Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Wednesday, January 25, 2006

Kolej Matrikulasi Johor dan Buku Dino

Gambar Hiasan Untuk Entri Ini.

Image hosting by TinyPic
Sebelum. Masih hensem, walaupun muka tension. Jiwakental untuk hadapi cabaran.


Image hosting by TinyPic
Selepas. Sudah kurang hensem :) Jiwa tetap kental. Sudah jadi insan baru !Gambar dari pG Farah Nadia. Kolej Ke-2, UPM.


++++++++++

Entah apa sebabnya, bulan Januari ni bagaikan bulan camping 'peserta bermasalah' pulak. Sehingga akhir Januari, ada 3 grup bermasalah.

Tak payah nak beritahu kumpulan dari organisasi mana - pelbagai : orang muda, orang sederhana tua dan orang tua ! Iyer, orang tua, tua banyak dari saya yang tua nih :)

Yang KMJ ni, masalahlah jugak. Kem Pemulihan Akademik. Bukan Pemulihan Disiplin. Peserta yang pointernya sangat tidak memuaskan. Adalah jugak beberapa hero yang berdouble masalahnya :)

++++++++

Selepas sahaja mendapat confirmation dr Kaunselor KMJ ( my hubby's classmate, baru tahu masa dia turun bas bawak peserta. Bukan kroni, yek ! ) sessi bincang-gaduh bermula. Kami berdua, dengan team Encik Kamal, consultant yang kami pilih utk program kali ni.

Begitu begini. Bincang. Gaduh. Mangkukkan pihak lawan 16-17 kali.

Akhir nya barulah sepakat. Encik Kamal dengan segala maknenek terms Kaunseling dan Motivasi dia. Ada saya faham, banyak yang tidak. Gua pa kira .. gua tukang masak maa

++++++++

Khamis 19 Januari

Hari yang dinanti tiba. KMJ sampai. Nah kau, my nephew was one of them. Terperanjat beruk cipan dibuatnya. Tak perlah, we are here to help. As you said K, yang sini, settle sinilah ya Auntie. Okaylah, kami tak ngadu kat Mama Abah awak, tp make sure result tuh repair baik-baik ! Tapi dah pesan dah kat Kaunselor, kalau mamat nih ponteng lepas nih, telefon jer Bapak dia.

Muka-muka yang datang tuh, sedih-sedih sahaja. Kawan dapat balik rumah, awak di sini. Makan tengahari pun sikit jer, nasi tak habis. Sian ..

Aktiviti petang - Obstacles Run.

Malam - ceramah Encik Kamal. Dia bawak 'team' dia malam tu - En. Hasyim, Encik Azan, Cik Nurul dan Cik Zamzila. Mereka ni semua Kaunselor. Lepas ceramah, Luahan Rasa, Bicara Hati 1. Peserta di bahagikan kepada 6 kumpulan. Semua Kaunselor ambil satu grup, dan yang satu lagi bersama Abang Asri dan Kak Iha.

Supper. Dan tepat 12 malam, aktiviti Night Walk. Jerit-jerit. Lari-lari. Lintang Pukang.

Hidup kena tabah, kan dik ?

++++++++

Jumaat 20 Januari

Aktiviti pagi ni ialah Amazing Race, sebelum Solat Jumaat.

Ada kumpulan yang okay, ada yang sesat. Anda lupa pepatah Melayu dik, malu bertanya, sesat jalan. Hey, ingat suka-suka jer nak suruh jalan sampai 9 km tu yer ? Kami mahu anda relatekan kepada kehidupan anda. Kalau malu nak tanya cikgu, sesatlah, 'tak nampaklah' bak kata Tuan Haji Ketua Jabatan anda tuh. Ni tak, menonong jer jalan ... Sesat pun, bodoh sombong, tak nak tanya orang.

Petang pulak, Water Confidence dan Rakit Race.

