Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Friday, August 15, 2003

Syukur Pada NikmatMu !!!

Hari ni happy. Bahagia sungguh.

Pukul 9.00 dah sampai Kem. Singgah kat Warung Pak Ngah Isa, Terentang untuk beli nasi lemak. Sampai je kat Kem, Abang nak makan maggi lak. Terus je ke dapur, potong bawang putih, bawang besar dan start masak maggi goreng. Suka maggi tu digoreng sebab boleh letak less perasa. Tadi masak 3 peket, perasanya 2 peket jer (note :cooking lesson utk eiha). Letak 3 biji telur, telur yang ada kecik jer.(Boh telur ok eiha, takder pun takper) Jepun beli telur kat kedai Ah Her nih. Breakfast dgn GangDapur. Kenyang. Sedap. Allhamdulillah.

Kerja-kerja.

Memulau japs dan online. Sempat gak la baca-baca my fav sites kat My Layan List. Gelak sungguh bila baca site TokRimau. Cute je dia menambah-nambah :) Memang akak panggil dia Rimau jek. Kesian lak, orang muda nak dipanggil 'Tok' (Ada unsur-unsur bodek di sini - nak mintak diskaun profesional rate dia). Gelak-gelak. Check my jurnal yg dah kelam kabut ! Repair skets2. Dun like the new chatterbox yg zonk provide tuh. Tukar. Ada masa nanti nak configurekan dia skets, besar gedabak sungguh tulisan tuh :)

Kol 11 start masak lunch. Hari ni dak-dak fasi masuk keje awal. Dia org solat Jumaat kat Masjid Chinchin. Saya masak rendang ayam, ayam masak kicap dan sup kaki ayam. Semua ayam. Heheh. Sayur ada gak. Finished cooking at 12. Tapau lauk utk Mak and the children. Abang balik ambik Hafidz dan Nadzrin dari sekolah dan gi solat Jumaat kat Masjid Jasin. Solat di Jasin sebab nak bawak the boys. Shasha gi hantar Toyak, Sham dan Jepun balik pakai kete Mamat. Mamat balik solat Jumaat kat kampung dia. Kete saya Mamat pinjam sebab kete dia takde minyak, tunggu gaji weekend nih baru ada duit nak isi minyak. Heheh. Saya continue lepak kat opis.

Kol 3.30 SMK Agama Tun Perak sampai. Did the usual inspections. Kerja-kerja.

Nadzrin called opis, nak cakap dengan Mama. Ingatkan apa, dia dah dapat keputusan ujian bulanan. "Dapat no. 2 jer, Mama ! "Alhamdulillah, bagus" "Budak no. satu tu girl tau, Mama" Amboi, my little man, kecik-kecik dah ego. Typical lelaki. Takleh pompuan lebih ! Potpetpotpetkan dia kejap :) Tapi hati ni Tuhan aja yang tahu. Bahagia sungguh bila anak-anak berjaya walaupun kejayaan yang sekecil mana pun. Gave him a kiss over the phone, heheh :) Thanks honey, buat Mama happy !

Pastu kerja-kerja lagi. Abang balik gi check anak-anak.

Sekarang campers tengah buat 'ice breaking'. Semua tengah busy. Saya je relax. Tadi sebelum menulis nih, saya duduk di site tOKSIK ... gi melawat jurnal-jurnal yg tak sempat dibaca di link dia. Banyak site yang saya pergi, ada saya suka sangat :) Bila rajin nanti, boleh linkkan ke My Layan List. Many thanks to tOKSIK. Sempat gak akak senyum tengok tOKSIK kena ngorats ngan lori trailer. Comey sungguh trailer tuh ayat ! Heheh :)

Anak dapat keputusan baik, kerja-kerja berjalan lancar walaupun kami sedang melayan 280 orang campers membuatkan saya rasa happy sangat. Syukur pada anugerah yang diberiNya.

Relax lagi ....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...