Control Marah
Menjaga sehingga beratus-ratus orang setiap hujung minggu memang memerlukan darjah kesabaran yang paling tinggi. Alhamdulillah kami kat sini semua dari jenis yang penyabar. Dan setelah hampir 5 tahun Kem ni dibuka, hari Ahad aritu saya 'hilang sabar'. (Lama gak tu ilang sabar, 15 minits kot muncung panjang !) Selalunya cool jer :) Yang lain belum lagi nampak ilang sabar. Kesabaran amat penting dalam kerja kami. Ketelitian juga. Sebab kerja kami melibatkan nyawa. Kalau buat 'water confidence' misalnya kami kena check dan recheck samada klip-klip BA dah ditutup rapi. Kalau ada 200 orang maka kena check la juga semua 200 tu.
Tapi hal besar yang melibatkan kesabaran pernah juga meletup 2 tahun dulu. Minggu tu kami buat 'summer camp' utk pelajar-pelajar sekolah yang bercuti semester. Bagus juga response dari peserta. Ada ceramah oleh Dato' Dr. **** al-Hafidz (bahaya sebut nama, heheh). Summer camp ni kami 'JV' dengan satu training consultant ni (sampai hari ni awak belum bayar kami, awak!) Kami buat aktiviti dan mereka handle bahagian motivasi. Ada sorang ustaz ni, garangnya la. Asyik la keje menyiksa budak. Kalau budak-budak didenda, dendaan nya adalah buat perkara-perkara yang tak masuk akal. Kami sabar juga. Hari akhir tu, masa coffee break dihidang. adalah 3 orang budak yang tidak sabar bila tengok makanan. Terus je baca doa makan dan makan. Sepatutnya mereka makan berjamaah, beramai-ramai baca doa dan barulah menyantap rezeki. Tapi budak, namapun budak. Umur kalau tak silap yang bertiga tu dalam 9 tahun. Ustaz mengamuklah dan guna perkataan yang tak seharusnya keluar dari mulut. Saya sabar lagi. Lepas tu, ditariknya mereka bertiga dan suruh jilat tayar motor Budiman (fasi kami). MasyaAllah. Memang dah tak boleh tengok lagi. Saya ambik tiga-tiga tuh dan hantar balik ke Anjung, suruh makan. Consultant marah sebab saya campur dalam hal mereka nak mendidik peserta. Alahai, i'm a mother ! Tak fikir ke najis ke apa ke ada kat tayar tu. Mak bapak budak tuh bayar mahal-mahal. Kita pulak buat macam ni. So gang consultant gado la ngan gang kem. Dalam ramai-ramai Pali paling sukar control marah. Dia tak tahan bila tengok saya kena maki. Masa tu pun saya takleh nak jawab apa sebab airmata dah keluar tak berhenti. Ustaz lak marah dengan segala hadis dan tafsirnya. Dahsyat pengetahuan agamanya. Risau tengok Pali yang dah tendang-tendang pokok. Jimmy dan Budi dah pegang Pali. Abang marah Pali, gi ambik wudhu', dia pergi. Marah juga lagi, Abang soh terjun terus dlm tasik. Budi dan Jimmy pun ambik wudhu' dan terjun. Kasi sejuk semula. Lama gak berendam baru ok semula.
Kami terus blacklistkan training company ni. Budak-budak kalau nak ajar mereka tak payah macam tu. Cakap baik-baik pun mereka faham. Try to stand / sit biar eye level mereka sama ngan kita. Pandang mata mereka dan cakap. Bagi mereka faham dulu lepas tu kalau tak betul baru denda. Denda yang membinalah. Gila apa suruh anak orang jilat tayar motor.
Balik kepada control marah tadi. Kalau keadaan mengizinkan cepat-cepat pergi ambik wudhu'. Kalau takleh nak ambik air sembahyang pulak : kalau masa marah tu tengah berdiri, duduk dulu. Ambik nafas, breathe in and out few times sambil istighfar banyak-banyak. Pastu sambung marah, heheh ... temperature marah tuh dah turun skets kots ... kalau duduk pun masih marah, meniarap pulak tengok angin ada lagi tak ... kalau takleh gak nak control, meh la sini. Kita buat Kem Bina Insan ...
No comments:
Post a Comment