Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Thursday, August 14, 2003

Busy Skets Jer

Sedang tunggu tetamu dari KUITHO, Batu Pahat.

Jumaat ni ada 265 peserta masuk. Peserta dari SMK (Agama) Tun Perak. Program Motivasi UPSR dan SPM. Banyak benda yang kena buat tapi kami dah siapkan semuanya. Tinggal kerja-kerja last minute jer. Senang hati. Fasi on-duty minggu ni Fendi, Asri, Adi, Madas, Nazri, Fakhrin, Shasha, Mamat, Kucai, Cicadinho, Bob, Badrul, Lempeng, Man, Jamsari dan Zul.

Happy Exam !
Untuk Zack, Lenny, Eiha dan Fathi : Selamat menjawab soalan ! Tak sabar nak tunggu korangs habis peksa. Pening maaa layan tension korang ! Study !
Pesan dari Nenek : Makan, minum air suam banyak-banyak, makan vit. C dan buat solat hajat. Nenek kata "Semoga semua dapat result bagus, ingat ayah-mak yang penat mendidik tuh"

Ada kerja sikit
Kalau tak sempat nak update, kalau rajin nak baca, ada citer dari log lama.
MMU Lagi
UPG MMU dtg bercamping, ambik program Remaja Lasak Level 2. Fathi Presiden UPG. Fasi kami dari MMU semua datang. Eiha, Lenny, Zack dan Fathi. Rindu betul kat Eiha dan Lenny, lama tak jumpa. Last jumpa masa program UIA harituh, bulan Januari. Pastu dia org dah busy exam, pastu cuti lak.Program weekend ni Bad handle hari ni jer, esok dia kena ke UPSI sebab program master dia dah start, every Saturday dia kena sekolah SELAMAT SEKOLAH BALIK, BAD !!! Fasi on duty minggu ni : Man, Cica, Bob, Kucai, Zack dan Lenny dan Bad. Masa saya menaip nih, campers tengah buat 'water confidence'. Masa mula buat, yg tak tahu berenang tu akan menjerit-jerit (biasak la, bila takut mesti panggil Mak) ketakutan tapi lama-lama akan okay. Dan tanpa disedari dia orang akan berenang ke tengah, jauh dari jeti. Kehkeh. Bila tengok belakang, dah jauh Ada lah cara nya nak buat dia org confident. Dan yg menjerit-jerit giler tadi la yg tak nak naik. Biasa ni. Cam flying-fox gak, yg menjerit giler dan yg melalak giler tu la yg akan dtg lagi dan beritahu fasi, 'abang, saya nak terjun lagi'. Saya gak yg lom terjun dari staging tu dan lom terjun masuk tasik. Takut. Tak confident. Kehkeh.

Read about my daughter, my only girl !
RINA SYAHIRAH ROSLI
Gambar ni, gambar buah hati kami, our only daughter ! Lepas dapat 3 anak lelaki, memang nak sesangat anak perempuan. Tambah pula dlm family Abang cucu Mak ada 36 orang, ada 6 jer perempuan : Azwana Hany, Aida Azni, Nurul Akmar Liyana, Diyana Syafikah, Rina Syahirah dan Rania .. Alhamdullillah kami dapat jugak anak perempuan !!!
Masa saya mengandungkan Rina, kandungan berusia 5 bulan, saya pergi check-up kat Dr. Chia di Hospital Pantai ... tetiba dr kata, anak perempuan .. macam tak percaya jer .. siap bawak balik gambar scan tuh .. bukan nampak pun benda tuh. Sepanjang masa mengandung tu, saya percaya tak caya jer yang anak dikandung tu perempuan. Takut nak beli baju utk perempuan ... mana lah tahu. Tapi setiap saat memang berdoa kehadratNya agar kami diberikan anak perempuan. Sebulan sebelum tarikh bersalin, saya pergi check-up dan dr kata, kandungan macam ada masaalah .. air dalam rahim kurang banyak.. so dr nak induce. Hari tu birthday Amir yang ke-9, dah janji nak adakan jamuan utk dia. Tapi dr kata kena induce hari tu juga. Takut sangat, sebab sebelum ni tiada masaalah masa melahirkan. Abang pujuk, supaya setuju diinduce.Telefon Mak. Mak kata ikut jer cakap dr. Saya tawakal jer dan berdoa. Pukul 12 tengahari, dr mulakan procedure tu. Lepas 2 jam mulalah sakit ... pastu dah rasa nak push ... pukul 3:00 saya push dan 3:10 lahirlah seorang puteri untuk kami. Abang menangis. Selama kawin dengan dia, dia nangis 4 kali - setiap kali bila lihat saya menyabung nyawa melahirkan zuriatnya. Dengan sedu sedan tu dia qamat untuk puterinya. Dah 3 kali azan masa abang-abang lahir. Lama dia peluk princess kecik dia tu, sampai nurse mintak baby utk dia hantar ke Dr. Tan (paeditrician Rina). Dalam keletihan melahirkan, abang kiss saya juta-juta kali kot ... happy sangat sebab dia nak sangat anak perempuan. Alhamdullillah ibu dan puteri selamat dan sihat. Rina lahir sama hari dengan abang Longnya : 27 Oktober. Amir lahir tahun 1989 dan Rina 1998. Kami (Abang yang decide, actually) bagi si comel tu nama Rina Syahirah. Tu pun puas meeting, satu keluarga nak beri nama. Rina: cantuman nama kami dan Syahirah bermakna yang terkenal. Semoga hidupmu direstui Allah sentiasa, sayang !

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...