun tu, saya teringat balik zaman belajar di ITM dulu. Masih bernama ITM bukan UITM. Saya ambik bahasa Jepun masa di ITM. Reti la jugak tulis dlm iragana dan katakana tuh. Kanji, hancurs :) Ingat sensei-sensei kami. Strict giler. Budak German best, lecturer pemalas. Untung dia orang, takyah belajar teruk-teruk. Heheh. Yang paling teringat hari ni bilik 503, Asrama Seroja Satu. Masa final year, saya duduk sini. Walaupun budak final year boleh berkongsi bilik berdua/bertiga tapi kami still berlapan satu bilik. Marina, Ateh, Akay, Erod, Yan, saya dan 2 budak junior (merangkap khadam sukarela kami). Bilik tu best, mengadap ke Jalan Besar. Masa tuh, nak kuar dari itm ikut pintu dekat sekolah hotcat tuh. Dan boys dari Asrama Jati pun lalu ikut pintu seroja bila masuk-keluar campus. Best wo, leh kacau-kacau boys ! nak dating pun senang, bf leh panggil dari bawah. kami rapat sangat dan macam-macam peristiwa kami lalui bersama. Erod kawin ngan Azam masa belajar. Erod pregnant. Macam mana kami yang lom pun 21 tahun menjaga Erod yang mengandung. Manalah tahu pasal morning sickness dan semua tu. masa tu macam mana org make love pun kami tak reti, bukan nya ada internet lagi dan bf pun sama jer blur bangang gitu. heheh. but life was fun. memang happy sesangat. i was in love with my best fren :) akay ada cipul. yan ada baz. ateh ngan marina je tak de sesapa lagi. tapi leh gi dating ramai-ramai camtu. saya gi dating kat pasar malam kelang ajak marina sekali. kalau tengok wayang gi reramai. masa tu itm cam zaman jahiliah skets - hampir setiap malam ada wayang kat dewan sri budiman. tiket baru dua ringgit kot (lupa). Gi Kesatria, kat padang rotu, leh suruh bf hantar. Manalah Mak tak makan hati masa ni !

My Best Friend
Dia kawan baik saya. Kami selalu kena buat project sesama sebab nama huruf yang sama. Dia pemalas, saya rajin. Saya tukang prepare paper, dia tukang present paper. Dia pandai bercakap, saya pemalu. We are opposite each other. Tapi kami kawan baik. Kamceng giler camtu. Sentiasa jer bersama. Saya ada boipren. Dia ada gelfren. Tapi, dia tetap a special fren utk saya. Kalau sedih, kalau result teruk, saya cari dia. Tahu akan ada, 'a shoulder to cry on'. Dia pulak, gelfren bagi kuih, bagi lauk, pegi carik saya untuk makan sama-sama. Sampai gelfren dia cemburukan saya. Nearly everyday lepas Suboh kami pi jogging kat tasik dekat PKNS tuh. Saya akan jogging dari Seroja dan dia akan tunggu di roundabout depan Jati. Jogging sama-sama sampai ke tasik. Or kekadang gi seksyen 6 kat playground tu main buai. Masa tu takder mobile phone lagi, so tulah masa nak phone Mak di kampung. Dia pulak masa tu la tepon gelfren (dia ramai gelfren ..heheh). Saya tukang tepon dulu, dah dapat barulah dia bergayut pulak. Dengan setianya saya menunggu dia. Balik, singgah seksyen 2, beli breakfast dari Makcik Kelantan. Pastu siap-siap gi kelas. Berdua jugak. Malam study berdua jugak. Last-last kami jatuh cinta. Cinta ke ? Masa tu kami rasa, takleh nak hidup without yg sorang lagi. Dia benar-benar faham saya dan saya begitu juga. Saya sayangkan dia. He was there when i gave birth to all my children. 4 anak, 4 kali dia menangis di sisi saya. Dah 21 kami berkawan baik. Dari zaman remaja ke alam dewasa dan semoga berkawan baik sampai tua. Heheh. Kita jaga cucu, eh Abang ?

