Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Sunday, January 25, 2004

Lapuran Perkhemahan SME, KUTKM

Hari Jumaat pagi saya dah ke Kem. Sebelum ke Kem, habiskan gosok uniform sekolah anak-anak. Nak buat hari Ahad lepas group keluar, takut nanti penat sangat.

Sampai saje ke Kem pada hari Jumaat, tengokkan Jepun dan Khalid yang bertukang. Saya minta mereka tutupkan bahagian atas store Anjung Kasih. Alex (monyet yg tinggal di Kem) nakal sekarang, dah pandai masuk ke store dan ambik bahan makanan yang kami simpan. Habis telur-telur yang disimpan untuk 'war game' dimakannya. Kalau ambil untuk makan saje tak apa juga. Dia pecahkan banyak telur-telur tu. Telur habis, semut datang dan lalat pun mencari bau telur pecah.

Ida dah sampai dan mencuci semua keperluan. Pinggan-pinggan, sudu garfu, gelas-gelas dan peralatan memasak semuanya dicuci dulu. Dah 2 minggu tak diguna jadi kenalah dibersihkan. Cica pulak mengemas Dataran Insan. Sapu dan mop lantai dataran dan pentas. Lepas tu dia menyusun bangku-bangku besi untuk kegunaan peserta nanti.

Habis pagi tu dengan menyiapkan persiapan terakhir sebelum peserta masuk. Pukul 12.00 urusetia KUTKM sampai dan berikan mereka kunci-kunci chalet. Yang lelaki semua balik untuk solat Jumaat. Saya tolong Ida masak. Ida masak nangka dan udang masak lemak berempah, sambal telur dan sambal belacan. Semuanya pedas ! Lupa cakap, dak-tembams sampai pukul 10 pagi dan saya ambil dia depan Kedai Aherq.

Pukul 2.00 Cill telefon pulak. Dah sampai Tangkak dan baru lepas solat. Saya suruh dia tunggu saya dan dak-tembams depan Balai Polis Tangkak.

Jalan ke Kem pula sedang dibesarkan. Nak pilihanraya, kan :) Dan mereka tutup jalan tu. Alahai, macam mana pulak bas KUTKM nak masuk karang. Pergi jumpa Mat Indon yang jaga jalan tu dan minta dia benarkan 2 bas tu masuk. Nasib baik, dia ok. Terima kasih, ye pak !

Dan petang tu kami menunggu dan menunggu. Janjinya peserta dari SME, KUTKM sampai pukul 3 petang. Bukan jauh pun Air Keroh-Jasin. Mereka hanya sampai pukul 5.00 petang. Kesian Madas, pening dengan berbagai kerenah anak-anak buahnya.

Malamnya ada ceramah. Maklumlah ini Kem Kecermalangan Siswa. Tentulah banyak slot utk mendidik peserta-peserta. Ceramah pertama oleh Prof Madya Dr. J. Saya tak dengar pun, sebab beramai-ramai relax dengan fasi-fasi di Pondok Fasi. Rugi sungguh, sebab lepas tu bila dapat bersembang dengan dia, baru dapat tahu. Dia wanita istimewa. A very nice lady ! Padan muka saya :(

Habis sembang-sembang pergi pula ke jalan belakang Kem. Tengok peserta buat aktiviti 'nite walk' Macam biasa bermacam perangai. Takleh cerita :) Nak tahu, datang dan experience.

Pukul 3.30 pagi baru berpeluang tidur. Dan esoknya awal lagi dah bangun.

Hari Sabtu lepas lunch baru kami handle aktiviti. Rakit lagi :) Sekarang ni orang berebut nak aktiviti rakit. Mungkin sebab aktiviti ini baik untuk teamwork. Macam-macam style rakit dibuat oleh pelajar-pelajar Mechanical Manufacturing Engineering. Nakal juga saya dan gelakkan satu rakit ni. Rakitnya nampak macam tak teguh dan entahlah. Tak tahu nak describe :) Cam tak senonoh jer, kami rasa. Lecturer-lecturer mereka pun dok komen. Sekali, bila masa pertandingan rakit mereka yang menang. Huh !

Urusetia pun kena ambil bahagian. Kesian Madas, Kucai dan dak-tembams. Berusaha bersungguh-sungguh dan mendahului masa lap (cewah, lap !). Bila lap kedua, galah penolak pula patah. Tak menanglah jawabnya.

Mengantuk la pulak. Nanti saya sambung lagi ....

*** Jumaat belajar lagi pasal coding dengan Cikgu Bamz saya. Tengkiu, bamz !

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...