Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Friday, September 30, 2005

Salam Pagi Jumaat !

Image hosted by TinyPic.com
View from my window. Image by Tanje-Tanje pG. (Ambik kat Ringo ko)

Saya di sini, di depan tingkap menghadap ke Tebat. Ceria, suasana pagi ni. Matahari bersinar, menyinari air tasik yang bergelombang ditiup angin. Ada burung layang-layang berterbangan. Selalunya, bila burung layang-layang keluar berterbangan di tasik, tandanya hari nak hujan. Tapi matahari sedang menyinar pulak. Entahkan hujan, entahkan tidak.

Hujanlah, lama sungguh bumi Chinchin ni tak disirami air dari langit.

++++++++++++

Image hosted by TinyPic.com
Laluan bird watching. Asyraf, Toyak dan Cikgu Nazri


Minggu ni ada 3 grup - adik-adik kenits dari SK Chinchin, abang kakak Kolej Ke-6, UPM dan bakal cikgu-cikgi dari Maktab Perguruan Ipoh. Tah camner lah nak handle. Berlarian sakanlah gamaknya macam hari tu. Payah, sebab artis-artis pujaan pergi BTN. Sapa soh tak ngundi, kan ker dah kena BTN. Ingat-ingatlah bila di sana. Adik-adik sayang adalah peserta, bukannya fasi :) Hehe. Ni Kem Moral ker nih ? Pembangunan Insan kots ? Selamat Berjuang diucapkan kepada Pakdi, Asri, Madas,Jamal Abdillah, Fendie dan Azlie.


Image hosted by TinyPic.com
Hampir sampai. Iwan, Kucai, Ruddy dan peserta Fasi Camp.

Image hosted by TinyPic.com

Berakit sambil berdiri. Jangan cuba lakukan kalau anda tak biasa !


Semalam, sudah habis kerja-kerja mengemas. Tinggal nak vacuum carpet di Anjung Kasih dan hampar tikar sahaja. Lain dah siap. Tapak-tapak dah sapu, jeti-jeti dah bersih, dewan-dewan dan surau dah berkemas, tandas dah basuh, air dah masak dan program pun dah siap bertaip dah.

Menunggu kedatangan peserta sahaja.

+++++++

Awal minggu ni agak sibuk mengdistributekan sijil-sijil. Sijil baru siap, ada banyak sekolah yang belum diberi sijil. Ni nak kena hantarkan. Kena buat matematik pre-school. Mengira satu hingga ratus-ratus. Nasib baik abang hensem Sham ada. Dia tolong kami berdua. Thanks, Tangki Jaya !

La la la la la juga organisasi yang masih belum membuat pembayaran. Banyak yang belum bayar, huh ! Pening kepala ni, hutang dah keliling pinggang. Jamal Abdillah nak duit dia tuh. Tak bayar, dia tak datang kerja.


Kepada Iha, Leman, Addy, Fakiha dan Farah Bamz, semuanya di MMU Melaka. Selamat menempuh exam dengan jayanya ! Good Luck, eh :)



Sekian, salam Jumaat yang mulia untuk semua :)

+++++++

P.S. Checkout my links. Ada new links kat situ. Read Uncle Lim, eh !


Image hosted by TinyPic.com
A-ha ! Wajah-wajah kesayangan KLD !
Dari kiri : Azim, Iwan, Kucai, Pakdi, Iha, Bamz, Tompel, Asyraf, pG, Madas, Dino dan Asri.


Tuesday, September 27, 2005

Dari E-Mail

Love
6 weeks : I love U, I love U, I love U.
6 months : Of course I love U.
6 years : GOD, if I didn't love U, then why the hell did I propose?

Back from Work:
6 weeks : Honey, I'm home.
6 months : BACK!!
6 years : What did your mom cook for us today??

Gifts:
6 weeks : Honey, I really hope you liked the ring.
6 months : I bought you a painting; it would fit the motif in the living room.
6 years : Here's the money. Buy yourself something.

Phone Ringing:
6 weeks : Baby, somebody wants you on the phone.
6 months : Here, for you.
6 years : PHONE RINGING.

Cooking:
6 weeks : I never knew food could taste so good!
6 months : What are we having for dinner tonight?
6 years : AGAIN!!!!

Apology:
6 weeks : Honey muffin, don't you worry, Ill never hold this against you.
6 months : Watch out! Don't do it again.
6 years : What's not to understand about what I just said??

New Dress:
6 weeks : Oh my God, you look like an angel in that dress.
6 months : You bought a new dress again???
6 years : How much did THAT cost me?

