Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Sunday, August 31, 2003

Happy Birthday, Malaysia

Malaysia Milik Kita !


Dari saya untuk semua saudara seMalaysia :

Seloka Cak Kun Cak (Tan Sri SM Salim dan M. Nasir)
Satu masa yang telah silam
Tak dapat diambil kembali
Melayu mashyu serata alam
Hidup mewah gagah sekali
Pahlawan kita nama terbilang
Ditakuti ramai perwira
Melawan musuh tak terbilang
Gerak semangat kerana bangsa
Kelekaan jangan dikenang
Lautan duka kelak direnang
Hampir tinggal sehelai benang
Bencana sengaja dipinang
Jika perhati bangsa dagang
Kapak beliung ditangan memegang
Kekayaan hendak diregang
Akhirnya saudagar pangkat dijulang
Disulami syair termasyur
Usahlah berdengkur
Kita jua yang bertafakur
Yang mana khilaf tegur menegur
La la la la
Kulitnya bersih hati pun bersih
Budi yang baik hatinya pengasih
Kulitnya bersih hati pun bersih
Memikul belati tiada memilih
Jadikan bersih hatip un putih
Berkata benar mulut pun fasih
Jadikan bersih hati pun putih
Dialah khazanah pintu terpilih
Aa aa aa aa
Awak yang payah membelah ruyung
Orang bertandang yang beroleh untung
Akhirnya kita tak akan dihitung

Happy Birthday, Mak

Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah dosaku dan dosa ayah dan ibuku serta kasihilah mereka sebagaimana kasih mereka padaku sewaktu aku masih kecil.

Jumaat haritu bergegas jemput Amir di hostel, lepas tu berkejar pula ke Tesco untuk ambil moist chocolate cake yang ditempah dari Secret Recipe. Mak pulak puasa. Jadi sebelum pergi cepat-cepat masak untuk hidangan buka puasa Mak. Saya takut terlambat nanti, kesian lak Mak. Balik rumah, dah pun masuk waktu Maghrib dan Mak dah pun berbuka. Lepas Mak keluar bilik selepas solat Isya', anak-anak padamkan lampu dan pasang lilin atas cake Mak. Mak bising je, "Nenek dah tua la, taknak tiup lilin la ..." Kena paksa juga. Pastu Amir baca doa untuk Nenek dan semua orang kiss Mak. I love this woman ! Sepanjang hayat saya ini la manusia paling saya sayang dan saya hargai (Abang, kat u i cinta, ok ?) Pastu Mak buka kad-kad dan hadiah-hadiah dari kami semua. Had a great time tapi dalam hati saya amat merindui Ayah. Al-Fatihah buat Ayah.

Friday, August 29, 2003

~kucai oh kucai

~When kuchik start writing...
Ini kisah si Leftenan Muda Kucai pula. Tempohari semasa budak-budak dari UKM datang buat program di sini, Kucai catat satu sejarah. Agaknya kerana si Eiha datang, dia memang gembira sebab mangsa-mangsa yang dia hendak buli bertambah. Kesian si Eiha selalu kena buli tetapi sekarang dia dah makin pandai hendak membalas. Ada peningkatan semenjak Eiha bercampur dengan budak-budak di kem ini. Biarpun sekarang pun dia masih lurus, tetapi sekarang dia akan fikir dulu sebelum dia ikut mana-mana arahan dari fasi-fasi lain. Selalunya dia main ikut je.

Cerita Kucai ini time kami breakfast pagi Sabtu; masa tengah syok-syok melayan breakfast, keluar kisah si Kucai (kami sesama fasi, Pak Let, Pak Man & Kak G, Kucai belum masuk scene lagi time nie). Kisah si Kucai masa sekolah, kisah dia masa kem baru buka, kisah dia yang pantang jumpa air sikit, nak terjun. Memang dia tough orangnya, biarpun kecik. No wonder, dia leh jadi Leftenan Muda Kucai. *Bangga sket!!* Dah nak masuk ending dah cerita, kisah parents dia lak kuar. Rupa-rupanya mak kepada si Kucai nie adalah x-classmate kepada cikgu Jamsari. Time kami kecoh-kecoh itu, barulah watak Kucai ini masuk.

Apalagi, soalan bertubi-tubi menyerang Kucai. *macam main games lakz*. Semua orang macam tak puas hati je dengan jawapan si Kucai yang ndak tak ndak je jawab. Si Kucai nie rupanya dah tahu yang Cikgu Jamsari nie ada bau-bau bacang dengan dia selama ini. Dia sengaja buat-buat tak tau. Tengah menjawab soalan-soalan yang datang, dia sibuk nak makan. *memang tak kisah langsung apa yang orang tanya*

Kemudian adalah suara-suara yang suruh Kucai bersalam dengan Cikgu Jamsari. He refused mulanya, yelah tengah dok melantak time tue, org sibuk suruh dia salam pulak. Paksa punya punya paksa,dia bangun tetapi dia peluk tiang kat dapur tue elok je. Paksa lagi, last-last dia ikut. Dia salam, lepas itu kami suruh dia cium tangan cikgu Jamsari. Dia dah makin blur dah time tue. Dengan terkebil-kebil, dia cium tangan cikgu Jamsari. Part paling best, Kucai ikut je apa yang kami suruh. Lurus je, innocent je muka dia time tue. Dah cium tangan tue, baru dia perasan yang dia dah terkena. Nak cover dia dah kena, dia gelak sekali. *Merah je muka time cover tuh*

Bukan selalu boleh gelakkan si Kucai, sebab dia yang asyik sibuk hendak kenakan orang. Masa dia terkena, dia akan cepat-cepat kenakan orang balik. Orang yang hendak kenakan dia, last-last orang tue yang akan terkena balik. Part-part nak buli orang, part nie memang dah macam kerja dia dah. Sekali dia terkena, memang best juga tengok.

::Additional notes::
Rasanya since last week, semua orang kena sakit peluk tiang version Fakhrin.

Dapat cuti weekend !

Minggu ni tak de group so kami akan bercuti panjang. Cuti dari Sabtu sampai Isnin. Boleh relax, boleh celebrate besday Mak ... Ida & Fadhli ada balik lagi. Amir pun balik wajib minggu ni. Best dapat berkumpul ramai-ramai. Jepun & Mamat cuti Ahad & Isnin. Sha dah pun mula cuti sejak semalam, dia pergi buat partime kat F1 Circuit, Sepang.

Mobile Abang hilang hari Jumaat lepas. Hilang masa dia hantar kereta saya ke bengkel untuk tambah minyak gear. Puas gak la kami mencari. Tapi bila telefon dan dapat telemanager jer, dah agaklah sure dah kena kebas. Since weekend lepas ada group dan Abang sibuk baru semalam dapat pergi settlekan hal-hal pasal tepon dia tuh. Ni dah ada mobile baru tapi nombor tetap yang lama juga.

Fear Factor
Malam tadi tengok Fear Factor dengan Abang. Abang suka sangat program ni. Bila tengok peserta tuh semua, dah agak dah yg mak tam tuh takleh buat punya. Sebab dari cakap-cakap besarnya dia sebenarnya nak 'cover' katakutannya. Biasa jer orang cakap besar ni, terpaksa buat macam tu untuk melindungi diri yang sebenarnya. Suka dengan budak perempuan yang menangis takut ulat tu. Dia buat kami teringat kat Eiha. Eiha yang lemah lembut, feminin, cantik dan sweet sangat dengan lesung pipit dia tu :) Dia fasi kami, a favourite girl dengan semua kat sini. Dia boleh buat semua yg fasi lelaki buat, boleh bawa peserta jungle-tracking, pi obstacle, kayak dan semuanya la. Dia selalu pi mendaki dan juga pernah gi berakit di Sg. Nenggiri di Gua Musang tu. Orang selalu ingat perempuan yang suka outdoor ni mesti perempuan yang fizikalnya cam lelaki dan kasar cam lelaki. Salah tu ! Eiha tetap Eiha dengan senyum 24 jam dia tu. Minggu lepas dia orang training berenang. Terjun dari bot Bayu Tasik dan berenang ke Jeti Putera. Jauh tu (800m, kots Cica ?) Fakhrin, Kucai dan Eiha. Eiha dan Kucai jer yg berenang hingga ke Jeti. Fakhrin separuh jalan dah minta bantuan. Memang Eiha best, sebab Kucai tu Pegawai Palapes, teruklah kalau Leftenan Muda takleh nak kalahkan Eiha.

Sebelum Fear Factor tu saya tengok juga Anugerah Erti Merdeka. Tengok sambil layan-layan Nana dengan buku-bukunya. Apalah, dah 46 tahun merdeka tapi anak-anak merdeka masih tak boleh berbahasa Melayu, bahasa kebangsaan dengan baik. Tak reti cakap ke ataupun bila kamera dah didepan rasa tak nampak pandai pulak jika berbahasa Melayu.

Kad dari PM. Kami dapat kad Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan dari PM. Di alamatkan kepada : (Nama Abang), Pengarah Urusan, Kem Lambaian Danau, bla, bla, bla ... Kad envelope ada cop Perdan* Menter* Malaysia. Terperanjat dia sekejap, mana lak Mamat ni kenal dia. Thanks je la :) Saya bukan tak suka dia ni. Saya cuma dah bosan dengan cara dia manage the country. Rasa cam citer industan jer. Ada hero sana, hero sini. Hero berenang, hero naik kapal dan macam-macam lagi la. Buat benda-benda ketupat besar, kuih raya besar, benda panjang, benda besar dan segalanya la. Kalau nak tulis memang banyak sesangat. Malas. Upsere Nebete.

Untuk Ogy

FADZILAT BULAN REJAB
*Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga"
*Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 2 hari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya (sepanjang umurnya)."
*Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 3 hari dalam bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)"
*Rasullullah s.a.w. bersabda; "Sesiapa berpuasa 3 hari ada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga)seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya,70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit) 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan,70 hajat ketika berlalu di atas titi Sirotolmustaqim."
*Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 4 hari dalam bulan Rejab akan diafiatkan dia daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal pada hari Kiamat."
*Rasullullah s.a.w. bersabda, "Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur."
*Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar dari kubur bercahaya mukanya."
*Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka."
*Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 8 hari dalam bulan Rejab akan dibuka baginya 8 pintu Syurga."
*Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu tidak ditolak dia dari masuk Syurga."
*Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 10 hari pada bulan Rejab, dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat diatas titian Sirotolmustaqim pada hari Kiamat."
*Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 10 hari pada bulan Rejab, Allah akan menjadikan baginya hamparan perhentian di titian Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu."
*Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 15 hari pada bulan Rejab adalah sama seperti berpuasa 100,000 tahun."
*Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga,dan akan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah didalam Syurga."
*Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 19 hari pada bulan Rejab akan dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam."
*Rasulullah s.a.w. bersabda; "Puasa 20 hari pada bulan Rejab,diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripda umurnya (pembaharuan umur)."
*Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa bulan Rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat."
*Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa pada awal Rejab, pertengahan dan akhirnya seperti berpuasa sebulan pahalanya"
*Rasullullah s.a.w. bersabda; "Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebuku roti"
*Rasullullah s.a.w. bersabda; "Sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kepicikan orang Mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus"
*Rasullullah s.a.w. bersabda, "Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah) diampunkan dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah."

*** Mak puasa hari hari ni, balik awal siapkan hidangan buka puasa Mak.

Thursday, August 28, 2003

Shoe Boxes

I had a great time last nite. Went thru' all the old photos in many, many shoe boxes. The great ones are in the albums ... sayang nak cabut keluar.



Me and Amir (9 months), Ye Olde Smokehouse, Fraser's Hill


Amir and Hafidz. Berdua ni rapat. Membesar bersama. Hafidz dah 6 tahun masa Nadzrin lahir. Punyalah sayang kat Abang Long dia, hari pertama Amir masuk sekolah menengah dan duduk asrama, adik-adik semua menangis cam nak pensan. Mama dia pun sama :)



Amir dan Hafidz juga.



Mama, Hafidz dan Amir.

My Japanese Name

Yoshimi
Yoshimi - "Happy Beauty"


What would your Japanese name be? (female)
brought to you by Quizilla

Wednesday, August 27, 2003

Boipren Saya

Ni boipren saya. Kami tak de kete besar utk posing, tapi dia nak gak berposing utk gelfren dia. Gambar ni gelfren dia ambik utk letak dalam jenel gelfren dia. Dulu-dulu gelfren dia suka simpan gambar dia dalam purse (kalau beli purse, carik yg ada leh letak gambo tuh).