Lesson. Nak beraktiviti air, perlulah confidence dalam air. Itu persediaannya. Sama cam belajar. Nak exam, kenalah studi. Barulah masuk dewan pereksa, confident jer. Taklah lemas.

Dah confident, berakit pulak. Pun tak senang. Hidup memang banyak dugaannya, dik ! Dah nak menang pun, boleh jadi tak menang. Macam anda juga, dah dapat result bagus dalam SPM tapi tak maintain, tak belajar, result tak bagus juga. Sama cam rakit kan, sekejap jer hilang momentum, dah payah nak maintain rakit. Untuk mulakan kayuhan semula, payah, kan ?

Semua aktiviti yang anda jalankan, ada makna yang tersirat. Dah 'nampak' ?

++++++++++++

Luahan Rasa, Bicara Hati 2

Banyak air mata, derita, penyesalan yang hadir di malam nih.

Sebelum tu, PakLet dan saya, ubah lagi program. Kami mahukan sesuatu yang lebih berkesan, yang kesannya mendalam dan mengubah diri peserta. Lalu kami cancelkan semua 'Study Skill' Kamal. Forget those formulas ! Lupakan bentuk-bentuk tuh semua. Zigzag ker, tigasegi ker, empatsegi ker, bulat ker. Anak-anak ni orang bijak. Kalau para peserta nih, tak pandai, mereka tak jejakkan kaki ke Kolej Matrikulasi.

Ni kes lain. Kes lalai. Atau burnout ker ? Kami perlu korek satu-satu. It has to be, one to one approach. Tak cukup fasi. Kalau macam tu, kecilkan kumpulan.

Berdua dengan PakLet, kami mula bahagikan kepada 5 kumpulan.

Bawah 1.7, bawah 2.0 - Kumpulan Sains Hayat, Kumpulan Sains Fizikal. Yang paling tak ok, dengan Encik Kamal dan Encik Hasyim (dia nih sgt bagus, sgt berpengalaman. Er, saya cam kata Encik Hasyim tua jer ek ? .. hehe ). Pastu Encik Azan ( Kaunselor yang bagus walaupun muda. Ada peserta cakap dia hensem. He's married girls ..). Dan result selepas tuh dengan Dino. Dino ajarkan peserta cara belajar di Uni dan Pre-U yang tidak sama dengan sekolah.

Yang result okay (budak-budak 4.0) yang menyibuk (hehe), dengan Asri dan Azlie, berpoya-poya di Pelantar luar pejabat saya.

Aduhai, macam saya tulis tadi - banyaknya airmata yang mengalir. Harapan saya, semoga itu adalah airmata penyesalan. Sebagai berjanji pada diri. Akan ubah diri. Tidak ponteng, tidak datang lambat, tidak tidur lambat dan akan belajar, belajar, belajar ... Anda cemburu pada gelak ketawa kawan-kawan di Pelantar. Biarlah kali ni sahaja anda tidak bersama mereka. Saya harap selepas ini, akan pun akan bersama mereka. Gelak dan ketawa. Dan ianya lebih manis bila surat tawaran Universiti sampai ke rumah.

+++++++++

Majlis Penutup.

Sedih. Gembira.

Sedih sebab sudah mahu berpisah. Saya sudah jatuh sayang pada semuanya. I never thought that a little pinch on his cheek would make Shaf melt. Iyer, Encik Zack, Encik Hasan. Kalau Shafri noti lagi, perangai tak senonoh, hantar dia ke sini. Tahulah apa nak buat dengan dia. Adilah, kalau rindu Ibu kat Indon, datanglah peluk cium Auntie lagi, ye ! Sayang Hasanah .. sayang Ili .. sayang Aliff dan semuanya kami kat KLD nih sayanglah !

Yang Abang Azlie sayang, jangan kira dik. Dia, sapa datang pun dia sayang. (Aweks lah .., lelaki nak sayang wat aper ..)

