Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Saturday, September 03, 2005

Lega

Image hosted by TinyPic.com
Jungle trekking. Menyusuri tepi Tasik Hijau.

Lega hati bila files-files yang hilang telah siap ditype dan disave semula. Kali ni, saya simpan dalam hardcopy gak. Nak marah, dah tak larat. Jadi, wahai 'tangan yang gatal', tolonglah jangan mengatal lagi rajin-rajin 'membaiki' PC saya.

Kalau rajin sangat, tuh ada banyak kerja yang boleh dibuat di Kem ni - sapu daun kering, pungut lumut, cabut rumput kat bilik air, pungut dahan mati, cuci khemah, cuci surau, kemas dewan-dewan - list ni berjuta, pilih sahaja mana mahu.

++++++++++

Image hosted by TinyPic.com


30 Ogos, harilahir Mak. Tahun ni Mak menyambut degan 3 anak, 3 menantu dan 7 cucu. First year HIF celebrate dengan Nenek. Kesian Nenek, pagi-pagi lagi berebut-rebut semua kiss Nenek. Sampai lemas Nenek dibuat oleh cucu-cucu. Dah lah sekor-sekor, masam jer :)

"Mak, Happy Birthday. Semoga Mak sihat sejahtera selalu dan sentiasa dibawah rahmatNya."

Biarpun gembira menyambut hari lahir Mak, saya tetap terkenangkan arwah Ayah. Teringat zaman kami menyambut berlima - Ayah, Mak, saya, Nan dan Ida. Ada makan-makan, piknik-piknik atau jalan-jalan. Kami bertiga beradik dibesarkan dalam keadaan penuh kasih-sayang dan kemanjaan.

Walaupun saya dah anak dara, pastu dah kahwin, bila saya salam Ayah, Ayah tetap peluk dan cium saya. Begitu juga Ida, paling dimanjai Ayah. Mak memanglah, semua dipeluk, dicium - termasuklah menantu-menantu dia. Kami memang kasih mengasihi. Anak-anak adik-adik saya, saya sayang seperti anak-anak sendiri.

++++++++++

Orang kata, macam mana ibunya, begitulah anaknya. Iye, kot ?

Dulu masa kami sekolah, bila nak exam. Mak akan minta air kat Pak Imam. Kami cakap kat Mak, "... kalau tak belajar, mana nak pandai".

Sekarang saya pun sama teruk. Anak kena makan kismis mindalah, mandi dengan aura geniuslah .... dan anak-anak pulak beritahu saya, "kalau tak belajar, makan kismis dengan mandi aura, boleh pandai ye Mama ?"

++++++++++


Image hosted by TinyPic.com
Mandi dekat anak air. Tanah liat tuh dibuat mekap. Nyamuk tak gigit dan peserta pun akan 'terbisu'. Senang, kerja fasi. Hehe.


Merdeka. Kami sambut ramai-ramai di Kem. Bukan buat apa pun. Masak, makan, mandi dan main kayak. Sessi kaunseling percuma buat Fendie tersayang. Gathering yang best. As always, mereka bergotong-royong buat semuanya. Anak-anak saya tak ikut. Ada program lain dengan Ida. Kami bawak HIF. Kemain lagi mamat kecik tuh, belajar memanjat. Merangkak dah laju dah.

Malam sambung gathering kat rumah kejap. Jumpa Bob pulak

Senarai kedatangan : Pakdi, Hiedy, Fendi, Iha, Asri, BObo, Bamz, Azlie, Toyak, Cica, Matger, Kemang.

Image hosted by TinyPic.com
Flying-fox. Maaaaaaaakkkkkkkkkkkkkkkkkkkk ..........

Kami banyak berbincang tentang hati, tentang perasaan. Bebelan kami suami isteri dijawab dengan kata-kata, "feelings fade, people change ...". Oh, adik. Wait till someone says that to you. Nak lagi bila perasaan tuh dah diikat dengan ijab dan qabul. Barulah tahu langit tinggi rendah. Senang bila yang bercakap tu kita. Yang menerimanya, Tuhan sahaja yang tahu.

Apapun, harapan kami yang baik-baik untuk anda semua. Semoga semuanya mendapat jodoh seperti kehendak hati masing-masing. Insya'Allah !

++++++++++

Selasa ni, Kolej Ke-2, UPM masuk sampai Khamis. Jumaat hingga Ahad - PPD Muar dengan Kolej Komuniti Segamat. Saya akan busy.

++++++++++

Image hosted by TinyPic.com
Merangkak melintasi Check Point berapa tah ? Port Pakdi jaga nih. Dekat dengan Canyon.


Selamat pulang, Icam !. Setelah setahun bertugas di luar negara, akhirnya sahabat saya akan pulang ke tanahair minggu depan. Alhamdulillah.

++++++++++

4 comments:

Anonymous said...

Yang dihormati dan dihargai, PAK LET yang ku sayangi!Kami ingin menyampaikan rasa hati kami yg terpendam di dalam hati sepanjang kami berada di KLD!!!!!Kami tak sangka PAK LET sanggup buat kami macam ni!Kami hargai yang PAK LET memang berniat untuk merubah kami tetapi kami tidak puas hati tentang ROKOK!!!PAK LET pernah cakap akan pulangkan barang kami tetapi mana rokok KAMI!!!!!!! KAMI NAKKAN HAK KAMI!!!DI mana hak kami PAK LET!!

Anonymous said...

a`kum PAK LET,kam ingin menyuarakan rasa hati yg tidak dapat kami luahkan di KLD........sebenarnya kami berasa kesal kerana abg fasi2 yg dilantik olh PAK LET kurang sopan terhadap peserta yang mengikuti program di KLD........maksud sy di sini adalah abg2 fasi tidak harus menunjukan kekasaran kepada kami...........kami bukan budak kecil yang lagi...........kenapa kami mesti di MAKI, MARAH dan DICACI seperti pencacai najis!!!!!!!!!!!pernah kwn kami citer kpd kami yang abg fasi mahu mengetuk kepalanya dgn pendayung kayak sedangkan PAK LET sendiri tidak begitu!!!!!!! KAMI BETUL² KECEWA PAK LET!!!KAMI SEDIH!! SELAMAT TINGGAL KLD!!!!

Anonymous said...

akum pak let..kami kt sni sht sejahtera..mcm mna ngan gigi pak let dh ok...komen saya ari nie...mna rokok kami..kami nk kan rokok kami...kami beli guna duit kami...klau paklet nak kate merokok tu dtgkn penyakit,kami yang dapat bkn PAKLET!!!!!

Anonymous said...

Excellent, love it! video editing schools

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...