Darling saya, berkayak kat depan jeti Putera. Depan skets lagi ada tempat best utk berkayak ... kami panggil Lovers Lane. Berkayak di celah-celah batu-batu besar dan rumput-rumput air yang dipanggil 'umbai'.




MRSM Kem Terendak

Hari tu MRSM Kem Terendak datang ke Kem kami naik 3 tan. Terperanjat kami, tetiba banyak lori askar masuk Kem :)


Untuk Jepun



Ni gambar dalam opis saya. Dari kiri : Shasha (dak practical sains sukan uitm, Jepun, Madas (dak mechi engine, univ teknikal), Ruddy (dak electronic engine, univ teknikal )

**** semalam ada orang kuar tak ajak ek ?

Tuesday, August 26, 2003

Takder Kerja Sungguh Ni

G: busy ?
BUZZ!!!
lenny: takla
lenny: kak g, exam dah abis!!!
lenny: kak g, exam dah abis!!!
G: hehehh
G: sukerhati eh?
G: i have added u as member at my blog
G: leh la update secara halal
G: heheh
G: go check ur email
lenny: i know
lenny: dah bwat dah
G: ooooo
lenny: karang nak havoc kan bog kak g
lenny: abis laaa
G: pasai kucai eh?
G: weh
lenny: kucai punya pasal, karang bantai abis2abisan
G: hehehe
G: arituh dia balik lambat
G: he helped sampai abis semua
lenny: memang die dah jumpe ieha, terus je elok je perangai
lenny: elokla
G: alhamdulillah
G: yg lain lom abis eh?
Yahoo! Messenger: kuchik98 has logged out. (8/26/2003 4:28 PM)
lenny: a'ah
lenny: kak g, bile nak kuar?
lenny: ckp nak kuar ngan kitorg
G: iha habis peksa biler, lenny gi pasir gudang biler?
G: nak la
G: girls jer la, nak?
lenny: i pegi this weekend, tapi tak sure lagi either nak balik muar dulu ke tidak
G: dato' z lambat abis peksa lagi
lenny: a'ah
lenny: eiha abis sabtu nie
G: oooooo
G: camner eh?
lenny: eiha ade paper esok
lenny: tanye die lah bile die tak de paper
lenny: baru leh nak kuar
lenny: by then, u infrom me la
G: ok ok
lenny: *eh, dak tembam kem slm
G: w'salam
lenny: ade kat sblah
G: how's she?
G: hi dak tembam
lenny: she's fine
G: (gambar senyum)
lenny: she says hi too
G: kisses for her
lenny: muahhhh balik~~
lenny: oklah kak g
lenny: nak kuar dah nie
lenny: nak gie meronggeng jab
lenny: kem slm kat kem
G: ni kat campus ke kat umah?
G: insyaAllah
lenny: especially kat kayak2 sumer tuh
lenny: kampus
lenny: c'ya
lenny: a'kum
G: cya
G: w'salam

Not a roses






what's your inner flower?


[c] sugardew

Marah

Ahad aritu saya marah kat Adi dan Sha. Kesian berdua ni. Tak pernah tengok saya marah, kots. Tapi mereka telah lalai melaksanakan tanggungjawab. Walaupun pedih kena tegur dgn saya tetapi lebih pedih lagi bila melihat 'result' dari kelalaian mereka berdua. Rasa bersalah teramat tengok kawan-kawan, kan ? Saya tahu mereka berdua kesal atas apa yang berlaku. Kesian tengok Adi dan Sha berkali-kali minta maaf. Bukan salah kat Akak, korang salah kerana tak bertanggungjawab atas tugas yang diberi dan kesian kan, tengok kawan-kawan. Apapun semuanya dah selesai dan semoga Adi dan Shasha ambik iktihbar atas apa yang berlaku. Dun worry, Akak tetap sayang korangs ! Lagipun masam muka Akak tu tak sampai 15 minits kots ... pastu kan dah cam biasa ! Kita manusia kekadang memang terlalai. Lepas-lepas ni kenalah lebih berhati-hati.


Control Marah


Menjaga sehingga beratus-ratus orang setiap hujung minggu memang memerlukan darjah kesabaran yang paling tinggi. Alhamdulillah kami kat sini semua dari jenis yang penyabar. Dan setelah hampir 5 tahun Kem ni dibuka, hari Ahad aritu saya 'hilang sabar'. (Lama gak tu ilang sabar, 15 minits kot muncung panjang !) Selalunya cool jer :) Yang lain belum lagi nampak ilang sabar. Kesabaran amat penting dalam kerja kami. Ketelitian juga. Sebab kerja kami melibatkan nyawa. Kalau buat 'water confidence' misalnya kami kena check dan recheck samada klip-klip BA dah ditutup rapi. Kalau ada 200 orang maka kena check la juga semua 200 tu.

Tapi hal besar yang melibatkan kesabaran pernah juga meletup 2 tahun dulu. Minggu tu kami buat 'summer camp' utk pelajar-pelajar sekolah yang bercuti semester. Bagus juga response dari peserta. Ada ceramah oleh Dato' Dr. **** al-Hafidz (bahaya sebut nama, heheh). Summer camp ni kami 'JV' dengan satu training consultant ni (sampai hari ni awak belum bayar kami, awak!) Kami buat aktiviti dan mereka handle bahagian motivasi. Ada sorang ustaz ni, garangnya la. Asyik la keje menyiksa budak. Kalau budak-budak didenda, dendaan nya adalah buat perkara-perkara yang tak masuk akal. Kami sabar juga. Hari akhir tu, masa coffee break dihidang. adalah 3 orang budak yang tidak sabar bila tengok makanan. Terus je baca doa makan dan makan. Sepatutnya mereka makan berjamaah, beramai-ramai baca doa dan barulah menyantap rezeki. Tapi budak, namapun budak. Umur kalau tak silap yang bertiga tu dalam 9 tahun. Ustaz mengamuklah dan guna perkataan yang tak seharusnya keluar dari mulut. Saya sabar lagi. Lepas tu, ditariknya mereka bertiga dan suruh jilat tayar motor Budiman (fasi kami). MasyaAllah. Memang dah tak boleh tengok lagi. Saya ambik tiga-tiga tuh dan hantar balik ke Anjung, suruh makan. Consultant marah sebab saya campur dalam hal mereka nak mendidik peserta. Alahai, i'm a mother ! Tak fikir ke najis ke apa ke ada kat tayar tu. Mak bapak budak tuh bayar mahal-mahal. Kita pulak buat macam ni. So gang consultant gado la ngan gang kem. Dalam ramai-ramai Pali paling sukar control marah. Dia tak tahan bila tengok saya kena maki. Masa tu pun saya takleh nak jawab apa sebab airmata dah keluar tak berhenti. Ustaz lak marah dengan segala hadis dan tafsirnya. Dahsyat pengetahuan agamanya. Risau tengok Pali yang dah tendang-tendang pokok. Jimmy dan Budi dah pegang Pali. Abang marah Pali, gi ambik wudhu', dia pergi. Marah juga lagi, Abang soh terjun terus dlm tasik. Budi dan Jimmy pun ambik wudhu' dan terjun. Kasi sejuk semula. Lama gak berendam baru ok semula.

Kami terus blacklistkan training company ni. Budak-budak kalau nak ajar mereka tak payah macam tu. Cakap baik-baik pun mereka faham. Try to stand / sit biar eye level mereka sama ngan kita. Pandang mata mereka dan cakap. Bagi mereka faham dulu lepas tu kalau tak betul baru denda. Denda yang membinalah. Gila apa suruh anak orang jilat tayar motor.

Balik kepada control marah tadi. Kalau keadaan mengizinkan cepat-cepat pergi ambik wudhu'. Kalau takleh nak ambik air sembahyang pulak : kalau masa marah tu tengah berdiri, duduk dulu. Ambik nafas, breathe in and out few times sambil istighfar banyak-banyak. Pastu sambung marah, heheh ... temperature marah tuh dah turun skets kots ... kalau duduk pun masih marah, meniarap pulak tengok angin ada lagi tak ... kalau takleh gak nak control, meh la sini. Kita buat Kem Bina Insan ...

Rina Syahirah Rosli

Buah hati kami !

test

Sunday, August 24, 2003

UKM

Hari Jumaat hari tu, lepas Asar saya pergi jemput Eiha dan Lenny. Dia orang tengah minggu exam ni tapi nak juga datang sebab nak release tension. Stop kejap kat Jusco beli pastries utk gang-gang kat Kem dan juga utk Zack & Fathi. Berdua tu sure lapar jek sebab setadi siang malam. Semoga dapat good result :) Tunggu dia orang kat tempat biasa. Eiha dah sampai dah dengan backpack & sleeping bagnya. Tunggu Lenny japs sebab Lenny ada paper. Kejap jer tunggu, Lenny pun sampai dengan Fathi. Collect chq dr Fathi dan kami terus ke rumah sewa Lenny, ambik barang-barang dia. Dah ada semua terus drive balik ke Kem. Budak berdua tu makan dalam kete sebab lapar. This is normal for them, lapar 24 jam. Lenny ni la yang saya cakap dulu, leh bangun kol 3 pagi utk makan nasik. Heheh.

Sampai-sampai Kem, dia orang gi solat dulu. Mandi dan siap-siap. Relax sekejap sementara tunggu UKM datang. Dan rupanya tunggu sampai pukul 3 pagi baru sampai. Saya tidur dulu dan mimpi-mimpi dulu. Ini bukan pertama kali peserta dtg lambat. Dulu group UTM pun camni gak lambatnya :)

Minggu ni fasi on duty : Eiha, Lenny, Toyak, Jepun, Kucai, Cicadindo, Zul, Jamsari, PakMan, Mamat, Shasha dan Fakhrin. Tapi Sabtu lepas aktiviti Fakulti, Asri dan Adi sampai. Fendi sampai malam dengan Renee. Fendi masih cedera sebab hari tu lepas balik dari Kem, dia accident lepas hantar Lempeng. Berjalan terdengkut-dengkut tambah pula gelfren (Renee) ada, lagi la sakit dia bertambah !

Minggu ni semua aktiviti biasa-biasa je. Group ni ada 10 peserta lelaki jer, yang lain perempuan. Kesian mamat-mamat ni ... em, takleh cakaplah apa jadik ... :) Dia orang buat kem lasak level 2 = aktiviti air jer la. Tak penat sangat sebab ada Jurulatih-jurulatih Kanan: PakMan, Zul dan Jamsari. Mereka ni semua Jurulatih Kayak Kebangsaan. Seorang boleh handle sampai 100 kayak.

Jalan Malam.
Saya ikut pergi jalan malam. Pergi dengan Eiha. Semua pergi kecuali PakLet dengan Lenny. Suka pergi sebab tak jemu-jemu dengar falsafah Man. Dapat menghayati suasana malam yang gelap dan senyap. Man cakap pasal deria telinga, betapa kita tak menghargai deria tu, padahal kita lebih dulu mendengar dari melihat. Kami juga duduk diam-diam selama 10 minit. Dapat dengar bunyi kenderaan di lebuhraya PLUS yang jauh nya dari tempat kami duduk tu adalah lebih 10km. Lama juga berada di situ. Mereka tak perasan pun kami duduk hampir benar dengan tokong Cinaa yang kecil. Heheh. Tempat orang puja nombor ekor. Dah perasan, mula lah seram. Tapi sebab mereka ramai perempuan, PakMan lepaskan dalam kumpulan 4 orang. Alasannya, perempuan karang takut-takut. Alasan yang salah sebab semalam ada 3 budak lelaki yang lari lintang pukang tinggalkan ahli kumpulan. Eleh, lelaki zaman sekarang ! (war between sexes is on at the Camp ..heh )

Saya tak tunggu lama pun dengan Eiha. Kami balik dengan kumpulan ketiga. Ajak Eiha balik dulu so that dia boleh study skets.

