Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Thursday, August 07, 2003

Masih MRSM

Hari Ahad. Bangun tidur terus balik rumah. Hari utk anak-anak pulak. Check buku-buku dan baju-baju semua. Alhamdullilah semuanya ok. Sembang-sembang ngan dia orang. Pukul 4:30 hantar Amir balik hostel. Ajak Nana teman. Ada gak kawan sembang nanti. Kawan Amir, Hamizan ikut sekali. Lepas hantar dia orang berdua, saya dan Nana ke Tesco. Nak beli jigsaw puzzle untuk aktiviti esok. Ambik troli, naikkan Nana dan start merayau. Jumpa yg 70 pcs nyer. RM 3.50. Beli 12 set. Ramainya orang kat Tesco. Malas nak marayap lagi. Pergi kaunter nak bayar. Nampak ada hanger baju murah RM 8.99. Ambil 2 set. Kat rumah, hanger baju memang tak penah cukup. Kat hostel Amir je tah ada berapa ratus, tu lom kira kat rumah Ida kat KL, rumah kat KK dan tah mana-mana lagi. Lepas bayar semua, gi City Chain, nak ambik jam. Best, jam dah ok balik. Saya suka jam Adidas Sport nih. Sesuai dengan saya. Kerja lasak, maaaaa. Leh simpan balik dress watch ni. Raya karang, pakai balik. Heheh. Pastu gi Shakey's. Beli 2 regular pizza untuk Hafidz, Nadzrin dan Nana. Beli spaghetti bolognaise utk ma'am. Balik. Hantar Nana ke rumah dan terus ke Kem. Dia orang tengah berbarbeque. Join sekali. Sepatutnya Kucai, Lenny dan Bob kena balik malam ni sebab esok semua ada kuliah. Lenny kena balik dengan Zul sebab esok Zul kerja juga. Sampai pukul 10 Zul ajak balik, minah tu asyik cakap kejap-kejap. Akhirnya saya setuju untuk hantar Lenny pagi-pagi besok. Kucai pulak akan balik lepas Suboh. Bob balik sebelah tengahari sebab kelas belah petang. Semuanya macam tu la bila berjumpa. Rapat macam adik beradik. Saya tak tunggu Malam Persembahan sebab kena balik dah. Esok je la datang.


Isnin
Lepas hantar ke sekolah terus ke Kem. Breakfast sedap. Nasik Goreng Kampung. Kat rumah anak-anak breakfast cereal jer. Mak lak makan susu anlene ngan oat hari-hari. Mak kena jaga makan sebab ada sakit jantung. Lepas breakfast, tanya Lenny nak balik dah. Jap-jap. "Tunggu lepas triathlon la, Kak G". Best gak tengok triathlon tuh. Relax je Opa settlekan jigsaw puzzle. Nan muka panic je nak luruskan benang. Heheh. Seronok gak spend the morning nyakat korangs. Bersungguh-sungguh semua nak menang. Sayangnya, tak dapat lama ngan korangs. Kol 10:30 hantar Lenny ke MMU. Stop kat rumah dia dulu, hantar baju-baju kotor, kasut sukan dan sleeping bag. Lenny ambik note book dan saya terus hantar Lenny ke MMU. Pastu ke bank. Bank-in cheque. Ambik duit utk bayar gaji staffs karang. Stop beli air tebu. Enjoy my air tebu. Sejuk dan sedap. Alhamdulillah. Balik semula ke Kem. Masa sampai tengah penyerahan semula campers kepada Maktab. Terjerit-jerit dia orang kata, "tanakkkkk .." Semua nak balik hari Khamis. Mana leh, dah puas dah main-main nih. Study time lak. Serah jugak pada Cikgu Ariffin. Panjang umur, jumpa lagi. Next time dtg dengan group Universiti la pulak, ye. Love you, sayangs !

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...