Lupa Password

Teruk. I forget my username and password. Getting Old. heheh. Whatever :) Upsere Nebete !

Wednesday, July 09, 2003

Hari Menyapu seDunia

Isnin dan Selasa mereka cuti. Hari ni Jepun, Mamat dan Sha mengemas Kem. Luasnya kawasan yang nak di sapu! Start di Tapak Putera dulu, kemudian baru Tapak Puteri dan akhirnya kawasan depan. Saya, sambil menaip, jawab telefon dan basuh cadar-cadar dari kabin-kabin penginapan (ishhhhh, skema nyer ayat). Semua orang sibuk bekerja. Cuaca hari panas tetapi berangin. Macam mana panas pun, kat Kem takla panas sangat. Bayu tasik yang berhembus ni terasa segar dan nyaman.

Hari ni nampak Gunung Ledang, semalam tak nampak sebab ditutupi kabus. Hari-hari datang keje mesti tengok Gunung Ledang dulu. Hari ni clear betul, pemancar tv3 pun nampak.

Hari ada investor datang, nak beli Kem. Orang tak de pun offer nak jual, gatal lak nak beli-beli. Offer nak beli 4.5M emmm banyak tu buat kami yang tak berduit ni. Tapi kalau jual, nak buat apa duit tu eh ? Kami orang kampung, bukan reti nak belanja-belanja ni. Hidup simple je. Rumah pun tumpang rumah pusaka Mak. Ada 'bone-shaker' tu utk saya dan Abang drive jeep buat angkat barang. Alhamdullillah. Abang tanya gak saya, kalau nak jadik jutawan. Takmo aaaaaa, mana de tempat best macam ni. Saya sayang hutan ni, nak tengok tasik dan gunung saya hari-hari. Dan mana nak letak staffs kita ? Manalah dia orang nak keje. Kesian Jepun, anak yatim. Cica baru nak ok sesangat tu. Man lagi. Madas, Adi, Ruddy, Lenny, Fathi, Zack, Bad, Kucai, Bob, Pacat, Asri, Eiha, Ujie, Sha, Mamat dan semua-semua la. Akak sayang semua !!! "Takmo Mercedes ?", abang tanya. Alahai, nak kemana kita dengan kete camtu. Abang gi KL, sampai Tol Sungai Besi dah migrain. Rasanya setakat ni, belum terbuka hati lagi nak kaya-kaya. Kalau kaya, tapi takyah jual Kem, nak la. Sesaja je orang bagi duit, kan best ! (Orang kaya brunei ke, takmo ke sedekah saya ?)


Monday, July 07, 2003

Kodok Ngorok

Weekend lepas kami buat program untuk Universiti Kebang***n Malaysia. Program Integrasi. Peserta dari Kolej-kolej kediaman dan kelab-kelab. Ada dalam 70 orang peserta. Berbilang kaum. Tugas Kem untuk merapatkan mereka. Kalau program macam ni agak mudah. Mereka kena buat banyak aktiviti-aktiviti kumpulan. Sampai, makan dulu. Kami dah dirikan khemah untuk mereka sebab mereka sampai lambat, pukul 9 malam. Lepas makan, solat dulu. Pembahagian kumpulan. Pelajar Cina dilantik jadi ketua kumpulan dan pelajar Melayu (perempuan) sebagai penolong. Sessi berkenalan. Potpetpotpet dan game-game. Main giant chess (dia org jadik buah catur tu). Ni nak tahu mereka kenal tak ahli kumpulan. Tukang main kena tahu nama 'buah-buah' caturnya untuk mengerakkan mereka. Seronok tengok mereka. Siap dengan head dress dan segalanya. Cute Queen tu :) Saya sampai sini je dan tidur. Malas nak tunggu mereka gi nite walk.