Sekarang ni masa saya sedang menulis ni mereka sedang buat flying-fox. Ramai perempuan berani so pakai full harness dan leh la terjun ala-ala Superman gitu. Seronok dia orang. PakMan nun atas scalfolding. Zul dan Jamsari tukang pakaikan harness kat peserta. Kena buat betul-betul sebab melibatkan nyawa. Safety first. Eiha tolong mereka sebab tempat-tempa tyg sensitif mereka tak boleh check, Eiha la yang check. Kucai & Fakhrin jadik breaker. Ni pun tugas yang kena buat betul-betul so that peserta boleh landing terus atas big tyres tuh. Mamat dan Asri kena bukakan pulley dan semua tu la. Bukan terjun saja, ada safety line .. sebab mana lah tahu, kan . Takut pun nak type ... Nauzubillah.

Kalau ada rezki kami akan memulakan tempat landing baru utk flying-fox ni. Terjun dari bukit dan terus ke air. Air akan act as breaker dan panjang nya kabel ke air tuh lebih dari 250 meter. Kena pandai adjust supaya boleh turun atas platform. Maybe akan jadik line flying-fox yang terpanjang di Malaysia. Dengar cerita yang terpanjang sekali sekarang di Kem Nur Lembah Pangsun : 150 meter. Best kot jatuh dalam air :) Di office ada jugak fasi yang tengah keje nih. Tengah buat jigsaw puzzles. Lenny, Sha dan Adi. Anak-anak saya, Nana dan Nadzrin pun tolong sama. Tah sapa yg pandai sangat dah campur-campurkan puzzles tuh. Ada 12 papan kena settlekan :) We need those puzzles utk aktiviti petang ni. Tu jer la kots. Harap-harap UKM bayar cepat utk group nih. I'm broke ! Nak gaji cepat skets la, darling ! Nak shopping hadiah utk mak. Esok nak off. Salams. :)

Errrrr

Silap, eh ? Akak dah tidur eh ? Korangs tak tidur eh ? Heheh ....

Saturday, August 23, 2003

Ngantuk

UKM sampai hampir pukul satu pagi, terus dinner. Kami semua dah mengantuks sangat. Siap semua tidur, dah lebih pukul 2 pagi. Pagi tadi kami bangun pukul 6.00, solat Suboh. Hari ni nak buat 'water confidence', kayak dan 'lake exploration'. Berbasikal juga. Harap-harap program berjalan dengan lancar. InsyaAllah.

Corections
Er.. salah lak dan kena betulkan : Fact is UKM sampai lebih kurang tiga pagi dan selepas semua selesai kami tidur pukul 5.30 pagi dan bangun pukul 6.30 pagi. Tidur satu jam je. Kami di sini bermaksud semua orang yang berada di Kem ini kecuali Mem Kem, Kak G. Dia tidur awal, tidur pukul satu pagi dan bermimpi agaknya masa mereka tu sampai. Time mereka sampai, semua buat muka mengantuk (memang mengantuk pun sebenarnya~~). Time PakLet buat briefing, mereka semua dah tension je tahan mengantuk. Si Fakhrin tidur je terus, tak bangun langsung. Yang lain semua dah bangun, dia still berdengkur kat pangkin fasi. Sekarang budak-budak UKM tengah lunch. Agaknya sedap je makan nasi ikan masin dengan sambal belacan, sayur nt** (tukang taip pun tak perasan sayur apa, dia tahu makan je~~). Petang nanti sambung balik program ngan bebudak nih. Tunggu dan lihat jelah macam mana diorang nie behave karang. Posted by Eiha dan Lenny ~~ from Camp with love ~~

Friday, August 22, 2003

Tunggu-Tunggu

UKM masih tak sampai lagi. Masih di highway menuju ke selatan. Saya di office dengan Eiha dan Lenny. Temankan dia orang berdua study. PakLet, PakMan, Fakhrin, Cica, Jepun dan Toyak pegi minum kat kedai Akak Sajen. Mamat & Sha tengah ambik gambar Kem utk log pratical dia orang. Lampu semua dah pasang, cantiklah Kem malam-malam macam ni. Yang tengah study tu (Zack & Fathi, jgn la tension, setadi je la yer !) GangLasak di Univ. Teknikal tak dtg minggu ni sebab ada program Fakulti. Zul & Jamsari dlm perjalanan dari Melaka. Kucai dan Pacat pun dalam perjalanan ke Kem dari UITM, Shah Alam. Semoga semuanya selamat tiba.

Hari ni adik saya Ida balik dari KK, Sabah. Naik flight pukul 3 tadi dan dah pun sampai ke KL. Maybe balik Jasin malam ni. Balik la, i miss u so much ! Rindu our 'sembang sampai pagi session'. Kami kalau berdua, semuanya jadik je. Ada sekali tu tengah giler menjahit 'cross-stich', kami tak tidur sampai Suboh, menjahit. Nak habiskan jahitan sso that leh frame dan gantung kat dinding rumah. Kami berdua rapat and she is one of my best frens. Kami leh cerita apa je berdua. Kalau dibiarkan kami berdua gi shopping, shopping complex dah tutup baru ingat nak balik. My children are hers too. Dan anak-anak memang sayang sungguh kat dia. Hope to see her tomorrow. Rindu sangat.

Jap, nak marah Eiha ngan Lenny. Eiha tengah setadi ekonomi dan Lenny setadi system analysis & design. Cantik muka layan 'charmed' lak.

Boring nyer menunggu. :)

Nett dan Gang MMU

Hari ni tension semacam, berjangkit ngan gang kat MMU yg tengah exam tu. Aduhz, sekali 3 org bg virus tuh - Eiha, Zack dan Fathi.

Kesian kat kawan chat YM yg sorang ni - dia terkena jangkitan tu jugak. Luv ya, Nett ! Sorry aaaaa ... *menunggu kedatangan Nett*

Hari ni Kolej Dato' Onn, UKM masuk. 100 peserta. :)

Thursday, August 21, 2003

Photo Pages

Jepun baru beli camera. Tengah rajin sangat ambik gambar. Dia dah ada photo page sekarang. Pi la tengok gambar-gambar Jepun (ambik kat Kem jek). Sha pun ada juga tapi baru upload 2 gambar jer.

Wednesday, August 20, 2003

Rindu Ayah

Hujung bulan ni, 30 Ogos besday Mak. Masa kecik-kecik dulu, kami 3 beradik suka sangat masa besday Mak. Sebab Ayah akan bawak jalan-jalan sempena cuti merdeka. Besday Mak ujung bulan so best la, sebab duit tengah banyak lagi. Tak macam besday Abang, tengah-tengah bulan ! Nasib baik leh sign ngan plastik !

Bila fikir pasal besday Mak, saya jadi rindu pada Ayah. Tambah pula Mak beritahu saya arituh Mamat (fasi saya) datang rumah dan sembang-sembang dengan Mak. Mamat menangis masa berbual dengan Mak pasal Ayah dia (dah meninggal).

Ayah meninggal hari Jumaat, 8 November 1991. Lebih kurang dalam pukul 2:00 tengahari. Tak sure pukul berapa sebab Ayah meninggal dalam tidur. Ayah meninggal dekat rumah saya di Melaka. Masa tu Ayah sakit, kaki Ayah luka kena gate yg berkarat. Ayah pula ada kencing manis, so luka tu jadi parah. Mula-mula bawa Ayah pergi ke doc munshi tapi sebab tak baik juga kami bawa Ayah ke Specialist Centre. Hari-hari bawa Ayah cuci luka tuh. Kaki Ayah sembuh. Oleh sebab Ayah dah ok kami plan nak balik Jasin hari Sabtu. Hari-hari dia cakap kat Amir (masa tu 2 tahun), hari Jumaat dia nak balik. Mak beritahu dia, hari Jumaat saya keje, balik hari Sabtu. Dan Ayah diam je masa Mak cakap tu.

Pagi Jumaat sebelum pegi keje saya macam biasa masuk bilik Ayah. Ayah nak makan vegepuff. Nampak saya, dia belahkan puff tu dan bagi separuh kat saya. Dan saya pun sumbatlah semua puff tu sekali dlm mulut (saya memang buruk makan). Dia tengok je saya makan. Pandang kat saya lama-lama. Nak pegi keje, saya kucup pipi dia dulu dan terus jalan kaki pegi keje. Tempat keje depan rumah je.

Hari tu ada meeting dengan promoters. Saya tengah chairkan the meeting dan tetiba clerk saya masuk dlm conference room. Dia beritahu saya berita tu : Ayah dah takder. Saya terus lari balik. Tangga kat staff entrance tuh saya lompat tah berapa mata tangga. Kawan sekerja saya, Salizawati (Liza, thanks !) ikut dari belakang beserta dengan 2 security guards. Mereka ingat kalau ada apa-apa. Terus kejar saya hingga ke rumah. Lari terus ke bilik Ayah. Tengok Mak tengah peluk tubuh Ayah. Ambik Mak dan peluk Mak. Kariah surau dekat rumah tu sekejap je dah penuh dan menguruskan Ayah. Called doc munshi suruh dia check Ayah lagi. Masa tu rasa lemah seluruh badan. Tapi saya tahu saya kena kuat sebab Mak bergantung harap kat saya. Abang called sedara mara semua kat kampung. Fikir lagi macam mana nak beritahu Nan dan Ida. Masa tuh Nan baru mula kerja dan Ida baru je masuk U. Ida tengah exam pulak tu. Untunglah sepupu saya Mahadi ambik dia org berdua dan Mahadi yg sampaikan berita sedih tu pada adik-adik saya. Kariah surau nak uruskan Ayah di Bukit Beruang ni je tapi Mak minta kami bawa Ayah balik kampung. Saya ikutkan je permintaan Mak. Abang Long (anak mak angkat saya) bawak saya, Amir dan Hafidz balik Jasin dulu. Perjalanan yg cukup jauh dan lama sekali ke Jasin.

Tiba rumah, sedara-mara semua dah penuh dan bersiap-siap. Saya blur. Tak tahu apa nak buat. Hampir Asar baru jenazah Ayah sampai beserta dengan Mak. Mak tak boleh jalan dan menangis. Saya peluk Mak dan ingatkan Mak jgn beratkan Ayah. Mintak Mak sabar dan mintak Mak redha'. Saya pun sebenarnya ingin meraung tapi saya tahu saya kena tabah. Setelah sedara-mara siapkan Ayah, saya duduk disisi Ayah, baca Yassin. Sesekali menyentuh Ayah. Adik-adik sampai masa Maghrib. Lambat sebab Mahadi dan Nan tunggu Ida yg tengah exam. Bila mereka sampai kami tiga beradik berpelukan, hari ni kami hilang Ayah ! Hilang tempat bergantung kami, tempat bermanja, tempat mengadu, tempat mencurah kasih-sayang ... Betapa saya minta adik-adik agar redha', agar jangan menangis-nangis jangan memberatkan Ayah ...

Dan saya paling terhutang budi pada Abang, dia la yang menguruskan segalanya. Kami adik-beradik dan Mak jadi tak tahu apa pun.

Saya basuh muka Ayah dan tangan Ayah masa Pak Imam Haji Mazlan mandikan Ayah. Nan dan Abang juga ikut memandikan. Juga sepupu-sepupu saya Mahadi dan Mahabib. Masa Pak Imam mengkafankan Ayah, kami yg perempuan tidak boleh bersama. Dan sebelum Ayah dikafankan sepenuhnya kami dibenarkan mengucup Ayah. Sejuknya pipi dan dahi yg dikucup. Ni la wajah yang saya kucup baru je sebentar tadi rasanya dengan senyum kasihnya untuk saya. Selesai semua, Ayah harus pergi dari kami. Ayah dah berpindah dunia, tidak lagi bersama kami. Ramainya orang yang nak solat jenazah. Maka solat jenazah dibuat 3 kali. Kawan-kawan Ayah, gang Pas dia, kawan-kawan sekerja kami dan sedara mara sekampung. Alhamdulillah rumah kampung luas ruang depannya dan sekali berjemaah lebih 40 orang boleh turut serta.

Saya ikut ke kubur walaupun Mak tak bagi dan sedara mara tak bagi. Saya buat juga. Berjalan 2 beradik dengan Ida dan jatuh-jatuh. Giliran Ida pula memujuk saya. Budak-budak bujang kampung yang memikul jenazah. Tak pakai pun kereta mayat. Last sekali utk 'Tok Busu.