Sedih juga bila airmata Tuan Haji mula mengalir. Semoga airmata Tuan Haji tidak sia-sia. Dia mahu anak-anaknya berjaya. Auntie dan PakLet mahu anak-anak berjaya juga. Apalagi ibubapa yang melahirkan, mendidik dan menyara anak-anak.

Ni lagu yang kita nyanyi sebelum setiap aktiviti.

WARISAN

Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

( korus )

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini
Betapa
Di bumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

( ulang korus )

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan


( Lesson lagi : Masa anda sampai, langsung tak tahu lagu ni. Tapi bila dah ulang-ulang, dah pandai. Last day, dah 4.0 dah. Sama cam belajar. Kali pertama susah, tak tahu. Tapi kalau ulang dan ulang dan ulang dan ulang .. lama-lama, kan pandai !)

+++++++++

Buku Dino

Belilah ! RM 15.00 jer. Terdapat di Kedai-Kedai Buku seluruh negara.


Alhamdulillah. Dino sihat. Dah 3 minggu dia berulang ke Kem, belum sekali pun dia jadi Dracula. Sihatlah tuh. Alhamdulillah.

Dino sekarang, bukan Dino yang dahulu. Dino sekarang sudah menjadi PENULIS BUKU. Dia dah tulis 2 buah buku. Bukan penulis beramai sebuah buku yer. Apa kelas, tulis reramai sebuah buku (Ampun Bapak Danish, ampun Bapak Afimon) hehehehe !

Rakan kamceng Dino, Kemang pun bercita-cita nak buat buku jugak. Dia nak kumpulkan falsafah-falsafah dia. Bagus juga, tidaklah saya seorang yang tertekan kena dengar dan fahamkan falsafah dia. Dah banyak dah falsafah yang dia fikirkan. Tentang Bamz reject cinta dia jer, dah ada 14 chapter .. hehe, gurau ah, geng !

+++++++++

Aduhai Ayares !!!

Meh la Rahim, boh email address hang kat sini. Quotations dah siap dah, tp tak tahu nak hantar mana.

+++++++++

Minggu nih Majlis Daerah Jasin. Grup Pakcik-Pakcik !

Tuesday, January 24, 2006

Teruja oleh Pak Bear

Tengok clips best bawah nih. Untuk mendownload, sila ke Blog Pak Bear.

Pak Bear yang hensem, kacak, bergaya, anggun dan baik budinya !!!

Jutaan Terima Kasih dari KEM LAMBAIAN DANAU
:)
:)
:)

Untuk mendownload, klik sini : Pak Bear



Berlalulah angin mendung !

Lama tak memblog dan ni senarai peserta yang hadir selepas dari Boys Brigade dan Kolej Tun Perak, UPM

Kolej 12 dan 13, UTM, Skudai
Lembaga Kayu Malaysia, Banting, Selangor
Kolej Universiti Islam, Nilai, NS
SMK Pekan Baru, Muar, Johor
Kolej Matrikulasi Johor

Guys, ampun dan maaf - sebab tak tulis report lagi pasal perkhemahan anda. Er, biarlah sahaja ianya di hati, okay ? Tak lupa pada kelian semua, InsyaAllah. Hepi Niu Yer !

+++++++++++++++++

Cerita Gambar
Anak-anak gadis dari UTM, yang kami rindui. Lama sungguh tidak melayan kumpulan yang semua perempuan. Kali akhir, peserta dari Maahad Siti Khadijah, 2 tahun lepas. Kalau semua lelaki tu, selalulah. Lembaga Kayu tuh pun, semua lelaki.



Posing dalam khemah. 6 men tent, tapi tidur bertiga, berempat sahaja.


Di Anjung Kelana. Sebelum Majlis Penutup.


Klinik Kayak dengan Abang Asri.


I luv this pic ! Suasana pagi di Kem. Pemandangan Gunung Ledang tuh !


Crawling semasa Obstacles-Run.

++++++++++++++++++++++++++++++

InsyaAllah, saya akan rajin-rajin. Dan akan update. Anakanda KMJ yang disayangi, wait for my report, okay ?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...