Planning for Vacations:
6 weeks : How do 2 weeks in Vienna or anywhere you please sound??
6 months : What's so bad about going to Istanbulon a charter plane?
6 years : Travel? What's so bad about staying home???

TV:
6 weeks : Baby, what would you like us to watch tonight?
6 months : I like this movie.
6 years : I'm going to watch ESPN, if you're not in the mood, go to bed, I can stay up by myself.

Monday, September 26, 2005

MPIK Lagi !

Kali ni Kumpulan B.ed TESL pula.

Program yang dikelolai sendiri oleh Maktab. Cuma ambil 2 lunch dan kami tukang belikan barang-barang basah.

Eh, apa nak tulis nih ? Oh, ye saya berkenalan dengan Aesha Nana yang peramah, kiut dan banyak peningkan kepala saya ! Hahaha .. gurau, ye Syah ! Nice having u here.

BBQ yang sedaps.

Yang saya ingat aktiviti mereka ialah flying-fox. Terjerit-jerit minta kebenaran turun. And the nice banners. Naperlah korangs bawak balik ? Tinggalkan jer la.

Okay, itu sahaja lapuran saya berkenaan perkhemahan cikgu-cikgi yang bakal mengajar Bahse Inggeris.

+++++++++++

Fasi, Iwanhensem ada update blog ! Rajin apalah tuh !

Thursday, September 22, 2005

Kabus di danau, kabus di hati.

Semalam, hujan di Kampung Chinchin. Tapi tak lebat. Walaupun tak lebat, tapi hujan hampir sepanjang hari. Hari ni, bila saya sampai ke pejabat pukul 7.30 pagi tadi ; Tebat tak nampak, berkabus tebal.

+++++++++++++

Hari ni hati sayu dan sepi. Mengenang yang telah kembali menemuiNya.

Hari ni, kalau Ayah masih ada, Ayah akan menyambut ulangtahun yang ke 71. How i miss hugging him on his birthday ! Rindu sungguh. Dah lama dah, tak dapat panggil "Ayah". Aduhai, rindunya saya, ingin memanggil nama tersebut.

Bila tengok anak-anak membesar, saya fikir saya tidak akan rasa kehilangan. Anak-anak membahagiakan saya. Dan ada suami yang sayangkan saya. Tetapi semuanya tidak sama dengan kasih seorang Ayah. Dengan Ayah, saya boleh sentiasa menjadi saya. Tidak perlu fikir atas apa tindakan. He will always understand. And i'll always be his little girl.

... saya tak boleh nak menulis lagi ...copypaste from 2003 entry

Ayah meninggal hari Jumaat, 8 November 1991. Lebih kurang dalam pukul 2:00 tengahari. Tak sure pukul berapa sebab Ayah meninggal dalam tidur. Ayah meninggal dekat rumah saya di Melaka. Masa tu Ayah sakit, kaki Ayah luka kena gate yg berkarat. Ayah pula ada kencing manis, so luka tu jadi parah. Mula-mula bawa Ayah pergi ke Doc Munshi tapi sebab tak baik juga kami bawa Ayah ke Specialist Centre. Hari-hari bawa Ayah cuci luka tuh. Kaki Ayah sembuh. Oleh sebab Ayah dah ok kami plan nak balik Jasin hari Sabtu. Hari-hari dia cakap kat Amir (masa tu 2 tahun), hari Jumaat dia nak balik. Mak beritahu dia, hari Jumaat saya keje, balik hari Sabtu. Dan Ayah diam je masa Mak cakap tu.

Pagi Jumaat sebelum pegi keje saya macam biasa masuk bilik Ayah. Ayah sedang nak makan vegepuff. Nampak saya, dia belahkan puff tu dan bagi separuh kat saya. Dan saya pun sumbatlah semua puff tu sekali dlm mulut (saya memang buruk makan). Dia tengok je saya makan. Pandang kat saya lama-lama. Nak pegi keje, saya kucup pipi dia dulu dan terus jalan kaki pegi keje. Tempat keje depan rumah je.

Hari tu ada meeting dengan promoters. Saya tengah chairkan the meeting dan tetiba clerk saya masuk dlm conference room. Dia beritahu saya berita tu : Ayah dah takder. Saya terus lari balik. Tangga kat staff entrance tuh saya lompat tah berapa mata tangga. Kawan sekerja saya, Salizawati (Liza, thanks !) ikut dari belakang beserta dengan 2 security guards. Mereka ingat kalau ada apa-apa. Terus kejar saya hingga ke rumah. What a sight masa tuh. Dua perempuan berlari dengan dikuti 2 security guards.