Tapi saya pasti Ayah pergi dengan aman. Jumaat tu Mak kata, lepas dia balik dari Specialist Centre dia tengok org dah balik dari Jumaat, dia beritahu Mak dia nak sembahyang. Dia masuk bilik air pastu masuk bilik. Mak di depan tidurkan Hafidz. Lepas Hafidz tidur, Mak masuk bilik nak tengok Ayah. Mak kata Ayah tak bergerak pun bila Mak panggil. Lena je tidur. Mak rasa tak sedap hati lalu telefon Abang di resort. Pastu Mak panggil jiran kami, Makcik sebelah. Kebetulan Pakcik Bilal surau ada kat rumah Makcik. Mereka la yang mula-mula uruskan Ayah. Begitu senang Ayah pergi. Kuburnya pun banyak terlebih tanah. Saya juga masih menyimpan kain tudung Mak yang diguna tutup muka arwah Ayah. Ada bau wangi kat tudung tu. Wangi yang sungguh lembut. Tapi sekarang dah tak berbau lagi. Masa arwah baru meninggal dulu, kalau rindu saya akan cari baju-baju dan kupiah Ayah. Nak cium-cium bau Ayah. Tapi bau tu tak de. Langsung tak de bau apa-apa pun.

Bertahun-tahun lepas Ayah pergi baru kami boleh buka briefcase Ayah. Saya jumpa surat-surat yang saya tulis pada Ayah semasa saya sekolah di itm dulu. Jumpa envelope-envelope yg saya letak duit utk dia ... bulan Oktober ni dah 12 tahun arwah Ayah tinggalkan kami. Amir masih dia kecik dulu, bila kami bawa dia, adik-adik, Nabil dan Diyana menziarah pusara Ayah, mesti beritau adik-adik dan sepupu-sepupu dia, "Atuk tidur kat bawah ni, kaki dia sakit. Hari-hari Along pegang selipar Atuk masa doc check kaki Atuk" Dan pastu tanya saya, "Ma, bila Atuk nak balik". Ni dia dah besar, dia dah faham. Bergenang air mata bila lihat dia membaca doa dengan diAminkan adik-adik dan sepupu. Penuh mereka sekeliling pusara Ayah.

Al Fatihah buat ayahandaku yang tersayang :
Haji Mohd. Ramli bin Haji Hussein 22 September 1934 - 8 November 1991

Tuesday, August 19, 2003

Mamat Buli Saya

Mengemas Kem selepas 280 orang peserta keluar cukup mencabar. Alahai banyaknya sampah ! Hari ni saya 'berpasangan' dengan Mamat buat keje. Mamat ni perfectionist. Segalanya kena buat betul-betul. Result kena 100% perfect. Aduhz .. letihnya angkat sampah. Pungut segala sampah dan bakar ditempat pembakaran. Sini, kena bakar, takde lori majlis nak dtg angkat sampah dlm hutan ni. Habis bakar sampah, kami pegi pungut towel-towel yg peserta tinggalkan. Towel-towel ni utk Cicadinho. Bukan dia pakai, tapi utk lap kayak-kayak dia. (Cica, biarlah dia serabai mauts macam mana pun, kayak-kayak dia mesti cantik, bersih dan kering sentiasa. Kalau ada peserta 'sondol' kayak kat dinding jetty, sure kena nyer ngan Cica. Kayak tuh 'bini' dia.) Hantar towel-towel tu kat Sha. Sha arini tokeh dobi. Kena mesin semua bedsheet, pillow cases dan segala macam kain kotor. Towel-towel tuh Sha basuh dan bila kering nanti leh letak kat store Cica. Senanglah Cica nak lap kayak nanti.

Lepas tu saya dan Mamat pi kemaskan dan basuh lantai patio Anjung Kasih. Punyalah kotor! Angkat kerusi-meja dan basuh lantai. Kena sental bersih-bersih kalau tak Encik Mamat bising. Cuci bersih berkilat-kilat gitu. Habis mencuci pegi susun balik pasu-pasu bunga lak. Siap je semua tuh kemas pondok kuning belakang kitchen ('pondok kunin' yg bersejarah). Buang semua benda-benda dlm pondok tu seperti sarung tangan Kucai ye separuh hancur, kasut jungle tracking Ruddy yg dah terbukak tapaknya, setokin buruk Zack, penyapu Jepun dan berbagai lagi barang-barang kesayangan fasi-fasi Kem Lambaian Danau yang tercinta. Pastu Mamat bertukang-tukang sikit dan Pondok Kuning korang tuh dah jadik tempat letak BBQ pit. Comey dah rupanya ! Penat sungguh saya arini :) Bukan saya sorang je, semua penat arini.

Ni Citer pasal Cica dan Kayak
Minggu lepas saya dah masuk dalam bilik mandi saya di opis ni, nak mandi. Mandi-mandi pastu nak syampu rambut. Puas tengok atas bawah kat sink tuh, syampu tak de. Cari-cari lagi pun tak jumpa juga. So mandi dan basahkan rambut je la since syampu tak de. Saya fikir sure dak-dak fasi nih ambik. Dia orang mandi dekat jeti fasi. ( Bawah pondok tempat rehat/tido dia orang ada jeti yang berkepung. Dia org mandi kat sini). Bila nak mandi lagi masa Asar, tanya la budak-budak tu kalau ada pakai syampu saya, tolong serah balik. Nak mandi ni. Tetiba Cica dengan muka guilty nya mengaku, syampu ada kat rumah kayak. Dia basuh kayak pakai syampu saya ! Ishhhh geramnya ! Dia tak nak cat kayak dia rosak kalau pakai 'sabun serbuk murah' yg saya beli. Amboi, balas dendam. "Beli yg mahal skets la, Kak G." Dan sebab serbuka sabun murah tu la, syampu saya jadik mangsa. Manusia ni pelik kekadang, kan. Dia, kalau mandi, kalau tak de sabun, Axion pun jadik. Pening kalau nak fikir. Last-last fikir camni jer la, Upsere Nebete !

Monday, August 18, 2003

Isnin yang Sepi

Masuk keje pukul 2:30 arini. Biasa la kalau Monday, Abang keje sebelah pagi dan saya sebelah petang. Dia juga settlekan hal anak-anak sebelah pagi sebelum ke opis. Bagi anak breakfast dan hantar anak ke sekolah. Saya dapat peluang bermalas-malas atas katil. Heheh.

Pukul 9 dah di dapur. Keluarkan ayam dari fridge. Nak masak nasik ayam arini. Malam tadi dah basuh beras dan rendam. Masukkan ayam dlm microwave dan defrost. Siapkan bahan nak marinate ayam. Basuh ayam dan marinate. Lepak jap baca suratkhabar. Sembang-sembang ngan Mak sambil makan roti jala Mak Yah. Pukul 11 start masak. Masak nasik dulu, pastu sup. Siapkan pulak sos cili dan last sekali goreng ayam. Siap je suapkan Nana makan. Phone Abg suruh Abg singgah rumah dulu dan ambik makanan yg ditapau utk Hafidz. Kesian Hafidz, hari-hari ada tuition. Dia nak UPSR tak lama lagi. Siang malam dengan buku dan latihan. Semoga dia berjaya dengan cemerlang. Mama doakan setiap waktu, sayang !

Siap segala tanggungjawab saya ke opis. Jepun, Cica, Mamat dan Shasha off. Hari nampak Gunung Ledang. Cantiknya, langit pulak biru jek. Kalau Unsunghero tengok sure dia leh tulis puisi. Aman dan damai je suasana arini. Saya suka sungguh saat macam ni ! Takleh nak lama-lama di pelantar, dah pukul 2 lebih, ada keje kena buat :)

Abang sampai pukul 4. Dia ajak pergi minum kedai Akak Sajen. Akak Sajen ada buat kuih buah melaka. Besar gedabak kuih, macam sebesar penumbuk gitu. Tapi sedap :) Kita orang makan 2 bijik sorang. Heheh. Sudah makan dan minum, Abg bayar dan saya pergi tolong basuh pinggan-gelas yg kami guna. Kesian Akak, tak de pembantu. Semua kena buat sendiri. So, tolong skets. Balik ke opis.

Ingat nak ikut Abg check jaring, baru nak panaskan enjin bot, tetiba tengok ada org datang. Rupanya tetamu dari KUITTHO, Batu Pahat. Ni Abg tengah melayan dia orang :) Saya dah hidangkan 100Plus utk dia orang.

*** Gang di MMU : Eiha, Lenny, Fathi dan Zack start exam arini. Selamat Berjaya !Untuk Shaz juga :) Untuk Betty di MMU, Cyberjaya :) Akak doakan Betty dpt best result !Utk my nephew, Iki : buat bebetul Iki. Auntie doakan Iki tau !

Resepi Nasi Ayam yg dimasak utk lunch tadi (note: khas utk eiha - abg jambang takut eiha tak reti masak !)
Nasi
2 cawan beras
2 cawan air
1 kiub ayam
3 biji bawang putih
1 biji bawang besar
sedikit halia
mentega utk tumis
sedikit minyak
1. Basuh dan rendam beras at least 4 jam sebelum masak
2. Panaskan minyak, letak butter
3. Masukkan halia dan bawang putih
4. Setelah halia dan bawang putih garing sikit, masukkan air dan kiub ayam
5. Tunggu hingga air didih dan masukkan beras
6. Biarkan periuk tu off sendiri. Sesekali kacau-kacau la nasik tuh.

Ayam
Seekor ayam potong 12
Sedikit halia
4 biji bawang putih
5 sudu besar kicap kipas udang kaler merah
sedikit worchestershire sauce (tak de pun tak pe)
sedikit madu
2 biji limau kasturi
1. Blend bawang putih, halia, kicap, sauce dan madu
2. Gaul dengan ayam dan perahkan limau. Gaul lagi dan simpan at least 2 jam sebelum goreng
3. Panaskan minyak dan goreng (deep fry)
4. Hasilnya ayam akan jadik kemerah-merahan. Kalau tak letak limau dia tak nak jadik merah.
***Boleh guna resepi ni kalau nak bbq ayam.

Sos Cili
6 biji cili merah
2 biji bawang putih
1/2 cup sos cili
1/2 cup sos tomato
1/2 cup air asam jawa
1.Blend cili dan bawang putih
2. Masukkan semua benda dan bahan yg diblend tu dalam periuk
3. Didihkan dan adjust rasa.

Sup
Leher ayam
Kaki Ayam
Tongkeng Ayam
Halia
Bawang Putih
Bawang Besar
Carrot, cauliflower, mushroom dll (ikut suka nak letak sayur apa)
1. Rebus leher, kaki dan tongkeng dengan bawang putih dan halia hinga lembut
2. Adjust rasa sup tu, tambah kiub ayam dan garam ikut suka rasa
3. Dah mendidih, masukkan sayur dan mushroom

Nak gi tunai tanggungjawab dan nak balik rumah. Bye!

Saturday, August 16, 2003

Madas

Perkara yang susah berlaku atas orang lain selalu berlaku pada Madas. Madas student UnivTeknikal, budak mech engine. Nama dia ******Khairul. Tapi kami panggil dia Madas je. Dia orang Masjid Tanah. Hari ni, jadik lagi. Amin, fasi kami yg ambik jurusan psycology patut setadi kes Madas ni. (Rindu Amin aa, lama tak saiko ko la !)

Kes 1
Berlaku di jalan Masjid Tanah - Alor Gajah. Jam 3 pagi. Kawan Madas, A ajak Madas temankan dia pi KL. Balik dari KL, letih dan mengantuk, A suruh Madas drive. Madas tak de lesen kete tapi tahu bawak kete. Kesiankan kawan, Madas pun drive kete. A tidur, nyenyak. Sampai kat jalan lepas Lendu (kat uitm melaka), ada road block. Ada beberapa orang poliss bertugas. Madas panik, berhentikan kete, turun dari kete dan lupa nak tarik handbrake. Aduhz. Kete berjalan dengan A dalam kete tertidur nyenyak tanpa sedar apa yg berlaku. Kete gerak laju gak sebab turn bukit. Madas dengan 2 orang poliss berlari mengejar kete. Letih mengejar, kena lak tahan kete jgn gerak lagi supaya Madas leh tarik handbrake. Poliss berdua tu tak terkata apa. Tak pernah berlaku macam ni kat mereka. Nasib baik, Madas dilepaskan begiru saja dengan sedikit warnings. A terus tidur tak sedarkan apa-apa. Memanglah dia tak kan bangun, sebab dia kawan Madas. Spesis Madas la, kan.

