Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Wednesday, January 28, 2004

Saya kan, rajin ? Heh ! Dah mulakan satu blog pasal resepi. Kalau dulu tulis di diary lama. Sekarang nak tulis online. Boleh share. Dan saya juga harap ada yang ingin sumbangkan resepi pada blog saya tu. Kita sharelah ye ! Tapi satu saje syaratnya, resepi tu mestilah dah dicuba. Tested. Tak nak kalau orang cuba nanti tak jadi.
Anda boleh klik sini untuk ke blog tuh Klik > Lain kali boleh klik di MY LINKS
Belum banyak resepi lagi. Hari ni cuma ada uploadkan 3 resepi untuk sarapan.

Nasi Lemak dan Sambal Tumis Udang

Nasi Lemak
2 cawan beras siam wangi
2 cawan santan cair atau susu rendah lemak + air
sedikit garam
sehelai daun pandan disimpul

Cara :
1. Basuh beras dan rendam sekurang-kurangnya 4 jam
2. Didihkan santan / susu cair dalam periuk nasi elektrik. Masukkan garam
3. Bila mendidih, masukkan beras yang telah ditoskan airnya
4. Hampir kering baru masukkan daun pandan

Sambal Tumis Udang
1 cawan cili kering diblend
6 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 biji bawang besar
2 cawan udang yang telah dikupas kulit
sedikit garam
sedikit gula
sedikit air asam jawa + 1/2 cawan air, bancuhkan
minyak untuk menumis

Cara:
1. Panaskan minyak
2. Masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah diblend
3. Bila wangi, masukkan cili blend
4. Kacau hingga naik minyak (berketul-ketul)
5. Masukkan isi udang, air asam jawa, garam dan gula
6. Adjust rasa, bila masak tutupkan api

*** Hidangkan nasi lemak, bersama sambal, telur rebus, ikan bilis goreng, timun dan kangkung rebus. Untuk kangkung rebus yang hijau - rebus air bersama beberapa titik minyak dan sedikit gula. Bila aair mendidih baru masukkan kangkung. Selamat bersarapan !

What i learnt at KEM MOTIVASI KECERMERLANGAN PELAJAR FKP

PRIORITY CHECKLIST
1. Berusahalah untuk menjadi mukmin sejati yang hidupnya ikhlas untuk ALLAH dengan mengikuti jalan yang ditunjuk Baginda Rasulullah saw
2. Berusaha mencari sebanyak mungkin bekalan untuk akhirat dengan amal kebaikan
3. Menjadikan setiap urusan dunia sebagai ibadah
4. Menukarkan kegiatan dan matlamat redha Ilahi dan untuk kesenangan akhirat
5. Berusaha bersungguh-sungguh dalam mencapai kecemerlangan dalam bidang yang diceburi


ALAT-ALAT KURNIAAN ILAHI
1. Fizikal - setiap deria dan seluruh badan mempunyai potensi yang mampu membantu kejayaan
2. Minda – mempunyai kemampuan yang melebihi supercomputer
3. Emosi – pendorong yang paling hebat yang mampu menolak ke arah kejayaan
4. Roh – diri sebenarnya yang perlu dipastikan mempunyai tahap kesihatan yang baik. Ia adalah raja kepada yang lainnya.
5. Keluarga dan kawan-kawan seperjuangan


*** Thanks Prof. Jasmin ... saya tumpang belajar sama !

Monday, January 26, 2004

....sambungan lapuran perkhemahan, ceramah dan lawatan tetamu istimewa

Bila rakit yang tidak disangka menang akan menang, rakit tu tentulah jadi tumpuan. Dan fasi-fasi pergi ‘study’ rakit tersebut, macam mana boleh menang. Yang tukang buat tu kan bakal engineer pembuatan (betul ke translation ni –manufacturing engineers ?), tentulah telah belajar banyak pasal pembuatan. Mereka pasti tahu apa yang mereka lakukan. Kesian kat fasi-fasi, dah berakit berpuluh km di Sungai Nenggiri dan dah biasa benar dengan danau Kem, masih tidak menang ! Heh! Taktik tidak menjadi ! Masa pusingan pertama mereka hantar canoeist-canoeist Kem – Kucai, Madas dan dak-tembams dengan harapan bila mereka telah jauh meninggalkan rakit lain, tentunya senang menang nanti.

Memang jauh mereka tinggalkan rakit lain, tapi untuk pusingan kedua tu tinggal yg tidak kurang pandai berdayung (urusetia SME, KUTKM). Jauh ketinggalan lah ! Takpe, lain kali boleh tunjuk terror. Balasan orang riak memang camni

Seperti kebiasaan kem kecermerlangan, banyaklah ceramah-ceramah. Kami semua tumpang dengar, memotivasikan diri masing-masing :) Paling kami suka tentulah ceramah PakLet, tidak mengantuk dan boleh gelak selalu. Semua sekali fasi berada di Anjung bagi support kat boss.

Pagi Ahad aktivitinya ‘obstacle-run-around-the-camp’ dan exspedisi kayak. Peserta dilepaskan oleh dak-tembams. Saya dan Khalid di ‘splash’. Cica, Madas dan Abang handle peserta. PakMan, Asri, Muafa dan Dino berkayak dengan peserta. Cepat juga semua aktiviti sudah. Pukul 12.00 semua kayak dah siap dibasuh dan peserta mula mandi, bersiap-siap untuk majlis penutup.

Lawatan Tetamu Istimewa
Saya dengan Dino di opis. Tengok Dino study. Magic sungguh cara study dia, kan Dino ? Tak mau komen apa-apa. Tunggu result keluar baru komen :) Apapun, dear adik, selamat exam. Semoga dapat result yang baik. Leh la join perempuan itu dalam ‘dean’s list’.

Ada panggilan. Oh, dari orang jauh ! Dari Mersing ! Spyz, Shila (she’s so sweet !), Memel (Shila panggil dia Muhammad Memel bila dia degil, mandi bogel kat pelantar kayak !) dan si-comel Arif. Memang comel dan cool gitu. Cam Ayah dia ! Spyz kata nak sampai dalam pukul 1. Oklah tu. Pastu cepat-cepat beritahu dak-tembams dan Dino, “spyz nak datang, woi”. Dak-tembams jawab, “matjan?”. Lawyer tu jugak yg ditanya ! Spyzzz jelah ! Jadi, dengan excitednya kami menunggu.

