Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Wednesday, July 09, 2003

Hari Menyapu seDunia

Isnin dan Selasa mereka cuti. Hari ni Jepun, Mamat dan Sha mengemas Kem. Luasnya kawasan yang nak di sapu! Start di Tapak Putera dulu, kemudian baru Tapak Puteri dan akhirnya kawasan depan. Saya, sambil menaip, jawab telefon dan basuh cadar-cadar dari kabin-kabin penginapan (ishhhhh, skema nyer ayat). Semua orang sibuk bekerja. Cuaca hari panas tetapi berangin. Macam mana panas pun, kat Kem takla panas sangat. Bayu tasik yang berhembus ni terasa segar dan nyaman.

Hari ni nampak Gunung Ledang, semalam tak nampak sebab ditutupi kabus. Hari-hari datang keje mesti tengok Gunung Ledang dulu. Hari ni clear betul, pemancar tv3 pun nampak.

Hari ada investor datang, nak beli Kem. Orang tak de pun offer nak jual, gatal lak nak beli-beli. Offer nak beli 4.5M emmm banyak tu buat kami yang tak berduit ni. Tapi kalau jual, nak buat apa duit tu eh ? Kami orang kampung, bukan reti nak belanja-belanja ni. Hidup simple je. Rumah pun tumpang rumah pusaka Mak. Ada 'bone-shaker' tu utk saya dan Abang drive jeep buat angkat barang. Alhamdullillah. Abang tanya gak saya, kalau nak jadik jutawan. Takmo aaaaaa, mana de tempat best macam ni. Saya sayang hutan ni, nak tengok tasik dan gunung saya hari-hari. Dan mana nak letak staffs kita ? Manalah dia orang nak keje. Kesian Jepun, anak yatim. Cica baru nak ok sesangat tu. Man lagi. Madas, Adi, Ruddy, Lenny, Fathi, Zack, Bad, Kucai, Bob, Pacat, Asri, Eiha, Ujie, Sha, Mamat dan semua-semua la. Akak sayang semua !!! "Takmo Mercedes ?", abang tanya. Alahai, nak kemana kita dengan kete camtu. Abang gi KL, sampai Tol Sungai Besi dah migrain. Rasanya setakat ni, belum terbuka hati lagi nak kaya-kaya. Kalau kaya, tapi takyah jual Kem, nak la. Sesaja je orang bagi duit, kan best ! (Orang kaya brunei ke, takmo ke sedekah saya ?)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...