Kes 2
Ada sebuah sekolah di Masjid Tanah ambik program di Kem. Cikgu ni minta kami dtg ambik deposit, tapi kami tak sempat. Minta cikgu transferkan duit, tapi cikgu tak reti la nak buat macam mana (apalah cikgu nih !) Maka Madas diminta untuk ambil duit dari cikgu tu. Cikgu telefon Madas dan minta Madas tunggu dia di bank B. Madas seperti biasa sampai ke tempat perjanjian lebih awal. Menunggu sambil menjenguk-jenguk dlm bank dr dinding kaca. Dinding gelap tu kan nampak jika dari dalam tapi tidak nampak dari luar. Lama dia macam tu sebab cikgu tak punctual, lambat. Akhirnya sebab tak tahan menunggu, Madas masuk dalam bank. Masuk je, pintu bank ditutup dan pengawal bank tunjuk senjata kat Madas. Madas panik la. Jaga bank tu ingatkan Madas nak merompak (muka brutal cam gangster sket dia ni) Nasib baik cikgu pun sampai, selamat Madas.

Kes 3
Ni jadik arini. Dia gi dating, dapat awek Jasin. Sha dgn Mamat tukang teman. Bawak kete saya (kesian ko kete). Sampai Jasin baru teringat dia tak bawak wallet dia. Dia orang kat sini memang teruks skets, kalau gi dating mesti ramai-ramai. Dah terbiasa bila kami berdua gi dating, dia orang jadik lamp post reramai. Madas tanya Sha ada duit tak, Sha pun tak bawak wallet. Mamat ada wallet tapi tak de duit. Alahai. Makwe lak dah janji tunggu depan KFCC. Macam mana lak ni. Meeting dengan partners in crime berdua tuh (crime sebab lari dr dutycamp -potong gaji korangs-). Kata sepakat dicapai dan mereka ke rumah saya. Mintak Nenek (Mak saya) duit. Punyalah lurus, mintak 10 ringgit jek. Nenek bagi la 10 ringgit. Gi KFCC dan pesan kat partners berdua tuh, kita minum air jek. Siap kira dulu duit cukup ke tak. Kalau tak cukup, partners berdua share air. Dan lepas bayar kat cashier duit lebihnya cuma 60 sen.
Tak reti nak cakap budak-budak ni. Last-last saya gelak giler. Kesian la awek tu. Penat pakai lawa dan mekap lawa. Dapat minum cokee je. Tunggu Abang Madas jadik engineer la, dik !

Friday, August 15, 2003

Syukur Pada NikmatMu !!!

Hari ni happy. Bahagia sungguh.

Pukul 9.00 dah sampai Kem. Singgah kat Warung Pak Ngah Isa, Terentang untuk beli nasi lemak. Sampai je kat Kem, Abang nak makan maggi lak. Terus je ke dapur, potong bawang putih, bawang besar dan start masak maggi goreng. Suka maggi tu digoreng sebab boleh letak less perasa. Tadi masak 3 peket, perasanya 2 peket jer (note :cooking lesson utk eiha). Letak 3 biji telur, telur yang ada kecik jer.(Boh telur ok eiha, takder pun takper) Jepun beli telur kat kedai Ah Her nih. Breakfast dgn GangDapur. Kenyang. Sedap. Allhamdulillah.

Kerja-kerja.

Memulau japs dan online. Sempat gak la baca-baca my fav sites kat My Layan List. Gelak sungguh bila baca site TokRimau. Cute je dia menambah-nambah :) Memang akak panggil dia Rimau jek. Kesian lak, orang muda nak dipanggil 'Tok' (Ada unsur-unsur bodek di sini - nak mintak diskaun profesional rate dia). Gelak-gelak. Check my jurnal yg dah kelam kabut ! Repair skets2. Dun like the new chatterbox yg zonk provide tuh. Tukar. Ada masa nanti nak configurekan dia skets, besar gedabak sungguh tulisan tuh :)

Kol 11 start masak lunch. Hari ni dak-dak fasi masuk keje awal. Dia org solat Jumaat kat Masjid Chinchin. Saya masak rendang ayam, ayam masak kicap dan sup kaki ayam. Semua ayam. Heheh. Sayur ada gak. Finished cooking at 12. Tapau lauk utk Mak and the children. Abang balik ambik Hafidz dan Nadzrin dari sekolah dan gi solat Jumaat kat Masjid Jasin. Solat di Jasin sebab nak bawak the boys. Shasha gi hantar Toyak, Sham dan Jepun balik pakai kete Mamat. Mamat balik solat Jumaat kat kampung dia. Kete saya Mamat pinjam sebab kete dia takde minyak, tunggu gaji weekend nih baru ada duit nak isi minyak. Heheh. Saya continue lepak kat opis.

Kol 3.30 SMK Agama Tun Perak sampai. Did the usual inspections. Kerja-kerja.

Nadzrin called opis, nak cakap dengan Mama. Ingatkan apa, dia dah dapat keputusan ujian bulanan. "Dapat no. 2 jer, Mama ! "Alhamdulillah, bagus" "Budak no. satu tu girl tau, Mama" Amboi, my little man, kecik-kecik dah ego. Typical lelaki. Takleh pompuan lebih ! Potpetpotpetkan dia kejap :) Tapi hati ni Tuhan aja yang tahu. Bahagia sungguh bila anak-anak berjaya walaupun kejayaan yang sekecil mana pun. Gave him a kiss over the phone, heheh :) Thanks honey, buat Mama happy !

Pastu kerja-kerja lagi. Abang balik gi check anak-anak.

Sekarang campers tengah buat 'ice breaking'. Semua tengah busy. Saya je relax. Tadi sebelum menulis nih, saya duduk di site tOKSIK ... gi melawat jurnal-jurnal yg tak sempat dibaca di link dia. Banyak site yang saya pergi, ada saya suka sangat :) Bila rajin nanti, boleh linkkan ke My Layan List. Many thanks to tOKSIK. Sempat gak akak senyum tengok tOKSIK kena ngorats ngan lori trailer. Comey sungguh trailer tuh ayat ! Heheh :)

Anak dapat keputusan baik, kerja-kerja berjalan lancar walaupun kami sedang melayan 280 orang campers membuatkan saya rasa happy sangat. Syukur pada anugerah yang diberiNya.

Relax lagi ....

Thursday, August 14, 2003

Alahai, honey!

Hari ni Abang baca jurnal saya dari laptop dia. Jarang sesangat guna laptop dan baca jurnal lak, mungkin ni pertama kali. Dia tanya saya, macam mana saya buat semua ni. Tunjukkan dia. Entah apa yg dia dah buat agaknya, my template hilang semua ! Alahai, sedihnya ... Nak marah pun, apalah gunanya, benda dah jadik. Lagipun he's an outdoor man. Mana lah dia suka dan tahu benda2 camni. Aduhz ... nak spend masa nak betulkan tak sempat, banyak kerja ... Nak suroh Zack ngan Fathi, dia org nak exam :) Esok-esok jer la ...


p.s. Zack, Fathi, Iha : akak dah install chatterbox baru tu, kang kesian lak takder playground utk korangs main-main. Buatlah cam chatterbox sendrey, ye! Heheh !

Marah dan Sedih

Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raajiuun.Ucapan takziah dan simpati saya buat keluarga Allahyarham Leftenan Muda Mai Elny Sefrina Jalaluludin atas kehilangan anakanda yang tercinta. Semoga di cucuri rahmat keatas rohnya. Al-Fatihah.


Dari Beritaa Hariann
Ini adalah kejadian kedua membabitkan nahas pesawat Pilatus PC-7 di Sintok selepas seorang leftenan terbunuh apabila pesawat jenis yang sama merempuh asrama di Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 25 September 1990.
Difahamkan, ini adalah kejadian nahas pesawat TUDM pertama membabitkan juruterbang wanita sejak 1986.
Ia adalah kemalangan ke-11 membabitkan pesawat jenis Pilatus PC-7 yang dilaporkan setakat ini selepas pesawat buatan Switzerland itu mula digunakan sebagai pesawat pelatih sejak 1982.
Difahamkan sehingga kini, TUDM memiliki 36 pesawat jenis ini yang ditempatkan di Pusat Latihan Penerbangan No 1 Pangkalan TUDM Kepala Batas.
Ia digunakan juruterbang baru TUDM untuk latihan kemahiran pengendalian pesawat sebelum bertugas menggunakan pesawat lain sejurus tamat latihan.
Walaupun pesawat itu dianggap yang terbaik untuk pelatih melakukan penerbangan asas, kejadian yang menimpa ramai juruterbang muda ini mula menyebabkan keupayaan pesawat itu dipersoalkan.
Berikut adalah senarai pesawat jenis yang sama terhempas dan direkodkan sejak ia digunakan.

9 Julai 1984 – Pesawat Pilatus PC-7 pertama terhempas di Kepala Batas. Juruterbang selamat.

September 1984 – Juruterbang pelatih, Leftenan Muda S Thulasiram terbunuh selepas pesawat yang dipandunya terhempas di kawasan sawah padi di Kampung Bukit Rambai, Pendang, Kedah.

25 September 1990 – Leftenan Muda Faizal Muhammad terbunuh apabila pesawat yang dipandunya merempuh asrama di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah.

22 Oktober 1991 – Pesawat terhempas di Kampung Titi Besi, Kepala Batas, Kedah menyebabkan juruterbangnya terbunuh.

29 Januari 1992 – Pesawat yang sama terhempas di Kepala Batas tetapi dua juruterbangnya selamat.

31 Januari 1992 – Pesawat Pilatus PC-7 terjunam dan terhempas dalam Sungai Kemaman, Terengganu menyebabkan juruterbangnya terbunuh.

12 Julai 1993 – Seorang juruterbang pelatih TUDM, Leftenan Muda Mohamad Nazri Amran, 21, terbunuh apabila pesawat terhempas di sawah Kampung Chemumar, Tambun Tualang, Perlis.

3 Januari 2001 – Pilatus PC-7 milik TUDM terhempas di perairan Timur Laut Kuantan dekat Gebeng. Juruterbang selamat selepas menekan kerusi anjal.

12 April 2001 – Pilatus PC-7 milik TUDM terhempas di Kampung Kepala Parit Dalam, Tokai, Pendang, Kedah mengakibatkan seorang juruterbang jurulatih TUDM terbunuh.

23 Februari 2003 – Seorang jurulatih penerbangan dan pelatih TUDM terselamat apabila pesawat Pilatus PC-7 yang dinaiki terpaksa melakukan pendaratan cemas di Pangkalan TUDM, Butterworth, Pulau Pinang

Ni untuk pecahkan rekod juga ker ? Hhmm ?

Busy Skets Jer

Sedang tunggu tetamu dari KUITHO, Batu Pahat.

Jumaat ni ada 265 peserta masuk. Peserta dari SMK (Agama) Tun Perak. Program Motivasi UPSR dan SPM. Banyak benda yang kena buat tapi kami dah siapkan semuanya. Tinggal kerja-kerja last minute jer. Senang hati. Fasi on-duty minggu ni Fendi, Asri, Adi, Madas, Nazri, Fakhrin, Shasha, Mamat, Kucai, Cicadinho, Bob, Badrul, Lempeng, Man, Jamsari dan Zul.

Happy Exam !
Untuk Zack, Lenny, Eiha dan Fathi : Selamat menjawab soalan ! Tak sabar nak tunggu korangs habis peksa. Pening maaa layan tension korang ! Study !
Pesan dari Nenek : Makan, minum air suam banyak-banyak, makan vit. C dan buat solat hajat. Nenek kata "Semoga semua dapat result bagus, ingat ayah-mak yang penat mendidik tuh"

Ada kerja sikit
Kalau tak sempat nak update, kalau rajin nak baca, ada citer dari log lama.
MMU Lagi
UPG MMU dtg bercamping, ambik program Remaja Lasak Level 2. Fathi Presiden UPG. Fasi kami dari MMU semua datang. Eiha, Lenny, Zack dan Fathi. Rindu betul kat Eiha dan Lenny, lama tak jumpa. Last jumpa masa program UIA harituh, bulan Januari. Pastu dia org dah busy exam, pastu cuti lak.Program weekend ni Bad handle hari ni jer, esok dia kena ke UPSI sebab program master dia dah start, every Saturday dia kena sekolah SELAMAT SEKOLAH BALIK, BAD !!! Fasi on duty minggu ni : Man, Cica, Bob, Kucai, Zack dan Lenny dan Bad. Masa saya menaip nih, campers tengah buat 'water confidence'. Masa mula buat, yg tak tahu berenang tu akan menjerit-jerit (biasak la, bila takut mesti panggil Mak) ketakutan tapi lama-lama akan okay. Dan tanpa disedari dia orang akan berenang ke tengah, jauh dari jeti. Kehkeh. Bila tengok belakang, dah jauh Ada lah cara nya nak buat dia org confident. Dan yg menjerit-jerit giler tadi la yg tak nak naik. Biasa ni. Cam flying-fox gak, yg menjerit giler dan yg melalak giler tu la yg akan dtg lagi dan beritahu fasi, 'abang, saya nak terjun lagi'. Saya gak yg lom terjun dari staging tu dan lom terjun masuk tasik. Takut. Tak confident. Kehkeh.