Esoknya ada jungle-trekking (12km). Alhamdullillah semua selamat sampai sebelum pukul 12.00 tengahari. Best dia orang sebab dapat tengok pemandangan cantik-cantik. Ada 'mini grand canyon', pastu melintas kat kawasan 2 tasik, air tawar (20kaki) dan air berasid (200 kaki), tengok tiung pasir dan tunnel-tunnelnya, panjat palong lama tempat membersihkan bijih (pre-merdeka nyer lombong nih), carik selembu dan macam-macam lagi. Seronok, kan ? Abang nak balik dah, i have to go too. Esok sambung :) Nite !

Upsere Nebete

Susah betul nak cari tukang masak. Sementara ni, saya masak sendiri dan dibantu oleh fasi-fasi. Kesian gak, orang-orang kasar dan lasak, orang outdoor kena dok dapur, kena potong sayur, basuh ayam, blend cili, kupas bawang dan semua-semua tu la. Minggu ni tiba giliran Jepun dan Fendi. Bergaduh je keje berdua tu. Kawan yg lain pun bukan boleh harap. Dahlah orang berdua tu tension kene dok dapur, ramai lak tukang usik. Pandai-pandai mengubah nama jadik nama pompuan. "Aku tengok kau ni muka terpaksa je," kata Mamat kat Fendi yang tengah basuh beras. "Relaxlah Fendi" kata Cica kat Fendi ngan Jepun yang terkial-kial potong sayur kobis (hancurs sayur saya dibuatnya). Em, kena carik cepat tukang masak ni. Pening. Upsere Nebete. Kan, Cica ?

Ku Kenal Dia

Hari pertama jumpa, seorang pakai seluar slack, baju kemeja dan dalam kocek ada tie. Seorang lagi manis berbaju kurung dan bertudung. Heheh. Buat main hormat dan santunnya mereka hari tu. Beritahu mereka tentang 'dress code' camp. Tak payah pakai cantik-cantik sebab kita duduk dalam hutan. Dah 2 minggu mereka bersama kami. Dah terasa sayang kat dia orang. Dah pun di'sengal'kan kawan-kawan fasi :) Budak sports science uitm, shah alam buat practical. Selamat Datang Mamat dan Shariani :)

Not a maniac Monday

Kalau org keje opis, paling pening, paling boring bila dtg hari Isnin. Lain dengan kami, hari Isnin amat ditunggu. Boleh datang keje petang :) Abang keje belah pagi, saya keje belah petang tetiap Isnin. Kecuali ada peserta, tapi itupun kalau boleh memang dielak sebab ini je la hari rehat kami. Jepun dan Cica pun cuti hari Isnin. Kem sunyi hari ni. Kami memang tak boleh rehat pada weekend. Tetiap weekend sampailah bulan Ogos dah fully booked. Ada juga few bookings on weekdays dan ada satu weekend tu hari Isnin kena keje, sebab MRSM Terend** booked 4 hari Jumaat-Isnin ! Keje sendiri macam ni la, kalau tak de orang masuk, duit pun tak masuk. Macam mana nak bayar gaji staffs, bil air, bil letrik, duit kete, duit jeep, telefon, internet dan segala. Nak sara hidup kami satu keluarga lagi. :) Alhamdullillah, rezeki dan perjalanan hidup kami sentiasa dipermudahkanNya. Syukur ke hadratNya, at this age kami tidak perlu bekerja dengan orang lagi. Gone dah all those boring meetings, dateline, reports dan segalanya. Paling best tak payah nak pakai lawa-lawa, mekap-mekap gi kerja. Uniform rasmi ialah seluar track/cargo, t-shirt cap Kem dan sneakers/selipar jepun ! Takyah nak tension traffic jam lagi. Seronok bekerja berdua dengan Abang. Kami rapat, dari umur 18 tahun dah jadik kawan baik, pastu kawin. Sekarang dah 20 tahun kami masih setia berkawan. Luv ya, Abang :)

Petang ni tadi saya jalan-jalan seorang kat belakang Kem. Nampaklah pemandangan Gunung Ledang dari Kem. Maha Suci Allah.Gunung, pokok-pokok dan tasik Hijau tu cantik sesangat dan amat mendamaikan jiwa saya. Hilang penat saya
seminggu ni. Jalan-jalan lagi tengok burung-burung. Jumpa sekawan ayam hutan dekat Hutan Gelam sebelah Tasik Biru. Ada dalam 8 ekor. Saya tengok dari jauh je sebab tak nak ganggu mereka sedang mencari makan.

