Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Tuesday, August 19, 2003

Mamat Buli Saya

Mengemas Kem selepas 280 orang peserta keluar cukup mencabar. Alahai banyaknya sampah ! Hari ni saya 'berpasangan' dengan Mamat buat keje. Mamat ni perfectionist. Segalanya kena buat betul-betul. Result kena 100% perfect. Aduhz .. letihnya angkat sampah. Pungut segala sampah dan bakar ditempat pembakaran. Sini, kena bakar, takde lori majlis nak dtg angkat sampah dlm hutan ni. Habis bakar sampah, kami pegi pungut towel-towel yg peserta tinggalkan. Towel-towel ni utk Cicadinho. Bukan dia pakai, tapi utk lap kayak-kayak dia. (Cica, biarlah dia serabai mauts macam mana pun, kayak-kayak dia mesti cantik, bersih dan kering sentiasa. Kalau ada peserta 'sondol' kayak kat dinding jetty, sure kena nyer ngan Cica. Kayak tuh 'bini' dia.) Hantar towel-towel tu kat Sha. Sha arini tokeh dobi. Kena mesin semua bedsheet, pillow cases dan segala macam kain kotor. Towel-towel tuh Sha basuh dan bila kering nanti leh letak kat store Cica. Senanglah Cica nak lap kayak nanti.

Lepas tu saya dan Mamat pi kemaskan dan basuh lantai patio Anjung Kasih. Punyalah kotor! Angkat kerusi-meja dan basuh lantai. Kena sental bersih-bersih kalau tak Encik Mamat bising. Cuci bersih berkilat-kilat gitu. Habis mencuci pegi susun balik pasu-pasu bunga lak. Siap je semua tuh kemas pondok kuning belakang kitchen ('pondok kunin' yg bersejarah). Buang semua benda-benda dlm pondok tu seperti sarung tangan Kucai ye separuh hancur, kasut jungle tracking Ruddy yg dah terbukak tapaknya, setokin buruk Zack, penyapu Jepun dan berbagai lagi barang-barang kesayangan fasi-fasi Kem Lambaian Danau yang tercinta. Pastu Mamat bertukang-tukang sikit dan Pondok Kuning korang tuh dah jadik tempat letak BBQ pit. Comey dah rupanya ! Penat sungguh saya arini :) Bukan saya sorang je, semua penat arini.

Ni Citer pasal Cica dan Kayak
Minggu lepas saya dah masuk dalam bilik mandi saya di opis ni, nak mandi. Mandi-mandi pastu nak syampu rambut. Puas tengok atas bawah kat sink tuh, syampu tak de. Cari-cari lagi pun tak jumpa juga. So mandi dan basahkan rambut je la since syampu tak de. Saya fikir sure dak-dak fasi nih ambik. Dia orang mandi dekat jeti fasi. ( Bawah pondok tempat rehat/tido dia orang ada jeti yang berkepung. Dia org mandi kat sini). Bila nak mandi lagi masa Asar, tanya la budak-budak tu kalau ada pakai syampu saya, tolong serah balik. Nak mandi ni. Tetiba Cica dengan muka guilty nya mengaku, syampu ada kat rumah kayak. Dia basuh kayak pakai syampu saya ! Ishhhh geramnya ! Dia tak nak cat kayak dia rosak kalau pakai 'sabun serbuk murah' yg saya beli. Amboi, balas dendam. "Beli yg mahal skets la, Kak G." Dan sebab serbuka sabun murah tu la, syampu saya jadik mangsa. Manusia ni pelik kekadang, kan. Dia, kalau mandi, kalau tak de sabun, Axion pun jadik. Pening kalau nak fikir. Last-last fikir camni jer la, Upsere Nebete !

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...