Saya lari terus ke bilik Ayah. Tengok Mak tengah peluk tubuh Ayah. Ambik Mak dan peluk Mak. Kariah surau dekat rumah tu sekejap je dah penuh dan menguruskan Ayah. Called Doc Munshi suruh dia check Ayah lagi. Masa tu rasa lemah seluruh badan. Tapi saya tahu saya kena kuat sebab Mak bergantung harap kat saya. Abang called sedara mara semua kat kampung. Fikir lagi macam mana nak beritahu Nan dan Ida. Masa tuh Nan baru mula kerja dan Ida baru je masuk U. Ida tengah exam pulak tu. Untunglah sepupu saya Mahadi ambik dia org berdua dan Mahadi yg sampaikan berita sedih tu pada adik-adik saya. Kariah surau nak uruskan Ayah di Bukit Beruang ni je tapi Mak minta kami bawa Ayah balik kampung. Saya ikutkan je permintaan Mak. Abang Long (anak mak angkat saya) bawak saya, Amir dan Hafidz balik Jasin dulu. Perjalanan yg cukup jauh dan lama sekali ke Jasin.

Tiba rumah, sedara-mara semua dah penuh dan bersiap-siap. Saya blur. Tak tahu apa nak buat. Hampir Asar baru jenazah Ayah sampai beserta dengan Mak. Mak tak boleh jalan dan menangis. Saya peluk Mak dan ingatkan Mak jgn beratkan Ayah. Mintak Mak sabar dan mintak Mak redha'. Saya pun sebenarnya ingin meraung tapi saya tahu saya kena tabah. Setelah sedara-mara siapkan Ayah, saya duduk disisi Ayah, baca Yassin. Sesekali menyentuh Ayah. Adik-adik sampai masa Maghrib. Lambat sebab Mahadi dan Nan tunggu Ida yg tengah exam (TESL, UPM). Bila mereka sampai kami tiga beradik berpelukan, hari ni kami hilang Ayah ! Hilang tempat bergantung kami, tempat bermanja, tempat mengadu, tempat mencurah kasih-sayang ... Betapa saya minta adik-adik agar redha', agar jangan menangis-nangis jangan memberatkan Ayah ...

Dan saya paling terhutang budi pada Abang, dia la yang menguruskan segalanya. Kami adik-beradik dan Mak jadi tak tahu apa pun.

Saya basuh muka Ayah dan tangan Ayah masa Pak Imam Haji Mazlan mandikan Ayah. Nan dan Abang juga ikut memandikan. Juga sepupu-sepupu saya Mahadi dan Mahabib. Masa Pak Imam mengkafankan Ayah, kami yg perempuan tidak boleh bersama. Dan sebelum Ayah dikafankan sepenuhnya kami dibenarkan mengucup Ayah. Sejuknya pipi dan dahi yg dikucup. Ni la wajah yang saya kucup baru je sebentar tadi rasanya, dengan senyum kasihnya untuk saya. Selesai semua, Ayah harus pergi dari kami. Ayah dah berpindah dunia, tidak lagi bersama kami. Ramainya orang yang nak solat jenazah. Maka solat jenazah dibuat 3 kali. Kawan-kawan Ayah, gang Pas dia, kawan-kawan sekerja kami dan sedara mara sekampung. Alhamdulillah rumah kampung luas ruang depannya dan sekali berjemaah lebih 40 orang boleh turut serta.

Saya ikut ke kubur walaupun Mak tak bagi dan sedara mara tak bagi. Saya buat juga. Berjalan 2 beradik dengan Ida dan jatuh-jatuh. Giliran Ida pula memujuk saya. Budak-budak bujang kampung yang memikul jenazah. Tak pakai pun kereta mayat. Last sekali utk 'Tok Busu' mereka.

Tapi saya pasti Ayah pergi dengan aman. Jumaat tu Mak kata, lepas dia balik dari Specialist Centre dia tengok org dah balik dari Jumaat, dia beritahu Mak dia nak sembahyang. Dia masuk bilik air pastu masuk bilik. Mak di depan tidurkan Hafidz. Lepas Hafidz tidur, Mak masuk bilik nak tengok Ayah. Mak kata Ayah tak bergerak pun bila Mak panggil. Lena je tidur. Mak rasa tak sedap hati lalu telefon Abang di resort. Pastu Mak panggil jiran kami, Makcik sebelah. Kebetulan Pakcik Bilal surau ada kat rumah Makcik. Mereka la yang mula-mula uruskan Ayah. Begitu senang Ayah pergi. Kuburnya pun banyak terlebih tanah. Saya juga masih menyimpan kain tudung Mak yang diguna tutup muka arwah Ayah. Ada bau wangi kat tudung tu. Wangi yang sungguh lembut. Tapi sekarang dah tak berbau lagi. Masa arwah baru meninggal dulu, kalau rindu saya akan cari baju-baju dan kupiah Ayah. Nak cium-cium bau Ayah. Tapi bau tu tak de. Langsung tak de bau apa-apa pun.

