Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Saturday, August 02, 2003

MRSM Kem Terendak

Pagi ni bangun lambat skets. Sedap lak tidur bawah meja nih. Ni tempat tidur rasmi saya. Alih kerusi, bentang sleeping bag dan tidur. Kaki masuk bawah meja. Pakaian rasmi tidur mesti seluar track, t-shirt season saya dan sweater. Kat sini kalau pagi, sejuk giler. Mengigil kalau tak pakai sweater. Alhamdullilah, nikmat senang tidur sentiasa diberiNya kepada saya. Letak pala, lelap.

Bangun-bangun tengok Abang tak de. Sleeping bag dah siap bergulung. Dia balik rumah rupanya. Tengok anak-anak. Anak-anak semua ok. Hafidz tak de tuition arini. Semua dah bangun dah masa Abang balik dan sedang breakfast. Selalunya camni la, kami bergilir-gilir curik masa balik tengok anak-anak.

Mandi dan bersiap. Abang sampai Kem. Beli kuih banyak. Malas nak gi dining. Makan karipap je ngan air suam. Pagi ni banyak aktiviti. Jungle-tracking 12 km, flying-fox dan obstacles-run. Penatnya.

Abang askar masak ikan sadin, daging kicap ngan sayur kobis. Sedap. Alhamdullilah kenyang kami makan. Kat sini memang selera bagus semua. Bertambah-tambah kami makan walaupun risau gak tengok Mamat ngan Shasha jeling. Kira kalori la tuh. Eleh, gi jungle-tracking kang leh ilang 12 kilo, pe ... Memang syukur pada nikmatNya. Apa je masuk, sedap belaka. Dak-dak fasi ni kadang kol 3 pagi leh bangun carik nasik. Ni Lenny la nih, pepagi buta kejut Ruddy ajak makan. Dan Ruddy dengan mata takleh bukak, sumbat gak mulut ngan nasi. Kalau tak de nasik, makan biskut tongkat cicah kopi o. Ala, biskut yg dibuat ngan doh roti tuh, pastu dia bakar sampai jadik biskut. Jadik je. Agaknya sebab aktif sangat kot. Tu la asyik lapar je. Tu lom citer kitaorg rebus ubi kayu cicah sambal tumis ikan bilis tu. Peh sedap, kena sungguh ngan tekak kita kan, korang ? Tekak orang kampung, bebs!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...