Ada lagi panggilan di opis. Masa ni saya di port belakang dapur, makan dan kacau orang. Tukang jawabnya Dino. Ada orang nama Ghazali nak datang. Kebetulan kami sedang menunggu Prof. Razali dari KUTKM untuk majlis penutup. Dino tak sure nak beri arahan, dan Madas yang beritahu ‘Prof Ghazali tadi bagaimana nak ke Kem. Semua senang hati sebab Prof dlm perjalanan ke Kem.

Tiba-tiba ada kereta hijau masuk. Spyz sampai kot ? Dino cepat-cepat pergi tengok. Dia lari balik ke dapur dan beritahu saya, “TokRimau datang, kak G”. Bakal Prof rupanya. Nasib juga Dino yang pergi, kalau saya sure saya dah jemput dia ke Anjung. Dan surelah Tok Rimau heran, kenapalah pulak dia kena rasmi majlis penutup. Petanda ni, tak lama lagi Tok Rimau bakal jadi Prof.

Happy sangat jumpa mon-mon dia. Tini, Sarah dan Sabrina. Sabrina macam dalam movie-movie yang kami tengok. Kiut ! Manja ! Ayah dokong saje ! Biasanya memang macam tu, anak perempuan memang manja dengan Ayah.

Maaf ye Tini, makan dalam kedaan serba kekurangan. Kami teruk betul, tengah makan nasi tak cukup, kena ambik nasi tambah keluarga TokRimau. Malunye, tak senonohnye kami ! Maaf, maaf, maaf ! Wkdin dan ada pengalaman juga makan kat port ni. Ok juga dia orang ni. Buat muka selamba jer ! Upsere sungguh korang !

Sempat juga mengintroduce suami kat TokRimau. Kena sebut nama betul. Dia pening dengan kawan-kawan saya – “kenapa nama dia orang camtu” .

Kami tunggu kedatangan Spyz sefamili kat pelantar opis. Hujan pulak. Spyz telefon dan beritahu dah salah jalan. Saya dan Din pergi depan jemput mereka. Signboard kecik petujukarah tuh dah rebah. Dah siap jalan baru nanti baru boleh tegakkan semula.

Akhirnya sampai juga Spyz dan familinya ke Kem :) Maaf Spyz, tak de lunch lagi ! Kantin pun dah tutup ! Nasib baik dia tapau nasik ayam. Nextime, akak buat preparation baik sikit ye ! Rasa tak seronok, orang datang dari jauh, kita layan macam tu.

Hujan berhenti dan kami jalan sekeliling Kem. Pergi cuci mata ! Best cuci mata ! Nak cuci mata, datang lah sini !

Habis round Kem bawak pulak Spyz dan TokRimau jalan kat tempat aktviti. Kami pergi ke tempat pertemuan antara 2 tasik, tengok lubang sarang tiung pasir dan mini canyon. Lepas tu sempat panjat ke Palung, tempat cuci bijih. TokRimau sempat buat filem kot ? Tak lepas-lepas dengan digicamnya. Nak beritahu, kami –saya, dak-tembams dan Dino – dah tengok koleksi filem-filem TokRimau termasuk yang belum ditunjuk di pawagam weblog biasa tu. Riaks sket, bebs !

Penutup lawatan cam biasalah, Kedai Sarjen. Makan minum.

Saya dah kenal dengan ‘magic GengJurnal’. Walaupun kami pertama berjumpa, rasa macam dah kenal lama. Ini la yang saya rasa bila berjumpa dak-tembams dulu, Cill, Wkdin, ep, HanyaSayang, mushroom cute, UngkuNor, Mal DJW dan Salina. Magic yang sama bila berjumpa TokRimau dan Spyz :)

Apapun kedatangan mereka ada tujuannya. nak meminang dak-tembams InsyaAllah, GengJurnal nak bergathering di KEM LAMBAIAN DANAU. Sekarang saya sedang mencari date yang kosong dan TokRimau sedang prepare tentative programme. Semoga tujuan baik ini terlaksana. Seronoknya kalau dapat berkumpul ramai-ramai.

Adik-adik saya yang ada blog tapi belum daftar dengan GengJurnal, silalah berbuat demikian. Kominuti terbaik dikalangan penulis-penulis blog. Join, dan anda pasti tak menyesal !

Sekali lagi, terima kasih banyak-banyak kerana sudi mengunjung saya di sini ! Jumpa lagi !

Pagi tadi keluarga saya makan keropok lekor Mersing dengan nasi goreng ! Thanks, Shila :)

Sunday, January 25, 2004

Lapuran Perkhemahan SME, KUTKM

Hari Jumaat pagi saya dah ke Kem. Sebelum ke Kem, habiskan gosok uniform sekolah anak-anak. Nak buat hari Ahad lepas group keluar, takut nanti penat sangat.

Sampai saje ke Kem pada hari Jumaat, tengokkan Jepun dan Khalid yang bertukang. Saya minta mereka tutupkan bahagian atas store Anjung Kasih. Alex (monyet yg tinggal di Kem) nakal sekarang, dah pandai masuk ke store dan ambik bahan makanan yang kami simpan. Habis telur-telur yang disimpan untuk 'war game' dimakannya. Kalau ambil untuk makan saje tak apa juga. Dia pecahkan banyak telur-telur tu. Telur habis, semut datang dan lalat pun mencari bau telur pecah.

Ida dah sampai dan mencuci semua keperluan. Pinggan-pinggan, sudu garfu, gelas-gelas dan peralatan memasak semuanya dicuci dulu. Dah 2 minggu tak diguna jadi kenalah dibersihkan. Cica pulak mengemas Dataran Insan. Sapu dan mop lantai dataran dan pentas. Lepas tu dia menyusun bangku-bangku besi untuk kegunaan peserta nanti.

Habis pagi tu dengan menyiapkan persiapan terakhir sebelum peserta masuk. Pukul 12.00 urusetia KUTKM sampai dan berikan mereka kunci-kunci chalet. Yang lelaki semua balik untuk solat Jumaat. Saya tolong Ida masak. Ida masak nangka dan udang masak lemak berempah, sambal telur dan sambal belacan. Semuanya pedas ! Lupa cakap, dak-tembams sampai pukul 10 pagi dan saya ambil dia depan Kedai Aherq.

Pukul 2.00 Cill telefon pulak. Dah sampai Tangkak dan baru lepas solat. Saya suruh dia tunggu saya dan dak-tembams depan Balai Polis Tangkak.

Jalan ke Kem pula sedang dibesarkan. Nak pilihanraya, kan :) Dan mereka tutup jalan tu. Alahai, macam mana pulak bas KUTKM nak masuk karang. Pergi jumpa Mat Indon yang jaga jalan tu dan minta dia benarkan 2 bas tu masuk. Nasib baik, dia ok. Terima kasih, ye pak !