Bertahun-tahun lepas Ayah pergi baru kami boleh buka briefcase Ayah. Saya jumpa surat-surat yang saya tulis pada Ayah semasa saya sekolah di itm dulu. Jumpa envelope-envelope yg saya letak duit utk dia ... bulan Oktober ni dah 12 tahun arwah Ayah tinggalkan kami. Amir masih dia kecik dulu, bila kami bawa dia, adik-adik, Nabil dan Diyana menziarah pusara Ayah, mesti beritau adik-adik dan sepupu-sepupu dia, "Atuk tidur kat bawah ni, kaki dia sakit. Hari-hari Along pegang selipar Atuk masa doc check kaki Atuk" Dan pastu tanya saya, "Ma, bila Atuk nak balik". Ni dia dah besar, dia dah faham. Bergenang air mata bila lihat dia membaca doa dengan diAminkan adik-adik dan sepupu. Penuh mereka sekeliling pusara Ayah.

Al Fatihah buat ayahandaku yang tersayang :
Haji Mohd. Ramli bin Haji Hussein 22 September 1934 - 8 November 1991

Tuesday, September 20, 2005

Kolej Universiti Islam Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa dan SMK Teknik Melaka Tengah.

Minggu yang sibuk. Fasi-fasi yang bertugas untuk minggu ni : Azlie, pG, Pakdi, Asri, Fendie, Toyak, Chicadinho, Leman, Fakiha, Ruddy dan Syam. PakLet ialah Kem Komandan untuk semua grup, tetapi kali ni dilantik Liason Officers untuk melancarkan perjalanan program. Lie jaga Teknik, Pakdi untuk KUIM dan Asri bersama UIA.

Image hosted by TinyPic.com
Rakit. Masa Berlepas.


Di dapur cuma saya dan Geger dan Is. Percayalah, hanya kami bertiga bertungkus lumus menyiapkan makanan untuk 200 orang ! 2 kali lunch, 2 kali dinner, satu BBQ, 2 b'fast, 2 coffe breaks dan 2 supper :)

Fasi ada juga menolong bila perlu. Chica menolong saya memBBQ. Starting BBQ fire memang kepakaran Chica. Dan maintain bara. Ikan dan ayam masak cantik sahaja, tidak hangus dan tidak mentah. Tapi kami berdua pun, hampir masak juga. Bakar banyak bebs - 15 ekor ayam, 11 ekor ikan-ikan besar dari tasik dan franks lagi !

+++++++++

SMK Teknik Melaka Tengah.
Kem Kepemimpinan. Peserta-pesertanya ialah pengawas-pengawas. Senang mengendalikan kerana penuh berdisiplin dan bersemangat. Tiada harta rampasan kerana tiada siapa yang membawa barang larangan.

Image hosted by TinyPic.com
Fasis Training 2004. Ruddy berdiri atas rakit. Leman tengah terseyum penat (depan Ruddy)

Mereka bertempat di Anjung Kelana. Makan dan minum pun di sana. Aktiviti-aktiviti lasak seperti biasa dan ceramah oleh Encik Azan dan Cik Nurul. Peserta yang best, boleh bagi 4 bintang !

+++++++++

KUIM
Pertama kali mereka datang. Kami cuma buat aktiviti outdoor sahaja untuk mereka, untuk ceramah, mereka sudah ada penceramah jemputan mereka sendiri.

KUIM mengenali KLD melalui blog ni :)

Image hosted by TinyPic.com
Promosi Blog Azlie. Klik Sini

Peserta yang baik-baik (orang Kolej U Islam katakan !) dan organiser pun baik-baik. Peramah. Seronok berkawan dengan mereka. ( Fiza dan Ayu, nanti datang lah lagi ye ! ) Peserta ialah pelajar-pelajar Tahun Satu yang baru mendaftar.

Dekan Fakulti Sains dan Teknologi juga hadir merasmikan Program.

Pagi hari, pukul 6.00 pagi bila saya sampai, Anjung Kasih sudah penuh dengan jemaah. Tidak perlu dikejutkan, tidak perlu denda dan tidak perlu sesiapa berjalan itik :)

Saya cuma perlu kejutkan fasi :)

Perjalanan program berjalan dengan lancar sekali. Terima Kasih, KUIM kerana memilih KLD !

+++++++++

UIA
Klinik Kayak.