Read about my daughter, my only girl !
RINA SYAHIRAH ROSLI
Gambar ni, gambar buah hati kami, our only daughter ! Lepas dapat 3 anak lelaki, memang nak sesangat anak perempuan. Tambah pula dlm family Abang cucu Mak ada 36 orang, ada 6 jer perempuan : Azwana Hany, Aida Azni, Nurul Akmar Liyana, Diyana Syafikah, Rina Syahirah dan Rania .. Alhamdullillah kami dapat jugak anak perempuan !!!
Masa saya mengandungkan Rina, kandungan berusia 5 bulan, saya pergi check-up kat Dr. Chia di Hospital Pantai ... tetiba dr kata, anak perempuan .. macam tak percaya jer .. siap bawak balik gambar scan tuh .. bukan nampak pun benda tuh. Sepanjang masa mengandung tu, saya percaya tak caya jer yang anak dikandung tu perempuan. Takut nak beli baju utk perempuan ... mana lah tahu. Tapi setiap saat memang berdoa kehadratNya agar kami diberikan anak perempuan. Sebulan sebelum tarikh bersalin, saya pergi check-up dan dr kata, kandungan macam ada masaalah .. air dalam rahim kurang banyak.. so dr nak induce. Hari tu birthday Amir yang ke-9, dah janji nak adakan jamuan utk dia. Tapi dr kata kena induce hari tu juga. Takut sangat, sebab sebelum ni tiada masaalah masa melahirkan. Abang pujuk, supaya setuju diinduce.Telefon Mak. Mak kata ikut jer cakap dr. Saya tawakal jer dan berdoa. Pukul 12 tengahari, dr mulakan procedure tu. Lepas 2 jam mulalah sakit ... pastu dah rasa nak push ... pukul 3:00 saya push dan 3:10 lahirlah seorang puteri untuk kami. Abang menangis. Selama kawin dengan dia, dia nangis 4 kali - setiap kali bila lihat saya menyabung nyawa melahirkan zuriatnya. Dengan sedu sedan tu dia qamat untuk puterinya. Dah 3 kali azan masa abang-abang lahir. Lama dia peluk princess kecik dia tu, sampai nurse mintak baby utk dia hantar ke Dr. Tan (paeditrician Rina). Dalam keletihan melahirkan, abang kiss saya juta-juta kali kot ... happy sangat sebab dia nak sangat anak perempuan. Alhamdullillah ibu dan puteri selamat dan sihat. Rina lahir sama hari dengan abang Longnya : 27 Oktober. Amir lahir tahun 1989 dan Rina 1998. Kami (Abang yang decide, actually) bagi si comel tu nama Rina Syahirah. Tu pun puas meeting, satu keluarga nak beri nama. Rina: cantuman nama kami dan Syahirah bermakna yang terkenal. Semoga hidupmu direstui Allah sentiasa, sayang !

Wednesday, August 13, 2003

MMU's Xm Blues

esheiks:
What's love without care? What's care without loyalty?
What's loyalty without patience? What's patience
without understanding? What's understanding without
friendship? What's friendship without YOU?

Days are empty when I don't hear from you. Just a
simple "Hello" and my worries are through. Why do I
feel this? I think I have a clue. Because I'm glad I
have a friend like you.

If I have to spend my life thinking, I'll think of
you. If I have to cry my tears, I'll cry for you. If I
have to give up my wings, I'll forever walk with you.
But if I have to lose a friend...Hope it won't be you.

Dak-dak MMU tengah tension nak exam nih. Memacam cara lepas tension. From shaz (dear darlin' shazwani) i got endless poems and whatnots. Akak copy & paste kat sini. Jiwang sey!

Sebelum Website Kem Siap

Banyak benda yg nak dijawab nih.

1. Website Kem. Belum siap. Webmaster Kem, Zack sedang busy prepare utk final. Dia juga busy mengodek template log saya dan menukar apa-apa di log ini sesedap rasa. Kerja-kerja Zack mendapat bantuan dari pakar ICT, Fathi Mohammad.
2. Kem ni cam resort ker ? Tidak. Kem ni ialah 'tapak perkhemahan & pusat latihan bina semangat'. Kami jual sebagai camping-site jek. Tapi selalunya, group akan mengambil program-program yg ditawarkan spt 'kem remaja lasak (level 1-5 : nih program outdoor yg really lasak)', kem kepimpinan, 'english in camp', kem kembara kampung dan banyak lagi la.
3. Apa ada kat sana ? Baca kat website yg lom siap tuh. Ada info.
4. Macam mana nak gi ke Kem ? Kalau anda dari lebuhraya PLUS, exit di Tol Tangkak. Drive to bandar Tangkak. Sampai di traffic light pertama yg anda jumpa, belok ke kiri. Drive lagi melalui Kpg Sialang sehinggalah anda berjumpa jambatan yg memisahkan Johor-Melaka. Terus hingga ke simpang. Belok kiri lagi. Terus lagi hingga berjumpa Balai Polis Chinchin. Sebelah balai nih, anda akan nampak signboard Kem Lambaian Danau. Ikut jalan sebelah SK Chinchin. Drive terus ke Kem. Dari Tol Tangkak ke Kem cuma 9km sahaja. Selamat Datang :)
5. Nak bercamping macam mana ? Kalau tak ambik pakej, murah je. Sewa tapak = RM 5.00 semalam. Khemah = RM 5:00 semalam (4-men tent). Makan = RM 15.00 utk 3 hari 2 malam (b'fast, tea, lunch, dinner, supper). Sewa kabin = a. 4 sharing = RM 50.00 semalam (4 beds, carpeted, fan) b. 3 sharing = RM 40.00 semalam (one single & one double bed, carpeted, fan)
*** tidur dlm tent lebih seronok ! tiada nyamuk di sini, ni keistimewaan kami.

Tapi kalau GengJurnal really nak buat gathering kat sini, i can work out a special deal utk itu. Maybe like u pay for the makan je ker. Sebabnya sure kami dpt free advertising, kan ?

Upsere Nebete !

Amboi Zack ngan Fathi, korangs wat log nih cam reta sendrey lak eh. Kot yer pun tension nak exam takkanlah log ni yang jadik tempat lepas tension tuh. Sesuka ko jer tetukar nama log akak eh! 'DARI HUTAN INI KU MENEMUI MU' Jiwang aaaaa Zack ! Tak sesuai sungguh! 'Upsere Nebete!'. And never ever forget 'sapa tukang bayar gaji' Hahahahahahahahaha ....
*** Upsere Nebete. Maknanya dlm bahse melayu = suker hati lu, la!
Main-main gak, dah ready ker ? Kang president secretariat rakan muda ngan president university peer group kena hantar sini wat President's Programme lak ! Akak ok jek. Bayangkan betapa heppinya Kucai ngan Cica kalau korangs jadik peserta !

Tuesday, August 12, 2003

UPG::Good Luck in Final Exam

Dear all Students - Final Exam

University Peer Group (UPG) wishes all students "Best of Luck" for your upcoming final exam which start from 18th of August 2003 until 30th of August 2003. As a reminder, the final exam is just around the corner which is just a week left. Make sure you have enough rest, sleep early, do revised the tutorial and print the exam slip starting from 9.30am on 12 August 2003.

- All the Best & Study Hard -

Regards
UPG MLK

SRM :- Best Wishes For Finals

Dear Students,

Rakan Muda Secretariat wishes all students the "Best of Luck" for your upcoming final examination which will start from 18th of August 2003 until 30th of August 2003.

Finals is just around the corner. Get enough rest, sleep early, do your revision and print the exam slip starting from 9.30am on 12 August 2003.

- All the Best & Study Smart -

Regards
RAKAN MUDA SECRETARIAT

Monday, August 11, 2003

PD Trip

SMK Durian Tunggal keluar hari Sabtu. Ahad, 8.30 gang berkumpul kat rumah saya. Trip to PD. Fendi tidur rumah. Gang yg pergi : Cicadinho, Shasha, Mamat, Fendi, Bob, saya dan Abang. Pergi dgn jeep Abang dan keter Bob. Dah biasa dgn disiplin Kem, sebelum 8.30 semua dan sampai. Tepat 8.30 kami bertolak. Ikut jalan Alor Gajah-Masjid Tanah-Pengkalan Balak-Jambatan Linggi-PD. Singgah Masjid Tanah, Restoran Che'Man untuk b'fast japs. GangLasak makan roti canai/roti telur/roti sardin. Saya dan Abang makan nasik lauk rendang ayam dan kuah rebung ngan daging dan sayur taugeh. Sedap. Alhamdullilah, kenyang. Tak buang masa, lepas makan sambung semula perjalanan. Sampai di Regency kol 10:30. Called Clive, apek tu baru sampai Seremban. Brainstorming japs dan pinjam lobi Regency jadik opis kami. Kerja-kerja skets. Terjumpa lak Sham, ex-housemate Abang dulu. Muka cam dulu gak, licin halus. Mamat nih org Kelantan. Rajin kemain jaga muka, hari-hari pakai bedak sejuk masa kat rumah. Sekarang ni dia Banquet Manager kat Regency nih. Clive called balik, dah sampai PD town dah. Kami beritahu dia kami tunggu dia kat site. Tak sure sangat site kat mana pun, tapi leh ikut peta yg ada kat kami ni kots. Terus ke site. Ikut jalan tanah merah kurang lebih 2km, ke tepi laut. Tunggu sampai Clive sampai. Betul pun, site yg kami jumpa tuh. Beach dia tak cantik, ada laterite macam beach di Kemang Indah Condo (dekat kat UPM nyer tempat penyelidikan marine). Tapi saya suka 'the little cove' yg ada dekat beach tuh. Senang nak mendaratkan bot/kayak nanti. Bila Clive sampai, saya dan GangLasak panjat bukit hingga sampai ke puncak. Dari puncak nampak marina di Adrimal Cove tuh. Nampak la bot-bot mewah tu. Letih juga mendaki sebabnya tak terlawan dgn dak-dak tuh. Dia org berlari, mana larat macam dia org. Abang tak mendaki sama, tunggu bawah ngan Clive. Sebab sure Clive tak larat panjat, heheh. Lagipun dia org ada banyak benda nak discuss. Lama gak kami kat atas tuh, sebab ada kerja-kerja yg kami kena buat.

Turun, report kat boss benda2 yg dia nak tahu. Rasanya project nih akan jadik project JV SSNE-BT. Sebabnya dah jatuh cinta ngan site nih! Anginnya best, macam angin di Lambaian Danau gak. Kat sini tak sesuai nak buat camping-site, tanahnya banyak laterite. Jadik kena buat dorm/asrama cam tu. Tapi tak de katil-katil, sleeping bag jer. Lebihkan pada aktiviti. Sekejapan jer dak-dak Lasak tuh dah dpt idea pasal aktiviti. Clive boh nama kem tu 'Kem Eco Nusantara'. "I like the word Nusantara very much" Saya cakap kena tambah 'Lambaian'. Apek tuh setuju jer. Apa-apa jer la. Baru stage pertama nih, banyak lagi nak bincang.

