Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Wednesday, January 07, 2004

Minggu Sibuk Lagi !

MMU Cyberjaya
Group Cyberjaya masuk untuk program Senggang Santainya. Saya tak join langsung, Cuma datang sekejap-sekejap untuk jumpa Betty. Kerja di rumah melambak-lambak, menguruskan anak-anak yang nak ke sekolah semula pada 5 Januari 2004.

Pukul 8 pagi hari Jumaat lepas saya ke sekolah untuk daftarkan Nana yang mulakan tahun pre-schoolnya. Bawa juga Nadzrin. Selepas mendaftar saya tunggu Nana yang menjalani orientasinya dan Abang pula pergi beli buku-buku Nadzrin. Habis orientasi Nana pada pukul 10 pagi, kami hantarkan kedua-dua si kecil ke rumah dan ambik pulak Abang-abang. Pergi ke sekolah Hafidz untuk beli buku Hafidz pulak. Selepas tu pergi ambil gambar mereka berdua. Siap semua, Abang terus ke Kem dan saya pula balik dengan anak-anak.

Amir dengan Hafidz berjalan kaki ke masjid sebab Abang solat di masjid Chinchin. Tengah berwudhu’ gusi Amir berdarah. Jadinya petang tu saya kena bawa dia ke dentist. Nasib baik dak-tembams dan Lenny dah datang ke rumah jadi adalah orang untuk menjaga anak-anak yang lain. Habis semuanya, lepak dulu sebab MMU hanya akan sampai lewat malam. Len bukak saluran Hallmark. Kami berdua layan citer ‘Falling Angel’. Dak-tembams pulak layan bantal. Bese lah minah nih :)

Lewat petang barulah kami bertiga ke Kem. Lepak lagi di Kedai Sarjen pulak sambil tengok gangLasak yang dah sampai main carom. Lepas tu saya ke opis dan anak dara berdua tu pergi mengemas bilik. Malam saya dan dak-tembams ke Tangkak beli dinner. Peserta tak dinner malam ni, jadi biarlah GangDapur relax skets. Lagipun mereka nak belajar matematik malam nanti. Lepas hantar dak-tembams dan dinner saya balik ke rumah.

Esoknya ingatkan nak pergi lambat. Tiba-tiba Abang telefon, “Yang, abang jatuh motor”. Lah, naik motor ke mana pulak. Saya terus je ke Kem, tengok ramai fasi berkumpul di port belakang dapur. Mengeliling PakLet dan Muafa yang cedera. Rupanya Abang dan Zack memancing di parit Check Point 12 sementara menunggu peserta menyeberang. Abang dapat ikan, Zack tak dapat. Bila group Muafa sampai, mereka bertukar guide. Muafa memancing dan zack pulak bawak peserta. Habis semua peserta menyeberang Abang dan Muafa balik. Jarang bawak motor entah macam mana takleh nak balance kea pa, motor rebah. Kami menahan hati jer jangan gelak sebab takut kena marah. Bila Zack datang dan cerita, tak tahan lagi. Gelak jugak ramai-ramai. Zack biasalah, mana makan saman. Selain Kucai, hanya Zack yang berani kutuk PakLetnya :)

Yong ada datang weekend lepas. Dah jatuh cinta kat Kem minah ni ! Tapi kesian dia, nak ikan haruan tapi ikan dah dilepas ke kolam besar. Tak dapat nak tangkap, Yong ! Thanks juga pada Yong sebab tolong hantarkan Lenny dan dak-tembams balik ke campus Ahad lepas. Satu jer risau ngan minah ni, bawak keter laju sangat ! Sempat gak ngan Toyak hari tu bebelkan dia. Lain kali kalau dia bawak laju lagi, kita belasak dia, kan Yak !
Ahad tak pergi langsung ke Kem. Lencana dan tandanama kat uniform anak-anak lom habis jahit.Telefon opis nak cakap dengan Yong dan Betty tapi mereka berkayak pulak. Sampaikan jer pesan kat Cica. Maaf Yong, maaf Betty tak dapat nak layan macam biasa. Yong pulak lain kali akak nak kirimkan Cill kalau Yong datang. Taklah sakit jantung tunggu Mamat tuh ! Orang risaukan dia, dia dating sampai kol 3 pagi !

Ahad petang kami berdua berpecah. Abang bawa Amir daftar dan saya bawak Hafidz daftar di sekolah masing-masing. Abang berdengkut dengan lutut koyaknya. Saya berjalan dengan jalan pengantin saya (ep, awak tengok tu saya jalan slow tuh, kalau sihat lagilah laju dan lagilah cergas – saya orang lasak, ep!) Habis juga segala urusan. Alhamdulillah,syukur padaNya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...