Biasalah bila Klinik Kayak. Mendayung atas darat, mendayung dalam tasik. Itu sahajalah aktivitinya. Sebab tu diletakkan Asri. Out best canoenist. Boleh bersama peserta mendayung sepuas hati :) Tapi hari tu, semasa pertandingan rakit, hampir sahaja adik-adik SMK Teknik mengalahkan mereka. Sure korangs cuak, kan ? hehe. Best ah budak-budak Teknik tu. Graf self-confidence tengah paling tinggi tuh.

Brothers dan sisters ni pun tak bayak kerenah. Encik Saiful cool macam biasa :)

Mereka sampai ke KLD pukul 2 pagi hari Sabtu (pun hal biasa gak ni) dan balik pukul 6 petang hari Ahad. Jumpa lagi !

+++++++++

Minggu ni semua orang sibuk. Geram juga, bila Fendie ada depan mata tapi tak dapat nak mengutuk. Tak de masa :) Bob datang menjenguk kami. Sempat juga kena suruh kerja :)

Chica yang kesian. Dah lah sakit gigi. Sekejap ronda tengok UIA kayak, kejap jaga peserta berakit. Fasi memang berlari ke sana, berlari ke sini. Habis grup nih, pergi ke grup tuh pulak.

Image hosted by TinyPic.com
Promosi lagi. Blog The Fantastic Four. Nama baru abang pG

Ada orang tu pulak, dah lah bersusah payah - malu berkilo-kilo nak telefon aweks sorang nih, bila awek tu balas telefon pulak, sedang bertugas jadi hantu ! kesian dia :) hahahahaha (yer, akak kejam ! bersyukurlah i dun link u here ! hahahahaha )

+++++++++

Friday, September 16, 2005

Minggu Ini dan Kolej Komuniti Segamat

::: Semua gambar-gambar dalam entri ini ialah milik pG. Dan gambar hanyalah hiasan sahaja. :::


Image hosted by TinyPic.com
Selamat Datang Ke Kem Lambaian Danau !

Lepas waktu Jumaat nanti akan tiba 3 kumpulan untuk minggu ni :

Kolej Universiti Islam Malaysia
SMK Teknik Melaka Tengah
Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia

+++++++++++


Image hosted by TinyPic.com
Kayak Safari. Facis Training 2004.

Kolej Komuniti, Segamat

Telah hampir seminggu adik-adik sekelian meninggalkan kami. Tapi Tagboard DHI masih tidak sunyi dari teguran adik-adik sekelian.

Segala teguran yang anda berikan, kami berikan perhatian. Terima kasih.

Percayalah segala teguran dan tindakan yang kami tekankan ke atas anda semua kerana kami mahu anda berubah. Anda datang dengan tiket sebagai peserta "Program Pembangunan Diri". Seharusnyalah anda perlu "membangunkan" diri anda. Dan kami, dengan tulus ikhlasnya membantu anda.

Undang-undang Kem, memang melarang segala arak, rokok, pisau dan barang-barang bahaya lain. Telah kami tekankan, barangan itu semua adalah barangan larangan. Barang rampasan. Mungkin kami perlu buat seperti dahulu, membakar barangan tersebut di depan anda. Supaya anda tidak berprasangka buruk yang kami ni inginkan rokok anda. Silap kami. Terima kasih kerana menyedarkan. Selepas ni, barang rampasan akan dibakar terus, depan semua peserta.

Sedih untuk dinyatakan di sini, pada hari pertama lagi, sebelum penyerahan peserta kepada pihak Kem, anda semua telah merokok tanpa segan silu didepan semua orang. Pegawai-pegawai Kolej, urusetia KLD, bapa-bapa peserta Kem Kasih Sayang dan adik-adik kecil yang tidak perlu menyaksikan perlakuan anda. Hisap depan tandas, belakang dewan makan dan tepi hutan.

+++++++++++


Image hosted by TinyPic.com
Tempat tercantik di tasik kami. Airnya jernih, tenang dan bila musim penghijrahan burung-burung, macam-macam jenis burung akan datang ke sini.

Walaupun anda seperti telah lupa, tetapi bagi kami, program berjalan dengan lancar. Semua aktiviti telah dilakukan dengan jayanya. Dan ini diakui oleh pihak Kolej melalui pegawai-pegawai yang hadir sebagai pemerhati dan memantau perjalanan program.

Memang terdapat banyak gesaan dan paksaan. Tetapi anda tetap melakukannya. Memang adakala kami melayan anda dengan kasar, tetapi kekasaran itu, adalah pada tempatnya.

Anda semua tidak bangun solat Suboh, kami kejutkan dan anda didenda. Jika anda semua tidak malu, kami sendiri malu dengan Penghulu anda, Alex yang bukan Muslim. Mengejutkan anda semua untuk bersolat. Anda maki dan marah pula !

