Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Monday, August 11, 2003

PD Trip

SMK Durian Tunggal keluar hari Sabtu. Ahad, 8.30 gang berkumpul kat rumah saya. Trip to PD. Fendi tidur rumah. Gang yg pergi : Cicadinho, Shasha, Mamat, Fendi, Bob, saya dan Abang. Pergi dgn jeep Abang dan keter Bob. Dah biasa dgn disiplin Kem, sebelum 8.30 semua dan sampai. Tepat 8.30 kami bertolak. Ikut jalan Alor Gajah-Masjid Tanah-Pengkalan Balak-Jambatan Linggi-PD. Singgah Masjid Tanah, Restoran Che'Man untuk b'fast japs. GangLasak makan roti canai/roti telur/roti sardin. Saya dan Abang makan nasik lauk rendang ayam dan kuah rebung ngan daging dan sayur taugeh. Sedap. Alhamdullilah, kenyang. Tak buang masa, lepas makan sambung semula perjalanan. Sampai di Regency kol 10:30. Called Clive, apek tu baru sampai Seremban. Brainstorming japs dan pinjam lobi Regency jadik opis kami. Kerja-kerja skets. Terjumpa lak Sham, ex-housemate Abang dulu. Muka cam dulu gak, licin halus. Mamat nih org Kelantan. Rajin kemain jaga muka, hari-hari pakai bedak sejuk masa kat rumah. Sekarang ni dia Banquet Manager kat Regency nih. Clive called balik, dah sampai PD town dah. Kami beritahu dia kami tunggu dia kat site. Tak sure sangat site kat mana pun, tapi leh ikut peta yg ada kat kami ni kots. Terus ke site. Ikut jalan tanah merah kurang lebih 2km, ke tepi laut. Tunggu sampai Clive sampai. Betul pun, site yg kami jumpa tuh. Beach dia tak cantik, ada laterite macam beach di Kemang Indah Condo (dekat kat UPM nyer tempat penyelidikan marine). Tapi saya suka 'the little cove' yg ada dekat beach tuh. Senang nak mendaratkan bot/kayak nanti. Bila Clive sampai, saya dan GangLasak panjat bukit hingga sampai ke puncak. Dari puncak nampak marina di Adrimal Cove tuh. Nampak la bot-bot mewah tu. Letih juga mendaki sebabnya tak terlawan dgn dak-dak tuh. Dia org berlari, mana larat macam dia org. Abang tak mendaki sama, tunggu bawah ngan Clive. Sebab sure Clive tak larat panjat, heheh. Lagipun dia org ada banyak benda nak discuss. Lama gak kami kat atas tuh, sebab ada kerja-kerja yg kami kena buat.

Turun, report kat boss benda2 yg dia nak tahu. Rasanya project nih akan jadik project JV SSNE-BT. Sebabnya dah jatuh cinta ngan site nih! Anginnya best, macam angin di Lambaian Danau gak. Kat sini tak sesuai nak buat camping-site, tanahnya banyak laterite. Jadik kena buat dorm/asrama cam tu. Tapi tak de katil-katil, sleeping bag jer. Lebihkan pada aktiviti. Sekejapan jer dak-dak Lasak tuh dah dpt idea pasal aktiviti. Clive boh nama kem tu 'Kem Eco Nusantara'. "I like the word Nusantara very much" Saya cakap kena tambah 'Lambaian'. Apek tuh setuju jer. Apa-apa jer la. Baru stage pertama nih, banyak lagi nak bincang.

We had our lunch at Coconut Grove, Tanjung Tuan Beach Resort. Clive balik KL. Kami gi competitors survey kat Eagle Ranch. Sempat naik menara 'flying-fox' dia. Try jugak a few obstacles. Tepon Kucai. Kucai ada kat PD gak nih, pergi training menembak. Tak dpt nak jumpa Kucai pun. Balik singgah KM Chalet di Kuala Linggi. Tengok Fort Feringgi atas Bukit Supai tuh. Ada orang buat chalet kat situ. Habislah tinggalan sejarah. Nanti, nak tengok Fort tuh takleh la masuk ikut suka. Lepas melawat Fort nih, soh Cica pindah keter Bob sebab kami kena stop kat hostel Amir karang. Dia org terus balik Jasin. Kerja-kerja je, kan ? Tak dapat nak 'berpoya-poya'.

Singgah Tesco, order pizza utk Amir ngan anak-anak kat rumah. Sementara pizza siap, masuk Tesco beli coklat, cereal dan benda2 lain. Kejap je, sebab Amir dah tepon berkali-kali, "Mama, kat mana ?" Tak tahu sabar. Hantar semua benda2 tuh kat Amir, ambik baju kotor dia. Kasut sukan dia dah rosak habis, takleh nak pakai. Asyik la keje beli sports shoes. Kissed him, Abah bagi duit, kami balik ke rumah. Sampai waktu Asar. Alhamdullilah selamat perjalanan pergi dan pulang.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...