Dan petang tu kami menunggu dan menunggu. Janjinya peserta dari SME, KUTKM sampai pukul 3 petang. Bukan jauh pun Air Keroh-Jasin. Mereka hanya sampai pukul 5.00 petang. Kesian Madas, pening dengan berbagai kerenah anak-anak buahnya.

Malamnya ada ceramah. Maklumlah ini Kem Kecermalangan Siswa. Tentulah banyak slot utk mendidik peserta-peserta. Ceramah pertama oleh Prof Madya Dr. J. Saya tak dengar pun, sebab beramai-ramai relax dengan fasi-fasi di Pondok Fasi. Rugi sungguh, sebab lepas tu bila dapat bersembang dengan dia, baru dapat tahu. Dia wanita istimewa. A very nice lady ! Padan muka saya :(

Habis sembang-sembang pergi pula ke jalan belakang Kem. Tengok peserta buat aktiviti 'nite walk' Macam biasa bermacam perangai. Takleh cerita :) Nak tahu, datang dan experience.

Pukul 3.30 pagi baru berpeluang tidur. Dan esoknya awal lagi dah bangun.

Hari Sabtu lepas lunch baru kami handle aktiviti. Rakit lagi :) Sekarang ni orang berebut nak aktiviti rakit. Mungkin sebab aktiviti ini baik untuk teamwork. Macam-macam style rakit dibuat oleh pelajar-pelajar Mechanical Manufacturing Engineering. Nakal juga saya dan gelakkan satu rakit ni. Rakitnya nampak macam tak teguh dan entahlah. Tak tahu nak describe :) Cam tak senonoh jer, kami rasa. Lecturer-lecturer mereka pun dok komen. Sekali, bila masa pertandingan rakit mereka yang menang. Huh !

Urusetia pun kena ambil bahagian. Kesian Madas, Kucai dan dak-tembams. Berusaha bersungguh-sungguh dan mendahului masa lap (cewah, lap !). Bila lap kedua, galah penolak pula patah. Tak menanglah jawabnya.

Mengantuk la pulak. Nanti saya sambung lagi ....

*** Jumaat belajar lagi pasal coding dengan Cikgu Bamz saya. Tengkiu, bamz !

Wednesday, January 21, 2004

Minggu ni menerima group Kolej Universiti Teknikal, Melaka

Malam semalam pukul 9.00 baru pulang. Siang semalam staff Dato' M ada datang ke Kem. Kami ada minta seorang contractor ni, Dato' M untuk quote harga binaan obstacle course yang baru. Mamat tu pulak blur dengan arahan bossnya. Dan saya pulak tak sedap nak berjalan dengan lelaki-lelaki yang tak dikenali, minta Jepun yang bawak dia orang. Lain disuruh, lain yang dibuat. Sama jer si-Jepun dan Mamat-mamat staffs Dato' tu. Akhirnya, lewat petang dah hampir waktu maghrib Dato' sendiri datang. Ok jugak, sekarang saya dah ada specs semua binaan obstacles tuh ! Kalau dia charge mahal nanti, boleh suruh tukang kampung jer buat dan kami beli barang. Tentunya lebih murah ! Fund kurang, jadik kenalah bijak nak berjimat.

Petang semalam juga Cica dan Khalid pasang jaring ikan. Bila musim hujan, pasang jaring ikan sebab ikan mabuk dan senang lekat di jaring. Bila musim kering pula, pergi timba lubuk dan tangkap ikan juga. Itu belum lagi musim punai. Bedik punai, jerat ayam hutan, wak-wak dan macam-macam lagi. Begitulah kehidupan di kampung.

Hari ni pulak dapat tanah free 3 lori. Jalan masuk depan dekat taman perumahan baru tu, sedang di ratakan untuk ditar. Yang bekerja Amy, member kami yang ada JCB. Mintak Amy dan adik Kuek buang tanah tu di Kem. Banyak gunanya tanah tu nanti.

Saya bercadang untuk timbus (betul ke perkataan ni ?) bahagian tasik di belakang Kedai Sarjen. Saya dah PENAT beritahu mereka supaya jaga kebersihan belakang kedai tu. Jepun dan Cica pun dah penat dah pungut sampah mereka. Dah lah geram jalan yang kami buat untuk ke tapak war game tu sesuka hati dibuat tempat buang sampah. tak belajar sivik punya sajen mangkuk ayun. Rasanya dah cukuplah bermuzakarah. Tanah tu dan tasik bahagian tu, saya yang punya. Dan akan saya timbus. Siap aaaaa saya banyak duit nanti dengan tasik ni semua-semua saya beli. Tergeram pulak ! Heh !

Hari ni jugak kami dah siap beli semua barang makanan untuk group KUTKM tu. Takut apek-apek tu beraya sakan karang payah lak nak beli barang. Bilalah ye, kita boleh berdikari dan tidak perlu bergantung kepada apek-apek ni ? Kan kita ramai, kalau kita semua beli dari orang bangsa kita kan bangsa kita juga boleh maju ? Aherq pun cuti dari Khamis hingga Ahad. Siap datang ke Kem announce cuti dia. Contoh yang baik sebab dia jaga customer dia. Takut nanti Kem tidak berair batu. Kong Hee Fatt Choy, aherq !

Group minggu ni adalah projek Madas. Macam biasa fasi, support Madas. Bolehlah dia bertanding piliharaya tahun depan. Best gak Madas jadik YB. Belum ada lagi fasi bergelar YB ni. Minggu ni juga Len dan Agus ke survivor kem. Adi pergi daki Gunung Stong di Kelantan. Yang lain ada kot, sebab cuti Raya ni. Yang nak exam tu, kalau rasa datang akan membuang masa anda tak payahlah datang. Study. Go get good result :)

Tuesday, January 20, 2004

Terasa nak berpindah
Cuba baiki template, tidak berjaya. Setiap kali nak preview, page baru tak nak keluar. Nak kena mintak tolong dengan web admin saya, dak tembams tapi dia nak exam. Tak payahlah nak buang masa kat blog ni pulak. Tapi geram juga dengan blogger ni sebab tak boleh letak my latest layan list. Kena gak pakai list lama tu :( Saya ada mendaftar di blogdrive, tapi tengoklah, kalau tidak boleh jugak diubah, kenalah pindah rumah. Apapun ni sementara saja sebab Wkdin sedang berusaha untuk daftarkan dotcom untuk Kem Lambaian Danau. Thanks ye, Wkdin :) Jasamu kukenang !

