Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Wednesday, December 31, 2008

Hari Keluarga

baik saya update, sebelum kena tuduh dah dok penang lak , meniaga pasembor !

Day One
AJK dah pun sampai sebelum hari pertama lagi. Termasuklah sikecik Adam. Hari pertama tu, satu demi satu keluarga sampai. Aktiviti pun belum mula lagi. Menunggu kedatangan ahli keluarga lain, AJK pasang khemah dulu. Anak-anak teruna ni memang sampai dahulu.


Azfar dan Echal

Azim dan Nadzrin

Ramai-ramai pasang khemah

By lunchtime, ramai juga yang dah sampai - kami makan tengahari ramai-ramai dahulu. Lepas tu, aktiviti pertama - Kayak


Ada yang pandai, ada yg tak berapa pandai !

Aisyah, Azuana Hany, Adam dan Aida dalam Bot. Comel, kan Adam ? Berani mamat nih, tak takut air :) Cuma, sian kat dia sebab uncle-uncle dia yg ramai tuh suka buli dia. Takpe, Adam - wait for your turn. Nanti Adam lak buli anak dia orang.

Iki dan Taufik.

Echal, Arif, Ayap, Faiz dan Rizal

Safari 3 yg tak mencabar :P


sambung lagi sebab internet lembab giler nih !

Tuesday, December 16, 2008

Hari Keluarga Hajjah Hafsah


The Family

Bonda Hajjah Hafsah Majid

Pak Long Datuk Kasah & Datuk Asiah
Joe & Aida, Luqman dan Yaya
Wan & Wife (tidak hadir, kerja)
Kak Lang Akmar, Kak Cik Liyana, Wani

Pak Long Zul & Mak Long Zidah(tidak hadir) & Auntie Nani
Taufik& Aida dan Adam
Hilmi (tidak hadir, Germany) Faiz, Ali, Aisyah

Pak Ngah Abdullah & Mak Ngah Zuraida
Rizal & Azuana Hany
Arif dan Azfar

Pak Uda Alias & Mak Uda Haliza
Adi, Asyraf, Azim, Zahin dan Haziq

Pak Teh Datuk Rahman & Mak Teh Datin Halimah
Iki, Nurul, Izhar

Pak Tam Jamal & Mak Tam Juliana
Affif (Tidak hadir, US), Nabil(Tidak hadir, US), Adil dan Hakeem

Pak Andak Datuk Razak & Mak Andak Datin Jamaliah
Faris, Diana, Ude, Echal, Anis dan Iris

Pak Embong Jalil & Mak Embong Nora Syadah
Aizat, Affique, Aqil dan Aqib

Pak Busu Let & Auntie Ogy
Iwan, Hafidz, Nadzrin, Rina

Uncle Roslan dan Cik Ana
Rania

Pak Bani, Ina, Iddin

+++++

Sebelum cerita-cerita pasal Hari Keluarga, jutaan terimakasih kepada Ahli Jawatankuasa Hari Keluarga Hajjah Hafsah 2008, yg diketuai oleh Taufik yg bersusah payah berusaha untuk menjayakan Program Hari Keluarga ni. (hah, echal apa gelak-gelak baca ayat skema nih..)

Sian ajk-ajk, nak pujuk makcik-pakcik semua datang camping. Maklumlah kat KLD cuma ada 6 chalet, satu dorm fasi jer - tapak khemah banyaklah. Kalau anak-anak muda, ok jer, camping camni, tapi pakcik-makcik semuanya dah tua beranak-pinak, payah juga kalau bilik air jauhnya 50 meter dari bilik. Takut tak sempat :)

sambungan lepas saya balik dari Penang ..




Kolej Matrikulasi Johor

Matriks Johor. Kem Kepemimpinan untuk Pemimpin-pemimpin Kolej. KMJ sampai sebaik sahaja UTM & USIM keluar. Minggu yg sibuk, ramai fasilitator di Kem. Bergilir-gilir semuanya bertugas. Letih dan penat semua orang. Apapun mesti beri yang terbaik untuk peserta dan organisasi yang membayar kami. Dan habis penat-penat, dapat gaji, happy semula :)

Let's the pics tell the story, okay ! (Klik pada gambar untuk lihat versi besar)

Baru sampai. Di Dewan Bahagia mendengar taklimat program dan undang-undang Kem

Ikrar.

Pasang khemah. Biru untuk guys !

Turquoise, khemah baru untuk anak-anak gadis

Tazkirah oleh Fasilitator KLD, Abang Fikry

Ice Breaking. Khusyuk dengar penerangan Abang Cicha

Dengan Abang Boss

Aktiviti Pertama untuk Hari Kedua. Danau Race. Sedang berlari mencari Check Point dalam Kampung. Ni rumah 'Kelim', comel dan meriah !

Baru keluar dari 'Puyu ke Batuk ?' . Hari baik, cuaca terang, peserta dapat menikmati pemandangan Gunung Ledang. Tuh background tuh, Gunung Ledang.

