Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Tuesday, July 29, 2003

Log Lama

Paste dari Log lama yg dah takleh bukak tu, as usual reason nya sebab lupa username/pwd. heheh.

MAK
Mak. Dari kecil sampai besar saya sentiasa bersama Mak. Cuma belajar 3 tahun di itm je, berpisah dengan Mak. Itupun tiap-tiap minggu balik, kecuali pada tahun akhir. Tahun tu saya teruk. Saya jatuh cinta dan bercinta dan tak balik kampung (Parents tak suka saya bercinta dan tak suka bf saya tulah pasal tak balik tu) Tapi tak malu, duit dia orang saya ambik pulak. (Ampun Ayah, ampun Mak) Lama-lama Ayah & Mak give up, kawinkan juga kami. Dan bila ada cucu, semuanya ok kembali. Ayah dan Mak minta kami duduk dengan dia orang, tak nak bagi cucu mereka dijaga orang. Dari hari tu hingga sekarang, saya dok dengan Mak, tak berpisah-pisah lagi.
Dugaan demi dugaan Allah berikan kepada hambaNya ... Ayah pergi. Dan saya tetap setia bersama Mak. Mak teruk selepas Ayah pergi sehingga akhirnya saya berhenti kerja. Banyak yang dilalui selepas itu. Hafidz lahir. Nan kawin. Ida kawin. Diyana lahir. Nabil lahir. Ida mengandung luar rahim dan keguguran. Nadzrin lahir. Ida keguguran lagi. Rina lahir. Mak mula dikesan sakit jantung. Satu demi satu peristiwa berlaku dan saya bersyukur yang saya bersama Mak. Menjaga Mak dan menyayangi Mak sentiasa. Hari-hari kiss Mak dan Mak kiss saya. Hari-hari dapat peluk Mak. Raya-raya, Mak still belikan ogy baju raya, kan Mak ?

Mak baik sangat. Hobi dia tolong orang. Kalau ada org nak pergi mana-mana, dia akan kata "nanti suruh ogy hantar" dan saya akan kena hantar. Kalau org nak makan apa-apa, dia kata, "nanti aku masak, soh ogy hantarkan" dan si-ogy ni kenalah gi pasar, masak dan hantar. Fasi-fasi Kem sayang dia, panggil dia Nenek. Bila balik dari U untuk duty Kem, singgah rumah Nenek dulu, makan dulu, so kalau lambat sampai senang je la bagi excuse, Nenek soh makan !

Bab dia baik ni la yg paling saya risau. Sebab senang ditipu orang. Apa je orang datang jual, dia akan beli, alasan kesian org yg jual tu, berpeluh-peluh dia jalan, apa le salah nya kita beli. Kena tipu gores-gores ni, dah 2 kali. Sekali rm 1800 dan baru ni rm 1600. Balik dari PD, dia beritahu ada org dtg survey, cakap dia menang hadiah. Tapi kena bayar rm 1600 tuh untuk hadiah. Mengigil badan saya. Nasib lah cuma tipu gores-gores tu, kalaulah orang jahat. Diikat dan disuruh beri segala duit dan barang kemas yg ada. Nau'zubillah. Bukan dia tinggal sorang terus-terusan pun. Bob dah diminta meneman dia dan tidur malam Cik Milah pulak teman. Bob keluar kejap je, leh jadik camni. Nak bawak dia gi PD, dia tak nak. Tak suka tinggalkan rumah. '2 malam je tidur PD',saya dah pujuk. Bila fikir-fikir. kena ada orang meneman sentiasa. Boleh gak buat kerja rumah sekali. Takyah la saya nak sidai baju, sapu rumah dan masak sebelum ke office. Bermula la episod Kak Ram bekerja di rumah. Suka hati sebab dah ada org teman Mak dan takyah buat kerja rumah semua sekali. But Mak, my dearest mother yang baik sesangat ni, jadik orang gaji Kak Ram lak ... masak apa yang Kak Ram nak makan. Dia menyapu, Kak Ram dok baca paper. Saya lak, kena marah sebab tak buat kerja rumah. 'Apa kata Kak Ram nanti, rumah ni semak ni' dia marah saya. Lom kerja seminggu, dia dah bagi Kak Ram cuti, siap bagi advance gaji lagi. Dah decide, esok kena meeting ngan Kak Ram tanpa Mak!

p.s. Hari ni dengar ucapan 'Tuan Presiden Yang Nak Pencen' tu. Ucapan terakhir, best gak layan lawak antarabangsa. blajor sejarah orang putih. alangkah bestnya kalau buat apa yg dikata, kan ?

Thanks lenny, sebab bagi akak doa-doa tu, thanks sebab ingat-ingatkan akak selalu

Saya Sayang Mak !!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...