Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Friday, August 31, 2007

Program Mahabbah, Sains Actuari, USIM

Mahabbah tu, bahasa Arab. Ertinya 'kasih-sayang'. Well., that's what i learnt from the girls. Budak-budak USIM ni, fasih Bahasa Arabnya. Dan minggu tu, Mamat 'offduty'. Harap Wan dan Fikry jerlah :) Kalau Mamat ada, dapatlah kami 'ek' skets. Sebab Mamat nih bagus bahasa Arab - leh cakap Arab Pasar dan Arab Tinggi. Ni menganga jer bila dia orang 'speaking' sesama sendiri ! Nak cakap bahasa 'Rock KLD versi HyperMarket', bahasa tu dah diharamkan Pak Let. Menganga jer kami dengar Uztazah Soulha dan Manal cakap :)

Program ni program santai. Program adik-beradik, gitu !

And the kids made me feel young - teringatkan kawan-kawan DTA Class of 82-85 dulu. Kami rapat sangat dulu. Boleh melepak sekali 30 orang kat tepi tembok sambil tunggu kelas mula. Dan 'kami' pun, kami yg berbagai jenis - dari Alex yang berpurdah (kami panggil minah ni Alex, beb ! dan dia, mata jer nampak, and she's so cool, kawan yg kami semua sayang), Lynn anak datuk kaya raya yang keretanya adalah kereta wakaf kelas kami, Punk mat rock yang tak pernah pakai jeans tapi pakai slack, geng-geng budak-budak pandai Kak Senah, Kak Siti dan Kak Shimah sampailah geng cintan-cintun, semuanya sekepala. Seronok sungguh masa tu. Mana pergi, pergi ramai-ramai. Hatta, kalau nak dating pun, pergi sekelas. Tuh yang ramai kawen sekelas. Tunggu kawan dating, kita pun terdating sama :)

Semuanya main cincai-cincai dan berlebih kurang. Dan kami semua grad. Ada yang pointer okay dan ada yg cukup makan jerlah. Tapi yg bestnya, kami punya semangat tolong-menolong. Kalau lecture subjek** yang datangnya beberapa kerat jer, tapi dijamin kelas kami punya attendance sure penuh. Assignment pun camtu, yg tak pandai dan tak rajin, yang pandai dan rajin tolong cover. Iyerlah, kalau dah segroup dgn Punk yg satu sem bawak buku tulis rampaian sebuah tuh jer utk cover semua subject, tah dia ambik nota ker tah tidak, ko ingat dia leh ker nak contribute bab-bab ilmiah ? Dia contribute ler bab-bab mengphotost dan membinding. Hantam jer, kita orang nih. Janji, siap :) Lecturer happy, dan yg penting kami pun happy. (Yang ni, korang jangan tiru, belajar rajin-rajin, gi kelas dan wat assignment tau.)

Tuh bab belajar, bab sosial lagilah pulak. Kalau tengok wayang (dulu wayang kat Dewan Sri Budiman RM 1;00 setiket), gi tengok sekelas. Kalau ada girl yg nak dating, semua girls dlm kelas jadi fashion advisor dan jurumekap.

MasyaAllah dah tercerita hal-hal zaman Dinosaur lak. Okay, back to 2007 !

Buat cekodok was one of the activities. Tuh yg bersungguh mengacau tu, Wan Ju. Yang tersengih tuh, my menantu, Ina !

Ni tengah goreng cekodok. Abang Toyak dengan awek-awek lawa. Awek ni punya cekodok sungguhlah marvellous sehingga Dekan UM minta nak beli !

Ina, Nona dan Fasya. Posing sambil nak mengadun batter Kuih Cara

OTOS. One Team, One Spirit. Aktiviti baru yg dieksperimen oleh USIM. Bergerak ramai dalam satu kumpulan. Takleh putus, takleh tinggal walaupun sorang pun !

Kayak Safari

Buat Rakit

Team DIGI

Rakit Marathon

Buat Kuih Cara. Anak-anak terunaku- Boss, Blue dan Faiq bersama aweks lawa. Tetiba jer semua rajin ke dapur.