Crossing di Paya Selut. Free spa, dik !

Check Point berikutnya ialah Bukit Tuah, tuh peserta sedang mula mendaki


Dah sampai Kem, Posing dulu depan Kem

Water Confidence. Semua dah boleh mengapungkan diri

Rakit. Menuju Flag Satu di belakang pulau KLD

Menuju Second Flag di Safari 6, di pulau kecil, hujung tasik


Balik dari WarGame. Depan Kem

Masa mereka berkawad ni, tetamu-tetamu kecil kami, peserta-peserta Summer Camp sedang mendaftar. Wah, kenit-kenit tuh semua excited ! Hari-hari berikutnya asyik tanya kami, bila boleh nak main kotor macam abang-abang dan kakak-kakak ? Oh, amboi !

Saturday, December 13, 2008

Fakulti Bahasa Utama, USIM dan Kolej Tun Ghafar Baba, UTM

USIM, semua girls (er, silap ada 3 lelaki)
UTM, semua guys termasuklah pegawai mereka yg best - Dr. Muntada, Dr. Firdausi dan Encik Viki. Mereka buat semua aktiviti dengan peserta.

USIM sampai awal 10 minit. Baru masuk ke Anjung Kasih dan diberi taklimat oleh Pak Let, UTM sampai pula.

Program mereka sama, cuma tukar masa sahaja. UTM berakit pagi, USIM berakit petang.

Dan untuk rekod, ini pertama kali kami buat rakit besar yg boleh memuatkan 22 orang peserta. Eh, betul ker ? Ada juga Abang Z, Encik Viki dan Dr. Murtada, kan ? 25 ?

Enjoy the pics, ya ! Gambar ni tak ikut susunan. Nak cepat nak gi Kem dah ni.

Kayak Safari. Safari 3 ,4 dan 5

Belajar mendayung sebelum ke air

Khemah anak-anak gadis USIM

Pak Let, with the girls

Ice Breaking USIM

Crawling dalam tayar - Obstacles Run Around The Camp


Obstacles Run - Lake Crossing


Baru keluar dari lumpur

Pilot Splash - terjun !

Kayak - baik ke Jeti Kayak. Yang nampak puncak tu, Gunung Ledang


Rakit besar - abang-abang UTM sedang berhempas pulas ke Check Point Satu di belakang pulau

Rakit bermula. Z dengan peserta

Angkat rakit

Posing sebelum mula

Pak Let ajar mendayung

Khemah anak-anak teruna, jaaaauuuuhhhhhh dari khemah anak-anak gadis. Selalunya, khemah biru utk lelaki, khemah merah utk girls. tah saperlah fasi sengal nih, leh tersalah lak .. hehe

OTOS, skets tak pecah ! mission success !

Alif, dengan peserta - masa OTOS

Wednesday, December 10, 2008

UITM Sains Kesihatan

Lambatnya update ! Sorry, busy sangat nih :P

Ada few reports yg masih berhutang - UTM, USIM, Summer Camp (VCD dah siap, InsyaAllah next week siap burn semua dan hantar) dan Hari Keluarga Hajjah Hafsah - korban di KLD.

Gambarnya sahaja yer, balik dari Kem nanti saya update dengan report. Esok, ada Group UTM lagi !

+++++++++++++

UiTM, Fakulti Sains Kesihatan.

Antara group paling best pernah kami kendali. Langsung tiada masalah. Fasi-fasi semua suka :) Maklumlah bakal pemimpin semuanya. Mantan MPP pun ada. Walaupun pernah berjawatan tinggi, tapi semuanya ikut undang-undang Kem. Ain ke dapur basuh pinggan-mangkuk bersama-sama dengan adik-adik bakal pengganti dia.

Best sangat tengok group pemimpin UiTM. Tak de lah buat kami risau dengan pemimpin yg pakai vest, yang nak tempat makan istimewa dan tak mahu bercampur dengan 'adik-adik' mereka. Macam manalah nak 'adik-adik' mesra. Jangan kan adik-adik, kami ni pun risau sama menengoknya - ni nak kena tabik ker mamat pakai vest siang malam nih ? Hehe

Back to Uitm. Program lasak, tp dah budak Sains Kesihatan. Injured, letak ice - kejap jer dia repair diri sendiri :)

Dan maaflah ini sahaja gambar yang ada, yang diambil dari handphone Mama G.


Sebelum War Game - ala-ala tarian perang.

Anak-anak gadis comelku pun turut sama !

Standby nak mula kawad

Left, right, left, right ...

Presentation Kumpulan - Gred 3.25

We really enjoyed this group performance

Macam-macam peribahasa keluar sama malam tuh

Ahmad, lakunan yg best utk presentation pasal Obstacles Run

Anak-anak bakal pemimpin Fakulti Sains Kesihatan, UiTM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...