Peserta wanita pula, pada hari pertama lagi ramai tidak bersolat Maghrib atas alasan uzur. Anda fikir, saya suka memeriksa pad demi pad untuk memastikan anda benar-benar uzur ? Dan dari semua, hanya 3 orang sahaja yang benar-benar uzur.

Banyak lagi yang boleh saya nyatakan tetapi biarlah ianya menjadi kenangan kita bersama. Adatlah bila datang ke Pusat Latihan Bina Semangat. Banyak dugaan untuk anda dan juga untuk kami.

Lagipun yang tidak berpuas hati, saya percaya hanya segelintir sahaja. Ramai yang lain tidak begitu.

Kami kagum dengan Kumpulan Tok Janggut yang menang banyak acara. Mereka bersungguh untuk menang.

++++++++++++

Banyak kenangan manis semasa anda semua di sini. Menyorak dan menyokong kawan-kawan yang keletihan semasa acara renang, Amazing Race.

Kawan-kawan mengangkat Yan yang tidak mampu lagi nak berlari selepas penat berenang.

Dan semasa di sini, anda semua bersopan santun dan begitu hormatkan kami. Sentiasa ucapkan terima kasih kepada Aunty selepas makan. Cakap Aunty masak sedap, lagi.

Lepas aktiviti datang ke dapur, minta makan kat Aunty. Minta abang-abang air minuman.

Lakonankah itu adik ?

Sekali lagi, saya percaya hanya segelintir kecil yang bersifat agak kurang ajar. Yang lain baik-baik belaka orangnya. Janganlah kerana segelintir yang begitu, program anda jadi tiada makna.

++++++++++++

Bagi pihak semua - PakLet, abang-abang fasi, kakak fasi dan abang-abang dapur, Aunty ingin meminta maaf atas segala kekurangan kami. Setiap peserta yang datang, belajar dari pengalaman yang didapati di sini, dan kami juga begitu. Setiap orang peserta meninggalkan kami dengan pengalaman baru yang semestinya lain bagi setiap kumpulan.

Kolej Komuniti Segamat, terima kasih atas segala pengalaman yang anda berikan kepada KLD.


Image hosted by TinyPic.com
Route Safari 5. Keletihan, tetapi masih perlu mendayung :)

Kami memang dengan ikhlas mengajar dan mendidik anda. Tiada beza anda dengan Kolej Komuniti Alor Gajah, Kolej Komuniti Bukit Beruang, UPM, UKM, UIA, MMU, SK Cina Chinchin dan semua lebih 20 ribu peserta yang pernah bersama kami. Sekali lagi ditulis, tiada beza antara anda semua. Semuanya menerima layanan yang sama.

Ada umur, ada jodoh, kita berjumpa lagi. Doa Aunty semoga semua adik-adik memperolehi kejayaan dalam hidup adik-adik. Take Care and Study Hard ! Sampaikan salam KLD kepada Encik Ahmad dan Ustaz.

Harapan Aunty seperti moto KLD - "Semoga anda menjadi insan baru yang tabah mindanya, hebat fizikalnya dan mulia pekertinya." Amin !

+++++++++++++

Thursday, September 15, 2005

Kem Keluarga PPD Muar

Image hosted by TinyPic.com

Kem Keluarga, tetapi dengan modul baru.

Pertama kali program sebegini dibuat. 30 keluarga, bapa dan anak (11 dan 12 tahun), berkhemah di Kem Lambaian Danau.

Kem Komandan ialah Encik Azan dengan fasi-fasinya Cikgu Kamal, Cikgu Hasyim, Nurul, Asri, Ruddy dan Cicha.

++++++++++++
Hari Pertama

Hari Jumaat, mereka sampai dengan kenderaan masing-masing. Ada yang dihantar isteri, ada yang memandu sendiri, ada yang menyewa van dan ada yang bawa motor.

Minum petang dahulu. Ada seorang pakcik puasa dan beritahu Cicha supaya simpankan dia bubur kacang durian. Khemah-khemah untuk mereka dipasang oleh fasi-fasi. Satu keluarga, anak dan bapa, share sebuah khemah.

Solat Asar berjemaah dan membersihkan diri.

Malam solat berjemaah juga dan ada Kuliyah Maghrib oleh Imam Haris. Makan Malam.

Ice Breaking. Paling menyentuh perasaan semasa ice breaking ni.