Selamat Menempuh Peperiksaan UPSR

Hari ni, pelajar-pelajar Tahun 6 akan menempuh peperiksaan UPSR. Untuk anak-anak yang pernah datang ke Kem Lambaian Danau untuk kursus Motivasi Peperiksaan dan juga anak-anak dari Sekolah-sekolah Terpilih Daerah Tangkak yang datang Program Semalam Bersolat Hajat, semoga anak-anak semua selamat berjaya dan menjawab dengan baik.

Jangan lupa cheers kita :

Siapa kita ?
5A, 5A !
Syabas !
Aahhhhhhhh .... yesssssss !

++++++++++++

Ni SK Perempuan Bandar Tangkak. Walaupun namanya sekolah perempuan, tetapi ianya sekolah bercampur lelaki-perempuan :) Mereka datang untuk Program Motivasi UPSR Sehari Bersama di Kem Lambaian Danau.

Semasa mereka berada di Kem, ada peserta-peserta dari Universiti Malaya dan Universiti Sains Islam. Teruja mereka tengok aktiviti abang-abang dan kakak-kakak. Sempatlah mereka mengikut sama 'cheers' abang dan kakak tu. Bukan main lagi dengan 'cheers' Kurshiah 3rd, Kolej Ketiga, UM. Tu yang abang-abang Fasi buatkan satu 'cheers' untuk mereka.

Abang Fikry sedang mengajar adik-adik belajar 'fokus' semasa belajar. Di Anjung Kelana.

Abang-abang memberi panduan cara belajar.

Bawa jalan-jalan tengok Canyon. Abang Wan dengan adik-adik

Posing ramai-ramai dekat lubang tiung pasir

Tempat nyanyi 'Lagu Monyet'.

Bagi peluang main 'Obsatcles'

Cari emas ker Faiq ?

Tengok abang-abang dan kakak-kakak USIM buat rakit.

Saturday, August 18, 2007

School Holiday Camp - Last Day !

Puas kami berguling dan berkotor-bolor dalam Hutan Gelam.

Balik ke Kem melalui Hutan Lalang. Berkumpul sekejap dan lepas tu mandi. Kena siap cepat-cepat sebab kami ada satu lagi, sessi pembelajaran. Dengan Encik Izudin pulak.

Survey kata, Sessi dengan Encik Izudin paling best ! Okay, nextime - kita jemput dia lagi. Yang adik-adik tak suka, kita tak jemput lagi.

Lepas tu, makan tengahari. Yang terakhir sebelum kita berpisah di Kem Cuti Sekolah Mei 2007. Semua dah mula rasa sedih.

Tapi kita akan berjumpa lagi bulan Disember nanti - 9,10 dan 11 Disember. Da, sesuatu sedang dalam perjalanan ke rumah adik-adik ! Jumpa lagi. Sayang dari kami semua - GENGLASAK KEM LAMBAIAN DANAU :) :) :) Luv ya !


Kotor-bolor, tapi happy !

Ni Encik Izudin

Nak jawab soalan !

Menyanyi ramai-ramai sebelum berpisah.

Dengan abang-abang Fasi dan Mama.

Standing in the eyes of the world ...

Barisan abang-abang Fasi

".... Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini .."

Abang-abang kami. Dari kiri : Abang Mamat (Universiti Al-Azhar0, Abang Wan (UPM), Abang Fikry (UTM), Abang Syafiq, Abang Ady (Uitm), Abang Zul (UPM), Along (Uitm) dan Abang Fati (Maktab Perguruan)

Kami anak Malaysia yang cemerlang !

Friday, August 17, 2007

Last Day - Part One

Penat seharian ni, pagi berjalan lebih 10 km - trekking, main lumpur, di ladang bersama lembu dan kambing, tengok ladang kelapa sawit, pokok getah dan berjalan sekeliling kampung.

Lepas Zohor pula, main air -water confidence, lawan berakit dan naik kayak.

Lepas Solat Maghrib, makan ! Style khenduri sebab kami menyambut hari ulangtahun kawan baru kami, Zul Faizin aka Ijin. Makan macam-macam. Nasi Lemak, sambal tumis, burger, hotdog, ayam bbq, ikan dan tentunya kek harijadi Ijin. Kenyang ! Sedap !