We had our lunch at Coconut Grove, Tanjung Tuan Beach Resort. Clive balik KL. Kami gi competitors survey kat Eagle Ranch. Sempat naik menara 'flying-fox' dia. Try jugak a few obstacles. Tepon Kucai. Kucai ada kat PD gak nih, pergi training menembak. Tak dpt nak jumpa Kucai pun. Balik singgah KM Chalet di Kuala Linggi. Tengok Fort Feringgi atas Bukit Supai tuh. Ada orang buat chalet kat situ. Habislah tinggalan sejarah. Nanti, nak tengok Fort tuh takleh la masuk ikut suka. Lepas melawat Fort nih, soh Cica pindah keter Bob sebab kami kena stop kat hostel Amir karang. Dia org terus balik Jasin. Kerja-kerja je, kan ? Tak dapat nak 'berpoya-poya'.

Singgah Tesco, order pizza utk Amir ngan anak-anak kat rumah. Sementara pizza siap, masuk Tesco beli coklat, cereal dan benda2 lain. Kejap je, sebab Amir dah tepon berkali-kali, "Mama, kat mana ?" Tak tahu sabar. Hantar semua benda2 tuh kat Amir, ambik baju kotor dia. Kasut sukan dia dah rosak habis, takleh nak pakai. Asyik la keje beli sports shoes. Kissed him, Abah bagi duit, kami balik ke rumah. Sampai waktu Asar. Alhamdullilah selamat perjalanan pergi dan pulang.

Saturday, August 09, 2003

test

Minggu Yang Tak Busy

Heheh. Minggu ni relax skets ... campers yg masuk tak ramai, 80 org jer. Tu pun program rekreasi, santai-santai jek. So, leh memulau ! (bahse melaka nih) Sekarang tengah ujan, best tengok air ujan dr tingkap opis nih. Bercucuran masuk tasik. Tak nampak Gunung Ledang, dari pagi tadi tak nampak. Berkabus kat sana tuh, ujan jugak kot.

Amir
Minggu ni Amir gi camping. Tak jelak-jelak bercamping. Ikut program sekolah. Esok balik dr PD kena gi ambik baju-baju kotor dia kat hostel dan bagi elaun minggu ni. Dapat gak kiss skets2, Mama rindu la ...

Amy
Khamis arituh kawan saya sejak darjah satu datang. Dia ni popular & glemer, kalau sebut nama dia sure satu mesia tahu. Dulu dia baca berita kat satu TV swasta nih. Kami berkawan sejak kecik. Amy dtg dgn anak-anak, Sham & Suraya. Satu masa dulu, Amy pernah 'teruk'. Kesian dia, dia disiksa suami dan mak mertua. Akhirnya Amy bercerai dengan suami. Jadik single-parent. Membesarkan anak-anak dan nak berjaya dlm career. Bukan kerja senang. Tapi Amy yg saya jumpa arini, Amy yang ceria dan bahagia. Dia dah kawin baru dah. Alhamdullilah, dah senang dah. Drive keter harga 1/2 juta. Heheh. Bukanlah kebahagiaan dinilai dari materi, tapi kesenangan tu kan anugerahNya. Senang yang membawa pada bahagia. Lama kami sembang, gelak-gelak berdua. Seronok. Teringat zaman kanak-kanak. Rasa cam baru jek, kan ? Tapi Amy kata, kami dah tua. We commented about each other nyer dressing. Heheh. Banyak la kau, nak soh aku berjubah dalam utan nih. Aku kerja bukan berjalan, berlari tau ! Anak dia Suraya, tinggi. So dia booking anak saya jadik menantu, sebab anak saya pun tinggi. Issshhh ramai lak booking Amir, mentang-mentang anak aku ensem! Hahahaha ... best lak riak skets ! Kami plan nak buat reunion nanti. Leh la jumpa ramai-ramai. Tapi kami kan sekolah kampung, sekampung lak tu, memang tak putus hubungan. Dr. Badiah (Pakar Sakit Jiwa nih) jiran dekat rumah, nak jumpa Kaydar gi je la kat Klinik M tuh, Kaliong ari-ari saya jumpa dan ari-ari gaduh ngan dia, Ancak-Ancak arituh dtg Kem citer dia tengah buat master, Amin dah jadik 'org besau' kat Perbadanan Johor, Rozita kat Maybank, Sheena kat Yayasan Melaka dan ramai la. Malas nak type. Heheh. Nak gi tengok ujan :)

Friday, August 08, 2003

Tengkiu Zack

Zack dah siapkan sebahagian dari website KEM LAMBAIAN DANAU. Harap-harap masa cuti semester ni leh siap semua. Thanks for ur hard work, Zack :) Saya dah linkkan kat atas tuh. Sikit je nih yg dah siap. http://www.geocities.com/unripepoppycock/index.htm

Ni YM Chat ngan Zack arini.
zack: sayer ingat nak tambah bhgn biodata fasi
G: dah ada info kat zack kan?
zack: cuba click kat name
G: akak dah click tapi tak kuar pun
G: Sorry, the page you requested was not found
G: dia tulis camtuh
zack: mmg tak kuar coz tak der biodata lagi
G: oooooooo
zack: nnt sayer buat sayer nyer
zack: sbg testing k
G: akak dah bagi kan biodata tuh?
G: ok
G: best la camtuh
zack: tak der lah
zack: tuh yg sayer mintak ari tuh
G: ooooooo
G: minggu ni tak free?
zack: nak xm lah kak
G: ooooo
zack: tak leh nak memfreekan diri
G: akak emel kan eh?
G: apa emel zack?
zack: samer lah cam ym nih
G: okok
G: when do u need the money nak beli .com tuh?
G: ni temporary nyer site jer kan?
zack: yupp
G: next week i give u the money, ok?
G: i'm busy this weekend
G: ada smk durian tunggal pastu there r some consultancy job to do
G: and i still owe u elaun dak persatuan melayu arituh
zack: itz ok
G: try to be free la one evening, kita layan cendul durian ker
zack: one evening tuh kalau dlm week dpn tak kisah nyer
zack: tp one evening jer lah
G: akak tepon zack ari apa
G: iyerlah
zack: isnin ker
zack: selasa ker
G: not monday
G: wednesday, ok?
zack: ok
G: kita gi tankimhock layan cendul durian
zack: kat ner tuh
G: alah kat bukit ciner tuh
G: kat hotel tan kimhock tuh
zack: owh
G: ko rasa ko leh dpt transport tak?
G: then i can bring gang sini
zack: lorh
zack: naper lak
zack: naper lak
G: ramai2 best, kan?
zack: owh ok
zack: leh kot
zack: ader jaguh member fati
G: akak bawak shasha, lenny, eiha
G: kira ok la tuh kot?
zack: orait
zack: tapi kene tanyer dulu diorg
G: so wednesday ?
zack: available ker tak
G: ko tanya la
G: kalau tak kang kita berdua-duaan lak
zack: eiha online tuh
G: dia budy tuh
zack: tanyer lah
G: busy
zack: tak ah
G: maleh nak kacau dia study
G: jap, jap akak tanya
zack: ok
G: dah do kali buzz, dia bisu jek
zack: dier tak kenal
G: mana leh tak kenal akak
G: ishhhhhh ko nih
zack: nih sayer tgh chatting ngan dier lah nih
G: dah jawab dah
zack: hah ok
G: dia tak free la rabu
G: malam dia de xm
zack: selasa lah
G: ok selasa then
G: lepas asar akak jalan dr kem
zack: nnt sayer tanyer dier
zack: rabu pon sayer tak leh
zack: coz khamis ader presentation
zack: eiha kater ok
zack: selas
G: sett selasa eh
zack: selasa
G: akak dr kem lepas asar
G: akak tepon bila nak jln nanti
zack: msg kat dier skali
G: ok ok
zack: jln lmbt sampai nnt
G: tak la
G: ko tu
zack: pandu kereta cpt skit
G: tunggu kat parking bas mmu tuh eh?
G: eleh cam la akak drive selow
zack: ok
G: zack, braper duit tapak tuh?
zack: nnt sayer settle kan dulu
zack: mase cuti nnt kot
G: ok ok
G: so cu tuesday eh?
zack: biasenyer dlm 200++ jer
G: u and fathi and eiha and lenny
zack: ok
G: abis ada duit tak nak bayar
G: akak bagi je la zack duit
zack: jgn takut
G: karang zack tak de duit lak nak banjer
zack: ader lah
G: hehe
G: pakcik kayo eh?
G: pow mak eh?
zack: hehehehehe
G: ada awek mak datin eh?
G: amboi!
zack: dak kelantan
zack: hahahaha
G: ooooooooooooooooooo
G: hahahahahahahhaha
G: ampun tuanku!
G: faham sesangat nih ...

Thursday, August 07, 2003

My Ridzwan Nadzrin

Hari Isnin lepas MRSM balik, kami ada tetamu. Clive and wife dari SSNE. Clive ada 3 proposals utk kami. Ada 1000 acres tanah paya di Sepang utk development, 130 acres di Bentong dah develop dan mintak BT urus dan satu lagi property di PD. Dua ekar jek. Ni untuk consultancy job. Abang dengan ngantuk dan letihnya bukan leh fokus sangat. Tapi yg di Sepang tuh, memang reject la. Sebab ada kena-mengena ngan org politik. Tak kosa. Beritahu Clive, hari Ahad ni kami akan ke PD. Bincang kat sana. Thanks Mrs. Clive for the pastries. Abang terus balik lepas meeting ngan Clive. Saya tinggal seorang utk habiskan kerja. Cadangnya esok nak bercuti. Siapkan kerja yang penting. Dah pukul 7:30. Masih bercuti. Pukul 7:40 Abang telefon, beritahu Nadzrin muntah dan Abang nak bawak dia Ke Dr. Naha. Terperanjat saya sebab tengahari tadi ok jer. Terus offkan pc, lock semua-semua dan berkejar ke kereta. Panic sekejap. Tengah drive, Abang tepon mobile saya. Doc nak masukkan air. Nadzrin kurang air. Alahai. Sampai ke Klinik Dr. Naha terus ke treatment room. Dah masuk air pun. Abang tengah peluk dia. Nampak je saya, "I want Mama". Terus pergi peluk dia. Honey, baby, kesiannya darling Mama. Picit-picit kepala dia. Doc kata kena tunggu sampai habis satu bag air tuh. Suruh Abang balik dulu. Kesian dia penat. Biar saja saya yang tunggu. Abang balik. Nadzrin nak buang air. Bawa dia pergi toilet. Buang air dan muntah lagi. Mengigil-gigil dia. Basahkan muka dia. Tidurkan dia balik. Abang sampai. Still tak dinner. Abang mandi je, tak leh nak makan ingatkan anak. Saya belai Nadzrin sampai dia lelap. Kol 10 malam baru air habis. Balik rumah. Saya tidur dengan Nadzrin. Dia lelap dan tidur nyenyak. Mama dia yang tak lelap. Esoknya, dia dah bangun pagi-pagi lagi. Dah ok. Mintak breakfast. Alhamdullilah. My darling dah sihat. Cuti sekolah 2 ari je. Mama yang lebih. Cuti sampai Khamis. Thanks, Abah.

Fendi dan KK

Univ Teknikal tengah semester break. GangLasak semua balik kampung. Fendi tinggalkan KK dengan Shasha. KK tuh kura-kura. Biasa la Fendi, bukan kreatif sangat. Nak bagi nama pet pun ikut senang je. Tapi KK kiut cam Fendi. Masa BBQ asyik je takutkan Fendi, kami BBQ KK dia. Sayang tahap melampau kat KK. Tak caya nak tinggalkan KK kat opis. Takut kita org buat umpan toman, eh Fendi ?

