Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Friday, July 25, 2003

Makan

Masa Shasha dengan Mamat mula buat practical kat sini, hari pertama dulu, dia orang paling risau pasal makan. Nak makan kat mana, eh ? Dalam hutan ni. Bukan ada kedai. Kami gelak je. Makan daun-daun, rumput-rumput ni je la. Cicadinho usik usik dia orang, " Karang abg tangkap monyet, kita masak lemak cili api" Uh, takut dedua, tengok lak wajah kebrutalan Cica. Heheh.

Lunch hari pertama tu kat kedai Aji Usop. Senang hati bebudak tu, nampak ada lauk-lauk biasa. Kedai Aji Usop walaupun dekat pekan kecil camni, maju sangat. Dia masak lebih dari 10 lauk sehari. Banyak betul pilihan. Makan berlima, cuma RM 15.00 jer termasuk air. Kita orang ambik lauk banyak. Dapat lagi leher, tongkeng dan kaki ayam free. Tapi kalau breakfast takleh lawan Kedai Kelapa Sawit. Kedai ni misteri skets. Dari jalanraya, sure tak nampak. Orang-orang biasa jer tahu. Tapi punyalah ramai orang, selalu kena tunggu meja. Menunya, soto ayam (pilihan nasi impit, kuetiaw, mee atau meehoon), nasi lemak (memacam sambal & lauk), roti canai dan lontong. Murah giler. Dengan air, sure tak habis RM 2.00 walaupun makan nasi lemak ayam. Petang, minum Kedai Akak Sajen. Goreng pisang, goreng cempedak, kuih-kuih baru 20 sen seketul. Teh O 60 sen. Goreng-goreng tadi leh cicah ngan kicap cili api yang power tu. (Org Johor, segalanya cicah ngan kicap ni).

Adik saya memang suka sesangat kalau balik sini. KL semua mahal. Tapi taklah makan cam kat hotel. Standard warunglah. Meja pun tak de alas. Nak basuh tangan pun kena gi dapur. Semua layandiri. Kadang-kadang siap kena tolong basuh gelas. (Ni kedai akak sajen, asyik le gelas habis). Leh layan carrom lak tu seround dua. Ada gak hiburan. Tapi tak tahan la, dia main lagu dangdut Indon tahun berapa tah. Yang lagu bunyi camni tu, " ku suka singkong, kau suka keju ... bla bla bla ... aku memang anak kingkong ...." Part ni tak tahan giler sebab dia main hari-hari. Saya lak allergic dengar lagu camni, terus migraine tahap cipan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...