Lagi espedisi Gunung Ledang.
Hari ni menghantar 3 sebutharga. Sebutharga Kem Remaja Lasak Level 1 dan 2. Juga sebutharga bagi program ekspedisi Gunung Ledang ex Kem Lambaian Danau. Baru saje menulis pasal naik Gunung Ledang, dah ada pulak request. Organiser tuh datang semalam lewat petang. Baru pagi ni saya faxkan sebutharga dan tentative program. Kalau jadi, akan mendaki pada 22-24 Februari 2004. GangLasak berharap supaya jadi. Sudah gian nak panjat gunung. Amboi, ramainya komplen saya tak tulis dia naik gunung. Wei, korang ! Pada sapa yang ada blog tuh sendrey promotelah dan yang tak de, soh aaa Len atau dak tembams buatkan korang satu ! Tapi tak boleh naik ramai-ramai sebab pada hari tu di Kem ada group MMU Melaka. Dan pada masa tu Kem juga sedang busy dengan kerja-kerja renovations.

Sambil buat kerja sambil melayan 2 adik yang bermasaalah. Macam-macam masalahnya. Begitulah sayang, bukan senang nak jadi orang dewasa ni ! Saya harap saya telah dapat menjadi pendengar yang baik kepada mereka berdua. Dan semoga keduanya okay sekarang. Take care, tak lama lagi nak exam. Jangan lupa tujuan utama ke universiti. Be good, girls !

Maaf pula untuk e-ketupat. Line tepon memang teruk. Sekali angin bertiup, sekali line telefon putus. Raup tak sihat, ye ? Jaga diri baik-baik sebab Raup pun nak exam juga minggu depan. Kalau balik kampung cuti Raya nanti, singgahlah ke Kem. See u this weekend, kay?

Untuk adik saya, Ungku Norfaizah
Akak tak perasan pasal entry mimpi Noy tu. Okay, ni cerita pengalaman akak bertudung. Hari tu dah beritahu Noy dan kawan-kawan lain kan macam mana akak dulu. Takyah cerita lagilah camtu :) Akak mula pakai tudung lambat juga. Dah ada 4 anak baru bertudung. Kisahnya begini. Satu hari suami tidak dapat ambik anak kat sekolah. So, akak yang pergi ambik. Lepas parked kete, akak pergi tunggu anak di kantin sekolah. Peristiwa ni jadi di zaman jahiliah akak. Akak dulu kaler rambut. Sekejap blond, sekejap brunnette. Sesuka hati macam, macam apa yer ? Macam org jahiliahlah ! Back to my son. Tiba-tiba bila anak akak nampak akak kat kantin, dia tegur akak. Dia kata kenapa Mama tunggu kat sini, tunggulah di kereta. Dia MALU, sebab Mama dia, dahlah tak bertudung, rambut kaler-kaler pulak. Alahai, anak malu sebab ibunya macam tu. Masa tu akak rasa waktu terhenti sekejap. Akak malu. Terus muhasabah diri. Insaf dan berhijrah. Akak tutup rambut. Mula-mula memang rasa panaslah, rimaslah, tertutuplah dan berbagailah perasaan dibisik syaitan ! Tapi lama-lama rasa selesa. Dah tak boleh kalau tak bertudung. Akak tak nak cerita pasal hukum sebab Noy tanya pengalaman akak. Dan Noy, ada hadiah kat sini - bila Noy datang nanti, akak nak bagi Noy tudung ! SELAMAT BERTUDUNG !

Monday, January 19, 2004

Entah apa salahnya

Tiba-tiba blog saya tidak boleh loading. Nasib baik dak-tembams ada simpan templatenya yang lama. Thanks bamz :) Nantilah bila ada masa nanti boleh repair semula.

Untuk Fasi : minggu ni group Madas confirm tp pls check dgn PakLet jika anda diminta untuk 'on duty'.

Kutangisi pemergianmu, sayang !

Ucapan takziah saya kepada keluarga Nurul Huda Abdul Ghani. Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raajiuun. Tidak dapat saya nak membayangkan perasaan dan keadaan ibubapa yang ditinggalkannya. Pedih dan sedih bila melihat gambar si-comel manja yang ditatang dengan penuh kasih sayang oleh keluarganya. Saya seorang ibu, saya tahu macam mana perasaan kasih seorang ibu kepada anaknya.

Membaca suratkhabar pada pagi Ahad tu tanpa sedar airmata mengalir. Adakah manusia sezalim tu ? Tidak ada perasaan ke dia ? Pekak ke telinga yang mendengar jeritan siksa anak kecil tu ? Berbaloi ke dengan keseronokan nafsu binatangnya itu sehingga satu jiwa terkorban ? Memang ajal maut telah ditentukanNya tetapi dapatkah kita menerima kejadian tu berlaku di negara kita. Yang kita banggakan kemajuannya. Aduh apa saje yang tidak kita buat utk buktikan betapa majunya kita - tengok ajelah rekod Malaysia tu - segalanya terpanjang, terbesar, ter apa sajalah dah kita lakukan. Tetapi itukah yang kita nak ? Itukah pengukur kemajuan ? Betapa 100 meter dari rumah sendiri bukan tempat selamat untuk anak-anak kita.

Saya teringat kembali peristiwa yang berlaku 3 tahun dulu. Kisah Allahyarham Nurul Hanis Kamil yang dirogol dan dibunuh dengan kejam sewaktu pulang sekolah. Nurul yang telah saya jumpa semasa datang camping di Kem. Anak gadis yang manis, yang sopan, yang innocent. Dia jadi mangsa kebuasan nafsu binatang.

To the people up there. Tolonglah lakukan sesuatu. Jangan biarkan ini berlaku lagi. Cukuplah dengan Audrey Melissa, Nurul Hanis, Hardiati dan gadis-gadis kecil yang lain yang menjadi mangsa binatang-binatang ni. Pls, pls do your job. Cukuplah dengan pembangunan yang ada ni. Buatlah pembangunan insan pula. Kejadian ini menunjukkan jiwa masyarakat kita rosak. Tolonglah, tolonglah. Biarlah anak-anak hidup dengan perasaan selamat. Saya takut dengan kejadian ni. Janganlah berlaku lagi.

Nurul Huda, Nurul sayang, pergilah dengan aman ... Al-Fatihah

Saturday, January 17, 2004

Di kaki Gunung Ledang

Kami : Abang, PakMan, Toyak dan saya ke Asahan lewat pagi tadi. Ada kerja yang nak dibuat. Selesai kerja lebih kurang 2 jam kami ke kaki Gunung Ledang sebentar. Anda boleh mendaki Gunung Ledang dari site Johor, di Sagil atau site Melaka, di Asahan.