Lepas makan ada sessi dengan Pak Haji Izudin yang ajar pasal Maxi Recall. Dengan cara yang Pakcik Izudin ajar, kami boleh mengingat sehingga 20 nombor/barang. Bukan kami sahaja, abang-abang Fasi, Mama G dan Pak Let pun belajar sama.

Lepas sessi dengan Pakcik Izudin, kami pergi 'Night Walk'. Abang-abang Fasi kata, sian kat 'Hantu-On-Duty' sebab kami menakutkan mereka. Ala, biase jer Night Walk tu. Abang Fik (Camp Com) beritahu nak gi Night Walk. Kami pun jerit, "yeayyyyyyyyyyy". Nanti ada hantu tau, dia goreng kat kami. Kami jerit gak, "yeayyyyyyyyyyyy". Last-last abang Fik give up. hehe.

Balik dari Night Walk, masa untuk tidur. Tiada yang nangis, tiada yang takut pun :) Semua tidur. Oleh kerana semua telah letih dan penat - malam tu semua tidur tak sedarkan diri. Datin Najihah pun tak sempat komplen apa-apa :) Begitu juga lain-lain Datin-datin kecik. Letak kepala, terus tidur.

Pagi dikejutkan abang-abang Fasi untuk Solat Suboh berjemaah. Kami berjemaah dengan abang-abang Fasi semua. Ada Kuliyah Suboh.

Senam pagi. Breakfast.

War Game. Yuhuuuuuuuuuuuuu .. main lumpur lagi ! Seronok bebs, main dan berguling-guling dalam lumpur tu.


Khenduri di Anjung Kasih

Panjang umurnya, serta mulia ! Selamat Ulangtahun ke-11, Ijin !

Sayang kat adik-adik. Abang-abang Fasi suapkan kami. Yang ni, Abang Fik suapkan Zharif

Abang Aliff pun suapkan adik. Thanks abang, sebab jaga, ajar dan sayang kat kami semua.

Pak Haji Izudin sedang mengajar Maxi Recall

Belajar ramai-ramai

Semua orang belajar

Anis dapat menghafal sehingga 20 nombor. Pandai dia !

Ni nak gi Night Walk - yeayyyyyyyyyy

Morning Exercise

War Game

1,2 .. up ! Abang Fik sedang denda askar-askar degil :)

Askar paling nakal !

Wednesday, August 15, 2007

Day 2 - Part 3

Sila klik pada gambar untuk lihat gambar besar


Selepas makan dan Solat, kami dapat peluang main air pula. Water Confidence, Rakit Race dan berkayak.
Abang Kudin dan Abang Faiq sedang ajar kami membina rakit

Rakit Race bermula ! Ni adik-adik sekolah rendah. Setiap rakit ada 2 orang Abang Faci tolong mereka. Budak kecik kan, mereka taklah pandai nak berdayung :)

Seronok juga berakit.

Ni kami dah jauh ketengah tasik. Nampak tak tepi tasik kat Kolam Pancing Pakcik Matsah tu ?

Sekolah Menengah pulak berakit

Sekolah Menengah berakit tanpa Abang-abang Fasi sebab mereka dah besar - kuat dan tabah ! hehe

Geng Sekolah Menengah

Lepas berakit, naik kayak pulak

Cuba buat raft dengan kayak kami, lepas tu bergerak serentak - berjaya juga kami !

Keluar dari barisan, satu demi satu. Paddle kayak ni ada right-handed dan ada lefthanded, jadi yang kidal tu, kenalah ambil paddle untuk orang kidal.

Datin Sarah dan Datin Najihah.

Penat main air dalam tasik, main air kat sini pula.
Abang-abang Fasi basuh kayak untuk kami.

Geng Sekolah Menengah kena buka rakit, susun buluh, susun boya dan buang tali-tali.

Sedang kami seronok bermain air - Mama, Abang Cicha dan abang-abang Dapur sibuk membakat ayam, ikan dan sausage untuk dinner kami !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...