Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Thursday, July 31, 2003

Busy

Minggu yg sibuk. Memacam nak buat utk group ni. Dia org masuk esok sampai Isnin. Paling susah nak buat kursus motivasi macam ni. Segala macam charts dan papers nak kena sediakan.

Fasi yg duty minggu ni pun ramai. Dari MMU : Zack, Fathi & Lenny. Univ Teknikal : Ruddy, Fendi, Adi, Madas, Lempeng & Asri. UiTM nyer practical students : Shasha & Mamat. Pastu Jurulatih Kanan Kem : Man, Zul dan Jamsari. Cicadinho dan Bob. Jepun.

Hari ni Abang bawak Mak gi check-up di IJN. Bertolak lepas Suboh. Pergi bertiga. Abang bawak Cica. Bawak jugak durian dan makanan-makanan untuk Nan, adik lelaki saya. Nan janji tunggu Mak di IJN, dia rindu Mak. Podah, balik kampung malas. Busy manjang. Sekejap je di KL. Sudah Mak jumpa doc dan Nan dah ambik barang-barang tu, Abang terus drive balik. Kol 1.30 dah sampai Jasin balik. Dia memang tak suka KL. Kami kan orang kampung, migraine maaa ... tengok KL yg sibuk, berhabuk dan bising tu. Kali ni tak tahu la berapa surat saman dia dapat, Abang drive laju dan jeep tu kalau takat 160 tu tak de apa-apa. Lagi laju, lagi smooth dia gi. Sebenarnya kami lebih suka kalau Mak gi check di Pantai, Melaka. tapi sebab sepupu saya doc kat IJN tu, dia nak Mak gi sana juga. Ikut je la.

Bermula hari yg sibuk. Heheh. Lepas hantar Hafidz dan Nadzrin ke sekolah, saya cepat-cepat sidai baju (M cuti arini). Sapu rumah dan mop lantai. Terus masak. Menu hari ni : daging masak lemak cili padi dengan sayur tangki, kacang panjang ngan ayam goreng kicap, telur masak kicap for the kids dan foo yong hai utk org tua. Sambil masak, sambil jawap tepon. Hangin gak dibuatnya. Kejap Abang tepon, kejap opis tepon. Sudah gak masak. Kol 12:30 ambik Nadzrin kat sekolah, Hafidz tak balik, ada tuition (45 days to UPSR, honey!). Sebelum ambik Nadzrin dah siap pack lauk & nasi utk bebudak Kem. Kat Kem tak de makanan. Aji Usop tutup kedai sampai ari Ahad, berniaga kat Karnival Jasin keapatah. Hantar makanan dia orang. Abang tepon opis, dah sampai rumah. Balik hantar Nadzrin dan Nana. Sampai rumah, hidang nasi utk Abang, Mak dan Cica. Suap Nana dan Nadzrin makan. Siapkan segalanya kewajipan. Ke opis semula. Ajar Sha guna laminator utk buat tag nama peserta. Kerja-kerja. Kol 3:45 ambik Hafidz. Hantar Hafidz balik rumah. Ke Kem semula. Tengok Shasha siapkan bilik utk fasi pompuan. Kerja-kerja. Update jurnal. Kejar Alex sebab dia terbalikkan tong sampah.

Tak kenal Alex ? Ni cerita Alex, dari Log lama ...
Baby Baru
Abang pasang radio kuat-kuat kat Dewan Makan, tetiba Jepun pegi lowkan volume radio tuh. "Bisinglah Pak Let, baby nak tidur" Oh, rupanya burung layang-layang yang buat sarang dekat tiang dalam dewan makan tu, telurnya dah menetas. Rasanya ada 3 ekor ekor. Cute, dan bila radio dah perlahan dia org dok bebunyi ... cute sesangat. Bertambah lagi ahli keluarga kami Lom bagi nama lagi.
Dulu kami ada 3 ekor monyet: Awang, Aman dan Alex. Pastu Awang ngan Aman kena curik. Sedih giler bebudak fasi. Tinggal Alex sekor. Lama dia sekor. Lepas setahun, satu hari tu Alex bawak balik awek baru. Cute gak awek dia, kami bagi nama Maya. Lama-lama Alex-Maya ada baby. Lom ada nama. Saya nak bagi nama, tapi bebudak tu kata tunggu dulu, kena check jantina. Sebab dulu saya ada buat salah, ada kucing jantan saya bagi nama Manja. Dia org geli dgn kucing tuh, sebab tak macho. Lama-lama Manja lari. Pastu ada kucing dtg lagi. Check-check kucing betina. Ruddy bagi nama Margarita, sebab masa tuh tengah citer Mis3 hermanas. Margarita dalam citer tu kan sexy dan bebudak nih gilerkan Margarita. Kucing tu pun jadiklah Margarita. Margarita manja, kalau pegi nite walk sure dia ikut, dok atas bahu Ruddy. Alex lak suka ikut pi jungle-tracking. Tapi paling dia suka masa ice breaking, berjoget-joget dia atas pokok dengar Man nyanyi.Campers yg penah dtg mesti suka tengok Alex ... menyebuk kesana kemari dia.
Ni pun rasanya tak lama lagi akan bertambah besar lagi family Lambaian Danau ni sebab burung tiung atas tiang dekat Dataran Insan tu dah bertelur Tu lom kira ikan-ikan, udang-udang, lintah-lintah dalam tasik. Semut-semut, scorpion-scorpion, ulat-ulat semua kena kira gak. Uih, ramai nya kami !!!
p.s. Dah siap dah, nak gi lepak kedai akak sajen. Nak makan goreng cempedak :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...