Bagi fasi-fasi Kem, mereka sangat biasa mendaki Gunung Ledang. Rekod Kem dipegang oleh Toyak, sudah 28 kali mendaki. *Jangan terperanjat kalau tengok mereka mendaki pakai sports sandal/selipar Jepun sahaja. Tapi itu mereka. Mereka juga turun gunung berlari kecuali bila bawa peserta. Mereka cukup bertanggungjawab dan behave dengan baik sekali bila ada peserta. Kan, Din ?

*Jangan ikut macam mereka. Anda perlukan sepasang kasut mendaki yang baik untuk mendaki dengan selesa

Yang tak pernah mendaki lagi cuma saya dan dak-tembamz saja, kot. Dino pun dah mendaki. Minggu lepas dia naik bersama group pelajar-pelajar UIA ke Gunung Nuang dan berita tentang mereka boleh anda baca di blog Junal Ini Cill Punya
PakLet pun tak naik banyak kali ke Gunung Ledang. Cuma telah mendaki 6 kali sahaja. Tapi majoritinya memang telah mendaki lebih dari 5 kali.

Ni senarai pendakian
Gunung Ledang : Toyak, Cica, Lenny, Madas, Iha, Kucai, Bob, Pacat, Fathi, Fitri, Zack, Fendi, Ruddy, Asri, Adi, Cikgu Jam, Cikgu Nazri, PakMan dan PakLet
Gunung Nuang : Ujie Hartini, Din,
Gunung Tahan : Kucai, Pacat
Gunung Kinablau : Kucai, Pacat, PakMan, Cikgu Nazri, Lenny, Fitri
Gunung Korbu : Ujie Hartini, Zack, Fathi, Madas, Asri, Adi
Gunung Datuk : Fathi, Fitri
Gunung Angsi : Fathi, Lenny, Fitri
Gunung Gading: Lenny
Gunung Santubong: Lenny
Gunung Jerai : Asri

Mereka mendaki ye, bukan naik dengan kenderaan. Kalau dulu tidak kenal rapat dengan mereka. Saya selalu terheran, apalah yang budak-budak ni cari, setiap minggu beraktiviti. Jika tiada group atau tidak dipanggil duty Kem, selalunya ada saje rancangan mereka - mendaki, pergi berakit, berkayak, hiking dan trekking. Seolah tidak tahu penat. Sekarang bila telah kenal mereka, ianya juga buat saya lebih kenal pada suami dan anak-anak lelaki saya. Mereka orang 'outdoor'. Memang tidak boleh jauh dari alam. Mereka tidak betah hidup di hutan batu. Dan 'kepala' orang outdoor ni, kalau tidak faham, susah juga. Bila bergurau, kasar. Tapi seronok dengan mereka. Dan mereka juga pandai-pandai orangnya. Kesana kesini, bekerja di Kem lagi, result tetap baik. Contoh yang baik ialah Len, Ruddy dan Asri. Juga Ujie dan Fitri yang sudah grad dan bekerja sekarang.

Tahun ini, InsyaAllah kami akan adakan Ekspedisi Gunung Ledang ex Kem Lambaian Danau. Bila dan berapa harga pakejnya akan diumumkan nanti. So, sesapa yang berminat, bolehlah mula berlatih dan fitkan badan tu. Juga kumpul duit utk beli kasut mendaki. Hiking Backpack dan peralatan lainnya boleh sewa dari kami.

Ni gambar Madas dan Adi semasa cabaran Titiwangsa. Madas pakai uniform Kem lagik !

Friday, January 16, 2004

Mengemas Dalam Air

Cewah, what a title ! Macam mana la gayanya berkemas dalam air tu :) Well, hari ni kami kemas depan pelantar opis. Depan pelantar (tempat azah, ungkunor dan anak-anak lepak hari tu) ada tempat untuk 'pillow fight' dan 'balancing'. Tapi sebab dah lama, kayu-kayu tu semua dah banyak yang reput dan tak selamat lagi untuk digunakan. Jadinya hari ni, kami - Abang, Cica dan Khalid buat kerja-kerja cabut kayu-kayu tu semua. Saya menolong juga. Yang paling penat sayalah, jadik mandor bebel itu ini. Dengan ketegasan dan pengurusan kerja saya yang baik semuanya selesai dengan sempurna. Heh !

Siap kerja kat pelantar depan, kami bekerja di belakang pulak. Mengemas di jeti belakang pulak. Cabut rumput, buang sampah dan buang lumut juga. Terlanjur air cetek ni, senanglah nak buat kerja-kerja tu semua. Mencabut rumput dalam air seperti mencabut padi pulak, kata Cica. Sambil bekerja, sambil belajar Bahasa Melayu dengan Khalid. Belajar pasal peribahasa 'biduk berlalu, kiambang bertaut'. Habis merepek, kerja pun habis. Nak minum di Kedai Akak Sarjen tapi hari ni dia tutup. Anak-beranak pergi bercuti ke Pulau Besar. Minum jerlah air mineral dari mineral pot :)

Owh, nak balik dah. Penat hari ni. Selamat Bergathering untuk semua GengJurnal :)
Happy weekend, frens !

Thursday, January 15, 2004

Tengok gambar lagi !!!

Sempena kunjungan rakan Geng Jurnal ke KEM LAMBAIAN DANAU pada 30/12/2003. Tengok model-model cun dekat sini. Paling mengancam gambar best camper. Macho gitu ! Click. Azzah, akak tak letak url site Azzah sebab danchan tu bukan leh harap, selalu takleh nak bukak. Heh !

Juga gambar Betty dengan gang MMU semasa program Senggang Santai Persatuan Literasi Melayu, MMU Cyberjaya. Click sini pulak

Blog dan Coding

Saya belajar membina site ni dari Zack, fasi saya 'yang paling comel' di Kem ni. Pastu dah reti sikit-sikit, belajar sendiri. Banyaknya saya belajar dengan 'view source' di site orang. Betty, Lenny dan dak-tembams ada gak ajar-ajar dan ubah-ubah kesilapan saya. Tengkiu guys !

Boleh dikatakan saya yang buat kebanyakan nya. Mandarin Design pun banyak membantu. Saya belajar pasal 'box dan text' dari meraka. Heheh. Tapi ok lah rasanya. Sendrey buat :) Tak download dari Blogskin :) Dan tak ngaku kerja orang tu kita yang punya. Kepada yang ambik kerja org tu bagilah credit kat mamat yang juling-juling mata mengatur coding, penat dia :) Memang skin di Blogskin tu utk didownload. Tapi cakap je la ambil kat situ. Mengaku hakciptaan sendiri tak best la. Atau jgn tulis apa-apa. Hipokrit.

