Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Thursday, August 14, 2003

Marah dan Sedih

Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raajiuun.Ucapan takziah dan simpati saya buat keluarga Allahyarham Leftenan Muda Mai Elny Sefrina Jalaluludin atas kehilangan anakanda yang tercinta. Semoga di cucuri rahmat keatas rohnya. Al-Fatihah.


Dari Beritaa Hariann
Ini adalah kejadian kedua membabitkan nahas pesawat Pilatus PC-7 di Sintok selepas seorang leftenan terbunuh apabila pesawat jenis yang sama merempuh asrama di Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 25 September 1990.
Difahamkan, ini adalah kejadian nahas pesawat TUDM pertama membabitkan juruterbang wanita sejak 1986.
Ia adalah kemalangan ke-11 membabitkan pesawat jenis Pilatus PC-7 yang dilaporkan setakat ini selepas pesawat buatan Switzerland itu mula digunakan sebagai pesawat pelatih sejak 1982.
Difahamkan sehingga kini, TUDM memiliki 36 pesawat jenis ini yang ditempatkan di Pusat Latihan Penerbangan No 1 Pangkalan TUDM Kepala Batas.
Ia digunakan juruterbang baru TUDM untuk latihan kemahiran pengendalian pesawat sebelum bertugas menggunakan pesawat lain sejurus tamat latihan.
Walaupun pesawat itu dianggap yang terbaik untuk pelatih melakukan penerbangan asas, kejadian yang menimpa ramai juruterbang muda ini mula menyebabkan keupayaan pesawat itu dipersoalkan.
Berikut adalah senarai pesawat jenis yang sama terhempas dan direkodkan sejak ia digunakan.

9 Julai 1984 – Pesawat Pilatus PC-7 pertama terhempas di Kepala Batas. Juruterbang selamat.

September 1984 – Juruterbang pelatih, Leftenan Muda S Thulasiram terbunuh selepas pesawat yang dipandunya terhempas di kawasan sawah padi di Kampung Bukit Rambai, Pendang, Kedah.

25 September 1990 – Leftenan Muda Faizal Muhammad terbunuh apabila pesawat yang dipandunya merempuh asrama di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah.

22 Oktober 1991 – Pesawat terhempas di Kampung Titi Besi, Kepala Batas, Kedah menyebabkan juruterbangnya terbunuh.

29 Januari 1992 – Pesawat yang sama terhempas di Kepala Batas tetapi dua juruterbangnya selamat.

31 Januari 1992 – Pesawat Pilatus PC-7 terjunam dan terhempas dalam Sungai Kemaman, Terengganu menyebabkan juruterbangnya terbunuh.

12 Julai 1993 – Seorang juruterbang pelatih TUDM, Leftenan Muda Mohamad Nazri Amran, 21, terbunuh apabila pesawat terhempas di sawah Kampung Chemumar, Tambun Tualang, Perlis.

3 Januari 2001 – Pilatus PC-7 milik TUDM terhempas di perairan Timur Laut Kuantan dekat Gebeng. Juruterbang selamat selepas menekan kerusi anjal.

12 April 2001 – Pilatus PC-7 milik TUDM terhempas di Kampung Kepala Parit Dalam, Tokai, Pendang, Kedah mengakibatkan seorang juruterbang jurulatih TUDM terbunuh.

23 Februari 2003 – Seorang jurulatih penerbangan dan pelatih TUDM terselamat apabila pesawat Pilatus PC-7 yang dinaiki terpaksa melakukan pendaratan cemas di Pangkalan TUDM, Butterworth, Pulau Pinang

Ni untuk pecahkan rekod juga ker ? Hhmm ?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...