Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Friday, October 24, 2008

Kolej Komuniti Masjid Tanah

Minggu lepas, Group pertama masuk selepas kami bercuti panjang Raya. Bukan cuti pun, lebih kepada sibuk dengan Projek Pulau.

Datang sahaja, buat rampasan dahulu - barang yang 'haram' masuk Kem, dirampas. Dapatlah seplastik besar rokok dan lighter.

Makan-makan, solat berjemaah Asar dan pasang khemah.

Solat Maghrib, Kuliyah Maghrib dan Solat Isya' berjemaah dengan Imam Masjid Chinchin, Tuan Haji Haris.

Makan lagi.

Malam, buat Ice Breaking. Tema minggu ini - Kuih Raya dari huruf T - Tart Nenas, Talam (tah talam apa nyer yg Mak dia buat masa Raya, susah payah mereka mempertahankan nama Talam, akhirnya kami mengalah !) Telinga Batak, Tapai (orang Melaka, Raya memang ada tapai), Tempeyek dan Tumpi.

Encik Jasme telefon Pak Let suruh tunggu untuk 'Sessi Keluarga Bahagia KLD'. Sessi ni hanya yg dah datang KLD sahaja tahu dan merasakan apa dia. Lepas sessi ni, rasa macam dah jadi Keluarga KLD, kan ?

Pukul 12 malam, waktu untuk Night Walk. Kami takut-takutkan mereka :) Macam-macam kami kata, kata jalan keraslah ... hehe. Memanglah keras, kan jalan batu tuh :P

Kami beritahu kat peserta, kawan-kawan kami cuti sepanjang Ramadhan, ni baru nak keluar kerja. Betullah tu dik, sepanjang Ramadhan, fasi-fasi semua cuti, tu yg minggu ni baru mula kerja.

Malam tuh taklah gelap sangat. Tapi ramai sangat yg penakut. Ramainya yang pengsan. Drama jer yang lebih. Dah biasa sangat dah dengan pelbagai drama. Tu yg kami tak suka. Nak senang jer. Nak lari dari masalah, drama sakit dan pengsan bagai. Lawanlah sikit. Biar jiwa tu kuat. Biar nanti masa akan datang jika bermasalah, akan lebih tabah, akan lawan sedaya upaya. Taklah cari jalan senang. Ish !

Esoknya ada aktiviti Rakit (Bina Rakit dan Rakit Race). Petang ada War Game.

Malam Sabtu, sessi bersama Encik Kamal. Siap ada sessi debat yang hebat.

Ahad, OTOS.

Tamat program dan jumpa lagi !




Tapak Khemah Lelaki ( Khemah biru, lelaki, merah girls)


Mendengar taklimat perang dari Abang Cicha

Khemah Puteri

Sapa punya kain batik ni ?

OTOS - dah sampai ke tengah tasik

Gambar ni saya ambil dari Tapak Putera. Dulu, pokok ni jadi tempat orang bergayut. Ex-president GengJurnal pun pernah bergayut kat sini.

Bersedia. Rescue Bot dan abang-abang Fasi dalam kayak untuk membantu adik-adik.


Punyalah susah nak meluruskan gandingan !

Monday, October 13, 2008

Gambar Pulau

Hari Sabtu dan Ahad, kerja buat jeti dari Tapak Survivor ke Pulau. Jaraknya lebih kurang 12 meter. Along, Pak Let dan Pak Tua bertukang, lepas tu Asri datang tolong. Ahad, Saspik pula menolong.

Sorry gambar gelap sebab masa saya ke Kem dan ambil gambar ni, dah pukul 6 petang. Dalam hutan, pukul 6, dah gelap. Bukan macam KL yer, siang malam terang. Tu yang Makcik pening bila pi KL tuh, siang malam terang, siang malam bising - tak reti rehat ker ? Biarlah dok dalam hutan ni, siang kerja membanting tulang, malam rehat, tidur.


Ni jeti yang masih belum siap

Hard at work. Pak Tua, Asri dan Along.

Nadzrin dan Hafidz jadi pembantu - angkat kayu, ambil paku etc

Kawan Pak Let, nak pergi memancing

Ni pokok mengkuang yang ada di pulau. Pernah tengok buah mengkuang ? Buahnya macam nangka. Tapi dah busuk, Pak Tua dah buang.