Masih MRSM

Hari Ahad. Bangun tidur terus balik rumah. Hari utk anak-anak pulak. Check buku-buku dan baju-baju semua. Alhamdullilah semuanya ok. Sembang-sembang ngan dia orang. Pukul 4:30 hantar Amir balik hostel. Ajak Nana teman. Ada gak kawan sembang nanti. Kawan Amir, Hamizan ikut sekali. Lepas hantar dia orang berdua, saya dan Nana ke Tesco. Nak beli jigsaw puzzle untuk aktiviti esok. Ambik troli, naikkan Nana dan start merayau. Jumpa yg 70 pcs nyer. RM 3.50. Beli 12 set. Ramainya orang kat Tesco. Malas nak marayap lagi. Pergi kaunter nak bayar. Nampak ada hanger baju murah RM 8.99. Ambil 2 set. Kat rumah, hanger baju memang tak penah cukup. Kat hostel Amir je tah ada berapa ratus, tu lom kira kat rumah Ida kat KL, rumah kat KK dan tah mana-mana lagi. Lepas bayar semua, gi City Chain, nak ambik jam. Best, jam dah ok balik. Saya suka jam Adidas Sport nih. Sesuai dengan saya. Kerja lasak, maaaaa. Leh simpan balik dress watch ni. Raya karang, pakai balik. Heheh. Pastu gi Shakey's. Beli 2 regular pizza untuk Hafidz, Nadzrin dan Nana. Beli spaghetti bolognaise utk ma'am. Balik. Hantar Nana ke rumah dan terus ke Kem. Dia orang tengah berbarbeque. Join sekali. Sepatutnya Kucai, Lenny dan Bob kena balik malam ni sebab esok semua ada kuliah. Lenny kena balik dengan Zul sebab esok Zul kerja juga. Sampai pukul 10 Zul ajak balik, minah tu asyik cakap kejap-kejap. Akhirnya saya setuju untuk hantar Lenny pagi-pagi besok. Kucai pulak akan balik lepas Suboh. Bob balik sebelah tengahari sebab kelas belah petang. Semuanya macam tu la bila berjumpa. Rapat macam adik beradik. Saya tak tunggu Malam Persembahan sebab kena balik dah. Esok je la datang.


Isnin
Lepas hantar ke sekolah terus ke Kem. Breakfast sedap. Nasik Goreng Kampung. Kat rumah anak-anak breakfast cereal jer. Mak lak makan susu anlene ngan oat hari-hari. Mak kena jaga makan sebab ada sakit jantung. Lepas breakfast, tanya Lenny nak balik dah. Jap-jap. "Tunggu lepas triathlon la, Kak G". Best gak tengok triathlon tuh. Relax je Opa settlekan jigsaw puzzle. Nan muka panic je nak luruskan benang. Heheh. Seronok gak spend the morning nyakat korangs. Bersungguh-sungguh semua nak menang. Sayangnya, tak dapat lama ngan korangs. Kol 10:30 hantar Lenny ke MMU. Stop kat rumah dia dulu, hantar baju-baju kotor, kasut sukan dan sleeping bag. Lenny ambik note book dan saya terus hantar Lenny ke MMU. Pastu ke bank. Bank-in cheque. Ambik duit utk bayar gaji staffs karang. Stop beli air tebu. Enjoy my air tebu. Sejuk dan sedap. Alhamdulillah. Balik semula ke Kem. Masa sampai tengah penyerahan semula campers kepada Maktab. Terjerit-jerit dia orang kata, "tanakkkkk .." Semua nak balik hari Khamis. Mana leh, dah puas dah main-main nih. Study time lak. Serah jugak pada Cikgu Ariffin. Panjang umur, jumpa lagi. Next time dtg dengan group Universiti la pulak, ye. Love you, sayangs !

Lagi MRSM

Malam Hari Kedua. Berkumpul di Dataran untuk sessi kupasan aktiviti. Ketua kumpulan kena check ahli. Ada lak sorang ahli kumpulan Hijau ni tak de. Saya, Bob dan Lempeng pergi tengok dia di khemah. Kawan sekhemah dan Ketua Kumpulan dia pun ikut jugak. Ingatkan sakit ke apa, tapi tidur. Nak kena la, ni. Lepas sessi kupasan aktiviti ada sessi mini kes peribadi dan motivasi kumpulan. Campers dibahagikan ikut kumpulan masing-masing dan sessi dihandle oleh Abang/Kakak Fasi masing-masing. 11:30 supper. Ada pengumuman lak. Sessi mahkamah tergempar. Kes Zulhelmi Zainudin poteng aktiviti dan tidur dalam khemah tanpa kebenaran. Kucai dan Ruddy jadik peguam pendakwa. Zulhelmi nyer peguam Shahnan dan sapa sorang lagi tu. Saya, saksi pertama. Alahai lawak sungguh persidangan kali ni. Sungguh tak tahan tengok Zulhelmi. Kiut jer duduk dengan tangan digari oleh headband berikat riben. Heheh. Muka takut je lak tu. Lawyer MRSM bagus dan berjaya mempertahankan Mie. Nasib baik tak kena denda. Kalau tak sure la toilet berkilat-kilat. Mie, jangan lupa makan ubat migraine, eh !

Khas Untuk MRSM Terendak

Hi Sayangs !!! Thanks for the emails and calls. Dah ilang penat tak ? Auntie & Pak Man baru dapat suara semula. Heheh. Teruks, korang. Tapi tak pe, kami pun macam korangs gaks .. happy. Seronok, kan 4 hari ni ? Gelak, main-main, gado-gado, kena marah etc, etc . Sekarang masa untuk study semula. SPM dah dekat, kan ? 10 A tau. Semua-semua sekali dpt 10 A, biar pening Pengetua nak pilih Best Student. Nanti Auntie balas emails. Rajin belajar, rajin solat sunnat dan berdoa. Pasti adik-adik akan berjaya. Sayang kat korang semua.

Saturday, August 02, 2003

MRSM Kem Terendak

Pagi ni bangun lambat skets. Sedap lak tidur bawah meja nih. Ni tempat tidur rasmi saya. Alih kerusi, bentang sleeping bag dan tidur. Kaki masuk bawah meja. Pakaian rasmi tidur mesti seluar track, t-shirt season saya dan sweater. Kat sini kalau pagi, sejuk giler. Mengigil kalau tak pakai sweater. Alhamdullilah, nikmat senang tidur sentiasa diberiNya kepada saya. Letak pala, lelap.

Bangun-bangun tengok Abang tak de. Sleeping bag dah siap bergulung. Dia balik rumah rupanya. Tengok anak-anak. Anak-anak semua ok. Hafidz tak de tuition arini. Semua dah bangun dah masa Abang balik dan sedang breakfast. Selalunya camni la, kami bergilir-gilir curik masa balik tengok anak-anak.

Mandi dan bersiap. Abang sampai Kem. Beli kuih banyak. Malas nak gi dining. Makan karipap je ngan air suam. Pagi ni banyak aktiviti. Jungle-tracking 12 km, flying-fox dan obstacles-run. Penatnya.

Abang askar masak ikan sadin, daging kicap ngan sayur kobis. Sedap. Alhamdullilah kenyang kami makan. Kat sini memang selera bagus semua. Bertambah-tambah kami makan walaupun risau gak tengok Mamat ngan Shasha jeling. Kira kalori la tuh. Eleh, gi jungle-tracking kang leh ilang 12 kilo, pe ... Memang syukur pada nikmatNya. Apa je masuk, sedap belaka. Dak-dak fasi ni kadang kol 3 pagi leh bangun carik nasik. Ni Lenny la nih, pepagi buta kejut Ruddy ajak makan. Dan Ruddy dengan mata takleh bukak, sumbat gak mulut ngan nasi. Kalau tak de nasik, makan biskut tongkat cicah kopi o. Ala, biskut yg dibuat ngan doh roti tuh, pastu dia bakar sampai jadik biskut. Jadik je. Agaknya sebab aktif sangat kot. Tu la asyik lapar je. Tu lom citer kitaorg rebus ubi kayu cicah sambal tumis ikan bilis tu. Peh sedap, kena sungguh ngan tekak kita kan, korang ? Tekak orang kampung, bebs!

Memulau Kejap

Orang busy-busy, saya memulau japs. Heheh. Penat maaaaa. Tadi layan VCD Kucai nyer tauliah Leftenan Muda ngan Lenny. Hensem lak mamat tu.

Citer semalam dulu. Pagi lepak kat rumah, uruskan rumahtangga like the good wife i am, heheh. Kol 12, Shasha tepon dah ada kat bus stand Jasin. Kami nak ke bandar Melaka berdua. Budak2 sekolah dah balik, so kalau ikut Jalan Melaka sure jam nya. Saya drive ikut Jalan Kesang. Ke Air Keroh. Perut kami lapar lak. Stop kat Air Keroh Heights, makan kat Warung Anda. Best, Abang Yunus, tokeh ada. Dapat discount. Heheh. Saya makan nasik lauk ayam cili padi, sambal goreng jawa dan sayur. Minum nescafe ais. Shasha makan ikan, sambal tempoyak, ulam segala jenis, sayur segala jenis dan minum milo ais. Minah ni dak Sports Science. Makan segalanya nak kira kalori, jaga badan giler. Nyampah ! Heheh. Thanks Abang Yunus, makan memacam bilnya cuma RM 7.00 :) Kawan zaman muda ni. Dulu baru kawin tak tahu masak, ari-ari makan kedai dia. Abang kata sayang sangat kat saya so jgn penat-penat nak masak, Abang bawak kuar makan. Pinggan pun takyah basuh. Masa tu kami muda sangat. Umur 22-23 camtu. Memang blur sungguh dengan kehidupan berumahtangga. Sekarang baru pecah rahsia, dia tak larat makan masak kicap ari-ari. Dah tu jer menu yg saya tahu, kira ok la kan. Makan je, alhamdullillah pada rezeki yg diberiNya.Sudah makan, nak ke Jalan Bendahara. Nak gi finance bayar duit keter saya. Alahai takleh buat u-turn lak depan Air Keroh Heights. Ikut Jalan Bukit Beruang, terlanjur tu ingat nak fetch Lenny dulu karang takyah nak pusing-pusing ke MMU masa balik. Sampai MMU, parking dan tepon Fathi. Lenny cam biasa, tak de mobile. Pening tengok minah ni. Seksa nak contact dia. Dia sorang je tak bermobile. Fathi dah ada di masjid MMU. Dia kuar jap ikut kami gi rumah Lenny sebab saya tak sure sangat mana rumah Lenny. Selalu kalau jemput Lenny, tunggu dia kat bistro tu jer. Alhamdullillah Lenny dah siap. Ambik Lenny dan hantar semula Fathi ke masjid. Fathi dan Zack dtg malam karang lepas test.

Ke Jalan Bendahara ke finance. Lenny lapar. Shasha dan Lenny gi beli nasi bungkus sementara saya beratur bayar duit keter. Pastu kami ke Jualan Borong. Nak beli tikar dan gayung. Beli 4 tikar dan 12 biji gayung. Terus ke hostel Amir. Dia balik wajib minggu ni. Stop jap kat Kampung Pantai, beli kain ela kosong 12 warna. Untuk buat headband nih. Ambik Amir dan balik Jasin. Sampai Jasin gi ambik forms dan segala nya yg diphotostat kat kedai Speakie. Hantar Amir balik rumah. Stop japs utk kiss anak-anak dan Mak. Terus ke Kem.

Sampai Kem. Kerja-kerja.

Kol 3:30 group sampai, satu bas dan 5 bijik 6 tan (weh Kucai, pesal aaa takleh sebut trak, benda tuh kan trak tuh ...) Kem Komandan ambik alih. Semua dah on duty kecuali Fathi, Zack dan Kucai. Buat cam biasa. Penerangan pasal Camp Rules. Rampas-merampas. Cam biasa jumpa benda-benda yg dilarang keras di Kem : ROKOK. Taklimat program dan segalanya la. Sessi pasang khemah, mandi dan solat Maghrib berjemaah. Pastu mereka berkuliyah dan baca Yassin. Shasha ngan saya je relax sebab kami cuti. Yang lain di surau.

Dinner. Askar masak. Heheh. Kenyang. Alhamdullilah. Fathi dan Zack sampai. Makan sekali. Pastu ice breaking. Bahagi kumpulan dan mereka buat kerja kumpulan. Group name, goal and cheers. Buat head band jugak. Dapat Abang/Kakak angkat. Main a few games.

Kol 11:45 supper dan bersedia utk nite walk. Malas nak ikut, tapi Abang dah pujuk. Pergi jugaklah. Lagipun dia dah janji nak belikan casette Daniel Beddingfield (suka lagu 'If U Are Not The One') kenalah setuju dating dalam hutan tuh :) Tapi nasib baik pergi. Semalam nampak 8 shooting stars. Dalam hutan, langit nampak terang. Man ajar peserta cara tengok kiblat berpandukan bintang. Tunjuk juga buruj-buruj yg biasa.Pastu masa 'tiada bunyi'. Semua diam. Belajar guna deria bunyi. Gelap dan sepi. Aman.

Kol 2:30 pagi semuanya selesai. Pukul 3 pagi Kucai sampai dari UiTM, Shah Alam. Semua anak-anak Kem kami dah selamat sampai. Alhamdulillah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...