Bamz ... i was at blogskin tadi ... tipah tertipu bamz !

Macam mana nak beraktiviti di KEM LAMBAIAN DANAU.

Ramai tanya saya soalan ni :) Okay, camni. Kami terima guest yang datang berkumpulan sahaja. Samada buat aktiviti sendiri dan sewa Kem dari kami atau ambil program yang kami tawarkan.

Program yang kami ada :
survivor kem (ni paling seksa lah .. kena tepon baru leh explain),
kem lasak level 1-5 (1 paling senang, jungle trekking, obtacles dll, 2 aktiviti air hinggalah 5 - ekspedisi gunung ledang),
kem kepimpinan (femes nih, tp sedikit boring sbb ada ceramah. heheh),
kem kembara kampung (utk org bandar bagus ni),
'english in camp' (aktiviti, cakap, makan, minum, mimpi dan segalanya in english)
kem bina insan (utk pelajar bermasaalah),
kem motivasi peperiksaan (utk students upsr, pmr dan spm)
dan ada lagi lah a few programmes yg kurang popular.

Harga pulak ikut jumlah peserta. Lagi ramai, lagi murah. Harga paling murah ialah RM 85.00 seorang utk satu program (3 hari 2 malam). Bukan RM 65 spt di majalah Sarina. Akak tersilap bagi info tu. Maaf. Harga juga termasuk sewa tapak, khemah, meals (6X sehari), air mineral utk aktvt luar, program dan sijil. Peserta cuma perlu bawa pakaian sahaja. Tidur dlm khemah di sini. Ni camping site ye, bukan resort :)

Facilities yg ada di Kem ni sesuai untuk 300 orang buat masa ni. Ada sebuah Anjung bertutup untuk 300 orang, dewan kecil utk 70 orang, dataran utk aktiviti utk 300 orang, surau, kabin-kabin dan lain-lain.

Kalau nak tahu lebih lanjut tolong tepon saya di no. ni : 06-5297303 . Call sebelum pukul 6.00 petang. Kalau info ni tak cukup, tanya lagi ye !

Tuesday, January 13, 2004

Happy Birthday, Sis ! 13 Januari 2004

Hari ni harijadi adik saya Ida. My only sister. Saudara kandung dan sahabat baik saya.
I Love You, Sis. Umur berapa pun, u'll always be my little sis :)
Gambar lama dia sebelum pergi Marie France. Sekarang sudah lawa, sudah slim gitu. Saje, boh gambar ni cos she hates this pic. Heheh ! Best dengki ko. That's what sisters are for, kan ? Er, mamat yang pakai baju pink cam industan tuh is my bro in-law. Heheh !
Alahai gambar takleh nak upload. esok jer la ! ishh !
Musim angin. Kuatnya angin bertiup. Bendera Malaysia koyak tetapi sudah diganti baru. Kena bayar RM 9.00. Harap-harap tak koyak bendera yang baru ni. Kena jaga kos, kan Cica ? Daun kering bersepah di seluruh Kem, nampak semak dan tidak rapi pulak Kem. Lagi pula Jepun bercuti sakit dah 3 hari - dari hari Jumaat lepas dia tak kerja. Banyaklah kerja-kerja dia yang tertinggal. Dan Cica tukang cover kerja-kerja tu. Selain dari buat kerjanya, Cica kena siram pokok bunga hari-hari. Musim angin membawa cuaca kering dan dah lama tak hujan. Air tasik pun dah berkurangan.

Dua hari kami sibuk buat pelan untuk pembangunan Kem. Juru lukis pelannya, Muafa dan Khalid. Dua-dua bekas student architecture tetapi tak habis belajar. Muafa ucap selamat tinggal kat course dia di UTM, Sekudai masa tahun 2. Khalid pulak sebelum angkut kain baju balik Mesia sempat belajar architecture di 3 buah U di States - tak habis belajar jugak - Kami ada seorang lagi staff yang juga sedang belajar architecture. Lef (M) Kucai. Tolonglah Kucai, sekolah sampai habis !
Apapun pelan dah habis lukis dah. Sempurna juga jadiknya :) Ingat nak diuploadkan pelannya kat sini tapi tak payah kots. 'Trade secret' Heheh !

Musim kering macam ni jugak musim orang memancing. Semalam Abang, Khalid, Muafa, Ida (staff dapur) dan Cica pergi memancing. Banyak jugak dapat ikan. Memancing di kolam Labas Angin. (Well, Pok El ko jgn print dan tunjuk kat Labas page ni. Habis aku kalau dia tahu aku panggil dia Labas. Neway, since ko kat Mexico aku tak risau sgt. Takkan ko baca blog aku kat sana kan ? Kalau kau baca, belikan aku walkie talkie yg power-power sepasang. If i do get my gadget then i know u do read me wherever u r :) )

Entah boleh post entry ni entah tidak. Pernah dengar peribahasa sekali air bah, sekali pantai berubah .. . Ada peribahasa baru .. sekali angin bertiup, sekali connection ku putus Hampeh kan dok dlm hutan ?

Monday, January 12, 2004

testing in progress...




ini lah kem lambaian danau kesayangan kami.... =)

link ke album gambar kak g...

tak tahu apa yg tak kena dengan gambar yg kak g upload tuh. tak keluar pula. (or am i da only one who experiencing this??) tried few times to fix it, but i can't. neway, for u guys out there pls click here to view the photo album yeah?! okie dookie. hv a nice day evrione!! =)

***cakap omputeh lah pulak!

***TRANSLATION***TERJEMAHAN***

aku seorang aje ke yg mengalami benda nih? (sebab gambar yg kak g pindah naik tuh tak keluar). dah cuba beberapa kali baiki benda alah tuh, tapi, aku tak boleh. jadi, kepada lelaki anda di luar sana, silalah klik sini untuk melihat gambar² tersebut ye. baik. selamat menempuh hari yg ceria semua!! =)

Sunday, January 11, 2004

Tengok gambar lagi

Mari tengok gambar KEM LAMBAIAN DANAU kat sini :
Betty's JOURNAL [updates on me] .
Betty datang dengan group Persatuan Literasi Melayu, MMU Cyberjaya. Betty and Gang, thanks so much for the tees. Pesanan dari PakMan, " telinga dah baik? "

Seminggu Berlalu

Teruk sungguh saya, lambat dan asyiklah tak update diary. Berjangkit malas Len kots. Beware Len, akan ku rebut mahkota kemalasanmu itu. Minggu ni tiada group sebab cancellation oleh UPM. Rindu jugaklah nak bercamping. Minggu ni juga masih sibuk dengan anak-anak yang baru memulakan tahun persekolahan baru.

