Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Thursday, August 07, 2003

Lagi MRSM

Malam Hari Kedua. Berkumpul di Dataran untuk sessi kupasan aktiviti. Ketua kumpulan kena check ahli. Ada lak sorang ahli kumpulan Hijau ni tak de. Saya, Bob dan Lempeng pergi tengok dia di khemah. Kawan sekhemah dan Ketua Kumpulan dia pun ikut jugak. Ingatkan sakit ke apa, tapi tidur. Nak kena la, ni. Lepas sessi kupasan aktiviti ada sessi mini kes peribadi dan motivasi kumpulan. Campers dibahagikan ikut kumpulan masing-masing dan sessi dihandle oleh Abang/Kakak Fasi masing-masing. 11:30 supper. Ada pengumuman lak. Sessi mahkamah tergempar. Kes Zulhelmi Zainudin poteng aktiviti dan tidur dalam khemah tanpa kebenaran. Kucai dan Ruddy jadik peguam pendakwa. Zulhelmi nyer peguam Shahnan dan sapa sorang lagi tu. Saya, saksi pertama. Alahai lawak sungguh persidangan kali ni. Sungguh tak tahan tengok Zulhelmi. Kiut jer duduk dengan tangan digari oleh headband berikat riben. Heheh. Muka takut je lak tu. Lawyer MRSM bagus dan berjaya mempertahankan Mie. Nasib baik tak kena denda. Kalau tak sure la toilet berkilat-kilat. Mie, jangan lupa makan ubat migraine, eh !

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...