Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Monday, August 18, 2003

Isnin yang Sepi

Masuk keje pukul 2:30 arini. Biasa la kalau Monday, Abang keje sebelah pagi dan saya sebelah petang. Dia juga settlekan hal anak-anak sebelah pagi sebelum ke opis. Bagi anak breakfast dan hantar anak ke sekolah. Saya dapat peluang bermalas-malas atas katil. Heheh.

Pukul 9 dah di dapur. Keluarkan ayam dari fridge. Nak masak nasik ayam arini. Malam tadi dah basuh beras dan rendam. Masukkan ayam dlm microwave dan defrost. Siapkan bahan nak marinate ayam. Basuh ayam dan marinate. Lepak jap baca suratkhabar. Sembang-sembang ngan Mak sambil makan roti jala Mak Yah. Pukul 11 start masak. Masak nasik dulu, pastu sup. Siapkan pulak sos cili dan last sekali goreng ayam. Siap je suapkan Nana makan. Phone Abg suruh Abg singgah rumah dulu dan ambik makanan yg ditapau utk Hafidz. Kesian Hafidz, hari-hari ada tuition. Dia nak UPSR tak lama lagi. Siang malam dengan buku dan latihan. Semoga dia berjaya dengan cemerlang. Mama doakan setiap waktu, sayang !

Siap segala tanggungjawab saya ke opis. Jepun, Cica, Mamat dan Shasha off. Hari nampak Gunung Ledang. Cantiknya, langit pulak biru jek. Kalau Unsunghero tengok sure dia leh tulis puisi. Aman dan damai je suasana arini. Saya suka sungguh saat macam ni ! Takleh nak lama-lama di pelantar, dah pukul 2 lebih, ada keje kena buat :)

Abang sampai pukul 4. Dia ajak pergi minum kedai Akak Sajen. Akak Sajen ada buat kuih buah melaka. Besar gedabak kuih, macam sebesar penumbuk gitu. Tapi sedap :) Kita orang makan 2 bijik sorang. Heheh. Sudah makan dan minum, Abg bayar dan saya pergi tolong basuh pinggan-gelas yg kami guna. Kesian Akak, tak de pembantu. Semua kena buat sendiri. So, tolong skets. Balik ke opis.

Ingat nak ikut Abg check jaring, baru nak panaskan enjin bot, tetiba tengok ada org datang. Rupanya tetamu dari KUITTHO, Batu Pahat. Ni Abg tengah melayan dia orang :) Saya dah hidangkan 100Plus utk dia orang.

*** Gang di MMU : Eiha, Lenny, Fathi dan Zack start exam arini. Selamat Berjaya !Untuk Shaz juga :) Untuk Betty di MMU, Cyberjaya :) Akak doakan Betty dpt best result !Utk my nephew, Iki : buat bebetul Iki. Auntie doakan Iki tau !

Resepi Nasi Ayam yg dimasak utk lunch tadi (note: khas utk eiha - abg jambang takut eiha tak reti masak !)
Nasi
2 cawan beras
2 cawan air
1 kiub ayam
3 biji bawang putih
1 biji bawang besar
sedikit halia
mentega utk tumis
sedikit minyak
1. Basuh dan rendam beras at least 4 jam sebelum masak
2. Panaskan minyak, letak butter
3. Masukkan halia dan bawang putih
4. Setelah halia dan bawang putih garing sikit, masukkan air dan kiub ayam
5. Tunggu hingga air didih dan masukkan beras
6. Biarkan periuk tu off sendiri. Sesekali kacau-kacau la nasik tuh.

Ayam
Seekor ayam potong 12
Sedikit halia
4 biji bawang putih
5 sudu besar kicap kipas udang kaler merah
sedikit worchestershire sauce (tak de pun tak pe)
sedikit madu
2 biji limau kasturi
1. Blend bawang putih, halia, kicap, sauce dan madu
2. Gaul dengan ayam dan perahkan limau. Gaul lagi dan simpan at least 2 jam sebelum goreng
3. Panaskan minyak dan goreng (deep fry)
4. Hasilnya ayam akan jadik kemerah-merahan. Kalau tak letak limau dia tak nak jadik merah.
***Boleh guna resepi ni kalau nak bbq ayam.

Sos Cili
6 biji cili merah
2 biji bawang putih
1/2 cup sos cili
1/2 cup sos tomato
1/2 cup air asam jawa
1.Blend cili dan bawang putih
2. Masukkan semua benda dan bahan yg diblend tu dalam periuk
3. Didihkan dan adjust rasa.

Sup
Leher ayam
Kaki Ayam
Tongkeng Ayam
Halia
Bawang Putih
Bawang Besar
Carrot, cauliflower, mushroom dll (ikut suka nak letak sayur apa)
1. Rebus leher, kaki dan tongkeng dengan bawang putih dan halia hinga lembut
2. Adjust rasa sup tu, tambah kiub ayam dan garam ikut suka rasa
3. Dah mendidih, masukkan sayur dan mushroom

Nak gi tunai tanggungjawab dan nak balik rumah. Bye!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...