Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Sunday, August 24, 2003

UKM

Hari Jumaat hari tu, lepas Asar saya pergi jemput Eiha dan Lenny. Dia orang tengah minggu exam ni tapi nak juga datang sebab nak release tension. Stop kejap kat Jusco beli pastries utk gang-gang kat Kem dan juga utk Zack & Fathi. Berdua tu sure lapar jek sebab setadi siang malam. Semoga dapat good result :) Tunggu dia orang kat tempat biasa. Eiha dah sampai dah dengan backpack & sleeping bagnya. Tunggu Lenny japs sebab Lenny ada paper. Kejap jer tunggu, Lenny pun sampai dengan Fathi. Collect chq dr Fathi dan kami terus ke rumah sewa Lenny, ambik barang-barang dia. Dah ada semua terus drive balik ke Kem. Budak berdua tu makan dalam kete sebab lapar. This is normal for them, lapar 24 jam. Lenny ni la yang saya cakap dulu, leh bangun kol 3 pagi utk makan nasik. Heheh.

Sampai-sampai Kem, dia orang gi solat dulu. Mandi dan siap-siap. Relax sekejap sementara tunggu UKM datang. Dan rupanya tunggu sampai pukul 3 pagi baru sampai. Saya tidur dulu dan mimpi-mimpi dulu. Ini bukan pertama kali peserta dtg lambat. Dulu group UTM pun camni gak lambatnya :)

Minggu ni fasi on duty : Eiha, Lenny, Toyak, Jepun, Kucai, Cicadindo, Zul, Jamsari, PakMan, Mamat, Shasha dan Fakhrin. Tapi Sabtu lepas aktiviti Fakulti, Asri dan Adi sampai. Fendi sampai malam dengan Renee. Fendi masih cedera sebab hari tu lepas balik dari Kem, dia accident lepas hantar Lempeng. Berjalan terdengkut-dengkut tambah pula gelfren (Renee) ada, lagi la sakit dia bertambah !

Minggu ni semua aktiviti biasa-biasa je. Group ni ada 10 peserta lelaki jer, yang lain perempuan. Kesian mamat-mamat ni ... em, takleh cakaplah apa jadik ... :) Dia orang buat kem lasak level 2 = aktiviti air jer la. Tak penat sangat sebab ada Jurulatih-jurulatih Kanan: PakMan, Zul dan Jamsari. Mereka ni semua Jurulatih Kayak Kebangsaan. Seorang boleh handle sampai 100 kayak.

Jalan Malam.
Saya ikut pergi jalan malam. Pergi dengan Eiha. Semua pergi kecuali PakLet dengan Lenny. Suka pergi sebab tak jemu-jemu dengar falsafah Man. Dapat menghayati suasana malam yang gelap dan senyap. Man cakap pasal deria telinga, betapa kita tak menghargai deria tu, padahal kita lebih dulu mendengar dari melihat. Kami juga duduk diam-diam selama 10 minit. Dapat dengar bunyi kenderaan di lebuhraya PLUS yang jauh nya dari tempat kami duduk tu adalah lebih 10km. Lama juga berada di situ. Mereka tak perasan pun kami duduk hampir benar dengan tokong Cinaa yang kecil. Heheh. Tempat orang puja nombor ekor. Dah perasan, mula lah seram. Tapi sebab mereka ramai perempuan, PakMan lepaskan dalam kumpulan 4 orang. Alasannya, perempuan karang takut-takut. Alasan yang salah sebab semalam ada 3 budak lelaki yang lari lintang pukang tinggalkan ahli kumpulan. Eleh, lelaki zaman sekarang ! (war between sexes is on at the Camp ..heh )

Saya tak tunggu lama pun dengan Eiha. Kami balik dengan kumpulan ketiga. Ajak Eiha balik dulu so that dia boleh study skets.

Sekarang ni masa saya sedang menulis ni mereka sedang buat flying-fox. Ramai perempuan berani so pakai full harness dan leh la terjun ala-ala Superman gitu. Seronok dia orang. PakMan nun atas scalfolding. Zul dan Jamsari tukang pakaikan harness kat peserta. Kena buat betul-betul sebab melibatkan nyawa. Safety first. Eiha tolong mereka sebab tempat-tempa tyg sensitif mereka tak boleh check, Eiha la yang check. Kucai & Fakhrin jadik breaker. Ni pun tugas yang kena buat betul-betul so that peserta boleh landing terus atas big tyres tuh. Mamat dan Asri kena bukakan pulley dan semua tu la. Bukan terjun saja, ada safety line .. sebab mana lah tahu, kan . Takut pun nak type ... Nauzubillah.

Kalau ada rezki kami akan memulakan tempat landing baru utk flying-fox ni. Terjun dari bukit dan terus ke air. Air akan act as breaker dan panjang nya kabel ke air tuh lebih dari 250 meter. Kena pandai adjust supaya boleh turun atas platform. Maybe akan jadik line flying-fox yang terpanjang di Malaysia. Dengar cerita yang terpanjang sekali sekarang di Kem Nur Lembah Pangsun : 150 meter. Best kot jatuh dalam air :) Di office ada jugak fasi yang tengah keje nih. Tengah buat jigsaw puzzles. Lenny, Sha dan Adi. Anak-anak saya, Nana dan Nadzrin pun tolong sama. Tah sapa yg pandai sangat dah campur-campurkan puzzles tuh. Ada 12 papan kena settlekan :) We need those puzzles utk aktiviti petang ni. Tu jer la kots. Harap-harap UKM bayar cepat utk group nih. I'm broke ! Nak gaji cepat skets la, darling ! Nak shopping hadiah utk mak. Esok nak off. Salams. :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...