Rindu dengan GangLasak. Dan akibat rindu juga, Pakdi dan Asri ke Kem pada hari Jumaat. Ikut PakLet pergi memancing. Malamnya pulak mereka singgah ke rumah, jumpa Nenek. Rindukan nenek. Nenek pula rebus ketupat, panaskan sambal kacang dan rendang. Makan dan makan. Sudahnya pukul 11. 30 malam baru mamats berdua tu balik ke rumah sewa. Banyak cerita, macamlah lama sangat tak berjumpa. Padahal minggu MMU hari tu dua-dua 'on duty'. Cerita pasal trip ke Penang dan Genting. Dua-dua tak balik kampung cuti semester ni.

Sabtu pula ada 'directors meeting'. Abang, Sham dan Fadhli. Saya dan Ida datang lambat sikit, bawak lunch dari rumah. Meeting santai-santai. Lepas tu 'lake cruise' pulak. Kolam memancing di depan tutup, apa lagi bolahlah Bayu Tasik dispeed oleh Cica. Sham, Fadhli dan Cica sambung lagi dengan berkayak. Seronok jugak tengok Li berpeluh-peluh begitu. Heheh.. Penat je bakar kalori, lepas tu makan pulak goreng pisang dan kuih bom yang berminyak-minyak. Entah apa lah sedapnya kuih-kuih tu. Saya tak usik langsung, tak heran ! Heh !

Pukul 6 baru mereka balik. Sham siap gi beli ikan tilapia untuk bawak balik. Macam biasa kami suka beli dengan PokLong, heheh !

Saya dan Abang tak balik lagi. Saya diberi penerangan berkenaan dengan development baru di Kem. Gaduh serba sedikit baru kata putus dicapai :)
InsyaAllah ni pembangunan dan perubahan baru di Kem:
1. Tapak campfire disimen untuk Tapak Putera baru
2. Tapak Puteri dan Tapak Putera lama disimen untuk Tapak Puteri baru
3. Kebun nenas dan ubi kayu Jepun di buat Dewan Makan yang baru
4. Surau baru yang lebih besar dibuat bersebelahan dengan Tapak Survivor (sebelah splash)
5. Anjung Kelana akan jadi 'lobby'
6. Surau lama akan jadi 'dorm'
7. Jeti baru
8. Bilik mandi perempuan baru
9. Tambahan tandas
10. Obstacles Course yang baru
11. Dataran Insan akan dibesarkan dan dibumbung. Dah ada bumbung takleh la nak panggil dataran lagi kots ? Anjung Insan ?
12. Rumah kayak tambahan
13. Setor barang-barang baru
14.Keter BMW 5 series baru untuk Kak G

Sekarang ni kami berada di Kem bersama-sama Abang Sahak dan Pak Man. Mereka sedang marking tempat untuk obstacles course baru tu. Apapun yang akan bakal berlaku pada KEM LAMBAIAN DANAU ianya tetap menjadi kesayangan saya. Terlalu banyak airmata dan peluh saya tercurah di sini. Banyak cabaran dan derita yang telah dilalui bersama Kem ni. Di sini juga saya melihat Bob dan Kucai membesar dari budak sekolah yang nakal telah menjadi anak muda yang bertanggungjawab walaupun masih sedikit nakal. Di Kem ni juga banyak tali persahabatan/persaudaraan telah terjalin. Dan semua ini tiada nilainya dengan material.

Mengenang masa lalu dan saya jumpa gambar-gambar ni. Gambar keadaan Kem masa lalu, masa zaman baru lahir. My beloved Kem Lambaian Danau. Let's share !


Ni gambar Dataran Insan sebelum disimen. Kami angkat log-log yang dibuang orang dekat tempat sampah dan jadikan tempat duduk. Morning exercise buat kat sini juga.



PakLet dengan peserta (waktu malam) di Anjung Kelana lama.



Morning exercise di tepi tasik menghadap Kedai Sarjen



Dataran Insan. PakLet denda peserta. Heh !



PakMan dengan peserta di Dataran Insan


Harapan dan doa saya semoga Kem bertambah maju, semoga impian kami semua tercapai. Semoga Allah swt menperkenankan permintaan kami. Amin !

Wednesday, January 07, 2004

Chatterbox

Jawab kat sini jer lah ..

++ Ct_cute. Datanglah ke Kem. Rasanya azzah nak plan lagi tu bila nak datang. 1st May takleh azzah ? Semua orang cuti masa tu.

++Tok Rimau. Iyelah tu busy. Orang nak bagi dia business pun tak nak. Meh la plan-plan. sok leh kita sesama beli compressor seorang sebijik. Heh !

++ Aup. Kemain lagi ko ye. Dah lah tak jumpa jalan ke Kem. Siap aaa ko datang. Eleh, akak glamer kunun. Tunggu la ko dtg sini.

++ Zar. Tu la Zar, sapa soh takmo ikut. Tapi honeymoon pun best gak Zar :) Thanks Zar, hantarkan akak report tu :) Tapi lom sampai lagi.

++ Addeen yang jauh dimata :) Alahai, bila tuh Addeen nak balik ? Kalau ada kat Mesia, dtg jer la ye :)

++ Din, minggu ni UPM cancel la. Dia org nak postpone. Tp date sudah elek ! Minggu ni ko setadi bagus-bagus punya, kay ! Cellen la dak-tembams nga Len tu. Pointer dia org lebih 3.3 tuh !

++ Huna, miss u :) . Suka tengok Huna dah menulis semula. Sayang Huna !

++ UngkuNor. Noy, pening dan letih layan anak-anak sekolah. Sama jer kita :) Macam mana Azib. Kat sini semua gilerkan Azib, ecspecially Toyak. Asyik le Azib, Azib. Kata kat dia kita orang kirim kiss sett kat dia !

++ Maria. Ehem kem salam. Ahak ahak pun kemsalam. Dia tanya bila nak datang lagi.

++ Mal yang disayangi :) Amboi, dating kat chatterbox akak lak ye ! Dah gi tengok wayang ngan Yong ? Akak memang glamer, kan sejak dari dulu lagi dah bese masuk majalah. Lupa ker ? Heh !

Promosi Kem

Majalah SARINA bulan ni mempromosi KEM LAMBAIAN DANAU. Kasihan kat Cik Siti Zarinah, saya tak dapat bagi info yang selengkapnya. Masa dia interview saya, saya baru pulang dari hospital ! Tapi kalau nak tahu pasal Kem, belilah majalah SARINA. RM 3:50 jer !