Pergi tengok Abang memancing. Lately ni, ramai orang Cina bayar niat kat sini. Hari Ahad je, berlori ikan dibuang dalam tasik Hijau. Patin, keli dan haruan. Jadik macam pesta memancing pulak kat tasik Hijau, ramai orang. Saya balik ke Kem dulu, malas nak tunggu Abang :)

Wednesday, July 02, 2003

Hitam Putih Kehidupan

Lihatlah sekitar alam
Dunia luas terbentang
Langit tinggi kebiruan
Pohon-pohon kehijauan
Hembusan bayu yang menyegarkan …


Dengarkan di sana sini
Beburung riang menyanyi
Bebunga aneka warna
Sumber kedamaian jiwa
Mensyukuri nikmat Maha Esa ….

Begitu berharga kehidupan ini
Bagi mereka yang tahu menghargai
Mengapa terdorong oleh perasaan
Kalau turutkan hati diri menjadi korban ….

Tiada yang dapat lari dari masaalah diri
Hadapilah dengan tenang
Tiap cabaran yang datang
Atasinya dengan keimanan …..

Sekadar buat renungan
Untukmu teman tersayang
Hitam putih masa depan
Sendirian yang menentukan
Hidup ini usah persiakan …

Itik Gembor-Gembor

"2 hari penuh yang cabaran" kata Sha. Mamat kata "Sabar separuh dari iman".
Cica hangin," Kalau tak diam, abang belasah, nak?" dan marah Jepun pulak, "Kalau korang bising, tidur luar khemah". Tengah buat Program Motivasi UPSR sebenarnya ni. Peserta datang dari SRK Teng***a (1). All boys school ni. Bayangkan melayan 70 orang budak lelaki. 24 jam bising ! Makan dia bergaduh, masa aktiviti bergaduh, tidur bergaduh, mandi bergaduh dan masa ceramah dia orang senyap, pakat tidur ramai-ramai. Masa saya menulis ni, mereka baru balik dari 'jungle-trekking', tengah berehat-rehat sebentar sebelum mandi. Comot-comot belaka tu :) Walaupun mencabar kesabaran tapi seronok sungguh dengan mereka. Budak-budak biasalah, hyperactive.

Malam semalam pengantin baru, Nazri pun ada datang tolong-tolong kami. Balik dari jogging Nazri di Anjung bersama saya melayan non-Muslim boys. Yang lain lepas Maghrib mereka berkuliyah dan membaca Yasin di surau. Pengantin solat di Pondok Fasi je. Nazri pelik tengok budak-budak tu cakap Melayu sesama mereka, tidak berbahasa Cina. Biasa lah Cina Melaka, kan ramai Baba. Mereka memang tak tahu cakap Cina. Makan pun macam Melayu. Mengikut sejarah (Encik Hilmi, Kolej Dato' Onn, UKM yg bagitau) orang Melaka ari ni keturunan campur-campur. Melayu Melaka telah lari ke daerah Muar dan sebagainya mengikut Sultan Alauddin Riayat Syah yang pusaranya di Pagoh, Muar dan juga Sultan Mahmud Syah (sultan terakhir) berpindah dari bumi Melaka.

Sebelum balik hari ni, mereka akan sampaikan 'janji-janji' mereka kepada Guru Besar. Berjanji akan mencapai keputusan yang cemerlang, IsyaAllah ! Kreatif juga kad besar yang mereka buat tu. Semalam mereka tulis surat kepada ibu dan ayah di rumah. Kesian Encik Posmen! Leh baca ke tak la alamat tu.

Mereka balik petang ni. Esok kami bercuti sehari. Jumaat masuk kerja pukul 8:00, bersedia pula untuk Kem Kepimpinan. Peserta dari Universiti yang kolej kediamannya berbukit-bukit tu.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...