Bapa tidur atas riba anak dan dibelai oleh anak. Nak mengalir airmata saya tengok anak-anak kecil tuh mengusap bapa mereka dengan penuh kasih sayang. Sambil tu, pasang lagu ni :

Kasih Sayang

Kasih sayang
Terlalu indah untuk di kenal
Selamanya
Takkan pernah kau buang

Kasih sayang
Tiada pernah kenal usia
Tua muda
Akan menikmatinya

( korus )
Namun jangan engkau lupa
Akan akibat masa nanti
Engkau dapat menderita
Kerana terlena rasa cinta aaa...

Kasih sayang
Terlalu pahit dan menyakitkan
Dan membuat
Remaja patah hati

( ulang dari korus )

Remaja patah hati ( 2X )


Ada game tutup mata dan cari anak. Kalau dah bapa, bau anak pun dikenal ! Pakcik-pakcik tuh semua pun sporting, membuatkan senang mengelolakan program.

Pukul 11 malam, nightwalk. Anak-anak sahaja yang pergi, bapa-bapa lepak Kedai Sajen dan pergi tengok orang memancing.

++++++++++

Hari Kedua

Solat Suboh berjemaah. Morning Exercise dengan Abang Ruddy dan Abang Fendie. Jogging hingga ke Tasik Biru.

Minum pagi.

Aktiviti pagi ni, water confidence dan obstacles run. Budak kecik, bila dapat peluang main air, tentulah tak kisah apapun. Bapa-bapa yang muka panik.

Bagaimana pun semua berjalan lancar. Lepas tu pula, aktiviti obstacles run. Sporting pakcik-pakcik tu semua, suruh terjun, mereka terjun sama.

Tengahari, bersihkan diri. Makan tengahari dan solat Zohor berjemaah.

Aktiviti jungle trekking pula. Bermula dari Kem, menyusuri hutan lalang, lalu tepi tapak war game dan ke canyon. Di canyon, memerhatikan lubang-lubang tiung pasir.

Berjalan lagi menyusuri Tasik Hijau. Tengok orang mendulang emas. Heboh sekejap mencari emas sama :)

Terus lagi hingga ke Kandang Lembu Toyak. Jalan menyusuri Sungai Chinchin dan ke Loji Pembersihan Air Chinchin. Jalan-jalan sekitar kampung sehingga sampai semula ke Kem.

++++++++++

Malam Sayang Disayang

Ada tayangan vcd ibu melahirkan anak dengan pembedahan. Dengar cerita, bukan sahaja anak-anak merah mata malah bapa-bapa juga bila melihat betapa seksanya seorang ibu membawa seorang anak ke dunia ! Saya yang telah melahirkan 4 anak pun masih teringat macam mana nak bersalin dulu. Terdiam semua orang sekejap.

Selepas itu aktiviti mengenal diri.

Akhir sekali meditasi oleh Ustaz.

Supper dan Selamat Malam

++++++++++

Pagi lagi semua telah bangun Solat Suboh berjemaah.

Morning Exercise.

Sarapan Pagi.

Majlis Penutup dirasmikan oleh Tuan Pengarah PPD, Muar.

++++++++++++

Semoga kita berjumpa lagi dan semoga kasih-sayang kita berkekalan !


Pupus - Mawi

Aku tak mengerti
apa yang kurasa
rindu yang tak pernah
begitu hebatnya

* aku mencintaimu
lebih dari yang kau tahu
meski kau takkan pernah tahu

aku persembahkan
hidupku untukmu
telah ku relakan
hatiku padamu

namun kau masih bisu
diam seribu bahasa
dan hati kecilku bicara

reff : baru kusadari
cintaku bertepuk sebelah tangan
kau buat remuk sluruh hatiku

semoga aku akan memahami
sisi hatimu yang beku
semoga akan datang keajaiban
hingga akhirnya kaupun mau

repeat *
repeat reff

Friday, September 09, 2005

Entri Pendek

Program UPM Selasa - Khamis.
Will update later.

pG dah update dah.
Aktiviti ke3: NIGHTWALK
Terus Terang aku cakap..budak2 k2 nih hati kering ke atau xder perasaan? langsung xtakut kat fasi2 yang jaga nih..pelik betul..apa kesilapan kitaorang yerk? ramai kut..xpn salah tactic..mmmm. Read more ...



Kem Keluarga PPD Muar and Kolej Komuniti Segamat.
Friday to Sunday.

Penat dan busy :(
So busy sampai hari ni, Alex kejutkan Azlie, Adi dan Matger bangun. Alex ketuk pintu bilik rehat dapur. Terperanjat bila tengok Alex luar pintu. Lapar kot, mintak makan.

Alex = monyet Kem.

Saturday, September 03, 2005

Lega

Image hosted by TinyPic.com
Jungle trekking. Menyusuri tepi Tasik Hijau.