Ni saya ambil dari jeti

Asri dan Along pindahkan pontoon yg depan surau untuk jadi jeti sementara kat teluk depan pulau

Depan tuh, yg gelap tuh laluan Safari 4 dan 5. Bila petang gini, bising juga dengar bunyi burung pulang ke sarang.

Senja di Pulau KLD

Senjakala, hari sudah petang, esok kita datang lagi. Ni lagu, dari zaman kanak-kanak saya :)

Asar sudah lepas

Hari sudah petang

Main sudah puas

Mari kita pulang

Senjakala senjakala

Mari kita pulang

(ulang 2x)

Malam sudah datang

Siang sudah pergi

Sekarang kita pulang

Esok datang lagi

Senjakala senjakala

Esok datang lagi

(ulang 2x)

Thursday, October 09, 2008

Berjuta Tahun

Berjuta tahun tak update ! hehehe

Harapnya masih belum terlambat saya mengucap

Salam Eid ul Fitri. Minal 'Aidil Wal Faizin

Maaf ye yang terkasar bahasa, terlebih bergurau, terumpat terkutuk segala. Jemput datang rumah !

++++++++++

2008 merupakan tahun yang sangat sibuk bagi kami di KLD. Alhamdulillah, kini kami telah menambah kemudahan untuk keselesaan tetamu-tetamu yang berkunjung ke KLD. Kami telah ada Dewan Besar Seri Bahagia yg besarnya selesa untuk menampung kehadiran 800 orang peserta.

Sudah ada juga Anjung Tembusu, anjung buat pegawai pengiring menjamu selera. Tak payahlah lagi anda kena dengar kami berbising-bising ketika hendak menjamu selera. Nanti nak letak TV kat anjung tu. Nantilah dulu, ongkosnya belum ada - tabung asyik tak penuh. Jenuh bekerja, pukul 5 pagi dah bangun membanting tulang - tapi duitnya masih tak ada ! hahaha

Tandas pun dah banyak sekarang, ada 45 buah ! Dan ada kolah mandi sepanjang 80 kaki. Hah, puas tak puas nak mandi :) Kolah depan Tapak Puteri yang panjangnya 30 kaki pun ada jugak. Memang tiada masalah mandi dan tandas lagi.

+++++++++

Sekarang ni sedang sibukkkkkk menyediakan sebuah tempat yg cantik, di tepian tasik, di bawah pohon-pohon kayu yg rendang dengan angin sepoi yg sentiasa meniup menyegar hati dan jiwa ! Serius, tempat ni cantik sungguh. Sunyi dan aman damai.

Aktiviti untuk tempat ini - duduk diam-diam sahaja, berehat atas gantungan hammock, rehat, rehat, rehat ..

Untuk ketempat ini, anda perlu naik bot/kayak. Pasang khemah dan relax. Kalaupun nak beraktiviti cuma boleh berkayak dan memancing. Makanan akan dihantar dengan picnic basket. Malam-malam boleh buat 'campfire' sambil sembang-sembang dengan kawan-kawan. Nak BBQ pun boleh juga.

Nantilah, belum siap lagi. Sebaik rahsia besar saya siap, saya akan letakkan gambarnya di sini.

Tapi harga sewanya sedikit mahal, maklumlah you will renting the whole Pulau Rahsia .. errrrrr oooopppppsssssss

+++++++++





Ok ini gambar semasa Muhayyam Akhbar. Maknanya Perkhemahan Terbesar. Perkhemahan Bahasa Arab Sekolah-sekolah Menengah seluruh Negeri Melaka. Peserta ada lebih 600 pax, tapi dewan masih banyak kosong. Cuma tandas dan bilik mandi sahaja tidak terurus. Itupun, sebab pengendalian Kem tidak diberi kepada kami.

Selepas kami 'rampas kuasa', semuanya kembali okay. Pengurusan makanan pun okay - 20 minit, siap semua dapat makanan dan makan :)

Program ni bagus, bukan setakat peserta, kami pun dapat belajar Bahasa Arab. Tahniah to Guntur Group !




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...