Petang semalam juga Cica dan Khalid pasang jaring ikan. Bila musim hujan, pasang jaring ikan sebab ikan mabuk dan senang lekat di jaring. Bila musim kering pula, pergi timba lubuk dan tangkap ikan juga. Itu belum lagi musim punai. Bedik punai, jerat ayam hutan, wak-wak dan macam-macam lagi. Begitulah kehidupan di kampung.
Hari ni pulak dapat tanah free 3 lori. Jalan masuk depan dekat taman perumahan baru tu, sedang di ratakan untuk ditar. Yang bekerja Amy, member kami yang ada JCB. Mintak Amy dan adik Kuek buang tanah tu di Kem. Banyak gunanya tanah tu nanti.
Saya bercadang untuk timbus (betul ke perkataan ni ?) bahagian tasik di belakang Kedai Sarjen. Saya dah PENAT beritahu mereka supaya jaga kebersihan belakang kedai tu. Jepun dan Cica pun dah penat dah pungut sampah mereka. Dah lah geram jalan yang kami buat untuk ke tapak war game tu sesuka hati dibuat tempat buang sampah.
Hari ni jugak kami dah siap beli semua barang makanan untuk group KUTKM tu. Takut apek-apek tu beraya sakan karang payah lak nak beli barang. Bilalah ye, kita boleh berdikari dan tidak perlu bergantung kepada apek-apek ni ? Kan kita ramai, kalau kita semua beli dari orang bangsa kita kan bangsa kita juga boleh maju ? Aherq pun cuti dari Khamis hingga Ahad. Siap datang ke Kem announce cuti dia. Contoh yang baik sebab dia jaga customer dia. Takut nanti Kem tidak berair batu. Kong Hee Fatt Choy, aherq !
Group minggu ni adalah projek Madas. Macam biasa fasi, support Madas. Bolehlah dia bertanding piliharaya tahun depan. Best gak Madas jadik YB. Belum ada lagi fasi bergelar YB ni. Minggu ni juga Len dan Agus ke survivor kem. Adi pergi daki Gunung Stong di Kelantan. Yang lain ada kot, sebab cuti Raya ni. Yang nak exam tu, kalau rasa datang akan membuang masa anda tak payahlah datang. Study. Go get good result :)
No comments:
Post a Comment