Karangkraf dan Siti Zarinah, jutaan terima kasih dari KEM LAMBAIAN DANAU :))

Isnin la pulak ….

Sekejap saja dah tahun baru dan anak-anak naik kelas lagi. Abah dan Mama bertambah usia setahun lagi ! Tu la pasal tembams, akak dah tukar skincare. Kena jaga kulit maaaaaa takut berkedut ! Heheh ..

Kami berdua menunggu Nana di kelas pre-schoolnya. Nak Abah dengan Mama berdua tunggu. Aduhai tuan puteri sorang. Menangis dan meraung jika ditinggalkan. Abah dukong masuk kelas. Kalau saya, saya lempang jer kalau degil camtu. Tapi takut Abah marah lak kang Dah biasa dengan Abang-abang. Hantar dan tinggalkan. Okay jer. Si-manja Abah sorang ni !

Minggu ni kami amat sibuk. Pening. Letih bermusyawarah berdua. Banyak keputusan perlu dibuat. Apapun, saya ingat pesan ep ‘money is not everything’. Pada masa ni saya amat bahagia dan rasa senang dengan kehidupan yang Allah swt berikan pada saya dan keluarga. Nak kata mewah sangat tu taklah, tapi cukuplah makan minum kami sekeluarga. Tidak perlu wang berjuta rasanya. Entahlah, si-suami dengan nak menghadapi cabaran, nak sakitkan jantung semula nak mulakan semuanya semula, Si-isteri macam kata Wkdin, ‘sentimental’. Entahlah, entahlah, entahlah. Perlu istikharah. Biarlah DIA yang membantu membuat keputusan.

Minggu ni tak de group. UPM postpone. Maaflah, jika tiada date nanti. Sebulan cuma ada
4 weekends. Nasib lah. So minggu ni, adik-adik sayang, dok campus dan setadi. Kem tutup. Kami nak rehat ::)

Minggu Sibuk Lagi !

MMU Cyberjaya
Group Cyberjaya masuk untuk program Senggang Santainya. Saya tak join langsung, Cuma datang sekejap-sekejap untuk jumpa Betty. Kerja di rumah melambak-lambak, menguruskan anak-anak yang nak ke sekolah semula pada 5 Januari 2004.

Pukul 8 pagi hari Jumaat lepas saya ke sekolah untuk daftarkan Nana yang mulakan tahun pre-schoolnya. Bawa juga Nadzrin. Selepas mendaftar saya tunggu Nana yang menjalani orientasinya dan Abang pula pergi beli buku-buku Nadzrin. Habis orientasi Nana pada pukul 10 pagi, kami hantarkan kedua-dua si kecil ke rumah dan ambik pulak Abang-abang. Pergi ke sekolah Hafidz untuk beli buku Hafidz pulak. Selepas tu pergi ambil gambar mereka berdua. Siap semua, Abang terus ke Kem dan saya pula balik dengan anak-anak.

Amir dengan Hafidz berjalan kaki ke masjid sebab Abang solat di masjid Chinchin. Tengah berwudhu’ gusi Amir berdarah. Jadinya petang tu saya kena bawa dia ke dentist. Nasib baik dak-tembams dan Lenny dah datang ke rumah jadi adalah orang untuk menjaga anak-anak yang lain. Habis semuanya, lepak dulu sebab MMU hanya akan sampai lewat malam. Len bukak saluran Hallmark. Kami berdua layan citer ‘Falling Angel’. Dak-tembams pulak layan bantal. Bese lah minah nih :)

Lewat petang barulah kami bertiga ke Kem. Lepak lagi di Kedai Sarjen pulak sambil tengok gangLasak yang dah sampai main carom. Lepas tu saya ke opis dan anak dara berdua tu pergi mengemas bilik. Malam saya dan dak-tembams ke Tangkak beli dinner. Peserta tak dinner malam ni, jadi biarlah GangDapur relax skets. Lagipun mereka nak belajar matematik malam nanti. Lepas hantar dak-tembams dan dinner saya balik ke rumah.

Esoknya ingatkan nak pergi lambat. Tiba-tiba Abang telefon, “Yang, abang jatuh motor”. Lah, naik motor ke mana pulak. Saya terus je ke Kem, tengok ramai fasi berkumpul di port belakang dapur. Mengeliling PakLet dan Muafa yang cedera. Rupanya Abang dan Zack memancing di parit Check Point 12 sementara menunggu peserta menyeberang. Abang dapat ikan, Zack tak dapat. Bila group Muafa sampai, mereka bertukar guide. Muafa memancing dan zack pulak bawak peserta. Habis semua peserta menyeberang Abang dan Muafa balik. Jarang bawak motor entah macam mana takleh nak balance kea pa, motor rebah. Kami menahan hati jer jangan gelak sebab takut kena marah. Bila Zack datang dan cerita, tak tahan lagi. Gelak jugak ramai-ramai. Zack biasalah, mana makan saman. Selain Kucai, hanya Zack yang berani kutuk PakLetnya :)

Yong ada datang weekend lepas. Dah jatuh cinta kat Kem minah ni ! Tapi kesian dia, nak ikan haruan tapi ikan dah dilepas ke kolam besar. Tak dapat nak tangkap, Yong ! Thanks juga pada Yong sebab tolong hantarkan Lenny dan dak-tembams balik ke campus Ahad lepas. Satu jer risau ngan minah ni, bawak keter laju sangat ! Sempat gak ngan Toyak hari tu bebelkan dia. Lain kali kalau dia bawak laju lagi, kita belasak dia, kan Yak !
Ahad tak pergi langsung ke Kem. Lencana dan tandanama kat uniform anak-anak lom habis jahit.Telefon opis nak cakap dengan Yong dan Betty tapi mereka berkayak pulak. Sampaikan jer pesan kat Cica. Maaf Yong, maaf Betty tak dapat nak layan macam biasa. Yong pulak lain kali akak nak kirimkan Cill kalau Yong datang. Taklah sakit jantung tunggu Mamat tuh ! Orang risaukan dia, dia dating sampai kol 3 pagi !

Ahad petang kami berdua berpecah. Abang bawa Amir daftar dan saya bawak Hafidz daftar di sekolah masing-masing. Abang berdengkut dengan lutut koyaknya. Saya berjalan dengan jalan pengantin saya (ep, awak tengok tu saya jalan slow tuh, kalau sihat lagilah laju dan lagilah cergas – saya orang lasak, ep!) Habis juga segala urusan. Alhamdulillah,syukur padaNya.

Saturday, January 03, 2004

Tembams ajar

Ni pelajaran tahun baru. Tembams adalah pengajar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...