Lega hati bila files-files yang hilang telah siap ditype dan disave semula. Kali ni, saya simpan dalam hardcopy gak. Nak marah, dah tak larat. Jadi, wahai 'tangan yang gatal', tolonglah jangan mengatal lagi rajin-rajin 'membaiki' PC saya.

Kalau rajin sangat, tuh ada banyak kerja yang boleh dibuat di Kem ni - sapu daun kering, pungut lumut, cabut rumput kat bilik air, pungut dahan mati, cuci khemah, cuci surau, kemas dewan-dewan - list ni berjuta, pilih sahaja mana mahu.

++++++++++

Image hosted by TinyPic.com


30 Ogos, harilahir Mak. Tahun ni Mak menyambut degan 3 anak, 3 menantu dan 7 cucu. First year HIF celebrate dengan Nenek. Kesian Nenek, pagi-pagi lagi berebut-rebut semua kiss Nenek. Sampai lemas Nenek dibuat oleh cucu-cucu. Dah lah sekor-sekor, masam jer :)

"Mak, Happy Birthday. Semoga Mak sihat sejahtera selalu dan sentiasa dibawah rahmatNya."

Biarpun gembira menyambut hari lahir Mak, saya tetap terkenangkan arwah Ayah. Teringat zaman kami menyambut berlima - Ayah, Mak, saya, Nan dan Ida. Ada makan-makan, piknik-piknik atau jalan-jalan. Kami bertiga beradik dibesarkan dalam keadaan penuh kasih-sayang dan kemanjaan.

Walaupun saya dah anak dara, pastu dah kahwin, bila saya salam Ayah, Ayah tetap peluk dan cium saya. Begitu juga Ida, paling dimanjai Ayah. Mak memanglah, semua dipeluk, dicium - termasuklah menantu-menantu dia. Kami memang kasih mengasihi. Anak-anak adik-adik saya, saya sayang seperti anak-anak sendiri.

++++++++++

Orang kata, macam mana ibunya, begitulah anaknya. Iye, kot ?

Dulu masa kami sekolah, bila nak exam. Mak akan minta air kat Pak Imam. Kami cakap kat Mak, "... kalau tak belajar, mana nak pandai".

Sekarang saya pun sama teruk. Anak kena makan kismis mindalah, mandi dengan aura geniuslah .... dan anak-anak pulak beritahu saya, "kalau tak belajar, makan kismis dengan mandi aura, boleh pandai ye Mama ?"

++++++++++


Image hosted by TinyPic.com
Mandi dekat anak air. Tanah liat tuh dibuat mekap. Nyamuk tak gigit dan peserta pun akan 'terbisu'. Senang, kerja fasi. Hehe.


Merdeka. Kami sambut ramai-ramai di Kem. Bukan buat apa pun. Masak, makan, mandi dan main kayak. Sessi kaunseling percuma buat Fendie tersayang. Gathering yang best. As always, mereka bergotong-royong buat semuanya. Anak-anak saya tak ikut. Ada program lain dengan Ida. Kami bawak HIF. Kemain lagi mamat kecik tuh, belajar memanjat. Merangkak dah laju dah.

Malam sambung gathering kat rumah kejap. Jumpa Bob pulak

Senarai kedatangan : Pakdi, Hiedy, Fendi, Iha, Asri, BObo, Bamz, Azlie, Toyak, Cica, Matger, Kemang.

Image hosted by TinyPic.com
Flying-fox. Maaaaaaaakkkkkkkkkkkkkkkkkkkk ..........

Kami banyak berbincang tentang hati, tentang perasaan. Bebelan kami suami isteri dijawab dengan kata-kata, "feelings fade, people change ...". Oh, adik. Wait till someone says that to you. Nak lagi bila perasaan tuh dah diikat dengan ijab dan qabul. Barulah tahu langit tinggi rendah. Senang bila yang bercakap tu kita. Yang menerimanya, Tuhan sahaja yang tahu.

Apapun, harapan kami yang baik-baik untuk anda semua. Semoga semuanya mendapat jodoh seperti kehendak hati masing-masing. Insya'Allah !

++++++++++

Selasa ni, Kolej Ke-2, UPM masuk sampai Khamis. Jumaat hingga Ahad - PPD Muar dengan Kolej Komuniti Segamat. Saya akan busy.

++++++++++

Image hosted by TinyPic.com
Merangkak melintasi Check Point berapa tah ? Port Pakdi jaga nih. Dekat dengan Canyon.


Selamat pulang, Icam !. Setelah setahun bertugas di luar negara, akhirnya sahabat saya akan pulang ke tanahair minggu depan. Alhamdulillah.

++++++++++
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...