Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Wednesday, August 08, 2007

Kem Cuti Sekolah - Hari Kedua. Pt One

Gambar jadi besar dan jelas bila anda klik padanya :)

+++++++

Kami bangun pagi-pagi lagi dan solat Suboh berjemaah. Lepas tu, senam pagi.

Mama panggil untuk sarapan. Lepas sarapan, untuk pagi ini, kami akan pergi 'KLD Explore Race' versi mudah :) Pak Let tak nak kami penat sangat sebab malam nanti, kami ada kursus dengan Consultant Kem.

Dari Kem, kami berjalan melalui Hutan Gelam dan Hutan Lalang (serius, tanah lapang yang sangat luas penuh dengan lalang) menuju ke Canyon.

Sebaik sampai di Canyon, kami jumpa banyak jaring-jaring yg dipasang untuk menjerat burung. Abang-abang Faci dan kami, membuka jaring-jaring, untuk selamatkan burung. Ada yang masih hidup, tapi banyak yang mati. Entah siapa yang zalim ni. Abang Faiq kata, orang jahat ni nak tangkap burung punai, tapi tiung pasir yang terjerat.

Kami turun ke bawah dan tengok lubang-lubang di dinding pasir. Ini sarang tiung pasir. Abang Alif cakap, burung tiung pasir bina sarang yang mempunyai 'tunnel'.

Kami naik pula ke Bukit Tuah. Tingginya 150 kaki. Semua orang naik. Dari atas bukit ni, nampak Tasik Biru dan Tasik Hijau. Juga nampak pemandangan Gunung Ledang. Rasa dekat jer !

Puas menikmati pemandangan dan ambil gambar, kami turun dan kami akan ke Paya Selut. Tak sah, kalau ke KLD tak main selut di sini. Selut, tanah liat sebenarnya akan jadi mekap kami sekejap lagi !

Geng Sekolah Rendah dibenarkan main air kat tepi paya sahaja, tapi Geng Sekolah Menengah dapat menyeberang Paya. Budak kecik, main tepi-tepi jer, tau ! Korang tu pendek, karang tenggelam, hahahaha ...

Abang Blue bagi Geng Sekolah Menengah main selut dan baring ats selut. Puas kami main. Kotor-bolor.

Baru keluar dari Hutan Gelam. Yang tinggi tu, Abang Alif. Dia pakai BA. BA perlu dibawa jika melakukan kegiatan luar walaupun tiada tempat yang airnya dalam. Undang-undang Kem Lambaian Danau.

Abang Wan dengan Geng Sekolah Rendah. Dia bawa air lebih untuk kami 'pau' nanti. hehehe

Geng Sekolah Rendah sedang memeriksa 'sarang tiung pasir'

Abang Zali (cameraman) suruh kami posing di Canyon. Bersama Geng Sekolah Rendah ialah Abang Wan, Abang Faiq, Abang Kudin dan Abang Alif. Comel, kan kita orang posing ?

Ni Geng Sekolah Menengah. Alahai, posing kaku jer ! hehehe. Bersama mereka, Abang Blue, Abang Fik dan Along.

Ni kami panjat Bukit Tuah. Penat tau !

Tolong-menolong. Zharif (10 tahun) dan Irsyad (10 tahun) menolong kawan-kawan. Zharif belajar di Kelantan. Dia bakal Hafiz. Dia dah hafaz 10 juzuk Al-Quran. Irsyad pula bercita-cita jadi Ustaz. Dia hantar surat kat Ayah dia dalam tulisan jawi. Pak Let punyalah suka ada anak macam dia !

Posing atas Bukit Tuah dengan Along. Along ni, bertugas bawa 'Kayu Tas'. Gunanya kayu ini adalah untuk menakutkan ular. Kalau terpaksa sahaja, baru pukul ular untuk melemahkannya. Tapi Along bagitau, tak pernah bunuh ular pun. Kalau ada ular, Abang Saspik atau Abang Kemang tangkap dan hantar kat ehehe .. tempat rahsia ! Nak tahu, kena gi Kem :)

Dengan Abang Zali. Abang Zali orang Ganu, best orangnya !
Kumpulan ni selalu kena marah sebab 'naughty'. Kami cam Abang Fasi, kami lah .. hehehe. Yang bawah kanan, baju merah tuh, juara taekwando Melaka. Nama dia Shida. Takut kacau dia, babes !

3 gambar di bawah ni, Geng Sekolah Menengah. Tak Hensem... hehehe ( sorry guys, ada GSR asked Mama to type this :) ... )





Sarah tengah turun dari Bukit Tuah. Kaki dia melecet sebab tak pakai setokin.

Main air di Paya Selut ! Yeahuuuuu !

1 comment:

icam said...

Bat, apa khabau ? Lama tak singgah sini. Actually, I'm not around. Always in Sabah and Philippines.
Minta tolong bat. Macamana nak masukkan gambau dalam photo pages. Lupa.... dah tua..Kirim salam kat Rosli

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...